Selasa, 21 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jom dengar kisah Hamidah Ular dan Najib Altantuya

Posted: 21 Feb 2012 11:00 AM PST

Sejurus selesai menghadiri program wacana isu-isu semasa di Tmn Maju Rapat, saya mengambil kesempatan untuk minum-minum di restoran berhampiran bersama panel wacana jemputan , YB Dr Lee Boon Chye, Dato' Adnan Ibrahim, Ust Radzi Zainon dan lain-lain.Nak sebut nama , berjela-jela nanti jadinya.

Program Hamidah Ular siap ada makan
percuma dan pengangkutan bas percuma

Gangguan Hamidah Ular

Program yang sepatutnya diadakan di Restoran KJ Siti Gemilang, terpaksa bertukar tempat, kerana tiba-tiba sahaja, Hamidah Ular (Adun Sg Rapat) buat program nyambut Maulud Nabi di padang berhampiran.

Dato Adnan sedang mendedahkan kegiatan
rasuah pemimpin umno/BN

Maka terpaksalah program wacana kami dibuat agak jauh sedikit dari tempat asal, pindah ke sebuah rumah seorang sahabat.

Bukan kali ini sahaja Hamidah Ular menganggu program PR. Sebelum ini pun ada dia buat perangai semacam ini.Nampak sangat dia terlalu terdesak dan naik sasau!

Usah layanlah Hamidah Ular tu.Biar saya sambung cerita tadi tu .....

Sembang-sembang dengan makanan ringan


Di sebalik perasmian RTC

Dalam sembang-sembang itu, seorang hamba Allah yang enggan nama dan gambarnya dipaparkan disini telah menyampaikan maklumat kepada kami mengenai perasmian RTC yang baru lalu.Saya memasang telinga dan merakamkannya dalam ingatan.

Balik rumah, terus saya buka komputer dan menterjemahkannya kedalam tulisan ini.

Kami diberitahu, sewaktu perasmian RTC yang baru lalu, 200 bus telah digunakan untuk mengangkut orang ramai ke RTC. Bas tersebut diletakkan berhampiran dengan PUSPAKOM.

Dua pesakit dari Hospital Bahagia Tg Rambutan

Orang asli dari perkampungan berdekatan dan jauh depa mai angkut ramai.Bukan orang asli sahaja Yop! Malah orang pesakit mental dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan pun depa mai angkut!

Begitu terdesak sungguh Umno nak projekan perasmian RTC tersebut supaya orang memenuhi setiap sudut ruang RTC.Mereka datang pun bukan tangan kosong – siap dihulur dengan RM20/- hingga RM30/- seorang! Siapa yang tidak mahu.

Masa datang tu, mereka semuanya diturunkan dekat kawasan RTC.Tapi sewaktu nak pulang, mereka terpaksa berjalan kaki meredah hujan dan kuyup - berjalan dalam hujan dari RTC ke tempat bas yang diparkir di PUSPAKOM tu yang jaraknya lebih kurang 2 Kilometer dari RTC! Najib punya pasal – rakyat jadi mangsa! Padan ke dengan wang yang mereka terima itu?

Kesian, rakyat biasa hanya dapat kuah sahaja kalau di bandingkan dengan peruntukan yang habiskan untuk meraikan kedatangan PM Najib kesitu.

Mula-mulanya peruntukan yang dirangkakan adalah RM3juta sahaja.Tetapi ada yang beritahu perbelanjaan telah membelon hingga menjadi RM6juta! Tentu ada yang kaki songlap.....

Menurut kawan tu lagi, pada jam 3.00 petang, Najib pun tiba di situ. – Zambry pun berucap mengalu-alukannya. Ketika ini hujan mulai renyai-renyai turun.

Tetapi yang menghairankan, kata orang tu, tatkala tiba sahaja giliran Najib berucap, tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah turun diikuti dengan satu dentuman kilat yang sangat kuat menyebabkan terputus bekalan leterik seketika.Najib terpaksalah berenti berucap.Mujurlah ada teknisyen yang membaik pulih keadaan.

Entah apa bala & laknat yang mengekori Najib. Aku rasa gangguan hantu Altantuya akan terus mengikuti jejak Najib walau kemana dia pergi.

Dan setelah letrik dibaiki semula , Najib pun meneruskan ucapannya.Tapi tidak ada siapa yang dapat mendengar dan faham apa yang diucapkan Najib sebab bunyi hujan lebat yang mencurah-curah keatas khemah zing begitu kuat lalu menenggelamkan suara Najib.

Opah siapalah gerangannya ini.
Kesian kesejukan kerana banjir

Keadaan sangat tidak selesa - bising atap zing yang ditimpa hujan.Keadaan lecah dan air bertakung disana sini membuat orang ramai gelisah dan resah.Mungkin mereka menyesal kerana datang .....

Najib bercakap bla-bla-bla sorang-sorang dan yang lain buat macam dengar, tetapi sampai kesudah tidak tahu apa yang diucapkan Najib!

Tiada ulasan: