DIALOG RAKYAT |
- HASAN ALI DIIKTIRAF!!! Menjadi 'Pegawai Penerangan' UMNO tanpa tauliah
- Pengacara Nasi Lemak Kopi O Aziz Desa Sertai Pas?
- Kes Saman RM50 Juta: Utusan Melayu (M) Berhad Perlu Memfailkan Pembelaannya 28 Februari Ini !
- Panas: Debat, Senator Ezam Dakwa Anwar Bahaya Dan Beliau Tak Layak Berdebat Dengan PM Najib !
- Pelbagai Kenyataan Pemimpin Umno Kerana Takut Rakyat Merubah Mereka Dalam PRU-13
- Tindakan JKKK Rampas Tanah SRIDB DiAdu Kepada SPRM
- Kenyataan Ahmad Said Fitnah; Polis DiMinta Menjalankan Siasatan
- Jeti Batang Nibung, Destinasi Pelancongan Bertaraf Antarabangsa
- Isu Pasir : Selangor Adakan Pendengaran Awam Selcat 5 Mac Ini
- PKFZ: Saya Akan Dedahkan Banyak Lagi Nama Yang Terbabit, Kata Tee Keat
- Tidak Salah Kaitkan Agama Dengan Politik - Pemuda Pas
- Iktiraf Israel : Azizah Dakwa Hamas Terima Pendirian Anwar
- BN Bukan Talam Dua Muka, Kata Rahman Dahlan
- Ekonomi Harimau Kertas
- Politik perkauman hanya merenggang perpaduan
- Amah kerja 3 hari songlap RM55,000
- UMNO perlu ganti peranan Pas
- Melayu DAP mencari kawasan bertanding pada pilihan raya umum
- UMNO Perak sahut 'paluan perang'
- Debat Guan Eng-Soi Lek, MCA hanya bertumpu pada Hudud
- Ceramah PKR diganggu lagi, kereta Anwar dipecahkan
- Apa masyarkat Cina benar-benar mahu?
- PKR harap. Pas, Dap tidak termakan fitnah
- Kita kekal, tapi hadapi risiko batal pendaftaran
- Imigresen Batam serah Helmi kepada polis
HASAN ALI DIIKTIRAF!!! Menjadi 'Pegawai Penerangan' UMNO tanpa tauliah Posted: 20 Feb 2012 04:58 AM PST Semasa sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan jentera Pergerakan Wanita Umno bahagian Muar semalam, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia mengingatkan agar jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, digesa tidak leka dengan kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan PAS oleh Datuk Dr Hasan Ali. Datuk Razali Ibrahim mengakui bahawa memang siri jelajah Dr Hasan Ali banyak memberi faedah kepada BN, tetapi Umnoikita tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akanmenjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti. Datuk Razali Ibrahim juga mengakui bahawa Beliau tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan. Dalam masa yang sama, PAS terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan. Bagi Datuk Razali, isu yang dibangkitkan Hasan akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu. Nampaknya, Umno bertuah kerana Dr Hassan Ali kini menjadi menjadi 'pegawai penerangan' tanpa tauliah yang turun ke serata negara bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan 'akidah' dan kuasa ketiga walaupun sebahagian besarnya Dr Hassan lebih menjurus kepada serangan terhadap PAS dan ianya turut diperakui oleh Naib Ketua Pemuda Umno. Tidaklah mustahil andaikata roadshow Dr Hassan akan ditaja oleh Umno kerana Umno tidak perlu bersusah-susah lagi untuk turun ke lapangan memberikan penerangan. Tidak mustahil juga selepas ini pimpinan Umno akan duduk sepentas bersama Dr Hassan Ali kerana perjuangan mereka yang selari dan senada. http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=10274 | ||
Pengacara Nasi Lemak Kopi O Aziz Desa Sertai Pas? Posted: 20 Feb 2012 04:53 AM PST MSO Seorang penjengok blog MT bertanya sambil memberi tahu saya, "iya ke... pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O, Aziz Desa telah menyertai Pas. Saya tidak dapat menjawab segera kerana tidak tahu perkembangan dan kegiatan sosial politik Aziz ke belakangan ini. Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa menghadiri jamuan percuma di restoran Kelantan Delight milik bekas setiausaha akhbar Mustapa Mohamed Junaidi di KLCC kira-kira tiga tahun lalu. Dia datang bersama isteri dan anak-anaknya saya juga datang bersama isteri dan anak-anak. Lepas itu kami tidak berjumpa. "Bila?" tanya saya kepada kawan itu tanpa berfikir pelik tentang Aziz. Jauh di sudut hati terasa tidak percaya. Namun tidak mustahil kalau Aziz menyertai Pas kerana mungkin dia sudah tidak sebulu dengan Umno atau pun dia sudah bukan kroni Umno lagi. Dalam dunia politik jika kroni sudah tidak berkuasa anak buah juga turut berjelepek, macam daun pisang kering. Aziz semasa Sanusi Junid jadi MB dia adalah pegawai akhbar Menteri Besar Kedah itu dan orang yang berperanan cuba menarik perhatian dunia tentang Kedah. Sanusi Junid serasi dengan Aziz mereka sama-sama mempunyai idea unit atau kreatif. Sanusi pernah berkata kepada saya dia minat kepada anak Langkawi itu kerana teruja dengan rancangan yang dihosnya di tv berjudul Cermin yang mendapat sambutan hangat. "Dia dah dilantik jadi CCO Kelantan Trade Centre," cerita kawan itu lagi. Oh kalau begitu mungkin sungguh Aziz menyertai Pas, fikir saya. Fikir bodoh saya kalau Aziz tidak sertai Pas masakan Pas sedia menggunakan khidmat Aziz, meletakkan dia di pusat itu yang boleh dianggap sebagai pusat dan nadi kepada hubungan Kelantan dengan dunia luar. Aziz boleh menggunakan pusat dagangan itu untuk mempromosikkan dasar dan polisi kerajaan menerusi perdagangan ataupun acar-acara, pameran yang dimasukkan dalam kelender pusat tersebut. Kalau ya mungkin pengambilan Aziz untuk memberi nafas baru kepada pusat dagangan berkenaan yang akhir-akhir ini kelihatan semakin laaih ataupun seperti orang yang kena strok berat. Aziz seorang yang dilihat kreatif dan pandai membuat gimik dianggap boleh membantu menyembuhkan kelaaihan KTC. Bagi saya tidak ada masalah kalau Aziz ditempat di situ. Mungkin dengan pengalaman yang ada dia boleh membantu Kelantan. Orang yang membawa Aziz ke situ juga tentu sudah tahu latar belakang dan juga ideologi politik anutan Aziz Desa. Siasatan dalam dan luar mengenai Aziz sudah pun diketahui. Mereka juga mungkin tahu sejauh mana kejayaan dan kegagalan beliau dalam membantu Sanusi membangun Kedah serta kedudukan Sanusi sendiri sehingga Sanusi hanya bertahan setakat satu penggal saja menjadi MB Kedah. Tidak mengapa semua orang harus bersangka baik dengan kehadiran Aziz. Cuma apa yang diharapkan kemasukan Aziz di situ tidak memberi masalah kerajaan kerajaan Kelantan seperti berlaku terhadap Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebelum ini. Mulanya Syed Azidi diberi kepercacaan sepenuhnya untuk menaikkan 'jiha' kerajaan Kelantan menerusi media massa. Syed Azidi diharap menggunakan kebolehannya dalam bidang IT untuk membantu mempertahankan Kelantan. Alih-alih sebaliknya yang berlaku. Panas tidak sampai ke petang menjelang asyar hujan lebat mulai turun hampir melemasi orang yang membawa baliknya ke Kelantan. Apakah dalam kes Aziz Desa ini ia akan mengulangi perkara sama. Saya kira pengalaman dilalui bersama Syed Azidi sudah dipelajar oleh orang bertanggungjawab dan menjaga KTC itu. Mungkin pengerusinya sudah mengenali pasti dan mebuat tilikan hingga ke tali pusat siapa Aziz Desa itu. Sekiranya pengerusi KTC dan orang bertanggungjawab tidak membuat skan sedetail itu saya bimbang akan ada seorang lagi Syed Azidi di Kelantan selepas ini. Saya secara peribadi yang mengenali Aziz semasa zaman berpuisi dulu bagaimana pun mengucapkan selamat bertugas dan berkhidmat untuk membantu Kelantan. Mudah-mudahan dengan adanya Aziz menjadi CCO keadaan KTC boleh diperbaiki. Dengan segala macam event yang bakal diadakan akan membawa keuntungan dan dengan duit itu bolehlah diperbaiki bumbung dan porch bangunan itu yang tiris dan kini sudah berlumut | ||
Kes Saman RM50 Juta: Utusan Melayu (M) Berhad Perlu Memfailkan Pembelaannya 28 Februari Ini ! Posted: 20 Feb 2012 04:41 AM PST PAHANG DAILY KUALA LUMPUR - Syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) dikehendaki memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam kes saman fitnah RM50 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berhubung penyiaran artikel bertajuk "Tolak Anwar - Hassan". Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera sehubungan itu menetapkan 28 Februari ini untuk pengurusan kes saman tersebut. Pada 20 Januari lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu pada muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya. Selain Utusan Melayu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua. Menurut Anwar selaku plaintif, akhbar Utusan Malaysia pada tarikh yang sama pada muka surat 10, di bawah tajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti ditolak", pihak defendan telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta terbitkan perkataan fitnah terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. [Utusan Malaysia perlu belajar dari kesilapan dan tidak terus menerus rela dijadikan alat parti pemerintah yang rakus ingin terus berkuasa. Mutakhir ini akhbar tersebut dilihat begitu berselera membuat propaganda yang bertujuan untuk memesongkan minda rakyat supaya mereka menyokong UMNO Barisan Nasional.Mungkin selepas ini lebih banyak lagi tindakan saman akan dihadapi oleh mereka gara-gara keceluparan memaparkan berita yang jelas tidak beretika itu. Semoga dengan tindakan saman ini akan memberi pengajaran berguna kepada akhbar terbabit agar lebih berhati-hati dalam membuat penerbitan berita mereka selepas ini. Tindakan saman harus dilakukan demi mengajar mereka itu hendaknya!]. | ||
Panas: Debat, Senator Ezam Dakwa Anwar Bahaya Dan Beliau Tak Layak Berdebat Dengan PM Najib ! Posted: 20 Feb 2012 04:31 AM PST PAHANG DAILY KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor (foto) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang "bahaya." Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara. "Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau selepas berucap pada majlis Perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam. Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin. Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara. "Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," dakwa Ezam lagi. [Kenyataan Ezam ini jelas sekali menunjukkan beliau sebenarnya tidak layak diberi gelaran "Senator". Ini kerana beliau langsung tidak boleh melihat kebenaran atas sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Apakah dia fikir, semua orang jahat sepertinya dan akan melakukan provokasi andainya debat itu diadakan. Bukankah debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek baru-baru ini berjaya di adakan dengan baik dan aman. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Maka itu, Ezam sebagai orang profesional seharusnya mengambil pendekatan yang sama untuk menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Langkah menghalang bererti mereka semua bacul dan pengecut untuk berhujjah secara "anak jantan". Mereka hanya berani "pukul curi" dengan menyerang lawan yang diikat tangan dan kaki. Sebaliknya mereka takut untuk berhadapan secara berdepan seperti ini. Inilah bukti budaya memalukan yang diamalkan oleh mereka yang kononnya boleh diterima oleh rakyat]. | ||
Pelbagai Kenyataan Pemimpin Umno Kerana Takut Rakyat Merubah Mereka Dalam PRU-13 Posted: 20 Feb 2012 04:28 AM PST Wartawan Buletin Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, PAS seringkali mengajak Umno bermuzakarah bagi mencari kebenaran, namun ia ditolak oleh Umno, kerana parti itu sedar bahwa mereka tidak berjuang diatas landasan Islam. "Ini (ucapan) bagi orang yang (sudah) tidak ada modal, kita ajak bermuzakarah, mereka (Umno) tak mahu mahu, kerana mereka tahu bahawa perjuangan mereka adalah yang tidak berdasarkan kepada aqidah (Islam), "(dan) tidak mengikut sunnah RasuluLlah SAW,"ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang khalayak pada Forum Perdana Maulidur Rasul yang diadakan di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam 16 Februari. Menurutnya, banyak kajian yang dibuat oleh para cerdik pandai Islam mendapati bahawa, dasar perjuangan Umno tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan. Antaranya, kata beliau, bekas Mufti negeri Sabah, Tuan Haji Said Ibrahim pernah membuat satu kajian yang bertajuk "Adakah Ahli Umno adalah Kafir" berdasarkan ayat-ayat 44, 45 dan 47 dalam surah al-Maidah. "saya dapat kertas kerja (kajian) yang ditulis oleh Haji Said Ibrahim, sebagai pakar rujuk, (menyatakan) dasar yang dikemukakan oleh Umno itu tak boleh diterima oleh Islam, "(antara) kesimpulan kertas itu menyatakan bahawa (ada) ahli Umno di kalangan bumiputera Sabah bukan orang Islam, yang menolak hukum Allah SWT,"jelasnya ketika menyatakan mengapa sebab muzakarah diantara PAS dan Umno tidak jadi diadakan. Namun begitu, beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama' PAS Pusat berkata PAS masih membuka pintu muzakarah kepada Umno untuk mencari yang mana 'benar dan salah' bukan 'menang dan kalah'. Justeru katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno mutakhir ini adalah kerana mereka sedar ramai umat islam yang bangkit mahu membuat satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Turut menjadi panelis dalam Forum yang di 'moderator' kan oleh Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Penceraah Bebas Ustaz Azhar Idrus | ||
Tindakan JKKK Rampas Tanah SRIDB DiAdu Kepada SPRM Posted: 20 Feb 2012 04:25 AM PST Wartawan Buletin Ada asas dan bukti penyalah gunaan kuasa pihak terbabit KUALA TERENGGANU - Isu lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB), di Kampung Mak Tagar Paka, Dungun, semakin panas apabila ADUN Paka, Zakaria@Ariffin Abdullah muncul pada sidang media bersama 5 JKKK yang menjadi penama tanah terbabit. | ||
Kenyataan Ahmad Said Fitnah; Polis DiMinta Menjalankan Siasatan Posted: 20 Feb 2012 04:24 AM PST BULETIN ONLINE KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS hari ini dengan diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di dalam akhbar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Febuari 2012 dalam ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan PAS "Parti Ajaran Sesat".
| ||
Jeti Batang Nibung, Destinasi Pelancongan Bertaraf Antarabangsa Posted: 19 Feb 2012 09:46 PM PST Dr Azman Ibrahim Walaupun Jeti Merang sudah beroperasi hampir 20 tahun dan menjadi pintu masuk utama pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Redang, tiada usaha dilakukan pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelancongan untuk membina jeti baru, walaupun pengambilan balik tanah dilaksanakan kerajaan negeri lebih 12 tahun lalu. | ||
Isu Pasir : Selangor Adakan Pendengaran Awam Selcat 5 Mac Ini Posted: 19 Feb 2012 09:42 PM PST ANTARA POS.COM SHAH ALAM: Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung isu penyelewengan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan disambung semula selama tiga hari bermula 5 Mac ini. Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Khim berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan pendengaran awam terhadap dua lagi kes membabitkan Yayasan Selangor mengenai laporan audit dalaman 2010 dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu PKPS Agro Industries Sdn Bhd dan Premium Agro Product Industries Sdn Bhd berhubung pembelian jentera. Beliau yang juga Speaker Selangor berkata keputusan untuk mengadakan pendengaran awam terhadap tiga kes berkenaan diambil selepas Selcat bermesyuarat pada 16 Februari lepas. Ketika ditanya sama ada keputusan untuk menyambung pendengaran awam ke atas KSSB dibuat selepas isu itu dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin, Teng berkata pihaknya tidak bergantung kepada artikel yang ditulis oleh penulis blog sebaliknya bergantung kepada perkembangan semasa yang memerlukan Selcat menyelesaikan pendengaran ke atas KSSB. "Kita buat pendengaran ini kerana ada ahli lembaga KSSB sendiri telah buat kenyataan menafikan ada penyelewengan melibatkan beliau, jadi kami rasakan ini membabitkan pentadbiran KSSB kerana ahli lembaga syarikat itu telah buat kenyataan terbuka yang berkaitan dengan pendengaran Selcat yang belum habis," katanya dalam sidang media di bangunan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi. Mengulas mengenai pendengaran awam ke atas KSSB yang tidak diteruskan sebelum ini, Teng berkata maklumat yang dibekalkan oleh anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor pada dua tahun lepas memerlukan siasatan jenayah dan bukan penjelasan daripada KSSB. Justeru beliau berkata Selcat tidak dapat meneruskan pendengaran awam ke atas maklumat yang diberikan oleh Manikavasagam. Mengenai pendengaran awam ke atas Yayasan Selangor, Teng berkata ia diadakan selepas Selcat memperoleh laporan daripada audit dalaman berhubung pelantikan pengurus besar yayasan itu dan beberapa perkara mengenai pentadbiran oleh pengurus besar berkenaan. "Ini telahpun disiasat oleh audit dalaman dan berdasarkan laporan itu kita rasakan demi ketelusan dan demi prinsip kebertanggungjawaban maka mereka yang bertanggungjawab dalam pentadbiran Yayasan Selangor perlu dipanggil untuk memberi penjelasan. "Mengenai pendengaran awam ke atas dua anak syarikat PKPS terbabit, ia melibatkan geran RM180 juta yang diberikan oleh Kementerian Pertanian Asas Tani kepada mereka dan mereka gunakan itu untuk beli jentera dan perkara ini telah dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara," katanya. Ditanya mengenai individu yang akan dipanggil memberi keterangan semasa pendengaran awam itu, Teng tidak menolak kemungkinan akan memanggil kira-kira tiga individu daripada setiap syarikat. Beliau turut menolak dakwaan atau tuduhan pihak tertentu yang cuba mempolitikkan peranan Selcat serta menegaskan bahawa Selcat yang dianggotai oleh anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang dan parti pemerintah tiada bidang kuasa untuk menjalankan siasatan seperti dilakukan oleh pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Teng turut mengalu-alukan kesediaan seorang menteri kabinet untuk memberi maklumat dan bukti berhubung kes pasir yang membabitkan KSSB tetapi menegaskan bahawa individu berkenaan perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti perlu menghadiri pendengaran awam pada tarikh yang telah ditetapkan. | ||
PKFZ: Saya Akan Dedahkan Banyak Lagi Nama Yang Terbabit, Kata Tee Keat Posted: 19 Feb 2012 09:39 PM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ong Tee Keat mengancam akan mendedahkan lebih banyak lagi nama yang terbabit dengan dkandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas kontroversi terbabit dibicarakan dalam debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, semalam. Tee Keta, yang juga bekas presiden MCA berkata, tidak satupun nama yang beliau akan dedahkan dibabitkan dalam skandal RM12.5 bilion tersebut berada dalam senarai mereka yang dilaporkan dalam laporan polis telah dikemukakan di dalam perbicaraan di mahkamah yang sedang dibicarakan. "Apa yang berlaku sekarang (perbicaraan mahkamah) belum lagi sampai ke tahap 'pembuka tirai'...Ia belu bermula lagi!" katanya lagi. Beliau berkata demikian kepada penduduk di kawasan parlimen beliau ketika menghadiri satu majlis sambutan Tahun Baru Cina, malam tadi. Guan Eng, dalam debat semalam, telah menyoal saingannya, Dr Chua berhubung dakwaan rasuah di kalangan Barisan Nasional (BN), sambil dengan khususnya menyentuh perbicaraan PKFZ, membabitkan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Pengangkutan yang juga Timbalan presiden MCA ketika itu, Tan Sri Chan Kong Choy. Projek terbabit, dengan kos anggaran awalnya berjumlah RM2 bilion, telah meningkat dua kali kepada RM4.6 bilion menjelang 2007. Bagaimanapun, Dr Chua menangkis soalan tersebut sambil menyatakan MCA juga 'anti rasuah' dan mempunyai keyakinan terhadap sistem kehakiman negara ini serta tidak pernah menyatakan bahawa pemimpin parti itu tidak bersalah. Namun, Ong, yang ditewaskan oleh Chua dalam pemiihan presiden parti tersebut selepas hanya 15 bulan menjadi presiden berikrar bahawa beliau akan 'memastikan perkara itu mendapat perhatian...sehingga ke penghujungnya tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk menyaksikan ia selesai. '"Ini(PKFZ) tidak apa jika dibandingkan dengan apa yang disebut dalam kandungan laporan yang tebal yang dilaporkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) dan Jabatan Perdana Menteri dan turut diketahui oleh Lim Chee Wee (Presiden Majlis Peguam Malaysia) Tidak satupun nama terbabit yang disebut dalam laporan berkenaan telah dibawa dalam perbicaraan di mahkamah. Banyak sangat (senarai nama) dan saya ingin tahu samada ia telah disebutkan atau belum," tambah beliau lagi. Ketika Beliau menjadi Menteri Pengangkutan, Tee Keat telah mengarahkan beberapa siasatan dan jawatankuasa untuk menyiasat skandal tersebut, tetapi beliau telah digugurkan dari kabinet selepas tewas kepada Dr Chua, dalam pemilihan presiden MCA pada Mac 2010 lalu. | ||
Tidak Salah Kaitkan Agama Dengan Politik - Pemuda Pas Posted: 19 Feb 2012 09:35 PM PST Oleh Nur Atiqah Abd Samad SHAH ALAM : Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al-Hiss menyanggah kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pemimpin-pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai senjata bagi kepentingan peribadi dalam politk. Menurutnya, secara amnya, tidak kira agama apa sekalipun, politik itu memang saling berkait dengan agama jika ia tidak disalahgunakan. Namun beliau juga tidak menolak kenyataan Dr Asri jika apa yang dimaksudkan olehnya adalah berhubung cara kepimpinan yang menyalahgunakan agama demi kepentingan politik diri sendiri dan bukan untuk masyarakat serta ummah. "Pas terutamanya kita sangat jelas, kita menganggap bahawasanya politik itu adalah sebahagian daripada agama jadi kita tak boleh lari bercakap tentang agama kerana politik itu sendiri adalah sebahagian daripada hidup kita. Baik orang Islam, Kristian, Buddha. Cumanya bagaimana kita mengolah politik tersebut, bagaimana kita mengurus politik tersebut." "Kalau kita tengok sejarah itu sendiri, Nabi Muhammad SAW berpolitik cumanya masalah sekarang orang menyalahgunakan politik itu untuk kegunaan dan kepentingan diri menyalahgunakan agama. Ini yang berlaku dalam negara kita." Dr Asri, semalam, menyarankan pemimpin-pemimpin politik berhenti daripada menggunakan agama sebagai "senjata politik" kerana ia dilihat merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai. Gesaan itu dibuat berikutan langkah itu wajar diberi perhatian memandangkan sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih sokongan dan simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing. Dalam pada itu, bekas naib presiden Pas Datuk Nakhaie Ahmad pula menyifatkan amalan mengaitkan agama dalam berpolitik ini seolah-olah mengikut cara dan pegangan negara Barat. "Politik sekarang ini (mengikut) cara Barat, tidak wajar kita menggunakan hujah-hujah Islam untuk memperkukuhkan sistem dan kaedah politik Barat ini..Tapi politik kepartian sekarang ni politik barat, kita tidak wajar menggunakan hujah-hujah Islam untuk memperkukuhkan sistem dan cara-cara politik barat itu." katanya kepada Antarapos.com, hari ini Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memberitahu, pemimpin sekarang menggunakan Islam bukan untuk berdakwah tetapi sebaliknya menggunakan ayat al-Quran untuk mendukung politik kotor seperti amalan Barat. "Takkanlah kita nak guna Islam untuk memperkukuhkan sistem barat? Kalau politik Islam yang terasnya adalah dakwah, dalam dakwah kita kena menggunakan cara-cara yang bijaksana. Nasihat, dialog dengan cara yang baik tapi politik yang berlaku sekarang mengunakan maki hamun, buat tuduhan yang bukan-bukan dan dalam buat tuduhan yang bukan-bukan itu guna ayat al-Quran, hadis. Itu tak kenalah." ujarnya lagi. | ||
Iktiraf Israel : Azizah Dakwa Hamas Terima Pendirian Anwar Posted: 19 Feb 2012 09:27 PM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua pihak tidak mempolitikkan kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Azizah mendakwa pemimpin Hamas Khaled Meshaa sendiri menerima baik pendirian Anwar, justeru isu berkenaan tidak harus diperbesarkan. "Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan," kata beliau. "Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," tambahnya pada pemberita pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, hari ini. Anwar dijadualkan menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat lusa bagi menjelaskan kesanggupan beliau mengiktiraf Israel dengan syarat Tel Aviv menghormati hak rakyat Palestin. Pandangan Ketua Pembangkang itu disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu. Pendirian Anwar itu ditolak oleh Pas yang menganggap Israel sebuah negara haram dan tidak boleh diiktiraf dalam apa keadaan sekali pun. Azizah berkata, Anwar akan menjelaskan secara terperinci kenyataannya tentang Israel kepada Nik Aziz. "Dalam pertemuan itu juga dijangka akan membicangkan cadangan Pas yang menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataan yang dibuat di WSJ... kata putus akan dibuat selepas perbincaangan itu kelak," katanya lagi | ||
BN Bukan Talam Dua Muka, Kata Rahman Dahlan Posted: 19 Feb 2012 09:24 PM PST ANTARA POS.COM SHAH ALAM : Naib Presiden Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan partinya mengamalkan sikap 'talam dua muka' selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan bahawa undi untuk Pas adalah undi kepada DAP. Abdul Rahman berkata, kedua-dua pandangan tersebut adalah konsisten sambil menegaskan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai peneraju utama Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak berupaya untuk mengawal dasar ekstrem Dap dan Pas. Katanya, ini kerana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi mampu untuk menapis pandangan-pandangan yang ekstrem daripada Pas dan DAP. "Ada yang mengatakan bahawa BN ni tak konsisten...kalau PR menang, MCA kata Pas akan mendominasi dalam PR dan UMNO pula kata DAP pula yang akan dominasi pentadbiran PR," katanya memberitahu AntaraPos.com. "Kalau kita tengok pandangan Pas seperti mereka akan minta pandangan yang agak ekstrem dari segi keagamaan itu diterjemahkan dalam pentadbiran PR. (Manakala) DAP pula minta supaya (hak) kesamarataan dan dasar bumiputera itu dihapuskan. Jadi itu adalah pandangan-pandangan yang ekstrem dalam konteks politik Malaysia skerang ini." ujar beliau lagi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam laman twitternya bahawa PKR tidak menjadi lemah apabila berdepan dengan Pas dan DAP, tidak seperti BN apa yang dikatakan adalah sebagai satu suara. Mengulas lebih lanjut kenyataan beliau itu, Abdul Rahman berkata ulasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek bercanggah kerana kedua-duanya hanya menyentuh isu tersebut berdasarkan pandangan individu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut membidas pengkritik yang mempersoalkan mengapa Umno cuba mengusahakan perbincangan perpaduan dengan Pas jika BN menganggap parti tersebut adalah exkstremis. Tegasnya, walaupun ada usaha perbincangan sedemikian diadakan namun ia tidak bermakna Umno berhasrat membentuk kerajaan bersama Pas. Kelmarin, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS dan membuka jalan bagi parti itu menjadi "taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan. Katanya DAP memberi janji palsu kepada pengundi Cina bahawa sebuah kerajaan yang diterajui orang Cina boleh menjadi kenyataan di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina di negara ini telah ditipu oleh MCA. Najib pula sebaliknya berkata setiap undi yang diberikan kepada Pas adalah undi yang akan memperkukuhkan lagi DAP, sekaligus mendatangkan bencana kepada masyarakat Islam di negara ini. | ||
Posted: 19 Feb 2012 09:22 PM PST
Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu "Wawasan 2020" menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian. *Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||
Politik perkauman hanya merenggang perpaduan Posted: 19 Feb 2012 09:19 PM PST
ALOR GAJAH: Parti politik yang memperjuangkan perkauman sempit hanya akan memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. | ||
Amah kerja 3 hari songlap RM55,000 Posted: 19 Feb 2012 09:13 PM PST MALAYSIA CHRONICLE PETALING JAYA- Seorang amah warga Indonesia yang baru tiga hari ditugaskan mengasuh anak majikannya meninggalkan kanak-kanak berusia dua tahun itu sendirian sebelum melarikan diri bersama wang tunai, barang kemas, beg tangan berjenama dan telefon bimbit majikannya bernilai RM55,000. Kejadian itu disedari majikan terbabit, seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun, selepas dimaklumkan pemandunya mengenai kehilangan amah terbabit di rumahnya di Mutiara Damansara, di sini, jam 3 petang, Jumaat lalu. Menceritakan kejadian terbabit, bekas suami ahli perniagaan itu yang hanya dikenali sebagai Mahmud, 34, berkata dia menerima panggilan daripada pemandunya memaklumkan amah terbabit meninggalkan anak bongsunya sendirian di rumah bekas isterinya. "Pemandu itu menghantar seorang lagi anak saya pulang dari sekolah ke rumah bekas isteri sebelum mendapati amah terbabit berusia 37 tahun tiada dan usaha mencari di kawasan berhampiran gagal menemui wanita itu. "Kami mengesyaki amah terbabit melarikan diri dan bekas isteri yang memeriksa bilik di rumahnya mendapati wang RM30,000, barang kemas bernilai RM20,000, beg tangan berjenama dan telefon pintar Blackberry tiada dalam simpanan," katanya, semalam. Susulan itu, Mahmud membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.myMetro | ||
Posted: 19 Feb 2012 09:11 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian. Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut. "Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan. "Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam. "Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar," katanya.-Utusan | ||
Melayu DAP mencari kawasan bertanding pada pilihan raya umum Posted: 19 Feb 2012 09:09 PM PST MALAYSIA CHRONICLE PROGRAM turun padang bertemu rakyat terus berlangsung menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang khabarnya akan diadakan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. Parti-parti politik kini dalam keadaan bersiap sedia menantikan 'semboyan' pilihan raya. Kepada 3.7 juta penduduk yang belum menjadi pengundi, eloklah mendaftar dengan segera. Jika PRU tidak berlangsung bulan depan, maka peluang mereka mengundi masih ada. Jangan sia-siakan hak anda. Tanpa hak sebagai pengundi, anda hanya mampu menjadi penonton dalam menentukan bakal pemimpin negeri dan negara. Lebih-lebih lagi jika anda penyokong parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang DAP-Pas-PKR (3P). Seperti yang dapat didengar dan dilihat, BN dan 3P gigih 'berkempen' dan menyusun strategi dalam menghadapi PRU ini. DAP misalnya dilaporkan akan menurunkan lebih ramai calon Melayu. Pada masa yang sama parti itu menetapkan setiap calon hanya bertanding satu kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebelum ini ramai calon DAP bertanding di dua kerusi. Ada yang menang kedua-duanya, menang salah satu atau kalah kedua-duanya. Jumlah calon Melayu DAP pula tidak ramai. Mungkin ketiadaan calon atau tidak ramai Melayu menganggotai DAP. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini beberapa kerat Melayu menyertai DAP termasuk yang pernah bersama UMNO. Adakah mereka ini bakal menjadi calon? Apa pula muslihat DAP jika benar mahu meletakkan lebih ramai calon Melayu? Ada yang berkata, untuk menunjukkan bahawa DAP parti pelbagai kaum. Ada juga yang melihat ia sebagai strategi untuk melantik di kalangan wakil rakyat DAP sebagai Menteri Besar di beberapa negeri seperti Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Apa pun muslihat dan strategi DAP, pastinya kali ini lebih ramai muka baru Melayu akan diletakkan sebagai calon. Tidaklah calon yang sama ditonjolkan setiap kali PRU. DAP mula menurunkan calon Melayu apabila kali pertama menyertai PRU pada tahun 1969. Seorang calon di Parlimen dan sembilan DUN. Dua calon DUN menang iaitu Ibrahim Singgeh (Tapah Road) dan Hassan Ahmad (Si Rusa). Jika diselak kembali beberapa PRU sebelum ini, nama seperti Ahmad Ton, Fadzlan Yahya, Abu Bakar Lebai Sudin, Zulkifli Mohd Noor dan Abdul Muluk Daud sering ditonjolkan. Aktivis dan pemimpin kesatuan sekerja banyak menjadi calon DAP. Calon Melayu ini bertanding di kawasan Parlimen dan DUN yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan Melayu. Calon ini bagaimanapun gagal menyerlah di kawasan majoriti pengundi Melayu. Jika DAP mengotakan hasrat supaya hanya satu kerusi untuk seorang calon, maka lebih ramai Melayu berpeluang bertanding. Dengan kerjasama Pas dan PKR, pastinya DAP lebih yakin untuk meletakkan calon-calon Melayu. Menyelak kembali PRU 1995, daripada 50 kerusi Parlimen dan 103 DUN yang ditandingi DAP, enam calon Melayu diturunkan di Parlimen. Calonnya mencabar Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Bagaimanapun A. Rahman Manap hanya memperoleh 4,430 undi tetapi mengatasi undi calon Pas, Mazani Abdullah yang mendapat 4,071 undi sementara Anwar 27,945 undi. Melayu DAP turut bertanding di Parlimen Tapah, Segambut, Segamat, Labis, Senai. Di peringkat DUN, DAP meletakkan calon Melayu di Seberang Jaya, Permatang Pasir, Sungai Bakap, Sungai Acheh, Sungai Pinang, Batu Uban, Bayan Lepas, Telok Kumbar dan Telok Bahang (Pulau Pinang); Kuala Kurau dan Aulong (Perak); Sanggang (Pahang); Sungai Pelik (Selangor). Tahun 1999, empat calon Melayu diturunkan di Parlimen (Bayan Baru, Gopeng, Selayang, Labis) dan tiga DUN (Aulong, Lepar dan Damansara Utama). Pada PRU 2008, DAP bertanding di 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN. Ketika itu calon Melayu DAP yang bertanding di Semenanjung ialah Abu Bakar Lebai Sudin (P Raub); dan Ahmad Ton (P Tanjong Piai dan N Pekan Nenas). Sebelum itu pada 2004, daripada 44 calon Parlimen dan 104 DUN yang ditandingi DAP, calon Melayunya ialah Zulkifli Mohd Noor (Bukit Bendera), Abu Bakar Lebai Sudin (Bentong), Azhari Ismail (Bakri) manakala DUN pula melibatkan Abd Rahman Said Alli (Teja) dan Ahmad Ton (Bekok). Seperti 2008, mereka tewas kepada calon-calon BN yang mewakili MCA dan Gerakan. Mereka ditolak di kawasan pengundi yang majoritinya adalah masyarakat Cina. Apakah kali ini suasana akan berubah? Mungkin sebagai percubaan, calon Melayu boleh diletakkan di Parlimen Bagan supaya Lim Guan Eng hanya bertanding di peringkat DUN. Melayu DAP pernah memenangi kerusi yang majoritinya masyarakat Cina di Parlimen Bayan Baru pada 1990 melalui Ahmad Nor. Bagaimanapun Ahmad Nor tewas di DUN Batu Uban. Selain Ahmad Nor, turut bertanding dan menang ialah calon DUN di Perak iaitu Mohd Asri (Dermawan) dengan majoriti 7,540 undi dan Fadzlan Yahya (Lahat) dengan majoriti 429 undi. Calon Parlimen lain yang bertanding tetapi tewas ialah A.Rahim Mat Taib (Tanjong Malim) dan Ahmad Ton (Labis); calon DUN,Hairuddin Jantan (Sekinchan), dan Abd Malek Aman (Repah). Tahun 1982, DAP bertanding di 63 kerusi Parlimen dan enam calon Melayu diturunkan. Mereka ialah Zainal Abidin Ahmad (Matang), Ibrahim Singgeh (Batang Padang); Zakaria Abdul Manaf (Tanjong Malim); Ab. Rashid Daud (Kuala Selangor); Zainal Rampak (Ulu Langat); Abdullah A. Hamid (Pulai). Di peringkat DUN, 10 daripada 131 calonnya adalah Melayu yang bertanding di Telipok (Kelantan); Bagan Ajam (Pulau Pinang); Alor Pongsu, Chemor, Pasir Bedamar (Perak); Jenderak, Sungai Lembing, Bandar Maran (Pahang); Jeram, Sementa (Selangor); Labu, Pilah, Si Rusa, Pasir Panjang (Negeri Sembilan); Bukit Serampang dan Peserai (Johor). Hanya Fadzlan menang di Pasir Bedamar. Pada tahun 1986, 64 calon DAP bertanding di kerusi Parlimen dan 118 di DUN. Ramai juga Melayu bertanding atas tiket DAP. Seorang daripadanya menang di DUN Pasir Bedamar, Perak iaitu Fadzlan. Beliau juga bertanding di Parlimen Telok Intan tetapi tewas. Calon Melayu juga diletakkan di Parlimen Kuantan. Calon-calon DUN pula ialah di Bunut Payong, Pinang Tunggal, Mak Mandin, Sungai Acheh, Sungai Rokam, Pengkalan Baharu, Dong, Sungai Lembing, Beserah, Teruntum, Semenyih dan Ampangan. Begitulah sepintas lalu mengenai calon Melayu DAP. Apa yang pasti, Melayu DAP pernah bertanding dan menang di satu kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN. Itu situasi ketika DAP tidak menjalin kerjasama dengan parti-parti lain. Justeru BN tidak boleh memandang ringan hasrat DAP ini. Mungkin dengan sokongan Pas dan PKR, calon Melayu di kawasan pengundi bercampur - Melayu, Cina, India - mampu menang. Jika dulu DAP keseorangan, kini keadaan sudah berubah. Sama ada DAP menjadi 'kuda tunggangan' Pas atau Pas menjadi 'kuda tunggangan' DAP, matlamat 'kuda' ini untuk sampai ke Putrajaya. Sama ada negara Islam atau negara berkebajikan, itu soal lain. Bincang sesudah sampai ke garisan kemenangan.-Utusan | ||
UMNO Perak sahut 'paluan perang' Posted: 19 Feb 2012 09:08 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA KANGSAR - UMNO Perak sudah bersedia untuk menyahut 'paluan perang' Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun dalam masa terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, semua pucuk pimpinan serta ahli UMNO negeri itu kini begitu bersemangat untuk menghadapi pembangkang yang mendakwa lebih kuat daripada Barisan Nasional (BN) di Perak. "Jumlah kehadiran perwakilan hari ini satu mesej penting yang kita hendak sampaikan kepada pucuk pimpinan bahawa UMNO Perak sudah bersedia untuk bersama-sama dengan mereka di lapangan pada PRU-13 nanti. "Panggillah bila-bila masa, umumlah bila-bila masa. Insya-Allah, jentera UMNO akan bertukar kepada pasukan tentera pilihan raya BN. "Adakah anda bersedia untuk menyahut paluan perang pilihan raya atau tidak?," soal Zambry beberapa kali dan disahut dengan laungan ''kami bersedia'' oleh lebih 4,000 perwakilan dari 1,667 cawangan yang hadir pada Konvensyen UMNO Perak 2012 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini. Majlis penutup konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam pada itu, Zambry menyifatkan perdebatan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, ibarat langit dan bumi. "Ketika mana orang membandingkan BN ini tidak ada harga dan ketika sekelian rakyat di sebelah sana kata BN tidak mampu berdebat, nah! satu pukulan hebat daripada BN kepada DAP bahawa BN lebih hebat berdebat. Itu baru hantar Soi Lek, belum hantar Timbalan Perdana Menteri," katanya. Pada majlis tersebut, Zambry turut mengetuai semua perwakilan melafazkan baiah yang antara lain meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan sendiri, menyokong siapa sahaja calon yang dipilih dan berjanji taat setia serta memberikan sepenuh kepercayaan kepada parti.Utusan | ||
Debat Guan Eng-Soi Lek, MCA hanya bertumpu pada Hudud Posted: 19 Feb 2012 09:04 PM PST Viktor Wong, Malaysia Chronicle Perdebatan di antara Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng dan presiden MCA Chua Soi Lek semalam telah menyaksikan pemimpin MCA itu membuka tirai dengan hentaman terhadap PAS dan undang-undang Hududnya dengan menggunakan DAP sebagai bantal untuk tumbukan tersebut. Hentaman demi hentaman daripada bermulanya siri perdebatan itu sehinggalah berakhirnya forum tersebut hanya bertumpu kepada ketakutan dan kebimbangan MCA dan Chua yang PAS akan memonopoli kuasa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa dan undang-undang Hudud akan dikuatkuasakan terhadap semua kaum termasuk mereka yang bukan Islam. Hudud, Hudud dan Hudud! Malah, menurut pengarang akhbar The Star Wong Chun Wai turut menyokong Chua dengan mengatakan bahawa Lim telah gagal menjawab persoalan mengenai kedudukan DAP di dalam isu Hudud yang sering diketengahkan oleh PAS. Ya, sekitar forum tersebut MCA dan Chua hanya menumpukan serangan mereka dengan menggunakan perkara tersebut sebagai senjata utama mereka. Dan sememangnya adalah amat tepat dan betul sekali bagi Lim untuk tidak menjawab sebarang isu yang berkaitan dengan Hudud itu, oleh kerana pucuk pimpinan tertinggi Pakatan telahpun menjelaskan kepada rakyat jelata bahawa undang-undang Hudud itu tidak akan dijadikan tajuk utama sekiranya Pakatan naik ke pentas Putrajaya di suatu hari nanti. Ini adalah kerana pembikinan MCA dalam isu Hudud itu adalah merupakan suatu perangkap untuk menarik Lim ke dalam kancah yang bakal melibatkan Umno dan Perkasa apabila isu tersebut diperbesarkan dan diputar belitkan oleh media-media milik kerajaan. Agak menghairankan kenapa Chua tidak menuding persoalan mengenai Hudud itu kepada pihak yang lebih rapat dengan PAS, iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan presidennya Hu Pang Chew? Ini adalah kerana Hu adalah merupakan pemimpin yang paling sesuai kerana beliau mewakili ahli-ahli bersekutu bukan Islam di dalam PAS. Dalam membangkitkan isu pemerintahan PAS di negeri Kelantan, Chua juga telah lupa bahawa kerajaan PAS di negeri tersebut telah memberikan lebih banyak kemudahan dan bantuan kepada masyarakat bukan Islam berbanding dengan Umno yang memerintah negeri-negeri yang lain. Pemerintahan PAS di Kelantan juga tidak menampakkan penindasan terhadap masyarakat Cina dan India seperti yang didakwa oleh Chua dan MCA. Umno takut diKristiankan, MCA takut diIslamkan Apa yang Chua dan MCA asyik ketengahkan lebih daripada seribu kali sehinggalah ke hari pendebatan semalam adalah apabila Pakatan berkuasa nanti, PAS akan menjadi lebih berkuasa daripada PKR dan DAP, sejurus itu akan merombak negara ini kepada sebuah negara Islam, seterusnya undang-undang Islam akan dikenakan terhadap semua orang tidak kira seseorang itu beragama Kristian, Buddha, Tao, Sikh dan sebagainya. Tetapi Chua sekali lagi telah lupa bahawa Umno dan presidennya Najib Razak tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Di dalam ceramah, siri penerangan di seluruh negara, Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin dan para pemimpin Umno yang lain asyik memberikan peringatan kepada orang ramai, khususnya masyarakat Melayu bahawa jika sekiranya Pakatan berkuasa, DAP akan memonopoli kuasa dalam kerajaan, meminda perlembagaan persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah negara Kristian berdasarkan undang-undang Katolik. Ini jelas menunjukkan bahawa Umno dan MCA sebenar-benarnya tidak sehaluan langsung di dalam gabungan BN. Pemimpin manakah yang bercakap benar? Umno takut negara ini akan diKristiankan oleh DAP, sementara MCA pula takut negara kita ini akan diIslamkan oleh PAS. Walaubagaima tidak sehaluan pun MCA dengan Umno, MCA dan parti-parti komponen BN yang lain tetap tunduk dan "kow tow" terhadap Umno dan agenda ketuanannya yang sungguh perkasa. Sewaktu para pemimpin Umno menonjolkan keperkasaan dan ancaman pertumpahan darah terhadap rakyat jelata, apakah MCA telah buat? Sewaktu pemuda Umno berkumpul di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur dan mengancam membakar bangunan pertubuhan tersebut, mengapa MCA tidak menyuarakan bantahan mereka? Sewaktu para pemimpin dan perwakilan Umno mengancam untuk membakar seluruh kota Kuala Lumpur dan menyalut keris mereka dengan darah masyarakat Cina, apakah MCA buat? Apabila masyarakat Cina diketepi dan didiskriminasikan, apakah MCA buat? Yang MCA buat cuma berdiam diri dan asyik menjanjikan "perbincangan tertutup" dengan Umno akan dibuat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Akan tetapi, yang kita lihat pada hari ini adalah agenda perkauman sempit yang dibawa oleh Umno ini telah menjadi semakin berleluasa dan tidak dapat dikawal lagi. Apakah MCA buat? Isu pendidikan Di dalam isu pendidikan pula Chua dan ahli-ahli MCA di dalam forum tersebut berulang kali mengecam DAP dan Pakatan mengenai pemerintahan tiga tahun mereka di negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak menampakkan penambahan sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK-Cina) ekoran daripada penambahan bilangan murid-murid berketurunan Cina. Malah ada yang menuduh Pakatan yang kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor enggan memberikan tanah untuk membina sekolah-sekolah Cina. Chua dan MCA sekali lagi lupa bahawa dasar pendidikan di negara kita ini adalah dikelolakan oleh kerajaan pusat selama ini dan kerajaan negeri langsung tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan di dalam menentukan sistem pendidikan di negeri masing-masing. Dasar tersebut adalah termaktub dengan jelas di dalam Akta Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Lupakah Chua pada apa yang telah berlaku di daerah Taiping, Perak sebelum ini? Sewaktu sekumpulan pemimpin masyarakat Cina di daerah tersebut mengunjungi seorang timbalan menteri pendidikan daripada MCA untuk mengemukakan permohonan untuk menubuhkan satu SRJK-Cina, pemimpin MCA tersebut menyampuk dan membalas "kita semua sekarang sudah ada banyak sekolah-sekolah Cina di negeri ini dan kalau nak ditambah sebuah lagi, saya fikir ini mustahil kerana Umno akan membantah sekiranya permohononan tersebut diteliti". Pada masa itu timbalan menteri pendidikan tersebut adalah seorang naib-presiden MCA. Jadi, siapakah sebenarnya tidak berusaha begitu bersungguh bagi memastikan agar masyarakat Cina menerima dan menikmati kemudahan-kemudahan dan peruntukan yang setimpal? Tumpuan MCA hanya perkauman Sepanjang perdebatan antara Lim dan Chua semalam, pemimpin MCA itu hanya berminat untuk menumpukan perhatiannya mereka terhadap isu perkauman dan begitu juga dengan lain-lain perkara seperti pendidikan dan dasar-dasar kerajaan. Chua sekali lagi telah lupa bagaimana Umno telah melayan MCA selama ini, malah perkara-perkara berbangkit dan soal yang melibatkan kepentingan negara seperti pembenterasan rasuah dan salahguna kuasa, kronisme di dalam parti dan kerajaan, pelbagai jenis skandal yang melibatkan kerugian berjuta-juta Ringgit tidak diketengahkan oleh pemimpin MCA itu untuk pengetahuan umum. Sementara di pihak Lim dan DAP pula, yang diketengahkan oleh Setiausaha-Agung DAP itu adalah dasar-dasar kerajaan yang cekap, telus dan amanah, pencegahan rasuah dan salahguna kuasa, hak kesamarataan, keadilan untuk semua rakyat, perkhidmatan yang efisien, penyaluran bantuan untuk semua rakyat, kemajuan dan memantapkan ekonomi negara, menaikan kadar pendapatan setiap isi rumah dan demokrasi yang menyeluruh di dalam negara, serta hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara. Kesemua yang diketengahkan oleh Lim dan DAP ini bukan sahaja untuk masyarakat Cina untuk menikmatinya malah semua kaum, tak kira sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Dayak akan juga berhak menikmati segala manfaat tersebut. Ianya melibatkan kepentingan negara dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Apa yang Chua dan MCA ketengahkan sepanjang perdebatan tersebut hanyalah bertumpu kepada satu kaum semata-mata dan bukannya untuk seluruh rakyat Malaysia pada amnya. Jika sekiranya MCA mendakwa ianya wakil masyarakat Cina yang paling berkesan, kenapa selama lebih 50 tahun MCA berada di dalam kerajaan, masyarakat Cina masih menghadapi ketidakadilan di dalam pelbagai dasar-dasar kerajaan dan pendidikan, masih terpinggit di dalam pelbagai faedah dan dianggap sebagai rakyat kelas dua. Dengan hanya mewakili satu kaum sahaja, kenapa MCA sehingga pada hari ini masih gagal untuk memastikan keadilan dan kesamarataan untuk masyarakat Cina di negara ini? malaysia chronicle | ||
Ceramah PKR diganggu lagi, kereta Anwar dipecahkan Posted: 19 Feb 2012 09:00 PM PST MALAYSIA KINI Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam. Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN. Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah. | ||
Apa masyarkat Cina benar-benar mahu? Posted: 19 Feb 2012 08:52 PM PST S Thayaparan Sekurang-kurangnya, kita sekarang maklum dan terima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa "PAS tidak pernah membunuh satupun orang Cina. Ini adalah kenyataan." Implikasinya, bahawa Umno pula? Adakah ini juga satu "kenyataan"? Jadi, masyarakat Cina tidak mempunyai apa yang perlu dibimbangkan. Oleh itu, mereka juga tidak perlu bimbang tentang hukum syariah yang PAS begitu cenderung untuk tegakkan; hudud tidak membunuh manusia, sebalik manusia yang melakukannya. Jika anda benar-benar adalah parti berbilang kaum, tidakkah betul untuk berhujah bahawa "PAS tidak pernah membunuh satupun rakyat Malaysia" (Sepanjang pengetahuan saya mereka tidak membunuh Kugan, Amirulrashid Amzah dan Ahmad Sarbani, - sekadar menamakan beberapa individu) dan adakah DAP benar-benar berpendapat bahawa pembunuhan Teoh Beng Hock adalah berkaitan perkaumandan bukan bermotifkan politik? | ||
PKR harap. Pas, Dap tidak termakan fitnah Posted: 19 Feb 2012 04:12 PM PST Wartawan Sinar Harian KANGAR - Pas dan DAP perlu mengetepikan fitnah berterusan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang." Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman berkata, dakwaan terbaru kononnya Anwar menyokong kewujudan negara Israel sebagaimana dilaporkan wartawan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini menyerlahkan kedangkalan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, sebagai pemimpin yang memperjuangkan al-Quran dan Sunnah sejak menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada 1970-an, Anwar tidak pernah berkompromi dengan ejen Amerika Syarikat sehinggalah dipenjarakan atas pertuduhan yang tiada kaitan dengan fitnah seks. "Sehingga hari ini, Anwar teruk dihentam media arus perdana dari pelbagai sudut sehingga maruah, kredibiliti dan integritinya dipermainkan tanpa diberi ruang memberi penjelasan. "Saya yakin Pas dan DAP tidak akan termakan fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar. Pengundi bukan Melayu kini lebih tidak sabar untuk memangkah calon PR pada PRU akan datang," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam. | ||
Kita kekal, tapi hadapi risiko batal pendaftaran Posted: 19 Feb 2012 04:09 PM PST Surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, yang ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan, Fison Yahaya, menggariskan lima kesalahan mengapa Kita tidak patut dibatalkan. Surat tunjuk sebab dialamatkan kepada Setiausaha Kita, Masrum Dayat diterima baru-baru ini. Langkah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ini dilihat menarik perhatian ketika cadangan Ketuanya, Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti itu masih diperkatakan oleh banyak pihak termasuk dibantah sebahagian kepimpinan parti itu. Cadangan membubarkan Kita itu bagaimanapun tidak diterima oleh anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP) yang bermesyuarat, Jumaat lalu. Ketika mengesahkan kedua-dua perkara itu, Masrum berkata, pihaknya akan menjawab surat tunjuk sebab sebagaimana dikehendaki oleh jabatan itu dalam tempoh ditetapkan. Surat bertarikh 9 Februari itu perlu dijawab sebelum 9 Mac. "Kami akan menjawab," katanya kepada Sinar Harian Online. Menurut jabatan itu, "cadangan pembatalan adalah kerana pertubuhan ini (Kita) dengan bersengaja melanggar peruntukan undang-undang berdaftar pertubuhan." Kita, menurut jabatan itu, telah bersengaja melanggar Fasal 11.3.2 Perlembagaan Kita melantik Datuk Pengiran Othman Rauf sebagai salah seorang pengerusi negeri tanpa melalui JEP. Selain itu, Kita juga dituduh "telah bersengaja melanggar Fasal 11.4 Perlembagaan parti kerana melantik Kottappan Suppiah sebagai anggota Biro Politik, yang bukan daripada kalangan anggota JEP yang dipilih dalam persidangan perwakilan tahunan." Di bawah kesalahan ketiga, Kita dituduh telah bersengaja melanggar Fasal 17.1 kerana melantik Masrum sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keahlian pada 25 Februari 2011 tanpa melalui JEP. Kita juga didakwa telah bersengaja melanggar Fasal 12.3.4 Undang-undang Berdaftar Persatuan kerana minit mesyuarat JEP bertarikh 29 Jun lalu tidak disediakan oleh setiausaha parti. Parti itu juga didakwa telah bersengaja melanggar Fasal 17.1 Perlembagaan Parti kerana Masrum ketika dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keahlian bukan ahli parti. Masrum ketika ditanya sama ada pihaknya terkejut dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan berkata, pihaknya terkejut kerana agensi itu menghantar surat tunjuk sebab meminta penjelasan yang sama sedangkan kesemua lima perkara itu sudah pun dijelaskan ketika pegawainya datang mengambil keterangan beberapa bulan yang lalu. "Saya terkejut kerana surat tunjuk sebab menggariskan perkara yang sama, yang sudah dijawab ketika siasatan dijalankan sebelum ini. "Bagaimanapun, kami akan tetap menjawab surat mereka," katanya lagi. Ketika menjelaskan perkembangan mesyuarat JEP yang diadakan Jumaat lalu, Masrum berkata, jawatankuasa itu sebulat suara memutuskan Zaid perlu terus mengetuai Kita dan parti itu tidak akan dibubarkan. "Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa (EGM) tidak perlu, dan tidak akan diadakan. Ini keputusan sebulat suara mesyuarat JEP," katanya. Bulan lalu, Zaid mengumumkan hasratnya mahu membubarkan Kita. Beberapa pemimpin negeri membantah cadangan itu. Masrum juga berkata, Mesyuarat Perwakilan Tahunan yang sepatutnya diadakan minggu ini ditangguhkan sehingga pertengahan April depan. | ||
Imigresen Batam serah Helmi kepada polis Posted: 19 Feb 2012 04:04 PM PST Oleh Safeek Affendy RazSuspek edar gambar bogel EXCO tunggu dakwaanKUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Helmi Hazimin Malek, 37, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar separuh bogel EXCO wanita kerajaan Selangor dan ditahan Imigresen Indonesia 3 Februari lalu, diserahkan kepada Polis Batam untuk siasatan susulan. Beliau berkata, siasatan polis akan menjurus kepada dari mana suspek memperoleh dokumen palsu republik berkenaan dan tiada kemungkinan dia diekstradisi ke Malaysia dalam tempoh terdekat. "Dia akan diadili di Indonesia kerana kesalahan menggunakan dokumen pengenalan pengenalan diri palsu," katanya. Helmi dipercayai memasuki Batam melalui pelabuhan antarabangsa Tanjung Balai, Karimun menggunakan pasport Malaysia pada 15 Februari 2009 sebulan sebelum waran tangkap terhadapnya dikeluarkan polis Malaysia berhubung siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata polis Malaysia belum menerima maklumat mengenai kesalahan Helmi di sana dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Indonesia. "Kita harus menghormati undang-undang Indonesia, segala keputusan dan tindakan yang dibuat di sana (Batam) adalah di bawah kuasa mereka. "Helmi perlu menjalani hukuman atas kesalahan yang dilakukan sebelum dia dihantar kembali ke negara ini untuk disiasat atas kesalahan di sini," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan