Khamis, 16 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama

Posted: 16 Feb 2012 01:11 AM PST

Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.

Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama".


"Kami juga mengakui penggunaan istilah 'wanita pertama' mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.

"Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket.

Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin.

Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka.


Jati 100% Hancur Dilancarkan Oleh Pengurus Besarnya..

Posted: 15 Feb 2012 11:34 PM PST


Selanjutnya di sini

Bongkar Pembohongan Raja Petra

Posted: 15 Feb 2012 11:09 PM PST

Mengikut posting terbaru blogger dalam buangan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin mengenai pendedahan bersirinya (kini yang kedua) beberapa jam lalu, suka di sini saya menceritakan kembali apa yang benar dan apa yang salah.

1) Tuduhan Anwar terhadap Soh Chee Wen kegagalan 16 September 2009

Bagi sesiapa yang belum tahu, 16 September gagal kerana 30 ahli parlimen Barisan Najis telah dihantar "berkursus" di Taiwan beberapa hari sebelum kesemua mereka melompat seperti yang dijangka.

Adalah tidak benar Anwar mahu membayar setiap seorang dari mereka RM10 juta hanya kerana mahu melompat sedangkan kontradiknya dikatakan oleh Raja Petra, Anwar melarikan berbilion ringgit matawang dalam denominasi RM500 dan RM1000 yang sehingga kini belum pernah dibuktikan kesahihannya.


Rancangan 16 September juga gagal kerana perdana menteri ketika itu, Abdullah Badawi sudah pun mengeluarkan kesemua fail dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan niat tertentu sekaligus mematikan hasrat mereka untuk melompat.

Mengikut kata ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh, kesemua mereka akan dijanjikan perlindungan sekiranya ada cubaan untuk membeli mereka kembali walau dengan nilai sebesar RM15 juta sekalipun.

Soh Chee Wen tidak berani mengeluarkan wang sejumlah RM300 juta kerana ia satu bentuk manipulasi yang akan memakan diri sekiranya Barisan Najis kembali menjadi kerajaan setelah kesemua mereka yang melompat ke Pakatan Rakyat, kembali melompat semula ke Barisan Najis.

2) Kes Elizabeth Wong

Ini hanya satu bentuk omongan kosong Raja Petra kerana jelas Anwar Ibrahim meminta Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan bercuti seperti yang disiarkan sebelum ini.

Soh Chee Wen hanya menganggap kes itu terpencil dan cubaan Umno-APCO untuk merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat setelah idea Kerajaan Perpaduan bersama PAS gagal kerana hanya Hasan Ali saja yang mahu melompat dan menjadi Menteri Besar.

3) Bangunan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana

Walaupun Soh Chee Wen adalah pemiliknya, bagaimanapun setelah kegagalan 16 September, Anwar merasakan bahawa ibu pejabat itu mesti dibeli daripada disewa, menurut Bendahari PKR, William Leong.

Bangunan itu sememangnya disewa pada kadar RM20 ribu sebulan merangkumi kemudahan asas, akan tetapi PKR dikatakan akan membelinya dari Soh sendiri tanpa dijelaskan jumlah keseluruhannya.

Harga bangunan tersebut beserta kelengkapannya mencecah RM1.3 juta dan PKR sedang berusaha untuk membelinya dengan berterusan membayar sewa setiap bulan.

4) RM600 juta dana pilihanraya

Semua orang tahu PKR adalah parti yang termuda dalam Pakatan Rakyat dan sudah tentulah logiknya dana mereka adalah sangat terhad.

Seorang pemimpin PKR (maaf dirahsiakan namanya) mengatakan PKR hanya membayar elaun yang amat terhad kepada mereka dan selebihnya menggunakan wang simpanan sendiri bagi membiayai program parti termasuk perbelanjaan seharian dan bantuan kepada rakyat termiskin di kawasan masing-masing.

Dengan dana terhad, ahli parlimen PKR menggunakan gaji dan elaun yang diterima untuk membantu pemimpin lain yang tidak menjadi ahli parlimen atau ADUN menggerakkan jentera di cabang masing-masing.

Dana lain yang diperolehi termasuk melalui majlis jamuan makan malam, minum petang dan ceramah yang diadakan hampir setiap malam dan diagihkan untuk tabung pilihanraya.

PAS contohnya menggunakan sumbangan yang diterima untuk dana pilihanraya dan bakinya diagihkan untuk tujuan kecemasan seperti bencana alam dan sebagainya.


Kupasan lanjut akan bersambung kemudian.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/02/lagi-pembohongan-raja-petra.html


Najib : Kedudukan Shahrizat hak mutlak PM

Posted: 15 Feb 2012 08:14 PM PST

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, soal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan meletakkan jawatan tidak dibincangkan dan kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet adalah "hak mutlak" beliau selaku Perdana Menteri.

"Tidak, belum dibincangkan lagi. Ia adalah hak mutlak Perdana Menteri," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi.

Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno diminta mengulas spekulasi bahawa Shahrizat enggan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik ketika banyak pihak mengaitkan beliau dengan isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


Laporan Bernama semalam menyebut, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."

Katanya, Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.

"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.

"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Gabungan Wawasan Generasi Felda antara tiga pertubuhan diluluskan menjadi anggota bergabung BN.

Najib memberitahu, dua lagi pertubuhan yang diluluskan ialah Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang diterima oleh BN untuk menyertai gagasan itu sebagai anggota bergabung.

Najib berkata permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis Jawatankuasa Pengurusan BN.

Dipetik Bernama, beliau berkata, mesyuarat malam tadi turut dimaklumkan bahawa program latihan dan penerangan yang disusun atur telah berjalan lancar, serta lawatan yang dibuat oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat sambutan sangat menggalakkan di peringkat negeri-negeri.
Begitu juga dengan tinjauan mesra yang dilakukan di beberapa negeri, kata Perdana Menteri.

Mengenai Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 26 Februari ini, Najib berkata, setiap pihak mempunyai hak untuk berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman.

"Buat apa nak atasi (perhimpunan ini), masing-masing ada hak untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jadi berhimpunlah atas undang-undang yang sedia ada.

"Buat apa kita nak bertindak, kita ada program kita sendiri, kita punya perhimpunan pun lagi ramai, lagi besar. (Biarlah) dia buat hal dia, kita buat hal kita," katanya.


Haramsani Buat U-Turn Mengejut..

Posted: 15 Feb 2012 06:29 PM PST

Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani

BANGI - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.


Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur. -SH

LAPORAN KENYATAAN MUFTI PERAK, HARUSSANI ZAKARIA SEBELUM INI


Najib 'gadai akidah' hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan kufur yang boleh merosakkan akidah.

"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. -TMI


Anwar Gadai Akidah Kerana Undi

Posted: 15 Feb 2012 07:30 AM PST

Gambar Anwar Gadai Akidah Pula Tersebar


Sebelum ini tersebar gambar PM Najib Razak menggadai akidah kerana menghadiri upacara keagamaan di kuil Batu Caves. Mufti Perak terkilan kerana sikap Najib tersebut.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.


"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain".

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir… itu upacara ibadat mereka", tegas Harussani.



Kini tersebar pula gambar Anwar yang dikatakan menggadai akidah, juga menghadiri upacara keagamaan penganut Hindu. Gambar yang dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Blogger UMNO berkata Anwar lebih teruk menggadai akidah. Mereka juga meminta Mufti Perak bersuara dalam hal ini.

Nampaknya kedua-dua pemimpin menggadai akidah kerana undi kaum India, kerana undi semuanya boleh terjadi. Jadi apa pandangan mufti??

Kalau kes Najib sebelum ini para mufti juga tak bersependapat??

http://www.ekeleh.com/gambar-anwar-gadai-akidah-pula-tersebar


Otak Sekular Menteri Umno

Posted: 15 Feb 2012 04:13 AM PST

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.(Gambar Sekadar Hiasan..)

"Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam," kata Nasrudin (gambar)

Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.


"Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam," katanya.

Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih semalam.

Beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut".

Pada Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

http://karatijau.blogspot.com/2012/02/fuhhini-baru-betul-otak-paling.html


Tiada ulasan: