Isnin, 20 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


PENYANYI HIP HOP ROGOL ANAK TIRI

Posted: 20 Feb 2012 06:20 AM PST


Gambar Hiasan
Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

"Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam)," katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.kl-today


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BONGKAR !!! KAPAL ISRAEL BERULANG ALIK KE MALAYSIA BEB...

Posted: 19 Feb 2012 11:00 PM PST


Ashdod dan Haifa Israel ke Pelabuhan Klang Malaysia


Haifa Israel ke Pelabuhan Klang Malaysia


Ashdod Israel ke Pelabuhan Klang Malaysia


Ashdod Israel ke Pelabuhan Tanjung Pelepas Malaysia

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia


20 Febuari 2012

Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia. Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Kelang di Selangor.

Terdapat juga laluan perdagangan lain antara Israel-Malaysia termasuklah melibatkan beberapa pelabuhan utama kedua-dua buah negara yang kononnya tidak mempunyai hubungan diplomatik ini. Antaranya ialah Haifa(Israel)-Pelabuhan Klang, Ashdod(Israel)-Pelabuhan Klang dan Ashdod(Israel)-Tanjung Pelepas dan Ashdod(Israel)- WestPort Klang.

Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. (klik sini untuk baca lanjut). Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno.

SAMM bagi pihak rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin masih menuntut jawapan dari regim mengenai pendedahan Malaysia menghantar sawit bagi membantu ekonomi Israel. (klik sini untuk data).


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

email : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
website: www.anakmudamalaysia.com



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

EDISI MELETOPP! Anwar Ibrahim masuk UMNO?

Posted: 19 Feb 2012 08:06 PM PST

Kapal Israel berlayar di Malaysia? 
UMNO cakap Anwar Ejen Israel.


Hubungan Malaysia-Israel?
UMNO cakap Anwar simpan duit di Israel.


Israel Kejam?
UMNO cakap Anwar tolong.






Apa salah umno merupakan salah Anwar Ibrahim!
Kapal Israel boleh berdagang di Malaysia disebabkan Anwar yang memerintah negara sekarang. Sebab tu Anwar benarkan Kapal Israel berdagang di Malaysia. Siapa yang menjadi kerajaan sekarang? UMNO or Pakatan Rakyat ?


Kalau Anwar yang menjadi ejen Israel, bermakna Anwar adalah orang UMNO...hahahahahaha!! sebab salah UMNO, Anwar disalahkan..umnuuu mengongg..


HAHAHAHAHAHAHA!! UMNO KINI SELAMANYA TERUS TOLOL DAN SAMDOL!


Gua tak nak cakap pasal tu, sebab Anwar akan terus bersama Pakatan Rakyat, hanya ingin rakyat sedar UMNO itulah kaki fitnah dan selamanya FITNAH!!


Sebelum ini JINGGA 13 pernah bongkarkan Isu Malaysia-Israel iaitu Jadual kapal pelayaran Israel di Pelabuhan KLANG, MALAYSIA... SIAPA BENARKAN? KALAU BUKAN MENTERI DARI UMNO...


dan Sah! 


ini gambar Jadual tersebut !


JINGGA 13 pun pergi tengok kapal mana mau berlayar ! ternyata memang benar KAPAL ZIM berlabuh di KLANG




Setelah gambar tersebut tersebar, 


kami cuba dapatkan jadual seterusnya, tetapi inilah hasilnya.......




Tidak boleh buka!! Atas arahan siapakah Website kapal Israel untuk berlabuh di Malaysia dipadam???


otaiJINGGA : siapa takut? siapa benar? siapa salah? siapa menteri? kita kena kenal siapa mereka!



wikimalay

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Samseng Umno-APCO Pecahkan Cermin Kereta Anwar Ibrahim Di Sembrong

Posted: 19 Feb 2012 04:32 PM PST



Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.





Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.



Perangai samseng Umno menjadi-jadi



Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak  melontar kata-kata kesat.


Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.


Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.



Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta  'dipecahkan sendiri'.



"Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui Twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.



Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.


jalanpulang1978


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: