Ahad, 19 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Kedah Luluskan Pembinaan Jirat Cina Di Kulim

Posted: 19 Feb 2012 01:02 AM PST

UMNO jaga kuboq hangpa dahlaa bagi selamat, jirat Cina hangpa toksah dok kalutlah
Oleh: Saiburi Sudin

Kecoh lagi isu perkauman di Kedah. Kali ini UMNO telah menggerakkan 'beratus ribu' rakyat Kulim turun buat bantahan di Sungai Kob kerana kononnya di situ kerajaan negeri telah menggunakan tanah rizab Melayu untuk membangunkan sebuah jirat Cina. Hero perkauman Sobri Sudin mengetuai perhimpunan haram mengutuk kerajaan negeri Kedah itu.

Macam biasa, setelah disiasat ternyata isu2 perkauman macam tu akhirnya tertimpa balik batang hidung UMNO. Ada beberapa perkara bohong yang dibuat oleh UMNO dalam isu tersebut:


1. Kononnya kawasan terbabit asalnya tanah rizab Melayu. Yang sebenarnya ia adalah tanah persendirian. Memang asal dulu adalah tanah milik orang Melayu tetapi di zaman BN dulu orang2 Melayu di situ pakat jual tanah dekat tauke Cina tu. Itulah cerdiknya UMNO perintah dan hebatnya pembelaan UMNO terhadap orang Melayu sampai tanah pun habis terjual.

2. Kononnya projek jirat Cina itu diluluskan di zaman PAS memerintah. Pun tidak betul. Ia diluluskan di zaman BN masa Mahadzir Khalid jadi MB. Rakyat dah bantah masa tu, BN gagal tangani. Ia berlarutan sampai zaman PAS jadi kerajaan.

3. Kononnya kerajaan PAS lulus kawasan jirat Cina dengan lebih besar. Bohong juga. Sebenarnya, cara PAS nak tangani isu bantahan oleh orang Melayu itu ialah dengan mensyaratkan pemaju adakan zon penampan (buffer zone) supaya jarak yang jauh antara jirat Cina dengan kawasan yang ada manusia. Depa kena bina tembok dan tanam pokok. Kira-kira kalau lalu kat situ memang tak nampak jirat Cina. Maknanya walaupun kawasan itu diluaskan tetapi jirat Cina yang boleh simpan mati punya olang tetap macam hok zaman BN dulu jugak. Yang diluaskan ialah zon penampan.

4. Kononnya itu kawasan majoriti Melayu. Penduduk yang paling hampir dengan zon penampan (baru zon penampan, bukan jirat Cina lagi) hanya tidak lebih dari 10 keluarga.

Kesimpulannya, tak payah dok susah hati apa aihh. Yang penting bagi UMNO ialah pikiag macam mana nak bagi selamat depa dalam kuboq bila mati esok. Jirat Cina biag Cina pikiaglah. Depa bukan buat jirat dalam kampung Melayu, buat atas tanah depa. Kuboq kita pun tak tentu macam mana lagi dok kalut dengan jirat Cina pasai apa?


(Warta Darul Aman)

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim telah diluluskan pada 2007 dan bantahan projek turut dibangkitkan oleh penduduk setempat pada tahun tersebut.

Namun, ianya tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan terdahulu yang memerintah negeri Kedah.

ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa, projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian dan telah pun dijual berpuluh-puluh tahun dahulu.

"Tanah seluas 190 ekar itu bukan saja baru dijual, dimiliki dah berpuluh-puluh tahun oleh orang persendirian.

"Projek pembinaan jirat Cina ini telah diluluskan dalam Jabatan Perancangan Bandar Negeri Kedah pada tahun 2007, semasa YB Dato' Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid jadi Menteri Besar," ujar beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau, 'buffer zone' antara rumah penduduk dengan jirat Cina tersebut hanya 20 ekar, tetapi setelah perbincangan diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, pemaju dan penduduk, ianya dilebarkan hingga 80 ekar.

"Penduduk pernah buat bantahan pada tahun 2007, tapi tiada jalan penyelesaian, jadi apabila Pakatan Rakyat memerintah, satu dialog diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, penduduk dan pemaju.

"Selepas kertas cadangan masuk dalam mesyuarat Exco untuk lebarkan 'buffer zone', pemaju telah bersetuju dengan syarat tersebut, daripada 20 ekar kepada 80 ekar," jelas beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

http://kedahla.blogspot.com/2012/02/umno-jaga-kuboq-hangpa-dahlaa-bagi.html




Antara Dua Cina Nie.. Agak-Agak Mana Yang Lebih Baik..

Posted: 18 Feb 2012 09:22 PM PST


Khabar-khabar angin pilihan raya

Posted: 18 Feb 2012 08:28 PM PST

Februari sudah hampir tamat. Tidak ada pula tanda-tanda pilihan raya. Khabar angin terbaru ialah pilihan raya akan diadakan pada bulan Jun. Ia hanya khabar angin.Rumusan terkini dalam cakap-cakap orang ialah Barisan Nasional (BN) akan menang juga, walau dua pertiga dikhabar-khabar angin sukar untuk diperolehi.

Tetapi ada juga cakap-cakap bahawa Pakatan Rakyat mampu menguasai Putrajaya. Kerajaan BN akan tumbang. Anwar Ibrahim kata macam itu.

Adakah Anwar ini begitu yakin atau hanya gimik? Sebagai orang yang memerhati dari luar, memang sukar untuk diketahui.


Tetapi kalau diingat-ingat pilihan raya tahun 2008, Anwar tidak pula menyatakan keyakinan seumpama ini. Keyakinannya bahawa kerajaan BN akan tumbang hanya selepas pilihan raya.

Projek 16 September 2008 itu gagal dan banyaklah orang percaya ia hanya gimik. Tetapi tahun lalu, keluar maklumat daripada pelbagai sumber bahawa projek 16 September itu tidak gimik, ia hanya gagal.

Malah sebelum pilihan raya 2008, baik di kalangan BN mahupun para penentangnya, tidak ada siapa meramalkan bahawa dua pertiga kerusi gagal dicapai.

Ketika itu tidak ada siapa di kalangan pihak yang terlibat meramalkan bahawa BN akan terlepas Kedah, Perak dan Selangor. Walaupun kemenangan DAP di Pulau Pinang dapat diramalkan.

Kini menjelang pilihan raya umum ke-13, DAP diramalkan oleh kedua-dua belah pihak akan terus menguasai Pulau Pinang. Turut diramalkan ialah undi bukan Melayu menolak BN adalah kukuh.

Sungguhpun begitu BN tidak melepaskan saja undi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat, ia bersungguh- sungguh berusaha untuk menarik mereka bagi menampung undi Melayu yang ada.

Dalam hal ini, secara keseluruhannya undi Melayu dapat diraih oleh BN. Walaupun undi Melayu dilihat berpecah tiga iaitu BN, Pakatan Rakyat dan Kuasa Ketiga tetapi undi Kuasa Ketiga adalah undi untuk BN juga.

Justeru hakikatnya, undi Melayu berpecah dua, satu untuk BN dan sekutunya iaitu Kuasa Ketiga, dan kedua ialah untuk Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan ini, PAS dan KeADILan akan kehilangan banyak kerusi Melayu kepada Umno. Kuasa Ketiga akan menjadi pemecah undi Pakatan Rakyat.

Begitulah fikiran politik rakyat Malaysia yang dicorakkan oleh perkauman: Melayu, bukan Melayu, Cina, India, Sarawak, Sabah, Iban, Kadazan, Islam dan Kristian.

Walaupun Umno telah digerakkan ke tengah, dalam erti kata kesederhanaan hubungan antara kaum, soal Melayu terus diperingatkan dengan Kuasa Ketiga menjadi pihak barisan depan. BN dan Kuasa Ketiga itu adalah seumpama Barisan Bersatu yang kedua-duanya bekerjasama untuk mengekalkan sistem dan amalan pemerintahan yang ada.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat bukan saja mahu mengubah sistem dan amalan pemerintahan yang ada tetapi menolak pemikiran berbentuk perkauman.

Asas kepada perubahan ini ialah memperjuangkan pentadbiran yang bersih, cekap dan menumpukan perhatian pada perkhidmatan untuk kebajikan rakyat.

Tetapi BN dan Kuasa Ketiga terus berusaha supaya DAP dan PAS kekal pada cara dahulu, iaitu perkauman. DAP dengan perkauman Cina atas nama demokrasi dan PAS dengan perkauman Melayu atas nama Islam.

Paling utama ialah untuk mewujudkan sistem semak dan tumbang yang berkesan supaya ancaman penyelewengan dapat dikurangkan. Langkah pertama ialah menafikan pentadbiran BN supaya ada permulaan baru bagi negara ini.

http://www.wartautara.com


Hutang kerajaan Malaysia semakin parah

Posted: 18 Feb 2012 04:05 PM PST



KUALA LUMPUR, 18 FEB – Hutang kerajaan UMNO-Barisan Nasional sekarang adalalh sebanyak RM456 billion, tidak termasuk RM96.9 billion "liabiliti luar jangkaan".

Sehingga kini, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah 53.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 53.1 peratus pada tahun 2010 dan 44.6 peratus pada tahun 2006.

Pertambahan hutang – yang terpaksa dibayar oleh generasi akan datang tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah – semakin parah.

Menurutnya, apa yang lebih membimbangkan ialah kewangan kerajaan "di luar lembaran imbangan" tidak pula dilaporkan sebagai hutang kerajaan persekutuan, seolah-olah mahu menyembunyikan kedudukan hutang yang semakin tenat.

"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan semakin mengeluarkan kertas hutang melalui badan-badan berkanun dan entiti dikorporatkan. Pinjaman ini adalah mendapatkan dengan jaminan yang disediakan oleh kerajaan, tetapi tidak ditunjukkan sebagai pinjaman kerajaan persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut pada tahun 2010, aktiviti pembiayaan "di luar lembaran imbangan" telah mencapai rekod tertinggi, iaitu RM96.9 bilion pada tahun 2010, meningkat 14.9 peratus daripada RM84.3 bilion pada tahun 2009.

"Ini adalah pinjaman yang telah diambil dengan jaminan kerajaan, di mana kerajaan bertanggungjawab untuk membayar sekiranya peminjam gagal untuk menyelesaikan hutang.

"Sebagai contoh, jika Yayasan Wilayah Persekutuan tidak dapat membayar balik yang dicadangkan RM300 juta pinjaman daripada KWSP untuk menyediakan pembiayaan untuk pembeli rumah kos rendah, maka kerajaanlah perlu mengambil langkah untuk membuat bayaran RM300 juta kepada KWSP," tambah beliau.

Oleh yang demikian, walau pun pinjaman ini tidak diambil oleh kerajaan, sebenarnya kerajaanlah dan ini dikenali sebagai "liabiliti luar jangka", ujarnya.

Contoh-contoh lain di mana kerajaan UMNO-BN gagal menangani masalah hutang:

* PTPTN dan Syarikat Prasarana Negara Bhd masing-masing berhutang RM17.0 bilion (17.5 peratus) dan RM9.1 bilion (9.4 peratus); dan kedua-duanya telah dikritik oleh Ketua Audit Negara untuk pengurusan kewangan mereka yang lemah dan ketidakmampuan mereka untuk membayar balik pinjaman.

* Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (RM7.0 bilion) yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS), 1MDB (RM5.0 bilion) yang kemudiannya meminjamkan hampir semua wang kepada syarikat asing yang dipersoalkan kredibilitinya, iaitu PetroSaudi International Limited, dan SilterraBhd (RM1.0 bilion) yang telah membuat kerugian berjumlah RM2 bilion sehingga hari ini.

"Apa yang juga menarik adalah fakta bahawa pinjaman Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga menerima jaminan kerajaan. Hutang dijamin kerajaan ini juga telah meningkat dari RM715 juta pada 2009 kepada RM1.275 bilion pada 2010.

"Malaysia tidak perlu menunggu untuk krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece sebelum cuba untuk membuat reformasi kewangan sektor awam. Dengan kadar hutang yang semakin meningkat, negara kita sedang menjunam ke arah bencana kewangan," tambah beliau.

Had hutang tidak dipedulikan kerajaan UMNO-BN

Tentang kewujudan undang-undang had pinjaman kerajaan persekutuan kerana ia tidak dipedulikan dan dilanggar sesuka harti oleh kerajaan UMNO-BN.

Menurutnya, Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 telah menetapkan bahawa had hutang kerajaan persekutuan berbanding dengan KDNK adalah 55 peratus, sebagaimana yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, "siling pinjaman berkanun" sebenarnya telah dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan UMNO-BN sepanjang dekad yang lalu untuk "menghalalkan" tahap hutang kerajaan persekutuan yang telah meningkat pada yang lebih cepat kadar berbanding KDNK Malaysia.

"Siling pinjaman berkanun 55 peratus hanya berkuat kuasa pada Julai 2009 dengan perintah Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sebelum had disemak, had itu ditetapkan pada 45 peratus pada Jun 2008, hampir 13 bulan selepas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Md Yakcop," ujarnya.

Lima tahun sebelum itu, had itu dinaikan kepada 40 peratus pada April 2003 oleh Menteri Kewangan II ketika itu Datuk Seri Jamaludin Jarjis.Pua menjelaskan, dalam masa enam tahun sahaja, siling pinjaman berkanun telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK.

"Soalnya ialah jika siling berulang kali dinaikan dengan sesuka hati, mengapa kerajaan perlu menetapkan had pada mulanya?

"Kerajaan-kerajaan seluruh dunia, terutama di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Jerman, kini telah mengubah undang-undang mereka untuk memastikan hutang dan liabiliti luar jangka akan dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti kewangan.

"Ini adalah untuk mengelakkan krisis kewangan yang telah menyelubungi Eropah 2 tahun yang lalu," katanya.

http://pkrl.blogspot.com/2012/02/hutang-kerajaan-malaysia-tahap-parah.html


Kesian Muhyiddin..

Posted: 18 Feb 2012 06:38 AM PST

Rakyat beri isyarat untuk kembali sokong BN: Muhyiddin

BALIK PULAU- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) yakin untuk menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang berikutan wujudnya gelombang kesedaran baru di kalangan rakyat yang kembali menyokong gagasan itu.

Katanya, antara petanda gelombang baru kesedaran itu ialah rakyat sering bertanya bilakah pilihan raya umum kerana mereka tidak sabar untuk memberi undi kepada BN.

"Gelombang kesedaran baru sudah ada dan rakyat mahu masa depan yang lebih terjamin, sokongan dari kaum India, Cina dan Melayu kepada BN kini semakin meningkat, lebih kukuh dan lebih baik," katanya pada majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini hari ini.

- BERNAMA

Debat - Soi Lek Akui Guan Eng Pemimpin Yang Hebat

Posted: 18 Feb 2012 04:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukanlah satu pertembungan untuk menentukan menang atau kalah tetapi pentas untuk menyatakan pandangan masing-masing secara ikhlas dan jujur.

Bercakap pada sidang akhbar selepas debat selama sejam itu berlangsung, Dr Chua, 65, menegaskan yang menang sebenarnya adalah rakyat jelata yang akan dapat membuat pertimbangan yang lebih seimbang dan jelas selepas mengikutinya.

Beliau turut memuji Guan Eng sebagai seorang pemidato yang hebat dan berpengalaman.


"Beliau (Guan Eng) adalah seorang ahli politik yang muda, penuh bertenaga dan berpengetahuan luas," katanya mengenai ketua menteri Pulau Pinang yang berusia 52 tahun itu.

Berhubung cadangan Guan Eng agar debat yang sama diadakan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Chua berkata beliau tidak ada sebarang masalah untuk menyampaikan mesej itu kepada perdana menteri.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/18/mstar_berita/20120218201852&sec=mstar_berita



Budaya Kurang Ajar Umno

Posted: 18 Feb 2012 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar).

"Pemuda PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam.


Shukri yang dihubungi hari ini berkata, insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.

Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.

Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.

Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.

"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.

Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.

Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.

"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.

"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.

"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.

Sementara itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.

"Kita minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini," katanya.

http://karatijau.blogspot.com/2012/02/bangsattcubaan-pukul-oleh-samseng-umno.html


Debat Guan Eng Lawan Soi Lek

Posted: 18 Feb 2012 02:22 AM PST

4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.

5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.


5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm: Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".

5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.

5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm: Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.

5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.

05:28pm: kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.

Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.

5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.

Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.

Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.

"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.

Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.

5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.

Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.

"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.

Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.

5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.


Tiada ulasan: