DIALOG RAKYAT |
- HASAN ALI!!! Menipu ahli dan penyokong UMNO dalam ceramahnya
- KITA Pecat Pengerusi Kedah, Pulau Pinang
- ROS Dimaklumkan Usaha KITA Pecat Zaid
- UMNO beralih ke haluan kanan perkauman
- Selangor Sokong Pusat Rombak Akta Pengurusan Air
- MB Selangor: Negara Berkebajikan Tidak akan Bankrap
- Gerakan Pelajar: Cebisan sejarah yang hilang
- Ulamak yakini PAS kekal di Kelantan
- Pakatan Johor ‘pikat’ Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang
- KITA pecat dua pengerusi negeri Pulau Pinang, Kedah
- RM1 bilion dibelanjakan untuk DUN Pantai Manis
- Pemuda PAS mahu k'jaan juarai kempen anti Hari Kekasih
- Laporan polis dibuat isu pemecatan 2 pemimpin NUBE
- Siasatan peringkat akhir, Shahrizat mungkin dipanggil
- PM akan disaman RM55 bilion dalam Tamil, BM
- Pejabat Pelajaran Kelantan Berkempen Untuk Umno?
- Tiga Penjenayah Ditembak Mati
- Tabung Haji Perkemas Sistem Data Jemaah
- Rasuah, salah guna kuasa UMNO-BN gagal makmurkan Malaysia
- Pakatan Selangor berjaya tunaikan janji kepada rakyat- Khalid
- Gabungan Hentikan Lynas sokong himpunan besar 26 Febuari
- Zamil cabar Zaid bawa penyokong keluar
- Ekonomi 2012 sangat kritikal
- Kalah di Selangor: Najib menghampakan pemimpin Umno negeri
- Pakatan berkabung 3 tahun tumbangnya Perak
HASAN ALI!!! Menipu ahli dan penyokong UMNO dalam ceramahnya Posted: 07 Feb 2012 05:25 AM PST PASPB Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan. Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan. "Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor. "Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus. "Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang 'menghitamkan' suasana," katanya. Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti. "Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu," katanya. Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno. "Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas. "Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor)," katanya. Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan. "Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun. "Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri 'talian hayat' kepadanya," katanya kepada Sinar Harian. |
KITA Pecat Pengerusi Kedah, Pulau Pinang Posted: 07 Feb 2012 05:15 AM PST Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz SHAH ALAM : Krisis dalaman Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) semakin meruncing apabila parti itu memecat Pengerusi Kedah dan Pulau Pinangnya berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa melanggar peraturan-peraturan parti. Keputusan memecat Tan Tee Beng (Pulau Pinang) dan Zamil Ibrahim (Kedah) diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin malam tadi, Pegawai Perhubungan Pusat KITA, Aziz Kadir mengesahkan. "Mereka dipecat kerana terlalu kerap mendahului presiden dan kepimpinan pusat,,,macam Hasan Ali," kata beliau merujuk kepada bekas Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat oleh Pas sebelum ini," kata beliau kepada Antarapos.com. "Pengerusi Kedah dan Pulau Pinang ini yang selalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memburukkan pimpinan parti, jadi ini tidak betul," tambah beliau. Aziz berkata, tindakan Zamil dan Tee Beng bertikam lidah dengan Zaid secara berterusan hanya mendatangkan kesan buruk kepada parti, jadi lebih elok mereka keluar. "Bila disuruh Zaid Ibrahim letak jawatan, ini adalah satu perbuatan yang tidak beretika, bodoh dan biadap. Sepatutnya jika tidak bersetuju dengan Ketua Parti, (mereka) keluar sajalah, sekurang-kurangnya yang tinggal ini boleh aman," katanya. Dalam reaksi spontan, Zamil berkata beliau tidak mengiktiraf pemecatan itu dan akan meneruskan tugasannya sebagai Pengerusi Kita Kedah seperti biasa. "Saya dan Tan Tee Beng mempunyai sokongan yang jauh lebih kuat daripada ahli dan pemimpin Kita yang tidak mahu parti ini dibubarkan," kata beliau. "Yang hendak bubar parti ini (Zaid), kenapa saya dan Tan Tee Beng pula dipecat? Saya dan Tan Tee Beng yang cuba menghalang parti ini dibubarkan, ini satu kesalahan ke? Jadi yang hendak bubarkan tu tidak bersalah lah?," ujar beliau. Zamil dan Tee Beng melontarkan kritikan pedas terhadap Presiden KITA Zaid Ibrahim, khususnya selepas Zaid bercadang membubarkan Kita menerusi sebuah mesyuarat agong luar biasa tidak lama lagi. Selain mereka berdua, pimpinan Kita di beberapa negeri, termasuk Sabah dan Johor juga menolak cadangan Zaid itu malah mahu mengusulkan undi tidak percaya terhadap beliau. Zamil dan Tee Beng mempunyai 14 hari untuk merayu pemecatan mereka kepada Jawatankuasa Eksekutif parti. Zaid berkata lebih baik KITA dibubarkan kerana ia gagal menarik ahli dan kurang sumber pembiayaian. Beliau berkata pembubaran itu juga akan mengatasi keraguan bahawa KITA tidak menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang. Beliau mendedahkan persepsi sedemikian timbul kerana kritikan yang sering dilontarkan oleh Zamil dan Tee Beng terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. |
ROS Dimaklumkan Usaha KITA Pecat Zaid Posted: 07 Feb 2012 05:12 AM PST Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz SHAH ALAM : Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dimaklumkan hasrat pimpinan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap presidennya Datuk Zaid Ibrahim. Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata notis itu sudah dihantar oleh pimpinan Sabah manakala Kedah akan menyusul tidak lama lagi. Beliau berkata kebanyakan negeri sepakat tidak lagi mahu Zaid menerajui Kita selepas bekas Ahli Parlimen Kota Bahru itu bercadang membubarkan parti itu yang ditubuhkan setahun lalu. "Namun begitu saya difahamkan Sabah telah menghantar surat kepada Ros…dengan 10 perkara mendesak beliau meletakkan jawatan dan meminta satu EGM undi tidak percaya kepada beliau." kata beliau. "Jawatankuasa Kedah yang akan bermesyuarat dua tiga hari lagi, juga akan membuat usul berkenaan dan hantar satu salinan kepada ROS iaitu mendesak satu undi tidak percaya kepada Datuk Zaid Ibrahim dilakukan," katanya kepada Antarapos.com. Kelmarin, Zaid bertegas menyatakan hasratnya akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membubarkan Kita sungguhpun langkah itu ditentang oleh pemimpin peringkat negeri parti itu. Zamil menolak segala alasan Zaid untuk membubarkan Kita termasuk kegagalan parti itu mendapatkan sumber atau menarik ahli atau pun kerana tidak mahu dilihat sebagai menentang Pakatan Rakyat. "Ramai kepimpinan negeri-negeri tidak bersetuju dibubarkan sebab kita telah menjalankan tugas-tugas…bukannya ada masalah pun," katanya. "Kalaulah hendak bubar hanya kerana hendak jaga hati Pakatan Rakyat, kenapa beliau tidak mencadangkan dalam mesyuarat parti KITA mengadakan pertemuan dengan PR dengan membincangkan hala tuju dan bagaimana hala kerja secara bersama," tanya beliau. Zamil menggesa Zaid mengimbas kembali janjinya untuk memastikan Kita tidak dipengaruhi mana-mana pihak ketika melancarkan KITA pada 19 Januari tahun lalu. "Sewaktu KITA ditubuhkan, parti ini berteraskan tidak berpihak kepada mana-mana parti.Saya minta Datuk Zaid imbas kembali kenyataan yang beliau buat sewaktu pelancaran parti KITA ini sewaktu di Dewan Sime Darby di Kuala Lumpur," katanya. Zamil berkata pengunduran Zaid tidak akan memberi kesan kepada KITA kerana pemimpin dan ahli parti itu sudah pun muak dengan sikapnya yang tidak pernah berpendirian tetap. "Kita merasakan dia (Zaid Ibrahim) tidak ada dalam parti ini pun kita mampu bersama teman-teman untuk mentadbir parti ini sebelum kita mencari seorang tokoh. Yang paling penting di sini ialah tokoh yang ada prinsip dan prinsip itu tidak berubah dari bulan ke bulan," katanya. "Sebelum ini dia(Zaid) dengan PM (Najib) selepas itu dengan Ketua Pembangkang (Anwar), sekejap lagi dia sokong Najib…, sat lagi sokong orang ini, kita pun 'tidak faham' dengan pendirian dia (Zaid Ibrahim)," soalnya. Zamil menyoal keupayaan Zaid memimpin peringkat pusat Kita. Beliau berkata, berbeza dengan pejabat di peringkat negeri, ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya tidak mempunyai kemudahan asas. "Bagaimana keadaan pejabat KITA di peringkat pusat? Adakah papan tanda? Ada sistemkah yang begitu baik? Tidak ada...tetapi di Kedah kita ada pejabat, kita ada bilik seminar, kita ada ruangan untuk Setiausaha dan sebagainya. "Kita ada ruang pejabat dan kita ada papan tanda yang begitu megah. Kita ada bendera di pintu masuk jalanraya di sekitar Sungai Petani," kata beliau. "Di Kedah kita sudah cari calon, kita dah buat pelancaran manifesto, kita sudah turun ke pasar-pasar malam, kita sudah buat pelabagi program, tetapi di peringkat pusat apa program yang mereka sudah buat," soalnya. |
UMNO beralih ke haluan kanan perkauman Posted: 07 Feb 2012 05:06 AM PST Oleh Liew Chin Tong Apabila saya keluar dari bilik hotel untuk menghadiri satu mesyuarat tertutup di Port Dickson pada Julai 2005, saya masih ingat yang saya memegang senaskah akhbar yang memaparkan gambar Hishammuddin Hussein menghunus keris di dada akhbar tersebut. Pada saat itu, saya tahu UMNO telah mengucapkan selamat jalan kepada penyokong-penyokong kerajaan dari kalangan masyarakat bukan Melayu. Sesungguhnya, apabila difikirkan kembali, ia adalah detik penting pada dekad itu: politik UMNO telah bertukar arah ke haluan kanan perkauman manakala Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi sudah hilang kawalan ke atas agenda reformasinya sendiri. Detik berakhirnya kepimpinan Abdullah, sebagai peluang terakhir untuk UMNO meformasi diri, bermula pada Julai 2005. Hari ini, kecuali jika Perdana Menteri Najib Razak berani berdepan dengan haluan kanan partinya, sebagaimana berkesannya kompromi besar Wawasan 2020 Dr Mahathir Mohamad, dan mampu mengembalikan tujuh tahun yang silap kepada jalan tengah, maka peristiwa-peristiwa Julai 2005 yang terkumpul sehingga sekarang akan membawa kepada kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional. Sebagai peringatan kepada Najib, pemimpin agungnya Mahathir dengan pedih hati telah sedar dalam pilihan raya 1990 bahawa andaian tahun-tahun 1970-an yang mana UMNO boleh mendapat sokongan 70 peratus undi Melayu sudah tidak lagi berlaku. Orang Melayu secara amnya telah menerima pendidikan yang lebih baik dan pendedahan yang lebih meluas, menjadikan pendirian politik mereka lebih canggih. Peningkatan kadar kehadiran Melayu di bandar juga menghakis sokongan kepada UMNO – satu-satunya parti dengan jentera sokongan luar bandar yang paling hebat. Saingan sebagai alternatif kepimpinan Melayu timbul dalam bentuk kerjasama PAS dan Semangat 46 pada 1990-an, dan diikuti dengan fenomena Anwar Ibrahim yang telah dipecat dan dipenjarakan oleh Mahathir pada 1998, terus menghakis kubu Melayu untuk UMNO. Yang dimenangi hati mereka oleh Mahathir melalui kompromi besar Wawasan 2020 adalah golongan kelas menengah bukan Melayu yang membantu mengekalkan kuasa UMNO dan BN sepanjang Februari 1991 hingga Julai 2005. Tetapi mengapa UMNO begitu kurang cerdik menukar haluan ke arah kanan dengan politik perkauman dalam perhimpunan agungnya pada Julai 2005? Sebab-sebab mengapa Selepas berada di tampuk kuasa selama 21 bulan sejak 31 Oktober 2003, faktor-faktor kelebihan kepimpinan Abdullah, dengan janji-janji reformasinya, semakin lenyap dan kelemahan pentadbirannya semakin terserlah. Sikap Abdullah yang cakap-tak-serupa-bikin tidak banyak membantu keadaan. Lebih teruk lagi, dari sudut pandangan para pecacai UMNO yang pandai menagih projek, adalah perkara-perkara yang mereka tidak sukai telah dibangkitkan oleh Abdullah. Dalam pendiriannya tentang dasar kerajaan, Abdullah mula lepas cakap dalam ucapan "infrastuktur dunia pertama, mentaliti dunia ketiga" di majlis Oxbridge Society pada Mac 2003 di mana pada masa itu beliau menjadi pemangku Perdana Menteri apabila Mahathir bercuti dua bulam. Ucapan Abdullah memperlekehkan keutamaan-keutamaan Mahathir, antaranya, mahu memansuhkan projek-projek pembinaan besar oleh kerajaan, mengurangkan defisit belanjawan negara dan memulakan usaha menentang rasuah. Apabila menjadi Perdana Menteri, Abdullah membatalkan beberapa projek kesayangan Mahathir dan mengkaji semula komitmen perbelanjaan kerajaan. Peluang-peluang kroni UMNO untuk "buat duit" tiba-tiba terhenti. Menambah luka di hati golongan itu, beberapa projek itu dikatakan ada campur tangan "Tingkat Empat" – pejabat para penasihat muda Abdullah di Putrajaya. "Perkara yang paling sukar saya terpaksa lakukan sebagai Perdana Menteri setakat ini adalah untuk mengurangkan defisit belanjawan negara," katanya sempena setahun menjadi Perdana Menteri. Abdullah memberitahu hadirin di Harvard Club pada 5 Mei 2005 bahawa "ekonomi negara telah biasa dengan pump priming kerajaan (kerajaan memperuntukkan kontrak dan projek) sejak 1998 dan keputusan untuk mengurangkan defisit belanjawan negara, telah dianggap sebagai usaha menarik balik sumber pendapatan selesa kepada banyak pihak". Beliau sedar bahawa, bagi kelas yang hanya mengharapkan projek kerajaan itu, telah wujud "rasa bahawa ada sesuatu yang sudah tidak lagi bergerak pantas seperti sebelumnya" dan bagi mereka yang mahu melihat reformasi tulen, "semakin tidak sabar untuk melihat pelbagai perubahan berlaku". Abdullah meminta semua pihak bersabar. "Saya komited untuk memastikan kejayaan dasar, strategi dan janji-janji saya. Saya bukan sahaja seorang insan yang berniat baik, saya juga seorang manusia yang mahu melihat kejayaan pelaksanaan. Saya bukannya jenis orang yang suka menunjuk-nunjuk, bergaya atau menggunakan kata-kata kesat, jadi mungkin saya tidak banyak memberi sebarang isyarat. Tetapi itu adalah soal gaya, dan bukan isinya". Serangan Mahathir Salah seorang pemimpin yang hilang sabar dengan Abdullah adalah Mahathir. Khabar-khabar angin tentang Mahathir meluahkan kekecewaannya di belakang tabir telah meluas sejak pertengahan 2004, khususnya selepas pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara pada 2 September 2004. Mahathir hanya melancarkan serangannya secara terbuka terhadap pentadbiran Abdullah pada akhir Mei 2005 dengan mengecam bekas penyokong setianya Rafidah Aziz dalam isu permit AP kereta import. Isu itu menjadi buah mulut umum untuk beberapa bulan lamanya. Mahathir menjadi tumpuan suara penentangan dalam UMNO, khususnya daripada kelas yang amat mengharapkan projek kerajaan, manakala lambang reformasi Abdullah semakin tercalar. Kedudukannya seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa. Setahun kemudian, Mahathir meningkatkan serangannya dengan kecaman peribadi terhadap Abdullah. Pada masa yang sama, heboh pula tentang Rancangan Malaysia Kesembilan yang akan diumumkan pada tahun berikutnya. Abdullah menggunakan RMK9 sebagai alasan untuk menunda keputusan-keputusan tentang pelbagai projek. Kelas yang mengharapkan projek kerajaan serta mengumpul pendapatan melalui projek tersebut semakin ghairah mahu merebut peluang, dan tentunya mahu mengambil kesempatan menggunakan perhimpunan agung UMNO untuk meluahkan rasa hati mereka. Ucapan dasar presiden UMNO pada Khamis 21 Julai 2005 meneruskan corak pemikiran Abdullah sejak 2003, iaitu "kerajaan tidak akan dapat selama-lamanya berperanan sebagai 'Santa Claus', menganugerahkan pemberian sepanjang musim. Mereka sepatutnya mengenali realiti lalu mempersiapkan diri beralih ke sektor lain". Menurut Abdullah, "Dalam tahun 1992, bilangan kontraktor bumiputera berjumlah 2,049 meningkat kepada lebih 46,000 dalam tahun 2005, peningkatan lebih 2,000 % (dua ribu peratus) dalam tempoh 13 tahun. Dari bilangan tersebut lebih 42,000 berdaftar sebagai kontraktor 'kelas F'. "Hampir kesemua kontraktor ini mengharapkan kontrak kerajaan. Jika semua kumpulan dan kelas kontraktor digabungkan, terdapat lebih 63,000 kontraktor di negara ini; sebuah negara yang mempunyai 25 juta penduduk; menjadikan nisbah, satu kontraktor bagi setiap 350 penduduk (1:350); sedangkan di negara Jepun yang memperoleh pelbagai kontrak antarabangsa, nisbah kontraktor kepada penduduk adalah satu kontraktor bagi setiap 10,000 penduduk (1:10,000)." Tetapi segala-galanya sudah terlambat. Tidak ada sesiapa pun dalam UMNO yang berminat untuk mendengar amanatnya. Mereka yang di luar parti pula sudah hilang keyakinan dengan agenda reformasi Abdullah. Hishammuddin dan kerisnya Sehari sebelum itu dalam perhimpunan Pemuda UMNO, Hishammuddin Hussein secara kurang bijak telah menjadikan dirinya tumpuan ramai dengan keris yang dihunusnya. Sebagai elit politik yang berpendidikan Barat, Hisham sentiasa tertekan untuk membuktikan keMelayuannya. Dan panggilan pondan oleh rakan sejawatannya dari PAS mungkin memaksa beliau menggunakan kata-kata ugutan dan keganasan untuk membuktikan kepimpinan Melayunya. Perbuatan Hisham menghunus keris dipakejkan dengan "Agenda Melayu" dan suara mahu menghidupkan kembali Dasar Ekonomi Baru (1970-1990), di mana Mahathir telah melembutkan nadanya dengan Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kemudiannya Dasar Wawasan Negara (2001 dan seterusnya). Pada saat itu, suara Abdullah sudah tenggelam. Semua perwakilan di perhimpunan agung Julai 2005 menyanyikan lagu perkauman yang sama seolah-olah UMNO kembali ke zaman gemilangnya pada dekad 1970-an. Ia menjadi detik permulaan kejatuhan merudum bagi Abdullah, agenda beliau dan kawalannya terhadap parti. Mengimbas kembali, mesyuarat tertutup yang saya hadiri di Port Dickson itu telah menjadi satu pertemuan yang amat penting yang akan saya jelaskan dalam bahagian terakhir rencana ini minggu depan. – Roketkini.com Untuk rujukan, sila lihat http://roketkini.com/2012/01/30/membedah-grand-design-mahathir-oleh-liew-chin-tong/ Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP |
Selangor Sokong Pusat Rombak Akta Pengurusan Air Posted: 07 Feb 2012 05:02 AM PST Oleh TV Selangor SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyokong pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang telah digubal untuk memberi laluan kepada Kerajaan Pusat untuk memperbaiki peraturan yang lebih baik terhadap perkhidmatan air serta penyediaan infrastruktur air. Tindakan Pusat tersebut secara langsung mengakui kelemahan penswastaan yang sehingga kini gagal menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur air yang berkualiti pada kos yang munasabah kepada pengguna. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya menyokong supaya penyusunan semula industri perkhidmatan air sebagaimanan tindakan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB). PAAB mengambil alih aset air milik kerajaan negeri Selangor yang bernilai lebih daripada RM12 bilion dan selepas itu menyerahkan operasi perkhidmatan air kepada sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri. Katanya, SYABAS tidak sesuai dikekalkan sebagai pengendali perkhidmatan air di negeri ini kerana ia telah gagal memenuhi obligasinya di bawah perjanjian konsesi. Ini termasuk pengurangan peratusan air tidak berhasil (NRW), kegagalan mengadakan program penggantian paip secara mantap dan berterusan, pengumpulan dana awam secara tidak sah menerusi Tabung Budi dan kegagalan bekerjasama dengan juruaudit yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. "Akaun SYABAS yang telah diaudit pada 31 Disember 2010 menunjukkan bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan. Malah, syarikat induk SYABAS, Puncak Niaga Holdings Berhad dalam kedudukan teknikal PN17, tetapi diberikan pengecualian oleh Bursa Malaysia Securities dari dikategorikan sebagai PN17 dan juga diberikan sehingga 30 Jun 2012 untuk membetulkan kedudukan kewangan. "Kerajaan Negeri merasakan bahawa penyelesaian yang terpakai bagi memastikan perkhidmatan air berkualiti kepada rakyat Selangor adalah menerusi penstrukturan semula sektor perkhidmatan air di mana PAAB memiliki dan mengembangkan aset air manakala syarikat milik penuh Kerajaan Negeri menguruskan perkhidmatan air. "Kerajaan Negeri telah bersedia untuk menggunapakai WSIA dan sekarang menunggu Kerajaan Pusat membuat keputusan yang professional atas kepentingan rakyat 5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya." kata beliau menerusi satu kenyataan media hari ini. |
MB Selangor: Negara Berkebajikan Tidak akan Bankrap Posted: 07 Feb 2012 04:57 AM PST Oleh Hafizan Taib BATU CAVES : Negara Berkebajikan yang diamalkan Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Selangor bankrab kerana di urustadbir secara berhemah dan tidak melibatkan amalan rasuah, salahguna kuasa dan amalan kroni sebagaimana yang dilakukan oleh BN Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan Selangor tidak menghadapi masalah ekonomi biarpun Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan mengutamakan kepentingan rakyat dengan menjaga kebajikan serta menyalurkan bantuan secara berterusan dan konsisten. Sebaliknya dengan pentadbiran penuh berhemah dan kebertanggungjawaban, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan sejak PR mengambilalih pentadbiran negeri Selangor. Beliau berkata, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan mengalami masalah ekonomi dan bangkrap sekiranya PR mengambilalih pentadbiran negara dengan mempraktikkan "negara berkebajikan" adalah tidak benar. "Apabila kita mentadbir Selangor, kita bagi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat Selangor. Kita bagi peruntukan pendidikan, RM16 juta bukan sekali tetapi setiap tahun untuk sekolah yang tidak dibantu Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kita ada program warga emas, khairat kematian kepada semua rakyat Selangor tak kira bangsa dan agama malah tak kira fahaman politik pun," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam di sini semalam. Abdul Khalid mengulas kenyataan Najib ketika lawatannya ke Klang Ahad lalu yang mengatakan negara akan menghaadapi masalah ekonomi atau bangkrap sekiranya pentadbiran kebajikan diamalkan apabila PR mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Beliau berkata, sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri ditadbir PR telah membuktikan pentadbiran dengan menjaga kebajikan rakyat tidak akan memberikan masalah terhadap Selangor dan negeri itu tidak akan menjadi bangkrap. Turut hadir, Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu Thian Khiew; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Naib Presiden PKR, N Surendran. Dalam majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri untuk Peruntukan Sekolah Tamil seluruh Selangor sebanyak RM1.03 juta, Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam (RM770,000) dan Peruntukan Pembinaan Bangunan SRJK(T) Ladang Coalfields Sungai Buloh (RM1 juta). Menteri Besar turut menjelaskan Kerajaan Negeri telah melaksanakan banyak program kebajikan bagi rakyat Selangor melibatkan peruntukan lebih RM500 juta. "Persoalan yang ditanya rakyat Selangor dengan kebajikan diberikan Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang, Adakah Selangor bangkrap? Jawapannya tidak. Jawapannya lebih baik. Sebelum kita mentadbir Selangor, rizab kita hanya kurang RM400 juta dan sekarang masuk tahun keempat kita sudah kumpulkan lebih RM1.9 billion. Empat kali ganda lebih besar. Jadi kalau Najib kata negara kebajikan maka negara bangkrap, itu kerana tak tahu mentadbir," katanya. |
Gerakan Pelajar: Cebisan sejarah yang hilang Posted: 07 Feb 2012 04:50 AM PST Hampir sahaja saya melintasi tarikh akhir untuk menghantar artikel bagi minggu ini. Sedikit sukar kerana akses internet dan komputer yang terhad. Memasuki bulan ketiga selepas 17 Disember 2011, saya masih belum mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Masih menumpang dan tiada aturan hidup yang tetap. Apa lagi kemudahan yang boleh membantu gerak kerja seperti internet dan komputer. *Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). |
Ulamak yakini PAS kekal di Kelantan Posted: 07 Feb 2012 04:42 AM PST Yaakub Dasan RANTAU PANJANG: Gelombang merah, bantuan rakyat 1Malaysia (RM500) dan baucar buku (RM200) yang dieksploitasikan sepenuhnya Umno Kelantan dianggap belum mampu menarik perhatian rakyat. Malah bagi Dewan Ulamak PAS Kelantan selagi kepimpinan parti itu tidak berpecah seperti tahun 1973 ketika PAS menyertai gabungan Barisan Nasional (BN), kerajaan PAS di Kelantan akan terus bertahan. Ketuanya, Dato' Muhamed Daud Iraqi berkata, dua lagi faktor yang perlu diambil kira iaitu penipuan dalam daftar pemilih dan tahap sokongan rakyat di bawah. "Selagi tiga faktor itu tidak berlaku, PAS diyakini akan terus mentadbir Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. "Lagi pun sekarang kepimpinan PAS di Kelantan bertambah kukuh. Insya-Allah kita akan terus menang dengan majoriti selesa," katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidurrasul di Markas PAS Rantau Panjang, di sini malam kelmarin. Sebelum ini Umno membayangkan mampu merampas Kelantan pada PRU-13. Malah mereka mensasarkan dapat menawan 23 kerusi Dun. Ketika datang ke Kelantan baru-baru ini Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membayangkan sekali lagi Umno dapat merampas Kelantan. Kenyataan seperti itu diulang-ulang sejak Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Umno Kelantan. Ia diulang pula Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Najib. Pada pilihan raya umum 2004 Umno dan BN berjaya memenangi 21 kerusi Dun. Dun Kelantan mempunyai 45 kerusi. Kemenangan tersebut dilihat kerana faktor Abdullah dan kejayaan memanipulasi daftar pemilih. Bagaimanapun sekarang faktor Abdullah sudah tidak wujud lagi, sebaliknya keperibadian Najib dilihat pelbagai pihak tidak mampu melonjatkan semula kedudukan Umno. Sementara itu dalam perkembangan lain krisis dalaman antara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak mampu lagi disembunyikan. |
Pakatan Johor ‘pikat’ Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang Posted: 07 Feb 2012 04:40 AM PST KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan "perbincangan serius" dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu. Pembangkang di Johor menjangkakan akan meraih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi. The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin (gambar), Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan. Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai "perbincangan serius" dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang. "Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau," katanya. "...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor." Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti. "Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN," katanya. Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian ke Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu. Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin. Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi. Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor. "Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini," katanya. Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia "berhijrah" ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti. Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu. "Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin. "Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan. Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990. |
KITA pecat dua pengerusi negeri Pulau Pinang, Kedah Posted: 07 Feb 2012 04:00 AM PST KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) hari ini memecat dua orang pengerusi negeri kerana melanggari disiplin parti. Pemecatan pengerusi negeri Pulau Pinang Tan Tee Beng dan penegrusi Kedah Zamil Ibrahim adalah dengan serta merta, mengikut kenyataan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin KITA, Wan Hasemah @Wan Norjam Wan Sulaiman. Tan juga dilucut keahliannya dari jawatankuasa pusat parti tersebut. MP Nibong Tebal yang bertanding atas tiket PKR telah keluar parti tersebut dua tahun lalu dan menjadi MP bebas seketika sebelum memasuki KITA. "Jawatankuasa Disiplin Parti Kita dalam mesyuaratnya pada semalam telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Pengerusi Cawangan Pulau Pinang, dan Pengerusi Cawangan Kedah, Zamil Ibrahim. Namun begitu, menurut Wan Hasemah, kedua-dua mereka boleh membuat rayuan kepada jawatankuasa eksekutif pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari. Dalam satu kenyataan berasingan oleh ketua informasi KITA, Mohamed Mazlan Abdul Manaf, berkata pemimpin parti selain presidennya Datuk Zaid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan pada hujung bulan ini. Perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan tindakan berkenaan keputusan Zaid untuk membubarkan KITA. "Sekiranya parti bebas daripada unsur yang tidak dikehendaki dan ada jalan penyelesaian selain membubarkan parti, itu adalah pilihan jalan penyelesaiannya," kata Mohamed Mazlan. "Namun begitu, sekiranya pimpinan parti merasakan membubarkan parti adalah cara terbaik, maka keputusan itu juga akan dibuat," tambah beliau. Khamis lepas, Zaid berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luarbiasa ekoran laporan para ahlinya di Kedah dan Pulau Pinang menyerang Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka, "menjadikannya jelas mereka tidak berminat terhadap isu sebenar dan bertujuan memalukan pembangkang." Beberapa pemimpin negeri telah mengadakan sidang media menolak keputusan Zaid untuk membubarkan Kita, malah menuntut Zaid meletak jawatan kerana kenyataannya itu "tidak bertanggungjawab" dan "tidak berprinsip." Zaid, yang merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli Umno menyertai PKR pada pertengahan 2009. Beliau kemudiannya menubuhkan parti KITA selepas keluar daripada PKR atas alasan pembangkang gagal merebut jawatan timbalan presiden. Parti yang berusia dua tahun itu bergolak selepas ahlinya menentang kepimpinan Zaid yang kelihatan pro-PR. Zaid turut mengumumkan KITA tidak akan bertanding merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang dan berjanji akan menawarkan bantuan kepada pembangkang. Pemimpin di Kedah, Selangor and Johor mendesak Zaid meletak jawatan dan mahukan Datuk Hasan Ali mengetuai parti berkenaan. Bekas exco kerajaan negeri Selangor itu bagaimanapun membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Jati bagi mempertahankan Islam, bangsa Melayu, dan institusi diraja yang menegaskan badan berkenaan merupakan "kuasa ketiga" yang akan menetukan pemerintah akan datang. Malah, Hasan turut menolak pelawaan pemimpin negeri KITA untuk menggantikan Zaid dengan alasan matlamat dan perjuangan parti tersebut tidak selari dengannya. |
RM1 bilion dibelanjakan untuk DUN Pantai Manis Posted: 07 Feb 2012 03:58 AM PST MALAYSIA KINI Kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan bagi Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis sejak 15 tahun lepas, kata wakil rakyatnya, Datuk Abdul Rahim Ismail.Beliau berkata peruntukan yang besar daripada kerajaan persekutuan dan negeri, membawa manfaat yang besar kepada rakyat, terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman dan nelayan di kawasan pantai yang berhampiran. Abdul Rahim berkata ini termasuk pembinaan sekolah, menaik taraf Hospital Papar, bantuan kepada orang miskin dan nelayan, pengindahan bandar Papar selain prasarana asas yang lain. Ini, katanya, membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk menjaga kesejahteraan penduduk Pantai Manis. "Nyatalah peruntukan yang besar itu melenyapkan tanggapan bahawa kerajaan BN tidak berbuat apa-apa bagi manfaat penduduk Pantai Manis," katanya kepada Bernama, di Papar hari ini. Menyuarakan puas hati dengan kelancaran pelaksanaan projek pembangunan di kawasan berkenaan, Abdul Rahim, bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata perancangan lebih besar sedang diatur untuk terus memajukan Pantai Manis sebagai hab kecil pendidikan di masa depan. Beliau berkata tanah seluas kira-kira 48 hektar berdekatan pantai di Pantai Manis telah dikenal pasti untuk tujuan itu. "Kami harap suatu hari nanti Pantai Manis akan muncul sebagai hab kecil pendidikan bagi kawasan pedalaman bawah di Sabah. Kami ingin melihat kampus cawangan universiti dan kolej turut dibangunkan di sini. "Ini adalah wawasan saya bagi penduduk Pantai Manis," katanya. Abdul Rahim berkata perancangan turut dibuat untuk membangunkan kawasan seluas 40 hektar berhampiran tapak hab kecil pendidikan yang dicadangkan itu merangkumi pelbagai bentuk projek perumahan demi manfaat rakyat. "Kami akan cuba berbincang dengan Petronas mengenai cara merangka strategi untuk melaksanakannya. Jika projek ini menjadi kenyataan, saya percaya ia bakal menukar wajah kawasan pantai di Pantai Manis sebagai sebuah destinasi pelancongan beserta hab pendidikan yang baru," katanya, dan menambah ini adalah bagus buat penduduk Pantai Manis daripada segi limpahan faedah. Abdul Rahim berkata beliau yakin kerajaan BN, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengilhamkan konsep 1Malaysia, akan menunaikan janji, termasuk memajukan lagi kawasan Pantai Manis. |
Pemuda PAS mahu k'jaan juarai kempen anti Hari Kekasih Posted: 07 Feb 2012 03:56 AM PST MALAYSIA KINI Pemuda PAS hari ini menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada minggu depan atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.Timbalan ketuanya Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari, lapor dpa. Pada 2005, pihak berkuasa agama memutuskan Hari Kekasih tidak bersesuaian dengan Islam ekoran tingkah laku berkaitan pada hari itu serta mempunyai elemen Kristian. "Saban tahun, kami menyertai perbagai NGO Islam untuk menyampaikan kesedaran bahawa merayakan Hari Kekasih bertentangan dengan Islam," anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu dipetik sebagai berkata. |
Laporan polis dibuat isu pemecatan 2 pemimpin NUBE Posted: 07 Feb 2012 03:55 AM PST Elissa Helmy Gara-gara tidak berpuashati dengan pemecatan dua peneraju tertingginya, hari ini anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) cawangan Melaka membuat satu laporan polis. Mereka melakukan tindakan itu ekoran pemecatan naib presidennya, Abdul Jamil Jalaludeen dan Bendahari Agung, Chen Ka Fatt sebagai pekerja Maybank 31 Januari lepas. Laporan berkenaan dibuat oleh bendahari kesatuan itu, cawangan Selatan Kamarudin Bujang mewakili 1,000 ahli kesatuan itu. Menurut Kamarudin, Abdul Jamil yang bekerja di Maybank cawangan Pulau Pinang dan Chen di cawangan Ipoh Perak itu dipecat atas kesalahan memegang sepanduk di luar bangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, tahun lepas yang disiarkan di laman sesawang kesatuan itu. Bagaimanapun, katanya pemecatan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan ia bertentangan dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Beliau berkata setiap ahli NUBE dilindungi oleh akta tersebut dan mereka berhak mengadakan piket sekiranya menghadapi pertikaian perusahaan sehingga gagal menemui jalan penyelesaian terbaik. "Alasan pemecatan itu tidak relevan, kejadian itu telah lama berlaku dan mereka dipecat hanya kerana gambar mereka sedang berpiket bagi memperjuangkan tuntutan 80 bulan bonus prestasi pekerja Maybank sejak 10 tahun lepas. "Jadi kami anggota NUBE di seluruh negara iaitu seramai 30,000 berharap pemecatan itu dapat ditarik semula. "Kami berharap satu rundingan dapat dilakukan dengan kadar segera bagi menyelesai segala masalah sedia ada," katanya ketika ditemui di Balai Polis Banda Hilir, di sini. Setakat ini, menurut Kamarudin, aduan sudah dibuat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Ia dilakukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dihadapi pekerja Maybank bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan diambil. |
Siasatan peringkat akhir, Shahrizat mungkin dipanggil Posted: 07 Feb 2012 03:32 AM PST MALAYSIA KINI Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu projek lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas kini sudah memasuki peringkat akhir. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (bawah) memberitahu Malaysiakini, hasil siasatan akan dikemukakan dalam masa terdekat untuk diteliti Peguam Negara. "Siapa juga yang dapat membantu siasatan akan diminta memberi keterangan," katanya. Menurutnya lagi, kes itu disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 melibatkan kes salah guna kuasa, jika ada. Sementara itu, menyentuh keperluan memanggil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membantu siasatan, Mustafar berkata ia hanya akan dilakukan "jika diperlukan". Isu NFC muncul apabila apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. |
PM akan disaman RM55 bilion dalam Tamil, BM Posted: 07 Feb 2012 03:17 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan. Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis. Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia. Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta. "Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini. |
Pejabat Pelajaran Kelantan Berkempen Untuk Umno? Posted: 06 Feb 2012 09:36 PM PST MSO Politik sistem demokrasi seperti yang diamalkan di negara ini tidak menghalang mana-mana parti siasah berkempen untuk tujuan menarik perhatian umum. Kempen dalam pelbagai bentuk itu dibenarkan selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang. Demokrasi itu ada garis tegaknya tersendiri yang harus dihormati. SPR badan yang mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini juga ada peraturan dan kuasa yang diberikan kepadanya. SPR boleh membatalkan mana-mana individu yang mengambil bahagian dalam pilihan raya sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang atau akta tertentu. Ertinya kebebasan dalam demokrasi masih ada batasnya. Hal-hal yang boleh memudaratkan orang lain ataupun membabitkan hak kepentingan awam, hak kerajaan, pencabulan hak rakyat tidak dibenarkan sama sekali. Tetapi nampaknya peraturan itu tidak dipedulikan. Lagak sesetengah pihak laksana Orang Asli yang masih buta mengenai kanun tanah Kelantan yang beranggapan ada istilah Tanah Adat di Kelantan. Ia terus berlaku dan berlaku dan pihak yang suka mencabulinya semacam sudah menjadi habit buat mereka. Kalau mereka tidak mencabuli undang-undang, merosakan hak awam, menyalahgunakan dana rakyat seolah-olah mereka tidak akan senang. Kehidupan mereka seharian tidak ada makna kalau tidak berbuat jahat. Melakukan kesalahan itu sudah dianggap membuat kebaikan! Menyentuh soal menyalahgunakan kepentingan awam dan hak kerajaan ini saya hendak menyebut fasal bentuk kempen dilakukan oleh UBN Kelantan untuk memastikan parti itu merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang. Perkara paling jelas dari dulu sehingga sekarang, (dan akan berhenti [mungkin] selepas kerajaan digerakkan atas mitos UBN berakhir), ialah tentang mengeskploitasikan guru-guru untuk membantu Umno. Tindakan zalim mengeksploitasikan ini bukan perkara baru tetapi ia adalah tradisi berterusan sejak tahun 1960 lagi. Antara punca kenapa mutu pendidikan Kelantan merosot kecuali sekolah SAR ialah kerana wujudnya politiking 'mengrimau' dalam pendidikan. Iya... guru ada hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan untuk menyokong mana-mana parti siasah dan kumpulan. Tetapi guru tidak boleh dipergunakan begitu saja. Menghalang kebebasan guru merupakan satu kezaliman. Demikian menjadikan guru sebagai keldai adalah sesuatu yang jelek. Guru adalah warga pendidikan yang seharusnya disuci jiwa dan pemikirannya. Kalau guru sudah dibacuhi dengan kenodaaan macam mana ia boleh melahirkan generasi didikannya yang bersih. Harapan terlahirnya generasi yang berintgriti, berwawasan dan bersih tidak akan terjamin kalau ianya dididik dan diajar oleh guru-guru yang dipasak dengan doktrin dan mitos bahawa Umno lah segala-galanya. Kalau silibas ini tidak diperbetulkan lama-lama genarasi akan datang akan lahir dari sekolah dengan berwajah Umno yang sudah dibenci itu. Mereka boleh berpolitik...tetapi asalkan mengikut peraturan dan rukun-rukunya. Batas mindanya tidak boleh disekat apa lagi dipaksa agar menerima satu idealogi sahaja. Malangya hakikat ini tidak difahami atau sengaja tidak mahu difahami oleh pihak atas yang mentadbir para guru. Guru di Malaysia bernasib malang kerana mereka disogok agar menerima satu ideologi. Guru di Malaysia dibenarkan menulis dalam dakwat biru, manakala dakwat lain diharamkan. Mereka dijadikan lembu yang dicucuk hidung kemudian ditarik. Adalah kesilapan kepada pihak diberi mentadir dan mengurus guru – dalam soal ini Jabatan Pelajaran Kelantan. Kesalahannya dari peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehinggalah Pejabat Pendidikan Negeri. Kandati mereka boleh perlakukan begitu tetapi bukan semua guru sedia dan sanggup menjadi pandir. Ingat kita boleh menarik dan memaksa kuda ke tepi pantai tetapi kita tidak boleh memaksanya meminum air laut. Kalau kita terus memaksanya tidak mustahil si kuda itu akan menendang kita menyebabkan kita boleh terpelanting ke dalam laut. Pengekspoloitasi warga guru ini dan sekaligus kebaculan pihak pengurus guru Pejabat Pendidikan Kelantan mengikut para desparador politik semakin menjadi-jadi. Guru-guru mahu dijadikan ahli Umno secara terhormat. Mereka memaksa guru menerima doktrin mereka agar membenci Pakatan Rakyat dan memberi tahu murid dan ibupaba bahawa hanya Umno yang terbaik. Barang kali Umno alpa bahawa cikgu ada otak dan mindanya sendiri. Apa yang saya terima ini mendedahkan kebusukan Jabatan Pelajaran Kelantan. Betapa Pejabat Pelajaran Kelantan telah menyalahgunakan kuasa dan memperalatkan guru-guru agar menerima doktrin busuk Umno. Pejabat Pelajaran Kelantan telah menjadi perkakas Umno yang jelas dan nyata. Maklumat yang saya terima ini terang sekali akan kebabrukan Pejabat Pelajaran Kelantan. Saya berharap ada penafian selepas ini agar apa yang didedahkan tidak benar dan palsu semata-mata. Wibawa PPK perlu dijadi agar ia terus disanjung. Kalau ia benar wajarlah Pengarah Pelajaran Kelantan melepaskan jawatan kerana beliau jelas menjadi kuda lumba kepada Umno. Seorang pegawai kerajaan perlu tegas dan bertanggungjawab kepada tugas yang diamanahkan bukan kepada mana-mana pihak. Gaji dan segala macam elaun yang mereka terima adalah wang rakyat bukan wang Umno. Pada 15 Januari2012 jam 8:00 pagi telah diadakan satu majlis yang dinamakan "Majlis Taklimat Profesional". Ianya dilangsungkan di pejabat Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan yang terletak bersebelahan dengan Penjara Pengkalan Chepa. Taklimat itu disampai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindusterian (MITI) Mustapa Mohamad yang juga merangkap Pengerusi Umno Kelantan. Majlis itu berakhir selepas makan tengah hari dan satu resolusi dibuat. Kehadiran Mustapa itu tidak ada kaitan langsung dengan dunia pendidikan kerana kebanyakan yang dipanggil ialah ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengan dan Sekolah Rendah seluruh Kelantan. Apakah yang hendak ditaklimatkan oleh Mustafa kepada guru-guru berkaitan aspek itu? Bidang yang dipakari Mustapa bukan pengurusan Islam tetapi pengurusan ekonomi. Majlis itu turut sama hadir ialah Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussein Awang dan Ketua Sektor Pendidikan Mohamada Abdul Ghani. Kedua-dua mereka ikut memberi taklimat. Atucara majlis itu ialah mengenai taklimat pendidikan Islam oleh Husein Awang dan Muhamada Abdul Ghani diikuti dengan sessi berintraksi dengan Mustapa Mohamad. Majlis itu masih boleh dikira tidak melampau kalau setakat Pengarah Pelajaran dan Mustapa Mohamed diminta memberi taklimat mengenai pengurusan dan serba ringkas mengenai perkembangan ekonomi negara dan hal ehwal perdagangan dan industeri. Tetapi keadaan menjadi agak melampau dan menjelaskan program itu untuk kepentingan politik Umno Kelantan apabila para peserta dibekal dengan beberapa bahan kempen seperti buku dan Vcd. Antara buku-buku yang dibekalkan ialah memburuk Nik Aziz dan Vcd pula siri soal jawab dengan bekas Exco Selangor yang dipecat Pas, Hasan Ali alias Hasan Akidah. Apakah keperluan bahan-bahan itu semua dengan hubungan taklimat profesional itu? Apakah buku yang memburuk Nik Aziz dan soal jawaban Hasan Akidah itu yang memburuk Pas ada kena mengena dengan penigkatan pengurusan pendidikan Islam di Kelantan? Apakah akidah guru-guru dibawah tadbiran Hussein Awang juga rosak akidah dan memerlukan mereka mendengar celoteh dan bual berbusa air liur basi Hasan Akidah? Apa yang berlaku ini mendedahkan keburukan dan salah guna kuasa dan peruntukan kerajaan. Tentunya wang untuk mengajur majlis itu wang kerajaan, wang rakyat. Sepatut ianya diguna untuk kepentingan rakyat dan pendidikan. Tetapi bila mana ia diselit dengan bahan-bahan kempen ia telah menyalahgunakan wang awam untuk kepentingan politik Umno. Saya tidak hendak katakan Umno Kelantan khasnya kini terdesak dengan prgoram itu. Tetapi kalau melihat kepada keadaanya sampai guru-guru Panitia Pendidikan Agama pun disondolkan dengan bahan-bahan kempen yang tidak bermaruah dan penuh provokasi itu, apakah nama yang boleh kita berikan. Beruk ke apa? Atau lembu gemuk? Kita berharap Pengarah Pelajaran Kelantan Hussein Awang menjelaskan perkara ini dengan tuntas. Kalau beliau menerima jawatan itu atas kepentingan anak bangsa beliau harus perbetulkan tindakan yang jelek dan jijik itu. Jika beliau gagal menjelaskan relevannya majlis itu maka jelas Jabatan Pelajaran Kelantan telah menjadi satu lagi komponen BN yang rasmi di Kelantan. Jika saya sebagai Pengarah PPK saya akan melepaskan jawatan apabila kerja buruk saya terdedah kepada umum. Saya tidak mahu akan disumpah dan dihina sampai ke padang Mahsyar. |
Posted: 06 Feb 2012 09:35 PM PST AANTARA POS.COM KUALA SELANGOR : Polis menembak mati tiga daripada empat penjenayah warga Indonesia di Jalan Parit Mahang di sini, awal pagi tadi. Terdahulu penjenayah terbabit menyamun sebuah rumah di Kampung Berkat, lima kilometer dari tempat kejadian kira kira jam 3 pagi. Mangsa diikat dan dicederakan. Sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, polis yang menjalankan rondaan terserempak dengan kenderaan dinaiki penjenayah-penjenayah terbabit. Polis mengejar kenderaan itu sejauh tiga kilometer sebelum penjenayah tumpas di lokasi kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, seorang suspek cedera dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. |
Tabung Haji Perkemas Sistem Data Jemaah Posted: 06 Feb 2012 09:30 PM PST ANTARA POS.COM YAN : Lembaga Tabung Haji (TH) sedang memperkemaskan sistem pangkalan data pengurusan jemaah haji untuk menambah baik sistem pengkomputerannya supaya dapat mengatasi kelemahan sedia ada. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah itu diambil sebagai usaha mengekang aktiviti sindiket 'haji ekspres' yang semakin berleluasa. "Data TH sedang dikemaskini dan kes ini bukan kes baru... kes ini sejak tahun 2010 dan sebab itu sekarang ia di peringkat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Jerai di Guar Chempedak dekat Yan semalam. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar yang mendedahkan punca berlakunya sindiket 'haji ekspres' berikutan faktor sistem pangkalan data pengurusan jemaah haji yang lemah sehingga memberi ruang dan peluang berlakunya penyelewengan serta rasuah. Katanya siasatan pada peringkat TH telah dibuat dan tindakan telah diambil terhadap kakitangan TH yang terlibat dalam kegiatan itu namun keputusan keseluruhan berhubung isu tersebut bergantung kepada siasatan penuh SPRM. Jamil Khir berkata kegiatan sindiket 'haji ekspres' itu tidak menjejaskan imej TH, malah keuntungan pada tahun ini meningkat sebanyak enam peratus. "Sebabnya ini bukan penyelewengan tetapi ini merupakan penipuan orang yang nak pergi haji cepat jadi nasihat saya siapa yang nak pergi haji cepat kena sabar," katanya. Turut hadir pada majlis itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gurun Dr Leong Yong Kong. Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata beliau melihat sokongan masyarakat Cina di negeri ini terhadap Barisan Nasional semakin meningkat menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gaya transformasi jujur dan ikhlas. Pada majlis itu, Jamil Khir bersama Chor menyampaikan peruntukan berjumlah RM190,000 kepada masyarakat Cina di kawasan Parlimen Jerai untuk kegunaan aktiviti sukarela dan keagamaan serta untuk penambahbaikan sekolah-sekolah mereka. |
Rasuah, salah guna kuasa UMNO-BN gagal makmurkan Malaysia Posted: 06 Feb 2012 09:27 PM PST Roketkini.com RAWANG: Rasuah dan salah guna kuasa yang meruncing oleh beberapa kerat pemimpin negara adalah punca utama Malaysia yang sepatutnya kaya raya tidak dapat memberi kebajikan kepada rakyatnya. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, projek-projek yang dijalankan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kerap melambung tinggi kosnya, langsung menjadi punca berlaku masalah ekonomi Malaysia. "Kalau projek RM10 juta, dia buat (jadi) RM40 juta. Itu sebab Malaysia yang kaya raya tidak dapat buat program kebajikan," katanya di hadapan lebih 10,000 hadirin di majlis sambutan Tahun Baru Cina Selangorku di sini semalam. Turut hadir adalah exco-exco kanan kerajaan negeri termasuk Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor Ronnie Liu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Selangor Datuk Teng Chang Khim. Merujuk kepada Selangor, Khalid menjelaskan dasar kebajikan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kerugian, jauh sekali dari bankrap. Malah, katanya, program tersebut berjalan sangat lancar sehinggakan telah memperuntukkan lebih untuk kebajikan rakyat. "Pada 2007 kerajaan (BN) Selangor telah belanja RM500 juta…Tak bankrap pun, Sekarang kita juga belanja untuk rakyat tapi kita sudah ada wang simpanan RM1.9 juta, empat kali ganda lebih baik," katanya. Khalid berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya program kebajikan oleh Pakatan Rakyat sangat sukar dilaksanakan dan ianya akan membankrapkan negara. Justeru beliau berkata jika Najib tidak mampu melawan rasuah dan memberi kebajikan kepada rakyat, Pakatan Rakyat yang akan menggantikan parti pimpinannya untuk menjaga kebajikan negara. "Saya harap rakyat bersama-sama exco-exco (Selangor) bangun bekerjasama dan kuatkan kerja agar rakyat Selangor sentiasa mendapat hasil," katanya. – Roketkini.com |
Pakatan Selangor berjaya tunaikan janji kepada rakyat- Khalid Posted: 06 Feb 2012 09:24 PM PST KEADILAN DAILY IJOK : Kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat tanpa mengira waktu dan bukan sekadar mengambil hati sempena pilihanraya umum sepertimana yang dilakukan kerajaan Umno-BN. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan memperuntukkan dana jutaan ringgit untuk kemudahan rakyat, sejak memegang tampuk kerajaan negeri pada 2008. "Setiap tahun semenjak 2008, kita memperuntukkan dana lebih daripada RM16 juta kepada sekolah persendirian Cina, Tamil dan Agama Rakyat yang sebelum ini tidak dihiraukan oleh Barisan Nasional selama berpuluh-puluh tahun. "Ini bukti bahawa kita telah dapat jalankan tugas dan menunaikan janji-janji kita kepada rakyat," ujar Abdul Khalid. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Sambutan Pesta Ponggal Peringkat DUN Ijok yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chi Batang Berjuntai. Selain itu, Khalid turut memberitahu kerajaan Pakatan turut membawa banyak perubahan dalam pentadbiran negeri, antaranya dari segi pembangunan ekonomi dan sosial. "Sebelum ini tidak pernah kita berpeluang menggunakan Sekolah Tiong Hua untuk sambutan perayaan Ponggal. Tapi kini kita sudah berpeluang. "Inilah antara bukti bahawa kita telah bawa perubahan dalam minda tiap-tiap rakyat," jelas Khalid lagi seperti dilaporkan TV Selangor. Majlis yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri lebih 500 orang pengunjung selain kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang lain iaitu EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli |
Gabungan Hentikan Lynas sokong himpunan besar 26 Febuari Posted: 06 Feb 2012 09:21 PM PST KEADILAN DAILY KUANTAN : Gabungan Hentikan Lynas menyokong sepenuhnya Himpunan Hijau yang akan diadakan secara besar-besaran pada 26 Febuari ini, kata pengerusinya, Andansura Rabu. Katanya, himpunan berkenaan bertujuan menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan untuk memberhentikan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter). "Maka berdasarkan hasrat rakyat untuk memberhentikan projek LAMP dan semangat solidariti kepada mangsa serta pertubuhan lain yang memperjuangkan keadilan alam sekitar, SLC mengumumkan komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada Himpunan Hijau 2.0," ujar Andansura. Menurutnya lagi, pihaknya juga akan menggerakkan 20 NGO di bawah gabungannya menyertai himpunan itu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan. Dalam kenyataannya hari ini, Andasura berkata, SLC mengecam sekeras-kerasnya sikap keras kepala kerajaan pimpinan Umno-BN yang bertindak meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas, 1 Feb lalu. Tegasnya, isu berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF) mesti diselesaikan terlebih dahulu sebagaimana yang dibantah oleh masyarakat sebaik sahaja meneliti dokumen yang dipamerkan kerajaan. "Malangnya, jelas bahawa kerajaan UMNO/BN dan agensi yang di amanahkan untuk menjaga kedaulatan tanahair tercinta ternyata telah gagal dan mengkhianati amanah yang di berikan oleh rakyat," ujarnya. SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada 9 Oktober 2011 di Kuantan. Program yang amat berjaya itu telah melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7000 penyokong. |
Zamil cabar Zaid bawa penyokong keluar Posted: 06 Feb 2012 09:14 PM PST Itu pun jika beliau ada penyokong, kata pemimpin Kedah itu. ALOR SETAR: KITA Kedah mencabar presiden parti Datuk Zaid Ibrahim membawa berama penyokong keluar dari parti itu. Bagaimanapun Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim "keluarlah bersama penyokong jika beliau ada penyokong." "Saya cabar bawa bersama penyokong setianya keluar dan sertailah mana-mana parti yang pelawa mereka. "Saya percaya ahli KITA tidak mudah tertipu atau diperkudakan. Adakah ahli Kita bodoh nak ikut pemimpin macam ini? "Saya menyeru ahli KITA di seluruh Malaysia agar bersabar sementara saya dan teman-teman menyusun strategi tertentu demi menjaga serta memperkasakan kembali KITA," katanya. Zamil mengajak ahli parti melupakan Zaid yang mengumumkan akan membubarkan KITA. Parti setahun jagung itu akan dibubar dalam dalam mesyuarat agung akan datang. |
Posted: 06 Feb 2012 09:08 PM PST |
Kalah di Selangor: Najib menghampakan pemimpin Umno negeri Posted: 06 Feb 2012 09:01 PM PST Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Apabila AS mendakwa kemenangan di Afghanistan sepuluh tahun lalu, kawasan strategik dimana AS mempunyai kawalan adalah Kabul manakala seluruh Afghanistan adalah masih dalam tangan Taliban. Namun, ini adalah sahaja yang diperlukan untuk mana-mana rejim untuk mengisytiharkan dirinya pemenang. Menakluki modal dan kawasan dimana penduduknya aktif dalam aktiviti-aktiviti daripada sosial, ekonomi dan politik. Kita semua tahu UMNO berada dalam kesukaran akibat perbalahan dalaman yang meluas dan berakar umbi. Namun, UMNO Selangor tanpa seorang ketua sepenuh masa sendiri masih mahu menawan semula negeri itu daripada pentadbiran yang sangat popular iaitu Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari PKR. Pada hakikatnya, UMNO bercita-cita untuk bukan sahaja menawan Selangor tetapi juga Kuala Lumpur, untuk meningkatkan kredibilitinya dalam memerintah negara ini kerana kedua-duanya tempat ini adalah penting dan strategik sama seperti Kabul buat Amerika Syarikat di Afghanistan. Negeri terkaya Selangor merupakan negeri terkaya dengan keluaran dalam negara kasar per kapita melebihi RM90, 000 dan merupakan negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia dengan lebih 5.5 juta orang. Komposisi etnik di negeri ini terdiri daripada Melayu 52,9%, Cina 27.8%, India 13.3%, dan lain-lain kumpulan etnik 6%. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang melantik dirinya Ketua UMNO Selangor sementara, berharap bahawa orang Melayu akan kembali menyokong parti itu, seterusnya mengurangkan kesan undi bukan Melayu yang dijangka pergi kepada Pakatan Rakyat seperti yang berlaku pada tahun 2008 . Selangor digelar sebagai pintu masuk ke Malaysia kerana lokasi yang strategik dan akses kepada semua urusan perniagaan dan laluan perjalanan. Ia adalah tempat dimana terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), titik masuk utama negara, Pelabuhan Klang, pelabuhan terbesar di Malaysia. Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan, yang terletak di dalam sempadan negeri, meningkatkan lagi kepentingan strategik Selangor. Selangor juga tempat acara sukan bertaraf dunia seperti Formula One Grand Prix dan Kejohanan Dunia Bot Kuasa F1. Selangor juga mempunyai pusat-pusat bandar yang berkembang pesat, seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sunway dan bandar lama Klang. Tempat-tempat ini mempunyai banyak kemudahan moden termasuk institusi penjagaan kesihatan, 4 universiti awam dan 21 kolej universiti swasta, pusat membeli-belah yang besar, kawasan perindustrian yang luas dan pusat-pusat rekreasi. Najib mesti memenangi Selangor Negeri-negeri lain tidak begitu penting bagi Najib seperti Selangor. Bukan sahaja menawan semula Selangor penting untuk imej sendiri dan akan tertulis dalam sejarah presiden UMNO inilah yang menuntut semula negeri ini daripada pembangkang, tetapi tanpa Selangor, tabung UMNO sudah semakin kering. Kerana ia adalah sebuah negeri yang sibuk dan strategik, kebanyakan tawaran besar Pelaburan Asing secara langsung melibatkan Selangor. Untuk kekal kaya, UMNO perlu melalui Selangor untuk mengambil tawaran yang baik untuk dikongsi bersama pemimpin-pemimpin korup UMNO. Bukan sahaja Najib berdepan dengan akaun bank UMNO yang semakin kekeringan, ketua-ketua di negeri ini akan berpaling darinya kerana gagal untuk menyampaikan apa yang mereka mahu. Najib juga yakin bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO-BN kini dengan mudah boleh dipertahankan dengan penipuan yang biasa dan membeli undi. Hanya tinggal Selangor, yang sedikit berbeza. Oleh itu, strategi yang digunakan mestilah sesuai. Usaha Najib paling dramatik di Selangor sejak akhir-akhir ini adalah untuk memaksa pemimpin UMNO yang sedang berbalah untuk menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh dirinya dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad untuk memimpin negeri ini. Walaupun individu itu bukan anak negeri atau pemimpin terkemuka disini. Tindakan ini 'diputuskan' semasa perbincangan selama3 hari pada bulan September 2011. Ya, Mahathir dan Najib - yang juga mempunyai hak untuk membahagikan di antara mereka telah memutuskan bahawa mereka mesti bekerjasama dan bertolak ansur untuk memenangi Selangor. Ini bermakna bahawa kedua-dua Noh Omar, Menteri Pertanian dan Mohd Zin, setiausaha, Selangor UMNO boleh melupakan cita-cita mereka untuk menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri. Mereka juga patut berhenti bertengkar , tetapi sedih sekali tidak. Ini adalah kerana tanpa seorang pemimpin negeri yang sepenuh masa, tiada siapa boleh memastikan atau memeriksa sama ada mereka akur. Najib tidak mempunyai masa yang cukup untuk Selangor, malahan untuk Malaysia sekalipun. Setakat yang termampu, dia akan memilih untuk bergerak dari satu lawatan rasmi yang mahal di luar negara, di mana beliau boleh berjalan di atas lantai berpermaidani mewah, mengenakan pakaian berharga RM20, 000 dan menampakkan dirinya seorang yang terhormat tetapi sebaliknya semua di tanah air ketawa dan mengkritik beliau kerana telah menjadi seorang yang hipokrit. Masih dengan cara lama yang jahat Tanpa menghiraukan kritikan, Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin telah berkempen dalam gaya tradisional UMNO yang menjanjikan bulan dan bintang-bintang, sementara menawarkan 'rasuah' dan 'barangan' kepada rakyat jika mereka memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Anda garu belakang saya, saya garu belakang kamu" atau politik "mee segera" sebagai yang diterangkan oleh Najib sendiri! Baru-baru ini semasa "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di rumah pangsa di Rimba Jaya, Najib memberi jaminan bahawa banyak masalah rakyat di bawah kerajaan Pakatan Rakyat akan diselesaikan jika BN mengambil alih pentadbiran negeri. Bagaimana dan bila tidak pula dijelaskan dengan terperinci, tidak pula beliau cuba menangani punca yang mendasari kesengsaraan Selangor, 50 tahun pemerintahan UMNO sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pada tahun 2008! Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin juga begitu sibuk di Selangor - 'membeli' undi. Pada satu majlis di Klang, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, mengumumkan peruntukan RM29mil bagi pembinaan sebuah sekolah baru. Beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM6.68 juta kepada 34 sekolah agama di Selangor. Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan berjumlah RM200, 000 kepada masjid Kampung Budiman di sini. Ini adalah taktik biasa UMNO untuk meraih undi dan rakyat sudah arif dengan janji manis, yang biasanya tidak disusuli dengan apa-apa tindakan . Paling menarik, kedua-dua Najib dan timbalannya tidak sedar akan kenyataan ini sekarang. Hari ini, sudah ada perubahan di Selangor, kontraktor UMNO sendiri enggan melampirkan salinan sijil keahlian UMNO mereka apabila mengemukakan tender mereka di Selangor yang mereka gunakan selalu lakukan sebelum ini, untuk mendapatkan layanan istimewa. Tetapi sekarang merit dan persaingan lebih diambil kira di Selangor kerana adanya ketelusan. Ianya masih banyak kekurangan tetapi secara perlahan-lahan dan sudah tentu, budaya tidak mengongkong meresap ke dalam masyarakat Selangor dan ahli perniagaan. Tidak mampu menggugat Pakatan di Selangor Pada masa yang sama, UMNO berharap bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah. UMNO telah mencuba banyak cara untuk melemahkannya sejak kehilangan negeri itu pada tahun 2008. Selepas tahun 2008 UMNO pun cuba untuk menggunakan pemimpin-pemimpin PAS Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa untuk membentuk kerajaan campuran UMNO-PAS yang akan meminggirkan PKR dan DAP. Seperti kita semua tahu sekarang - UMNO gagal. Parti nasionalis Melayu berdegil terus menjadi duri dalam daging dengan harapan bahawa ia mampu menerobos terus perisai Pakatan. Politik longkang juga digunakan walaupun mengakibatkan kematian pembantu politik Selangor, Teoh Beng Hock. Mereka cuba untuk menjatuhkan exco Elizabeth Wong dan Menteri Besar Khalid Ibrahim, menuduhnya menyalahgunakan wang negeri untuk membeli lembu untuk penyembelihan korban dan mengendalikan kereta peribadi di bawah perbelanjaan negeri. Mereka juga mengheret kepala lembu melalui jalan-jalan di Shah Alam dalam usaha untuk menaikkan kemarahan orang Melayu terhadap penganut Hindu dan dengan itu menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat, yang telah meluluskan penempatan sebuah kuil berhampiran ke kawasan Melayu. Mereka juga menuduh Khalid gagal menguruskan air dengan cekap, ini sebenarnya untuk membeli masa supaya tawaran baru kepada syarikat konsesi air SYABAS dibawah pimpinan pemimpin UMNO Rozali Ismail. Gagal Ada banyak lagi. Terlalu banyak usaha yang tidak masuk akal. Tiada telah berjaya. Malah cubaan terbaru untuk menggunakan Hasan Ali untuk menikam parti PAS dan Pakatan memakan diri sendiri. Hasan segera dipecat dan kini terbukti mendatangkan sakit kepala buat UMNO dengan ceramah liar seperti Pakatan bertujuan untuk membentuk penggabungan dengan Singapura untuk bergabung ke dalam sebuah republik. Tetapi perkara yang paling penting yang sepatutnya dilakukan, UMNO Selangor telah gagal melantik seorang pemimpin yang betul. Apa yang dibuat memakan diri sendiri. Kebenarannya adalah UMNO sebenarnya tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkelayakan memimpin negeri seperti Selangor. Tiada siapa yang mempunyai kualiti yang diperlukan. Tidak ada pemimpin UMNO sekarang boleh menang. Khir adalah kesilapan Dr M: Bagi Najib, Ezam atau Tyson Mahathir membuat kesilapan melantik Khir Toyo Menteri Besar, menggantikan Abu Hasan dalam tahun 90-an, tetapi Khir melakukan begitu banyak rasuah sehinggakan ia adalah salah satu sebab utama mengapa rakyat Selangor membuang BN pada tahun 2008. Suka atau tidak, Mahathir terpaksa belajar dari kesilapan. Dia tidak akan terlalu tergesa-gesa untuk mendengar cakap Mukhriz anak "pintar" beliau kerana Mukhriz lah yang menasihatkannya supaya melantik Khir sebagai ketua menteri Selangor. UMNO kini tahu ia mesti menyemak dengan teliti sebelum melantik pemimpin negeri Selangor yang akan datang. Adakah ia Ezam Mohd Nor, pembelot PKR yang menyertai UMNO pada tahun 2008, atau UMNO akan memutuskan untuk mengitar semula bekas orang kuat Selangor - Muhammad Muhammad Taib? Ya, ini masih hangat diperkatakan dalam UMNO Selangor. Sebenarnya Ezam mahupun Muhammad Taib atau lebih dikenali dengan Tyson adalah calon yang tepat. Malah, kedua-duanya merupakan diselubungi banyak kontroversi dan membawa imej negatif. Rakyat Selangor tidak akan berani untuk membayangkan negeri mereka menjadi bebas rasuah jika lelaki-lelaki ini berkuasa. Tetapi, Najib perlu memutuskannya dengan apa jua cara. Ia adalah sangat kritikal bagi Najib jika beliau mahu memenangi Selangor kembali. Jika dia membuat pilihan yang salah, maka dia akan dibiarkan dengan hanya satu 'jaringan keselamatan '. Menipu secara terang-terangan di peti undi, dengan kewarganegaraan-untuk-undi bagi pekerja asing yang akan berpusu-pusu ke tempat mengundi dan dibantu oleh peningkatan jumlah yang tinggi dalam anggota RELA kakitangan yang dilantik untuk menjaga negara semasa hari mengundi. Malaysia Chronicle |
Pakatan berkabung 3 tahun tumbangnya Perak Posted: 06 Feb 2012 08:59 PM PST Pakatan Rakyat Perak hari ini berkabung bawah sepohon pokok di Ipoh setelah genapnya tiga tahun pemerintahannya selepas tiga ahli dewan undangan negeri (DUN) berpaling tadah dengan keluar parti dan menyokong BN. Perhimpunan ringkas di Medan Istana, tempat mereka mengadakan 'sidang DUN' pada 3 Mac 2009 menyaksikan kesemua anggota dewan memakai pakaian hitam dan bertafakur seketika. Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan sebahagian mereka berucap, kumpulan itu melepaskan belon hitam ke langit yang menurut mereka melambangkan kebangkitan demokrasi. Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, tarikh 6 Februari akan sentiasa diingati sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia. Tiga tahun lalu, pada hari ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Umno dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru selepas istana memutuskan Nizar gagal mendapat sokongan majoriti dalam DUN. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan