Jumaat, 10 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Wow, Najib Diangkat Sebagai IMAM Khalifah AGUNG!!

Posted: 10 Feb 2012 06:48 AM PST


Maklumat lanjut tentang pertabalan Najib sebagai IMAM KHALIFAH AGUNG boleh anda baca dalam paparan skrin di atas. Saya tidak mahu komen apa-apa.

Jika Najib diangkat sebagai Imam Khalifah Agung oleh sebuah pertubuhan silat, apa pula peranan Najib di bawah ini?




P/s: Kah kah kah kah!


Imam Khalifah Agung memakaikan selendang pada isterinya.

MATI di Rumah Pelacuran

Posted: 10 Feb 2012 05:01 AM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] JAKARTA: Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52 tahun, dijumpai mati di dalam sebuah bilik bersama seorang pelacur di sebuah rumah pelacuran di Kediri, Jawa Timur, petang semalam.

Ketua Polis Kendiri Komisioner Adjutan, Wayan Winata berkata, "Kami tidak tahu sebab kematiannya. Kami masih menyiasat kes itu."

Wayan berkata, Sugiono baru berurusan dengan pelacur yang bernama Titik Andayani, 27 dan setuju untuk membayar Rp50,000 (RM17) untuk khidmatnya.

Mereka menempah sebuah bilik di rumah kepunyaan seorang lelaki, Samiran, 48. 

"Pelacur itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah keluar dari bilik air," katanya.

Penghuni rumah pelacuran itu kemudian menelefon doktor dari klinik kesihatan awam Ngasem, tetapi gagal menyelamatkan Sugiono.

"Kami sudah siasat tempat kejadian dan tidak menemui bukti (yang mungkin dapat menjadi punca kematiannya), seperti pil dadah atau rangsangan," katanya.

Polis sudah menghubungi keluarga Sugiono yang tinggal di Singonegaran, Pesantren, Kediri, katanya. - Jakarta Post 


Beginikah Perangai "Peguam" di Jabatan Peguam Negara?

Posted: 10 Feb 2012 04:00 AM PST


Komen lelaki bernama Farid Ramlan yang turut menyatakan pekerjaannya sebagai peguam di Jabatan Peguam Negara ini diperoleh di ruangan komen Sinar Online. Artikel yang menarik minatnya adalah tentang cabaran yang dilontarkan oleh  bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip kepada DS Anwar Ibrahim. Pengkhianat PKR ini mencabar Anwar menyaman Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali, dan akhbar Wall Street Journal edisi Asia.



Kata Zahid, Anwar perlu menyaman Eskay kerana dia bertanggungjawab mengaitkan Anwar dengan  video seks bersama dengan 'China Doll", Ummi pula mendakwa Anwar berzina dengan kakaknya iparnya, manakala Wall Street pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel walaupun beliau menyatakan kenyataan itu tidak tepat.

TM setujulah bahawa Anwar perlu menyaman dua pihak, iaitu Eskay dan Ummi. Yang lawaknya, bagaimana Ummi dapat membuktikan bahawa Anwar berzina dengan kakak iparnya apabila ditanya nanti? Berapa orang saksi Ummi? Berkaitan dengan artkel Wall Street, rasanya akhbar itu sudah memberikan penjelasan.

Bebalik kepada Ramlan tadi, siapa sangka orang mendakwa bekerja di Jabatan Peguam Negara menunjukkan sikap biasnya terhadap Anwar Ibrahim secara terang-terangan di media. Malah, sikap tidak beradapnya dengan menggelar Anwar sebagai AlJuburi itu mencemarkan imejnya sebagai penjawat awam yang bertugas di institusi perundangan negara. Beginikah etika/sikap kakitangan di Jabatan Peguam Negara? Bagaimana jika peguam ini dilantik sebagai salah seorang pasukan pendakwa raya dalam kes melibatkan Anwar? Sudah tentu anda tahu sikapnya dalam kes itu!

Seperkara lagi, peguam ini menulis sesuatu yang bersifat spekulasi, gosip dengan menuduh Anwar berjumpa dengan tokoh Yahudi tertentu, mempunyai hubungan rapat dengan golongan gay, akrab dengan pemimpin yang berketurunan Yahudi dan sebagainya. Apa sumber tulisannya? Bacalah tulisannya pada paparan skrin di atas. Ada antara tulisannya jelas bersifat fitnah.

Rasanya sejak beberapa hari ini sudah banyak blog menulis tentang hubungan diplomatik/dagang (tersembunyi) Malaysia-Israel, hubungan pemimpin Malaysia dengan pemimpin zionis, seketika dahulu ada berita mempertikaikan pertemuan secara sulit menteri Malaysia dengan menteri Israel, peranan APCO dalam pentadbiran Najib, dan sebagainya. Jangan lupa, Malaysia pada zaman Che Det pernah menyembur air dan gas pemedih mata terhadap rakyat Malaysia yang memprotes kedatangan pasukan Kriket Israel.

Rasanya, kita perlu menerima hakikat seseorang pemimpin yang menerima kunjungan daripada bekas rakan sejawat atau tokoh yang mengetuai sesebuah pertubuhan. Apakah Najib akan digelar ejen Yahudi jika dia dikunjungi tokoh berketurunan Yahudi dari World Bank atau Amerika Syarikat? Jika begitu rasanya mantan PM kita juga layak digelar begitu apabila dikatakan membayar pelobi Yahudi unuk bertemu dengan Bush.



Berkaitan:



[KD] Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff membantu bekas Presiden Umno itu menemui bekas Presiden Amerika, Bush, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, perbuatan itu dilakukan Mahathir sebaik imej Malaysia terjejas terus ekoran tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri. Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel," katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa kononnya Anwar merupakan simpatisan Yahudi.

"Menurut majalah Newsweek, ada wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalurkan kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin.

"Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006," katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Mahathir itu dibuat bagi mengalih skandal melibatkan pentadbiran Umno BN.

"Mahathir mungkin kelihatan lantang menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) – yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia," tegasnya.

Selepas itu katanya, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu dalam Perang Melawan Keganasan.

"Pentadbiran Dr Mahathir pula menggunakan alasan itu untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendakinya termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," tegasnya lagi.





Siapa yang Sepatutnya Pakai Kalungan Bunga Gergasi?

Posted: 10 Feb 2012 02:38 AM PST


Siapa yang sambut perayaan Thaipusam? Siapa yang "didewakan" pada hari itu?

Kata Tuan Mufti Perak:
"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan."



Berkaitan:

TG Nik Aziz: Tidur di Atas Riba Isteri, Semua Masalah Hilang

Posted: 10 Feb 2012 01:06 AM PST

PASANGAN BAHAGIA...Drs Zainudin Awang Hamat bersama isteri dipilih antara lima pasangan ideal menerima penghargaan daripada Nik Aziz (dua dari kanan).

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

"Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

"Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.
"Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

"Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina," katanya.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.




Puad Zarkashi Kena TIBAI

Posted: 10 Feb 2012 12:15 AM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Dr. Mohd. Puad Zarkashi kelmarin sebagai "sesuatu yang jelas tersesat" dan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tiada hak untuk memberi nasihat agar beliau ditarbiyah semula.

Justeru, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau juga kesal dengan pemikiran sekular Timbalan Menteri Pelajaran itu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian berhubung pandangan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu Israel-Palestin dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ).

"Merujuk kepada komen Puad Zakarshi yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

"Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung (Angkatan Belia Islam Malaysia) ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah," kata beliau dalam kenyataan disiarkan oleh Harakahdaily, hari ini.

Laporan media memetik Mohd Puad berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mohd. Puad menambah, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Anwar terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

"Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya.

Laporan media itu mendakwa sikap 'pak turut' Nik Abdul Aziz yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Abdul Aziz menambah, Mohd. Puad, sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda dan Markas ABIM, sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat.

"Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini," katanya lagi.

Nik Aziz juga menyoal apakah hak Mohd. Puad mencadangkan beliau ditarbiyah semula memandangkan beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah.

"Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respons atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama," kata beliau sambil menambah bahawa pemimpin Umno itu sendiri patut berjumpa dengan Anwar jika benar ingin mencari pencerahan.

"(Ini) kerana Anwar pernah jadi ketuanya," katanya lagi.

Nik Aziz juga menambah, justeru adalah sesuai kalau Mohd. Puad ingin mencari kebenaran, beliau sepatutnya "pergi beribadat di masjid."

"Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

"Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya, menjadi waras selari dengan otak sekular. Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah,
" kata beliau lagi.



P/s: Kah kah kah! Biasalah, PRU sudah dekat, semua pemimpin UMNO sekarang tengah sibuk mengipas Najib. Walaupun niat asal mereka mahu "menibai" pemimpin pembangkang, namun akhirnya diri sendiri yang kena tibai!



Mufti Perak Kata Najib GADAI Akidah, Mengapa?

Posted: 09 Feb 2012 11:20 PM PST

 
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.


P/s: Demi undi!



Tiada ulasan: