:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
HUKUMAN BUNUH DALAM PERBINCANGAN FIQH Posted: 16 Feb 2012 06:01 AM PST [1] Terdapat khilaf dikalangan ulama usul dalammenentukan kaedah istinbat dalam menentukan hukuman mati. Khilaf tersebutadalah seperti berikut; Satu : Ia mesti sabit dalam nas al-Quran. Denganmaksud, selain al-Quran, penentuan hukuman mati tidak dibenarkan. Dua : Hukuman mati boleh sabit dengan sumber nasHadis dan kekuasaan pemerintah (ta'zir). [2] Pada pandangan pertama ini, mereka beralasandengan kaedah dalam mazhab Hanafi yang menyatakan nas ahad tidak boleh mentakhsiskannas yang umum yang bersifat qatie[1]. Contoh dalam perkara ini adalah sepertiMazhab Hanafi menyatakan tidak halal makanan sembelihan orang Islam yang tidakdibacakan "bismillah", sedangkan Syafie menyatakan halal sembelihan orangIslam, walaupun tidak membaca bismillah sekalipun. Perbincangan ini bersebabkan hadis bahawaNabi SAW ada bersabda; ذبيحة المسلمحلال ذكر اسم الله أو لم يذكر Maksudnya; "Sembelihanorang Islam adalah halal; sama ada disebut nama Allah atau tidak[2]" Juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh IbnAbbas berkata; إذا ذبح المسلم ونسىان يذكر اسم الله فليأكل فان المسلم فيه اسم من اسماء الله Maksudnya; "Apabila seseorang muslim itumenyembelih dalam keadaan dia lupa menyebut nama Allah, maka makanlah (halaldimakan). Ini kerana, muslim itu adalah salah satu nama dari nama-nama AllahSWT[3]" Dari hadis-hadis ini, Imam Syafie menyatakanbahawa sembelihan orang Islam adalah halal, walaupun sembelihan itu tidakdibacakan bismilllah. Pendapat Syafie ini menyalahi dengan pendapat MazhabHanafi, kerana hadis-hadis di atas bersifat ahad, lalu ia tidak bolehmentakhsiskan umum al-Quran yang bersifat Mutawatir yang menyatakan; وَلَاتَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ Maksudnya; "Danjangan kamu makan dari (sembelihan) yang tidak disebut nama Allah ke atasnya"(Surah al-A'na'm, ayat 121) [3] Melihat keadaan inilah, menyebabkan golongan pertamaini menyatakan tidak boleh dikenakan hukuman bunuh kepada seseorang sekiranyaia bersumberkan nas hadis sahaja. Dengan erti kata yang lain, ia mestibersumberkan nas al-Quran yang bersifat mutawatir, seperti hukum Qisas danMuharabah. Asas perkara ini adalah kerana, mereka melihat kepadaumum firman Allah SWT yang menyuruh menjaga nyawa. Iaitu firman Allah; وَلَاتَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْوَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ Maksudnya; "danjanganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkandengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkankepadamu supaya kamu memahami(nya)" (Surah al-A'na'm, ayat 151) Juga firmanAllah; وَلَاتَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَنْ قُتِلَمَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِإِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا Maksudnya; "Danjanganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkandengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, makasesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapijanganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalahorang yang mendapat pertolongan" (Surah al-Isra', ayat 33) Juga firmanAllah SWT; وَلَايَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَوَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا Maksudnya; "(antarasifat 'Ibad al-Rahman adalah) tidakmembunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yangbenar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu,niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya)" (Surah al-Furqan, ayat 68) [4] Adapunhadis-hadis yang menceritakan hukum bunuh (termasuh rejam) dalam hadis, iabersifat ta'zir, iaitu atas kebijaksanaan pemimpin selama tidak melanggarbatasan-batasan maqasid ammah, seperti menafikan keadilan, boleh mendatangkanimej buruk kepada Islam dan kemudharatannya lebih besar berbanding kemaslahatan,juga dalam kerangka ia diperkukuhkan dengan nas-nas al-Quran. Antaracontohnya adalah seperti hadis bunuh kepada orang murtad, iaitu sabda NabiMuhammad SAW; مَنْ بَدَّلَ دِينَهُفَاقْتُلُوهُ Maksudnya; "Barangsiapayang tukar agamanya, maka hendaklah kamu bunuhnya[4]" Hadis ini tidak boleh ditafsirkan menyendiri, keranaia menyanggahi umum al-Quran yang melarang membunuh nyawa manusia. Ekoran itu,ia perlu digabungkan dengan nas-nas al-Quran. Makanya dengan itu, Dr Ahmadal-Raisuni menyatakan bahawa maksud dengan bunuh kepada orang yang murtad padahadis ini ditujukan kepada 'Riddah Muharabah' iaitu orang murtad yangkemudiannya melakukan dakyah atau menyerang orang Islam, bukan 'riddahmujarradah', iaitu orang yang murtad, tetapi tidak melakukan serangan terhadapkerajaan. Dengan maksud, dia semata-mata murtad sahaja. Menyatakan bahawa maksud hadis ini ditujukan hukumanbunuh kepada orang yang murtad muharabah, kerana hadis ini dibaca dengandisertakan dengan firman Allah SWT yang menceritakan hukuman bunuh kepadamuharabah, iaitu Allah SWT berfirman; إِنَّمَا جَزَاءُالَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًاأَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْمِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَاوَلَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ * إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ قَبْلِأَنْ تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya; "Sesungguhnyapembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuatkerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotongtangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempatkediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk merekadidunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar * kecuali orang-orangyang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka;maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surahal-Maidah, ayat 33-34[5]) Pendapat pertama ini tidak selari dengan pendapatgolongan kedua yang tidak mensyaratkan muharabah, untuk membunuh orang yangmurtad. Pada mereka, hukuman bunuh terus boleh dikenakan kepada orang yangmurtad berdasarkan kepada nas hadis riwayat al-Bukhari di atas. [5] Pada pandangan golongan pertama, keadaan yangsama juga pada Hukuman rejam. Ini kerana, pada mereka ia dibawah hukuman ta'zir,bukan hukum hudud. Dengan maksud, terpulang kepada pemerintah untukdilaksanakan hukuman rejam kepada penzina. Itupun, selama ia tidak menafikanmaqasid ammah, iaitu tidak mendatangkan imej buruk kepada Islam, tidakmendatangkan mudharat lebih besar berbanding maslahah dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW; الْوَلَدُلِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ Maksudnya; "Anakitu (dibinkan) bagi persetubuhan sah, sedangkan bagi penzina adalah batu(rejam)[6]" Walaupun hukum rejam ini adalah hukumanta'zir, yang merupakan kuasa pemerintah, tetapi hendaklah dalam kerangka iatidak boleh mendatangkan penafian terhadap maqasid ammah, seperti bolehmendatangkan imej yang buruk kepada Islam, mendatangkan mudharat lebih besarberbanding maslahah dan sebagainya. Pendapat ini tidak selari dengan golongankedua yang menyatakan bahawa hukum rejam dikenakan kepada penzina yang telahmerasai jimak yang sah dengan semata-mata merujuk kepada hadis ini. Wallahu 'alam. Ibis Hotel, Dubai (16 Feb, 11.30 pagi) |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan