Sabtu, 4 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tidak akur nasihat Haron Din dan TGNA - Hasan Ali

Posted: 04 Feb 2012 08:12 AM PST

Hasan Akidah kata ,

"Selepas mengambil kira pandangan-pandangan alim ulama serta ahli profesional di dalam dan di luar parti, saya mengambil keputusan untuk tidak akan membuat rayuan di atas pemecatan saya ......"

Siapakah alim ulama serta ahli profesional di dalam dan di luar parti yang telah memberi pandangan kepada Hasan Akidah supaya tidak buat rayuan atas pemecatannya?


Sebelum ini, Hasan pernah mengakui dia sangat hormat dan menyanjungi Datuk Harun Din dan juga TGNA. Adakah Hasan sudah ambil kira pandangan dan nasihat kedua tokoh yang dia hormati itu?

Setahu saya Datuk Harun pernah menasihati beliau supaya buat rayuan dan TGNA pernah minta beliau supaya jaga mulut.


"Nasihat saya (pada Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah,"
kata TGNA di sini

Tetapi apa yang kita lihat, Hasan tidak berpandukan kepada nasihat kedua tokoh tersebut malah bertindak yang sebaliknya.

Hasan juga mendakwa pihak pimpinan parti tidak pernah memberikan sebarang surat atau pemberitahuan sama ada bertulis mahupun perjumpaan berhubung pemecatannya itu.


Hal sebenarnya, kenapa dia sendiri tidak hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada masa itu untuk pertahankan dirinya?

Surat pemecatan sebagai ahli kepada Hasan telah dihantar dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail Pada 9 Jan 2012 dan telah diterima oleh anak beliau. Baca di sini

Entah apa muslihat Hasan menimbulkan hal sebegini seolah-olah PAS tidak tahu ikut peraturan.

Waima, PAS juga ada pengalaman memecat ahli sebelum ini. PAS pernah pecat keahlian Zulkifli Noordin sebab bertanding tiket PKR tanpa kebenaran PAS.

Walaupun perangai kedua-dua mereka ini sama, iaitu perangai suka menipu dan berbohong , tapi pasal kena pecat keahlian PAS ini , Zulbabwe tidak pun heboh macam Hasan Akidah yang tidak ubah buat perangai macam murai dicabut ekor.

Hasan juga mendakwa
"saya tidak pernah bersekongkol dengan DAP dan PKR, tidak memesongkan hala tuju PAS, dan tidak pernah menyokong membabi buta hasrat mereka untuk menawan Putrajaya."

Kenyataan tersebut hanya memperkukuhkan dakwaan bahawa Hasan Akidah memang bersekongkol dengan Umno/BN.Maka sebab itu dia tidak menyokong hasrat PR untuk menawan Putra Jaya.

Hasan juga kata,
"Saya menyertai PAS bukan untuk memesongkan PAS, tetapi ingin menambah penglibatan golongan ulama ke dalam parti tersebut," tegasnya lagi.

Apakah Hasan bermaksud bahawa dengan penyertaannya kedalam PAS, penyertaan ulama bertambah dalam PAS? Sejak bila Hasan Akidah ini di'tiraf sebagai ulama'? Dan siapa i'tiraf Hasan Akidah sebagai ulama'?

Kita harap dengan penubuhan JATI - Jalur Tiga, Hasan akan mampu menambah penglibatan golongan ulama kedalam JATI. Mungkinkah Ust Nasharudin Mat Isa yang menjadi penyokongnya merupakan ulama pertama yang akan ikut serta JATI?

Tiada ulasan: