Rabu, 15 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Aduhai DSAI, Apa Sudah Jadi? 2X5 dengan Najib?

Posted: 15 Feb 2012 07:08 AM PST


Kalau DCM tidak siarkan pun, sememangnya cerita dan gambar fasal DSAI di Pesta Ponggal ini tengah MEMBARA di blog pro-UMNO. Hal ini juga bakal dihangatkan lagi oleh media pencacai, malah tidak mustahil mufti-mufti UMNO akan mengeluarkan fatwa tentang hal ini.

Tatkala blog PR menegur perbuatan Najib dan Rosmah semasa sambutan Thaipusam baru-baru ini, DSAI pula dikantoikan dengan gambar-gambar sambutan Ponggal di Batu Gajah Perak 29 Januari lalu. 



Ada blog PR mendakwa gambar-gambar ini adalah superimpose, namun gambar-gambar suasana majlis sambutan tersebut turut disiarkan dalam blog Dr Xaxier Jayakumar. Cuma bezanya, blog ADUN Sri Andalas tidak menyiarkan gambar-gambar jarak dekat DSAI sedang disambut dan "dicalit" seperti dihangatkan oleh blog pro-UMNO. Boleh lihat di sini.

Namun perkara yang perlu difikirkan ialah: jika benarlah DSAI dicalit dan dipakaikan dengan pelbagai perhiasan yang ada kaitan dengan sambutan itu, maka sudah tentu hal itu tidak dirancang, sudah tentu tiada niat di hati beliau untuk menerimanya. Seperti pendapat tukang komen di laman FP DCM FB, hal ini seperti "nak terima salah, nak tolak susah". 
 



P/s: Pada TM, hukum tetap hukum. Jika kehadiran DSAI dan rombongan pada pandangan tokoh agama melanggar batas agama, maka tindakan perlu diambil oleh pihak DSAI. Jika hal ini tidak melanggar hukum atau gambar-gambar yang disiarkan itu hasil rekayasa maka penjelasan perlu diberikan secepat mungkin. 

Dalam pada itu, TM agak bersetuju dengan padangan dua orang jurublog otai tentang sikap dan tindakan pemimpin PR yang boleh menjejaskan peluang PR menguasai Putrajaya. Kiriman Pak Penarik Beca boleh dibaca di sini, kiriman MSO pula boleh dibaca di sini,



Remaja Dicekup Separuh Bogel Didenda RM3000

Posted: 15 Feb 2012 06:21 AM PST


Saya petik:

[SH] KAMPUNG RAJA - Seorang pelajar perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima padah apabila dia didenda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah tertuduh kerana melakukan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki yang bukan suaminya.

Mohd Nazri turut memerintahkan perempuan berumur 18 tahun itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh ditangkap bersama lelaki sebayanya di dalam sebuah Perodua Kembara dalam semak di tepi lebuh raya Kampung Padang Luas pada jam 1.05 tengah hari, 24 Disember tahun lalu.

Ketika ditangkap tertuduh baru selesai menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah manakala pasangannya beralamat di kampung sama tidak bekerja.

Dia dituduh mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu yang boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa syariah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan lebuh raya Kampung Padang Luas (menghala ke Lata Tembakah) dan melihat sebuah kereta Perodua Kembara yang diletakkan dalam semak berhampiran kebun getah.

Setelah menghampiri kereta itu, penguat kuasa mendapati tidak kelihatan orang di dalamnya tetapi manakala semua pintu dan cermin tertutup rapat serta enjin dan pendingin hawa dihidupkan.

Penguat kuasa merapati kenderaan tersebut melalui pintu sebelah kanan pemandu dan mendapati kedua-dua kerusi hadapan direbahkan sepenuhnya. Nik Mohd Shahrul Irwan memberitahu mahkamah lagi, penguat kuasa bertindak mengetuk cermin dan membuka pintu menyebabkan mereka terkejut dan gelisah.

Lelaki ketika memakai baju T dan tanpa memakai seluar manakala tertuduh perempuan memakai baju T lengan panjang tanpa memakai seluar dan tudung.

Sehelai seluar dalam dan seluar trek yang dijadikan barang kes milik perempuan turut dibawa ke mahkamah untuk pengesahan.

Perempuan terbabit menangis ketika berada dalam kandang tertuduh apabila Mohd Nazri menegur perbuatannya yang telah melukakan hati ibu bapanya. Dia hadir ke mahkamah dengan ditemani abangnya.

Pasangannya pula turut dijatuhkan hukuman yang sama dalam perbicaraan berasingan pada minggu lalu.


P/s: Putik kelapa sudah ditebuk tupai!


 

[Wajib Baca] JK Fatwa: Urus Niaga FOREX HARAM untuk Umat Islam

Posted: 15 Feb 2012 06:00 AM PST


Saya petik:

[Bernama] KOTA BHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."
 
"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah."


 P/s: Sudah tahu, jangan pula buat tidak tahu.

Malaysia HENTI EKSPORT Minyak Sawit ke Iran, EKSPORT ke Israel, India TAMBAH IMPORT Minyak Iran

Posted: 15 Feb 2012 04:27 AM PST



Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Reuters telah menghentikan eksport minyak sawit ke Iran sejak tahun lalu. Bukan setakat itu sahaja, SAMM dan Che gu Bard mendedahkan bahawa Malaysia telah mengeksport minyak sawit ke Israel. Semua pendedahan itu boleh anda baca di sini dan di sini.

Dalam waktu Iran menghadapi sekatan dan diskriminasi daripada negara Barat termasuk Malaysia, China dan India seperti yang dilaporkan oleh media mengambil sikap yang sebaliknya. Kedua-dua negara itu dilaporkan telah menambah import minyak daripada Iran dan tidak menghiraukan sekatan dagangan yang dilaksanakan oleh AS dan EU.

Berdasarkan laporan di bawah ini, India merupakan pengimport tertinggi minyak Iran pada bulan Januari 2012.  

Jika Malaysia menjadi sekutu AS dan Israel untuk menghukum Iran, India, China dan beberapa negara bukan Islam bertekad membantu Iran melalui hubungan dagangan. -DCM
 



P/s: Siapa yang hipokrit dalam isu sokongan kepada AS dan Israel!!!


Suami Meringkuk di Penjara, Isteri Ehem-ehem dengan Jantan di Hotel Bajet

Posted: 15 Feb 2012 04:04 AM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] BUTTERWORTH: Taktik seorang wanita membawa dua anaknya berusia lima dan dua tahun bagi menemaninya melakukan maksiat dengan pasangannya tidak berjaya apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Berapit, semalam.

Wanita dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas menerima maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah di kawasan itu. Lebih mengejutkan melalui soal siasat dijalankan, wanita berkenaan masih isteri orang dan difahamkan suaminya kini ditahan di penjara akibat kesalahan mencuri kenderaan sejak dua tahun lalu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan berpakaian lengkap sambil mendukung anak lelakinya berusia dua tahun manakala pasangannya berbaju dan hanya memakai tuala.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pada zahirnya, orang ramai menyangka mereka pasangan suami isteri kerana ditemani dua kanak-kanak, tetapi taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa.

"Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan belum berkahwin, malah wanita itu masih lagi isteri orang," katanya ditemui selepas operasi berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berkenaan baru dibebaskan selepas dua tahun dipenjarakan kerana kesalahan menyamun sebuah stesen minyak.

Katanya, dalam operasi bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi itu dengan disertai 24 pegawai penguat kuasa.



P/s: Apa nak jadi???


 
 

Lelaki Tunjuk PUNGGUNG kepada Ratu Elizabeth II Didenda

Posted: 15 Feb 2012 02:00 AM PST


Menurut AFP, seorang lelaki semalam didenda Aus$750 (RM2,446) kerana menayangkan punggungnya kepada Ratu Elizabeth II ketika lawatan baginda ke Australia tahun lalu. Biarpun didenda, lelaki itu berkata bahawa dia akan melakukan perbuatan itu lagi.

Pekerja bar di Sydney, Liam Warriner, 22, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan gangguan awam ketika lawatan ratu berusia 85 tahun itu ke Brisbane, ibu negeri Queensland Oktober lalu.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Brisbane, Warriner didapati menanggalkan seluar panjangnya dan berlari di samping kenderaan ratu sepanjang 50 meter dengan bendera Australia dikepit di celah punggung, lapor media.

Dia memberitahu polis perbuatannya sebagai protes politik untuk menunjukkan kebencian terhadap anggota monarki dan elit. - DCM



Tony Pua Kata Kerajaan BN Bodoh, Mengapa?

Posted: 15 Feb 2012 12:09 AM PST


Saya petik:

[MK] Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa perjanjian pembelian bekalan gula di negara ini adalah langkah yang 'bijak', DAP tegas mempertahankan bahawa negara akan kehilangan jutaan ringgit jika harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa terus jatuh.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, perjanjian itu akan menyaksikan kerajaan kerugian sebanyak RM64 juta hingga RM491 juta setiap tahun.

Dakwanya, kerajaan membuat perjanjian menetapkan komoditi itu pada harga yang tinggi sedangkan harga pasaran sedang merosot.

"Nampaknya kerajaan sebenarnya adalah bodoh dalam usaha cuba menjadi bijak. Ini mengakibatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai disia-siakan tanpa diperlukan" kata Pua, dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata kerajaan telah memperbaharui tiga kontrak dan menetapkan harga import gula pada US$0.26 bagi setiap paun.

Ismail Sabri menjelaskan bahawa harga adalah lebih tinggi sepanhang tempoh 2009 hingga 2011 kerana harga telah ditetapkan pada US$0.179 bagi setiap paun dan ini menyebabkan peningkatan dalam subsidi daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Pua, sebelum ini mendakwa Ismail Sabri  cuba "memperbodohkan" rakyat apabila mendakwa bahawa harga gula di peringkat antarabangsa telah naik sepanjang tempoh 2009-2011.

"Mengapa kerajaan menandatangani kontrak jangka panjang tiga tahun untuk membeli gula pada harga US$26 bagi setiap paun apabila harga gula terakhir diniagakan pada Disember 2011, adalah US$23.42 bagi setiap paun ataupun 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?" soalnya lagi.



P/s: Kalau cerdik takkan kebanyakan GLC rugi, jual air pun rugi bla bla bla....



Che Det SINDIR Sharizat: "Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak"

Posted: 14 Feb 2012 11:08 PM PST


Saya petik:

[MK] Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti.

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak," kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.

"Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya.

"Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi.

Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur.

Ini berikutan skandal yang melibatkan keluarganya dengan dakwaan penyelewengan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan kepada syarikat penternakan lembu  Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) itu.

Jutaan ringgit wang NFC didakwa dibelanjakan oleh ahli keluarganya bagi pembelian kondominium mewah, tanah, kereta serta juga percutian.

Walau bagaimanapun, Shahrizat dan keluarganya menafikan sebarang salah laku.

Segala dakwaan itu kini dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya dan Unit Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.



P/s: Sharizat tidak faham-faham lagi. Bila nak angkat KAIN?




 

102 Orang Islam Dicekup pada Malam Hari Kekasih di Johor

Posted: 14 Feb 2012 08:27 PM PST


Saya petik:

[SH] JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.

Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun.

"Daripada jumlah tersebut, 94 orang merupakan rakyat tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Mohd Zamri, sebanyak 44 pasangan disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat.

Katanya, seramai 12 orang pula disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen sama kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan dua di bawah Seksyen 19 enakmen sama kerana meminum minuman memabukkan.

Kesemua yang ditahan telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara.

Sementara itu, dalam salah satu operasi yang dijalankan, seorang wanita bagaikan tidak serik apabila dicekup buat kali ketiga di sebuah hotel murah di Taman Puteri Wangsa, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini pernah ditahan dua kali atas kesalahan sama dicekup bersama pasangannya berusia 30-an ketika serbuan dijalankan pada jam 11.30 malam.

Turut ditemui di bilik yang disewa oleh pasangan itu peralatan dan dadah dipercayai jenis syabu. Dalam operasi sama, seorang lelaki hampir pitam apabila bilik yang disewanya diserbu penguatkuasa.

Lelaki berasal dari Kota Tinggi itu kelihatan pucat dan berpeluh-peluh apabilanya dihujani pelbagai soalan daripada pegawai bertugas.

Dalam Ops Kekasih tahun ini, seramai 78 penguatkuasa Jaij terlibat di seluruh daerah negeri Johor.



P/s: Yang dinyatakan di atas hanya pasangan yang berjaya dicekup beberapa di hotel bajet dan kawasan awam. Perlu kita ingat bukan semua hotel bajet mampu diserbu oleh pihak berkuasa. Tempoh masa operasi pun hanya sekitar 4 jam. Bagaimana pula dengan remaja yang kemaruk seks yang melampiaskan nafsu di dalam semak, di taman, di kawasan peranginan, di dalam kenderaan, di rumah sewa, dan sebagainya. Bagaimana pula dengan orang Islam yang berzina di hotel-hotel berkelas lima bintang?

Bagaimana di negeri lain?

 


 

Mengigil Dicekup Khalwat

Posted: 14 Feb 2012 07:23 PM PST


Saya petik:

[SH] PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.
 
Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.
 
Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta menunjukkan kad nikah.
 
Bagaimanapun, dia memberi alasan tidak membawa kad nikah dan mahu pulang ke rumahnya bagi mengambil kad tersebut.
 
Jurucakap Jais berkata, sebelum itu, penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum bilik hotel itu dibuka oleh lelaki tersebut dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi.
 
Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan di bilik hotel bajet di sekitar daerah ini.
 
Selain Jais, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.
 
Jurucakap Jais berkata, daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, pihaknya menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan dalam bilik tanpa ikatan pernikahan yang sah.
 
Kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.
 
 

 
 
 

UMNO Menjerit PALESTINE, Hakikatnya Malaysia TIDAK Iktiraf Kerajaan HAMAS (Demi AS dan Israel?)

Posted: 14 Feb 2012 04:55 PM PST


Saya petik:

[MK] Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sehubungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.

"Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada  pilihanraya 25 Jan 2006?" soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.

Sebagai dalilnya, Saifuddin Nasution berkata Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) tetapi anehnya kehadiran Dr Mahmoud Al Zahar selaku Menteri Luar sah kerajaan Palestin yang dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah dibelakangkan.

Sebaliknya, menurut beliau Putrajaya mengiktiraf  Farouk Qadummi iaitu bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum pilihan raya 25 Januari 2006). Malah, pada persidangan tersebut Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

"Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.

"Hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas  yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

"Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya," katanya.

Pulaukan NAM
Menurut Saifuddin Nasution lagi, Dr  Zahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya  memulau persidangan NAM tersebut.

Beliau kemudiannya menemui pimpinan PAS termasuk timbalan presiden ketika itu Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan BN itu kerana menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan Palestin.

Malahan, kata beliau, Nasaruddin pula kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai 'biadap'

"Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

"Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihan raya.

"Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?" soalnya.

Najib semalam diminta mengulas kekecewaan dan kebimbangan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh yang disampaikan ketika pertemuannya dengan Nasharuddin, selaku  Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia di Kuwait, baru-baru ini berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.

Pendirian berbeza
Menurut beliau ketua umum PKR itu sering membuat pendirian berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu.

Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan majalah Wall Street Journal (WSJ)  dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.


Berkaitan:
 
KENYATAAN AKHBAR: DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP PALESTIN BERKIBLATKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL


Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai 'biadap'

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin. Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
14 FEBRUARI 2012



Tiada ulasan: