Kelab Greenboc |
- [Video] Chandra Bahadur Dangi, Lelaki Paling Kerdil Di Dunia
- Jurulatih Cabul 10 Pelajar Pengakap Perempuan
- Berita Khalwat Panas Libatkan Ahli Politik
- Gadai Aqidah: Ramai Terkejut Mufti Perak, Harussani Buat Pusingan U
- [Mengejutkan] Sean Stone Peluk Islam Tatkala Barat Menekan Negara Iran
- Kegagalan DEB: UMNO BN Tak Pandang Serius Teguran Raja Muda Perak
- Ramai Kena Cekup Di Hari Kekasih
- [Video] Lelaki Iran Cedera Dalam Serangan Bom Di Thailand
- Diperangkap Teman lelaki
[Video] Chandra Bahadur Dangi, Lelaki Paling Kerdil Di Dunia Posted: 16 Feb 2012 12:34 AM PST Chandra Bahadur Dangi, 72, lelaki paling kerdil di dunia Chandra Bahadur Dangi, 72, hanya setinggi 56 sentiemer atau 22 inci. Dangi berkata, selama ini dia begitu malu dengan ketinggiannya tetapi kehidupannya mungkin berubah jika dia mendapat pengiktirafan Guinness Book of Records. Pemegang rekod kategori Lelaki Paling Kerdil di dunia ketika ini dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing yang setinggi 59.93 sentimeter. Junrey merampas gelaran itu tahun lalu daripada Khagendra Thapa Magar, 18, yang setinggi 67 sentimeter. Orang paling kerdil pernah hidup sebelum ini ialah Gul Mohammed dari India yang setinggi 57 sentimeter. Gul meninggal dunia pada usia 40 tahun pada 1997. Dangi yang tinggal di Kampung Reemkholi, beberapa ratus kilometer dari Kathmandu berkata, dia sering menjadi bahan ketawa dan tidak ada wanita yang ingin menjadi isteri. Pakar dari Rekod Dunia Guinness akan ke Nepal untuk mengukur lelaki itu. Dangi mendakwa berat badannya hanya 12 kilogram. Dia yang mempunyai lima adik beradik lelaki dan semuanya mempunyai ketinggian normal berharap dapat memperoleh pengiktirafan itu sebagai ganjaran kepada kesukaran hidupnya selama ini. "Saya berpendapat keadaan akan menjadi lebih baik selepas ini. Saya berharap akan menjadi terkenal di seluruh dunia. Saya mahu melawat negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia. Punca kepada masalah ketinggian yang menimpa Dangi tidak pernah didiagnos tetapi dia dipercayai mengalami kekerdilan primordial yang bermula dalam rahim. - DM/hm |
Jurulatih Cabul 10 Pelajar Pengakap Perempuan Posted: 15 Feb 2012 11:27 PM PST Cabul 10 pelajar PETALING JAYA: Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa. Gambar fail Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu. Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini. Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah. "Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan," katanya. Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad. "Malah, ada pelajar diumpan masuk ke bilik persatuan disediakan sekolah dengan alasan mengukur baju sebelum mereka dicabul," katanya. Difahamkan, semua pelajar perempuan yang menjadi mangsa turut dipaksa merahsiakan perkara berkenaan dan mangsa akur kerana takut sikap garang suspek. Sejurus pihak berkuasa menerima laporan berkenaan, jurulatih terbabit ditahan polis 9 Februari sebelum dibebaskan selepas percakapannya dirakam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. "Setakat kini, kami mendapati hanya empat ke lima pelajar sekolah berkenaan yang tampil membuat aduan kepada polis mereka menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit," katanya. Menurutnya, suspek yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). -hm |
Berita Khalwat Panas Libatkan Ahli Politik Posted: 15 Feb 2012 09:13 PM PST Tiket tuju ke hotel KLANG: Helah seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Negeri Sembilan memberi alasan tiket bas habis gagal mengelakkannya daripada dicekup khalwat dengan duda beranak empat, di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam. - Gambar fail Ketika dicekup, siswi berusia 22 tahun berasal dari Perlis itu merayu dilepaskan sambil memberi alasan tiket bas ke negeri kelahirannya itu sudah habis dan kononnya kebetulan teman lelaki iaitu duda berkenaan berhasrat membantunya mencarikan tempat bermalam. Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima pegawai penguat kuasa sebelum menahan siswi dan pasangannya berumur 32 tahun itu kerana berada dalam bilik yang dikunci berdua-duaan tanpa ikatan muhrim. Itu antara gelagat 14 pasangan yang dicekup berusia antara 20 dan 40-an dalam operasi serentak di 32 hotel bajet seluruh Klang. Operasi bersepadu dinamakan Ops Kasih Kekasih itu dilakukan Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK); Jabatan Agama Islam Selangor (Jais); Jabatan Imigresen dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) cawangan Klang. Dalam serbuan sama, seorang wanita masih berstatus isteri berusia 32 tahun dicekup bersama seorang mualaf berumur 35 tahun di sebuah hotel bajet lain. Ketika serbuan pada jam 1 pagi itu, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik dan baru memeluk Islam Oktober lalu itu turut gagal ujian saringan awal air kencing dijalankan AADK apabila positif heroin. Ketika serbuan, lelaki itu mengaku hanya mahu menemani kekasihnya yang berasal dari Kuantan bagi menghadiri perbicaraan terakhir perceraian pasangannya dan mendakwa tak cukup duit untuk menyewa dua bilik. Difahamkan, lelaki mualaf itu sudah lima tahun menjalinkan hubungan terlarang bersama wanita beranak empat itu. Timbalan Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPK, Sharul Hazri Abd Majid berkata, ketika serbuan, lelaki itu hanya berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Ketika membuka pintu, pasangan itu kelihatan terkejut dan mengaku tidak melakukan apa-apa. "Bagaimanapun, lelaki itu dan pasangannya tetap ditahan berikutan disyaki berkhalwat. Lelaki berkenaan gagal ujian awal saringan air kencing dan disyaki positif dadah," katanya ketika ditemui di lokasi, selepas serbuan berakhir jam 4 pagi semalam. Beliau berkata, jika air kencing lelaki berkenaan disahkan positif oleh Jabatan Patologi, dia bakal didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah 1983 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tiga tahun dan tiga sebatan. Selain itu, katanya, seorang wanita warga Indonesia dari Palembang berusia 20 tahun yang sepatutnya baru mula bekerja di sebuah kilang di sini antara yang dicekup bersama pasangan senegara berusia 30-an berasal dari Lombok. "Wanita itu menangis teresak-esak kerana esok (hari ini) dia memberitahu akan mula bekerja hari pertama di sebuah kilang di sini. "Keseluruhan seramai 14 pasangan dicekup berusia antara 20 hingga 40-an dalam operasi hampir 5 jam yang diadakan serentak di 32 hotel bajet seluruh Klang. "Operasi diadakan bagi mencegah kes mungkar terutama pasangan khalwat dan zina yang kebiasaannya menumpukan hotel bajet sebagai tempat melampiaskan nafsu serakhttp://www.blogger.com/img/blank.gifah. "Semua pesalah dihantar ke lokap sementara Jais Klang dan operasi berakhir kira-kira jam 4 pagi," katanya. -hm Ulasan GB Berita yang dibirukan di atas ada persamaan dengan satu laporan di beberapa buah blog semalam yang mendakwa GEMPAR!!! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? |
Gadai Aqidah: Ramai Terkejut Mufti Perak, Harussani Buat Pusingan U Posted: 15 Feb 2012 06:11 PM PST Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani BANGI - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat. "Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini. Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves. Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik. Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah. "Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit. "Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya. Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur. -SH Najib 'gadai akidah' hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani Ulasan GB GB tak mahu ulas panjang. Masing-masing boleh buat penilaian sendiri mengenai dua kenyataan berbeza mufti berkenaan. Sungguh dasyat. |
[Mengejutkan] Sean Stone Peluk Islam Tatkala Barat Menekan Negara Iran Posted: 15 Feb 2012 03:14 PM PST Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP. "Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain," kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi. Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian. Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam. Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali. Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari. Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran. Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran. -HD Ulasan GB Demikian Hukum Kebenaran & Keadilan berjalan. Tatkala dunia barat sedang menekan negara Iran dengan pelbagai sekatan, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita anak pengarah filem terkenal Oliver Stone iaitu Sean Stone memeluk Islam di negara Iran. (Kerajaan UMNO BN Malaysia turut mengikut telunjuk Barat mengenakan sekatan terhadap iran apabila Malaysia menghentikan bekalan minyak kelapa sawit ke Iran) Sama kes semasa tragedi 11 September tatkala Islam diberikan liputan hodoh dengan fitnah yang mengaitkan Islam dengan pengganas, tiba-tiba berduyun-duyun masyrakat Barat memeluk Islam selepasnya. Itu semua ayat-ayat "manzurah" yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ..sesungguhnya tiada sesuatupun yang Allah jadikan itu sia-sia.... |
Kegagalan DEB: UMNO BN Tak Pandang Serius Teguran Raja Muda Perak Posted: 15 Feb 2012 07:30 AM PST DEB Gagal: Teguran Istana Takkan Dipeduli Umno/BN SHAH ALAM, 15 FEB : Kerajaan Umno/BN tidak akan sesekali beri perhatian terhadap sebarang teguran untuk penambaikkan pentadbirannya biarpun teguran tersebut datangnya dari orang kuat istana, ujar Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad. Semalam, Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai sasaran kerana kemungkinan terdapat penyelewengan di peringkat perlaksanaanya. "Saya sifatkan teguran itu sangat bertepatan. Orang politik sudah lama tegur, Ketua Audit juga selalu dan sekarang orang istana pula yang memberi teguran kepada kerajaan. "Kita berharap dengan teguran ini dapat membawa penambahbaikkan dalam perlaksanaan dasar kerajaan," tegas Idris yang dihubungi melalui panggilan telefon. Bagaimanapun beliau meragui teguran ini akan diberi perhatian ekoran segala teguran yang berlandaskan fakta dan angka sekalipun tidak pernah diperduli oleh Umno/BN malah segala teguran itu sering diperlekehkan mereka. "Sebaliknya kita memerlukan transformasi politik dan juga perubahan sikap di kalangan kepimpinan negara. "Sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat telah terbukti dan teruji mentadbir negeri yang diperintah dengan baik," ujar Idris yang turut menjelaskan Pakatan berjaya mentadbir walaupun terdapat kekangan sumber kewangan daripada Kerajaan Pusat. Idris turut bersetuju dengan kenyataan Raja Dr Nazrin bahawa kegagalan DEB merupakan kesan daripada pemimpin yang tidak amanah mentadbir dana yang seharusnya disalurkan untuk kebaikan dan keuntungan rakyat. Katanya selain amalan rasuah, amalan kronisme, sogokan dan salah guna kuasa telah menjadi budaya dikalangan pemimpin dan pentadbiran Umno/BN sehingga tidak lagi mampu dibendung. "Sejak dari RMK1 hingga ke RMK10, kerajaan sudah memperuntukkan kira-kira RM 1.2 trillion dan setiap RMK diberi dana besar untuk membela rakyat yang susah yang kebetulan majoritinya Melayu. "Malangnya DEB sentiasa gagal akibat pemimpin yang korup. Mereka hanya ingat rakyat menjelang PRU dan selepas menang mereka lupa rakyat dan berpaling mengutamakan kroni-kroni mereka," jelas Idris kesal. Bagaimanapun, Idris yakin rakyat kini sudah mampu memilih antara pentadbiran yang telus membela rakyat dan kerajaan yang hanya bekerja mengikis harta dan khazanah milik rakyat. "Kita lihat sahaja negeri Kelantan yang mana pada tahun 1990 berada di tangga ke-dua kedudukan negeri termiskin. Namun kini Kelantan sudah menurun kedudukannya dan menduduki tangga ke-enam. "Sebaliknya Sabah menduduki tangga teratas diikuti Terengganu walaupun kedua-dua negeri pentadbiran Umno/BN ini kaya dengan sumber hasil bumi petroleumnya," akhiri Idris. -tvsnews Raja Nazrin: 'DEB tidak berdosa, berdosa pelaksana' |
Ramai Kena Cekup Di Hari Kekasih Posted: 15 Feb 2012 06:10 AM PST Johor Bahru – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin. Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun. "Daripada jumlah tersebut, 94 orang merupakan rakyat tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Mohd Zamri, sebanyak 44 pasangan disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat. Katanya, seramai 12 orang pula disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen sama kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan dua di bawah Seksyen 19 enakmen sama kerana meminum minuman memabukkan. Kesemua yang ditahan telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara. Sementara itu, dalam salah satu operasi yang dijalankan, seorang wanita bagaikan tidak serik apabila dicekup buat kali ketiga di sebuah hotel murah di Taman Puteri Wangsa, di sini, kelmarin. Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini pernah ditahan dua kali atas kesalahan sama dicekup bersama pasangannya berusia 30-an ketika serbuan dijalankan pada jam 11.30 malam. Turut ditemui di bilik yang disewa oleh pasangan itu peralatan dan dadah dipercayai jenis syabu. Dalam operasi sama, seorang lelaki hampir pitam apabila bilik yang disewanya diserbu penguatkuasa. Lelaki berasal dari Kota Tinggi itu kelihatan pucat dan berpeluh-peluh apabilanya dihujani pelbagai soalan daripada pegawai bertugas. Dalam Ops Kekasih tahun ini, seramai 78 penguatkuasa Jaij terlibat di seluruh daerah negeri Johor. -SH Menggigil dicekup Jais di hotel Pasangan cuba lari elak dicekup 'Hadiah' sempena Hari Kekasih |
[Video] Lelaki Iran Cedera Dalam Serangan Bom Di Thailand Posted: 15 Feb 2012 03:46 AM PST Bangkok: Seorang lelaki warga Iran yang membawa bom tangan cedera dan empat orang awam turut cedera dalam tiga letupan yang menggegarkan sebuah kejiranan di ibu kota Thailand itu, semalam. Bangkok berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak bulan lalu apabila Amerika Syarikat mengeluarkan amaran mengenai ancaman pengganas di kawasan yang sering dikunjungi pelancong. Namun, pihak berkuasa masih belum dapat memastikan jika insiden semalam ada kaitan dengan amaran Amerika itu. Tiga lelaki dilihat melarikan diri setelah sebuah rumah di Sukhumvit Road, di timur Bangkok, meletup. Skuad pemusnah bom bergegas ke kawasan itu dan melihat tiga lelaki melarikan diri dan seorang daripada mereka melontar bom ke arah sebuah teksi. 'Dia cuba menahan teksi tetapi memandangkan dia berlumuran darah, pemandu teksi tidak mahu berhenti,' kata Jeneral Polis, Pansiri Prapawat. Lelaki itu kemudian cuba melempar sebutir bom ke arah polis, menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tepi sebatang jalan yang sibuk. Menurut pihak berkuasa, akibat letupan itu, sebelah kaki lelaki, yang dipercayai warga Iran itu hancur dan empat orang awam- tiga lelaki dan seorang wanita Thai - turut tercedera. Letupan di Bangkok itu berlaku sehari setelah sebuah kereta diplomatik Israel dibom di India - serangan yang menurut Israel dilakukan Iran. Pihak berkuasa Thailand mengatakan mereka tidak pasti jika kedua-dua insiden itu ada kaitan antara satu dengan lain, namun jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Yigal Palmor, berkata mereka tidak dapat menolak kemungkinannya. Pasukan keselamatan Thailand menemui lebih banyak bahan letupan di sebuah rumah, yang didiami lelaki Iran itu ketika di Bangkok. Tapi, kata Jeneral Pansiri, mereka tidak dapat pastikan apakah sasaran sebenar kumpulan itu. Menurutnya lagi, sebuah pasport ditemui di salah satu lokasi letupan dan menunjukkan pengebom sebagai Saeid Moradi dari Iran. Tambahnya, pihaknya percaya letupan pertama, yang memusnahkan sebahagian bumbung rumah Moradi, berlaku secara tidak sengaja. Lelaki itu dan mereka yang cedera, kini dirawat di hospital. Seorang lelaki Iran turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, malam semalam sedang dia cuba berlepas ke Malaysia. Lelaki itu masih disoal siasat dan pembabitannya dalam insiden letupan semalam masih belum dapat dipastikan. -- AFP, AP. |
Posted: 15 Feb 2012 02:48 AM PST Melaka - Gara-gara sayangkan kekasih, seorang gadis terpaksa meringkuk dalam penjara selepas diperangkap teman lelakinya sendiri atas kesalahan mengeluarkan cek palsu. Joanna (bukan nama sebenar), 25, diperdayakan teman lelaki yang baru dikenalinya di Johor Bahru menerusi seorang teman pada 2009 sehingga tidak menyedari nama dan MyKadnya digunakan untuk mengeluarkan lima keping cek palsu berjumlah RM20,000 setahun kemudian. Menurut Joanna, wang tersebut dikatakan untuk menjamin tiga rakan kepada teman lelakinya yang ditahan polis akibat satu kesalahan undang-undang. "Ketika itu di Johor Bahru, dia menggunakan nama dan MyKad saya untuk diletakkan dalam cek bagi membayar jaminan rakannya itu. Pada masa itu, saya tidak mencurigai tindakannya, sebelum dimaklumkan bahawa cek tersebut sebenarnya palsu," katanya. Joanna berkata demikian semasa ditemui Sinar Harian pada Majlis Jalinan Kasih di Kompleks Penjara Sungai Udang, dekat sini. Joanna berkata, akibat tindakan teman lelakinya itu, dia terpaksa menerima hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah. "Buntu fikiran saya apabila mengenangkan apa yang dilakukan teman lelaki saya itu. Saya tidak ada bukti untuk mendakwa cek itu bukan saya lakukan. Bagaimanapun, teman lelaki saya sedikit pun tidak rasa bersalah dengan apa dilakukan kepada saya selepas saya didakwa di mahkamah," katanya. Joanna yang merupakan anak sulung dari empat beradik yang juga mempunyai seorang kembar lelaki juga mengakui langsung tidak mengenali tiga rakan teman lelaki yang dijaminnya itu. "Sepanjang kira-kira setahun saya mengenalinya, saya tidak pernah kenal mana-mana rakannya. Malah, dia akan kawal setiap pergerakan saya walaupun apabila saya hendak ke tempat kerja di sebuah kilang di Singapura," katanya. Menurutnya, pada awal perkenalan, teman lelakinya itu tidak pernah menunjukkan sikap panas baran. Bagaimanapun, keadaan berubah kira-kira tiga bulan selepas itu apabila sering melenting dan berselisih faham. "Namun, saya buta kerana menyayanginya tanpa merasakan diri saya dalam bahaya," katanya. Joanna kini terpaksa menghabiskan dua tahun lagi dalam penjara berkenaan mengakui menyesal dan sedar dengan kesilapan diri serta mahu keluar nanti dengan semangat kehidupan baru. Dia turut menasihatkan orang ramai terutama anak-anak gadis berhati-hati berkawan supaya tidak terjerumus dengan situasi seperti itu hanya disebabkan terlalu sayangkan teman lelaki sehingga tidak menyedari akhirnya diperangkap. "Mujur keluarga saya tidak pernah meminggirkan saya kerana mereka percaya saya tidak sejahat itu," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan