DUNIACACAMARBA |
- Apa Alasan "Bodoh" Ezam Debat Najib-Anwar Tidak Wajar Dijalankan?
- [Video] Hubungan DAGANG Malaysia-Israel Guna 4 PELABUHAN
- Remaja Menyamar Penguat Kuasa Agama, Arah Pasangan Bogel
- Video Bogel: Pelakon Tolak Persamaan Cincin dan Fizikal
- Pemimpin Gagal Bentuk Sahsiah Keluarga, Ridhuan Tee Nasihati Siapa?
- Lelaki Culik, Panggang Budak
- Kerana Benarkan Kekasih Rakam Gambar Bogel, Janda Jadi Hamba Seks 6 Bulan
- Isteri Pakat dengan Kekasih Upah Remaja Bunuh Suami
- Penyanyi Hip Hop Didakwa Perkosa Anak Tiri Sejak Usia 7 Tahun
- Curang LAWAN Curang
Apa Alasan "Bodoh" Ezam Debat Najib-Anwar Tidak Wajar Dijalankan? Posted: 20 Feb 2012 07:00 AM PST Saya petik: [SH] KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang "bahaya." Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara. "Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada majlis perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam. Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin. Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara. "Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," katanya. P/s: Apalah bangangnya alasan Si Ezam ini? Macam ini pemikiran seorang senator? Orang macam ini UMNO jadikan sebagai "pahlawan perang"? | ||||||||
[Video] Hubungan DAGANG Malaysia-Israel Guna 4 PELABUHAN Posted: 20 Feb 2012 06:00 AM PST Saya petik: [TVS] SHAH ALAM, 20 FEB: Malaysia dan Israel menjalin hubungan dagang menerusi empat pelabuhan di negara zionis tersebut melalui Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas, Johor. Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Baharin atau lebih dikenali dengan Chegu Bad berkata menerusi carian laman web www.linescape.com pihaknya telah menemukan beberapa transaksi. Menurut Chegu Bad hubungan dagang tersebut didakwa melibatkan syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dengan menggunakan pelabuhan Haifa (Israel) terus ke Pelabuhan Klang. "Terdapat juga laluan perdagangan lain antara Israel-Malaysia termasuklah melibatkan beberapa pelabuhan utama kedua-dua buah negara yang kononnya tidak mempunyai hubungan diplomatik. "Antaranya ialah Haifa(Israel)-Pelabuhan Klang, Ashdod(Israel)-Pelabuhan Klang dan Ashdod(Israel)-Tanjung Pelepas dan Ashdod(Israel)- WestPort Klang." kata beliau. Menurut beliau sikap hipokrit kerajaan Malaysia membuktikan helah politik untuk menipu rakyat negara ini sedangkan hakikatnya Malaysia- Israel merupakan rakan dagang yang baik. "Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah sebuah tuduhan terdesak serta memperkukuhkan lagi amalan fitnah yang diamalkan Mahathir selama ini. "Sedangkan data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno." jelas beliau yang juga Ketua Cabang Rembau. Sehubungan itu SAMM meminta rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin menuntut jawapan dari kerajaan mengenai pendedahan terbaru tersebut. Pada 8 Febuari 2012 lalu, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel. Namun tiada jawapan rasmi dari kerajaan. Pada hari yang sama SAMM telah dihantar kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa serta salinan ke Perdana Menteri dan pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini. Sementara dalam 'Index Mundi' dan IMF menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012. Melalui index tersebut mencatatkan Syarikat Sime Darby dari Malaysia terlibat dalam urusan penjualan minyak sawit tersebut. Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan (GLC) hasil penggabungan Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby yang menimbulkan kontroversi pada awal tahun 2000 lalu. P/s: Anti-Israellah konon, LAHANAT! | ||||||||
Remaja Menyamar Penguat Kuasa Agama, Arah Pasangan Bogel Posted: 20 Feb 2012 04:40 AM PST Saya petik: [Bernama] DUNGUN: Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan. Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu. Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan. Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian. Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum. Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya. Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan. Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri. Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri. Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis. Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. | ||||||||
Video Bogel: Pelakon Tolak Persamaan Cincin dan Fizikal Posted: 20 Feb 2012 04:03 AM PST Saya petik: [Mstar] PETALING JAYA: Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut. Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini. "Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu? "Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri. "Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Melia berkata dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan. "Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman. "Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu. "Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah," katanya. Ketika ditanya adakah dia menganggap penyebaran video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini. "Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini. "Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari," katanya yang menjalani kehidupan seperti biasa sejak dilanda kontroversi itu. Terbaru, aktres muda ini baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Titisan untuk saluran RTM di Kuala Kangsar, Perak. | ||||||||
Pemimpin Gagal Bentuk Sahsiah Keluarga, Ridhuan Tee Nasihati Siapa? Posted: 20 Feb 2012 02:00 AM PST
Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 20 Feb — Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan kebanyakan pemimpin sekarang kerana gagal membentuk sahsiah keluarga mereka dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) ini menjelaskan, pemimpin sedemikian tidak boleh dijadikan contoh kepada masyarakat dan generasi akan datang. "Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka yang perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan. "Bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik," katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam. Tambahnya, Islam menggalakkan masyarakat menegur pemimpin kerana tindak tanduk pemimpin berkenaan akan menjadi bualan rakyat. Jelasnya, menegur pemimpin dan keluarga mereka tidak melanggar hak asasi, malah, sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu akan menjadi sasaran musuh politik yang beliau sendiri tidak mahu itu berlaku. Menurutnya lagi, jika isteri atau suami mengetahui terdapatnya ahli keluarga mereka melakukan maksiat dan perbuatan yang tidak bermoral, mereka perlu menegur, bukannya mempertahankan apa yang dilakukan itu. "Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegakkan benang yang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang," katanya di petik Sinar Harian. Katanya, pemimpin itu tidak perlu bercakap mengenai integriti dan memberi nasihat kepada orang lain sekiranya diri sendiri tidak betul dan perbuatan itu tidak selamanya boleh menyelamatkan dirinya.
P/s: Kalau nak tengok sahsiah dan penampilan anak-anak pemimpin Malaysia, terutama daripada UMNO, google sahaja di internet. | ||||||||
Posted: 20 Feb 2012 01:30 AM PST Saya petik: [BH] MEERUT: Seorang lelaki India yang ditangkap kerana menculik seorang kanak-kanak memeranjatkan pihak polis apabila mendakwa dia memanggang kanak-kanak yang diculik tetapi tidak dapat dijualnya dan kadang kala turut memakan daging mereka. Ketua polis, Rajiv Krishna berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sekiranya dakwaan lelaki berkenaan adalah benar. Polis berkata penduduk kampung menangkap lelaki berkenaan ketika dia cuba melarikan diri bersama seorang kanak-kanak yang diculik, Sadique, 12, dari Bhoor baral di daerah Meerut. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia sebelum ini pernah menculik beberapa kanak-kanak dan menjual mereka dalam keretapi yang bergerak. "Dia berkata, dia turut makan daging kanak-kanak yang tidak dapat dijualnya," kata seorang pegawai polis itu. Penduduk kampung sebelum itu mengadu kehilangan seorang kanak-kanak dari kampung terbabit, Azad yang sehingga kini tidak pernah ditemui. "Kami akan menyiasat dakwaannya itu dan menghubungi pakar psikiatri di Agra dan Bareilly," kata Rajiv Krishna. Polis menghantar suspek mendapatkan rawatan dan menantikan laporan kesihatan sebelum mengambil tindakan. – Agensi | ||||||||
Kerana Benarkan Kekasih Rakam Gambar Bogel, Janda Jadi Hamba Seks 6 Bulan Posted: 20 Feb 2012 12:20 AM PST Saya petik: Janda dua anak hampir bunuh diri, tertekan diugut bekas teman lelaki [BH] KUALA LUMPUR: Seorang janda beranak dua yang mendakwa menjadi hamba seks bekas teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu hampir mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana amat tertekan dan tidak tahan diperlakukan sedemikian. Gara-gara terlalu percayakan lelaki yang dikenalinya sejak bersekolah menengah di Kepong pada tahun 2000, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, terjerat dengan janji manis bekas teman lelakinya mahu mengahwininya apabila mereka bertemu semula pada 2010. Mimpi ngeri Woon bermula kira-kira empat bulan lalu selepas lelaki itu mengugut akan menyebarkan lebih 80 gambar bogelnya melalui internet sekiranya beliau menolak untuk mengadakan hubungan seks selepas hubungan cinta mereka berakhir. Woon yang berasal dari ibu negara, berkata semua gambar bogel itu diambilnya sendiri sebelum menghantar melalui e-mel kepada lelaki itu atas permintaan teman lelakinya sebagai tanda cinta kepada lelaki berkenaan enam bulan lalu. "Dia yang minta saya ambil gambar itu dan hantar kepadanya melalui e-mel dan kerana terlalu sayang dan mempercayainya, saya ikutkan kehendaknya. "Dua bulan selepas berpisah, dia mula menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak saya melakukan hubungan seks dan bila saya tolak, dia ugut akan sebarkan gambar bogel saya. Kerana takut dan malu, saya terpaksa ikut kehendaknya," katanya pada sidang media di Biro Pengaduan MCA, di sini, semalam. Woon, seorang peniaga mendakwa sejak lebih empat bulan lalu dirinya diperlakukan seperti hamba seks kerana tidak mampu menolak setiap kali lelaki itu menagih seks daripadanya kerana bimbang gambar bogelnya disebarkan. "Pada 9 Februari lalu, dia sekali lagi hantar SMS mengajak melakukan hubungan seks, namun saya menolak. Tidak lama kemudian dia hantar tiga keping gambar bogel saya ke telefon bimbit saya untuk mengugut. "Saya berasa amat tertekan hingga mahu membunuh diri, namun mengawal diri demi anak. Akhirnya, saya menceritakan masalah itu kepada adik perempuan saya yang kemudian menasihatkan supaya saya berterus terang kepada teman lelaki baru saya serta membuat laporan polis," katanya. Woon berkata, beliau bernasib baik kerana keluarga dan teman lelaki barunya memahami masalah dihadapinya dan menyerahkan kepada polis kerana tidak mahu lagi hidup dalam ketakutan. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata sejak awal tahun ini, beliau menerima tiga aduan seakan-akan sama seperti Woon dan 14 aduan sama sepanjang 2011. P/s: Sila ambil pengajaran! | ||||||||
Isteri Pakat dengan Kekasih Upah Remaja Bunuh Suami Posted: 19 Feb 2012 11:30 PM PST Saya petik: [HM] PETALING JAYA: Kematian seorang pemandu lori ditikam di rumahnya di flat Taman Petaling Utama, Jalan PJS 1/52, di sini, Khamis lalu, dipercayai didalangi isterinya yang mengupah empat remaja lelaki untuk melakukan pembunuhan itu. Suspek disyaki merancang komplot membunuh suaminya apabila hubungan sulitnya dengan seorang lelaki muda diketahui mangsa. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata isteri pemandu lori berusia 34 tahun itu disyaki berpakat dengan kekasihnya berusia 22 tahun untuk membunuh mangsa berikutan dia menghalang hubungan mereka yang sudah terjalin lebih setahun. Menurutnya, siasatan mendapati pasangan kekasih itu yang kini menjadi suspek utama kes berkenaan mengupah empat remaja lelaki, termasuk dua pelajar berusia 16 tahun untuk membunuh mangsa dengan menyediakan upah sebanyak RM5,000 seorang. "Pada hari kejadian empat remaja terbabit dan suspek utama lelaki memasuki rumah mangsa dengan bantuan wanita berkenaan yang membukakan pintu sebelum mereka menyerang mangsa sedang tidur.
"Mangsa ditikam dengan parang di belakang badan dan tangan sebelum berlari keluar dalam keadaan berlumuran darah untuk mendapatkan bantuan. Dia bagaimanapun maut akibat kecederaan parah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, semalam. | ||||||||
Penyanyi Hip Hop Didakwa Perkosa Anak Tiri Sejak Usia 7 Tahun Posted: 19 Feb 2012 10:00 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam. Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin. Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu. "Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam)," katanya, semalam. Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain. P/s: Tidak cukup mak, anak tiri pun tibai? Macam syaitan! | ||||||||
Posted: 19 Feb 2012 09:18 PM PST Saya petik: [SH] BATU PAHAT – Seorang lelaki yang kecewa terhadap kecurangan isterinya mengambil keputusan membalas dendam dengan memadu asmara bersama perempuan lain di sebuah rumah kedai usang di sini. Bagaimanapun nasib lelaki itu yang merupakan warga Indonesia malang apabila perbuatannya berjaya dihidu penduduk kampung lalu dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat kira-kira jam 1 pagi semalam. Timbalan Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit sanggup menjadikan sebuah rumah kedai yang telah terbiar dan berbau busuk di Sri Gading untuk memuaskan nafsu mereka. "Ketika diserbu, rumah kedai berkenaan berada dalam keadaan gelap sebelum beberapa anggota penguat kuasa bertindak mengepungnya. "Tiba-tiba seorang lelaki meluru keluar menerusi pintu belakang. Bagaimanapun tindakan nekadnya gagal kerana diberkas anggota yang berkawal di pintu belakang rumah kedai itu," katanya. Saiful Ariffin berkata, pemeriksaan penguatkuasanya kemudian mendapati ada tangga yang menghubungkan ruang unit bilik atas rumah kedai itu sebelum menemui pasangan lelaki terbabit bersembunyi sebalik pintu. "Pasangan berusia 42 dan 45 tahun masing-masing berasal dari Jawa Timur, Indonesia dan lelaki terbabit sudah tiga tahun menetap selain bekerja sebagai buruh binaan di sini. "Difahamkan lelaki terbabit mengakui mempunyai isteri di negara asalnya malah memiliki seorang anak berusia 14 tahun. Bagaimanapun selepas mengetahui kecurangan isterinya, dia bertindak 'membalas dendam' dengan mengadakan hubungan dengan perempuan lain," katanya. Menurut Saiful Ariffin, berdasarkan siasatan, kedua-duanya gagal membuktikan mereka pasangan suami isteri yang sah. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut. "Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan, bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. P/s: Gila! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan