Selasa, 7 Februari 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


PAS Umum Calon MB Johor?

Posted: 07 Feb 2012 06:47 PM PST

Pas: Jika PR menang, Salahuddin MB Johor

Sinar Harian

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Membayangkan hasrat itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, 'tuan punya badan' juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan kerusi mana yang akan diberikan kepada Salahudin sehingga diumumkan pucuk pimpinan parti kelak.

"Keputusan ini bukan lagi khabar angin. Memang benar dan Salahuddin akan kembali ke negeri kelahirannya untuk menguatkan Pas dan pada masa sama memberi motivasi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di selatan Semenanjung," katanya.

Mahfodz berkata, Pas akan menggunakan 33 kerusi yang dipertandingkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan sembilan di Parlimen

"Sudah tentu dia diletakkan di kawasan yang boleh dikatakan selamat, bukan 'rumah sembelihan' walaupun tidak semestinya kawasan majoriti Melayu," katanya.

Ditanya mengapa Pas Johor berminat mencalonkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu sebagai calon menteri besar, beliau berkata, Salahuddin mempunyai pengalaman untuk membantu Pas negeri itu.

"Pengalaman beliau di peringkat Pusat amat penting untuk membantu kemenangan parti ini memandangkan musuh kami, BN juga mempunyai tokoh hebat," katanya.

Ditanya apakah yang menjadi 'kayu ukur' kepada kekuatan kepada Pas di Johor, beliau berkata, undi kepada pembangkang khususnya Pas semakin meningkat pada pilihan raya umum yang lalu.

Malah beliau menyangkal dakwaan, tindakan meletakkan Salahuddin bertanding di Johor sebagai usaha meminggirkan golongan ulama.

"Tidak ada niat kami buat begitu dan ia sebenarnya tidak betul. Lagipun Salahuddin sendiri mahu menyumbang jasa dan memastikan banyak kerusi akan ditawan," katanya.

Namun nada berbeza diutarakan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau apabila beliau mengatakan isu bakal menteri besar tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.

"Saya khuatir sekiranya banyak cakap mengenai calon yang akan mengisi jawatan menteri besar boleh menyebabkan rakyat Johor melabelkan PR sebagai parti yang gila kuasa dan mahu jawatan semata-mata," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-jika-pr-menang-salahuddin-mb-johor-1.22491

Najib takut isytihar PRU13

Posted: 06 Feb 2012 11:24 PM PST


Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Najib takut isytihar PRU13

Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Menurutnya, keadaan itu turut dipengaruhi sokongan kaum Cina yang berbelah bahagi sejak akhir-akhir ini berikutan sudah tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Beliau berkata, lebih separuh masyarakat Cina yang merupakan kaum kedua terbesar di negara ini dijangka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU akan datang.

"Najib tidak berani untuk mengumumkan pilihan raya Mac ini kerana 70 hingga 80 peratus orang Cina sudah bersedia membawa perubahan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata, gelombang perubahan dalam kalangan masyarakat Tionghua itu turut berlaku di Terengganu.

Selain itu, Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, kerajaan juga dibayangi kekalahan memandangkan masih banyak isu yang perlu diselesaikan sama ada di peringkat Pusat atau negeri.

Di peringkat Pusat, skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam kalangan segelintir pemimpin BN dilihat boleh menggugat kredibiliti kerajaan sedia ada.

Di peringkat negeri, beliau turut menyentuh isu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang masih belum selesai sehingga kini.

Sedangkan, katanya, kerajaan berhabis berjuta ringgit untuk membangunkan stadium tersebut yang telah runtuh akibat binaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Selain Terengganu, beliau turut memberi keyakinan PR mampu mengekalkan negeri sedia ada, di samping menawan beberapa negeri lain termasuk merampas semula Perak.

"BN telah merampas Perak daripada PR walaupun pembangkang menang di negeri itu pada pilihan raya umum lalu dan saya percaya, PR akan dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya akan datang," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/najib-takut-isytihar-pru13-1.22299


Tiada ulasan: