Rabu, 15 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KSSB Hantar Surat Pada Noh Untuk Semuka

Posted: 15 Feb 2012 04:38 AM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM : Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) hari ini telah menghantar surat kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar berhubung dakwaan salahlaku kakitangan KSSB dalam isu pengendalian pasir di Selangor.

Dalam kenyataan medianya berkata, surat ini dihantar bagi mendapatkan persetujuan supaya dapat menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk mengadakan satu perjumpaan bersama 3 orang Ahli Lembaga Pengarah Bebas KSSB.

Lembaga Pengarah Bebas tersebut di wakili Tuan Haji Sabtu Md. Ali , Cheong Seng Gee, dan Ganabatirau Veraman.

"Perjumpaan ini bagi membolehkan KSSB mendapatkan gambaran yang tepat supaya tindakan yang seterusnya dapat diambil.

"Pihak KSSB amat memandang serius tentang dakwaan salahlaku ini dan berharap agar perjumpaan yang bakal diadakan dapat menyelesaikan segala dakwaan dan salahlaku terhadap KSSB," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memohon kerjasama Transparency Internasional (TI) bagi menemubual Noh untuk mencari kesahihan dakwaannya itu.

Sabtu lalu Noh mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Noh mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

Halimah: Kesal Umno/BN Guna Sekolah Untuk Politik

Posted: 15 Feb 2012 04:32 AM PST

Oleh Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri membidas tindakan terdesak Umno/BN yang sanggup menggunakan premis institusi pendidikan untuk menyampaikan agenda politik mereka, demikian tegas Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

"Difahamkan sejak akhir-akhir ini terdapat sebilangan ahli politik yang mempolitikkan sekolah-sekolah.

"Kerajaan Selangor sama sekali tidak mahu premis sekolah ini disalahgunakan," beritahu Halimah yang ditemui selepas Mesyuarat Exco di SUK siang tadi.

Halimah turut berkongsi aduan yang diterimanya pada hari ini bahawa Sekolah Menengah Sri Andalas menjadi sasaran Umno/BN untuk menyampaikan agenda politik mereka.

"Mereka mewajibkan kehadiran guru-guru manakala pelajar telah diarah untuk pulang lebih awal bagi memberi ruang kepada program mereka bersama guru-guru.

"Guru-guru juga seolah-olah diugut untuk wajib hadir," ulas Halimah kesal.

Lebih mengecewakan menurut Halimah, keadaan ini akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah ekoran kelas-kelas yang terpaksa dibatalkan demi memenuhi tuntutan program Umno/BN itu.

"Kami sangat-sangat prihatin. Kerajaan Selangor menyediakan kelas-kelas tambahan melalui Program Tuisyen Rakyat Percuma.

"Tetapi kami tidak akan sesekali mengganggu proses yang telah berjadual di sekolah-sekolah," tegas Halimah yang juga merupakan Adun Selat Klang.

Sehubungan itu, Halimah kesal dengan tindakan Umno/BN agar tidak menggunakan premis-premis sekolah lebih-lebih lagi ketika waktu persekolahan semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Noh Di Minta Sedia Dedah Isu Pasir Kepada TI

Posted: 15 Feb 2012 04:30 AM PST

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Transparency Internasional (TI) akan menemui Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bagi mendapatkan bukti dakwaannya sebelum ini berhubung penyelewengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pengurusan pasir.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya memohon kerjasama badan itu bagi menemubual Noh untuk mencari kesahihan dakwaannya itu.

"Jika benar Noh Omar mempunyai bukti seperti mana yang didakwanya itu, beliau sewajarnya memberi kerjasama kepada TI dan segala kebenaran akan dibentangkan kepada umum kelak.

"Kami (Kerajaan Negeri) mengharapkan kerjasama itu berlangsung dengan baik,"katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini hari ini.

Sebelum ini, pada Sabtu lalu Noh mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Noh mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

Menjawab dakwaan ini, Khalid berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan TI diberi kebebasan penuh untuk memantau syarikat milik penuh Kerajaan Negeri itu.

Menurut beliau pegawai SPRM dibenarkan memasuk secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

Selain itu, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau TI dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.

Inisiatif ini dibuat kerajaan negeri bagi memastikan syarikat ini diurus secara telus dan bertanggungjawab.

"Saya sangat berharap Noh Omar bersiap sedia bertemu dengan wakil TI,"jelasnya.

Selain itu kerajaan negeri juga telah memperuntukan RM20 juta kepada orang ramai untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan rasuah di Selangor.

Azmin: Polis benar himpun, kenapa perlu siasat lagi?

Posted: 15 Feb 2012 04:16 AM PST

Oleh: Norutul Ilham


KEPONG : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan tindakan polis menyiasat beliau berhubung perhimpunan aman 9 Januari lalu, sedangkan pihak berkuasa itu sendiri memberi kebenaran untuk berhimpun.


Beliau hari ini hadir memberi keterangan di Balai Polis Kepong dan disiasat selama kira-kira sejam di bawah Seksyen 41 A Akta Hasutan 1948.

Menurut Azmin, siasatan polis itu berdasarkan laporan polis dibuat Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan pada 30 Disember tahun lalu.

Namun katanya, pada 6 Januari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah pun memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Jadi mengapa harus diadakan siasatan lagi, ini merupakan satu lagi bentuk gangguan untuk menghentikan suara pemimpin Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai siasatan.

Azmin juga menyatakan kehairanan mengapa beliau dipanggil polis, sedangkan namanya tidak ada dalam laporan polis yang dibuat ACP Zakaria.

"Peliknya, laporan yang dibuat itu tidak menyertakan nama saya, tetapi saya dipanggil hari ini.

"Saya amat kecewa atas tindakan itu yang hanya untuk menekan dan menutup suara Pakatan Rakyat dengan menggunakan Akta Hasutan, terutamanya kepada pemimpin Pakatan," ujar beliau.

17 nama dalam senarai polis

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Suredran yang menemani Azmin memberitahu sebanyak 17 nama disebut dalam senarai yang terlibat dalam menganjurkan perhimpunan itu, termasuk Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pemimpin pembangkang lain.


Nama-nama itu disebut dalam laporan polis oleh ACP Zakaria.

Selain Ambiga, mereka antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Manakala aktivis yang termasuk dalam senarai itu, Hishamuddin Rais, Maria Chin Abdullah, Badrul Hisham Shaharin, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat, Edmond Bond dan E Nalini.

Menurut Surendran, polis juga menggunakan kuasa mereka di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah iaitu polis memiliki kuasa untuk menangkap tanpa waran ke atas sesiapa yang disyaki mengganggu ketenteraman.

"Sekali lagi polis menggunakan kuasa mereka mengganggu pembangkang dan hanya menyebelahi pihak kerajaan," katanya.

Pada 9 Januari lalu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan Aman bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika hari keputusan perbicaraan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Polis membenarkan himpunan aman itu dianjurkan dengan meletakkan beberapa syarat, termasuk tidak boleh melebihi 5,000 orang berkumpul di tempat letak kereta di kawasan perkarangan mahkamah berkenaan.

NFC: Menteri sahkan pecah amanah, namun tiada tindakan- Guan Eng

Posted: 15 Feb 2012 04:13 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang didakwa menyalahguna dana National Feedlot Corporation (NFCorp).

Beliau berkata, pihak berkuasa juga gagal mengambil sebarang tindakan meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengesahkan NFCorp telah melakukan pecah amanah dan melanggar syarat pinjaman mudah kerajaan.

"Rakyat Malaysia kini menuntut untuk tahu mengapa SPRM dan pihak polis tidak bertindak terhadap mereka yang bertanggungjawab, apabila menteri undang-undang sendiri menyatakan skandal RM250 juta projek lembu dan kondo NFC merupakan pecah amanah," kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Pada 22 Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membentuk pasukan siasatan yang diketuai Pengarah Siasatan, Datuk Mustafar Ali bagi menyiasat skandal itu.

Manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Syed Ismail Syed Azizan juga memberitahu pihak polis telah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan semula kertas siasatan mereka kepada peguam negara.

"Dalam erti kata lain, telah banyak siasatan dan peralihan tanggungjawab, tetapi tiada sebarang tindakan diambil," ujar Guan Eng.

Menurutnya lagi, Nazri dalam kenyataannya baru-baru ini juga mendedahkan kegagalan kerajaan untuk mengadakan tender terbuka bagi projek tersebut,yang menunjukkan berlakunya unsur penyelewengan.

"Di negara-negara maju yang komited untuk memerangi rasuah, kegagalan untuk mengadakan tender terbuka adalah sama seperti perbuatan rasuah," ujar Guan Eng.

Semalam, Nazri yang memegang portfolio undang-undang berkata, NFC melanggar syarat perjanjian pinjaman mudah dan melakukan pecah amanah apabila wang yang disalurkan kepada syarikat itu diguna untuk tujuan lain.

"Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkan kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah.

"Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah," katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

Beranikah Najib menurut kata-kata menterinya sendiri?

Posted: 15 Feb 2012 04:11 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Beranikah Datuk Seri Najib Razak menurut kata-kata dari dua Menterinya sendiri supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengembalikan RM250 juta dari wang yang digunakan dalam skandal lembu dan kondo Pusat Fidlot Nasional (NFC)?

Dalam masa sama beranikah Perdana Menteri menjadikan bantuan kewangan RM100 kepada pelajar sekolah dan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai program tahunan, dan bukan gula-gula politik menjelang piliha raya umum sahaja?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Barisan Nasional patut peka bahawa RM250 juta digunakan Shahrizat dan keluarganya untuk perbelanjaan peribadi itu adalah dari dana umum duit rakyat.

Katanya, mengembalikan duit sahaja tidak mencukupi, malah perlu diambil segera tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, selain Shahrizat sendiri patut sedar diri untuk letak jawatan.

MengulaBeliau mengulas Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mendesak Shahrizat membayar balik wang RM250 juta itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dipetik oleh media sebagai berkata:

"Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan… Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini."

Namun, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan bahawa kenyataan Nazri hanya separuh berani kerana kerajaan UMNO-BN masih takut untuk melaksanakan sistem tender terbuka, sebagaimana yang diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menempelak pemberian wang RM100 dan RM500 kepada pelajar sekolah dan keluarga miskin kerana ia hanya melaksanakan inisiatif itu menjelang musim pilihan raya sahaja, dan bukan diberi setiap tahun.

Menurutnya, tidak kira sama ada pengurusan dan prestasi ekonomi lemah, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan golongan miskin terpelihara.

Tambah beliau, kegagalan untuk Najib bertindak dalam skandal ini menunjukkan betapa gagalnya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membasmi rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan.

"Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi merupakan penghinaan kepada standard kebiasaan kewangan, amanah dan kebertanggungjawaban. Rakyat Malaysia menuntut supaya tindakan diambil serta merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng menjelaskan bahawa walau pun bajet negeri Pulau Pinang 200 kali ganda lebih kecil daripada bajet kerajaan persekutuan BN, ia masih mampu memberi jaminan bantuan kewangan tahunan kepada golongan yang memerlukannya.

"Tidak ada sebab kenapa BN tidak berani membuat komitmen tahunan yang serupa," katanya menjawab kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini menyatakan bahawa bantuan kewangan kerajaan BN hanya boleh diteruskan jika ekonomi terus berkembang. – Roketkini.com

Lagi silap kerajaan UMNO-BN, beli gula lebih tinggi dari harga pasaran dunia

Posted: 15 Feb 2012 04:10 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Harga gula sedunia semakin turun tetapi kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah mengimport gula dengan harga yang lebih tinggi, menambah beban dalam meningkatkan pembaziran wang rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, keputusan kerajaan UMNO-BN untuk mengimport gula pada harga US$26 per 100 paun – sedangkan harga terakhir Disember 2011 adalah US$23.42 per 100 paun – menyebabkan kerugian besar dan menambah beban subsidi.

Katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan awal bulan ini bahawa kerajaan telah memeterai kontrak 3 tahun untuk mengimport gula mentah pada harga US$26 untuk setiap 100 paun yang ditandatangani pada bulan lalu.

"Mengapa Kerajaan menandatangani kontrak 3 tahun untuk membeli gula pada US$26 setiap 100 paun sedangkan harga terakhir yang diniagakan gula pada Disember 2011 adalah pada USD23.42 setiap 100 paun, iaitu 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, subsidi gula terpaksa ditambah bagi menanggung peningkatan kos sebagaimana yang diumumkan oleh Ismail, iaitu subsidi gula terpaksa dinaikkan daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram.

Ini bermakna kerajaan perlu membayar RM567 juta untuk subsidi gula tahun ini berbanding RM262.4 juta pada tahun lepas, dan kesilapan kerajaan membeli dengan harga yang tinggi akan membazirkan RM64 juta.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hairan dengan keputusan kerajaan untuk 'mengunci' pada harga yang lebih tinggi sedangkan trend menunjukkan bahawa harga gula sedang jatuh.

Katanya, setelah mencapai harga puncak US$29.47 setiap 100 paun pada Julai 2011, harga gula telah turun secara konsisten setiap bulan, iaitu daripada US$28.88 pada Ogos kepada US$26.64 (September), US$26.30 (Oktober), US$24.52 (November) hinggalah kepada US$23.42 (Disember) setiap 100 paun.

Tambah beliau lagi, laporan media Bloomberg pada 5 Februari lalu memetik kenyataan Macquarie Group Ltd bahawa harga gula akan jatuh lagi kepada 18sen setiap paun kerana adanya lebihan untuk musim 2011-2012.

"Jika ini benar, maka Malaysia akan kehilangan RM491 juta setiap tahun. Jika kita telah membeli pada harga rendah dan bukannya menambah subsidi, Malaysia boleh mengurangkan subsidi gula tanpa meningkatkan harganya," katanya.

Menurut Pua, Ismail dengan angkuhnya berkata, 'saya ingatkan anda bahawa kerajaan adalah bijak" apabila telah mengumumkan perjanjian jangka panjang yang akan membazirkan wang rakyat itu.

"Apa yang dilihat sekarang ialah kerajaan UMNO-BN kelihatan bodoh dalam percubaannya untuk tunjuk pandai dan ianya akan membebankan pembayar cukai beratus-ratus juta ringgit dan itu tidak sepatutnya berlaku," tambah beliau.

Beliau turut mempertikaikan mengapa kerajaan yang mengunakan wang rakyat yang perlu mengimport sendiri gula mentah sedangkan ia patut dilakukan oleh Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd pada harga yang paling rendah.

Menurutnya, kedua-dua syarikat itu perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bukannya diberi keistimewaan serta perlindungan oleh kerajaan UMNO-BN daripada menghadapi risiko pasaran. – Roketkini.com

Hutang kroni beratus juta guna wang rakyat, kerajaan Najib kata tak perlu bayar?

Posted: 15 Feb 2012 04:08 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional mesti menjelaskan kepada rakyat mengapa ia menghapuskan RM589 juta pembayaran yang patut dibuat oleh Tan Sri Tajudin Ramli atas kerugian yang melibatkan pengambilalihan Malaysia Airlines (MAS) setelah diarahkan oleh mahkamah.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Tajudin Ramli kini bebas begitu sahaja bebas daripada kewajipan yang diarahkan mahkamah untuk membayar balik jumlah itu tidak termasuk kadar faedah kepada Pengurusan Danaharta Bhd, sebuah agensi yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi memihak kepada Danaharta dan dua anak syarikat di atas jumlah yang tertunggak sepenuhnya dan telah mengarahkan Tajudin untuk membayar faedah sebanyak 2 peatus di atas kadar pinjaman asas Malayan Banking Bhd sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya.

Mahkamah juga telah menolak tuntutan balas Tajudin bernilai lebih RM14 bilion tidak termasuk ganti rugi dan kos.

Tuntutan Danaharta adalah kerana Tajudin didakwa ingkar atas pinjaman bersindiket RM1.792 bilion, yang diambil pada tahun 1994 untuk mengambil alih kepentingan 32% kerajaan dalam MAS.

Tajudin mendakwa bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, "mengarahkan" beliau untuk membayar RM8 sesaham bagi MAS apabila harga pasaran adalah sekitar RM3.50.

Menurut Pua, keputusan kerajaan amat mengejutkan kerana memaksa Danaharta untuk "menyelesaikan" di Mahkamah Rayuan dengan melangsaikan segala hutang Tajudin yang secara langsung merugikan pembayar cukai sebanyak RM589.15 juta.

"Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan mengapa kerajaan BN penghapusan kira hutang keseluruhan dan membiarkan Tajudin dilepaskan begitu sahaja tanpa mempertahankan dirinya di Mahkamah Rayuan.

"Keputusan ini bermotif jahat yang lebih-lebih lagi kerana kerajaan telah memenangi kes di Mahkamah Tinggi," katanya.

Menurut Pua, keputusan kerajaan BN ini bukti jelas bahawa mereka lebih mementingkan kroni-kroni mereka meskipun ia mengakibatkan kehilangan beratus-ratus juta Ringgit kepada Kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling jaya Utara berkata bahawa jika kerugian berbilion ringgit kerugian dalam Zon Perdagangan Bebas Port Klang (PKFZ) boleh menyebabkan bekas Presiden dan bekas Timbalan Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy, untuk bertanggungjawab kerana mengelirukan Kabinet di mahkamah terbuka, maka Dr Mahathir dan Daim mesti juga disiasat kerana mungkin menyediakan jaminan tidak sah serta dan indemniti kepada kroni-kroni mereka.

Katanya, jika amalan keji ini berterusan, ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap dalam tempoh dua penggal pilihan raya umum akan datang mungkin menjadi kenyataan. – Roketkini.com

Mat Sabu : Terpulang Kepada Anwar Nak Minta Maaf Atau Tidak

Posted: 15 Feb 2012 04:07 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu memohon maaf atau menarik balik sokongannya terhadap Israel atau pun sebaliknya walaupun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat demikian.

Menurut Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, pendirian Anwar sama sekali tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mat Sabu yang dipetik Sinar Harian menambah, apa yang diperkataka oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya dan oleh itu terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

"Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti," katanya.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan Majlis Syura yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya mengenai Israel. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu tindakan yang tidak betul.

Nik Abdul Aziz menyarankan kepada Anwar sekiranya kenyataan itu telah diputar belit, beliau seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Bagaimanapun menurut Mat Sabu, apa yang dilakukan oleh Anwar sama sekali tidak menggugat hubungan antara parti yang ada dalam PR.

"Apa yang berlaku tidak akan menggugat hubungan kami dalam PR, kami mempunyai dasar perjuangan yang sama, dan saya yakin rakyat memahami perkara ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, Anwar harus mengambil tindakan terhadap WSJ sekiranya beliau tidak membuat kenyataan sedemikian.

"Apa masalah? Jika benar tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian, Anwar harus bertindak terhadap WSJ, kenapa perlu bimbang tindakan itu boleh menyelesaikan masalah.

"Sekiranya Anwar enggan tarik balik atau menyaman WSJ. Apa boleh buat. Terpulang kepada beliau. Anwar bukan ahli Pas untuk diambil tindakan disiplin," katanya menerusi laman sosialnya.

Kerajaan Selangor Hanya Rampas Tanah Yang Disalahgunakan, Kata Khalid

Posted: 15 Feb 2012 03:24 AM PST

Post Pic



SHAH ALAM : Kerajaan Selangor menegaskan tindakan merampas tanah pajakan di negeri itu dibuat ekoran tindakan pihak tertentu menyalahgunakan tanah yang diberikan untuk kepentingan peribadi selain daripada apa yang telah dipersetujui.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata terdapat pihak yang telah menyalahgunakan tanah pertanian untuk pembangunan komersil tanpa mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

"Sebagai contoh tanah yang diberikan untuk sektor pertanian maka mereka perlu menggunakan untuk bidang pertanian. Sebaliknya jika mereka hendak membuat pembangunan komersil di tapak tanah tersebut maka mereka perlu menukar status kepada tanah untuk pembangunan.

"Anda tidak boleh menggunakan tanah yang ditentukan untuk satu-satu sektor kepada sektor lain tanpa kebenaran daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan akhbar The Star Rabu yang melaporkan tentang kehilangan tanah pajakan bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB)yang disita oleh kerajaan Selangor, Ogos lalu.

Mengulas lanjut perkara tersebut Khalid berkata, tindakan menyita tanah pajakan yang tidak mengikut syarat pajakan yang ditetapkan dan terpaksa dilakukan kerana perkara tersebut telah berleluasa di negeri itu.

"Kerajaan negeri terdahulu terlalu mengambil remeh hal tersebut hingga masalah ini tidak boleh diselesaikan.

"Sehingga ada kawasan perumahan di bina berhampiran dengan kawasan kuari. Ini menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan penduduk kawasan perumahan dan ia secara tidak langsung turut menyukarkan kuari berkenaan untuk beroperasi," katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas tanah mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pajakan tanah telah dipersetujui.

"Kita akan gunakan tanah ini untuk kepentingan rakyat Selangor. Pihak berkenaan mempunyai pilihan sekiranya mereka tidak berpuas hati maka boleh membawa perkara ini ke mahkamah.

"Kerajaan negeri mahu tahu punca mereka tidak mematuhi syarat-syarat pemajakan tanah yang telah diberikan," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh merampas tanah tersebut dalam tempoh terdekat sebaliknya mereka akan mengeluarkan surat kepada pemilik tanah berkenaan bagi memaklumkan kesalahan yang telah dilakukan itu.

"Perkara ini (mengambil semula tanah) tidak boleh dilakukan dalam tempoh sehari, kita perlu tulis surat kepada mereka. Ada prosedur yang perlu dipatuhi dan ini mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan," katanya.

Ditanya sekiranya penyalahgunaan tanah tersebut melibatkan kepentingan anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri, Abdul Khalid berkata: "Jika mereka sungguh bodoh untuk melakukan perkara sedemikian maka saya akan tetap mengambil tindakan terhadap mereka."

Jelasnya, kerajaan Selangor tidak akan memberi keistimewaan kepada mana-mana pihak termasuklah anak syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri sekiranya mereka melakukan perkara sedemikian.

Tanah yang dimiliki oleh KHSB disita oleh kerajaan Selangor, Ogos tahun lalu kerana didakwa wujudnya aktiviti kuari secara haram sejak bertahun-tahun lamanya.

Tanah pegangan pajak berkeluasan 234 hektar di Gombak dimiliki SAP Holding Bhd (anak syarikat KHSB).

KHSB merupakan aset hartanah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dan anak syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor.

Abdul Khalid merupakan Pengerusi Eksekutif KDEB.

Calon wakil rakyat Perak

Posted: 15 Feb 2012 03:17 AM PST

MSK

Setakat ini, semua parti dalam Pakatan masih belum mahu menamakan calon masing-masing. Mungkin PAS nampak lebih bersedia sebab bakal calon depa dah mula tunjuk muka..tapi calon PKR masih bercelaru.

Dalam setiap pilihanraya, calon-calon ditentukan oleh parti…bukan oleh rakyat. Ini yang selalu aku sebut..pasai apa rakyat tak ada hak untuk pilih calon depa? Bila tiba pilihanraya..kita disogokkan oleh parti-parti yang bertanding. "Inilah calon hangpa". Pirrrah!!

Itu dulu. Sekarang..aku jugak mahukan penglibatan untuk menentukan sapa yang nak jadi calon dan seterusnya menjadi pemimpin kerajaan negeri Perak nanti.

Dalam posting yang lepas..aku dah bagi pendapat aku bahawa Nizar perlu di promosikan sebagai Menteri Besar Perak kalau Pakatan menang nanti. Ini perlu diputuskan sebelum pilihanraya. Dan selepas pilihanraya, janji ini perlu ditunaikan..walaupun DAP dapat lebih kerusi…walaupun PKR dapat lebih kerusi.

DAP dah setuju dengan Nizar sebagai MB..tapi PKR belum bersetuju. Tak mengapa…tapi PKR kena tunjukkan siapa calon MB depa. Dan kemudian kita semua nilaikan dan buat poll. Kalau calon MB dari PKR mendapat undi tinggi..kita terima.

Mungkin hangpa akan cakap.."Hoi Mat..hang ni sokong parti mana?"

Aku tak peduli dari parti mana. Pas ka..PKR ka..DAP ka..mampuih pi la. Kita nak pilih wakil rakyat…bukan wakil parti. Kalau nak pilih sapa Ketua Pemuda Pas atau sapa YDP Pas…betui aku tak ada hak. tapi kalau nak pilih wakil rakyat..aku ada hak sebab aku pengundi.

Ada orang kata..kalau kita heboh sapa nak jadi calon sekarang..takut nanti Umno sabotaj. Takut nanti kena beli.

Kalau itu alasannya..jangan jadi calon langsung. Kalau kita takut calon tu kena beli…apakah kita tak takut dia kena beli lepas menang nanti?Lebih baik dia kena beli sebelum pilihanraya..daripada dia kena beli selepas pilihanraya. Dan kalau parti pun takut calonnya kena beli..hangpa ingat aku nak percaya kalau dia dicalonkan disaat akhir?

Hari ini aku nak bubuh nama-nama calon yang aku mau. Bukan yang parti mau. Aku tak kisah sama ada PAS mau atau tidak. Aku tak peduli sama ada PKR mau atau tidak… tapi ini yang aku mau.

Aku mulakan dengan calon-calon Pas…sebab calon Pas ni senang sikit.Dan aku nak mulakan dengan calon muda. Dah tak ada calon muda..baru aku pergi calon yang tua sikit.

Dari kiri: Mat Sabu, Hafeez, Ku Is.

Selepas Nizar…orang yang aku harapkan untuk dilonjakkan keatas ialah Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri..Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Orang Kuala panggil dia Ku Is.

Pasai apa aku letak Ku Is diatas sekali?

Sekiranya Nizar ditolak ataupun tidak diterima oleh Sultan..Ku Is adalah orang yang paling layak untuk berdepan dengan Sultan. Orang Umno tak boleh kata Pakatan derhaka kat sultan..atau cuba biadap kat raja. Ku Is punlayak duduk istana kalau masyarakat feudal Melayu masih mahukan feudal lord.

Advantage disini ialah..Ku Is boleh duduk semeja..makan setalam. Ku Is juga boleh masuk Istana Iskandariah dan boleh terjun Sungai Perak. Nak cakap pasai raja-raja..Ku Is boleh cakap. Nak cakap pasai ugama pun boleh. Nak cakap pasai akademik pun boleh. Jangan terlepas pandang…dipangkal namanya ialah "Dr.". Bukan macam "dR" yang diperolehi oleh Rosmah Mansor.

Tinggal lagi..Ku Is kena cakap isu-isu yang lebih intelektual dan universal. Ku Is kena keluar dari imej Tantawi… asyik-asyik tentang konsert dan Valentine's Day. Sekarang ini…imej Ku Is masih lagi sebagai pemimpin Pas…bukan pemimpin rentas parti. Ku Is kena bawa lebih banyak isu rakyat yang lebih serius… bukan setakat isu moral. Bukan aku nak kata isu moral itu tak penting..tapi isu itu sudah dijaguhi oleh Tantawi.Ku Is perlu menjaguhi sesuatu isu.

Kira-kira dua tahun lalu, masa berdiskusi dengan beberapa orang member..aku ditanya oleh seorang tukang komen dalam Malaysiatimes ini..Dawai Kokot. Dawai kokot bertanya aku "siapakah pemimpin muda Pas yang boleh kita harapkan?'. Perlu aku sebutkan..semua yang ada dalam diskusi tersbut adalah anak muda radikal. Aku sorang saja yang dah tua. Lagi sorang ialah Prioryofjenin. Kalau baca balik komen-komen depa dalam Malaysiatimes..boleh membuatkan jiwa kacau.

Masa tu aku jawab.."Muhaimin Sulam." Semua yang ada dalam diskusi tersebut tak kenal sapa Muhaimin Sulam.Ni gambar dia dengan Pyanhabib. (Aku bukan nak promo Pyanhabib jadi calon Changkat Jering aaa!! Tapi Ustaz Derih patut ambik Pyan jadi ayam sabung. Kalau suruh Pyan kempen kat Changkat Iboi..gerenti penuh markas. Bapa sedara dengan anak sedara baca puisi..fuiyo!!)

Pyanhabib dan Muhaimin Sulam

Masa tu..Muhaimin tak ada dalam negara kerana melanjutkan pelajaran di UK..tu pasai nama dia tak pernah keluar. Tapi sekarang dah balik dan bergelar..Dr. Muhaimin Sulam.

Mamat ni memang kool. Walaupun dulu dia pernah sebar risalah disetiap konsert rock..tapi dia tak macam Tantawi..asyik nak haramkan saja. Muhaimin boleh paham jiwa rockers..sebab dia sendiri pun rock. Kalau boleh..aku nak gandingkan dia dengan Mel Wings ataupun ustaz Azhar Idrus…tapi sekarang dia dah puitis sikit. Mungkin sesuai kalau digandingkan dengan Pak Samad Said ataupun Rahmat Haron.

Sorang lagi anak muda yang Pas patut bagi tempat untuk menjadi calon dalam PRU nanti ialah Hafeez Sabri. (Gambar diatas dengan Mat Sabu.)

Aku mula-mula perasan anak muda ini semasa dia menjadi moderator dalam satu forum bersama Aziz Bari di Petaling Jaya tahun 2009. Masa tu dia masih belajar di UM dan menjadi pemimpin pelajar disana. Lepas tu aku hambat dia kot-kot aku boleh tarik dia masuk PKR masa tu. Tengok-tengok…Pas dah tarik dia dan terus jadi Pembantu Khas Pesuruhjaya Pas Perak.

Orang Kuala Kangsar mungkin dah pernah tengok Hafeez ni. Dalam satu ceramah..Husam Musa tak dapat hadir dan Husam meminta Hafeez menggantikan tempatnya. Pada awalnya..memang potong stim. Ada ka tempat Husam digantikan oleh seorang anak muda yang tak tau entah siapa…tapi bila Hafeez dapat mikrofon..dia cakap macam Husam Musa. Ya Bauk yang selalu komen kat sini mungkin boleh bagi pendapat dia tentang Hafeez ni.

Setakat ini..hanya tiga orang dari Pemuda PAS Perak yang berjaya menarik undi aku. Yang lain masih belum menonjol dan kalau tanya pun aku tak kenal. Dan yang paling tak boleh pakai dengan Matsamankati ni ialah dia tak kenal sapa Ketua Pemuda Pas Perak.

Siyes beb..gua tak kenal dengan Ketua Pemuda PAS Perak. Kalau jumpa tepi jalan pun..mungkin gua tak tegur.

Ini problem brader…

Baik Ketua Pemuda Pas Pusat atau Ketua AMK Pusat..

Baik Ketua Pemuda PAS Negeri atau Ketua AMK Negeri..

Semuanya poyo…pasai apa?

Pemuda PAS Perak dan AMK Perak memerlukan pemuda-pemuda yang kool dan rentas parti. Pemuda perlu menjaguhi sesuatu isu supaya senang kita nampak kaliber atau kepakaran seseorang itu. Sebagai contoh..kalau Pakatan mengambil alih Putrajaya..senang pilih orang untuk menerajui sesuatu bidang. Sekurang-kurangnya, kita dah tau..Mazlan Aliman adalah orang yang paling layak ganti Isa Samad.

Shamsul Iskandar mungkin layak dilantik untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Anwar..kah..kah..kah.

(Lepas ni aku tolong promo calon muda PKR pulak)…..

Panas: Peguam "Kes Qazaf Anwar Ibrahim", Serta Firma Guamannya Di Saman Sebanyak RM10 Juta

Posted: 15 Feb 2012 02:57 AM PST

PAHANG DAILY

KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf, dan firma guamanya, Kamar Ainiah Kamaruzaman, berdepan tuntutan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berhubung kenyataan peguam itu di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.

Zainul Rijal yang diwakili Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ saman itu dua hari lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Kamar Ainiah sebagai defendan pertama dan firma guamannya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi sebagai defendan kedua.

Pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam ditetapkan pada 14 Mac ini, demikian menurut Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.

Zainul Rijal mendakwa Kamar Ainiah telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lepas untuk memburukkan imejnya sebagai peguam dan ahli perniagaan.

Antara yang dituntut oleh beliau ialah satu perintah supaya penyiaran kata-kata fitnah itu dihentikan serta merta dan penerbitan permohonan maaf di dalam portal terbabit secara berterusan selama seminggu.

Beliau juga tuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan juga ganti rugi teladan.

Anwar :Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing

Posted: 15 Feb 2012 02:55 AM PST


Oleh Naeem Raffi

PETALING JAYA : Kerajaan Pusat sewajarnya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja dalam kadar segera bagi menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberikan hak kewarganegaraan.

Gesaan itu dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran khuatir dengan peningkatan pengundi dari kalangan pendatang asing yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

"Ini bukan isu Sabah (projek ic), sebaliknya ini adalah isu negara keseluruhannya,"katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wajed membuat kenyataan mengejutkan apabila mendakwa rakyat negara itu yang bekerja di Malaysia diberi kerakyatan mudah jika mengundi Umno-BN.

Kenyataan itu dipetik dari www.ngoab.gov.bd iaitu laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Bagaimanapun pendedahan itu dipadamkan selepas 24 jam ia disiarkan.

Skandal pemberian kad pengenalan atas dasar kepentingan politik pemerintah ini bukan pertama kali dibangkitkan oleh pembangkang dan media.

Sebelum ini, skandal yang sama berlaku di Sabah sejak tahun 1980 an dan 1990 an ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu kajian melaporkan sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah bertujuan untuk memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya.

"Kerajaan perlu memandang serius gesaan tersebut dan bukannya menjadikan ia sebagai suatu agenda politik sempit, kerana masalah ini adalah masalah yang melibatkan kepentingan seluruh negara.

"Oleh yang demikian status kewarganegaraan pendatang asing ini harus disahkan sama ada mereka layak atau tidak mengundi sebelum pilihanraya umum akan datang,"jelasnya.

Anwar menambah, pihaknya tidak membangkitkan soal pendatang asing yang memenuhi syarat menerima taraf kewarganegaraan.

Kongres Melayu Pulau Pinang kutuk Hasan Ali

Posted: 15 Feb 2012 02:52 AM PST

WARTA UTARA


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan oleh Dato Dr. Hasan Ali yang dibuatnya di Bandar Baru Bangi bahawa terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu tergutamanya Pakatan Rakyat yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik serta menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Lanjutan dari kenyataan beliau yang tidak mengambilkira soal integritikaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk ini.

Apakah kenyataan tersebut dibuat bagi kepentingan politik murahan demi bagi tujuan meneruskan survival politik beliau? Ianya sangat memalukan orang-orang melayu.

KMPP menilai situasi Dato Dr. Hasan Ali sekarang lebih menonjol dan bebas mengeluarkan kenyataan yang melampaui keraguan munasabah kerana terdapat immuniti yang diberikan disamping mendapat liputan daripada pihak media tempatan.

Gara-gara dipecat dari Parti PAS maka kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin menerusi anjakan motivasi untuk mencari publisiti.

Kenapa sewaktu beliau masih bersama PAS dahulu perkataan "PARASIT" tidak digunakannya dan hanya setelah dipecat barulah pemimpin professional Islam ini melabelkan perkataan tersebut secara drastik?

Kenapa perlu tunggu hingga dipecat baru bertindak dan tidakkah situasi tersebut dilihat sebagai membalas dendam? Bekas exco ini sepatutnya melepaskan jawatannya terlebih dahulu dalam Kerajaan Negeri Selangor jika sudah tahu bahawa ada seteru dari Parti PAS yang menghalangnya dari melaksanakan hukum Islam.

Cerminlah diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau alasan dianiayai.

Jika beliau berpendapat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berasaskan kepada khabar angin dengan hasrat untuk menakutkan rakyat di negara ini maka ini bermakna beliau menggali lubang sendiri.

Jangan menjadikan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu sebagai perisai bagi tujuan menyatupadukan melayu dinegara ini, tetapi pada masa yang sama meraih sokongan bukan melayu diatas tiket JATI yang kononnya akan menjadi bentang ketiga dalam arena
politik negara.

Situasi sebegini hanya akan ditolak oleh rakyat berfikiran waras.

Walaubagaimanapun pihak KMPP menyanjung tinggi hasrat beliau untuk mewujudkan satu NGO berbilang kaum yang dikenali sebagai JATI.

Namun kepada rakyat Malaysia soal tersebut tidak relevan serta sama sekali tidak penting. Yang lebih penting adalah harus ada sebuah Kerajaan yang dapat memberikan keutamaan kepada soal kebajikan serta ekonomi yang manpan kepada rakyat.

Rakyat lebih bijak menggunakan minda sebagai pengundi demi bagi memastikan hak mereka terpelihara daripada membuang masa mendengar motivasi yang akhirnya mendatangkan defisit kepada mereka.

Oleh yang demikian tanpa prasangka pihak KMPP mencabar Dato Dr. Hasan Ali menunjuk bukti bahawa negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara akan digugurkan.

Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, kenyataan yang berteraskan khabar angin daripada seorang pemimpin professional seperti beliau adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Ianya hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Dato Dr. Hasan Ali.

Dalam masa yang sama pihak KMPP atas nama rakyat Malaysia turut mendesak agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti DAP dapat memberikan penjelasan serta jawapan yang terang apakah benar seperti mana didakwa oleh Dato Dr. Hasan Ali tersebut?

Apa jua penjelasan nanti akan dianggap sebagai janji oleh pihak Pakatan Rakyat yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

KMPP melihat kenyataan Dato Dr. Hasan Ali tersebut sebagai amat serius dan tidak boleh berkompromi kerana ianya melibatkan kesejahteraan kaum dinegara ini. Sesungguhnya inilah satu kenyataan berbentuk "PARASIT" daripada seorang pemimpin atau wira yang tidak didendang.

Sekian, terima kasih.

KONGRES MELAYU PULAU PINANG

RAHMAD BIN ISAHAK
PRESIDEN (KMPP), (019-472 8509)

Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pianang untuk Islam

Posted: 15 Feb 2012 02:43 AM PST

Oleh Syed Imran


Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah.

Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP. http://kudaranggi.blogspot.com


Pendakwa Syarie Perak Dipenjara & Denda

Posted: 15 Feb 2012 02:39 AM PST

SABAH DAILY

Ketua Pendakwa Syarie Perak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan denda RM55,000 atas empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat.

Shahrunnazri Abdul Samad, 40, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau bertugas sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang merupakan jawatan tertinggi Bahagian Pendakwaan Syariah di negeri Perak.

Beliau dituduh di bawah seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagi pertuduhan pertama, Shahrunnazri secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Mohamad Asri Bin A. Bakar sebagai dorongan supaya tidak meneruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM1,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes yang sama.

Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa telah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2,000 melalui akaun simpanan Maybank untuk diri tertuduh sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000 bagi pertuduhan pertama.

Manakala untuk ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, hakim telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Pendakwaan telah dijalankan di hadapan Hakim Tan Hui Lim, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa manakala tertuduh diwakili oleh Abdul Roni Abd Rahman & Co.

Bagi kesalahan di atas jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan. -TMI

Pertemuan Anwar & Hamas Musnahkan Fitnah UMNO

Posted: 15 Feb 2012 02:33 AM PST

SABAH DAILY

Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi Hamas adalah bukti beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas pertemuan Anwar bersama pemimpin Hamas, Khalid Mash'ad ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu ke Qatar baru-baru ini.

Pertemuan itu, kata Muhammad Nur, sekaligus menangkis serangan jahat yang dilakukan pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Anwar menyokong Israel dan menafikan hak rakyat Palestin.

"Khalid Mashal adalah pengerusi Biro Politik Hamas dan salah seorang tokoh pimpinan Hamas tertinggi dan dihormati. Justeru pertemuan Anwar-Khalid itu dengan sendirinya membuktikan Anwar istiqamah dalam perjuangan dunia Islam," tegas beliau.

Pengerusi Biro Politik Hamas adalah jawatan paling kanan dalam Hamas selepas pengasas pertubuhan itu sendiri.

Ketika penglibatnnya dalam Hamas, Khalid Mashal, hampir dibunuh ejen Mosad atas arahan perdana menteri Israel, Benjamin Netayahu.

Menurut Dr Muhammad Nur, berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Anwar dilihat lebih dipercayai gerakan Islam kerana sejarah perjuangannya bermula sejak zaman mahasiswa.

"Ini kerana faktor Anwar yang istiqamah dalam perjuangan dan pada masa yang sama realistik dengan politik dunia.

"Hamas juga menyedari realiti politik semasa dan tetap mempertahankan perjuangan rakyat Palestin yang mahukan negara mereka sendiri selaras dengan Resolusi 242 pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1997," ujarnya.

Anwar kebelakangan ini difitnah Umno, kononnya menyokong penubuhan negara Israel dengan memutarbelitkan kenyataannya yang disiarkan dalam satu wawancara dengan Asian Wall Street Journal.

Ketika di Qatar, selain Khalid, Anwar turut bertemu ulama tersohor dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi. Beliau juga turut mengadakan perjumpaan dengan menteri kebudayaan Qatar, Dr Hamad Abdul Aziz dan tokoh ilmuan Islam, Jaser Audah. -KD

Ujian Air Kencing Saiful Apek Positif Dadah - Saksi

Posted: 14 Feb 2012 09:31 PM PST

KELAB GREENBOC





P
etaling Jaya: Seorang anggota polis pada Selasa memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa ujian saringan awal air kencing pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya yang lain didapati positif dadah.

Gambar: PELAWAK dan pelakon, Mohd Saifulazam Mohamad Yusoff atau dikenali Saiful Apek bersama peguamnya, Mohd Fadly Hashim hadir pada hari pertama perbicaraan kesnya yang didakwa mengambil ganja bersama tiga rakan lain, termasuk seorang wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - Foto Rosela Ismail

Sarjan M.Sanggar, 48, berkata beliau menjalankan ujian air kencing terhadap Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, Noremy Mohamad, 28, selepas selesai melakukan satu operasi serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunway dekat sini.

"Hasil keputusan ujian air kencing itu didapati kesemua tertuduh positif dadah," kata saksi kedua pendakwaan ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama.

Sanggar yang bertugas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berkata beliau kemudiannya menyerahkan sampel air kencing kesemua tertuduh kepada Pegawai Penyiasat Insp Rozlia Razali untuk tindakan seterusnya.

Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek dan tiga rakannya termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.

Terdahulu Pegawai Risikan Cif Insp Mohd Shaifuddin Zulkifli, 31, yang bertindak sebagai ketua dalam operasi serbuan pada jam 10 malam bertarikh 12 Jun 2010 itu turut memaklumkan bahawa hasil serbuan di dalam rumah itu pasukannya telah menemui ganja.

Mohd Shaifuddin berkata beliau telah mengarahkan Sanggar dan Rozlia untuk menjalankan ujian air kencing terhadap kesemua tertuduh.

"Saya menerima sampel ujian air kencing mereka daripada Rozlia pada jam lebih kurang 11.15 malam dan pada jam 12.05 minit pagi hari berikutnya (13 Jun 2010) saya menyerahkan botol spesimen air kencing mereka kepada pegawai penyiasat kes narkotik iaitu Insp Syed Mohd Rohayat Syed Ramlee.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bersambung 27 Mac depan. BERNAMA

Henti bekalan ke Iran bukti ikut telunjuk Zionis

Posted: 14 Feb 2012 09:23 PM PST

Kenapa perlu menghentikan penghantaran (minyak kelapa sawit) tersebut sedangkan Iran adalah sebuah negara Islam seperti juga Malaysia?



PETALING JAYA: Keputusan Malaysia menghentikan bekalan minyak kelapa sawit ke Republik Islam Iran membuktikan pimpinan negara mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan Zionis antarabangsa untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara itu.

"Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan," kata Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard dalam satu kenyataan media.

MalayReuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah negara Islam.

Beliau menyoal, kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah negara Islam seperti juga Malaysia?

Menurutnya, punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

"Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata nuklear, negara yang paling terancam ialah negara haram Yahudi iaitu Israel. Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan negara haram tersebut," ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional menyertai sekatan dagang terhadap Iran sambil menjadi rakan dagang penting Israel adalah identiti sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itulah identiti sebenar Najib dan Umno. Di hadapan rakyat beragama
Islam mereka bercakap tentang Islam. Di belakang rakyat

beragama Islam mereka menjadi rakan dagang penting Israel.

"Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib menjadi pencacai Yahudi apabila menyertai sekatan dagang terhadap Iran," katanya dipetik dari keluaran terbaru Harakah.

Anwar ramal PRU-13 Mei/Jun

Posted: 14 Feb 2012 09:14 PM PST

Oleh Jamaluddin Muhammad

Pakatan Rakyat membuat jangkaan itu berdasarkan kepada pelbagai bantuan yang akan diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.



BANGKOK: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 PRU-13) akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Beliau berkata pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan itu.

Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan kepada pelbagai bantuan yang akan diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka," katanya pada majlis "Sepetang dengan Anwar Ibrahim" di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di sini, malam tadi.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

Dalam perkembangan yang mengejutkan, Anwar mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan aktiviti keganasan di Malaysia.

Menjawab soalan daripada hadirin mengenai dakwaan bahawa Malaysia dikaitkan dengan aktiviti keganasan termasuk tempat pertemuan,

latihan dan menempatkan pengganas, beliau berkata: "Saya tidak ada bukti bahawa kerajaan Malaysia terbabit dalam aktiviti seperti itu.

Tidak ada sebab kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dengan pengganas."

Anwar dijemput oleh FCCT untuk berkongsi pandangan dengan beliau mengenai perkembangan terkini di Malaysia.

Beliau menyentuh antara lain perkara-perkara mengenai demokrasi, tadbir urus, pilihan raya, rasuah, media dan keadaan ekonomi di Malaysia serta isu-isu antarabangsa lain.

Anwar juga mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau menarik balik kenyataan yang dilaporkan menyokong semua tindakan untuk menjaga keselamatan Israel yang disiarkan oleh Wall Street Journal atau menyaman akhbar itu jika laporan tersebut tidak tepat.

Ketua pembangkang itu berkata beliau akan menemui pemimpin PAS itu untuk menerangkan perkara berkenaan apabila pulang nanti. Bernama

Mana Lebih Bahaya: Anwar atau Najib ?

Posted: 14 Feb 2012 09:08 PM PST

Oleh Shahbudin Husin

Tindhttp://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/10/anwar-najib.jpgkan Najib menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves bersama jutaan penganut agama Hindu dengan berpakaian Kurta kuning baru-baru ini, yang kemudian disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai perbuatan yang menggadai akidah dan ke arah syirik, kini menjadi isu baru yang memalukan Najib dan umat Islam seluruhnya.


Jika mengikut pandangan Harussani itu bahawa nasihat mengenai perkara itu sudah diberikannya sebelum ini tetapi tidak didengari oleh Najib, jelas memberi gambaran bahawa Najib tahu tindakannya hadir ke Batu Caves itu adakah suatu yang salah dan bertentangan dengan kehendak agama.

Apakah semata-mata Najib memikirkan kepentingan politik dan undi yang mungkin boleh diperolehi bagi meneruskan tempoh hayat UMNO dan BN sebagai parti pemerintah, maka soal akidah dan pegangan hidup boleh diketepikan begitu saja?

Jika itulah pendirian dan mazhab politik yang cuba diamalkan oleh Najib, sebenarnya tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita harapkan daripada Perdana Menteri Keenam ini? Ini kerana akidah dan pegangan hidup adalah nilai yang paling tinggi dalam kehidupan seseorang sebelum mereka mahu bercakap soal-soal lain seperti kepentingan keluarga, kasih sayang, membela rakyat, keharmonian, kekeluargaan, agama dan sebagainya.

Keikhlasan dan kejujuran seseorang akan segera diragui apabila pegangan agamanya tidak kuat dan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang bersifat sementara dan keduniaan.

Apa yang boleh kita rasakan sebagai orang Melayu dan Islam bila Najib dikata oleh mufti telah menggadai akidahnya ialah hanya perasaan sedih dan malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu lemah iman sehingga sanggup tunduk kepada hal-hal sebegitu.

Di merata tempat dan di pelbagai kelompok masyarakat Melayu sekarang ini memperkatakan tentang tindakan Najib itu dan tidak ada satu pun kedengaran suara yang memuji dan menyokong beliau. Rata-rata sedih dan kecewa.

Dengan kesediaan Najib menggadaikan akidah (sebagaimana yang disebut oleh Harussani sendiri) kerana politik bermakna kebolehpercayaan rakyat terhadapnya dalam soal membantu rakyat dan memperjuangkan hak orang-orang Melayu dengan automatik terpadam sama sekali. Bagaimana kita mahu percaya Najib betul-betul serius mahu menolong rakyat dan memperjuangkan nasib masa depan Melayu sedangkan nilai paling tinggi yang ada dalam dirinya pun boleh ditolakansur dengan kepentingan lain untuk mendapatkan undi serta sokongan.

Adakah Najib berfikir bahawa nilai paling penting dalam hidup ini hanya semata-mata dapat mengekalkan jawatan Perdana Menterinya sahaja tanpa memikirkan bahawa ada kehidupan lain selepas kematian nanti?

Dalam hal ini umat Islam dan orang Melayu memang berhak berasa malu dengan tindakan Najib itu, lebih-lebih lagi beliau baru saja menunaikan haji di Mekah tahun lalu.

Dalam soal ini turut dipersoalkan ialah ke manakah perginya penasihat-penasihat agama di sekeliling beliau seperti Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom, timbalannya yang petah berbicara Mashitah Ibrahim, penasihat agama di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zain dan para mufti yang semuanya berkelulusan tinggi dalam bidang agama.

Turut ditanya ialah di manakah suara Dr Hasan Ali yang baru dipecat dari PAS yang kononnya salah satu asas perjuangannya ialah berkaitan dengan Islam dan murtad?

Adakah mereka takut menegur dan menasihati Najib kerana takut kehilangan jawatan dan kemewahan dunia yang dinikmati selama ini? Atau apakah mereka beranggapan oleh kerana Najib Perdana Menteri kepada semua kaum, maka dia berhak melakukan apa saja dan tidak perlu ditegur?

Kalau sebelum ini sebahagian daripada mereka ini begitu lantang bercakap dan mengkritik Anwar Ibrahim berkaitan isu pluralisme yang kononnya diucapkan oleh Anwar di sebuah persidangan di London, apakah tindakan Najib yang dianggap menggadaikan akidah ini hanya perkara remeh dan isu kecil oleh mereka berbanding pluralisme. Lebih-lebih lagi pluralisme yang dikaitkan dengan Anwar itu pula hanya tafsiran mereka sahaja dan Anwar sendiri sudah menjelaskan pendiriannya yang tidak bermaksud demikian. Ini berbeza dengan Najib yang terang lagi nyata hadir di Batu Caves bersama-sama kaum India sambil berpakaian Kurta dan sedia pula dikalungkan dengan bunga manggar paling besar. Dalam masa yang sama, ramai juga rakyat ingin melihat sesekali Najib berjubah dan berserban ketika ke masjid pada hari Jumaat.

Jika dalam isu pluralisme, Jamil Khir begitu lantang bersuara dan mahu menyiasatnya dan meluahkan pelbagai kecaman terhadap Anwar, tidak mahukah isu akidah Najib ini turut disiasat atau ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai mengenainya pula.

Berbanding Anwar yang tampil berani menafikan ucapannya sebagai berunsur pluralisme, Najib sebaliknya memilih hanya berdiam diri dan bungkam seribu bahasa dalam hal ini. Ketakutan Najib untuk bersuara sama ada mengakui keterlanjurannya atau tampil dengan hujah-hujah yang menghalalkan kehadiran meraikan Thaipusam itu, tidak lain memperlihatkan bahawa Najib memang mengakui kesilapannya tetapi dalam masa yang sama juga taksub kepada undi dan kepentingan politik.

Maka berdiam diri adalah jalan terbaik sambil mengharapkan isu ini akan reda dengan sendirinya ditelan masa dan dalam masa yang sama undi kaum India yang diharap-harapkan tidak pula berkurangan. Namun hakikatnya ini memperlihatkan keperibadian Najib yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan politiknya. Orang Melayu mesti menghadkan sokongan kepada Najib mulai sekarang ini.

Lebih-lebih lagi dalam soal kehidupan, perbuatan menggadai akidah dan syirik adalah jauh lebih besar daripada pluralisme. Akidah bukanlah komoditi dagangan yang boleh dinilai dan ada tanda harganya. Apakah rupa manusia kalau akidah dan pegangan hidupnya sudah boleh digadai dan dijualbeli?

Politik hitam-putih: Kaum Cina tolak BN

Posted: 14 Feb 2012 09:03 PM PST

Oleh SELENA TAY


DUA peristiwa pada musim Tahun Baru Cina 2012 telah menonjolkan satu hakikat yang mesti diterima olehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRlJRu_ANDBChzJmUECD1aVYG2HoefchwfU0AiaGD6KHTMCCKlpe7yvOmWTa5YqtYhjVlc38Od5nZvUU-uCynkfHRE_tPKZFE8PQgyoGmYFNlZH8yj0UwkaafAAFdGMWxTz8m84nCoHDvy/s400/BN-+Tolak.jpgh MCA dan BN iaitu kaum Cina akan menolak BN dalam pilihan raya umum ke- 13 (PRU13) ini:

Peristiwa pertama, pemberian angpaw putih di rumah terbuka yang dianjurkan oleh Perkasa dengan bantuan MCA untuk menjayakannya di Kampung Baru; dan yang kedua peristiwa Perarakan Hitam pada 1 Februari 2012 oleh pemilik hartan a h di Jalan Sultan, Chinatown, KL.

Dalam peristiwa angpaw putih, MCA telah dikutuk dan direjam batu oleh kaum Cina sebab seorang pengerusi cawangan (MCA branch chairman) yang bernama Dr Collin Tiew telah menjadi penterjemah dalam majlis rumah terbuka tersebut.

Selain itu, kaum Cina berasa amat marah dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan melarang ahli-ahli MCA daripada menyertai aktiviti Perkasa. Kaum Cina juga geram dengan pemimpin MCA yang saban hari 'bercakap sampah-sarap' (kong lup sup dalam loghat Kantonis) sahaja dengan mengeluarkan terlalu banyak kenyataan yang serong terutamanya kenyataan mengenai PAS.

Biasanya politik Cina merangkumi permainan strategi atau perang saraf dan ramai orang Cina berpendapat bahawa angpaw putih itu bukan sahaja merupakan satu penghinaan tetapi juga satu amaran kepada orang Cina supaya jangan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Mungkin itu bukan maksudnya tetapi orang Cina membaca mesej angpaw putih itu sebegitu dan oleh itu mereka merasa amat marah terhadap MCA yang dilihat sebagai hambaabdi Umno.

Malah ramai orang Cina berpendapat MCA telah menjadi anjing Umno. Seorang pemuda Cina dalam komen di laman web telah berkata bahawa MCA telah dimasukkan ke dalam keranda dan hanya menunggu upacara pengkebumian sahaja, begitu marahnya orang Cina terhadap MCA atas peristiwa angpaw putih itu.

Peristiwa Perarakan Hitam pula telah diadakan oleh para pemilik hartanah untuk membantah langkah MRT Corp yang berhasrat membuat kerja-kerja pembinaan untuk stesen MRT di bawah tapak hartanah mereka di Jalan Sultan. Perarakan tersebut dilangsungkan dari Jalan Sultan ke Jalan Bukit Bintang yang juga terlibat dalam projek ini.

Pemilik hartanah tersebut yang memakai warna hitam sebagai tanda bantahan berkata mereka berasa risau dan gelisah terhadap kerja-kerja pembinaan itu yang akan menjejaskan kestabilan tapak (foundation) bangunan milik mereka sebab bangunan-bangunan di Jalan Sultan semuanya adalah bangunan yang lama (termasuk beberapa bangunan yang lebih 100 tahun lamanya).

Pada musim Tahun Baru Cina orang Cina pantang memakai warna hitam kecuali jika menghadiri upacara pengkebumian tetapi kesanggupan mereka memakai warna hitam menunjukkan bahawa mereka amat marah dengan apa yang bakal akan berlaku kepada hartanah mereka.

Selain daripada dua isu hangat itu, isu kematian Teoh Beng Hock juga telah membuat orang Cina amat marah terhadap kerajaan BN yang seolah-olah memandang remeh tentang isu kematian Teoh sebab tiada tindakan tegas diambil terhadap pegawai-pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) yang telah menyoalsiasat Teoh.

Wajah putih mendiang Teoh di atas kemeja hitam telah memaparkan mendiang Teoh sebagai ikon pejuang keadilan untuk mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama.

Peristiwa rampasan kuasa di Perak juga akan timbul dalam minda pengundi Cina di Perak apabila tiba tarikh mengundi. Mereka tidak sabar hendak membuangkan BN ke dalam tong sampah.

Pengundi Cina tidak akan melupakan semua isu hangat yang melibatkan kaum Cina. Diharap pengundi Melayu juga akan mencontohi masyarakat Cina dan tidak akan melupakan isu lembu Fidlot apabila mengundi nanti.

Siapa sedia perjanjian NFC dengan Kem. Kewangan

Posted: 14 Feb 2012 09:01 PM PST

Abdul Aziz Mustafa,


KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri bertanggungjawab menyatakan kepada rakyat benarkah perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) juga meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kepada rakyat pihak manakah yang menyediakan perjanjian tersebut jika ia tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

"Juga, jika benar perjanjian tersebut tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara, Perdana Menteri juga perlu menyatakan mengapakah pejabat Peguam Negara tidak dilibatkan untuk membuat perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu.

"Jika benar pejabat Peguam Negara tidak terlibat menyediakan perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu, perjanjian manakah yang tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara itu?

"Adakah perjanjian pada 6 Disember 2007 atau perjanjian pada 8 Mac 2010?" soal Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib juga, kata beliau, mesti menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid sebelum ini yang menyatakan dana disalurkan terlebih dahulu kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu sebelum kontrak ditandatangani.

"Malah, banyak lagi persoalan berbangkit yang belum dijawab oleh Perdana Menteri mengenai pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno itu," katanya.

Mahfuz mengulangi gesaan supaya Najib juga menjawab kepada rakyat benarkan perjanjian pinjaman mudah kepada NFcorp itu tidak ada jaminan peribadi seperti yang dibangkitkan oleh sumber PAC sebelum ini.

"Bukan setakat itu sahaja, benarkan tidak ada jadual pembayaran?" soal beliau lagi.

Mahfuz juga mengulangi tuntutan supaya Najib menyatakan dari akaun manakah wang membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura diambil oleh NFCorp?

"Jika wang diambil dari akaun operasi projek lembu, adakah Jabatan Veterinar memberikan pengesahan seperti yang disyaratkan?" soal beliau.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini mengakui terdapat kelemahan dalam projek lembu fidlot di bawah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

BN matikan minat rakyat jadi pengundi

Posted: 14 Feb 2012 08:58 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Kerajaan BN bertanggungjawab di atas kegagalan 3.7 juta rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi yang mana 2 juta ialah Melayu Bumiputera. 60 peratus daripada jumlah itu adalah mereka berusia bawah 40 tahun.

"Fenomena ini amat merbahaya kepada hala tuju negara pada masa hadapan," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.

Katanya, pemimpin BN telah mematikan minat politik di kalangan rakyat di negara ini untuk menjadi pengundi.

Beliau berkata, budaya takut disuburkan di dalam masyarakat sehingga rakyat lebih suka menjadi pemerhati sahaja daripada menangung risiko.

Tambahnya, ceramah dan pendedahan isu semasa yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk berpolitik cuba dihalang.

Katanya, faktor tekanan hidup yang memaksa rakyat hanya bersikap untuk mencari keperluan hidup dahulu sehingga mereka tidak memperdulikan soal daftar pemilih.

Menurutnya lagi, mereka bertungkus lumus bekerja siang malam untuk survival keluarga akibat kenaikan harga barang.

Begitu juga, ujarnya program yang dihidangkan kepada rakyat terutama generasi muda yang tidak membangunkan minda kesedaran berpolitik.

"Ia lebih kepada program khayalan dan tidak membangunkan intelektual, walau pun pada asalnya ia bertujuan supaya remaja khayal dan tidak mempedulikan soal rasuah, ketirisan, pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin BN," ujarnya.

Akibatnya, kata beliau ia telah menjadi senjata makan tuan, sehingga ramai remaja tidak mendaftar.

"Berapa banyak pelajar yang belajar di universiti yang tidak memperdulikan politik kampus dan tidak turun mengundi," katanya.

Katanya, mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku di dalam kampus, malahan terpaksa pihak Hal Ehwal Pelajar mewajibkan pelajar turun mengundi.

"Semua ini gara-gara pemimpin BN hanya menyuruh pelajar menumpukan kepada pelajaran, tanpa mempedulikan apa yang berlaku sekeliling mereka, akhirnya perkara ini terbawa-bawa pula ketika mereka keluar daripada universiti sehingga tidak memperdulikan soal daftar pemilih," katanya.

Pemuda AKP Turki kunjungi Pemuda PAS

Posted: 14 Feb 2012 08:57 PM PST

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR, 14 Feb:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menerima kunjungan rasmi daripada beberapa wakil pemuda Parti AK, Turki.

Menurut Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dalam pertemuan tersebut, fokus perbincangan menjurus kepada gerakan pemuda di Malaysia dan juga Turki.

"Kami banyak bertukar-tukar pandangan dan Pemuda PAS ingin tahu bagaimana AKP mendekati anak muda di sana memandangkan meraka mempunyai kira-kira 1.2 juta pemuda, lebih ramai daripada ahli PAS di Malaysia," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

AKP diketuai oleh Pengerusi Legal Youth Organization, Ismail Karaosmanoglu dan beberapa ahli yang lain.

Manakala DPPM turut disertai Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, ahli jawatankuasa Yusapisa yaakob dan Fawaz Aminudin.

Faizi juga berkata, dalam pertemuan tadi, DPPM turut menceritakan perkembangan PAS yang mendapat sokongan orang bukan Islam di Malaysia.

"Mereka agak terkejut mendengar laporan kita ini dan amat tertarik dengan penyertaan orang bukan ISlam ke dalam PAS," katanya.

Sehubungan itu ujar Faizi, AKP akan berusaha untuk menjemput DPPM berkunjung ke Turki dan melihat sendiri gerak kerja mereka di sana.

"Mereka akan menjemput pemuda ke Turki dan meneruskan perhubungan yang baik di antara kedua-dua pihak," katanya.

Tahun lalu, AKP berjaya memenangi pilihan raya Turki kali ketiga berturut-turut.

Dalam pilihanraya Turki 12 Jun, AKP memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan meningkatkan peratusan undinya pada setiap kali pilihan raya.

Tiada ulasan: