Khamis, 2 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selangor berdepan masalah aliran tunai

Posted: 02 Feb 2012 03:30 AM PST

Kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.



SHAH ALAM: Alumni Yayasan Selangor mendakwa perobohan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur disebabkan masalah aliran tunai (cash flow) yang dihadapi kerajaan negeri.

Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays) Aina Hanim Mohd Lokman berkata kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN).

Disebabkan itu, aset tapak kerajaan Selangor yang berstatus tanah institusi pendidikan dan bernilai jutaan ringgit itu terpaksa dikomersialkan untuk mendapat sumber kewangan.

Dengan itu, Yayasan Selangor yang mempunyai aset RM300 juta dapat dicairkan dan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaan
negeri, katanya.

"Semasa pertemuan alumni dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Yayasan Selangor Ilham Marzuki pada 26 Disember tahun lalu, Khalid sendiri mengaku fungsi asrama penuh di Kuala Lumpur sudah tidak lagi relevan," katanya dalam sidang media di Hotel Blue Wave di sini hari ini.

Pelajar jadi mangsa


Sementara itu, Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor mempersoalkan tindakan Yayasan Selangor yang menjadikan anak-anak di asrama tersebut dijadikan mangsa kelemahan pentadbiran kewangan kerajaan negeri.

Malah katanya keputusan dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan ibu bapa dan kepentingan 468 pelajar terlibat sedangkan 98 peratus daripada mereka membantah perobohan asrama itu.

"ATPN telah dikosongkan dan pelajar perempuan dipindahkan ke blok ATDI manakala pelajar lelaki telah ditempatkan di blok bangunan makmal sains yang telah diubahsuai menjadi blok asrama yang sudah tentu menjejaskan keselesaan pelajar untuk belajar," katanya.

Berikutan ini, beliau berkata pihaknya akan memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang Yayasan Selangor mengkomersialkan tapak tanah itu dalam masa terdekat.

"Tindakan kerajaan negeri itu bertentangan dengan penubuhan Yayasan itu sendiri. Bagi kami kalau tiada asrama tiadalah Yayasan Selangor kerana selama ini Yayasan Selangor berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berkebolehan," katanya.

Kepala babi: Selangor prihatin tawar RM10,000

Posted: 02 Feb 2012 03:21 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menjejaki dalang kepada insiden meletakkan kepala babi di hadapan pintu utama Masjid Nurul Iman di Rawang.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan mengharapkan semoga dengan sumbangan berbentuk wang tunai itu akan dapat menyelesaikan isu terbabit dengan kadar segera dan seterusnya akan mententeramkan kembali perasaan masyarakat setempat.

"Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam insiden tersebut dan menyifatkan tindakan ini adalah tindakan orang yang 'singkat akal' dan tidak bertamadun," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tawaran Kerajaan Selangor mengenai ganjaran wang tunai RM10,000 kepada individu yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pihak yang melakukan tindakan keji itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail ketika memberitahu media selepas mesyuarat mingguan Exco semalam berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi menerusi pusat khidmat pelanggan di talian 1800-888-2824 bagi menyalurkan maklumat.

Hasbullah berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengharapkan semoga seluruh rakyat bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi itu.

Justeru, beliau meminta rakyat untuk terus bermunajat dan berdoa semoga tindakan provokasi itu akan dapat dihentikan dan pesalah-pesalah tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Fokus PRU-13, tak perlu layan Hasan Ali

Posted: 02 Feb 2012 03:17 AM PST

Nazri Abdullah,

KUALA LUMPUR: Semua ahli PAS diseru memberi fokus kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 dan tidak perlu melayan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Hasan berhak memperkatakan apa sahaja yang beliau mahu namun PAS tidak akan melayannya, lebih-lebih lagi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga sudah dipecat dari parti itu.

"Kita ambil sikap tak layan lah sebab kita anggap dia bukan lagi ahli PAS dan dia nak kata apa pun itu pandangan dia.

"Dalam konteks parti ini bukan tumpuan utama buat masa ini sebab seluruh jentera kita harus fokus kepada pilihan raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap siri jelajah oleh Dr Hasan yang antara lain menyerang beberapa pimpinan parti itu.

"Walau apapun, kita akan pantau perkembangan dia (Hasan) dan bagaimana serangan dia kepada PAS.

"Kalau kita lihat serangan itu bersifat fitnah atau sebagainya, kemungkinan ada pihak akan ambil tindakan undang-undang secara peribadi," katanya.

Mengulas penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jati oleh Dr Hasan pula, Tuan Ibrahim yakin ianya tidak menjejaskan PAS sama-sekali.

Malah sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Hasan sememangnya berhak berbuat demikian dan PAS sama sekali tidak menghalang.

"Nak tubuh NGO Jati ke apa ke, ikut dia la sebab negara kita dasar terbuka dan dia bebas untuk tubuhkan apa-apa dia mahu," tegas Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim ketika mengulas perkara itu kepada beberapa media sebelum ini berkata, penubuhan NGO Jati itu juga bukan satu ancaman kepada PAS.

Malah beliau juga yakin ahli PAS sendiri tidak mudah terpengaruh dengan isu yang dibawakan Dr Hasan itu.

Tuan Ibrahim berkata, melalui tinjauan yang dijalankan dalam kalangan ahli parti, penubuhan Jati dan pelbagai isu yang dibawakan Hassan tidak menjejaskan pendirian dan kesetiaan ahli terhadap parti.

"Buat masa ini, kita tidak mahu melayan dan rasa terganggu dengan 'kemuncup' yang ada," katanya.

Penubuhan NGO sia-sia jika hanya keruhkan politik

Posted: 02 Feb 2012 03:16 AM PST

Mohd Azmi Abdul Hamid,

TERAS menyeru siapa sahaja dikalangan mereka yang tidak puas hati dengan masalah politik dalam parti dan menubuhkan NGO untuk memperjuangkan bangsa Melayu perlu memberi fokus lebih utama kepada masalah ketidakupayaan serta kelemahan penghayatan Islam dikalangan bangsa Melayu , bukan mengujudkan perpecahan politik yang lebih parah.

Mengenengahkan persoalan permusuhan dan konflik dalam medan politik tidak akan menambah jernihkan keadaaan orang Melayu malah akan mengkusutkan lagi persoalan yang sudah sedia rumit.

TERAS berpendapat sejak 54 tahun Negara ini merdeka, kedudukkan sosio-ekonomi dan budaya orang Melayu berada pada tahap yang maseh jauh dari memuaskan malah dalam keadaan kini, suasana nampaknya lebih parah lagi akibat kecuaian dan salahgunakuasa sekian lama oleh pemimpin-pemimpin elit Melayu itu sendiri.

NGO Melayu harus jujur untuk bertanya selama ini siapa yang membunuh pelbagai hak orang Melayu dan menjadikan sekularisme sebagai asas hidup bangsa , jika tidak pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri.

Peruntukan hak dan keistimewaan orang Melayu hanya menjadi pernyataan atas kertas dalam dokumen Perlembagaan Persekutuan tanpa banyak memberi makna dalam realiti sebenar kehidupan orang Melayu. Sebabnya ialah keghairahan pemimpin elit Melayu secara melampau untuk bertarung sesama sendiri.

Siapa yang telah melenyapkan tulisan jawi, memperkenalkan PPSMI yang menyebabkan terpinggirnya Bahasa Melayu, menghentikan bantuan per kapita SAR, menyalahgunakuasa dalam menganugerahkan projek kepada kroni, membudayakan rasuah dikalangan orang Melayu, mengurangkan tanah milik Melayu, mengadai aset tanah orang Melayu, membiarkan kerosakan akhlak anak Melayu, menyekat perlaksanaan amar ma'ruf nahi mungkar, terhakisnya pegangan aqidah Islam dikalangan orang Melayu, meluluskan lesen arak dan judi, memperkenalkan Budaya hidup Barat sekaligus menghakiskan budaya Islam pada orang Melayu sendiri, membiarkan bangsa Melayu tidak menghormati pandangan ulama, mematikan rasa cinta kepada agama, membiarkan hiburan menjadi kegilaan bangsa Melayu, menyekat undang-undang Islam dilaksanakan untuk orang Melayu, menghakis aset korporat orang Melayu ……?

Siapakah mereka yang cuai dan mengkhianatI amanah bangsa Melayu selama ini seperti yang disenaraikan semua diatas jika tidak pemimpin elit orang Melayu itu sendiri ?

Semua pihak orang Melayu yang selama ini telah dimandatkan untuk memegang jawatan dan kedudukan kekuasaan, tidak kira dalam jawatan pentadbiran agensi-agensi yang berkait langsung dengan bangsa Melayu, atau dalam pengurusan ekonomi atau kedudukan politik turut bertanggungjawab kepada krisis dan kelemahan bangsa Melayu yang sedang dialami.

Tidak ada pemimpin Melayu dalam bidang apapun yang boleh mendakwa diri bersih dari kesalahan akibat cuai ketika berada dikerusi kekuasaan.

Menimbulkan isu kepincangan sesudah tidak lagi memegang jawatan dengan menyerang dan menuding pihak lawan semata-mata, tanpa fakta yang dapat dipertahankan serta menjawab apa yang dilakukan selama berada di kerusi kekuasaan, bukan menunjukkan kematangan.

Ketika memegang jawatan semada dalam kerajaan atau diluar kerajaan, semua pemimpin Melayu tidak boleh hanya menyalahkan pihak lain bila melancarkan perang politik. Kelantangan menyerang bila tidak lagi berada di tampuk kuasa pasti dinilai rakyat. Harus ada kejujuran politik untuk mengaku kesilapan dan menampilkan penyelesaian konkrit demi masa depan Negara.

Berhujah dengan matang serta mengenengahkan model pratikal dan matang adalah jauh lebih diperlukan daripada bertarung untuk menjatuhkan lawan politik dengan fitnah kotor dan menanam rasa benci dan dendam kesumat terhadap seseorang seteru politik.

Berbeda dengan kebanyakan NGO bukan Melayu. Mereka cukup mampu menggerakkan komuniti mereka jauh lebih komited untuk membangun hidup berdikari dan berdaya memastikan tahap dan kualiti hidup kaum mereka lebih baik. Tumpuan mereka ialah pastikan komuniti mereka kukuh dalam aspek sosio-ekonomi, pendidikan dan budaya berorgansiasi, sementara menyuara tuntutan politik. Ini harus juga menjadikan NGO orang Melayu kritikal dan celik terhadap sifat bergantung dan sindrom selesa yang selama ini dipupuk oleh pemimpin-pemimpin bangsa Melayu sendiri demi mengekalkan kuasa.

TERAS sedar bahwa sememangnya cabaran dari pihak luar yang dihadapkan kepada bangsa Melayu perlu diwaspadai. Orang Melayu yang umumnya beragama Islam akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dinafikan hak untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Namun jika NGO Melayu juga terbelenggu dengan agenda politik merebut kuasa semata-mata dan berencana untuk menampilkan calon bebas untuk mengimbangan persaingan dalam pilihanraya, maka beban masalah yang selama ini dipikul ke atas bangsa Melayu akan terus menjadi semakin parah kerana tidak ada lagi ruang kerja, hatta dalam medan NGO, untuk membina bangsa selain dari hanya berpolitik semata-mata.

TERAS berharap semua NGO Melayu sedar bahawa sudah cukup malah sudah terlalu berlebihan orang Melayu disogokkan dengan politik persaingan yang berpanjangan. Untuk berpolitik dengan menawarkan calon bebas dalam pilihanraya atas nama NGO akan hanya menghilangkan kredibiliti NGO itu sendiri. Walhasil kekeruhan politik di kalangan orang Melayu akan lebih parah.

Cukuplah parti politik bersaing dalam gelanggang politik pilihanraya. Janganlah NGO pula terheret dalam agenda yang sama sehingga hilang fokus kepada kerja membebaskan orang Melayu dari masalah yang lebih asas iaitu terhakisnya orang Melayu dari penghayatan Islam akibat sekularisasi dan terbelenggu dalam budaya feudal yang berpanjangan.

Sedangkan satu-satunya jalan keluar orang Melayu dari krisis yang ada ialah kembali kepada Islam sepenuhnya dan menolakkan budaya hidup sekular Barat. Inilah medan kerja NGO Melayu yang jauh lebih utama.

TERAS mendapati dengan keghairahan untuk saling menyerang dan menimbulkan satu lagi arus politik baru yang disebut sebagai arus ketiga dalam keadaan dan realiti politik Malaysia, akan menegangkan lagi keadaan yang sedia tegang.

Fokus harus ditumpu oleh NGO kepada mengangkat isu-isu asas dalam gerakerja membela nasib bangsa khususnya dan sesiapa sahaja rakyat yang tertindas umumnya .

Isu menuntut agar golongan terpinggir dibela, sekularisasi dibentaras, dasar yang sesuai dengan Islam dilaksanakan, budaya feudal dihapuskan, polisi negara mengenai model pembangunan disemak semula, pengurusan perbendaharaan negara dibersihkan dari penyelewengan, pengagihan kekayaan Negara diperbetulkan, kesenjangan jurang antara golongan kaya dan miskin diatasi, pembaziran dan salah perbelanjaan negara dibasmi.

Disamping itu NGO Melayu yang berasaskan Islam harus bermula dengan membina kekupayaan memprogramkan pembangunan anggotanya serta komunitinya dengan sahsiyah dan amal Islami serta membina momentum iaitu membebaskan orang Melayu dari budaya feudal dan segala natijah yang berurutan dengan budaya tersebut serta mengembalikan bangsa sepenuhnya kepada Islam seperti yang dituntut oleh Al Quran dan pedoman As Sunnah.


Penulis adalah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Kariah dakwa ada penyelewengan di Masjid Ar-Rahman

Posted: 02 Feb 2012 03:13 AM PST

Aziz Muda ,

KUALA LUMPUR: Kariah Masjid Ar-Rahman (gambar) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak pentadbiran baru masjid itu sejak tahun lalu.

Aduan setebal 46 muka surat itu diserahkan oleh bekas AJK masjid itu bagi sesi 2009-2011 lalu, Hashim Selim bersama Yahaya Salleh dengan ditemani Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai yang juga Penasihat Undang-Undang PAS Kawasan Lembah Pantai, Mohd Hafiz Habil.

Dalam laporan aduan yang disediakan oleh Hashim dan Yahaya itu dijelaskan bahawa Masjid Ar-Rahman yang terletak di Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Universiti Malaya (UM) itu kini dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim Thamby Chik.

Status pengerusi dan jawatankuasa kariah masjid itu kini masih lagi sementara memandangkan semua AJK termasuk pengerusinya masih belum menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agung.

Sebelum ini, masjid tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, manakala pengerusi baru itu pula dilantik oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 11 Ogos tahun lalu.

Menurut Hashim, di bawah pentadbiran pengerusi baru itu beberapa isu telah timbul di masjid itu yang melibatkan integriti, ketelusan dan amanah.

"Oleh yang demikian, di dalam aduan ini pihak kami mengemukakan beberapa isu yang kami percaya bahawa penyelewengan dan salahguna kuasa yang serius telah berlaku.

"Maka siasatan dan campurtangan daripada SPRM adalah sangat perlu bagi memastikan perjalanan pentadbiran Masjid adalah telus, beramanah dan bebas daripada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.

Penyelewengan kewangan


Menjadi amalan AJK Masjid Ar-Rahman, menurutnya, segala penerimaan dan kutipan Masjid akan dikelaskan kepada empat bahagian iaitu kutipan tabung Jumaat, kutipan uncang (dikutip semasa solat Jumaat), tabung kuliah dan bayaran tapak perniagaan atau tabung gerai.

(Ini buktinya...pengadu menunjukkan bukti kepada SPRM dan media)

Namun pada bulan November dan Disember tahun lalu, jumlah yang dimasukkan ke dalam akuan adalah tidak sama dengan jumlah keseluruhan kutipan.

"Pada bulan November 2011, jumlah kutipan adalah sebanyak RM12,864.00 walhal jumlah yang dimasukkan ke dalam akuan bank adalah sebanyak RM9,031.57. Jumlah wang yang tidak dimasukkan ke dalam akuan masjid sebanyak RM3,832.43.

"Manakala bagi bulan Disember 2011, jumlah kutipan sebanyak RM16,660.00 walhal jumlah yang dimasukkan ke dalam akuan bank sebanyak RM9,706.47. Jumlah yang tidak dimasukkan ke dalam akuan Masjid sebanyak RM6,953.53.

"Di samping itu, bermula November 2011, kaedah penggunaan baucer bagi setiap pengeluaran wang yang telah menjadi amalan pentadbiran Masjid sejak sekian lama telah dihentikan tanpa sebarang alasan yang munasabah," jelasnya.

Kos pembangunan meragukan

Beliau menjelaskan, pada 29 September 2011, pihak Jawi telah memberikan kontrak bagi kerja-kerja membina kolah untuk keperluan berwuduk di masjid itu kepada sebuah syarikat, Pembinaan Maidah yang beralamat di Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Nilai kontrak bagi kerja-kerja tersebut sebanyak RM19,986.85, katanya, manakala surat bagi penyerahan borang pesanan itu dikeluarkan oleh Musa Ranli di Bahagian Pembangunan bagi pihak Pengarah Jawi.

"Apabila dilihat hasil kerja yang dilakukan serta mendapat pandangan beberapa kontraktor bertauliah, didapati nilai kontrak yang diserahkan sebanyak RM19,986.85 adalah melampau, terlalu tinggi dan tidak munasabah.

"Pada hal, setelah taksiran dibuat, nilai kontrak kerja-kerja tersebut adalah sekitar RM5,000.00 sehingga RM8,000.00 sahaja," jelasnya.

Perlantikan Pengerusi dan AJK menyalahi kaedah


Beliau menjelaskan, merujuk perkara 7, Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan 1987, seseorang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana politik tidak layak menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kariah.

Namun dalam hal ini, Pengerusi Masjid Ar-Rahman, Datuk Ibrahim Thamby Chik adalah pemegang jawatan dalam politik iaitu Setiausaha Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian Lembah Pantai.

Di samping itu, daripada senarai AJK terbaru, hanya seorang sahaja AJK, Lokman Hakim Madtasi anak kariah. Ini menyalahi perkara 3 dan 4 Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan yang memperuntukan tiga AJK hendaklah dipilih oleh anak kariah.

Seorang AJK baru itu pula, Ismail Masri, katanya, telah disaman dan disabitkan dengan tuntutan svil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Julai 2011.

"Dalam hal ini, Majlis hendaklah menggunakan bidang kuasa untuk memecat beliau berdasarkan kepada perkara 9(4)," tegas beliau.

Pembinaan gerai


Dalam aduan tersebut, beliau turut membangkitkan tentang sebuah gerai yang didirikan di dalam kawasan masjid itu yang dimiliki Kamaruzzaman Yatiman.

"Tender bagi gerai itu telah ditamatkan pada Disember tahun lalu. Walau bagaimanapun, pemilik gerai itu telah enggan keluar daripada gerai miliknya.

"Akibat keengganan pemilik gerai itu melepaskan gerainya, pemegang tender terpaksa membina sebuah lagi gerai di bahagian belakang Masjid," ujarnya.

Apa yang meragukan, tambah beliau lagi, berhubung dengan bekalan elektrik, apabila pemilik gerai tersebut telah mendapatkan bekalan elektrik (akuan individu) daripada TNB.

"Bagaimana TNB boleh meluluskan permohonan pemilik gerai tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Masjid dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, sedangkan gerai itu didirikan dalam kawasan Masjid?" tegas beliau penuh tanda tanya.

Menerusi aduan itu, mereka turut melampirkan dokumen-dokumen sah mengenai setiap perkara yang dibangkit untuk diteliti dan tindakan pihak SPRM.

Sebelum membuat aduan kepada SPRM, mereka bersama-sama dengan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail telah mengadakan sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja laut, di sini.

Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik!

Posted: 02 Feb 2012 03:11 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUANTAN-Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam.

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang?

"Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!" kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut kenyataan AELB semalam, Lynas untuk dibenarkan memulakan operasi memproses nadir bumi di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas.

1) pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);

2) pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.

3) pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL.

4) Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran.

5) Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

Namun begitu, kelulusan AELB itu dikira sebagai mengejutkan kerana sebelum ini ramai yang menghantar surat bantahan kepada AELB semasa membuka ruang untuk rakyat memberikan maklum balas terhadap paparan dokumen permohonan lesen sementara oleh Lynas.

"Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?" soal Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS.

Pada masa yang sama, akhbar New York Times (NYT) semalam melaporkan bahawa kilang RM2.5 bilion itu mempunyai masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda, AkzoNobel dari projek tersebut.

AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan gentian fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan, telah dikatakan menarik diri akibat tidak yakin dengan rekabentuk tangki tersebut, yang dijangka akan menyebabkan kebocoran.

Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius.

Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil.

Menurut NYT, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh pengerusi Lynas Corporation Nicholas Curtis.

"Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian," kata Tuan Ibrahim.

PAS, katanya turut mendesak kerajaan dan Lynas untuk menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Tuan Ibrahim menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang yang bertekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.

"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini," tegas beliau. -Harakahdaily

Pengundi Cina sokong PAS, MCA jangan buat sibuk

Posted: 02 Feb 2012 03:04 AM PST

Pengundi Cina sokong PAS, MCA jangat buat sibuk

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan MCA supaya tidak perlu 'sibuk-sibuk' membuat kenyataan berkenaan sokongan pengundi Cina terhadap PAS.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, tetapi MCA perlu menyedari kemampuan parti mereka sendiri untuk menarik semula sokongan pengundi Cina kepada mereka.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Naib Presiden MCA di dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang menyebut bahawa sokongan masyarakat Cina kepada PAS adalah bersifat sementara sahaja dan mereka hanya berpura-pura menyokong PAS kerana parti itu tidak boleh dipercayai.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap kenyataan Dr. Ng sebenarnya adalah hasil daripada rasa takut MCA melihat perkembangan mutakhir ini yang memperlihatkan sokongan masyarakat pengundi bukan Melayu khususnya orang-orang Cina semakin cenderung dan tertarik dengan PAS itu sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, berkemungkinan Yen Yen hanya mendapat maklumat daripada 'pengampu-pengampu' yang cuba membodek beliau sahaja, bak kata pepatah Melayu 'kalau tiada angin bertiup masakan pokok boleh bergoyang'.

Oleh itu, katanya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan MCA supaya 'mengkoreksi diri sendiri' dan perlu merasa 'gerun' dengan sokongan terbuka masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana MCA dan Barisan Nasional sudah tidak boleh diharapkan lagi oleh rakyat khususnya masyarakat Cina.-Harakahdaily

Jakim: Tiada kesilapan ejaan dalam logo halal M'sia

Posted: 02 Feb 2012 03:03 AM PST

MALAYSIA KINI
Ejaan 'Malaysia' pada tulisan jawi di logo halal Malaysia yang dilaporkan terdapat kesilapan ejaan pada perkataan itu merupakan satu kekeliruan dan tidak ada sebarang kesilapan ejaan.

halal logoJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata penggunaan perkataan 'Malaysia' dalam tulisan jawi pada logo halal baru dikeluarkan jabatan itu bukan merupakan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia, sebaliknya adalah nama Malaysia dalam bahasa Arab.

"Oleh itu, tidak timbul isu kesilapan ejaan kerana logo halal Malaysia menggunakan perkataan Arab dan bukanlah ejaan jawi seperti yang dinyatakan," kata Jakim dalam kenyataan hari ini.

Jakim mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang bertajuk "Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halal Jakim".

Jabatan itu mendaftarkan logo halal sebagai Tanda Pensijilan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di bawah Akta Cap Dagangan 1976.

Logo halal Malaysia yang sedia ada, telah lama digunakan dan didaftarkan pada 2001 berdasarkan ciri-ciri iaitu antaranya bintang berbucu di tengah-tengah bulatan dan dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
- Bernama

Lesen Lynas bakal dicabar di mahkamah

Posted: 02 Feb 2012 03:01 AM PST


MALAYSIA KINI
Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) semalam yang telah meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan.

pkr supreme council meeting 0404010 fuziah sallehAhli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu.

"Saya tidak benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat tidak lama lagi.

"Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu.

Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah (kiri) berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas.

NONEDari situ sahaja, kata beliau, telah menunjukkan bahawa AELB menganugerahkan lesen dalam situasi di mana pihak kawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan yang jelas dari Lynas.

"Pada asasnya, dengan mengeluarkan lesen itu, ini bermakna AELB sedia mengabaikan isu-isu keselamatan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat sekitar Kuantan," katanya.

AELB lewat petang semalam mengumumkan bahawa lembaga itu telah memberi lesen kendalian sementara (TOL) untuk Lynas mengendalikan loji memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Penulis blog dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah

Posted: 02 Feb 2012 02:56 AM PST


MALAYSIA KINI

Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang 'berbelanja sakan' membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

NONEBuat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta 'publicist' beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

NONE"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek 'Jelajah Asia' dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

carl kapp sydney designer"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.

Saham Lynas melonjak selepas k'jaan beri lesen

Posted: 02 Feb 2012 02:55 AM PST


MALAYSIA KINI

Harga saham syarikat perlombongan Australia, Lynas melonjak hari ini selepas Malaysia memberikan lampu hijau kepada pusat pemprosesan nadir bumi itu meneruskan operasinya meskipun timbul kebimbangan kemungkinan berlakunya pencemaran sisa radioaktif.

Loji yang hampir siap dibina di Gebeng, Kuantan itu akan menjadi antara kilang di luar dari China yang mampu memproses nadir bumi - galian yang digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi seperti peluru berpandu dan telefon bimbit.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia semalam mengumumkan lesen sementara untuk pusat itu mengendalikan operasinya bagi tempoh permulaan selama dua tahun tetapi berdasarkan syarat-syarat yang ketat.

Lembaga itu juga mengingatkan bahawa lesen berkenaan boleh digantung atau dibatalkan jika Lynas gagal mematuhi syarat-syarat pengendalian sisa radioaktif berbahaya yang lazimnya wujud dalam nadir bumi.

Saham Lynas hari ini melonjak hampir 20 peratus apabila didagangkan pagi ini pada harga A$1.60.

"Lynas mengiktiraf tanggungjawabnya kepada masyarakat untuk mengendalikan loji itu dengan cara yang selamat dan mampan," kata pengerusi eksekutif syarikat Nicholas Curtis ketika mengalu-alukan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia itu. AFP

Kepala babi ditemui di luar masjid di Sentul pula

Posted: 02 Feb 2012 02:51 AM PST

Kepala babi ditemui pula di luar sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.

nurul izzah pc 050112 tian chuaMenurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di luar Masjid Hidayah Sentul, di kawasan parlimennya.

"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di luar Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!"

"Kepala babi (rupanya macam babi hutan) dan empat kaki dibungkus dalam plastik dan diletak di luar pagar," tulisnya di Twitter.

Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

azlanChua ketika dihubungi semula kemudian, berkata bilal masjid mengesan beg plastik yang mengandungi kepala dan bahagian lain anggota babi itu di luar pintu pagar utama sekitar jam 11 malam semalam.

"Tetapi beliau tidak menyentuhnya tetapi menguncinya. Beg plastik itu hanya dibuka oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada kira-kira 7:30 pagi ini dan mereka mendapati kepala, khaki dan kulit babi," katanya.

Menurut Chua, jawatankuasa masjid kemudian menghubungi polis yang tiba pada jam 8 pagi bersama pasukan anjing pengesan.

"Saya percaya kejadian ini bermotifkan politik untuk memecahkan perpaduan rakyat di negara ini dan cuba mengalihkan rakyat dari isu-isu ... dan untuk mewujudkan ketegangan, dan mereka yang mendalangi perbuatan ini tidak akan berhenti.

"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga sesuatu berlaku. Saya seru orang ramai supaya tidak jatuh dengan perangkap ini," katanya.

Chua berkata ahli jawatankuasa masjid itu tenang dalam menghadapi situasi yang disifatkannya sebagai berbentuk provokatif itu.

Keluarga Teoh dapat kebenaran buat rayuan

Posted: 02 Feb 2012 02:50 AM PST

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember lalu yang menolak kebenaran membuat semakan kehakiman berhubung keputusan terbuka inkues kematian pembantu politik DAP itu.

"Keputusan sebulat suara. Kami benarkan permohonan bagi buat rayuan. Terdapat hujah undang-undang untuk meneruskan kes lagi," kata Hakim Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di ruang tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Pada 21 Julai tahun lepas satu suruhanjaya siasatan diraja diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen telah menetapkan bahawa kematian Teoh akibat membunuh diri.

Sebelum itu pada 5 Januari, koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian Teoh bukan disebabkan membunuh diri atau dibunuh serta mendapati tiada pihak ketiga
terlibat dalam kematian Teoh.

PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa

Posted: 02 Feb 2012 02:47 AM PST

PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEYayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

"Antaranya bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk Jerai. Kita tidak menentang memberi bantuan kepada rakyat.

"Tetapi mana-mana hasil negeri tersebut khususnya zakat, selagi mana penduduk negeri tersebut masih ada yang miskin, tidak boleh bawa ke tempat lain.

"Apatah lagi, Wilayah Persekutuan cukup ramai dengan setinggan, PPR dan ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, tiba-tiba tetapi ambil duit Yayasan Taqwa bawa pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail.

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

Jumlah belum dikesan

"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.

NONEBagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur dan bukan secara rahsia" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahankan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Mohd Nasaie membantah tindakan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah dan mendesak satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan untuk mengaudit kewangan dan pengurusan semua agensi di bawah MAIWP.

Dalam sidang media itu juga, Mohd Nasaie kesal dengan tindakan Jamil yang didakwanya mengarahkan agar usaha menjalankan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sebuah menengah agama milik MAIWP di Bandar Tun Razak, dihentikan.

Ahmad Zahid Umno VPSedangkan menteri sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menjanjikan peperiksaan tersebut akan dijalankan di sekolah berkenaan.

"Sudah ada perancangan daripada menteri, sudah tentu ada bajet... Untuk zaman Jamil Khir ini, tiba-tiba, untuk peringkat pertama, pelajar yang baru habis SPM baru-baru ini, tahun ini tidak dibenarkan ambil STAM di situ.

"Jadi sumber dalaman JAWI memberitahu kepada kita, ini adalah kehendak Jamil Khir menghentikan usaha untuk mengadakan STAM di situ," katanya.

Mohd Nasaie menyifatkannya ianya sebagai satu perkara malang kerana sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah menengah agama pertama di Wilayah Persekutuan yang akan menjalankan peperiksaan itu.

Hal demikian, tambah Nasaie, menyebabkan pelajar yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan tersebut terpaksa berbuat demikian di Selangor atau di negeri lain.

Polis: Letupan 9 Jan guna bahan mercun bukan bom

Posted: 02 Feb 2012 02:45 AM PST


MALAYSIA KINI

Polis mengesahkan bahawa bahan letupan yang digunakan dalam perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibunegara pada 9 Januari lepas adalah bahan untuk membuat mercun dan bukannya bom.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima hasil laporan daripada Jabatan Kimia terhadap siasatan dan kajian bahan letupan yang diambil di tempat kejadian.

NONE"Memang mereka menggunakan 'time device' (alat penjangka masa) namun maklumat yang diperoleh didapati bahan kimia untuk meletupkan silinder yang berisi bebola besi itu ialah (bahan membuat) mercun," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid berkata ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat berhubung letupan itu masih ditawarkan kerana setakat ini belum ada pihak yang tampil memberikan maklumat.

"Oleh itu kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil memberi keterangan sehingga tertangkapnya si pelaku yang membuat bahan letupan itu," katanya.

Sebelum ini polis mengesahkan komponen jam penggera, paip PVC serta bateri, bahan letupan yang digunakan adalah daripada jenis 'Jerangkap Rekaan Elektrik'.

Secara umumnya bahan untuk pembuatan mercun adalah karbait manakala kandungan untuk pembuatan bom lebih kompleks seperti mengandungi kimia seperti C-4.

NONEDalam insiden itu, tiga letupan berlaku di perhimpunan penyokong Anwar selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam. - Bernama

'Gas pemedih mata di tempat tertutup berisiko kesihatan'

Posted: 02 Feb 2012 02:40 AM PST

Gas pemedih mata, jika ditembak dalam ruang tertutup antara KLCC dan Avenue K, boleh mengakibatkan risiko kesihatan, demikian menurut seorang komander unit polis anti-rusuhan polis.

NONEBeliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguam Chan Chew Weng yang mewakili keluarga pemandu teksi Baharuddin Ahmad, dalam inkues kematian Baharuddin semasa perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu, bagi menuntut reformasi pilihan raya.

Sebelum itu, Chew bertanya, jika gas pemedih mata dilepaskan dalam ruang tertutup antara bangunan, apakah ketumpatan gas boleh menyebabkan isu (kesihatan).

Inspektor Mohd Alamshah Abdullah bersetuju dengan Chan sewaktu pendengaran hari ketiga inkues tersebut di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Alamshah adalah pemerintah Unit Pencegah Rusuhan (PORU) 38 yang menyuraikan peserta perhimpunan tersebut di hadapan Avenue K - bangunan di mana pemandu teksi itu dijumpai tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, Alamshah menegaskan bahawa 49 anggota PORU 38, yang didatangkan dari Batalion Kelapan Pasukan Gerakan Am yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan, tidak pernah mengambil sebarang tindakan agresif atau melepaskan tembakan gas pemedih mata di kawasan tersebut.

Katanya, mereka tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya maju ke hadapan, ketika orang ramai bersurai sendiri.

Alamshah berkata, beliau yakin tidak seorang pun anggotanya mengambil sebarang tindakan tanpa arahannya kerana beliau memantau mereka dari atas kenderaan polis.

Kes kepala babi: PERKASA mahu masjid dikawal

Posted: 02 Feb 2012 02:37 AM PST


MALAYSIA KINI
Berikutan dua kejadian baru-baru ini, di mana kepala babi ditinggalkan di masjid-masjid, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mencadangkan supaya semua masjid menyediakan pengawal keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.

NONE"Rumah perdana menteri, rumah-rumah menteri, rumah menteri besar pun ramai pengawal. Rumah ibadat seperti masjid, surau dan madrasah adalah tanggungjawab kita juga perlu dikawal," kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut beliau, PERKASA juga mencadang supaya semua masjid dengan wang tabungan mereka yang ada dan dengan bantuan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing agar menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk dua shif.

"Sambil menjaga masjid, mereka juga boleh beramal ibadat. Terpulanglah bagaimana mereka mahu usahakan, yang penting perlu ada pengawal memandangkan kerap berlaku kejadiaan seperti ini," katanya lagi.

NONEIbrahim mengulas kejadian kepala babi yang ditinggalkan di Masjid Nurul Iman di Rawang, Selangor, Selasa lalu.

Hari ini, satu lagi kepala babi dan bahagian anggota lain bintang itu ditemui di luar pintu pagar utama Masjid Al-Hidayah di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Peristiwa ini dipercayai adalah yang keenam seumpamanya sejak 2009.

Laman BO Di Ciplak, Bukti Umno/BN Terdesak

Posted: 01 Feb 2012 10:00 PM PST

Editor Buletin

KUALA TERENGGANU – Skuad BO menemui satu laman ciplakan www.buletinonline.net (BO) dengan menggunakan tema dan bentuk penampilan yang sama. Laman yang beralamat www.buletinonines.net tersebut adalah laman fitnah yang memuatkan berita-beritadan gambar-gambar BO yang diputarbelitkan.

Sebagai contohnya poster ucapan Selamat tahun Baru Cina yang dipaparkan baru-baru ini dengan meletakkan gambar-gambar Pesuruhjaya dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah di tukar kepada gambar Limkit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad sabu.

Gambar Mohamad Sabu telah diubahsuai pula dengan memakai topi yag tertera 'tiga bintang' merujuk kepada lambing parti komunis.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia adalah satu kerja jahat yang cuba mengelirukan rakyat.

"Ini bermakna PAS Terengganu melalui laman rasminya buletinonline.net telah berjaya mengenengahkan isu-isu benar dan tepat tentang rakyat Terengganu,

"sebab itu lawan kita merasa terdesak dan bertindak menciplak laman tersebut,"ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya sedag mengkaji tindakan yang akan dibuat bagi menghalang laman ciplak tersebut meneruskan operasi menyebarkan fitnah.

Antaranya, kata beliau, membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Suruhanjaya Multimedia.

Siasatan awal skuad BO mendapati, salah seorang yang terlibat dalam pencplakan laman BO adalah individu yang memakai nama 'keris warisan' dalam laman sosial facebook.

Pelajar Trefound Serbu Pejabat Pengarah Yayasan Terengganu

Posted: 01 Feb 2012 09:51 PM PST

Skuad BO


KUALA TERENGGANU – Lebih 20 orang pelajar Kolej Trefound, Trefound Educare Sdn. Bhd. (TE) telah menyerbu pejabat Pengarah Yayasan Terengganu bagi mendapatkan penjelasan janji yang belum ditunaikan.

Menurut sumber, para pelajar ditawarkan berkursus di instusi milik penuh Yayasan Terengganu itu telah dijanjikan sebuah Laptop percuma, pinjaman bagi pembiayaan pelajaran yang akan dibayar sebagai elaun sebanyak RM250 sebulan.

Namun, sehingga kini seramai 180 orang pelajar terbabit tidak menerima pemberian laptop percuma dan tidak dibayar elaun bulanan sebanyak RM250 sejak pengambilan mereka pada bulan Februari, 2011.

Sumber tersebut berkata, mereka telah beberapa kali berusaha dan bertemu dengan pihak pengurusan Yayasan Terengganu untuk menuntut janji dan menyelesaikan pembayaran elaun yang tertunggak, namun, katanya, segala usaha mereka gagal.

"Kami telah beberapa kali berusaha bertemu dengan pihak penguruan Yayasan Terenggan untuk menuntut janji dan menyelesaikan pembayaran elaun yang tertunggak, namun gagal,"katanya.

Bagaimana pun, pertemuan dan perbincangan dengan Pengarah Yayasan pada 31 Januari itu juga, hanya diakhiri dengan janji pengarah terbabit, yang hanya akan memberikan jawapan dalam masa 14 hari.

Oleh yang demikian, sumber tersebut berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan jawapan Pengarah Yayasan Terengganu yang banyak memberi jawapan 'tak tahu' tentang operasi anak syarikatnya, daripada memberikan jawapan yang sepatutnya sebagai seorang Pengarah.

Kata sumber itu lagi, Pengarah tersebut memberikan alasan beliau adalah baru menjawat jawatan tersebut, sedang kata sumber itu lagi, Pengarah itu adalah seorang pegawai tinggi Yayasan Terengganu sebelum ini.

Menurut laman rasmi Trefound Educare, Trefound Educare Sdn. Bhd. (TE) adalah syarikat milik penuh YAYASAN TERENGGANU yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Januari 1992. No. Syarikat adalah 231764 U.

TE kini beroperasi di Tingkat 4, Bangunan Yayasan Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dengan modal saham dibenarkan berjumlah RM500,000 dan modal berbayar berjumlah RM150,000.

Pada 1 Ogos 2002, TE telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah (Kod L01215) bagi menawarkan program-program latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih.

TE adalah sebuah Institusi latihan yang menyumbang dan membekalkan tenaga mahir dan terlatih dalam bidang Sistem Komputer dan Sistem Maklumat untuk semua jabatan dan syarikat yang memerlukan.

Objektif TE sebagaimana menurut laman itu adalah untuk mengeluarkan tenaga kerja mahir negeri dan negara melalui penawaran program-program kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Selain itu TE juga bertujua menjalankan program latihan berorientasikan industri melalui Sistem Latihan Dual National. Program ini menggabungkan latihan di tempat kerja dengan latihan di institusi disamping menjadi Training Provider kepada East Coast Economic Region (ECER) serta agensi-agensi untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pengerusi Lembaga Pengarah kepada TE adalah Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus Che Azmi Bin Hj. A Rahman.

Manakala ahli-ahli Lembaganya terdiri daripada ADUN Kuala Berang Mohd Zawawi Bin Ismail, Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu Mohamad Bin Sulong dan Ketua Penolong Pengarah yayasan Terengganu Mohammad Bin Kassim.

Ketua Pegawai Eksekutif TE sebagaiana menurut laman tersebut adalah Dr. Wan Shaari Wan Ismail

Skim 1 Care - Gaji Dipotong 10% Untuk Bayar Insuran Kesihatan

Posted: 01 Feb 2012 09:43 PM PST

SABAH DAILY


Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.

Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.

Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusbya mendapat sokongan orang ramai.

Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.

Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.

The Malaysian Insider difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.

Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac

Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.

Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.

Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .

"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.

Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.

"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.

"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.

Menjelaskan perkara ini, anggota CHC memberitahu The Malaysian Insider, "1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.

"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.

Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.

"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.

"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.

"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.

Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.

CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari.

The Malaysian Insider difahamkan forum itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai Kementerian Kesihatan. -TMI

Panas: Ramai Kecewa, Pemimpin UMNO Tawar Lot Tanah Untuk Pancing Undi Kaum Cina PRU-13 Ini

Posted: 01 Feb 2012 09:34 PM PST

PAHANG DAILY


KUANTAN,
- Orang ramai di sekitar kawasan Jaya Gading dekat sini terkejut dengan tindakan seorang pemimpin UMNO Bahagian Paya Besar yang menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan memproses serta meluluskan serta merta permohonan tanah yang dibuat oleh penduduk berbangsa Cina di kawasan itu.

Laporan yang kami terima, tanah yang didakwa itu terletak di sebelah belakang Balai Polis Jaya Gading yang masih belum beroperasi sehingga ke hari ini. Difahamkan, pemimpin terbabit yang dulunya merupakan bekas ADUN kini sedang mengintai untuk bertanding kembali di kawasannya itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

Susulan daripada itu, beliau kini sedang melobi dan cuba menagih undi masyarakat kaum Cina agar menyokongnya. Ini berikutan, senario terkini melihat hampir 90% kaum Cina di Kuantan akan menolak BN gara-gara gagal membantu mereka dalam isu pembinaan kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation di Gebeng.

Akibat daripada itulah, pemimpin UMNO terbabit sanggup "merasuah" pengundi dengan menawarkan lot-lot tanah kepada mereka. Tindakan ini mendapat bantahan daripada ramai orang Melayu yang sudah berpuluh tahun memohon tanah selama ini. Nasib mereka diabaikan, sebaliknya dek kerana undi pemimpin terbabit sanggup berbuat demikian.

Ini adalah tidak adil untuk rakyat. Malah, ramai dikalangan mereka termasuk ahli UMNO sendiri berjanji akan mengajar pemimpin terbabit andainya beliau menjadi calon BN pada PRU-13 ini nanti. Apapun, semua ini adalah bukti UMNO tidak serius untuk membela orang Melayu sebaliknya lebih rela bela kaum lain demi undi.

[Kami akan menghantar beberapa orang krew untuk memantau isu ini. Jika benar dakwaan yang dinyatakan maka kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan gambar pemimpin terbabit.

Kasihan benar kepada orang-orang Melayu terutamanya dari UMNO yang sudah berpuluh tahun memohon tanah di kawasan terbabit tapi hingga ke hari ini masih belum diberi layanan setimpal oleh pemimpin UMNO setempat.

Kini mereka lebih berselera untuk menjaga kaum lain demi mendapatkan undi pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan ini adalah tidak wajar dan jika benar UMNO membela nasib orang Melayu, kenapa mereka tidak dibela?.

Demi undi mereka tergamak mengadaikan maruah bangsa sendiri. Apakah ini perjuangan UMNO yang mahu diagung-agungkan itu agaknya. Kami akan membongkarkan isu ini demi keadilan kepada orang-orang Melayu yang amat memerlukan tanah itu. Lakukan perubahan pada PRU-13 nanti].


HASSAN KAYU JATI BARU SEDAR PAKATAN MERBAHAYA SELEPAS DIPECAT

Posted: 01 Feb 2012 09:30 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS


SEBELUM anda baca tulisan saya ini, elok benar dibaca apa yang dipetik oleh Malaysiakini tentang ucapan Hassan anak Ali atau Hassan Kayu JATI di SINI.

Apa kata Hassan di dalam ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam semalam? Dia bercerita soal akidah? Soal Jamil Khir curi duit zakat? Soal lesen Judi oleh Kerajaan Pusat? Soal cincin Rosmah atau shopping Rosmah? Soal rakyat susah harga barang naik? Atau pun Hassan Kayu JATI cerita tentang hebatnya Kerajaan Selangor tanpa sebarang kes rasuah dan air percuma, saham bagi anak yang lahir di Selangor, pemberian geran tanah dan sebagainya yang jauh lebih baik dari Khir Toyo dulu? Semua tidak diceritakan oleh Hassan Kayu JATI ini.

Apa yang beliau cerita adalah PAKATAN itu anti Islam. Ertinya Umno pejuang Islam. Anwar itu sokong Israel, ertinya pemimpin Umno dari dahulu sampai sekarang teramat benci dengan Israel walaupun pemain bolasepak Israel lepas masuk ke sini.

Hassan Kayu JATI cerita Khalid Samad selalu menghalangnya dari memperjuangkan Islam. Ertinya, pemimpin Umno tidak pernah menghalang sesiapa pun melaksanakan hukum Islam. Katanya lagi, dia `dengar khabar' kalau PAKATAN memerintah, negara ini akan menjadi Republik. Rupa-rupanya ada Phd pun masih bangang ambil hujah dari dengar khabar.

Tambah si Hassan Kayu JATI lagi, PAKATAN akan mansuhkan hak keistimewaan Orang-Orang Melayu jika PAKATAN memerintah. Ohh, rupa-rupanya Anwar, Hj Hadi, Nik Aziz itu semua bukan Melayu maka tentulah tidak sayang kepada Melayu. Hanya Hassan Kayu JATI sahaja yang Melayu kalaupun bukan Jawa Totok.

Lucu sikit bila Hassan Kayu JATI kata, beliau dipecat kerana PKR. Beliau malu mahu mengaku bahawa di dalam PAS, cakap beliau tidak laku kerana beliau sombong dan ego. Beliau mahu PAS ikut cakapnya kerana beliau seorang sahaja yang ada phd walaupun bertaraf mangkuk hayun.

Masa beliau jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, beliau mahu ahli-ahli PAS Selangor `Wala' (taat) kepadanya, tetapi bila kedudukan beliau terlucut, beliau tidak mahu `Wala' kepada pimpinan. Mesyuarat pun tidak mahu datang.

Lain-lain komen, anda semua bacalah dari seorang bernama Halik Zaman yang memberikan komennya di dalam Malaysiakini terhadap kenyataan Hassan Kayu JATI itu. Pada saya, jika jumpa ular dan Hassan Kayu JATI, elok tangkap kedua-duanya dan dimasukkan ke dalam zoo kerana mereka dari spesis yang sama./wfauzdin.blogspot.com

--------------------------------------------------------


Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Itu cuma satu teori orang yang kecewa pekat seperti Hassan Ali. Beliau hanya meramalkan dengan menyebut "akan menyokong Israel dan Malaysia sebagai republik". Kalau perkara itu betul dan Hassan Ali punya bukti, kenapa tidak buat sahaja laporan polis?

Hassan Ali kelentong lagi "Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Bacaan Hassan Ali bagai seorang yang kelihatan 'gila talaq' tidak boleh digunapakai kerana tidak masuk akal.

Kalau benar Hassan Ali diberi tahu oleh seseorang, bahawa Pakatan ada rancangan nak jadikan Malaysia sebagai republik sila buktikan, jangan gunakan perkataan 'hearsay' orang beri tahu.

Mengakui bertaraf Doctor, tapi masih lagi cara kampungan mengeluarkan hujah dan cara berfikir semacam kanak kanak bila bergaduh mesti berdendam.

Kalau Hassan Ali yakin ada sokongan dari rakyat tanpa tiket PAS, saya cabar Hassan bertanding Bebas dimana Hassan menang dengan tiket PAS PRU12 yang lalu.

Maaf, saya campur urusan Hassan Ali dengan PAS kerana Hassan memfitnah pemimpin agung kami Dato Seri Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Israel.



Lebih 140,000 Layak Mengundi Di Negeri Sembilan Tidak Mendaftar

Posted: 01 Feb 2012 09:08 PM PST

MSTAR ONLINE

SEREMBAN: Di Negeri Sembilan setakat 31 Dis 2011 terdapat seramai lebih 140,000 orang yang berumur lebih 21 tahun yang layak mengundi tapi tidak mendaftar sebagai pengundi dan 90 peratus daripadanya ialah orang Melayu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata apa yang disebut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi daripada keseluruhan 3.7 juta orang rakyat yang layak berbuat demikian, tidak memeranjatkan beliau kerana di Negeri Sembilan sendiri mempunyai masalah yang sama.

"Jadi, apa yang disebut oleh Abdul Aziz itu dalam laporan akhbar hari ini, agak merunsingkan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Aziz semalam bahawa orang Melayu paling ramai belum mendaftar sebagai pengundi.

Mohamad berkata mereka ini perlu faham bahawa mengundi itu merupakan hak asasi di dalam perlembagaan.

Katanya setiap warganegara diberikan hak untuk mengundi apabila pilihan raya diumumkan dan undi ini boleh menentukan masa depan negara.

"Negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen di mana kerajaan yang ditubuhkan melalui pilihan raya dan melalui pilihan raya juga mana-mana parti yang mendapat undi yang terbanyak diberikan kepercayaan untuk memerintah negara.

"Jadi, kalau orang Melayu sendiri tidak mengambil endah tentang masa depan mereka, ini merupakan sesuatu yang amat dikesali. Saya harap tanggungjawab ini perlu dimainkan oleh semua pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat," katanya.

"Bukan susah sangat hendak pergi mendaftar sebagai pengundi kerana semua rakyat Malaysia yang mempunyai mykad dan cukup umur 21 tahun, boleh mendaftar menjadi pengundi dan pendaftaran pula boleh dibuat di mana-mana pejabat pos.

"Saya rasa perkara ini berlaku mungkin kerana tidak ada kesedaran dan sikap bertanggungjawab," katanya. - BERNAMA

Kepulangan Ismail Ke Tanah Air Tamatkan Khabar Angin

Posted: 01 Feb 2012 09:07 PM PST

MSTAR ONLINE

SEPANG: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tiba di tanah air pada Khamis selepas melakukan lawatan kerja lima hari ke London bersama polis United Kingdom, sekaligus menamatkan khabar angin berhubung kematiannya.

Ismail, ketika ditemui kumpulan wartawan yang menanti kepulangan beliau di Lounge VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan sihat dan ceria serta bersalam-salaman dengan mereka yang hadir.

"Tidak ada apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali ke tanah air," katanya yang tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai kanan polis Bukit Aman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin lepas menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London.

Sebelum ini, khabar angin kononnya Ketua Polis Negara meninggal dunia ketika membuat lawatan kerja di London tersebar di laman sosial Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ismail berkata, beliau berharap agar tiada lagi fitnah ditimbulkan terhadapnya kerana tindakan sedemikian tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.

Mengenai lawatannya, beliau berkata, pengalaman di London banyak memberi manfaat tentang hal kepolisan yang dapat dikongsi dengan pihak polis di negara ini.

Ismail berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan polis Kosmopolitan diLondon selain melawat beberapa tempat pameran polis, persiapan Sukan Olimpik,termasuk mengenali peralatan canggih yang digunakan polis pada masa kini di negara itu.

"Saya rasa ia satu peluang terbaik untuk kita menimba pengalaman di sana," katanya.

Sementara itu, Khalid ketika ditemui berkata, pihak polis mengenal pasti duasuspek dan keterangan mereka telah diambil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu kematian Ketua Polis Negara itu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek itu, dari Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, tidak ditahan dan hanya keterangan diambil.

"Saya tidak dapat dedah lagi secara terperinci kerana polis masih lagi mengesan asal-usul SMS maklumat itu," katanya. - BERNAMA

Parti Kita Akan Dibubarkan

Posted: 01 Feb 2012 04:16 PM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim berkata dalam blognya pada Khamis bahawa mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan tidak lama lagi bagi membubarkan parti politik itu yang gagal dalam matlamatnya untuk menjadi sebuah parti yang menyokong idea-idea yang sederhana progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik.

Beliau dalam laman blognya berkata, EGM akan diadakan tidak lagi bagi membubarkan Kita.

"Ia perlu bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa parti itu tidak menyokong pembangkang terutama beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang yang mengkritik Pakatan Rakyat.

"Mereka telah melakukan perkara ini secara berterusan dengan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dengan isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang.

"Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik telah gagal.

"Saya tidak berjaya membawa masuk ramai ahli yang berminat dengan matlamat demokrasi, tadbir urus yang baik dan keseimbangan untuk rakyat.

"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu namun sebaliknya ini tidak berlaku," katanya.

Menurut Zaid, kecenderungan media dalam isu-isu kecil memberi kesan kepada parti itu .

"Cukup ramai orang di luar sana yang berminat dalam mengkritik kepimpinan saya dalam Kita dan mengeluarkan cerita-cerita untuk mencemuh saya," katanya.

Beliau menambah, terdapat peribahasa Melayu yang mengatakan 'jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

"Sekarang saya menyedari bahawa pembentukan Kita merupakan satu kesilapan. Saya berharap untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepada kepelbagaian bakat dalam kepimpinan pembangkang. Ia belum berlaku.

"Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya melakukan bahagian saya, sekali lagi, dan lagi bagi membantu mencapai tujuan itu.

"Saya tidak akan mengecualikan kepercayaan saya dari akar umbi bahawa memberi perkhidmatan kepada awam adalah baik di mana ia mampu dijalankan dengan kehormatan," katanya lagi.

Zaid dalam kenyataan blognya memohon maaf kepada ahli-ahli parti yang masih setia dengan partinya.

"Saya memohon maaf dan menghargai sokongan anda dan diharapkan anda menerima keputusan ini untuk kebaikan pembangkang.

"Survival demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang. Jika ia dimusnahkan maka Barisan Nasional cenderung untuk melakukannya maka tiada lagi demokrasi, tiada kebebasan dan tiada lagi dasar-dasar sederhana," katanya.

Zaid memimpin parti Kita yang dilancarkan tahun lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal".

Kita sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia (AKM) yang ditubuhkan bagi mengembalikan semangat dan keharmonian ketika era kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Tiada ulasan: