Khamis, 16 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mampui pi lah Gomo kali ni...

Posted: 16 Feb 2012 08:05 AM PST

Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula -Harakah

KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.


Artikel dan Gambar yang Husam maksudkan (Tajuk tu yang jahat!) :

Rafizi dedahkan hubungannya dengan wanita Mat Saleh

Posted: 16 Feb 2012 03:13 AM PST

Harakah - Menjawab tuduhan mengenai dakwaan blogger UMNO 'gaya hidup mewah beliau ', pengarah strategik PKR hari ini twitted butiran ringkas kerjaya dan kekayaan peribadi untuk dilihat semua.

Berdasarkan resume yang bocor yang dia telah gunakan apabila memohon pekerjaan dengan kerajaan negeri Selangor, blogger UMNO mendakwa bahawa Rafizi, yang mereka sasarkan kerana peranannya dalam mendedahkan skandal fidlot Perbadanan Nasional, menjana gaji bulanan lebih RM30, 000 dari kerajaan negeri dan hidup boros di sebuah apartmen di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

"Itu CV rekod saya apabila saya mula bekerja di pejabat Selangor. Bahawa gaji saya dalam dunia korporat. Dan saya mengaku saya telah menjana pendapatan lebih RM30, 000 setiap bulan, "kata Rafizi, yang menambah bahawa menyertai kerajaan negeri bermakna mengambil pemotongan gaji yang besar.

"Gaji tersebut tidak lagi RM30K sebulan, ia mesti berdasarkan skim gaji sedia ada," katanya.
Rafizi mempersendakan penuduhnya, dan berkata dakwaan terhadapnya itu adalah berkualiti rendah, berkata beliau juga pernah dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang Kristi Patt, "wanita putih".

"Mereka tidak tahu yang itu nama kucing saya," katanya berjenaka.
Mengenai dakwaan bahawa pangsapuri Kyoto Garden di Bukit Antarabangsa berharga RM10, 000 sewa bulanan, Rafizi berkata beliau memiliki unit, yang dibelinya pada hanya RM190, 000 pada tahun 2005.

"Berikutan lanslide pada tahun 2008, harga bagi satu unit di Bukit Antarabangsa menurun kepada purata RM160, 000. Ia bukan semahal seperti yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil, "kata Rafizi, yang jelas tidak dapat menahan mengambil potshot pada pemimpin Wanita UMNO, yang sebelum ini telah menggelar beliau" budak cantik ".

Mengenai kereta dia pandu, Honda Accord model 2006, Rafizi menjelaskan bahawa ia telah diberikan kepadanya oleh Petronas setelah ia bekerja dengan gergasi minyak nasional itu.

"Apabila saya berhenti, semuanya telah diselesaikan," kata Rafizi, seorang akauntan bertauliah.

Perihal Nak Jadi Tukun

Posted: 16 Feb 2012 12:05 AM PST

Terdapat pelbagai jenis tukun yang dilabuhkan di seluruh perairan pantai di negara ini.Lebih besar tukun lebih bagus kerana lebih banyak ikan yang akan mendapatkan makanan dan perlindungan.
Tukun bukan sahaja menjadi pusat pertumbuhan dan pembiakan flora dan fauna marin, tetapi ia juga menjadi tempat yang selamat untuk ikan kerana tukun dapat menghalang arus deras ombak.
Tukun Penghalang Pukat Tunda,Tukun Udang Karang dan Tukun Rekreasi dilabuhkan dalam usaha memastikan sumber perikanan diurus secara lestari dan bagi mengelakkan penerokaan yang berlebihan sumber perikanan di pesisir pantai.

Tukun konkrit dasar lembut dibina lebih tinggi untuk
mengelakkannya daripada tenggelam.


Tukun tiruan daripada seramik hasil inovasi anak
tempatan dihasilkan menerusi penyelidikan Sirim Berhad

BOT nelayan yang mahu dilupuskan merupakan salah satu
tukun tiruan yang banyak digunakan di perairan negara.

Rupa-rupanya pelbagai barangan boleh dijadikan tukun. Umpamanya :

Kereta Volkswagon pun ada ...


Patong pun ada ?


Bukan satu, ada banyak ...

Mungkin terlalu teruja atau dah jemu hidup atas permukaan bumi ini, sepasang makhluk Allah ini ingin menambah menjadi sebahagian koleksi tukun yang sudah sedia ada ....


Tiada ulasan: