Sabtu, 4 Februari 2012

dollah yankee

dollah yankee


Tunaikan dulu 8 perkara !

Posted: 04 Feb 2012 08:12 AM PST

Penggunaan dakwat kekal yang akan dikuatkuasakan pada PRU-13 nanti hanyalah bertujuan untuk mengelakkan pengundian lebih dari sekali. Tetapi bagaimana pula dengan pungundi yang hanya mengundi sekali sahaja tetapi dia sebenarnya bukan seorang warganegara Malaysia yang sah? Atau pengundi yang sudah mati boleh kembali mengundi oleh mereka yang bukan warganegara Malaysia? Inilah yang berlaku jika daftar pemilih tidak dibersihkan 100% seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0.



Ternyata daripada bukti-bukti yang diperoleh daripada sumber-sumber yang sahih, terdapat 'double standard' dan percanggahan maklumat di antara pengkalan data SPR di dalam website dengan pengkalan data SPR versi CD dan lainnya. Bagaimana seseorang individu yang bernama tempat seperti Balai Polis "X" atau Kampung "Y" juga boleh didaftarkan sebagai pengundi? Dan banyak lagi isu-isu pelik bin ajaib lagi muskil yang dikaitkan dengan daftar pengundi SPR tersebut masih menjadi ribuan misteri.


PSC bagi penambahbaikan pilihanraya sepatutnya bertindak untuk melantik Mimos Berhad atau mana-mana badan IT yang bebas daripada sebarang pengaruh politik untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan data-data yang tersimpan dalam daftar pemilih SPR tersebut sehingga ia dijamin 100% bebas daripada data-data yang diragui serta 100% tidak bercanggah dengan data yang tersimpan di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Proses verifikasi di atas amatlah diperlukan bagi menjamin proses pilihanraya yang 100% bersih, dan telus daripada sebarang penyalahgunaan data oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak yakin dengan kemenangan mereka di dalam PRU-13 nanti. Sesuatu perlulah dilakukan sekarang sebelum segalanya sudah terlambat seperti nasi sudah menjadi bubur.


dollah yankee -
Tunaikan dulu 8 perkara,baru buat PRU

Tiada ulasan: