DIALOG RAKYAT |
- 3.7j belum daftar, mampukah Pakatan ke Putrajaya?
- PKR anjur demo bantah penyenaraian FGVH
- Kematian Patrick Wong, polis minta RPK kemuka bukti
- PRU13: KOMAS 'jom pantau' 20 'kerusi panas'
- Kes Altantuya: Azilah belum fail petisyen rayuan
- PERKASA akan temui kakitangan KFC i-City
- Najib, Muhyiddin perlu dedah butiran perjanjian NFC
- Utusan dakwa Ketua Pemuda PAS sokong sambutan Hari Kekasih
- Mahkamah tetapkan 24 September dengar saman Aziz Bari
- Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani
- Amirudin dan Shuhaimi jawab Raja Petra
- Bob Lokman terbit filem pendek jawab tohmahan
- BN rangka strategi rampas kembali Pulau Pinang
- Guan Eng harus beri penjelasan penjualan tanah Bayan Mutiara
- Rakan dagang Israel identiti sebenar Najib - Md Sabu
- Najib dan Rosmah malukan Thaipusam dengan pertunjukan kalungan bunga yang memualkan
- Nik Aziz restui Salahuddin ke Johor tumbangkan BN
- Kren tumbang hempap empat kenderaan
- Kolumnis Saudi hina Islam, Nabi ditahan di KLIA
- Nasib Kita diketahui 25 Februari
- ‘Lintah tidak sebar penyakit’
- PAS Sedia Timbang Kerjasama Dengan Zaid Ibrahim - Nik Aziz
- MCA-DAP Debat Mengenai Masa Depan Politik Kaum Cina Pada 18 Februari
- Akaun Pathmanabhan dibekukan
- 13 ‘pelayan rimba’ dicekup
| 3.7j belum daftar, mampukah Pakatan ke Putrajaya? Posted: 10 Feb 2012 04:19 AM PST ![]() Seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Undang-undang di Malaysia menetapkan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dalam pilihan raya.
Menurut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, dua juta daripada 3.7 juta yang belum mendaftar itu terdiri daripada orang-orang Melayu. Daripada dua juta orang Melayu yang belum mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada golongan yang berumur di bawah 40 tahun, menurut Wan Ahmad. 3.7 juta adalah angka yang besar. Jumlah pengundi sebesar itu mampu mempertahankan atau menjatuhkan sesuatu kerajaan. Melihatkan angka yang besar sebanyak 3.7 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi, pasti ada masalahnya.
Apakah Malaysia memerlukan satu sistem pendaftaran pengundi secara automatik supaya rakyat yang berumur 21 tahun keatas secara automatiknya menjadi pengundi? Parti-parti politik dan NGO yang dilantik sebagai Penolong Pendaftar kepada SPR bagi mendaftarkan pengundi tidak begitu agressif bekerja? Adalah lebih baik, badan-badan akademik melakukan kajian atau survey untuk mencari jawapan kepada permasalahan ini. Sejarah pilihan raya Pilihan raya umum (PRU) ke 13 boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang BN (dahulu Perikatan) telah memenangi kesemua 12 PRU di negara ini. Daripada 12 PRU, hanya dua kali mereka hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen iaitu dalam PRU 1969 dan PRU 2008.
Penjenamaan semula memberikan kemenagan besar kepada BN. Apatah lagi apabila parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan menyertai gabungan politik tersebut. PAS kemudiannya keluar dari BN. PRU 2008 menyebabkan Tun Abdullah Badawi turun dari takhta lebih awal. Abdullah disalahkan kerana BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen dan beberapa negeri tumbang kepada PR. Datuk Seri Najib Razak naik sebagai perdana menteri pada tahun 2009 dalam keadaan BN lemah. Persamaan di antara Najib dan arwah ayahnya adalah kedua-dua mereka mengambil alih kepimpinan negara pada ketika parti mereka tidak begitu kuat.
Sementara Najib belum begitu berjaya meyakinkan Umno untuk bersamanya dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya. Program transformasinya "disabotaj" secara terang-terangan oleh "golongan garis keras" dalam Umno. PRU 13 kritikal PRU 13 dikatakan akan menjadi "ibu segala pilihan raya" di Malaysia. BN mahu terus mempertahankan kuasa. PR pula mahu mengambil alih kuasa.
Pakatan pula yakin mampu menawan Putrajaya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali mengulangi kenyataan bahawa BN akan tumbang dalam PRU 13. Apabila melihat angka 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, kedua-dua BN dan PR tidak dilihat serius untuk mencapai cita-cita mereka. BN sekurang-kurangnya mempunyai seluruh jentera kerajaan bersama mereka. Sabah dan Sarawak pula dikatakan masih menjadi "fix deposit" kepada parti yang memerintah semenjak merdeka itu.
Apatah lagi dua juta pengundi yang belum mendaftar terdiri dari orang-orang Melayu. 60 peratus dari dua juta itu berumur dibawah 40 tahun. Nak ke Putrajaya, kena kerja keras Pakatan kini mempunyai sokongan yang kuat daripada masyarakat Cina. Masyarakat Melayu di pendalaman majoritinya masih bersama BN. Peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu muda adalah mendaftarkan mereka sebagai pengundi secara agressif. Lihat bagaimana Parti Demokrat menghantar Barack Obama ke Rumah Putih. Bukankah pendaftaran pengundi baru menjadi strategi utama mereka?
Program seperti ceramah umum yang dihadiri ribuan orang terbukti tidak banyak membantu dalam kemenangan pilihan raya. Ianya lebih kepada "masturbasi politik" kerana kebiasaannya dihadiri oleh penyokong-penyokong tegar. Jika jumlah kehadiran dalam ceramah dan komen-komen di internet dijadikan ukuran kekuatan sesuatu parti politik, tidak hairanlah mengapa BN menang dalam semua PRU yang dipertandingkan di negara ini. ULASAN ini adalah pandangan peribagi penulis. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini. Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar. | ||
| PKR anjur demo bantah penyenaraian FGVH Posted: 10 Feb 2012 04:13 AM PST ![]() Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada April ini terus mencetuskan kemarahan orang ramai dengan PKR bersiap sedia mengadakan demonstarsi besar-besaran di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 30 Mac ini. | ||
| Kematian Patrick Wong, polis minta RPK kemuka bukti Posted: 10 Feb 2012 04:09 AM PST MALAYSIA KINI Siasatan polis setakat ini tidak dapat mengaitkan kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong Kie Yik dengan dakwaan penyelewengan pasir di Selangor. Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta penulis blog Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukan akibat rompakan, agar mengemukakan bukti bagi membantu siasatan polis."Setakat ini siasatan tidak menunjukkan kes (kematian) itu ada kaitan dengan isu pasir di Selangor," katanya ketika mengulas artikel bertajuk "Episode 2: The Murder of a Whistleblower" yang disiarkan Raja Petra menerusi portal Malaysia Today. Khalid berkata sehingga kini, polis telah menahan dan menyoal siasat seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tiga lelaki bersenjata menceroboh kediaman Wong di Bukit Bandaraya, Bangsar pada 19 Nov 2009 serta menyebabkan Wong terjatuh dari tingkat dua kediamannya. Bercakap kepada pemberita selepas majlis Sambutan Maulidur Rasul di Bukit Aman, di ibunegara hari ini, beliau berkata lelaki itu kini ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor kerana menyamun dan polis belum mempunyai bukti cukup untuk mendakwanya di mahkamah. "Kita masih lagi mencari dua lagi suspek yang terbabit di dalam kes itu," katanya. Menerusi artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, dan mendakwa ahli pernigaaan tersebut mengumpulkan maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kes kematian Wong diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak awal lagi. "Jika ada maklumat baru yang ada dapat tunjukkan kes itu berkait maka bagi maklumat dan polis sedia siasat," kata Khalid yang turut menyifatkan tindakan pihak tertentu membuat dakwaan berdasarkan andaian sebagai tidak wajar kerana hanya menyukarkan siasatan polis yang memerlukan bukti kukuh.- Bernama | ||
| PRU13: KOMAS 'jom pantau' 20 'kerusi panas' Posted: 10 Feb 2012 04:05 AM PST ![]() Sebuah badan bukan kerajaan hari ini mengumumkan pembentukan satu pasukan sukarelawan bagi memantau 20 kerusi yang dikenal pasti mungkin terdedah dengan penipuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang di bawah kempen 'Jom Pantau' di seluruh negara.
* peningkatan yang mendadak dalam pengundi berdaftar | ||
| Kes Altantuya: Azilah belum fail petisyen rayuan Posted: 10 Feb 2012 03:51 AM PST ![]() MALAYSIA KINI Tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu masih belum ditetapkan berikutan seorang daripada mereka iaitu Cif Insp Azilah Hadri masih belum memfailkan petisyen rayuannya.
Katanya ini kerana mahkamah telah menghantar dokumen itu kepada Azilah di penjara. | ||
| PERKASA akan temui kakitangan KFC i-City Posted: 10 Feb 2012 03:50 AM PST MALAYSIA KINI Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan menemui kakitangan restoran Kentucky Friend Chicken i-City, Shah Alam untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di premis berkenaan Isnin lalu. Setiausaha agung pertubuhan itu, Syed Hassan Syed Ali berkata, PERKASA akan berbuat demikian memandangkan pelanggan yang mendakwa diserang dalam insiden tersebut telah mendapat perhatian media."Nampaknya pihak yang didakwa diserang oleh pekerja KFC sahaja yang dapat perhatian media. PERKASA rasa mereka (staf KFC yang terlibat) perlu diberi peluang menjelaskan kepada orang ramai apa sebenarnya berlaku. "PERKASA akan berjumpa dengan staf KFC terbabit dalam masa terdekat ini untuk mendapat penjelasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga memerhatikan bahawa komen yang timbul berhubung isu berkenaan "sangat tidak adil kepada staf KFC tersebut." Katanya lagi, pelanggan yang tampil dalam sidang media semalam – Danny Ng – tidak sepatutnya bertindak memarahi kakitangan resoran berkenaan. "Pastinya ada cara nak luahkan kehampaan bila apa yang kita hendak sudah habis. Mengapa pula lebih suka menjerit-jerit marah dalam premis yang bukan dia punya? Dia hanya seorang pelanggan sahaja, apa hak dia nak marah-marah pekerja KFC," soalnya lagi.Syed Hassan turut melahirkan keprihatinannya ke atas kakitangan terlibat yang menurutnya perlu "berdiri sepanjang hari dan bergerak ke sana sini dalam dapur" dan perlu melayani pelanggan yang ramai. Malaysiakini juga telah mengunjungi premis berkenaan hari ini, namun pihak pengurusan restoran yang ditemui enggan mengulas mengenai insiden tersebut. Tinjauan ke restoran dua tingkat itu mendapati premis tersebut beroperasi seperti biasa dan para pelanggan turut memenuhi ruang makan di tingkat bawahnya untuk makan tengahari. | ||
| Najib, Muhyiddin perlu dedah butiran perjanjian NFC Posted: 10 Feb 2012 03:30 AM PST ![]() MALAYSIA KINI "Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum."Ini supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh bahawa Kementerian Kewangan tidak mengenakan sebarang syarat-syarat mengenai bagaimana pinjaman RM250 juta itu boleh digunakan. Menurut beliau, suami dan anak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang berkenaan bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah."Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru. "Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka hati mereka?" soalnya. Rafizi juga menuntut kerajaan mendedahkan berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seumpama itu yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan berkenaan. "Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?" soalnya lagi.Sehubungan itu, katanya, Pakatan Rakyat terus menuntut agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara. | ||
| Utusan dakwa Ketua Pemuda PAS sokong sambutan Hari Kekasih Posted: 10 Feb 2012 03:22 AM PST
KUALA LUMPUR — Utusan Malaysia hari ini mendakwa Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyokong sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day menerusi tulisan di laman blog dan laman sosial Facebook miliknya. Akhbar milik Umno itu dalam laporan bertajuk "Nasrudin sokong sambutan Hari Kekasih?" mendakwa pemimpin muda PAS itu menimbulkan kontroversi apabila memuat naik kenyataan bertajuk 'Sambutan Hari Kekasih' di laman blognya, http://www.eperjuangan.com semalam. Dalam entri itu, Nasrudin (gambar) menulis: "Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang berada di ambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih atau pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam. "Antaranya adalah pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram, tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi serta tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama." Akhbar harian berbahasa Malaysia itu juga mengatakan dalam entri itu, Nasrudin pada perenggan kelapan turut mengesyorkan agar pasangan yang sudah berkahwin meraikan Hari Kekasih atau apa jua hari lebaran yang membawa maksud serupa dengan memberi hadiah dan ziarah. Bagi pasangan yang belum berkahwin pula katanya, perlu dipastikan tiga adab dan akhlak yang digariskan itu dilaksanakan. Ekoran kenyataan kontroversi itu, Nasrudin mengeluarkan kenyataan baru selang beberapa jam selepas entri pertama di laman blognya berkata beliau sebenarnya mengemukakan alternatif agar anak-anak muda Islam tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan agama lain. "Apa yang ditulis di laman web saya adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, sama ada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telah mendirikan rumahtangga. "Meraikan kekasih hati dengan syarat adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau Biro Baitul Muslim Jamaah Islam," katanya merujuk kepada laporan di sebuah portal berita. "Justeru, ia tidak kena-mengena dengan Valentine's Day. Saya juga telah tegaskan Islam tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meraikan kekasih hati," tambah Nasrudin. Pemuda PAS sebelum ini diketahui umum menentang keras sambutan Valentine's Day di kalangan umat Islam kerana ia dikatakan menjadi pencetus kepada aktiviti tidak bermoral. Sayap pemuda itu turut menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari depan. | ||
| Mahkamah tetapkan 24 September dengar saman Aziz Bari Posted: 10 Feb 2012 03:21 AM PST MALAYSIA CHRONICLE | ||
| Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani Posted: 10 Feb 2012 03:16 AM PST MALAYSIA CHRONICLE | ||
| Amirudin dan Shuhaimi jawab Raja Petra Posted: 10 Feb 2012 03:11 AM PST TUDUHAN UMNO MELALUI RAJA PETRA: TIDAK ADA SALAHGUNA KUASA, PENYELEWENGAN MELAINKAN CUBAAN BARISAN NASIONAL MENAWAN SELANGOR Saya merujuk kepada penulisan Raja Petra Kamaruddin bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" di dalam laman webnya yang mempunyai banyak kesalahan fakta dan berniat amat jahat dengan memutar belitkan beberapa perkara untuk memberi gambaran saya dan sdr Amiruddin terbabit dengan salahlaku rasuah. Artikel beliau itu ditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut: 1.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari menubuhkan sebuah syarikat; atau terbabit dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah; 2.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah ahli politik yang makan rasuah dengan menuntut pelbagai bayaran dari Double Dignity (M) Sdn Bhd; dan 3.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah dalang aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor pada ketika itu. Penjelasan saya mengenai Double Dignity (M) Sdn Bhd bakal membuktikan bagaimana Raja Petra Kamaruddin hanya menggunakan beberapa insiden biasadengan menyembunyikan perkara sebenar bertujuan untuk mencemar imej Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat KEADILAN dan memfitnah saya serta YB Amiruddin Shari. LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD •Saya mengenali En Adnan iaitu tuan punya Double Dignity (M) Sdn Bhd melalui seorang kenalan. Kenalan tersebut mohon berjumpa dengan saya untuk memperkenalkan En Adnan kepada saya dalam bulan Januari 2009. •En Adnan memperkenalkan Double Dignity (M) Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah. •Saya menjelaskan secara tegas kepada beliau bahawa saya tidak punya kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Kerajaan Negeri di Selangor. •En Adnan memaklumkan bahawa Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak mempunyai rancangan untuk menjalankan aktiviti di Selangor dan mahu menumpukan aktiviti perladangannya di Sabah. •Selepas pertemuan awal itu, saya tidaklah selalu berjumpa En Adnan seperti yang cuba digambarkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan sebarang pertemuan adalah dalam tugasan saya sebagai wakil rakyat. LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD •Menjelang Mei 2009, En Adnan menyatakan hasrat beliau untuk menjemput saya menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. Beliau menyebut bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk membayar elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan sebagai permulaan. •Berikutan dari tawaran tersebut, saya ada meminta pegawai saya dan kenalan untuk menyemak latar belakang En Adnan, termasuklah memastikan bahawa beliau dan isteri beliau benar-benar duduk serumah untuk mengelakkan perangkap seperti yang berlaku di Perak. •Semakan awal pegawai dan kenalan saya menunjukkan bahawa En Adnan dan isterinya serta seorang lagi rakannya adalah individu yang sah dan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd benar-benar wujud. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat ini adalah anak saudara kepada seorang Wakil Rakyat dari UMNO. •Oleh kerana bersangka baik dan hubungan atas dasar profesionalisme perniagaan, saya memberikan persetujuan untuk dilantik ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd bermula bulan Jun 2009. Saya telah menyerahkan dokumen dan maklumat yang dimohon untuk menyempurnakan perlantikan tersebut dalam bulan Jun 2009. •Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bahawa perlantikan saya ke Lembaga Pengarahnya hanya disempurnakan pada 18 Januari 2010 seperti yang ditunjukkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia; bertepatan dengan tarikh 18 Januari 2010 dalam satu surat sokongan yang disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin. •Gambaran yang cuba diberikan seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah berniat jahat dan tidak tepat, kerana perlantikannya saya dibuat lebih awal. •Menjelang September 2009, En Adnan menawarkan satu lagi jawatan ahli Lembaga Pengarah dan memohon bantuan saya mengenalpasti calon-calon yang bersesuaian. •Saya memperkenalkan YB Amiruddin Shari dan selepas beberapa kali perbincangan, YB Amiruddin Shari bersetuju untuk turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. •Segala butiran yang diperlukan untuk menyempurnakan perlantikan YB Amiruddin Shari diberikan kepada Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam bulan September 2009. TUDUHAN PERMOHONAN KONTRAK PEMBERSIHAN PASIR OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD •Raja Petra menuduh bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd untuk menghantar permohonan membersihkan pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd di dalam satu mesyuarat bertarikh 29 May 2009. •Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawa pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonan tersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin. •Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakan dengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari. •Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa: 1.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan); 2.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd; dan 3.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerja pembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn BHd. •Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk dan memberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikat terbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor. •Oleh yang demikian; 1.Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd membuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan 2.Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telah dibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd juga satu pembohongan. 3.Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka sauk seperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnya ditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannya Kumpulan Semesta. •Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagai tarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YB Amiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupun butiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu. •Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individu dari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari – bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami. •Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupa untuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankan dengan tarikh 18 Januari 2010 itu. SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONAN DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD •Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB Amiruddin Shari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir. •YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapi dengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yang ditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itu supaya mematuhi semua peraturan. •Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan. •Pun begitu, sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orang ramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan. Apabila bertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan (melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunya surat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan. •Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan Barisan Nasionalialah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidak menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhi keputusan. •Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidak pernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd – maka tidak ada sebarang salahguna kuasa mahupun penyelewengan. •Walau bagaimana pun, saya dan YB Amiruddin Shari mengakui bahawa tindakan mengeluarkan surat sokongan perlu lebih perhatian dan wajar dihentikan sama sekali memandangkan ia boleh dijadikan perangkap untuk memfitnah Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku dalam kes ini. BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD •Artikel Raja Petra cuba memberi gambaran bahawa saya memeras ugut dan menuntut bayaran yang berterusan dan melampaui batas dari Double Dignity (M) Sdn Bhd. •Hakikatnya, urusan saya dan YB Amiruddin Shari dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah hubungan profesional dalam kapasiti saya dan beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah. •Bayaran-bayaran yang disebut oleh Raja Petra sebahagian besarnya adalah elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd. •Saya senaraikan setiap pembayaran dan pembohongan Raja Petra seperti berikut: TARIKH JUMLAH (RM) TUJUAN PEMBAYARAN 15 Ogos 2009 3,000 Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009 25 Ogos 2009 2,000 Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009 9 September 2009 10,000 Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Julai danOgos 2009. Tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah pembohongan semata-mata. Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadhan juga adalah pembohongan semata-mata 16 dan 17 September 2009 5,000 Tuduhan bahawa saya mengarahkan En Adnan mengadakan satu majlis buka puasa adalah satu pembohongan. Saya dan YB Amiruddin Shari dijemput menghadiri majlis buka puasa syarikat, atas kapasiti saya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat. Bayaran yang diberikan sebanyak RM5,000 adalah elaun Lembaga Pengarah bagi bulan September 2009 yang dibayar awal. En Adnan menyatakan pembayaran bagi bulan Septemberdibuat awal memandangkan beliau tidak akan ada di Kuala Lumpur semasa hujung bulan kerana pulang beraya di kampung 30 September 2009 10,000 Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan raya yang diadakan di kawasan saya dari En Adnan.Di peringkat awal beliau yang menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama. Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya 5 Januari 2010 50,000 Ini adalah pembohongan paling besar yang cuba memutar belitkan keadaan sebenar untuk memfitnah saya. Seorang kenalan saya (tidak dinamakan untuk menjaga aib beliau, dirujuk sebagai A), menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan meminjam wang bagi menjelaskan bayaran beliaupada kontraktor yang mengubahsuai pusat asuhan beliau. Beliau sedang ubahsuai pejabat dalam usaha membuka sebuah pusat Smartreader di Kota Damansara pada ketika itu. Saya ada menanyakan beberapa orang rakan yang lain untuk meminjamkan wang RM50,000 yang diperlukan bagi pihaknya sementara pinjaman rakan A diluluskan oleh PNS. Akhirnya saya bertanya rakan niaga iaitu, En Adnan yang bersetuju memberikan pinjamantersebut. Walau bagaimana pun, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan A memerlukan wang dengan segera untuk membayar kontraktor yang sedang mengubahsuai pusat Smartreadernya iaitu kontraktor bernama Smart Renovators Sdn Bhd. Oleh sebab itulah, saya memohon supaya wang RM50,000 dimasukkan ke dalam akaun seorang lagi rakan saya iaitu Ashmali dan isterinya Puan Norlela untuk diuruskan. Oleh kerana saya menjamin pinjaman tersebut, saya tidak mahu menyerahkan keseluruhan RM50,000 kepada A dan mahukan bayaran dibuat terus kepada kontraktor, agar wang tidak diselewengkankegunaannya. Puan Norlela membantu saya menguruskan pemindahan wang tersebut seperti berikut: RM27,500 dibayar terus dalam bentuk cek bank kepada kontraktor RM12,500 dibayar terus dalam bentuk cek kepada rakan kongsi A, iaitu Puan Farah Kesemua cek dan baki RM10,000 diserahkan oleh Puan Norlela kepada Azmin Karim iaitu Pegawai Khas Pejabat saya, bagi pihak sayayang kemudiannya disampaikan kepada A. Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut yang diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan yang lain. Saya hanyalah peminjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan. Dalam perkara ini kesemua rakan saya turut menjadi mangsa keadaan yang diputarbelitkan dan saya amat simpati dengan mereka yang tertarik bersama dalam 'permainan' ini •Oleh yang demikian, selain dari sumbangan bagi jamuan hari raya berjumlah RM10,000 pada 30 September 2009 – semua bayaran yang dibuat kepada saya adalah dalam kapasiti saya sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. •Sepanjang penglibatan saya dan YB Amiruddin Shari di dalam Double Dignity (M) Sdn Bhd, saya hanya menerima 6 kali pembayaran elaun iaitu bagi tempoh Jun hingga Disember 2009. YB Amiruddin pula menerima 3 kali iaitu bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009. •Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang bayaran bagi tujuan mendapatkan kontrak atau pun tuntutan bayaran bagi perbelanjaan saya seperti yang dituduh Raja Petra. PERBUALAN TELEFON DAN CUBAAN MENGAITKAN YB AZMIN ALI •Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra. Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrak oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidak wujud, perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yang diselang seli dengan perbualan sebenar yang di mungkin di rakam •Saya juga mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkan fitnah ini dengan YB Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit di dalam perkara ini. •Saya mengesyaki bahawa pihak yang mendalangi fitnah ini terkeliru dengan Azmin Karim, iaitu pegawai saya yang banyak menjalankan tugas bagi pihak saya. Kesimpulannya, Raja Petra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaran buruk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali. Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan perhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada mana-mana parti politik Pakatan Rakyat Saya juga ingin menyebut bahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan lanjut. Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasa saya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas. Saya juga dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan salahguna kuasa. Ini bukanlah kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petra mengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor. Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidup dan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turut dijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat. Akhir sekali, cabaran saya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalau benarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntut bayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskanbagi kepentingan peribadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yang dilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa. Tuduhan yang hendak dibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa oleh KEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. SHUHAIMI BIN HAJI SHAFIEI ADUN SRI MUDA AMIRUDDIN SHARI ADUN BATU CAVES 10 FEBRUARI 2012 Nota: Kesemua nama yang disebut diatas sudahpun memberi keterangan kepada SPRM pada Julai 2010.-Harakahdaily | ||
| Bob Lokman terbit filem pendek jawab tohmahan Posted: 10 Feb 2012 03:07 AM PST MALAYSIA CHRONICLE IPOH- Bekas pelakon, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman dengan kerjasama Semarak Production sekali lagi menerbitkan sebuah filem pendek kali ini bertajuk 'Alahai Bob la Plak Menjawab'. Filem pendek ini dihasilkan untuk menjawab satu filem pendek 'Alahai Bob' yang diterbitkan pihak tertentu bagi memburukkan imej Bob yang dimuat naik di Youtube beberapa minggu lalu. Antara lain video itu membangkitkan isu Bob yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ekoran mengajar agama tanpa tauliah di negeri itu. Menurut Pengerusi Semarak, Ustaz Mohd Fakharudin Abd Aziz, filem pendek ini adalah filem yang ketiga berjaya dihasilkan selepas 'Orang Kuat UMNO' dan juga 'Aduhai 1 Malaysia'. Sambung beliau lagi, skrip filem ini adalah idea dari Bob Lokman sendiri dan ianya dijawab dan disampaikan secara santai. "InsyaAllah filem yang keempat akan menyusul tidak lama lagi dimana filem keempat ini akan membicarakan tentang hudud pula," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin pula menyifatkan sambutan terhadap filem pendek ini sungguh mengejutkan, ini kerana tidak sampai 24 jam dimuat naik ke Youtube filem ini sudah dikunjungi lebih 10000 orang. "ini menunjukkan filem pendek ini adalah satu medium dakwah dan juga satu cara untuk menjawab isu-isu semasa, oleh itu kita mengharapkan agar jentera penerangan seluruh negara dapat mengoptimumkan penggunaan Youtube ini untuk menyebarluaskan dakwah dan menjawab isu-isu semasa," tegas beliau. Bagi yang ingin melihat filem pendek ini boleh menonton dengan klik di atas gambar berikut.-Harakahdaily | ||
| BN rangka strategi rampas kembali Pulau Pinang Posted: 10 Feb 2012 03:05 AM PST MALAYSIA CHRONICLE BALIK PULAU- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin beberapa strategi yang diatur parti komponennya mampu merampas kembali negeri ini daripada pentadbiran DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti. Setiausaha Barisan Nasioanal (BN) Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata ketika ini semua jentera parti sedang giat mengadakan program turun padang mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. "Aktiviti kemasyarakatan sedia ada seperti tinjauan mesra memang dilalukan dan dengan beberapa strategi lain yang diatur juga dijangka mampu mengembalikan Pulau Pinang kepada BN," katanya. Dr Hilmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai strategi BN untuk merampas kembali Pulau Pinang pada PRU-13. "Tunggulah dulu, sampai masanya nanti kita (BN) akan beritahu...kita tidak boleh terburu-buru dan terlalu teruja," katanya. Dr Hilmi menegaskan tugas mendampingi dan mendekati rakyat perlu diteruskan kerana ia menjadi amalan para pemimpin BN sejak dulu lagi kerana itulah peluang terbaik wakil rakyat untuk mengetahui masalah dihadapi rakyat setempat. Selain itu, katanya, bagi menangani isu semasa yang sering diputar-belit pembangkang, BN negeri juga kini giat mengadakan program penerangan yang memberi fokus kepada kumpulan sasar. Beliau berkata, selain risalah dan ceramah, media baru turut digunakan termasuk blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dibuat secara menyeluruh. Ditanya sama ada beliau berminat untuk merampas kembali kerusi Parlimen Balik Pulau yang pernah disandangnya sebelum PRU-12, Dr Hilmi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti. "Terpulang kepada pucuk pimpinan, sekiranya khidmat saya diperlukan di peringkat Parlimen...saya tiada halangan," katanya.- BERNAMA | ||
| Guan Eng harus beri penjelasan penjualan tanah Bayan Mutiara Posted: 10 Feb 2012 03:03 AM PST MALAYSIA CHRONICLE NIBONG TEBAL- UMNO Pulau Pinang hari ini meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan secara terbuka mengenai isu penjualan tanah seluas 41.6 hektar kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata Lim juga harus memberikan alasan kenapa tanah tebusguna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang juga pemilik tanah itu sendiri. Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata adalah menghairankan kenapa tanah itu dijual sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. "Bagi pentadbiran yang mendakwa sebagai mesra rakyat,(adalah) menghairankan tidak ada perundingan awam untuk melibatkan pihak yang berkepentingan sebelum menjual tanah milik kerajaan itu," katanya. Zainal Abidin berkata kerajaan negeri juga seolah-olah terburu-buru membuat keputusan untuk menjual tanah itu tanpa membuat penilaian harga tanah untuk jangka panjang. Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat, beliau berkata harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun. Beliau berkata kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga. "Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat," katanya. Zainal Abidin berkata harga jualan yang diberikan kerajaan itu adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga di kawasan sekitarnya termasuk di Queensbay yang bernilai lebih sekali ganda daripada harga jualan itu. Berdasarkan kepada maklumat, beliau berkata kerajaan negeri hanya membuat penilaian harga tanah itu selepas beberapa bulan menawarkannya kepada syarikat berkenaan dan tanah itu dijual secara pegangan bebas sedangkan menurut dasar kerajaan, tanah milik kerajaan hendaklah dijual secara pajakan sahaja. "Kini kerajaan negeri sedang mencanang dengan peruntukan RM500 juta untuk projek perumahan rakyat dan kita juga tertanya-tanya daripada manakah sumber kewangan itu diperoleh sedangkan syarikat berkenaan belum pun membuat pembayaran," katanya.- BERNAMA | ||
| Rakan dagang Israel identiti sebenar Najib - Md Sabu Posted: 10 Feb 2012 02:58 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Tindakan kerajaan Umno menyertai sekatan dagang terhadap Iran sambil menjadi rakan dagang penting Israel adalah identiti sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Itulah identiti sebenar Najib dan Umno. Di hadapan rakyat beragama Islam mereka bercakap tentang Islam. Di belakang rakyat beragama Islam, mereka jadi rakan dagang penting Israel. "Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib dan Umno juga menjadi pecacai Israel apabila menyertai sekatan dagang terhadap Iran," katanya. Bagi Mohamad, apa yang berlaku itu tidak sedikit pun memeranjatkan walaupun mencabar dan mencalar maruah umat Islam di negara ini. "Selama ini pun, siapakah di hadapan umum bertempik kononnya sebagai pejuang Melayu dan mengapi-apikan perkauman tetapi pada masa yang sama menjadi pecacai tauke-tauke termasuk tauke judi yang menjadi tempat mereka mengemis rasuah. "Semua orang yang mengikuti perkembangan politik negara ini tahu perkara itu," kata beliau. Beliau berkata, selain laporan terbaru mengenai tindakan kerajaan Umno menyekat pembekalan minyak sawit kepada Iran dalam tindakan menyertai sekatan dagang terhadap negara itu, tahun 2010 lalu Malaysia juga dilaporkan menyekat penjualan gas gasolin kepada Republik Islam itu atas titah perintah Amerika Syarikat. Menurut Mohamad, sikap pro Israel kerajaan Umno telah lama dan berkali-kali terserlah antaranya ialah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna. Dalam peristiwa yang jelas membuktikan ketaatan kerajaanUmno kepada Amerika Syarikat yang menjadi penaung utama Israel, perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar. Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bercanggah dengan prosedur kerajaan". Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium. Mohamad Arshad juga adalah pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik. "(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengakui pemecatan Mohamad Arshad mempunyai kaitan dengan keengganannya menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program nuklear," kata Mohamad. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin sebelum ini mendedahkan bahawa Israel adalah salah satu rakan dagang penting kerajaan Umno termasuk dalam pemasaran minyak sawit. Pada hari yang sama juga Reuters melaporkan bahawa sejak tahun lalu lagi Malaysia menghentikan bekalan minyak sawit kepada Iran sebagai salah satu tindakan menyertai sekatan dagang terhadap Iran. Sekatan dagang terhadap Iran diterajui dan dipaksakan oleh Amerika dan Israel berikutan tindakan Republik Islam itu memajukan tenaga nuklear. Walaupun telah dibuktikan tindakan Iran memajukan kuasa nuklear tidak digunakan sebagai senjata, Amerika dan Israel yang disertai kuasa-kuasa Barat dan negara-negara yang berada di bawah telunjuk Amerika tetap menentang habis-habisan usaha itu.-Harakahdaily | ||
| Najib dan Rosmah malukan Thaipusam dengan pertunjukan kalungan bunga yang memualkan Posted: 10 Feb 2012 02:55 AM PST J. D. Lovrenciear Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan dimana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaanThaipusam berlangsung. Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya. Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan keatas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata? Jangan merendah-rendahkan Thaipusam Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri? Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan? Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupaka tujuan utama Thaipusam? Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai bahawa rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekaligus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu? Tiada rasa malu dan sensitif Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing? Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif? Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu. Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu? J. D. Lovrenciear adalah pembaca Malaysia Chronicle | ||
| Nik Aziz restui Salahuddin ke Johor tumbangkan BN Posted: 09 Feb 2012 04:23 PM PST MALAYSIA KINI Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kemungkinan besar akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang. Menurut Harakahdaily, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun keberatan tetapi bersedia melepaskan pemimpin itu sekiranya Johor memerlukan beliau. Akhbar rasmi PAS itu berkata Nik Aziz (kiri) yang juga Mursyidul Am parti berkenaan berkata, pucuk pimpinan parti bersedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri Johor yang juga tempat kelahirannya sekiranya ahli parlimen Kubang Kerian itu lebih diperlukan di sana."Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya," katanya. Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mencadangkan supaya Salahuddin dibawa bertanding di negeri itu. Nik Aziz juga dipetik berkata dengan perpindahan Salahuddin itu juga dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat yang semakin diterima masyarakat di negeri itu. "Apa-apa pun biar PAS Johor berbincang dahulu dan tentukannya. "Jika itu adalah untuk kemenangan parti, kita kena lepaskannya," katanya. Salahuddin (kanan) lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian dan mendapat pendidikan awal di sana sebelum melanjutkan pelajarannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sains Pembangunan Manusia.Beliau menang kerusi parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum 2004 dan pada 2008, berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 10,642 undi Harakahdaily juga memetik Nik Aziz berkata, di samping akur kepada keputusan pucuk kepimpinan beliau juga memberi ruang kepada Salahuddin bertanding di mana-mana kerusi yang bersesuaian. | ||
| Kren tumbang hempap empat kenderaan Posted: 09 Feb 2012 04:14 PM PST KUALA LUMPUR - Seorang pengurus projek sebuah syarikat pembinaan nyaris maut selepas kepala sebuah kren di tapak pembinaan bangunan 35 tingkat berhampiran Hotel InterContinental di Jalan Ampang di sini, patah petang ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, empat kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria, yang diletakkan di kawasan berkenaan manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Eric, 52 berkata, dia sedang dalam perjalanan denga memandu Toyota Lexus untuk mengambil majikannya yang sedang membeli-belah di Menara Berkembar Petronas. "Saya cuba mengelak sesuatu yang jatuh dari atas bangunan itu, namun sebahagian kren menghempap bahagian belakang kereta, mujurlah saya selamat," katanya. Seorang lagi saksi kejadian, Albert Sam, 37, berkata, dia biasanya memandu di kawasan itu untuk menghantar majikannya ke pejabat. "Saya bernasib baik tidak melalui jalan itu pada hari ini kerana mengikut gerak hati, saya melihat kren yang jatuh ketika itu seperti 'gempa bumi' sedang berlaku," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khairudin Drahman berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan telah mengarahkan kerja pembinaan itu ditangguhkan sehingga siasatan selesai. "Kami menerima panggilan kira-kira jam 1.23 tengah hari, seramai 15 anggota dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan penyelamat Pusat dan Chow Kit, jentera pertama sampai ke lokasi kejadian 14 minit kemudian," katanya. | ||
| Kolumnis Saudi hina Islam, Nabi ditahan di KLIA Posted: 09 Feb 2012 04:10 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Sumber Interpol memberitahu Bernama hari ini, lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam setelah melarikan diri dari negara itu. Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi. Difahamkan, pihak kerajaan Arab Saudi menunggu penghantaran pulang Hamza ke negara itu. Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya. Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam. - Bernama | ||
| Nasib Kita diketahui 25 Februari Posted: 09 Feb 2012 04:08 PM PST PETALING JAYA - Kepimpinan Pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan mengadakan mesyuarat pada 25 Februari ini bagi membincangkan cadangan Ketuanya, Datuk Zaid Ibrahim sama ada ia perlu dibubarkan atau sebaliknya. | ||
| Posted: 09 Feb 2012 04:03 PM PST Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Nor Fariza Ramlan KUALA LUMPUR: Belum ada lagi kajian dilakukan menunjukkan lintah boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui rawatan bekam termasuk penyakit batuk kering (tibi).Doktor dan Koordinator Makmal, Unit Kesihatan Haiwan Akuatik, Fakulti Perubatan Vaterinar, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Hassan Mohd Daud berkata, kajian klinikal di luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS) lintah boleh merawat penyakit seperti migrain serta resdung selain tidak memberi kesan sampingan melalui gigitannya. "Kajian klinikal mengenai lintah belum dijalankan di negara ini, namun ia giat dilakukan di luar negara dan tiada kajian menunjukkan lintah mendatangkan mudarat kepada manusia, " katanya, semalam. Katanya, tidak mungkin lintah mampu menyebarkan penyakit tibi kerana ia hanya boleh berjangkit melalui udara dan kemungkinan lintah menyebarkan bakteria yang ada padanya amat rendah. Bagaimanapun, katanya, pengusaha bekam lintah perlu memastikan lintah dikuarantin dan dibersihkan mengikut prosedur yang betul terlebih dulu sebelum digunakan terhadap pesakit. Katanya, hasil analisis dijalankan terhadap lintah dikuarantin sehingga tiga minggu dengan kawalan suhu dan pH air yang betul menunjukkan hanya bakteria biasa ditemui pada usus dan mulut lintah turut ditemui di tanah dan air. "Dengan penggunaan bahan tertentu seperti kunyit dan halia, semua bakteria berbahaya terbunuh kerana dua bahan berkenaan mempunyai bahan antiseptik yang mampu membunuh dan merencatkan pertumbuhan bakteria," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan bekam lintah supaya memeriksa terlebih dulu prosedur kebersihan yang diambil pengusaha rawatan berkenaan. "Pesakit perlu bijak memilih pusat rawatan termasuk mengenal pasti terlebih dulu tahap kebersihan dan kesihatan lintah yang digunakan, " katanya. | ||
| PAS Sedia Timbang Kerjasama Dengan Zaid Ibrahim - Nik Aziz Posted: 09 Feb 2012 04:02 PM PST MSTAR ONLINE KOTA BAHARU: PAS bersedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Datuk Zaid Ibrahim jika beliau membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuainya. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini kerana partinya boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, demi kepentingan masa depan PAS. "Kalau dengan Cina, India, kita boleh kerjasama, tidak ada sebab kita tak boleh bekerjasama dengan Zaid," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri di Balai Islam di sini, Khamis. Zaid melalui blognya baru-baru ini, menyatakan hasrat untuk membubarkan parti itu, walapun mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin lain dalam parti berkenaan. Nik Abdul Aziz berkata keputusan muktamad berhubung kerjasama dengan Zaid itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti. Mengenai cadangan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang mahu Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub bertanding di Johor untuk mengukuhkan kedudukan parti pakatan pembangkang di negeri itu, Nik Abdul Aziz berkata ia terserah kepada Salehuddin dan pucuk pimpinan parti membuat keputusan. Salehuddin yang kini adalah anggota Parlimen Kubang Kerian, dalam laporan akhbar hari ini, berkata beliau tidak berhasrat menjadi Menteri Besar Johor, walaupun sudah berkhidmat lebih 30 tahun dalam parti itu. Beliau dipetik berkata apa yang penting baginya ialah kemenangan dalam pilihan raya.-BERNAMA | ||
| MCA-DAP Debat Mengenai Masa Depan Politik Kaum Cina Pada 18 Februari Posted: 09 Feb 2012 03:58 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan berdebat mengenai isu berkaitan masa depan politik kaum Cina di negara ini pada 18 Februari ini. Dr Chua berkata beliau telah bersetuju untuk berdebat dengan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada salah satu sesi sempena forum sehari mengenai masa depan politik kaum Cina di Malaysia di sebuah hotel di sini. Katanya beliau menerima pelawaan berdebat itu yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan kumpulan pemikir MCA, Institut Analisis Stategik Dan Penyelidikan Dasar (INSAP). "Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau (Guan Eng) kerana menerima jemputan pihak penganjur untuk berdebat," kata Dr Chua kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di ibu pejabat parti itu di sini, Khamis. Forum berjudul "Politik Rakyat Malaysia Keturunan Cina Di Persimpangan Jalan" dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Semua parti politik berasaskan kaum Cina masing-masing dalam Barisan Nasional (BN) dan pihak pembangkang telah dipelawa membentangkan pencapaian mereka pada forum tersebut. Selain pemimpin parti politik, penceramah lain pada forum itu termasuk wakil-wakil dari badan-badan bukan kerajaan (NGO).-BERNAMA | ||
| Posted: 09 Feb 2012 03:57 PM PST
SHAH ALAM. - Seorang saksi hari ini memberitahu bahawa akaun persendirian dan akaun syarikat firma guaman milik N. Pathmanabhan yang merupakan tertuduh pertama dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, di Hong Leong Bank telah dibekukan pada September dua tahun lalu. Pengurus Operasi Hong Leong Bank Cawangan Banting, Yvonne Tiong Guat Choo, 39, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini berkata, pembekuan itu dibuat selepas pihak bank menerima satu surat yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Beliau bagaimanapun tidak pasti arahan bertulis itu datang daripada siapa dan tarikh tepat kedua-dua akaun tersebut dibekukan. ''Untuk akaun syarikat, bank ada beritahu tentang pembekuan sebab ada satu lagi rakan kongsi tetapi untuk akaun peribadi tidak,'' katanya semasa disoal balas oleh peguam yang mewakili Pathmanabhan, Manjeet Singh Dhillon. Saksi pendakwaan ke-98 itu juga bersetuju tiada sebarang transaksi boleh berlaku sama ada kemasukan atau pengeluaran apabila kedua-dua akaun tersebut dibekukan. Beliau turut mengakui ada berkomunikasi dengan rakan kongsi firma guaman Pathma Nalli & Patners berhubung operasi akuan itu buat kali terakhir pada tahun lalu. Pathmanabhan yang merupakan bekas peguam dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38. Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. Sementara itu, pegawai penyiasat Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Ishak Yaakob, 36, yang menyambung keterangannya hari ini membuat pengecaman beberapa barang kes yang diterimanya sepanjang siasatan kes itu. Antaranya ialah sampel darah yang diambil daripada ahli keluarga mangsa dan dua keping kad keahlian tertera gelaran 'Datuk Paduka' yang dianugerahkan kepada Pathmanabhan daripada negeri Kelantan. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-67 bersambung pada 29 Februari ini. | ||
| Posted: 09 Feb 2012 03:45 PM PST Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris TAHAN...sebahagian wanita warga China dibawa keluar dari restoran di Jenjarom, Banting, malam kelmarin. BANTING: Rahsia sebuah restoran makanan laut terpencil di Jenjarom, di sini, yang dikunjungi orang ramai terbongkar apabila didapati turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China sebagai pelaris untuk mengejar keuntungan. Pelanggan termasuk yang datang dari ibu negara dan Petaling Jaya dikatakan sanggup meredah jalan tanah merah dikelilingi ladang kelapa sawit sejauh lebih 500 meter dari jalan utama semata-mata untuk menikmati khidmat 'pelayan rimba' di restoran berkenaan. Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu itu terbongkar selepas polis menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan dalam Ops Noda, malam kelmarin. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

16.1 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun keatas. Hanya 12.4 juta sahaja yang mendaftar sebagai pengundi.
Mungkinkah ramai yang tidak tahu dimana untuk mendaftar?
PRU 1969 melahirkan sejarah berdarah 13 Mei. Tragedi 13 Mei menyebabkan Tun Razak melakukan penjenamaan semula Perikatan menjadi BN.
Perbezaannya pula adalah Tun Razak (tengah) lebih radikal. Menjenamakan semula Perikatan menjadi BN. Membawa masuk Tun Dr Mahathir yang dipecat oleh Tunku Abdul Rahman (kiri) kembali kepada Umno.
BN yakin Malaysia masih di bawah mereka. Gagasan 1Malaysia dan transformasi politik, ekonomi dan sosial Najib dikatakan memikat majoriti rakyat Malaysia.
Bagi Pakatan yang ingin mengambil alih kuasa, bukankah pendaftaran pengundi baru secara agressif penting bagi merealisasikan cita-cita?
Mungkin sudah sampai masanya sayap-sayap pemuda dalam Pakatan mula mendaftarkan pengundi secara agressif jika benar-benar ingin ke Putrajaya.
Ketua biro Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said (kiri) berkata penunjuk perasaan akan berarak dari masjid Putrajaya pada hari berkenaan sambil membawa kain rentang yang mempunyai 100,000 tandatangan peneroka Felda yang membantah penyenaraian itu.
"Sekarang mereka dapat dividen 15 peratus setahun, tetapi selepas pertukaran saham, tiada jaminan seumpama ini lagi," katanya.
Selain PKR, NGO pimpinan PAS yang mewakili anak-anak peneroka Felda juga merancang untuk memohon ahli-ahli KPF untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.
Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta penulis blog Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukan akibat rompakan, agar mengemukakan bukti bagi membantu siasatan polis.
Menerusi artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, dan mendakwa ahli pernigaaan tersebut mengumpulkan maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.
Peguam yang mewakili Azilah, J Kuldeep Kumar berkata petisyen rayuan tidak dapat difailkan kerana beliau hanya menerima 40 jilid daripada 57 jilid dokumen itu.
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, dituduh bersubahat dengan mereka dalam pembunuhan wanita Mongolia itu. Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.
Setiausaha agung pertubuhan itu, Syed Hassan Syed Ali berkata, PERKASA akan berbuat demikian memandangkan pelanggan yang mendakwa diserang dalam insiden tersebut telah mendapat perhatian media.
"Pastinya ada cara nak luahkan kehampaan bila apa yang kita hendak sudah habis. Mengapa pula lebih suka menjerit-jerit marah dalam premis yang bukan dia punya? Dia hanya seorang pelanggan sahaja, apa hak dia nak marah-marah pekerja KFC," soalnya lagi.
"Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum.
Menurut beliau, suami dan anak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang berkenaan bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah.
"Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?" soalnya lagi.
Akhbar rasmi PAS itu berkata Nik Aziz (kiri) yang juga Mursyidul Am parti berkenaan berkata, pucuk pimpinan parti bersedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri Johor yang juga tempat kelahirannya sekiranya ahli parlimen Kubang Kerian itu lebih diperlukan di sana.
Salahuddin (kanan) lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian dan mendapat pendidikan awal di sana sebelum melanjutkan pelajarannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sains Pembangunan Manusia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan