Selasa, 21 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


GEMPAQ!!! LOGO JATI ASAN ALI MACAM LOGO SETAN 666?

Posted: 21 Feb 2012 05:13 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini.

Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.



Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.

http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html



"MANUSIA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG,SEBAIK-BAIK PERANCANGAN 

ADALAH PERANCANGAN ALLAH"



KEBETULAN ATAU SEMEMANGNYA DIRANCANG????


omakkau

IKLAN PERCUMA UNTUK MASYARAKAT



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pasangan Kekasih Dipukul, Dipaksa Bogel dan Dirakam selepas Dibelasah

Posted: 21 Feb 2012 04:00 AM PST


Gambar hiasan
DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.

Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.

Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.-kosmo


kafesantai

IKLAN PERCUMA UNTUK MASYARAKAT



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mat Salleh Bercium Di Lobi, Arab Mengamuk Pukul Perempuan – Siapa Yang Salah Ni?

Posted: 20 Feb 2012 10:13 PM PST


KOTA KINABALU – Kejadian yang dimaksudkan dalam tajuk di atas berlaku di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini dan ia berjaya dirakam serta dimuat naik ke Youtube.

Ia bermula dengan sikap satu pasangan barat dan tempatan (lelaki dan perempuan) yang dikatakan bercium di lobi sebuah rumah persinggahan backpackers.

Mungkin disebabkan tidak dapat menerima apa yang berlaku, seorang pelancong Arab telah mengamuk dan menyerang dua wanita di rumah persinggahan berkenaan.

Lelaki Arab dilihat berkenaan berulang kali berkata Malaysia ini negara Islam dan sikap pasangan itu tidak boleh diterima.

Kejadian itu dimuatnaik ke Youtube serta-merta selepas kejadian iaitu pukul 6.30 petang pada 9 Februari lalu.

Pelancong Daniel Gunn, 30, yang merakam episod tersebut mendakwa, dia telah mencium pipi teman wanitanya di kawasan ruang tamu dan kelakuannya menimbulkan kemarahan lelaki Arab itu.

"Saya cuba menenangkannya tetapi dia bertambah marah," kata rakyat Kanada itu.

Gunn berkata pada masa itu, Dewina Jolilin, 22 (penyambut tetamu rumah persinggahan tersebut) menegur lelaki Arab berkenaan, yang hanya membuatkannya bertambah bengang kerana dia beranggapan penyambut tetamu itu, seorang yang beragama Islam, patut juga marah dengan sikap pasangan barat terbabit.

Dia kemudian memukul muka Dewina dengan beg plastik, menyebabkan Gunn dan teman wanitanya datang membantu penyambut tetamu tersebut.

"Teman wanita saya memberitahu lelaki Arab itu yang dia tidak boleh menyerang wanita. Dan kemudian, dia juga diserang," Gunn berkata.

Lelaki Arab itu kemudian berlari keluar dari rumah persinggahan berkenaan dan menaiki sebuah teksi. Dia dipercayai tidak menjelaskan bilnya dengan rumah persinggahan berkenaan.

Polis kini mencari suspek berkenaan, yang dilihat dalam klip video sedang menyerang Dewina dan kemudian menuju ke arah seorang lagi wanita, dikatakan teman wanita tempatan seorang pelancong Kanada di sini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, penyambut tetamu itu telah membuat laporan polis terhadap suspek, yang kali terakhir di lihat meninggalkan rumah persinggahan tersebut dalam keadaan marah dengan menaiki teksi.

mynewshub



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: