MIMPI SENJA |
- Husam saman Papagomo
- Anjing baham muka pengacara TV
- ABU sentimen yang mampu jatuhkan Bn : Md Sabu
- Pak cik 70 cair digoda janda 30 ....
- Logo 1Malaysia - Kerajaan BN dah gila
- Lagi artis kawin : Amanda Misbun (adik Haliza) nikah 03032012
- Ni cerita pelik sikit ... "Nenek 16 thn" punya 4 anak 19 cucu dan 47 cicit ... hahaha
- Mahathir kepada Shahrizat : "Jangan sayang pada jawatan"
- Pelajar perempuan kolej swasta di tahan ... boleh dikenakan hukuman mati mandatori
- Hassan Ali ni bermimpi ker apa ker ...?
Posted: 15 Feb 2012 11:15 PM PST Written by Aslani M Khamis, 16 Feb 2012 14:46 KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya. Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. - Harakah Daily |
Anjing baham muka pengacara TV Posted: 15 Feb 2012 09:20 PM PST DENVER- Seorang pengacara utama sebuah stesen televisyen dikejarkan ke hospital selepas mukanya dibaham seekor anjing yang baru diselamatkan ketika program itu disiarkan secara langsung. Media semalam melaporkan, haiwan seberat 39 kilogram itu, Max, membaham muka Kyle Dyer ketika pengacara itu membongkokkan badannya untuk menepuk anjing Argentine Mastiff berkenaan. Program bual bicara pagi itu disiarkan stesen KUSA-TV. Pada Isnin lalu, kru stesen berkenaan merakamkan sejumlah anggota bomba menyelamatkan Max yang terkapai-kapai di tasik dalam cuaca sejuk selepas tergelincir. Ekoran insiden semalam, Max diletakkan dalam sangkar dan diawasi pegawai kawalan haiwan, manakala pemiliknya, Michael Robinson, didenda. KUSA-TV berkata, Kyle kini stabil dan semakin pulih di sebuah hospital di Denver. "Pasukan trauma sedang menilai kesan kecederaan di mula Kyle," kata jurucakap stesen televisyen berkenaan. Sementara itu, Robinson berkata, dia bersiar-siar dengan Max pada Isnin apabila anjing itu ternampak seekor serigala dan mengejarnya. Menurut pihak berkuasa, Max terperangkap dalam tasik itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menariknya keluar. Ekoran insiden itu, KUSA-TV menjemput Robinson, Max serta anggota bomba yang menyelamatkan anjing berkenaan untuk ditemubual KUSA-TV berkata, insiden serangan Max itu dipotong daripada siaran, tetapi sebahagian daripada klip berkenaan kemudian didedahkan untuk tatapan umum. Sementara itu, Pengarah Kawalan Haiwan Denver, Doug Kelley, berkata kecederaan dialami Kyle agak serius. - DM |
ABU sentimen yang mampu jatuhkan Bn : Md Sabu Posted: 15 Feb 2012 08:11 PM PST Saya akui, perubahan pemerintahan itu bukan matlamat akhir perjuangan rakyat. Dia mesti menegakkan justice dan keadilan. Sebab itu saya cukup suka apabila melihat munculnya kumpulan ABU ini," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebelum menambah, bahawa beliau melihat ABU "...boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, mereka juga mampu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat kalau menyeleweng nanti." Demikianlah penilaian Mohamad Sabu terhadap ABU, singkatan kepada "Asal Bukan UMNO" - satu kempen untuk menolak UMNO-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Seperti biasa, pemidato terkenal ini tidak lupa mencuit rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa orang yang berkuasa menunjukkan kecenderungan yang hampir sama, lantas memerlukan pengawasan yang rapi. "Amar makruf nahi mungkar, sebut senang nak laksana payah!" sindirnya dengan nada berjenaka, mencungkil gelak ketawa kira-kira 150 orang hadirin di bawah pentas, dalam "Forum Kiri: Kebangkitan Dunia Arab: Apa telah terjadi selepas satu tahun?", anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Sabu, sempat berkongsi pengamatannya terhadap pergolakan politik yang berlaku di Timur Tengah, selepas genap satu tahun beberapa regim digulingkan. Malah, Mat Sabu sempat mengaitkan beberapa fenomena yang berlaku di Timur Tengah, dengan apa yang berlaku di tanahair kita sekarang. Sebelum ini, Penyelaras Antarabangsa PSM Choo Chon Kai (gambar kiri) selaku panelis, menekankan bahawa perjuangan tidak seharusnya dibubuh noktah apabila satu regim digulingkan dan digantikan dengan kerajaan yang baru, kerana perubahan struktur yang menyeluruh tidak semestinya berlaku. Choo Chon Kai antara tahanan EO (di bawah Ordinan Darurat) ketika kerajaan Barisan Nasional cuba mematahkan perhimpunan BERSIH 2.0. Menurut Choo, revolusi yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu masih belum selesai, memandangkan sistem yang lama masih wujud, dan isu-isu seperti kemiskinan, pengangguran, kenaikan harga dan sebagainya, masih belum diselesaikan. Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua Seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais mengambil sikap yang lebih sinikal terhadap kebangkitan rakyat yang disifatkan "Arab Spring" oleh media Barat. Beliau cuba mengetengahkan kontradiksi utama di sebalik manifestasi di mana demonstrasi raksasa berlaku, mengaitkan kepentingan Amerika Syarikat dalam pergolakan ini. Malah, untuk beliau, pertukaran kerajaan hanya pertukaran sekumpulan pelawak yang baru untuk berkuasa, tanpa perubahan dari segi struktur. Mat Sabu (gambar kanan) bersetuju dengan sebahagian pengamatan itu, bahawa ada kalanya kebangkitan rakyat itu di-hijack oleh sesetengah pihak. Malah beliau sempat bergurau dengan merujuk apa yang berlaku di Malaysia, di mana secara tiba-tiba bekas menteri datang dan mengakui dirinya pun ABU, malah mengutuk UMNO lebih kuat daripada pembangkang. Bagaimanapun, beliau cuba melihat ciri-ciri positif daripada apa yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu, satu perjuangan untuk mendaulatkan keadilan, dan sekurang-kurangnya rakyat negara berkenaan telah keluar dari alam diktator yang teruk selama 50 tahun sebelum ini. "Memanglah kita ada satu idealistik yang kita perlu capai, tetapi dalam konteks perjuangan, kalau kita tidak dapat semua, jangan kita tinggal semua," kata Mat Sabu. Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat Berucap sebelum Mat Sabu, Hishamuddin Rais menyeru agar hadirin tidak terpengaruh dengan manifestasi tanpa meneliti kontradiksi sebenar yang berlaku di Timur Tengah. Sambil mendakwa bahawa demonstrasi raksasa di Dataran Tahrir itu hanyalah manifestasi yang dicetuskan kontradiksi yang lebih utama, Hishamuddin Rais memperkenalkan "Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat" (Project For The New American Century) kepada hadirin. Menurutnya, projek ini difikirkan otak-otak yang cerdik-pandai, graduan dari Universiti Havard dan Universiti Yale tetapi berhaluan kanan. Beliau mengimbas sejarah, perjanjian pada tahun 1923 antara Amerika Syarikat dengan Arab Saudi, di mana Amerika berjanji mempertahankan Arab Saudi dengan syarat minyak akan dijual-beli dengan menggunakan dollar Amerika. Lantas Amerika Syarikat terselamat dengan hanya mencetak wang dollar Amerika. Ia menjelaskan juga mengapa media seperti Washington Journal, New York Times berdiam diri, apabila pencabulan hak asasi berlaku secara berleluasa di Arab Saudi? "Tidakkah anda rasa itu sesuatu yang pelik?" tanya Hishamuddin Rais, merujuk kepada bagaimana kuasa Barat yang sering lantang dalam isu pencabulan hak asasi apabila berlaku di Dunia Ketiga. Malah, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa pernah wujud gerakan sayap kiri yang progresif di negara-negara Timur Tengah ini, namun digagalkan oleh Amerika Syarikat. Beliau menambah, bukan lagi rahsia di mana wujudnya hubungan yang intim antara badan perisikan Amerika Syarikat, CIA dengan Ikhwan Muslimin, badan yang memperjuangkan gerakan Islam. Untuk Hishamuddin Rais (gambar kanan), apa yang berlaku setahun yang lalu di Libya, Mesir, Tunisia dan sebagainya, adalah "pembocoran" yang terpaksa dilakukan, ketika kuasa Amerika berdepan dengan ombak kuasa rakyat, untuk menangguhkan revolusi agar perubahan struktur secara total dapat dielakkan. Dalam perhitungan Amerika Syarikat, musuhnya bukan Syria, Libya, Tunisia dan sebagainya, tetapi China. Kewujudan projek Alaf Baru untuk AS itu adalah untuk memastikan kuasa Amerika tidak dicabar mana-mana bala tentera di dunia ini. Hishamuddin Rais berkata, perjuangan ini belum berakhir dan masih berjalan, kerana kontradiksi utama masih kekal. Sebagai penyelesaiannya, satu sistem ekonomi di mana manusia tidak dijadikan hamba, lebih demokrasi dan terbuka, di mana manusia saling menghormati sesama manusia perlu diwujudkan, katanya. - petikan merdeka riview(BM) |
Pak cik 70 cair digoda janda 30 .... Posted: 15 Feb 2012 07:21 PM PST KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit. KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu. "Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya. "Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. - Metro |
Logo 1Malaysia - Kerajaan BN dah gila Posted: 15 Feb 2012 06:41 PM PST KUALA LUMPUR, 16 Feb: Kerajaan Umno BN semakin dilihat hilang kewarasan dalam mentadbir Malaysia dengan mula bertindak yang 'bukan-bukan'. "Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo '1Malaysia'?" tanya Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar (gambar). Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe bahawa pengusaha tiga barangan kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak diwajibkan memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan. Katanya, berapa banyak pengilang-pengilang yang akan terlibat di dalam perlaksanaan itu dengan mengambil kira kos yang perlu mereka tanggung dek kerana arahan yang dilihat tergesa-gesa walaupun beliau menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai turut mempersoalkan apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya para pengilang sudah pun menyimpan stok 'label' produk mereka dalam tempoh yang panjang. Perlaksaaan itu juga, katanya boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah itu. Baginya, cukuplah logo 'Halal' sebagai contoh. "Jadi apakah kerajaan boleh 'mendabik dada' dalam memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?" soalnya lagi. Beliau menambah, barang-barang yang diwartakan pula semuanya barang kawalan yang sepatutnya rakyat menikmatinya dengan harga yang murah namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa ianya mesti bersyarat? "Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1 Malaysia, bukahkah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umumnya tahu bagaimana dengan 'perangai' pimpinan Umno BN yang 'rajin' menukar tagline mengikut 'citarasa' tersendiri," katanya lagi. Justeru, pihaknya menasihati kerajaan, janganlah cuba untuk menjadi 'Berhala Moden' yang perlu 'disembah' untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi jadilah sebuah kerajaan yang sepatutnya sudah matang sekiranya 57 tahun memerintah dijadikan ukuran. Katanya, rakyat sudah boleh menilai kerana mereka kini hidup di zaman 'langit terbuka' dan 'dunia tanpa sempadan'. - Harakah Daily |
Lagi artis kawin : Amanda Misbun (adik Haliza) nikah 03032012 Posted: 15 Feb 2012 07:46 AM PST Selepas mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu, pelakon filem Klip 3GP, Amanda Misbun bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 3 March 2012. Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh adik kepada pelakon, Haliza Misbun ini ketika ditemui pada majlis pelancaran drama, 'Apa Celop' di One Utanma, sebentar tadi. "Ramai orang tanya kenapa cepat sangat kahwin walaupun baru saja mengikat tali pertunangan bulan lepas. Bagi saya, lagi cepat lagi bagus. Perkahwinan ini satu benda yang elok, jadi saya tak nampak sebab untuk saya melengahkan atau tunda perkara baik ini. Lagipun, kami dah saling mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu," ujar Amanda yang turut hadir bersama tunangnya. "Nama tunang saya, Hairulzain Fauzi. Umur dia baru 28 tahun. Kami kenal dari kawan-kawan skateboard dan dia sendiri sudah dua tahun menjalankan perniagaan skateboard. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dia sebab dia buat saya jadi seorang yang lebih baik." Berkongsi mengenai majlis perkahwinannya nanti, Amanda memberitahu, "Kami akan buat majlis akad nikah di rumah keluarga saya di Pantai Hillpark. Alhamdulillah, persiapan kahwin setakat ini dah 90% siap. Kami pilih tarikh 3.3.2012 sebab masa itu hari jadi bapa Hairul dan keluarga dia juga semuanya suka nombor 3. Mengenai perancangan bulan madu pula, mungkin tahun depan rasanya sebab lepas kahwin saya terus kena kerja." Menyentuh mengenai wataknya dalam drama 'Apa Celop', Amanda memberitahu, "Saya memegang watak sebagai Julia, teman wanita kepada Kamal Adli. Hubungan kami mula goyah gara-gara munculnya Wan Sharmila. Selepas itu, saya mula berkawan dengan Zed Zaidi, namun tak sangka dia cuba untuk jual saya. "Ini kali pertama saya bekerja di bawah pengarah, Ahmad Idham dan berlakon dalam drama mengenai mat motor. Saya senang untuk bekerja dengan dia sebab dia juga seorang pelakon. Cabaran dalam drama ini ialah saya ada masalah untuk membawa watak ringan. Dulu saya bermula dengan watak berat, jadi saya lagi suka pegang watak berat." Tambah Amanda lagi, "Selepas kahwin, saya akan menjalani penggambaran drama 13 episod, 'Pesona Sukma' untuk RTM. Saya memegang watak seorang tomboi dan saya rasa tak ada masalah untuk membawa watak ini sebab kat luar pun saya memang kasar. InsyaAllah, saya mungkin akan potong rambut saya pendek untuk drama ini. Walau bagaimanapun, saya masih fikir lagi mengenai hal ini." Bagi yang ingin menonton lakonan Amanda Misbun sebagai Julia dalam drama terbitan Excellent Pictures, 'Apa Celop', jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama tersebut bermula 20 Februari ini, setiap Isnin jam 9.00malam, hanya di Slot Aksi TV3. Sumber : GUA Kredit Foto : LennyEmelda |
Ni cerita pelik sikit ... "Nenek 16 thn" punya 4 anak 19 cucu dan 47 cicit ... hahaha Posted: 15 Feb 2012 06:16 AM PST Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di Kangar. "Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu. Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau .... menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas. Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya. "Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan," kata Noratikah. - Bernama |
Mahathir kepada Shahrizat : "Jangan sayang pada jawatan" Posted: 15 Feb 2012 05:06 AM PST SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar "jangan sayang kepada jawatan". Bekas Perdana Menteri berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti. "Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan. "Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini. Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan. "Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya. - BERNAMA |
Pelajar perempuan kolej swasta di tahan ... boleh dikenakan hukuman mati mandatori Posted: 15 Feb 2012 03:51 AM PST KOTA BHARU - Polis menahan seorang pelajar perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok, di sini semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pelajar berusia 21 tahun itu, ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Teras, Sering, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi ini. Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Jalaluddin berkata berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, bayi itu dipercayai mati kerana lemas akibat dimasukkan ke dalam baldi dalam keadaan kepalanya ke bawah. Katanya bayi itu mati selepas dilahirkan berdasarkan terdapat susu dalam badannya. Suspek, anak pertama dari tujuh beradik, mula belajar di kolej itu pada Jun 2010 dan dijangka menamatkan pengajian dalam bidang makmal perubatan pada Mei tahun depan.- Bernama |
Hassan Ali ni bermimpi ker apa ker ...? Posted: 15 Feb 2012 12:28 AM PST Ramal Gelombang 'Tsunami Kecil' Dalam Politik Tempatan kerana JATI KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan gelombang "tsunami kecil" bakal melanda arena politik negara ini, dengan tertubuhnya sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jati pada 21 Feb ini. Ramalan itu, ditegaskan beliau dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, Selasa, adalah berdasarkan kepada sokongan padu yang diterimanya dalam siri jelajah ke seluruh negara baru-baru ini di mana puluhan ribuan penduduk turun padang untuk menyambut kehadirannya. Beliau berkata gambaran dan sambutan awal yang diterimanya meyakinkan beliau bahawa masa hadapan pergerakan kuasa ketiga di Malaysia adalah cerah meskipun ia merupakan sesuatu yang baharu dalam arena politik negara. "Saya percaya blok kuasa ketiga yang dirancang ini akan mendatangkan impak besar, setidak-tidaknya kepada kumpulan masyarakat Malaysia yang sudah tahu berfikir. Mutakhir ini, rakyat Malaysia sudah menjadi sebuah masyarakat pemikir yang mana mereka tidak akan mudah menerima sesuatu yang dianggap basi. "Kehadiran kuasa ketiga berkenaan sesungguhnya akan menjadi lebih dominan dan besar untuk melancarkan satu sistem gerakan yang sangat diperlukan di Malaysia. Pemecatan saya daripada PAS yang pada awalnya tidak signifikan dan dikatakan hanya mencetuskan gelombang kecil, kini telah menjadi suatu gelombang besar," katanya. Dalam pada itu, Hasan turut menjelaskan Jati tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan pelbagai bentuk hubungan dengan mana-mana pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun badan-badan politik yang kecil dan besar selagi pihak berkenaan mempercayai konsep perjuangan yang dibawa Jati iaitu IMR, singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi Raja-Raja. Ketika ditanya mengenai kemungkinan Jati bergabung dengan NGO lain termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cara untuk mengukuhkan pengaruh kuasa ketiga, Hasan berkata, perkara tersebut bergantung kepada kesediaan pihak-pihak berkenaan dalam mengangkat martabat IMR. Bagaimanapun, menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin, blok kuasa ketiga itu hanya akan muncul sebagai satu kuasa kuat dan digeruni jika wujud pelbagai elemen tertentu. Yang pertamanya, tegas Shaharuddin, kuasa ketiga itu hanya akan mendapat sambutan sekiranya rakyat ataupun pengundi sudah meluat dengan gelagat dan politiking parti pemerintah mahupun pembangkang. Selain itu, kuasa ketiga itu akan bertambah mantap dan boleh memainkan peranannya dengan berkesan jika Jati dan beberapa NGO bergabung tenaga, bukannya secara bersendirian. Beliau juga berpendapat, mana-mana kuasa ketiga yang ingin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia perlu mempunyai elemen kemajmukannya yakni diterima baik oleh masyarakat majmuk dan bukannya hanya sesuatu kaum tertentu sahaja. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan