Biaqpila |
- Wanita OKU Dijadikan Hamba Seks Di London
- Noh Omar sudah tidak berguna lagi
- URUT SAMBIL BOGEL
- BN muhong kata pelancong merosot ke Langkawi tapi hotel FULLLLL...
Wanita OKU Dijadikan Hamba Seks Di London Posted: 15 Feb 2012 04:00 AM PST Seorang wanita muda berasal dari Pakistan yang pekak dan bisu mendedahkan kepada mahkamah Britain bahawa dirinya dikunci dalam sebuah bilik bawah tanah, dirogol dan dipukul selama hampir sedekad selepas diseludup sebelum dipaksa menjadi hamba seks. Wanita itu yang tidak diketahui usia sebenar, berkata dia berumur kira-kira 10 tahun apabila dibawa ke bandar utara di Manchester sebagai seorang pembantu rumah pada 2000. Mangsa tidak dinamakan atas alasan perundangan. Sepasang suami isteri dari Pakistan — Ilyas Ashar, 83, dan isterinya Tallat Ashar, 66, — didakwa kerana mengurung mangsa, dituduh menyeludup manusia, melakukan kesalahan seksual serta berkelakuan ganas. Mereka tidak mengaku salah atas tuduhan terbabit. mlmsms2u KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Noh Omar sudah tidak berguna lagi Posted: 14 Feb 2012 11:00 PM PST Apa dah jadi dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, Beliau kini umpama melukut ditepi gantang, langsung tidak berguna disisi Najib. Sebaliknya Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed naik setakuk lagi dan kini dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta. Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas. http://p111kotaraja.blogspot.com/2012/02/noh-omar-dah-berguna-lagi.html bloglistpolitik KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Feb 2012 08:20 PM PST PUCHONG – Mengurut pelanggan secara bogel. Itu tawaran istimewa yang disediakan sebuah premis urut kepada pelanggannya. Pemilik premis di Bandar Puteri di sini, boleh diibaratkan 'tidak makan saman' kerana pernah diserbu polis, bulan lalu. Bagaimanapun, kedegilan pemilik premis itu memaksa polis melakukan sekali lagi serbuan, awal pagi semalam. Ketika serbuan dilakukan, seorang tukang urut wanita warga asing sedang berbogel semasa mengurut seorang pelanggan. Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, dalam serbuan itu, lapan wanita warga Thailand, Filipina dan China diberkas. "Wanita itu menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut. Kita percaya premis ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya," katanya. Izwan berkata, sebuah spa di kawasan berhampiran turut diserbu kerana dipercayai menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggannya. Menurutnya, premis ini menggunakan konsep susun atur dalaman umpama hotel lima bintang untuk keselesaan pelanggan. "Empat wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan juga diberkas," katanya. Dalam serbuan berikutnya, sebuah pusat karaoke turut diserbu kerana menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing. Katanya, tiga lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis di ketiga-tiga premis tersebut serta semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan. SINARHARIAN KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
BN muhong kata pelancong merosot ke Langkawi tapi hotel FULLLLL... Posted: 14 Feb 2012 05:00 PM PST Permodalan Kedah Berhad bina hotel di Langkawi Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM LANGKAWI – Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Permodalan Kedah Berhad (PKB) bakal bangunkan hotel bertaraf tiga bintang di Pekan Kuah, di sini bagi menampung keperluan penginapan berikutan peningkatan pelancong. Pengarah Urusan Kumpulan PKB, Haji Harun Khalib berkata, hotel 14 tingkat ini menelan belanja RM50 juta dan diuruskan berasaskan konsep ‘halalan toyyiban’. Satu kelainan hotel ini adalah kita akan menguruskan hotel berasaskan halalan toyyiban, sebagai contoh, kita akan adakan dua kolam renang, iaitu dipisahkan untuk lelaki dan perempuan, belum ada lagi hotel di Langkawi yang ada dua kolam renang berasingan. “Berprinsipkan halalan toyyiban juga, minumam keras sama sekali tidak disediakan di hotel ini,” jelas beliau pada majlis pecah tanah hotel projek hotel 14 tingkat, di sini. Tambah beliau, PKB memilih membina hotel taraf sederhana, yang mana golongan berpendapatan rendah mampu untuk menginap di hotel ini. “Sebelum ini belum ada hotel kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri di Langkawi, jadi kita berbangga dengan usaha ini, separuh pembiayaan hotel ini diperolehi daripada Affin Islamic Bank. “Hotel 14 tingkat ini dilengkapi dengan 206 bilik penginapan, di samping itu kita juga ada suite sebanyak 26, jadi mereka yang inginkan bilik yang lebih luas boleh tempah suite, ada bilik persidangan, dan kepada mereka yang mahu buat kenduri di tempat-tempat khas, hotel ini juga menyediakan ruang untuk reception Menyentuh mengenai nama hotel, Haji Harun memberitahu mereka belum menetapkan nama sehingga ia siap. Apabila siap kelak, hotel ini diuruskan oleh anak syarikat PKB, PKB Hotel Management Sdn Bhd. “Nama hotel tak bubuh lagi, sebab ikut hukum syarie, bila siap baru bubuh nama, kami juga ikut ungkapan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan, bubuh nama bila dah beranak,” ujar beliau. kedahla KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan