Biaqpila |
- AHSAN GOR KENA SELAMATKAN AQIDAH AHJIB GOR
- KETUA SINDIKET PENIPUAN INTERNET RM10B DIBERKAS
- Lelaki dakwa dipukul 20 polis selepas hadiri Thaipusam
- MESTI BACA: KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI RASULULLAH
- Gempar!! Ketua Cawangan UMNO Benarkan Rumahnya Menjadi Lokasi Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat
| AHSAN GOR KENA SELAMATKAN AQIDAH AHJIB GOR Posted: 10 Feb 2012 04:00 AM PST Tatkala Hasan Ali mengelilingi Malaysia berceramah untuk menyelamatkan akidah umat, kini pasangan suami isteri Najib dan Rosmah adalah 'peserta' pertama untuk diselamatkan akidah mereka oleh pakar motivasi itu. Najib 'Gadai Akidah' demi undi masyarakat India.. ![]() Demi mengekalkan kuasa dan demi meraih undi dari masyarakat India yang merakakan perayaan Thaipusam baru-baru ini.. Najib telah menggadai Akidah nya... bukan aku kata tapi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kata.. Sepatutnya beliau dinasihati oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam atau penasihat agama sepatutnya tidak hadir dalam perayaan itu.. Menteri Hal Ehwal Agama Islam sibuk renovate rumah kot... Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani Oleh Syed Mu’az Syed Putra KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. “Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. “Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. “Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka. “Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu. Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010. “Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah. “Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. The Malaysian Insider darisungaiderhaka KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| KETUA SINDIKET PENIPUAN INTERNET RM10B DIBERKAS Posted: 10 Feb 2012 02:00 AM PST ![]() Oleh : MOHD RAZMAN ABDULLAH KETUA sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan. Difahamkan Huang Guang Yu (gambar) ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lepas sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu. Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lepas hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya. Pada 6 Jun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai 'Penipu Macau' dan diketuai seorang warga Taiwan. Tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ. Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan. Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank. Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga. Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain. Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan. SK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| Lelaki dakwa dipukul 20 polis selepas hadiri Thaipusam Posted: 09 Feb 2012 11:00 PM PST ![]() Kira-kira 20 anggota polis didakwa menyerang seorang lelaki di Penang Road malam tadi, selepas dia menghadiri perayaan Thaipusam. Mangsa, S Morale, 30, dari Perak, hadir di ibupejabat polis di Dickens Street hari ini, selepas perintah reman empat hari diperolehi terhadapnya, sehingga 12 Februari. Dia disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang seorang anggota polis daripada melaksanakan tugasnya. Anggota keluarga Morale - bapanya K Shammugam dan adik lelakinya S Rajee - telah membuat laporan polis di balai Jalan Pattani tengah hari tadi.Morale, yang diiringi oleh keluarganya, dan ADUN PKR - Jason Ong dan S Raveentharan - telah bertemu dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob (kiri) di pejabatnya. Suaram Pulau Pinang telah menyerahkan memorandum kepada Ayub supaya menjalankan siasatan segera dan serius terhadap dakwaan Morale itu. Menurut keluarganya, Semangat dipercayai seorang yang "lembam". Menurut Rajee, pergelutan antara abangnya dan anggota polis itu berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika seorang lelaki didakwa menghampirinya dan merampas tin bir yang sedang diminumnya. Morale dikatakan bertindak balas dengan cuba menghalang lelaki itu daripada merampas minumannya, tanpa mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang anggota polis, tambah Rajee. Anggota polis tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai ASP Bathumalai dari jabatan narkotik negeri. Rajee berkata, Morale telah meminta pengenalan diri lelaki yang menghampirinya itu, untuk mengesahkan yang dia sebenarnya anggota polis. Kemudian, dakwanya, sekumpulan kira-kira 20 anggota polis muncul dan mengheret Morale ke lorong belakang di Penang Road dan memukul dan menendangnya. "Morale mengidap selesema, dan sukar bernafas dan mengalami sakit dada," MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| MESTI BACA: KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI RASULULLAH Posted: 09 Feb 2012 08:00 PM PST ![]() 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" 6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak." 8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. 9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." cahayamukmin KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| Gempar!! Ketua Cawangan UMNO Benarkan Rumahnya Menjadi Lokasi Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat Posted: 09 Feb 2012 06:01 PM PST ![]() Ini penangan besar bagi UMNO Perak.. seorang Ketua Cawangan UMNO sanggup memberikan rumahnya untuk pimpinan Pakatan Rakyat berceramah. Apa makna semua ini? Addin percaya ini bukannya kebetulan. Bermakna orang UMNO sendiri sudah hilang kepercayaan kepada UMNO serta BN. Ekoran terlalu banyak kontroversi yang melanda UMNO seperti skandal NFC, isu boros Rosmah Mansor yang tidak dapat ditangani oleh pimpinan UMNO BN secara bijak. Tindakan yang di buat pimpinan UMNO BN tidak menyakinkan rakyat serta ahli UMNO sendiri. Ini petanda UMNO Perak bakal melalui pusingan yang amat getir di PRU 13 nanti. PANAS!!! Ketua Cawangan UMNO benarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah Pakatan Mesti esok Pak Chik ni akan dapat surat tunjuk sebab kenapa dia tak boleh disingkir dari Umno kerana telah membenarkan rumah nya digunakan sebagai tempat ceramah PKR. ... dan pak chik ni juga akan terus menghantar borang penyertaan dalam PKR. hhahahahha Zambry macamana ni? ... Depa dah tak suka kat hang dah ... hahahahaha Wa tabik spring la chegu bard pada lu .... harap akan ada lagi kejadian yang macam ni ... hehehe addin77 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Anggota keluarga Morale - bapanya K Shammugam dan adik lelakinya S Rajee - telah membuat laporan polis di balai Jalan Pattani tengah hari tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan