Selasa, 7 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Padah Menipu Ibu, Remaja 14 Tahun Diperlakukan Seperti Hamba Seks

Posted: 07 Feb 2012 07:00 AM PST


Saya petik:

Empat remaja ditahan kes perlaku mangsa seperti hamba seks

[BH] ARAU: Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol sekurang-kurangnya empat kali oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima jam, minggu lalu.
 
Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya yang berusia 17 tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi di Ngulang dekat sini, kira-kira jam 8 malam, 30 Januari lalu, sebelum merogolnya.

Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan nafsu tiga lagi suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya sepanjang kira-kira lima jam berada di pondok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.

Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memaklumkan kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah, sebelum melencong ke tempat lain bersama teman lelakinya.

"Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.
 
"Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.

"Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.

"Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook," katanya.


P/s: Cari bala!

Remaja Dakwa Dirogol Abang Ipar Sejak Usia 6 Tahun

Posted: 07 Feb 2012 06:14 AM PST


Saya petik:

[SH] KEMAMAN – Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.

Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah.

Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009.

Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam.

Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.

Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.

"Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang.

"Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari.  Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian," katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang.


[Gambar] Definisi Sultan Berjiwa Rakyat

Posted: 07 Feb 2012 02:36 AM PST

Kredit tertera pada gambar

Bukan Sahaja Ada Pengundi Hantu, Rupa-rupanya Ada Dakwaan PENGIKUT HANTU di Twitter Najib

Posted: 07 Feb 2012 01:26 AM PST




TM memang tidak tahu aspek teknikal berkaitan dengan Twitter dan Facebook. Ada sebuah laman anak muda mendakwa akaun Twitter Najib meriah dengan pengikut hantu. Bagaimana hal itu terjadi, lebih baik anda membacanya di sini.



P/s: Kalau laman peminat Najib di Facebook sukar mendapat sokongan, pelik juga apabila akaun rasminya mendapat sambutan yang "hangat". Banyak akaun berkaitan dengan Najib di laman sosial tidak mendapat sokongan yang diharapkan. Baru-baru ini, MerdekaReview mendedahkan akaun FB An War Gor berjaya memintas peminat akaun Ah Jib Gor yang dikumpul dalam tempoh beberapa hari dalam tempoh 24 jam sahaja. Adakah fenomena itu yang menyebabkan kewujudan pengikut hantu di akaun Twitter Najib?


KITA Pecat Zamil dan Tan Tee Beng Serta-Merta

Posted: 07 Feb 2012 12:56 AM PST



Zamil Ibrahim

Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Krisis Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) semakin parah apabila pengerusi parti itu peringkat negeri Kedah dan Pulau Pinang dilucutkan jawatan masing-masing berkuat-kuasa serta merta.

Pelucutan jawatan kedua-dua pemimpin parti peringkat negeri itu iaitu Zamil Ibrahim (Kedah) dan Tan Tee Beng (Pulau Pinang) dibuat sebulat suara pada mesyuarat jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan Datuk Zaid Ibrahim pada malam Isnin.

Ketua Penerangan Kita, Mohamed Mazlan Abdul Manaf berkata, keputusan berkenaan diambil selepas meneliti pelbagai faktor serta kenyataan yang dibuat Zamil dan Tan terutama berhubung hasrat pembubaran kita.
Tan Tee Beng

"Kedua-dua mereka hanya dilucutkan jawatan, bukannya dipecat daripada parti. Mereka masih lagi menjadi ahli parti Kita.

"Ada pelbagai pertimbangan yang kita ambil sebelum keputusan ini dibuat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Bagaimanapun menurut Mohamed Mazlan, kedua-dua mereka masih boleh merayu dalam tempoh 14 hari berhubung pengguguran jawatan masing-masing.

"Kita ada perlembagaan, masih ada peluang untuk mereka merayu jika mereka tidak berpuas hati," katanya sambil memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa disiplin itu diadakan di kediaman Zaid di Tropicana di sini.

Kemelut dan krisis dalaman Kita mula timbul selepas Zaid mengumumkan untuk membubarkan parti yang berusia lebih setahun itu menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Hasrat pembubaran itu menerima tentangan hebat daripada beberapa pengerusi parti peringkat negeri khususnya Zamil dan Tan yang menggesa agar Zaid meletak jawatan dan keluar daripada parti.
 
 
 

4 Orang Dirawat Kerana Ambil Ubat Kuat Seks

Posted: 06 Feb 2012 05:52 PM PST


Portal AsiaOne melaporkan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberikan amaran kepada orang ramai tentang beberapa kejadian serius akibat mengambil produk haram untuk menambah rangsangan seks.

Menurut HSA, sejak minggu lalu, empat pesakit berusia antara 30 hingga 78 tahun dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah yang berbahaya.

Dua daripada mereka tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital, manakala seorang lagi dalam keadaan bingung dan lemah, kata HSA.

Walaupun keempat-empat mereka tidak lagi dalam keadaan kritikal, seorang daripada mereka yang tidak sedarkan diri berada dalam keadaan "tidak boleh bercakap", sementara seorang lagi hanya mampu berbual ringkas sahaja. -DCM


P/s: Sila ambil pengajaran!



Seru Jin Inggeris untuk Lulus Ujian BI

Posted: 06 Feb 2012 04:49 PM PST

Saya petik:

KHURAFAT...Azman dan Rashid menunjukkan 'daun sirih hikmat'.
KHURAFAT...Azman dan Rashid menunjukkan 'daun sirih hikmat'.

[HM] KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

'Daun sirih hikmat' itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus 'cukup makan.'
 
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.
 
"Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan," kata Azman ketika ditemui.

 

Tiada ulasan: