DUNIACACAMARBA |
- Mati Ketika Bermain Permainan Video
- Cincin TERSANGKUT pada Zakar, Bagaimana Kejadian Itu Berlaku?
- [Video] Wanita PANIK Rempuh Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi
- Baju Berdarah dan Cincin Perkahwinan Ghadafi untuk Dijual
- Kerana Cemburu, Lelaki Langgar Kereta Isteri 40 Kali
- Benarkah Makan MAJUN Merapuhkan@ Meretakkan Tulang?
- Hasan Ali Bakal Presiden Parti KITA?
- [Gambar] Ahli Politik Belgium Guna Anak Pakai Bikini dan Burka HINA Islam
- Fitnah Raba: Lim Guan Eng Buat Laporan Polis terhadap PopeGomo, Pisau, UMNO-Online
- [Video] Walaupun Didesak Kabinet, Parti, Shahrizat Enggan BERUNDUR
- Lelaki Bunuh dan Makan Otak Mangsa
- Parlimen BUBAR Minggu Depan?!!
- Noh Omar AKUI "Perjuangan" Hasan Ali Sealiran UMNO
Mati Ketika Bermain Permainan Video Posted: 04 Feb 2012 07:45 AM PST Berita AFP melaporkan seorang lelaki maut ketika bermain permainan video di sebuah kafe internet. Biarpun begitu kejadian itu tidaklah begitu mengejutkan kerana kes yang sama pernah berlaku di tempat lain. Yang menghairankan, berpuluh-puluh orang lain terus leka bermain permainan video selama beberapa jam tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang duduk berhampiran dengan mayat, kata polis, semalam. Mangsa dikenal sebagai Chen Rong-yu berusia 23 tahun, masuk ke sebuah kafe internet di bandar New Taipei malam Selasa lalu. Seorang pelayan mendapati lelaki itu sudah tidak bernyawa namun masih duduk di kerusi permainan video sambil mendepangkan tangan pada malam berikutnya, kata polis. Pelayan itu memberitahu pihak berkuasa, kali terakhir dia melihat mangsa bercakap adalah pada tengah hari Rabu apabila berbual dengan telefon. Hal ini bermakna, mayat lelaki itu duduk di kerusi selama sembilan jam tanpa disedari 30 pengunjung lain. Satu siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung kerana keadaan dalam kafe yang agak sejuk. Siasatan juga menunjukkan dia bermain permainan video itu selama 23 jam. Chen bermain permainan yang diberi nama 'League of Legends.' Keluarganya memberitahu penyiasat bahawa dia sudah menjalani rawatan masalah jantung pada September lalu. Polis pula mengesyaki beberapa faktor menjadi punca dia diserang sakit jantung selain keadaan sejuk, keadaan keletihan dan kurang bergerak boleh menyebabkan darah beku seterusnya angin ahmar. -DCM |
Cincin TERSANGKUT pada Zakar, Bagaimana Kejadian Itu Berlaku? Posted: 04 Feb 2012 05:57 AM PST Berita Agensi melaporkan seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan pertolongan selepas dua cincin emasnya tersangkut pada kemaluannya. Lelaki itu, yang dalam perjalanan kembali rumah selepas menyambut Tahun Baru Cina bimbang 2 bentuk cincin emasnya itu akan dicuri ketika dalam perjalanan. Dia menanggalkan cincin-cincin itu lalu menyarungkannya pada kemaluan kononnya di situ lebih selamat. Apabila tiba di Changde di daerah Hunan, lelaki itu cuba menanggalkan cincin-cincin itu, namun dia gagal berbuat demikian. Dia kemudiannya meminta pertolongan orang ramai untuk memanggil jabatan bomba. Namun, cincin-cincin itu hanya berjaya ditanggalkan di sebuah hospital. -DCM P/s: Yang TM mahu persoalkan ialah saiz burung lelaki ini. Tengok jari anda, bayangkan burung lelaki itu. TETAPI, ingat, saiz bukan penentu segala-galanya! |
[Video] Wanita PANIK Rempuh Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi Posted: 04 Feb 2012 04:00 AM PST Saya petik: [Kosmo] KUALA LUMPUR - Jika seorang suami melanggar kereta isterinya kira-kira 40 kali menggunakan lori dua tan di Sungai Buloh dekat sini semalam lain pula cerita kes langgar premis motosikal di Cheras baru-baru ini. Pada kejadian pukul 4.30 petang pada 30 Januari lalu, pemilik bengkel motosikal berkuasa tinggi di Bandar Seri Permaisuri mengalami kerugian kira-kira RM250,000 selepas premisnya dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira sebanyak enam kali oleh seorang wanita panik. Mengimbau semula kejadian itu, pemilik kedai Moto Gear, Azka Sidi, (gambar kecil), 47, memberitahu, empat buah kereta orang awam dan empat buah motosikal berkuasa tinggi kepunyaannya dan pelanggan rosak teruk. "Ketika kejadian, saya berada di pejabat di tingkat tiga sebelum terdengar bunyi dentuman kuat. Saya bergegas turun dan mendapati sebuah kereta berulang kali merempuh bengkel saya. "Saya tiada masalah dengan wanita terbabit. Bagaimanapun, saya tetap akan menuntut saman ganti rugi terhadapnya kerana ia menjejaskan reputasi perniagaan saya," ceritanya. Insiden kejadian itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup di premisnya dan disiarkan di dalam laman YouTube sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, Azka belum menentukan jumlah saman. |
Baju Berdarah dan Cincin Perkahwinan Ghadafi untuk Dijual Posted: 04 Feb 2012 01:00 AM PST Baju yang penuh dengan darah dan cincin perkahwinan yang dipakai oleh Muammar Ghadafi, ketika dibunuh oleh anggota kumpulan penentang NTC, kini ditawarkan kepada pembeli dengan harga ASD2 juta (RM6 juta) lapor DM yang memetik beberapa sumber berita. Mantan pemimpin Libya selama hampir 41 tahun itu memakai cincin perak dan pakaian tersebut ketika saat-saat terakhirnya selepas ditangkap di suatu kawasan berhampiran dengan kampung halamannya Sirte. Beliau dipukul dan kemudiannya ditembak mati. Warga Libya, Ahmad Warfali yang menyimpan baju dan cincin itu meminta ASD2 juta daripada sesiapa yang ingin memiliki kedua-dua tinggalan bekas pemimpin Libya itu. Ahmad menegaskan bahawa dia mampu memperoleh nilai yang lebih besar jika menjualnya di Eropah. Laman ArabsToday menyiarkan imej cincin tersebut yang tertera tanggal pernikahan Ghadafi dengan isterinya Safia pada 10 September 1970. Sehingga kini, belum ada pihak yang membuat penawaran terhadap kedua-dua barang milik Ghadafi itu. Biarpun banyak pihak yang mengkritik tindakan Ahmad dengan mendakwa cincin itu dibeli dengan menggunakan wang rakyat Libya, bukannya wang Ghadafi, maka tidak sepatutnya dijual kepada sesiapa. Malah ada yang mengatakan tindakan itu tidak bermoral. -DCM P/s: Memang tidak bermoral! |
Kerana Cemburu, Lelaki Langgar Kereta Isteri 40 Kali Posted: 04 Feb 2012 12:08 AM PST Saya petik: Lenyek kereta lepas geram [HM] SUNGAI BULOH: Seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak 'gila' apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin. Bagaimanapun, isterinya yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di rumah ketika suaminya melepaskan geram. Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga remuk. Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu. "Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air. Berkaitan:
[Kosmo] SUNGAI BULOH – Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin. |
Benarkah Makan MAJUN Merapuhkan@ Meretakkan Tulang? Posted: 03 Feb 2012 11:00 PM PST Saya petik: [HM] KUANTAN: Seorang ibu tunggal terpaksa hidup dalam kesakitan berpanjangan apabila dia disahkan menghidap penyakit tulang rapuh dipercayai kesan daripada pengambilan majun tradisional secara berterusan. "Sekarang saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali berbaring saja. Jika hendak mengambil sesuatu dekat pun terpaksa menggolek badan atau meminta bantuan orang lain," kata Kamisah Abdul Majid, 52. Kamisah berkata, dia mencuba majun tradisional berkenaan selepas disyorkan rakannya yang mendakwa ubat tradisional berkenaan boleh mengembalikan semula tenaganya yang lemah selepas diserang demam denggi. "Memang pada awalnya, saya berasa cukup sihat dan yakin ia berpunca daripada majun berkenaan. Saya juga pernah terfikir untuk menjadi pengedar majun itu selepas kesannya yang hebat. "Saya makan majun itu selama bertahun-tahun secara konsisten sebagai makanan tambahan," kata Kamisah yang juga ibu kepada tiga anak berusia 18, 19 dan 25 tahun. Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada September 2009 apabila Kamisah terjatuh ketika hendak mendaftar sebagai ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada satu program yang diadakan di Balok, di sini. Kamisah berkata, selepas menjalani ujian imbasan, doktor mengesahkan tulang pinggulnya cedera teruk dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini. "Selama sebulan saya dirawat di HTAA, doktor pakar tulang mengesahkan penyakit saya itu berpunca daripada sejenis ramuan di dalam majun itu yang membuatkan tulangnya reput secara perlahan-lahan tanpa disedari. "Doktor pakar menyarankan saya menjalani pembedahan, tetapi selepas melakukan pelbagai ujian kesihatan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya turut mengalami masalah paru-paru dan jantung. "Saya tidak menyangka hidup saya bertukar begini disebabkan majun tradisional saya amalkan itu. Saya tidak tahu sampai bila harus begini dan terpaksa menanggung kesakitan di pinggul kiri setiap kali bergerak," katanya. Berikutan penyakit yang dialaminya itu, Kamisah dan anak-anaknya yang sebelum ini menyewa di Beserah, kini terpaksa tinggal dengan ibunya, Siti Zaharah Embong, 75, di Taman LKNP, Perkampungan Bukit Setongkol, di sini dan segala urusan makan minum serta pergerakannya perlu dibantu. Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Indera Mahkota berkata, pihaknya akan menyumbang kerusi roda khas memudahkan pergerakan Kamisah di rumah atau di hospital. P/s: Benarkah majun punca tulang wanita ini retak dan rapuh? Bukan apa, setiap pengesahan perlu disertakan bukti makmal, bukannya hanya berdasarkan andaian dan tanggapan semata-mata. TM bukan mahu membela pengeluar ubatan tradisional kerana telah terbukti ada antara mereka yang menggunakan bahan terlarang dalam produk kesihatan masing-masing, namun bukankah lebih baik dan adil jika setiap dakwaan disertai bukti makmal. Sudah tentu kita maklum, pengguna majun itu bukanlah seorang, malah banyak orang yang menggunakannya. Jika begitu, siasatlah juga kesan penggunaannya terhadap pelanggan yang lain. jika majun itu terbukti memudaratkan, sudah tentu ada pelanggan yang menerima nasib yang sama dan dirawat di hospital yang lain. Tuduhan liar bukan sahaja menjejaskan perniagaan IKS dan pengamal perubatan tradisional, malah menjejaskan integriti pihak hospital. Jika ada bukti makmal, hal ini perlulah dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan agar tindakan tegas boleh diambil. Jangan membuat tuduhan secara umum kerana hal itu akan menjejaskan produk-produk kesihatan terutama majun. Tuduhan tanpa tindakan juga akan menyusahkan pengguna majun kerana tiada maklumat yang jelas tentang produk atau syarikat pengeluar yang menggunakan bahan terlarang. |
Hasan Ali Bakal Presiden Parti KITA? Posted: 03 Feb 2012 09:54 PM PST Saya petik: [SH] PUTRAJAYA - Beberapa perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara mendesak Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan secara terhormat setelah gagal menerajui parti. Pada masa sama, mereka berhajat 'merisik' bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengisi jawatan itu. Ketua Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perlu keluar parti untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih berkaliber menerajui parti yang baru setahun ditubuhkan itu. Beliau berkata, perwakilan dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak tidak teragak-agak menyingkirnya jika itu cara yang terbaik menyelamatkan parti. "Zaid gagal terajui parti dan jangan cuba menconteng arang ke muka kami, kononnya pemimpin Kita tidak memberi kerjasama. Itu semua pendapat peribadinya dan tiada kena-mengena dengan parti. "Saya minta 10,000 ahli Kita bertenang. Presiden tidak boleh bubar parti ini sesuka hati kerana ia bukan syarikat persendirian, sebaliknya melalui mesyuarat luar biasa (EGM) dan perlu sokongan tiga perempat ahli," katanya. Ditanya mengapa Kita berminat dengan Hasan, Zamil berkata, buat permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Hasan kerana berpendapat beliau pemimpin yang mempunyai pendirian jelas dan perjuangannya hampir selari dengan parti berkenaan. "Hasan mempunyai pengaruh kuat dan saya percaya, sekiranya beliau menerajui parti ini, tidak mustahil Kita akan kukuh. Lagipun Kita akan menjadi kuasa ketiga, sesuai dengan konsep dibawa Hasan untuk diterjemahkan dengan perjuangan parti ini. "Sekarang Kita akan berhadapan dengan peperangan besar iaitu pilihan raya umum. Di Kedah, 18 calon digembar-gemburkan menawarkan diri, jadi di mana maruah kami apabila pemimpin yang akan dicalonkan, tiba-tiba partinya pula dibubarkan," katanya. Hasan, yang juga bekas Exco Selangor dipecat daripada Pas kerana dianggap melanggar disiplin. Beliau akan melancarkan pertubuhan bukan kerajaan Jati dan IMR bulan ini. Mengulas mengenai ada unsur-unsur campur tangan politik daripada pemimpin tertentu sehingga memaksa Kita berputih mata, menurut Zamil, ada kebenaran, terutama apabila Zaid memberi surat tunjuk sebab ke atasnya setelah mengkritik perhimpunan Bebas Anwar 901 bulan lalu P/s: Eloklah! Ada khabar angin baru mendakwa Hasan Ali bakal diangkat menjadi MB Selangor jika usaha merasuah ADUN PR di Selangor berjaya. Saya baca di sini. |
[Gambar] Ahli Politik Belgium Guna Anak Pakai Bikini dan Burka HINA Islam Posted: 03 Feb 2012 07:30 PM PST DM melaporkan seorang ahli politik Belgium telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memulakan kempen "Wanita Menentang Islamisasi" dengan menampilkan anak perempuannya berusia 19 tahun yang memakai burka dan bikini. Filip Dewinter, pemimpin dari parti Vlaams Belang menggunakan gambar anak perempuannya An-Sofie Dewinter yang mengenakan bikini biru gelap dan burka untuk kempen politiknya. Remaja memakai burka yang meliputi kepala dan mukanya, manakala bahagian badannya yang lain hanya ditutupi oleh coli dan seluar dalam. Imej provokatif itu memarakkan lagi ketegangan dalam kalangan kumpulan nasionalis dan Islam di negara yang terbahagi kepada beberapa kaum. Poster yang memaparkan gambar anak Dewinter turut tertera tulisan "Kebebasan atau Islam?". Frasa itu tertulis merentasi dada anak Dewinter. Di bahagian alat sulitnya, tertulis frasa "Anda pilih!". Pelampau parti Vlaams Belang itu mendakwa bahawa dia mahu meyakinkan wanita untuk mengambil pendirian terhadap Islam. Anak Dewinter memberitahu akhbar Belgium bahawa dia tidak berasa dipergunakan oleh parti politik itu. Dia berkata: "Saya mencadangkan (poster) diri saya sendiri." Katanya lagi: "Apakah yang bertentangan dengan niqab? Bogel." "Kempen ini sangat sesuai dengan apa-apa yang saya rasakan mengenai keseluruhan isu ini. Sebagai wanita, kita mesti memilih: Kebebasan atau Islam." Remaja ini kemudiannya mendakwa bahawa dia telah diancam oleh kumpulan-kumpulan Islam. Namun menegaskan bahawa "Ugutan bunuh dan kritikan tidak menakutkan saya." Dewinter dengan jahilnya berkata: "Wanita sentiasa menjadi mangsa pertama Islam. Kami menegaskan bahawa mereka mempunyai pilihan."-DCM P/s: LAHANAT! |
Fitnah Raba: Lim Guan Eng Buat Laporan Polis terhadap PopeGomo, Pisau, UMNO-Online Posted: 03 Feb 2012 07:15 PM PST Saya petik: [Mk] Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis terhadap tiga lamanweb pro-Umno kerana didakwa telah memfitnah anaknya dengan dakwaan dia mencabul rakan sekelasnya. Dakwaan tersebut, termasuk dakwaan bahawa anak Lim dipaksa berpindah ke sekolah lain, dan dakwaan bahawa ketua menteri itu telah membayar RM200,000 kepada pihak tertentu bagi menutup kes tersebut, di mana Lim telah menafikan sekeras-kerasnya. Dakwaan yang dibuat pada bulan Oktober tahun lepas, telah terbukti tidak benar apabila "mangsa' dakwaan tersebut - bekas pemain catur kelahiran Hong Kong, Anya Corke (kanan) - tampil menafikan tuduhan itu. Anya didakwa menjadi mangsa dakwaan itu apabila gambarnya telah digunakan dalam lamanweb-lamanweb berkenaan yang menuduh anak Lim dengan dakwaan salah laku seksual. Menurut Lim, dakwaan-dakwaan tersebut masih ada di lamanweb-lamanweb berkenaan walaupun terbukti tidak benar.Lim berkata, Timbalan Ketua CID negeri, Naser Salleh telah menasihatkan beliau supaya membuat laporan terhadap Umno-online, blogger Papagomo dan Pisau.net supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap ketiga-tiganya. Menurut Lim lagi, Naser telah memaklumkan kepadanya bahawa arahan meminta Lim membuat laporan tersebut "datang dari atas". "Beliau membuat temujanji untuk berjumpa dengan saya pada 12 Januari di pejabat saya. Jadi mengikuti nasihat beliau saya telah membuat laporan itu pada hari yang sama," kata Lim kepada pemberita di Komtar. "Mereka enggan memohon maaf atau menarik balik tuduhan mereka itu," katanya. Menurut Lim, sehingga semalam, polis masih menyiasat perkara itu dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini. Beliau melahirkan harapannya supaya polis akan melakukan seperlunya dan menangkap mereka yang terbabit melakukan fitnah jenayah itu. - Susan Loone P/s: Banyak lagi blog yang menuduh anak Guan Eng meraba. Satu daripadanya seperti tertera pada paparan skrin di atas. Saman semuanya! |
[Video] Walaupun Didesak Kabinet, Parti, Shahrizat Enggan BERUNDUR Posted: 03 Feb 2012 06:25 PM PST Saya petik: Shahrizat tidak tunduk desakan berundur daripada Kabinet, parti [BH] PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan daripada pelbagai pihak yang mendesaknya meletakkan jawatan di dalam Kabinet mahupun parti berikutan kontroversi melanda Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, soal jawatannya dalam Kabinet atau pencalonan pada pilihan raya akan datang adalah terletak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya tidak akan tunduk kepada tekanan. Saya ingin tegaskan, kedudukan saya dalam Kabinet saya bagi (serah) kepada Perdana Menteri untuk tentukan, terpulang kepada beliau untuk menentukannya. "Pelbagai cabaran yang dilalui oleh saya ketika ini tidak melemahkan saya, sebaliknya hanya menguatkan lagi semangat saya. "Sebagai ketua kalau takut hadapi cabaran, tak layak untuk jadi ketua," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari luar negara kerana bercuti dan mengerjakan umrah. Shahrizat diminta mengulas desakan pelbagai pihak sama ada pembangkang atau dalam UMNO sendiri yang mahu beliau meletakkan jawatan berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PFN yang dikendalikan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, adalah Pengerusi Eksekutif. Beliau mengambil cuti berikutan siasatan SPRM terhadap kes berkenaan. Akhbar juga melaporkan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, turut meminta Shahrizat untuk meletakkan jawatan dan tidak menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukannya. Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamelia Ibrahim berkata, Shahrizat perlu mengambil tindakan sewajarnya berhubung desakan berkenaan kerana ia membabitkan isu serius yang menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Shahrizat juga, katanya, perlu meletakkan kepentingan parti mengatasi diri sendiri dan bertanggungjawab membuat keputusan berhubung perkara itu dengan segera. Sambil menafikan beliau mendesak atau memaksa Shahrizat meletak jawatan, Kamelia berkata, sebagai pemimpin yang hebat, Shahrizat harus memikirkan kepentingan parti serta negara bukan kepentingan diri dan keluarga. "Dia (Shahrizat) kena buat keputusan, tidak ada orang yang boleh buat keputusan bagi dirinya, jangan fikir untuk diri sendiri, apa yang penting fikir untuk parti dan negara," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam. P/s: Tidak kenal erti malu! Bung Mokhtar, Ghapur, Che Det, dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah mendesak atau memberikan bayang agar Sharizat berundur. Kini, Rafidah Aziz dan Naib Ketua Wanita UMNO sendiri turut menggesa Sharizat berundur. Jika dahulu media perdana tidak menyiarkan ulasan yang memberikan kesan negatif kepada Sharizat berkaitan dengan NFC, kini akhbar sudah menyiarkan ulasan yang meminta Shahrizat berunsur. Tinggal jurublog makan gaji saja yang tengah berusaha mempertahankan Sharizat. |
Lelaki Bunuh dan Makan Otak Mangsa Posted: 03 Feb 2012 05:38 PM PST Berita AP melaporkan seorang lelaki didakwa membunuh pengemis dengan menggunakan kapak dan memakan otaknya telah diarahkan untuk menjalani penilaian psikiatri Rabu lalu. Tyree Lincoln Smith, 35, hanya memberikan pandangan kosong sambil berdiri dengan kedua-dua tangannya digari ke belakang semasa mendengar pertuduhan yang dikenakan kepadanya. Penampilannya di mahkamah hari itu merupakan kali pertama sejak dia kembali ke Connecticut, Amerika Syarikat pada hari Selasa berikutan penangkapannya minggu lalu di Florida. Post Connecticut melaporkan bahawa hakim atas desakan peguam, Smith, Josph Bruckmann telah memerintahkan supaya penilaian dibuat dan memerintahkannya untuk kekal dalam tahanan sebagai ganti bon AS$1 juta (RM3 juta). Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 14 Feb. Smith didakwa dalam kes pembunuhan Angel Gonzalez yang badan yang ditemukan di tingkat tiga sebuah rumah terbiar. Pendakwa Gliese Collimore menggesa hakim untuk mengenakan bon yang tinggi, kerana mengatakan jenayah yang dilakukan "amat kejam". -DCM |
Parlimen BUBAR Minggu Depan?!! Posted: 03 Feb 2012 04:26 PM PST |
Noh Omar AKUI "Perjuangan" Hasan Ali Sealiran UMNO Posted: 03 Feb 2012 03:56 PM PST Kalau ada penyokong PR yang masih kemaruk dan taksub kepada retorik Hasan Ali, harap-harap lebih jelas lagi dengan pendirian sebenarnya. Hassan Ali = UMNO. UMNO perjuangkan Melayu, Islam, raja? Saya sengaja meletakkan tanda "" pada perkataan perjuangan kerana seperti yang kita maklum peranan UMNO dalam menggoncang institusi raja awal 90-an, bertanggungjawab terhadap "kehilangan" 52 bilion saham Bumiputera, kuota 30 peratus, pengagihan projek kerajaan untuk kroni (terkini kes Sharizat), dan gagal memartabatkan hukum Islam dan lewat melaksanakan undang-undang pencegahan murtad di negara ini. Kalau nak cerita tentang "perjuangan" UMNO demi Melayu, agama, raja panjang. Cuba klik perkataan "Bumiputera" dan "derhaka kepada sultan" di atas. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan