Sabtu, 4 Februari 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MUHYIDDIN: JAGA UMNO DAH LA...

Posted: 04 Feb 2012 08:53 PM PST

Nak kata Muhyiddin ni tak ada isu, tak faham juga.Nik Aziz tak pernah pun sentuh soal TPM yang gagal nak laksanakan gaji kaum guru..Tiba-tiba dia pulak kalut soal Nik Aziz nak bertanding atau tidak.Ada akai ka TPM ni. Baik jaga sahaja la kementerian pelajaran tu...bagi kaum guru rasa selesa dan dari bebanan kerja kerani yang bertambah.


Baik duduk dan kemaskinikan soal bidang pendidikan yang kini dilihat guru banyak jadi kerani dari jadi guru mengajar.Tak ke susah.




Kalau nak harapkan Umno nak tawan semula Kelantan selepas 20 tahun rasa aku payah la..tambah-tambah dok perli pulak Tok Guru yang sememangnya rakyat Kelantan hormati.Ya lah macam-macam tekana diberikan terhadap kerajaan Kelantan dan rakyatnya, namun rakyat Kelantan tak macam rakyat Johor...yang mudah sangat menelan pahit maung berada dalam pemerintahan Umno sekian lama.




Berbanding Muhyiddin, baik juga lihat-lihat sahaja Johor walau pun IC biru pendatang Indonesia berkemungkinan mengundi di sana, belum tentu kawasan-kawasan lain terselamat.Fitrah manusia biasa lah.. kerana kalau kerap kali ditipu, pastinya akan berubah lama-lama kalau selagi bernama manusia yang berakal dan berfikir serta berotak.Yang menjadi masaalahnya ialah yang tak berakal dan tak berotak , yang tak mahu berfikir dengan selogiknya sebelum ini dan masih lagi akan tertipu seterusnya...amatlah kasihan jika ini berlaku dan amat menyedihkan bagi mamalia yang bernama manusia.


malahan kalau dibandigkan dengan Umno, mana ada pimpinan Umno yang boleh ditegur? Tak gitu kah Muhyiddin, apa sahaja ka ta tok ketua..macam itulah yang diangguk.Rasanya Pas tidak begitu, mursidur Am pun kena juga ditegur, dan dalam Islam mesywarah dilakukan...mesyuarat dalam Umno, tapi tak sesiapa pun yang berani menegur...maklumlah, kalau dikatakan NIk Aiziz maksum, sah Muhyidin juga Maksum dalam Umno. Cumanya Umno ni lihat-lihat siapa yang punya kantong banyak..disitulah tertumpunya semuat ke atas gula yang ditabur.


Sekarang ini anak muda sudah menjadi lain. Jika yang cerdik =cerdik 2 tu menyokong PKR, DAP, Atau Pas sekal pun..anak-anak muda ni tidak akan melepaskan peluang untyuk bertafakur sejenak sama ada relevenkah mnentang kenyataan Pas kelantan agar nik aziz








TPM: Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?






Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlekehkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.

muhyiddin yasinSebaliknya dakwa timbalan perdana menteri, tidak ada sesiapun dalam PAS yang boleh menghalang Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?" katanya dipetik Bernama pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di Shah Alam, semalam.

Azizan vs Mahasiswa

Posted: 04 Feb 2012 07:01 AM PST

Azizan vs Mahasiswa

Dr.Mujahid Yusof Rawa | Feb 03, 2012 11:49:52 am

Negeri-negeri Pakatan Rakyat sememangnya tidak sunyi daripada pelbagai ujian. Ada ujian yang tidak dapat dikawal dan ada ujian yang dapat dikawal tetapi ada yang lebih buruk daripada itu, ialah ujian yang kita sendiri cipta dan ini yang paling sukar. Dalam suasana kerapuhan parti-parti dalam Pakatan Rakyat hari ini, kita tidak mampu untuk berhadapan dengan ujian yang kita cipta sendiri untuk menanggungnya. Terkini ialah ujian bagi sebuah kerajaan PR di Kedah dan ia bukan calang-calang ujian, ia merupakan ujian yang memulakan tahun naga dengan penuh kelicikan dan kebijaksanaan.

Kolej Universiti Insaniah adalah satu-satu IPT di Kedah yang menjadi kebanggaan Menteri Besar Azizan Razak (gambar kiri). Saya tidak terkejut dengan kebanggaan yang menjadi modal politik Azizan kerana sebagai seorang ahli akademik, Azizan sangat memahami betapa kualiti pendidikan akan memberikan satu implikasi politik yang besar kepada kepimpinannya. Tapi buat masa ini harapan besar Azizan terganggu dengan isu tindakan disiplin ke atas lima pelajarnya yang menjadi mangsa tatatertib. Soalannya, apakah Azizan terlalu personal dengan cita-citanya dengan KUIN sehingga isu AUKU dianggap terlalu kecil atau Azizan terlalu marah kerana beberapa pelajar telah menyentak impiannya dan mencabarnya?

Isu ini tidaklah sebesar mana tetapi saya lebih berminat melihat bagaimana Azizan mengendalikannya. Pertama, Azizan telah menunjukkan sikapnya yang sukar dirundingi dengan kenyataannya yang tidak mesra Pakatan. Logik responsnya agak melucukan, katanya, "Buku Jingga bukan Al Quran!" merujuk kepada soalan tindakan KUIN tidak selaras dengan buku jingga yang mahu menggantikan AUKU. Bagi saya, ini kenyataan yang meragukan dari sudut ianya benar tetapi tujuan penghujahannya adalah salah. Dengan mengatakan demikian ia telah secara sendirinya memandang rendah kesepakatan PR sebagai tawaran kepada rakyat.

Kedua, Azizan mengatakan bahawa Kedah tak semestinya ikut Buku Jingga, merujuk kepada tindakan yang bertentangan dengan tawaran Pakatan. Agak pelik seorang yang berstatus MB dari negeri Pakatan mengatakan dia tak perlu ikut Buku Jingga? Ini sememangnya menggambarkan profile Azizan yang cuba membawa pemikirannya sendiri dalam menguruskan kerajaan Pakatan di Kedah. Entahlah sejauhmana kebenaran pandangan orang ramai terhadap Azizan yang dianggap ada mimpi lain dari mimpi Pakatan?

Ketiga, walaupun jawapan Azizan tentang tindakan ke atas lima pelajar KUIN secara objektifnya dijawab lewat namun Azizan telah memberi peluru kepada musuh Pakatan untuk menyerang betapa inkonsistennya Pakatan dari sudut tawaran dan praktiknya. Diburukkan lagi isu ini dibawa ke mahkamah seolah-olah Azizan gagal mencari jalan penyelesaian yang lebih berhikmah walaupun menurut Azizan, pelajar yang mengheret isu ini ke mahkamah. Bayangkan seorang MB diheret oleh pelajar di bawah kerajaan negerinya semata-mata tidak ada jalan rundingan. Siapa yang akan dilihat tidak matang dalam menyelesaikan masalah ini? Anda sendiri yang menentukannya.

Keempat, isu pemecatan pelajar KUIN dikaitkan dengan penggunaan AUKU yang penuh kontraversi. Ini adalah kerana semua MP PR berdebat dalam Dewan menentang AUKU, asasnya ialah ia menyekat pelajar IPT dari terdedah kepada makna politik yang luas sehingga usaha advokasi terbantut. Begitu juga tentang undang-undang yang dikawal ketat oleh kuasa HEP yang besar sehingga aktiviti pelajar dibatasi. Dengan kata lain AUKU menutup perundingan yang lebih matang dan pelajar dilihat menjadi mangsa kepada kehendak pentadbiran.

Azizan cuba mententeramkan keadaan bahawa tindakan ke atas pelajar KUIN adalah tindakan tatatertib kerana melanggar keputusan KUIN. Tidak kira apa peruntukan yang digunakan samada untuk IPT atau IPTS, persepsi awam terhadap inkonsistennya PR melaungkan hak pelajar menjadi semakin jelas dan ini bukanlah berita baik untuk PR yang memerlukan keyakinan rakyat untuk PRU akan datang.

Bola berada di tangan Azizan sebenarnya untuk membentuk persepsi yang baik, bukankah Azizan seorang ahli politik yang bijak membaca keadaan? Ataukah Azizan mempunyai egonya sendiri sehingga gagal melihat kepentingan PR yang lebih besar?

Jarum jam sedang bergerak sambil kita semua membuat kiraan pada tarikh PRU ke 13. Masing-masing dari BN dan PR mengeluarkan peluru menyerang antara satu sama lain. Kadang-kadang lawannya membiarkan musuhnya sehingga habis peluru, barulah ia akan menyerang. Atau membiarkan musuhnya menyerang untuk mengalih pandangan? Apakah Azizan menggunakan taktik untuk membiarkan musuhnya menyerangnya sehingga habis peluru ataukah Azizan mahu musuhnya lalai? Bagaimana penyokong PR menerima situasi di Kedah hari ini dan yang lebih penting ialah adakah pengundi atas pagar akan terkesan?

Saya yakin Azizan tidak semudah yang dijangka oleh sesetengah orang kerana dia terkenal dengan ketajaman politiknya, pasti Azizan sedang membuat percaturan tertentu dan pastinya pertembungan Azizan vs Mahasiswa yang tidak berpuas hati tidak dapat dielakkan lagi. Mungkin mahasiwa ini mahu mengatakan kepada Azizan "jumpa anda di mahkamah!"

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

PULAK DAH.....GULA PULAK BAWA PENYAKIT......

Posted: 04 Feb 2012 06:52 AM PST

TPM: Subsidi gula mungkin dihentikan atas faktor masalah kesihatan


Kalau macam inilah pandangan kerajaan...rasanya baik tak payah adakan gula dalam negara.Sebab gula punca banyak penyakit.





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. — Gambar fail
SHAH ALAM, 4 Feb — Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa peningkatan kos bagi penjagaan kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula mungkin akan mendesak kerajaan memansuhkan subsidi terhadap barangan keperluan komoditi tersebut untuk jangka masa panjang.

Kerajaan baru-baru ini menerima kecaman hebat akibat meningkatkan kadar subsidi kepada RM567 juta tahun ini daripada RM262 juta sebelumnya selepas menandatangani perjanjian jangka panjang pembekalan gula pada harga mati USD26 (RM78.20) setiap seratus paun bulan lalu walaupun harga pasaran global gula hanya pada USD23 (RM69).

"Mungkin akan ada keperluan untuk itu," jelas Timbalan Perdana Menteri, merujuk kepada dakwaan Persatuan Pengguna Penang (CAP) bahawa kos penjagaan kesihatan berkaitan gula seperti diabetes berkaitan dengan pemberian subsidi tersebut.

"Bagi jangka masa panjang, kita akan lihat sama ada terdapatnya keperluan untuk mengurangkan kadar subsidi gula dan menyalurkannya ke sektor lain."

CAP telah mengutarakan bahawa rakyat Malaysia akan mengambil 26 sudu teh gula setiap hari termasuk pemanis tambahan - menjadi punca kepada penyakit kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoperosis, dan masalah ginjal, serta asma termasuklah alergik.

CAP turut berkata, kebarangkalian diabetes di Malaysia telah meningkat kepada 2 peratus pada 196+ kepada 14.9 peratus pada 2006, atau seramai 4.2 juta pesakit.

"Dengan menjual gula pada harga pasaran, kerajaan sebenarnya mendapat kadar penjimatan lebih dari RM567 juta kerana kerajaan sebenarnya akan menjimatkan jutaan ringgit terhadap kos penjagaan kesihatan kerana tidak perlu membayar untuk penyakit berkaitan gula," jelas Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan awal minggu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob minggu lalu berkata subsidi gula melonjak daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan pada harga RM2.30 ekoran "kenaikan mendadak pasaran gula global."

Namun begitu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua menjelaskan selepas mencecah harga USD29.47 (RM89.66) seratus paun pada Julai 2011, harga gula telah jatuh setiap bulan kepada USD23.42 pada Disember, penurunan 20.5 sen.

Ismail semalam menjelaskan Malaysia akan mendapat manfaatnya sekira harga gula meningkat.

Muhyiddin turut berkata sebagai menteri perdagangan, "perkara yang mencabar adalah untuk menentukan harga."

"Kamu boleh berbincang mengenainya, tapi sejam kemudian harganya akan berubah, permintaan akan meningkat dan harga akan melambung tinggi," jelas Ahli Parlimen Pagoh ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menambah, perkembangan terbaru menunjukkan kos subsidi Putrajaya akan meningkat kepada RM33 billion tahun ini dengan RM17 billion sahaja diberikan kepada petrol.

Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun

Posted: 04 Feb 2012 06:17 AM PST

Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun

By Helen Ang,






Abdul Manaf Kasmuri ialah individu yang membuat laporan polis terhadap Hindraf kerana dia membantah orang India menghadiri forum ABU pada Jan 21 di suatu tempat yang didakwanya "kawasan orang Melayu".

Abdul Manaf Kasmuri (dalam YouTube dipautkan di bawah) berkata bahawa dia duduk 60 tahun di Jalan Kebun.

Seorang bekas tentera bernama Abdul Manaf Kasmuri pernahditahan di bawah ISA pada tahun 2003. Dia ini mphonline.pngdilahirkan di Jalan Kebun (yang sama).

Operasi ISA tersebut memberkas sebilangan ahli-ahli Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Mereka dituduh pengganas dan militan Islam.

Ketika ditahan, Abdul Manaf bertugas sebagai seorang pengurus Koperasi Belia Islam Malaysia yang didakwa ada kaitan rapat dengan Abim.

Dalam video YouTube itu, Abdul Manaf menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hatinya terhadap orang India yang dibayangkannya sebagai "macam nak test power". Sebab itulah, katanya, dia telah membuat laporan polis terhadap kumpulan Hindraf bersangkut dengan kekecohan di Dewan MBSA tempoh hari.

Bagi Abdul Manaf, Hindraf yang "buat provoke" kerana berada di kawasan orang Melayu. Abdul Manaf berkata dia tidak kisah jika ianya ahli-ahli PAS atau PKR yang berceramah di kampung itu tetapi orang India tidak boleh.

Orang India dianggapnya sebagai "bangsa asing" dan Abdul Manaf menuntut diberitahu "apa maksud dia datang ke Jalan Kebun".

Kalau Abdul Manaf Kasmuri yang menuduh Hindraf sebuah "pertubuhan haram" ialah Abdul Manaf Kasmuri yang pernah dikenakan ISA kerana terlibat dengan sama ada pertubuhan JI atau KMM, maka bukankah ini periuk mengata cerek hitam?

Chegubard menceritakan peristiwa malam kejadian (minit 1:02 di YouTube):



"Pada ketika dalam dewan sekitar 50 ke 60 orang yang majoriti orang bukan Melayu, datang sekumpulan budak-budak muda sama menjerit, memaki-hamun orang-orang India khususnya, bawa kayu, bawa belantan, bawa helmet bawa motosikal dalam dewan, menjerit, menghalau orang-orang India.

"Apabila kita bercakap dalam Twitter serangan berikut, dalam Facebook serangan berikut, teman-teman Umno secara sombong menyebut ini kawasan Melayu, ini kawasan Umno, mana boleh India buat program?"

Seorang lagi penceramah Melayu berkata beliau juga berada di Jalan Kebun untuk forum ABU pada malam itu dan telah nyaris-nyaris dilanggar oleh samseng yang menaiki motosikal ke dalam dewan.

Beliau telah mencerita (YouTube minit 20:02):

"Bayangkan kalau kawan-kawan Hindraf ini balas. Katalah seorang aje kawan Hindraf, jangan kata tumbuk, jentik telinga aje, besok keluar apa muka depan suratkhabar? 'Hindraf rasis'."

Blogger Mohd Arshad Raji, seorang bekas tentera, mengulas:

"My question is what if it were an Indian guy that started the fracas and the audience were mainly Malays? I am quite sure there will be a riot and the police will be there in droves and in double quick time making the arrest."

Komen saya pula: Seorang yang mungkin pernah ditahan ISA kerana militan boleh hendak menuduh orang India "buat onar" hanya kerana kehadiran mereka di "kawasan orang Melayu"? Dunia terbalik.

Orang Melayu yang menuduh Hindraf berlaku kurang ajar di Jalan Kebun harus tunjukkan bukti. Sebaliknya bukti sudah ada dalam bentuk rakaman gelagat Mat Rempit pada malam itu. Sah perangai samseng.


Seorang bekas tentera bernama Abdul Manaf Kasmuri pernahditahan di bawah ISA pada tahun 2003. Dia ini dilahirkan di Jalan Kebun (yang sama).

Operasi ISA tersebut memberkas sebilangan ahli-ahli Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Mereka dituduh pengganas dan militan Islam.

Ketika ditahan, Abdul Manaf bertugas sebagai seorang pengurus Koperasi Belia Islam Malaysia yang didakwa ada kaitan rapat dengan Abim.

Dalam video YouTube itu, Abdul Manaf menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hatinya terhadap orang India yang dibayangkannya sebagai "macam nak test power". Sebab itulah, katanya, dia telah membuat laporan polis terhadap kumpulan Hindraf bersangkut dengan kekecohan di Dewan MBSA tempoh hari.

Bagi Abdul Manaf, Hindraf yang "buat provoke" kerana berada di kawasan orang Melayu. Abdul Manaf berkata dia tidak kisah jika ianya ahli-ahli PAS atau PKR yang berceramah di kampung itu tetapi orang India tidak boleh.

Orang India dianggapnya sebagai "bangsa asing" dan Abdul Manaf menuntut diberitahu "apa maksud dia datang ke Jalan Kebun".

Kalau Abdul Manaf Kasmuri yang menuduh Hindraf sebuah "pertubuhan haram" ialah Abdul Manaf Kasmuri yang pernah dikenakan ISA kerana terlibat dengan sama ada pertubuhan JI atau KMM, maka bukankah ini periuk mengata cerek hitam?

Chegubard menceritakan peristiwa malam kejadian (minit 1:02 di YouTube):

"Pada ketika dalam dewan sekitar 50 ke 60 orang yang majoriti orang bukan Melayu, datang sekumpulan budak-budak muda sama menjerit, memaki-hamun orang-orang India khususnya, bawa kayu, bawa belantan, bawa helmet bawa motosikal dalam dewan, menjerit, menghalau orang-orang India.

"Apabila kita bercakap dalam Twitter serangan berikut, dalam Facebook serangan berikut, teman-teman Umno secara sombong menyebut ini kawasan Melayu, ini kawasan Umno, mana boleh India buat program?"

Seorang lagi penceramah Melayu berkata beliau juga berada di Jalan Kebun untuk forum ABU pada malam itu dan telah nyaris-nyaris dilanggar oleh samseng yang menaiki motosikal ke dalam dewan.

Beliau telah mencerita (YouTube minit 20:02):

"Bayangkan kalau kawan-kawan Hindraf ini balas. Katalah seorang aje kawan Hindraf, jangan kata tumbuk, jentik telinga aje, besok keluar apa muka depan suratkhabar? 'Hindraf rasis'."

Blogger Mohd Arshad Raji, seorang bekas tentera, mengulas:

"My question is what if it were an Indian guy that started the fracas and the audience were mainly Malays? I am quite sure there will be a riot and the police will be there in droves and in double quick time making the arrest."

Komen saya pula: Seorang yang mungkin pernah ditahan ISA kerana militan boleh hendak menuduh orang India "buat onar" hanya kerana kehadiran mereka di "kawasan orang Melayu"? Dunia terbalik.

Orang Melayu yang menuduh Hindraf berlaku kurang ajar di Jalan Kebun harus tunjukkan bukti. Sebaliknya bukti sudah ada dalam bentuk rakaman gelagat Mat Rempit pada malam itu. Sah perangai samseng.

Hj Abdul Manaf bin Kasmuri: (video bermula) Buat pengaduan polis berkenaan dengan lokasi yang dilakukan oleh pihak Hindraf dan kumpulan yang dinamakan Asalkan Bukan Umno, ABU. Jadi kita tak puas hati lah, sebab apa, tindakan itu adalah tindakan yang dia orang buat secara menyalahi undang-undang.

Itu pasal kita orang pihak orang kampung kita marah, kenapa, sebab kita memang tahu Hindraf satu pertubuhan yang haram, tau. Orang yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan mana-mana badan berkanun.

Jadi mengapa dia buat di Jalan Kebun sedangkan Jalan Kebun tak ada seorang pun penduduk India? Ini apa maksud dia datang ke Jalan Kebun, satu.

Yang keduanya, saya tak paham dengan pihak parti macam PAS dengan PKR ini. Apasal dia perlu nak bawa parti, orang, yang tidak ada diiktiraf dengan kerajaan, yang diharamkan oleh kerajaan? Apasal, maksud dia apa? Jadi sekarang menyusahkan orang kampung, kampung yang begitu aman.

Saya ada duduk 60 tahun di Jalan Kebun itu, inilah perkara pertama kali kita nampak seolah-olah parti, apa, pertubuhan haram cuba nak memporak-perandakan keamanan Jalan Kebun. Sebab itulah saya buat laporan polis pada hari ini. Ini ajelah.

Minit 1:42 "Dan saya pun NGO [xyz]" (pita disunting).

KOMEN HELEN: Mengapa pula pita disunting apabila pengadu memberitahu nama NGOnya? Adakah NGO itu Waris Malaya yang dikaitkan serumpun dengan Perkasa dan Pekida?


Minit 1:46 (Abdul Manaf Kasmuri membalas pemberita): Ah siasatlah. Jadi kita rasa tidak puas hati lah, sebab apa, pihak luar cuba untuk menggugat keamanan di Jalan Kebun hah. Begitu wenang-wenangnya buat onar. Dah tu pula salahkan kita pula kata yang didalang lah pihak ialah pihak kerajaan yang, apa ni, Umno yang buat dalang. Jadi benda tak betul lah kan?

Jadi seolah-olahnya kita macam, dia orang ni macam nak test power ke? Jadi tak bolehlah. Sebagai seorang anu kita, selalu yang anu buatkan, parti PAS atau PKR 100 percent dia orang tak apa.

Ini Hindraf. Jadi itulah yang kita kesal tu. Perbuatan tu kita betul-betul kesal. Jadi sekarang tengok. Dah jadi kecoh benda-benda yang mana kita dengar dekat mana, dekat media, dekat YouTube ke, dekat Internet mengatakan kita pihak ahli(minit 2:38 blogger tak dengar – ahli AJK?) sengaja kita Umno nak buat huru-hara kawasan itu jadi tak boleh lah kan. Sebenarnya dia mulakan.

Dia buat provoke. Lokasi yang tidak betul. Dia yang merancang. Kita sebagai rakyat, penduduk Jalan Kebun rasa kecewalah. Selama ini kita tak ada (blogger tak dengar) … kita aman damai. Nah ini dia buat seolah-olah macam kita ini macam kita ini anti rasis ke, kita ini anti bangsa asing – tidak.

Tapi sebab dia ini pertubuhan haram. Apasal dia nak buat di Jalan Kebun? Buat tempat lain buat tempat dia, tak kisah. Itu dia punya masalah. Jadi dia menyalahi undang-undang. Jadi saya buat repot polis supaya undang-undang akan mengajar dia buat cara undang-undang yang betul. Sekian aje. Terima kasih. (Tamat minit 3:20)

*** *** ***

Seorang lagi kononnya penduduk kampung bernama Shaari Basri juga membuat aduan kepada polis.

Transkrip (bermula minit 3:21 di youtube klik youtube


Shaari Basri: Kita orang ini buat repot ni atas alasan pada Hindraf — kumpulan Hindraf yang diharamkan sebab penduduk kampung Jalan Kebun tak mau kehadiran Hindraf tu tak diterima di Jalan Kebun sebab kampung Jalan Kebun solid seratus-peratus orang Melayu. Tak ada India, kenapa harus dia buat function kat Jalan Kebun, provokasi kat Jalan Kebun.

Sebenarnya yang memulakan provokasi ini adalah Hindraf. Dia kibarkan bendera Hindraf. Waktu di dalam keadaan waktu Maghrib. Ah, tujuh setengah tu waktu Maghrib di Jalan Kebun dan di mana-mana juga Jalan Kebun dan di mana-mana juga tu waktu Maghrib tu tak boleh lah dibuat apa pasal sebab di Jalan Kebun ini semua orang Melayu.

Kalau dia nak buat apa-apa, siapa nak dengar kecuali India juga? Padahal India di Jalan Kebun tak ada. Kenapa harus dia buat?

Jadi saya mintalah kepada semua jangan salahkan pihak orang kampung atas sebab provokasi ini. Sebenarnya yang memulakan adalah Hindraf bukan orang Jalan Kebun Jalan Kebun ini kerana marah sebab kita tak boleh, tak menerima akan kehadiran Hindraf ini di Jalan Kebun. Sekian, terima kasih.

Ketirisan Kerajaan Pusat Punca Jalan Di Selangor Berlubang

Posted: 04 Feb 2012 06:13 AM PST

KUALA SELANGOR,4 FEB : Ketirisan dalam perbelajaan kerajaan pusat antara punca kerja penyelenggaraan jalan raya tidak sempurna sehingga masih berlaku kerosakkan jalan di tempat-tempat yang pernah dibaiki.

ADUN Bukit Melawati Mutthiah Maniapillay berkata peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat tidak sampai terus ke sasaran lantaran menyebabkan pembaziran dan wujud unsur rasuah.

"Banyak tempat yang kerajaan pusat keluarkan tetapi tidak turun ke bawah seperti nilai projek berharga contohnya RM50 juta tetapi apabila sampai ke bawah hanya dapat RM10 juta," kata Muthiah ketika diwawancara TVSelangor.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada 120 warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal di Daerah Kuala Selangor.

Tambah Muthiah lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan sentiasa berusaha untuk membaiki jalan raya di Selangor walaupun peruntukan bagi kerja-kerja tersebut datang daripada Kerajaan Pusat.

"Menteri Besar sudah berkata beliau akan mendapatkan peruntukan daripada MARRIS untuk penyelenggaraan jalan di Selangor," katanya.

Penggunaan peruntukan MARRIS oleh Kerajaan Selangor adalah berdasarkan peruntukan yang digariskan oleh Arahan Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri.

Pada majlis itu, sumbangan disampaikan oleh Isteri Menteri Besar Datin Seri Salbiah Tunut bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzullkefly Ahmad dan Muthiah.

Program yang dianjurkan bersama PEKAWANIS dan Pejabat DUN Melawati, DUN Jeram itu berlangsung di Dewan Sri Siantan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di sini.

Majlis itu satu usaha membantu masyarakat berpendapatan rendah di Daerah Kuala Selangor agar mereka dapat meraikan Tahun Baru Cina pada dengan perasaan ceria dan gembira.

Program itu juga adalah untuk menghargai golongan warga emas yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara di samping usaha merapatkan semangat persaudaraan dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Semalam, lebih 400 penduduk Kampung Baru Ijok hadir untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar.

Dalam majlis itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan sumbangan berupa Angpow kepada lebih 100 warga emas sebagai menghargai jasa pengorbanan mereka.

Turut hadir dalam majlis sumbangan itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Kampung Baru Ijok, Lee Lai Seng dan wakil-wakil parti Pakatan Rakyat DUN Ijok dan kawasan Parlimen Kuala Selangor.

Sivarasa : Selamatkan Negara Dari Barah Korupsi Umno-BN

Posted: 04 Feb 2012 06:12 AM PST

SUBANG, 4 FEB : Ketirisan dan amalan korupsi yang diamalkan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu merupakan faktor utama mengapa rakyat Malaysia perlu melakukan perubahan dari sudut pemerintahan negara.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keadaan ekonomi negara yang semakin merudum dan kecurian wang rakyat yang berlaku secara terang-terangan juga antara penyebab perlunya pentadbiran kerajaan sekarang ditukar.

Menurut Sivarasa, rakyat akan semakin menderita dan bakal menanggung kerugian kerana semakin terbeban dengan pentadbiran Umno-BN yang hanya mementingkan kroni semata-mata.

"Keadaan negara kita sekarang sudah sampai ke tahap di mana rakyat tiada pilihan, selain membuat perubahan di negara ini. Bagi saya, tiada masa untuk rakyat tanya mengapa kerajaan sekarang perlu diubah.

Untuk mengelakkan negara daripada terus rosak dan musnah kerana ketirisan Umno-BN, maka kita mesti ubah kerajaan sekarang dengan menggantikan kerajaan baharu iaitu Pakatan Rakyat (PR) di Putrajaya," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menghadiri majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Subang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Tambah Sivarasa, tahun 2012 merupakan tahun penting bagi seluruh rakyat di negara ini kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka akan berlangsung sedikit masa lagi.

Ini kerana jelasnya, PRU-13 bukanlah sekadar pilihan raya biasa seperti tahun-tahun sebelumnya, sebaliknya ia akan menentukan masa hadapan negara dan nasib rakyat sendiri.

"Kali ini rakyat tiada pilihan lagi selain memilih pemimpin baru. Sekiranya rakyat terus-terusan memilih Umno-BN, negara kita akan tentu musnah di masa hadapan. Mesej ini perlu disampaikan kepada semua.

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang hebat dan bertambah maju, tetapi bukan di bawah pentadbiran kerajaan sekarang," tegasnya.

Tiada ulasan: