Selasa, 21 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerana Mahu Menjaga Air Muka Najib, JUBUR Saiful Diperalatkan Lagi!!!

Posted: 21 Feb 2012 07:00 AM PST


Seorang demi seorang pemimpin UMNO, termasuklah Che Det, mengeluarkan kenyataan menjaga air muka Najib yang sehingga ini kecut, takut untuk berdebat dengan DSAI. Kata Che Det debat dengan Anwar hanya membuang masa.

Tetapi kenyataan yang paling bodoh/lawak/tidak masuk akal setakat ini datang daripada SU Agung UMNO yang mengalihkan sasaran debat kepada Saiful Bukhari. Letih otak memikirkan logik atau keperluan debat antara Anwar dengan Saiful. Agak-agaknya apa topik debat yang mungkin dipilih oleh Saiful dan Anwar? Adakah "Anwar Tidak Meliwat Saiful" atau "Apakah Jenama Pelincir yang Digunakan oleh Anwar?". Kenyataan SU Agung UMNO ini amat memalukan UMNO dan seperti biasa bertujuan untuk menjaga air muka bos mereka.

Katanya: "Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat diadakan antara Datuk Seri Najib dan Anwar, tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri, iaitu Mohd Saiful."
 Katanya lagi: "Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan kerana pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan."

"Kalau mahu berdebat pun, bukan Perdana Menteri lawan Anwar tambahan pula, Datuk Seri Najib sebagai pemimpin negara tidak mempunyai masa untuk melayan tuntutan sedemikian kerana sebagai pemimpin yang bertanggungjawab beliau akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kesejahteraan dan keselesaan rakyat dan negara." 

Debat antara Anwar dengan Najib perlu diadakan untuk memberikan peluang kepada rakyat menilai hujah kedua-dua pemimpin tentang visi dan misi mereka berkaitan dengan ekonomi, kepimpinan, dan kemampuan kedua-dua belah pihak menyelesaikan beberapa masalah ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan sebagainya.

Debat juga wajar dijalankan antara kedua-dua pemimpin ini bagi menjawab isu "sokongan kepada Israel" yang hebat dimainkan oleh pemimpin UMNO dan media pencacai. Rakyat ingin menilai pihak yang benar-benar bersekongkol dengan Israel. Siapa yang benar-benar menyokong Israel? Jika UMNO terang-terang memutarbelitkan kenyataan DSAI, maka berilah peluang kepada beliau mempertahankan hujahnya melalui debat.
Kenyataan yang kurang cerdik tidak sepatutnya diulas panjang-panjang.


P/s: Sampai bila pemimpin UMNO akan menjaga air muka Najib? Sampai bila jubur Saiful akan terus diperalatkan untuk kepentingan politik UMNO? Namun mereka kena ingat, setiap kenyataan yang dibuat, rakyat akan menilainya. Jangan ingat rakyat sebingai mereka!



Harussani: "..."raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

Posted: 21 Feb 2012 05:52 AM PST


Saya petik:

[MK] Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.

"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.


P/s: Orang PAS kena komen kenyataan Tuan Mufti ini!

 

Mari Lihat Jumlah Dividen KWSP, Tabung Haji dan ASB Dari Dahulu Hingga Sekarang

Posted: 21 Feb 2012 04:00 AM PST

Sumber di sini.

Menteri Kewangan yang bertanggungjawab:

1957-1959-Hau Shaik Lee,
1959-1969-Tan Siew Sin,
1969-1970-Razak,
1970-1974-Tan Siew Sin,
1974-1976-Hussien Onn,
1976-1984-Ku Li,
1985-1990-Daim,
1991-1998-Anwar,
1998-1999-Mahathir,
2000-2001-Daim,
2001-2003-Mahathir,
2003-2008-Abdullah,
2008-Sekarang -Najib
 
 
Janganlah bangga sangat apabila kerajaan mengumumkan dividen sebanyak 6%! 
 
 
 
 

[Gambar] Mimpi Ngeri UMNO di Larut

Posted: 20 Feb 2012 11:53 PM PST



Cerita lanjut di sini.

[Video] Isu Sokong Israel: Kenyataan DS Anwar Ibrahim Selepas Bertemu dengan TG Nik Aziz

Posted: 20 Feb 2012 11:14 PM PST




Berita Berkaitan:

[HD] KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa lega kerana dapat memberikan penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.

Beliau juga berkata dengan penjelasan itu, beliau mengaggap salah faham yang timbul sebelum ini selesai.

"Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel. Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa.

"Saya rasa baik kerana telah beri penjelasan terhadap sedikit sebanyak keraguan dalam hal ini," katanya yang juga ketua pembangkang kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Pertemuan kira-kira 45 minit itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pagi ini.

Turut serta pada pertemuan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa salah faham isu itu timbul ekoran media Umno yang hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan lalu.

Ianya sekaligus memberi salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel sedangkan ia bukan bermaksud sedemikian.

"Masalahnya saya sebut, media Umno hanya guna bahagian pertama sahaja, bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan 'tertakluk kepada syarat-syarat, contingent'," katanya lagi.

Antara syarat tersebut katanya termasuk pengunduran tentera Israel dari Palestin dan negara arab lain, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin.

Turut dikongsi kepada Nik Aziz katanya pendirian pemimpin Hamas Khaled Mashal yang menerima penjelasan beliau sebelum ini.

"Dalam perbincangan dengan Khaled Mashal dia sebut "I know the word contingent".

"Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu," katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa pendiriannya dengan PAS bukan perbezaan ketara namun yang berbeza sebenarnya adalah dengan Umno.

Menurutnya, Umno hipokrit dalam isu Israel ini apabila mendabik dada kononnya mereka tidak mengiktiraf Israel sedangkan kata Anwar pada masa sama Umno juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara itu.

Malah perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan sendiri masing masing mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari negara itu, kata Anwar.


Macam Nak Rukuk Ibrahim Ali SALAM Rosmah

Posted: 20 Feb 2012 10:00 PM PST


P/s: Geli TM nak ulas panjang-panjang. Cerita fasal MP "katak" yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu bertanding dalam PRU ada disiarkan Malaysia Kini. Dalam laporan itu, Ibrahim Ibrahim dikatakan memuji Rosmah sebagai "srikandi negara" di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya sambil memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you".

Kah kah kah!

Berdasarkan pujian dan cara salam melampau ini, adakah MP "katak" ini masih belum dapat restu Najib untuk bertanding dalam PRU 13?


Penyanyi Hip Hop Didakwa Rogol Anak Tiri Sudah Ditahan Polis

Posted: 20 Feb 2012 09:00 PM PST


Saya petik:

[HM] GOMBAK: Anak tiri kepada seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air yang ditahan polis selepas didakwa merogol mangsa di rumahnya di Gombak Jaya, di sini kini masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang berusia 14 tahun masih menerima rawatan di hospital dan sedang diberi kaunseling oleh pihak hospital dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, penyanyi terbabit juga direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai penahanan seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air selepas didakwa merogol anak tirinya sejak tujuh tahun lalu.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam kelmarin.


Berita awal di sini.



"Perogol itu bukan SAYA"

Posted: 20 Feb 2012 08:00 PM PST


Saya petik:

[HM] AMPANG: "Itu bukan saya," kata bekas penyanyi ahli kumpulan Shade, Mohamad Faizal Mohd Ali, 38, atau dikenali sebagai Wan sebagai menafikan dakwaan sebuah blog hiburan yang menuduhnya merogol anak tiri sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, tuduhan palsu itu tidak berasas kerana beliau sendiri belum berkahwin.

"Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan.

"Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menuding jari dan memarahinya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia," katanya ketika ditemui di balai polis Ukay.

Katanya, dia mengetahui laporan mengaitkan dirinya pada jam 2 petang selepas dihubungi rakan yang memaklumkan gambar dan namanya keluar di sebuah blog.

"Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah.

"Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah," katanya yang popular dengan lagu Jangan Ucapkan Selamat Tinggal pada 1995.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Harian Metro semalam berkenaan seorang artis berkonsep Hip Hop ditahan polis selepas didakwa memperkosa anak tirinya yang berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya.

Penyanyi berusia 37 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa berusia tujuh tahun.

Beliau membuat laporan polis berhubung fitnah kira-kira jam 8.30 malam di Balai Polis Ukay Perdana.


 

Taktik Sorok Teman Wanita di dalam Tandas Tidak Menjadi

Posted: 20 Feb 2012 07:31 PM PST


Saya petik:

[SH] Batu pahat – Taktik seorang lelaki menyembunyikan kekasihnya dalam tandas sebuah hotel tiga bintang di sini tidak menjadi selepas penguat kuasa jabatan agama daerah menjumpai sepasang kasut wanita di bilik berkenaan.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohad Sopah, berkata, penemuan kasut wanita itu menyebabkan pihaknya memeriksa keseluruhan bilik dan menemui seorang gadis di dalam tandas bilik itu.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya mengaku menginap sendirian di hotel tersebut sebelum tembelangnya pecah.

Lelaki itu,katanya, hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju sejurus membuka pintu bilik berkenaan selepas diketuk beberapa kali penguat kuasa.

"Selepas disoal, lelaki itu kemudiannya mengaku teman wanitanya ada bersama dalam satu bilik dan sedang bersembunyi dalam bilik mandi akibat terlalu panik.

"Setelah dijumpai di bilik mandi, wanita berkenaan diperiksa pegawai wanita dan jelas wanita itu tidak mengenakan sebarang pakaian dalam," katanya.

Pihaknya difahamkan, lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar teman wanitanya yang juga seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di sini.

Akibat terlalu kepenatan memandu, pasangan kekasih itu, katanya, mengambil keputusan untuk menginap di hotel berkenaan sebelum diserbu pihak berkuasa.

"Kedua mereka berasal dari salah sebuah negeri di pantai timur negara dan masing-masing berusia 23 tahun dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

"Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. 



[Video] Isu Israel dan Penjelasan Anwar di Taman Sri Gombak

Posted: 20 Feb 2012 06:57 PM PST






Dulu SEKSI, Kini BERHIJAB

Posted: 20 Feb 2012 05:00 PM PST


Saya petik:

[SH] Marshanda bukanlah nama asing bagi dunia hiburan seberang, malah selebriti ini juga amat dikenali penggemar sinetron di Malaysia.
 
Dilahirkan di Jakarta, bintang muda ini telah memulakan kerjayanya pada 1997 apabila terpilih membintangi iklan komersial semasa menemani ibu saudaranya juga model terkenal,Chintya Rustam menjalani penggambaran.
 
Menurut Marshanda, setelah berkecimpung dalam bidang komersial, secara tidak langsung dia juga diberi peluang mencuba bidang lakonan.
 
Ternyata, bakat lakonannya berhasil apabila sinetron pertamanya, Bidadariku mengangkat nama dan karier seninya untuk terus berkembang di seberang.
 
"Dalam sinetron ini saya membawa watak sebagai Lala. Saya juga turut digandingkan bersama pelakon Nia Ramadhani, Ayu Azhari, Mecelino Lefrandt dan ramai lagi.
 
"Ini adalah antara pengalaman berharga buat saya ketika baru menceburkan diri dalam dunia lakonan dan sehingga kini saya akan melakukan yang terbaik supaya dapat memberi kepuasan kepada penonton dengan lakonan saya," katanya.
 
Namanya semakin bersinar apabila lakonannya menerusi beberapa sinetron seperti Putri Yang Terbuang, Aqso Dan Madina dan Benci Bilang Cinta mendapat tempat di hati penggemar sinetron di Malaysia.
 
"Saya tidak sangka diterima oleh penonton dari Malaysia, saya anggap ini adalah bonus buat saya dan akan terus berusaha supaya tidak menghampakan peminat di sini," katanya.

 
Hijab tak halang karier
 
Pada suatu ketika dahulu, penyanyi dan pelakon yang lebih mesra dipanggil Caca ini sering kali dikaitkan dengan imej seksinya yang sentiasa menjadi perbualan hangat pelbagai pihak.
 
Berbeza dengan imej sebelumnya, kini Marshanda tampil lebih sopan dan ayu apabila membuat keputusan bertudung, Julai lalu.
 
Menurut pelakon jelita ini, keputusan­ itu datang daripada dirinya sendiri setelah menyedari ia adalah tuntutan sebagai wanita Muslim.
 
"Alhamdulillah, walaupun saya sudah bertudung, tuah dalam bidang lakonan sentiasa menyebelahi saya apabila sentiasa­ mendapat tawaran daripada pengarah dan penerbit sinetron.
 
"Selagi watak dan peranan yang diberikan dalam drama sinetron bersesuaian dengan imej bertudung, saya akan terima," katanya.
 
Terbaru, pelakon jelita ini membintangi drama sinetron Dari Sujud Ke Sujud, yang disiarkan di saluran Astro IndoPek, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang. Diarahkan Chaerul Umam, sinetron ini turut dibintangi Dude Harlino, Asmirandah dan Meyda.
 
Selain lakonan, Marshanda juga berbakat dalam seni suara. Menurut artis berbintang Leo ini, dia mula terlibat dengan nyanyian­ sejak kecil lagi, yakni sebelum bergelar pelakon.
 
"Semasa kecil, saya amat gemarkan nyanyian Christina Aguilera, Britney Spears dan M2M sekali gus berhasrat untuk menjadi penyanyi seperti mereka. Disebabkan minat yang mendalam terhadap nyanyian, saya mula mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi bakat yang ada," katanya.
 
Jelas Masrhanda, impiannya menjadi penyanyi tercapai apabila komposer lagu kanak-kanak, Papa T Bob, berminat dengan bakatnya. Selesa bergelar penyanyi, terbaru, Marshanda tampil dengan single Beri Aku Cinta hasil ciptaan pemuzik, Bebi Romeo.
 
"Lagu ini memerlukan penghayatan mendalam dan saya bersyukur tidak mengambil masa yang lama untuk melakukannya.
 
"Beri Aku Cinta sedikit sebanyak menceritakan tentang bagaimana mahu menjaga perhubungan untuk terus berkekalan­ yang disesuaikan dengan kehidupan sebenar saya," katanya.

 
Tunggu masa sesuai timang anak
 
Walaupun sibuk dengan karier seninya, Marshanda tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Melangsungkan pernikahan­nya pada April tahun lalu bersama pasangan pilihannya, Ben Kasyafani, yang juga seorang pelakon dan pengacara, Marshanda akui kehidupannya kini semakin bahagia dan teringin menimang cahaya mata.
 
Namun buat masa ini, dia tidak mahu terburu-buru, memandangkan masing-masing sibuk dengan karier. -Nina Farzuin


P/s: Alhamdullilah!


Warga Myanmar Kena Penjara 9 Tahun Rogol Budak 12 Tahun

Posted: 20 Feb 2012 04:06 PM PST


Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Myanmar hari ini dipenjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di rumah sewanya di Taman Wilayah Selayang dekat sini, minggu lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid turut memerintahkan tertuduh, Mohd Shukur Zawkareya dihantar ke negara asalnya selepas tamat menjalani hukuman itu.

Mohd Shukur, 28, didakwa terhadap empat pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun di dalam sebuah bilik di alamat 7-2-1, Jalan 20/20A, Taman Wilayah Selayang, Sentul antara pukul 11.30 malam hingga 3.30 petang, pada 3 Februari hingga 6 Februari lepas, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tertuduh, yang bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang, turut dituduh tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah, mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.

Mohd Shukur, yang masih bujang, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat pertanyaan Balai Polis Jinjang, Sentul pada pukul 9 malam, 6 Februari lepas. Bagi keempat-empat kesalahan rogol itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara enam tahun hingga sembilan tahun, manakala bagi pertuduhan kelima (tiada pasport) tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun.  

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu serentak, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 6 Februari lepas.

Terdahulu, Mohd Shukur, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung keluarga yang tinggal di kampung halaman di Myanmar.

"Saya juga kenal mangsa dan kami suka sama suka," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Ain - Nur Amiyerra Awod Abdullah memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kepentingan awam perlu didahulukan berbanding kepentingan peribadi.

"Fakta bahawa mangsa dan tertuduh suka sama suka bukan fakta yang patut dipertimbangkan oleh mahkamah kerana ia melibatkan mangsa bawah umur. Jadi, hukuman berat perlu diberikan supaya ia bukan hanya memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat," katanya. 


P/s: Mengapa hanya 9 tahun?


 

Tiada ulasan: