DUNIACACAMARBA |
- Sanggup BUKA TUDUNG untuk Jadi Glamour...Murahnya Iman!!!
- [Terkini] Kenyataan Media Anwar Ibrahim tentang Isu Israel-Palestine
- Dua Ekor BUAYA GERGASI Ditangkap di Filipina
- Mak Nyah Dakwa Diserang Enam Lelaki, Apa Tujuan Mak Nyah Berkeliaran Pukul 3.30 Pagi?
- Siapa Pandai Baca Tulisan Hebrew? Boleh Baca Hubungan Dagang Malaysia-Israel
- Jurulatih Didakwa Gila-Berahi Cabul 10 Pelajar Perempuan
- Warga Emas Cair Dibuai Janda
Sanggup BUKA TUDUNG untuk Jadi Glamour...Murahnya Iman!!! Posted: 16 Feb 2012 05:23 AM PST Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Feb lalu mendedahkan gelagat peserta rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada peserta sanggup tidur di dalam kereta semata-mata mahu mendapatkan borang untuk menyertai uji bakat program yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan. Ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Tuntasnya, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu. Yang paling mengejutkan apabila Aznil mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk mencuba nasib pada hari kedua uji bakat. Aduhai, murahnya iman! | ||
[Terkini] Kenyataan Media Anwar Ibrahim tentang Isu Israel-Palestine Posted: 16 Feb 2012 02:33 AM PST Kenyataan Penuh DS Anwar Ibrahim: Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel). Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin. Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa: "This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security". Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama: "The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel." Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat. Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri Palestin: "If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them". Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin. Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel. Walaupun begitu KEADILAN berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke015 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro. Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin. Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi. Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan. Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin. Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin. Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." P/s: Anwar Ibrahim konsisten dengan pendiriannya. DCM ada sentuh hal ini di sini. Persoalan dalam isu ini adalah sama ada kita bersetuju dengan "two states solution" atau menolak terus kewujudan Israel, maknanya menghalau Israel dari bumi Palestine. PAS seperti yang diberitakan menolak Israel secara total, manakala Anwar senada dengan PBB dan negara Arab yang menerima "penyelesaian dua negara", iaitu kewujudan Israel dan Palestine. Harus kita ingat, menerima "penyelesaian dua negara" tidak bermakna seseorang itu "menyokong" Israel. Cuba fikir, dari segi logik realiti politik dan semasa, pendirian yang mana menguntungkan rakyat Palestine? | ||
Dua Ekor BUAYA GERGASI Ditangkap di Filipina Posted: 15 Feb 2012 10:22 PM PST Saya petik: [Kosmo] BANDAR PALAWAN, Filipina - Beberapa pekerja memindahkan dua ekor buaya gergasi di bandar ini kelmarin yang ditangkap pada Selasa lalu di bandar Rio Tuba Bataraza ekoran terdapat laporan bahawa haiwan itu melakukan serangan ke atas manusia. Menurut agensi berita Reuters, haiwan itu dipindahkan ke sebuah ladang buaya di sini. Beberapa pegawai tempatan di ladang haiwan itu berkata, buaya jantan yang ditangkap itu sepanjang 4.87 meter dan akan diberi nama Valentino. Buaya betina yang ditangkap itu pula sepanjang 3.35 meter. Nama itu diberikan kerana haiwan tersebut ditangkap pada Hari Kekasih. Pada September tahun lalu, penduduk kampung di wilayah Agusan del Sur, Filipina berjaya menangkap seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter yang dianggap terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup di dunia. - Agensi | ||
Mak Nyah Dakwa Diserang Enam Lelaki, Apa Tujuan Mak Nyah Berkeliaran Pukul 3.30 Pagi? Posted: 15 Feb 2012 08:48 PM PST Saya petik: [SH] KUANTAN - "Saya hanya mampu menjerit apabila hayunan rantai besi yang berikat mangga itu terkena tepat di kepala," kata juru mekap yang menjadi mangsa serangan enam lelaki di depan Wisma Delima, Jalan Haji Abdul Aziz, semalam. Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita berkata, dia bersama rakannya, Shasha sedang berjalan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum didatangi enam lelaki menaiki motosikal. "Tanpa sebarang amaran, tiga daripada mereka terus memukul saya menggunakan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga, manakala yang lain berada di atas motosikal," katanya. Rozita berkata, begnya disentap hingga putus sebelum pukulan bertubi-tubi hinggap di bahagian belakangnya. Katanya, dia tidak mampu melawan dan ketika itu, rakannya Shasha datang membantu, tetapi turut menjadi sasaran tiga lelaki yang memakai baju dan jaket serba hitam. Rozita, yang ketika itu berlumuran darah, lari menyelamatkan diri, tetapi apabila menyedari rakannya juga dipukul, dia kembali ke arah rakannya sebelum rebah di situ. "Selepas lebih lima minit, enam lelaki itu menghilangkan diri dengan motosikal. Ketika itu saya hanya separa sedar di pangkuan Shasha," katanya. Sementara itu, Shasha yang masih lagi trauma dengan serangan itu, tidak menyangka kumpulan lelaki itu tergamak memukul mereka dengan besi dan topi keledar. Katanya, dalam keadaan kelam kabut dan darah yang mengalir di kepala, ada individu yang kebetulan lalu di jalan itu dan menghantar mereka ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). "Ketika itu saya memang tidak berdaya sementelah melihat rakan yang hampir pengsan di pangkuan. Nasib baik ada orang lalu di kawasan itu dan membawa kami ke hospital," katanya. Akibat serangan itu, Rozita menerima enam jahitan di kepala, luka di dahi, lebam di bahagian bahu, belakang dan lengan, manakala Shasha pula luka di bahagian kepala dan lengan. Rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Bakri, 50-an berkata, kumpulan mak nyah itu menggelar lelaki yang menyerang mereka Geng Anti Maknyah kerana sebelum ini kira-kira 12 kali kejadian sama berlaku membabitkan 10 mangsa. Katanya, kumpulan lelaki itu akan bertindak di antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, tetapi tidak mengambil barang penting atau beg duit dan hanya menyerang serta memukul mangsa. "Kes ini sebenarnya sudah berlaku enam bulan lalu, tetapi kini lebih kerap terutama di Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang dan Lorong Pasar. "Mereka selalu diserang dan menggunakan senjata sama. Mereka tidak mengambil wang, tetapi akan mencederakan mangsa," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen, Sim Chon Siang berharap, kumpulan mak nyah itu mendapat pembelaan sewajarnya kerana menjadi mangsa kejam lelaki tidak berperikemanusiaan itu. "Walau siapa pun mereka, kita berharap mak nyah ini dapat hidup selesa tanpa gangguan lelaki yang bersikap ganas seperti ini," katanya ketika melawat Rozita dan Shasha di sini. Dalam pada itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. P/s: Polis juga harus menyiasat tujuan mak nyah-mak nyah ini berkeliaran pukul 3.30 pagi! | ||
Siapa Pandai Baca Tulisan Hebrew? Boleh Baca Hubungan Dagang Malaysia-Israel Posted: 15 Feb 2012 07:36 PM PST
Paparan di atas ialah laman sesawang Kementerian Perindustrian, Perdagangan, dan Buruh Israel berkaitan dengan hubungan dagang antara Israel dengan Malaysia dan Indonesia. Maklumat lanjut di sini. Kemas Kini: Tukang komen ingatkan TM, salin artikel di laman sesawang itu dan terjemahkannya di Google Translate. | ||
Jurulatih Didakwa Gila-Berahi Cabul 10 Pelajar Perempuan Posted: 15 Feb 2012 06:11 PM PST Saya petik: [HM] PETALING JAYA: Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa. Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu. Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini. Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah. "Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan," katanya. Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad. "Malah, ada pelajar diumpan masuk ke bilik persatuan disediakan sekolah dengan alasan mengukur baju sebelum mereka dicabul," katanya. Difahamkan, semua pelajar perempuan yang menjadi mangsa turut dipaksa merahsiakan perkara berkenaan dan mangsa akur kerana takut sikap garang suspek. Sejurus pihak berkuasa menerima laporan berkenaan, jurulatih terbabit ditahan polis 9 Februari sebelum dibebaskan selepas percakapannya dirakam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. "Setakat kini, kami mendapati hanya empat ke lima pelajar sekolah berkenaan yang tampil membuat aduan kepada polis mereka menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit," katanya. Menurutnya, suspek yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). | ||
Posted: 15 Feb 2012 05:46 PM PST Saya petik:
[HM] KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu. "Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya. "Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. P/s: Nasib badanlah pak cik! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan