Rabu, 15 Februari 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


RAKYAT MENUNGGU TINDAKAN PEMUDA PAS

Posted: 15 Feb 2012 06:17 PM PST















SPEKULASI MATA WANG HARAM – berita hairan

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasanya, Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."

"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... INI BARU TEPAT.... kah kah kah..

kah kah kah....NAK TUNGGU PEMUDA PAS..O.... kah kah kah..

kah kah kah... BILA NAK BUAT DEMO.... kah kah kah

kah kah kah...BILA ADA KONSERT BERANI BUAT DEMO.... kah kah kah..

woit...BILA NAK BUAT DEMO DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR?.... kah kah kah..

kah kah kah...BUKTIKAN LAAAA... JANGAN BULI ANAK MUDA SAJA ....kah kah kah

kah kah kah...LAWAN LAAA KAPITALIS....kah kah kah






NOTA:
dibursa saham
ada sambutan valentine
setiap tahun
kah kah kah


SEMUA SILA TURUN 26 FEB DI KUANTAN

Posted: 15 Feb 2012 05:40 PM PST



NOTA:


semua anak muda dijemput turun
ini pesta demokrasi
semua yang sedar wajib datang
ini masa depan anak muda

dunia ini akhirnya
adalah milik anak muda!


KITA RIBU RIBU RIBUKAN








KERAJAAN TAK GENTRA DENGAN HIMPUNAN HIJAU 2.0 - mkini

Najib Razak memberikan kelulusan tersirat berhubung perhimpunan besar-besaran rakyat yang membantah tindakan kerajaan membenarkan Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) membina pusat memproses nadir bumi di Gebeng pada 26 Februari ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dijadualkan di di Kuantan, Najib berkata:

"Mengapa kita harus bertindak terhadap perhimpunan itu? Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BAGI TAK BAGI ...BUKAN SOALAN... kah kah kah..

kah kah kah.... RAKYAT AKAN TURUN.... kah kah kah..

kah kah kah...RIBU RIBU RIBU RIBU..... kah kah kah...

kah kah kah...RIBU RIBU RIBU.... SAMPAI PAAHANG TUNGGANG.... kah kah kah


MALAMNYA ADA KUCALANA


KE JALAN RAYA KERNA MAHU PILIHAN RAYA

Posted: 15 Feb 2012 12:04 PM PST





HORMATI TUNTUTAN MASA DEPAN ANAK MUDA





SEMAKAN AUDIT DAPATI LEBIH 200 RIBU PENGUNDI DIRAGUI
- mkini

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke , taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.

Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI SUDAH SAHEH.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BUKAN LAPORAN DAP ATAU PAS ATAU PKR.... kah kah kh

woit...INI LAPORAHN MIMOS SENDIRI.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU MACAM INI JAMIN ... SELANGOR AKAN JATUH KE TANGAN GEROMBOLAN... kah kah kah..

kah kah kah... INI RANCANGAN NAK RAMPAS SELANGOR.... kah kah kah...

woit... GEROMBOLAN HANYA PERLU 9 KERUSI UNTUK RAMPAS SELANGOR... kah kah kah..

kah kah kah...9 KERUSI INI MAJORTI BAWAH 2000.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU 200 RIBU... JAMIN SELANGOR BUNGKUS... kah kah kah

woit... APA TINDAKAN SETELAH FAKTA INI DI KETAHUI?.... kah kah kah...

kah kah kah...BUAT MEMO LAGI?.... kah kah kah....

kah kah kah...MINTA TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA?.... kah kah kah..

woit.... 54 TAHUN KENA TIPU.... TAHUN INI SEKALI LAGI KENA TIPU.... kah kah kah....

kah kah kah...KALI INI DITIPU SATELAH KITA TAHU KITA AKAN DITIPU....kah kah kah..





MASIH ADA 7 YANG BELUM TUNAI


IRAN AKAN DISERANG - SEMUA WAJIB BERSEDIA

Posted: 14 Feb 2012 10:00 PM PST




TENTERA LAUT IRAN BERSEDIA














ISRAEL , IRAN DAN SYRIA

WASHINGTON, Feb 4, 2012 (IPS) - When Defence Secretary Leon Panetta told Washington Post columnist David Ignatius this week that he believes Israel was likely to attack Iran between April and June, it was ostensibly yet another expression of [5ats of military action. ( Gareth Poter IPS)

Dua minggu dulu - ketika kita semua sibuk dengan cuti panjang – Mauludul Rasul dan Taipusam - di New York rancangan jahat Amerika telah digagalkan oleh Russia dan China. Kuasa imperial Amerika bersama kuncu-kuncu Nato-nya telah cuba meluluskan ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu untuk menyerang Syria. Ini adalah mondus operandi – menggunakan topeng ketetapan PBB. Ketetapan PBB telah digunakan oleh Amerika dan kuncu Nato untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan Libya.

Tetapi pada 4hb Febuari 2012 yang lalu Russia dan China telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan rancangan jahat Amerika. Kalau tidak di veto - melalui ketetapan PBB ini Amerika ingin mewujudkan sekatan ekonomi dan kemudian sekatan penerbangan (no fly zone) keatas Syria. .

Lalu timbul persoalan – apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang? Dalam tulisan saya minggu lalu saya telah menerangkan apa dia NeoCon. Apa dia falsafah dan pejuangan NeoCon. Dalam tulisan yang sama saya telah menerangkan rancangan NeoCon dengan Projek Amerika Kurun Baru – Project For the New American Century (PNAC).

Justeru, semua yang sedang berlaku dihadapan mata kita dalam dunia hari ini adalah pengimplementasian projek-projek untuk menjayakan perancangan-perancangan yang telah diajukan dalam dokumen PNAC. Apakah tuan pembaca yang budiman yang menganggap saya ini keterlaluan? Biar saya butirkan lagi agar kita bersama-sama mendapat pencerahan.



Pada ketika ini - dari bahan bahan bacaan terkini, dari laporan media antarabangsa - saheh Amerika sedang bersedia untuk menyerang Iran. Sama ada serangan ini dilakukan oleh Israel atau oleh Amerika sendiri bukan persolaan. Lalu timbul pertanyaan jika Iran yang mahu diserang kenapa pula pertempuran sedang bermula di Syria? Kenapa sekatan ekonomi mahu dikenakan ke atas Syria?

Untuk memahami babak ini mari saya bawa kembali kepada apa yang di panggil Gulf of Tonkin Incident. Pada 2hb Ogos 1964 sebuah kapal perang Amerika bernama USS Maddox telah di katakan diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Apabila berita serangan dari tentera laut Vietnam Utara tersebar meluas di Amerika , Presiden Johnson pun mengistiharkan perang ke atas Vietnam Utara. Hari ini sejarah telah membuktikan tidak ada serangan dari tentera laut Vietnam Utara pada hari itu. Gulf of Tonkin itu hanya taktik untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar menyokong Presiden Johnson menghantar tentera ke Vietnam dan melancarkan perang.

Mungkin apa yang berlaku di Gulf of Tonkin agak lama dahulu. Ketika itu mungkin ramai pembaca masih belum lahir atau baru pandai kencing-kencing berdiri. Kerana itu biar saya buka surah yang terbaru. Pada 10 Oktober 1990 dahulu seorang budak perempuan 15 tahun bernama Nayirah telah menangis- nangis didalam kaca tv kerana dia ternampak soldadu Iraq masuk ke dalam hospital dan mengambil bayi-bayi yang tersimpan dalam inkubator. Dunia menjadi gempar. Dunia semakin yakin akan keganasan Saddam Hussein. Dunia melihat Saddam sebagai pemimpin yang sudah gila.

Berasaskan kesah dan tangisan Nayirah ini Presiden Bush Senior telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk menyerang Iraq. Awas! Hanya beberapa hari kemudian dunia di beritahu bahawa Nayirah ini adalah anak kepada Saud bin Nasir Al-Sabah duta besar Kuwait ke Washington DC. Tangisan Nayirah ini hanyalah lakonan dirakam dan difilemkan di Washington DC bukan di Kuwait oleh syarikat Hill & Knowlton sebuah syarikat lobi. Tetapi berita saheh tentang siapa sebenarnya Nayirah ini tidak diambil peduli oleh media antarabangsa. Rakyat Amerika sudah naik minyak dan bersedia untuk bersama Bush menyerang Iraq.



Kalau Iran hendak di serang apa apa perlunya Syria juga di serang?

Untuk memahami babak ini kita wajib memahami apa dia Israel. Banyak orang tersilap baca. Israel ini adalah negara pendatang – settlers state – seperti Afrika Selatan, seperti New Zealand, seperti Australia, seperti Canada, seperti Singapura dan seperti Amerika sendiri. Negara-negara di datangi oleh orang-orang asing yang pembudayaan, bahasa, agamanya tercipta disatu wilayah yang lain. Mereka datang menjadi penduduk dan meminggir warga asal. Dalam kes Israel bukan hanya meminggir malah menghalau keluar orang Palestine – warga asal.

Pada thun 1967 saya dalam tingkatan empat . Pada tahun itu Perang Enam Hari Arab/Israel telah pecah. Saya hairan kenapa 100 juta warga Arab tidak dapat mengalahkan 3 juta Yahudi di Israel. Memang ramai kawan-kawan saya turut sama merasa hairan kenapa Arab yang ramai dapat dikalahkan oleh Yahudi yang sadikit. Sebenarnya ketika itu saya tidak faham apa itu Israel dan apa itu imperialisma. Hari ini saya telah mengetahui dengan mendalam tentang Israel. Dan saya tidak akan membuat kesilapan tentang siapa dan apa sebenarnya Israel ini.

Israel selain dari negara pendatang adalah juga sebuah pengkalan tentera Amerika yang cukup lengkap dengan persenjataan terbaru dan tercanggih. Setiap tahun Israel mendapat 3 bilion dollar bantuan bukan pinjaman dari Amerika. Ini belum termasuk bantuan persenjataan dan dana perniagaan. Dunia hari ini mengetahui bahawa Isreal yang memiliki lebih dari 250 butir bom nuklear. Justeru bala tentera Israel adalah yang terkuat di Timur Tengah. Bala tentera Israel ini juga selalu mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika. Dimana soldadu Israel berakhir disitu soldadu Amerika bermula.

Ketika Perang Enam Hari tahun 1967 berlaku , Isreal telah merampas Bukit Golan wilayah milik Syria. Wilayah Golan ini adalah sempadan Israel, Syria dan Lebanon. Israel menganggap wilayah ini stratejik untuk pertahanan Utara Israel. PBB tidak mengitiraf perampasan Bukit Golan ini. PPB meluluskan ketetapan agar wilayah ini dipulangkan. Tetapi Israel dengan kuasa bala tentera Amerika dibelakangnya terus tidak mempedulikan pandangan rakyat sedunia.

Melihatkan musuh yang amat degil maka Syria telah membuat Perjanjian Pertahanan dengan Iran pada Jun 2006 dahulu. Melalui penjanjian ini Syria telah dibantu oleh Iran dari segi persenjataan. Berasaskan perjanjian ini , Iran sedang membina pelabuhan dan pengkalan tentera dan di persisiran pantai Syria. Ini untuk membolehkan senjata-senjata dari Iran masuk melalui pelabuhan ini. Perjanjian Pertahan ini diperkuatkan lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Syria dan Iran yang bermula semenjak tahun Disember 2011. Semua ini dilihat oleh Isreal sebagai langkah yang merbahaya.



Manakala Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Dia zaman Presiden Hafez Al-Assad Syria ayah kepada Presiden Bashar – Syrian telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Russia. Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Russia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu – maka perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik. Hubungan intim antara Syria dan Russian ini tidak disenangi oleh Amerika dan dilihat mengancam keselamatan Isreal.

Keadaan politik bertambah tajam apabila Parti Hisbullah dan gerila dibawah parti ini mendapat dukungan dan sokongn teguh dari Iran. Parti yang berpengkalan di Lebanon ini adalah satu-satunya parti yang sedang berjuang mengangkat senjata melawan Zionis Israel. Syria pula memainkan peranan yang amat penting sebagai tempat pengkalan bantuan senjata dan makanan dari Iran disalurkan kepada Hisbullah. Senjata dari Iran sampai ke pelabuhan Syria dan kemudian masuk mengikut jalan darat ke Lebanon untuk sampai ke gerila Hisbollah.

Justeru apa yang kita lihat sekarang telah wujud setiakawan dan front besar antara Iran, Syria dan Hisbullah. Dalam masa yang sama Iraq dibawah kerajaaan baru ini lebih sedia bekerjasama dengan Iran. Kini secara tidak resmi telah wujud ' Tembok Shiah' yang kukuh. Blok revolusineer dengan dasar anti Zionis dan anti Amerika.



Melihatkan kemunculan Tembok Shiah ini maka kaum Zionis Israel sedang merancang untuk menimbulkan satu 'kecelakaan' seperti Gulf of Tonkin Incident atau seperti Tangisan Nayirah. Kecelakaan yang dirancangan seperti ini amat penting untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Hati rakyat Amerika wajib di menangi kerana pada ketika ini telah muncul kumpulan rakyat Amerika yang jelak dan mual dengan gerakan Zionis dan pengaruh Zionis dalam politik Amerika .

Ketika tulisan ini di garap Syria semakin diasak oleh apa yang dipanggil ' Syrian Free Officer Movement' yang berpengkalan di Turkey. Gerombolan yang menggunakan nama gerakan Gamal Abdel Nasser ini sebenarnya adalah anak syarikat Nato. Mereka di latih dan di biayai oleh Amerika dan kuncu-kuncu Nato. Turkey menjadi pusat dan pengkalan gerakan ini. Gerombolan inilah nanti yang sedang menyediakan pentas untuk meghalalkan Amerika, Israel dan Nato masuk menyerang Syria.

Sebelum memasuki Iran – Tembok Shiah wajib diruntuhkan atau sekurang-kurangnya di retakkan. Kita tunggu dan lihat bila musim bunga dan musim panas sampai. Apakah bentuk kecilakaan yang sednag dirancang di Syria? (TT)(bersambung)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


VALENTINE DI KUANTAN


GADUH BESAR DI NEGERI SEMBILAN

Posted: 14 Feb 2012 09:25 PM PST



GEROMBOLAN DI NEGERI SEMBILAN


di gemencheh ada pembunuh
di jelebu ada perogol
di port dickson ada kaki rasuah
semua cukup
semua lengkap



PENDEK TAPI KAKI RASUAH





PENCERAHAN DARI PEMBACA

Bro , Ini kisah luar topik...hari ni Najib-rosmah dtg seremban... ada program beri duit BRIM (Bini Rosmah Invest money) di dun Sikamat (dun PKR menang) di masjid, kisah yg terdengar Mat Hasan gaduh besar dgn Ketua Bhgn Sbn, Ishak Ismail sbb Mat Hasan tak bg Ishak berucap...Mat hasan nak buat dlm masjid jer...maka perang Mat Hasan-Mat Isa makin semarak...

Ishak org Najib...Mat Hasan sorang2 Ishak org Isa...mat Hasan sorang2.. Ado satu laie maklumat tak rasmi..ni dr bapak mertua sey drpd kwn dia (pegawai no2 risikan yg kerap melapor utk Najib-ntah mano punyo JASA? Kemas? SB? MIO?) kertas siasatan ttg Mat Hasan dah ado..kes ado skandal seks dgn seorang wanita..kejadian berlaku di Hotel royal adelphi, sbn...

mungkin Mat Hasan bakal di-checkmate-kan dgn kes ni oleh Najib... ado laie khabar yg sey dapek semalam, senarai namo2 cadangan calon pru-13 BN NS yg dihantar Mat Hasan kono reject dgn Najib!
By Anonymous on TERKINI - TER HOT - TER NOW : MAT MONGOL GADAI AKI... on 2/10/12



VALENTINE DI KUANTAN


KEMPEN ANTI WARGA JAHAT NIGERIA DI TERUSKAN

Posted: 14 Feb 2012 09:08 PM PST



NOTA:

masalah yang dibawa oleh awang hitam
makin menjkadi jadi
semua ini berpunca dari dasar
kerajaan yang membenarkan awang hitam
memasuki negara ini tanpa diselidiki
di negara asal mereka
mereka boleh masuk dengan visa dilapangan terbang

dasar ini wajib dihentikan
dasar ini membawa laknat
dasar ini membawa dadah
dasar ini menyusahkan kita sendiri

parti politik
badan agama
badan ngo
wajib mula bersuara tentang hal ini
wajib membuat dasar tentang awang hitam ini

jika pakatan rakyat membuat janji
akan menghentikan kemasukan tanpa visa ini
pasti rakyat akan memberikan sokongan yang padu



SAEKOR AWANG HITAM DITANGKAP






HIDUP MEWAH TAKTIK SINDIKIT WARGA AFRIKA TIPU WANITA TEMPATAN
- berita hairan
2012/02/15

KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah di luar negara selain akan mengahwini mangsa antara janji ditabur sindiket penipuan antarabangsa yang didalangi warga Afrika terhadap wanita tempatan, sebelum mengambil kesempatan dengan mengaut wang milik mangsa.

Sindiket terbabit menyasarkan wanita tempatan berusia 30 hingga 40 tahun yang belum berkahwin, melalui perkenalan di internet dan menjalinkan hubungan cinta sebelum berjanji akan menjadikan mangsa sebagai pasangan hidup.

Lebih licik apabila sindiket terbabit mendakwa sebagai ahli perniagaan dan memiliki pelbagai aset bernilai jutaan ringgit di luar negara, selain memberi harapan mangsa akan hidup mewah selepas berkahwin, menyebabkan wanita mudah terpedaya.
Hanya dengan perkenalan di internet dan panggilan telefon tanpa bersua muka warga Afrika ini berjaya menjerat wanita tempatan sehingga sanggup menyerahkan wang ratusan ribu ringgit, dengan alasan percaya penuh terhadap teman lelaki. - Micheal Chong, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Bagaimanapun, sebaik bercinta secara maya beberapa bulan, sindiket berkenaan akan menggunakan alasan perniagaannya mengalami masalah dan memerlukan wang sebelum meminta mangsa membuat pinjaman bank.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya menerima tujuh kes membabitkan wanita tempatan dengan anggaran kerugian sebanyak RM2 juta.

Katanya, hanya melalui perkenalan di internet dan panggilan telefon tanpa bersua muka, sindiket itu berjaya menjerat wanita tempatan sehingga sanggup menyerahkan wang ratusan ribu ringgit, dengan alasan percaya penuh terhadap teman lelaki.

"Sindiket ini akan mendekati wanita yang belum berkahwin dengan menabur ayat cinta dan janji manis. Mereka mendakwa sebagai ahli perniagaan dan tinggal di luar negara termasuk London, New Zealand, sedangkan sindiket terbabit hanya berada di sekitar negara ini.

"Sepanjang perkenalan itu juga, sindiket akan meminta wanita lain supaya menghubungi mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai ibu kepada lelaki terbabit untuk meyakinkan mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.



dari arkib berita 8 disember 2011

LELAKI NIGERIA TIPU SURI RUMAH RM315,00 - berita hairan

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Polis berjaya menumpaskan satu lagi sindiket penipuan cinta siber yang didalangi warga Afrika dengan tertangkapnya enam ahli sindiket itu termasuk dua pelajar lelaki dari Nigeria dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang dan Johor kelmarin.

Aktiviti sindiket itu terbongkar selepas seorang suri rumah dari Melaka yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis pada November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mangsa terjerat dengan sindiket itu setelah berkenalan dengan salah seorang daripada anggota kumpulan penjenayah itu melalui laman webAsiaDating.com di Internet pada Ogos lalu.

Beliau berkata, dalam perkenalan tersebut, suspek dipercayai warga Nigeria telah menyamar kononnya lelaki Inggeris dari Britain dan bekerja sebagai ahli kimia dengan syarikat Petronas di negara ini.

"Setelah sebulan berkenalan, suspek mula memerangkap mangsa dengan memperdayakan suri rumah itu agar membantunya membayar cukai keuntungan kerajaan (GST), levi dan cukai pendapatan konon bagi membolehkannya menyambung kontrak bekerja dengan Petronas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, disebabkan percaya dan dijanjikan keuntungan lumayan jika menjadi pemegang amanah bagi kontrak itu, mangsa tanpa berfikir panjang bersetuju memasukkan wang secara berperingkat melalui akuan milik beberapa individu tempatan di negara ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuat pembayaran sebanyak RM315,000 dalam tempoh tiga bulan berkenalan dan gagal menghubungi suspek selepas itu.
"Hasil maklumat mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Risikan, JSJK Bukit Aman menjalankan siasatan dan berjaya memberkas enam anggota sindiket, masing-masing dua wanita dan lelaki tempatan serta dua lelaki Nigeria kelmarin.

"Empat rakyat tempatan ditahan di Seri Petaling dan Sungai Besi di sini serta Sungai Mati, Muar, Johor manakala dua lelaki Nigeria dicekup di sebuah pangsapuri di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini," katanya.

Dalam serbuan itu, Syed Ismail berkata, polis turut merampas lapan unit telefon bimbit, empat keping kad ATM, dua komputer dan sekeping kad kredit dipercayai digunakan sindiket untuk memperdayakan mangsa.

Beliau berkata, siasatan mendapati rakyat tempatan terbabit bersekongkol dengan dua lelaki Nigeria yang mendaftar sebagai pelajar di Kolej Boston Web dan Kampus Teknik Puchong itu dengan membenarkan akaun mereka digunakan.

Katanya, keenam-enam suspek telah dibawa ke Melaka untuk didakwa di mahkamah semalam, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


SAMBUTAN VALENTINE DI KUANTAN



PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI

Posted: 14 Feb 2012 08:34 PM PST




JEMPUTAN UNTUK SEMUA


sila lihat tarikh dan masa
sila cari waktu untuk bersama
sila masukkan tarikh ini dalam buku jadual

semua ini adalah program anak muda
semua ini adalah program medlawan

tidak ada program membodek disini


JUMAAT INI BANDAR TUN RAZAK













SABTU INI DI KLANG











SABTU AKAN DATANG DI KUANTAN



















PAGI BERDEMO MALAM MENARI






NOTA:
anak anak muda
sila datang ke gig underground ini
di cherating
sila bawa beg tidur selamatkan duit
sila bawa ubat nyamuk

dua band klasik
caburettor dung
dan kuchalana

dua band ini adalah band wajib
dua band ini adalah band rukun
untuk anak muda di kurun ini

paginya kita menentang radioaktif
malamnya kita berjonjeng!


PERANAN TERBAIK DOLAH BADAWI

Posted: 14 Feb 2012 08:15 PM PST




NOTA:

jumpa biawak
jumpa madey
ketuk kepala anak panddy kutty ini


NOTA:
lihat dan baca
siapa yang berbincang dengan israel
surat ini dibocorkan di zaman dolah badawi
itu pasal madey cukup marah dengan dolah
itu pasal madey cukup benci dengan khairy

membocorkan surat madey pada zioniz
adalah salah satu jenayah dolah

sekarang madey kutty ini
bukan main taik kucing cakap hal israel

ingat tak tentang tim cricket israel?
ingat tak apa jadi?
ingat tak siapa bawa tim ini?
ingat tak siapa kena tangkap?
ingat tak siapa kena penjara?
ingat tak berapa lama dipenjara?

terima kaseh dolah badawi

NOTA:
ingat tak zahid hamidi jumpa siapa di paris?
ingat tak apa kata zahid hamidi?

NOTA:
kalau tak ingat
sila tanya lebai google
semua jawapan ada pada lebai google


SURAT MADEY PADA ZIONIS





(klik untuk besar)

NOTA:
mana dia cendawan dan ular mak
kenapa tak ada komen hal ini?
jadi cendawan cari makan
atau jadi ular mak pakai serban
kah kah kah


Tiada ulasan: