Khamis, 9 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selangor lancar Kempen Anti Zina 11 Feb

Posted: 09 Feb 2012 06:52 AM PST

Khaulah Azwar,

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil inisiatif untuk melancarkan gerakan pencegahan zina sempena Hari Kekasih.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, gerakan itu akan menumpukan kawasan-kawasan yang selalunya menjadi tumpuan anak-anak muda memadu asmara seperti pusat membeli-belah, kawasan tasik dan dataran di sini.

"Kita akan adakan ekspedisi dakwah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pasangan muda-mudi.

"Pada malam itu juga penguatkuasa Jais, pihak polis serta penguatkuasa PBT akan melakukan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan-kawasan tersebut," katanya di Bangunan SUK, di sini semalam.

Menurutnya, kempen yang telah memasuki fasa keenam itu bukan sahaja melibatkan kepimpinan peringkat negeri dan daerah tetapi menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.

"Untuk mengatasi masalah secara menyeluruh tentulah pemimpin kawasan masing-masing seperti jawatankuasa masjid dan surau perlu terlibat membantu menjayakan gerakan ini," katanya.

Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang menambah, mereka bukan sahaja paling berupaya melakukan follow-up, malah juga follow-through secara berkesan.

Katanya, sepanjang lebih kurang dua tahun penganjuran kempen di bawah kelolaan Generasi Idaman Selangor (GEMS), kempen itu dilihat berjaya menarik pelbagai pihak bekerjasama mendidik masyarakat mengatasi gejala sosial khususnya zina.

"Mereka ini makin bersemangat, proaktif, berani dan positif kerana mereka merasakan bahawa mereka juga telah memberikan impak yang besar bagi masyarakat.

"Dengan usaha mempromosikan kempen Anti Zina, sekurang-kurangnya mereka menyedarkan orang ramai tentang bahaya zina, dan saya yakin selama ini ramai pihak yang tidak peduli untuk atasinya," ujarnya.

Menurutnya, program yang diatur bukan sekadar mencegah perbuatan terlarang seperti zina, tetapi juga untuk mendekati dan mendidik golongan muda dengan menyediakan mereka alternatif lain bagi bersantai dan berhibur dengan cara yang betul dan tidak dimurkai Allah SWT.

"Contohnya seperti Sambutan Tahun Baru pada malam 1 Januari lalu, kita lihat hampir pukul 12 tengah malam, barisan pimpinan bersama artis-artis, bersama Ustaz Azhar Idrus, Zizan menyanyikan Asma Ul-Husna dan ditutup dengan doa oleh Ustaz Azhar.

"Inilah gambaran yang kita mahu beri kepada golongan muda bahawa kita faham yang kamu mahu iaitu seni, muzik, hiburan lawak dan sebagainya. Namun semua ini harus dilakukan dengan beradab dan tidak melebihi batas," ujarnya.

Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Keenam akan diadakan pada 11 Februari ini di Unisel Bistari Jaya, jam 3 petang.

KSSB nafi Double Dignity terlibat dalam industri pasir

Posted: 09 Feb 2012 06:51 AM PST

Harakahdaily,

SHAH ALAM: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, menafikan dakwaan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di Negeri Selangor.

Menurut kenyataan KSSB, syarikat Double Dignity tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan.

Sejak KSSB ditubuhkan pada 2008 yang bertujuan mempelopori industri pasir dan batuan di Negeri Selangor, KSSB ini tidak pernah menerima permohonan dari syarikat Double Dignity untuk menjalankan sebarang aktiviti melibatkan industri pasir di negeri ini.

"KSSB sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM dan pihak berkuasa lain dalam apa jua siasatan yang melibatkan KSSB," kata kenyataan itu.

Double Dignity adalah nama syarikat yang didakwa oleh blogger Raja Petra Kamarudin terlibat dalam kerja-kerja mengorek pasir di Selangor.

Menjawab komen Fuad Zakarshi

Posted: 09 Feb 2012 06:47 AM PST

Nik Abdul Aziz Nik Mat

,

Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.

Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.

Sambutan Hari Kekasih . vol 2

Posted: 09 Feb 2012 06:43 AM PST

Nasrudin bin Hassan,

[ pencerahan ]

1. Valentine's Day bukan dari ajaran dan syiar Islam. Menetapkan 14 Feb saban tahun sebagai hari sambutannya juga tiada dalam Taqwim Islam. Justeru itu tidak berbangkit langsung soal keharusan ummat Islam menyambutnya saban tahun. Lagikan sambutan Maulud Nabi saw terdapat khilaf yang besar di dalam Islam, inikan pula sambutan Valentine's Day.

2. Apa yang saya tulis di Sambutan Hari Kekasih adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, samaada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telahpun mendirikan rumahtangga.

Meraikan kekasih hati dengan syarat , adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau biro Baitul Muslim Jamaah Islam.

3. Justeru, ia tidak kena mengena dengan Valentine's Day. Saya juga telah tegaskan Islam tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meraikan kekasih hatinya. Ia boleh dilakukan pada bila - bila masa dengan memastikan 3 adab dan akhlak Islami dilaksanakan iaitu :

a] tidak berdua - duaan kecuali ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama.

4. Ertinya saya sedang mengemukakan alternatif agar anak - anak muda muslim tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan syiar agama lain. Sebaliknya Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam membina rasa cinta dan menyemai benih kasih.

5. Matlamat tidak menghalalkan cara sebagaimana cara yang salah tidak boleh dilakukan biarpun untuk mencapai matlamat yang baik. Justeru itu, cara jangan bertentangan dengan syariat dan matlamatnya pula mestilah berasaskan syariat Allah swt.

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Paranormal boleh cakap bahasa asing

Posted: 09 Feb 2012 06:37 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


JERTIH- Doktor Pakar Saraf, Jabatan Neurosains Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Muzaimi Mustapha, berkata keupayaan individu seperti dialami Noraini Ismail, 17, untuk bercakap bahasa asing selepas trauma kepada otak, memang wujud dalam bidang perubatan tetapi tidak dapat dijelaskan mengenainya kerana ia hampir dengan kegiatan paranormal.

Beliau berkata, keadaan itu dikenali sebagai 'xenoglossy', iaitu sebahagian daripada gejala perubahan personaliti yang biasa dilihat kepada individu yang mengalami trauma otak.

Katanya, keadaan itu biasanya terjadi selepas personaliti kedua seseorang tercetus apabila berada bawah sedar atau hipnosis.

"Dalam kes Noraini, trauma otak dialami selepas nahas jalan raya mungkin menjadi pencetus dan menerbitkan personaliti kedua yang membolehkannya bercakap bahasa asing.

"Selain itu, personaliti keduanya mungkin juga dipengaruhi drama dalam bahasa asing yang sering ditontonnya di televisyen. Ketika tidur, dia mungkin bermimpi dan fikiran bawah sedarnya menerbitkan personaliti kedua dan mengambil alih dirinya yang biasa.

"Ini mungkin menjelaskan bagaimana gadis itu boleh berbahasa asing selepas bangun tidur," katanya di sini, semalam.

Noraini dari Kampung Seri Medang, Kampung Raja di sini, dikatakan tiba-tiba boleh berbahasa Cina dialek Hokkien, Korea, Jepun dan Indonesia sejak sebulan lalu, selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Ditanya berapa lama keadaan itu, beliau berkata, Noraini perlu menjalani imbasan otak untuk menilai keadaannya.

Selain itu, katanya, masih terlalu awal untuk dikatakan sama ada kebolehan Noraini bercakap bahasa asing adalah kelebihan atau kekurangan dalam pelajarannya.

"Imbasan otak boleh menunjukkan sama ada berlaku penyusutan kepada struktur otak yang membawa kepada keadaannya sekarang, malah dia juga wajar dinilai pakar psikologi kanak-kanak," katanya.

Mengenai hasrat Noraini masuk ke sekolah Cina selepas kebolehannya berbahasa itu, Dr Muzaini berkata, keputusan itu seharusnya dibuat selepas penilaian menyeluruh keadaannya dibuat.

Sementara itu, ibu Noraini, Mansena Daud, 48, berkata keluarganya sedia menghantar pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah di sini, melanjutkan pengajian ke sekolah Cina pilihannya, selepas melihat kesungguhan dan keupayaan anaknya itu.

"Selepas keluar wad HUSM, Noraini terus bertutur bahasa asing menyebabkan kami tidak faham dan kebingungan. Dia mula bercakap bahasa asing tertentu selepas solat Subuh dan berterusan hingga jam 6 petang.

"Saya risau kerana tidak faham bahasa itu, sebaliknya terpaksa menggunakan isyarat dan tulisan dalam bahasa Melayu ketika berinteraksi dengannya setiap pagi," katanya. -BeritaHarian

Ceramah khas dedah BN gadai tanah orang Melayu

Posted: 09 Feb 2012 06:35 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana khas berhubung isu penggadaian tanah orang-orang Melayu di negara ini oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ceramah tersebut akan diadakan pada 12 Februari ini mulai jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang), Mohd Nasaie Ismail berkata, tujuan ceramah itu diadakan bagi mendedahkan usaha penggadaian tanah rakyat Malaysia, khususnya tanah-tanah Felda dan Felcra, oleh pemerintah Barisan Nasional.

Menurutnya, ceramah tersebut akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, selain itu, beberapa penceramah lain yang pakar dan berpengalaman khas dalam hal ehwal tanah, Felda dan Felcra, turut terlibat.

"Di antaranya ialah bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Tak Kee Kong, bekas Naib Presiden Kanan Felcra, Datuk Ramli Buyung dan Presiden Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai di seluruh Lembah Klang terutamanya dijemput hadir untuk mengikuti ceramah tersebut bagi memahami secara dekat masalah penggadaian tanah rakyat Malaysia oleh pihak Umno BN.

Katanya, tindakan penggadaian tanah orang-orang Melayu, khususnya dalam Felda, kini amat giat dilakukan oleh pihak Umno BN menerusi pihak pentadbiran organisasi tersebut melalui usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia.

Kini pihak Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagaimanapun sedang giat mempengaruhi orang ramai dengan dakwaan tindakan yang dilakukan itu akan mendatangkan keuntungan besar kepada orang-orang Melayu khususnya kepada para peneroka sendiri.

Walaupun tentangan telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk para peneroka sendiri, pihak pentadbiran Felda dan para pemimpin Umno BN bagaimanapun tetap berusaha untuk meneruskan tindakan tersebut demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Jawapan balas para pemimpin Umno BN berhubung perkara itu sememangnya boleh mengelirukan orang ramai jika tidak dihalusi dengan betul.

Usaha Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat dan Anak mengadakan ceramah tersebut, tegas Nasaie, perlu dimanfaatkan oleh orang ramai dengan baik, dengan bersama-sama hadir mengikutinya, bagi membolehkan pelbagai pihak mengetahui rahsia sebenar tindakan tersebut dengan lebih jauh.Harakahdaily

Soal kerusi Zaid terserah kepada PAS - Nik Aziz

Posted: 09 Feb 2012 06:33 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BHARU-Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung parti melainkan pihak PAS Pusat sendiri.

Katanya, begitu juga cadangan berhubung Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim, bertanding atas tiket PAS pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang di Kota Bharu.

Nik Aziz berkata ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian hari ini yang bertajuk 'Zaid ditawar calon kerusi PAS' melalui kenyataan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Pulau Pinang, Tan Tee Beng.

Tee Beng mendakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu telah memujuk Zaid untuk bertanding atas tiket PAS.

"Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan sendiri, PAS Pusat yang akan menentukannya, saya tidak boleh buat,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Suami Isteri 2012 Negeri Kelantan, di Balai Islam Lundang, hari ini.

Ikon Keluarga Mawaddah

Terdahulu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah, mendapat penghargaan Ikon Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan.

Beliau dipilih berdasarkan kejayaannya melayari bahtera 'perkahwinan' bersama selama 50 tahun hingga dianugerahkan 10 orang anak dan bakal menyambut kelahiran cucu yang ke 57 pertengahan tahun ini.

Cenderahati penghargaan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar.

Sementara itu seramai 10 pasangan telah terpilih mendapatkan cenderahati masing-masing antaranya Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad dan isteri Mariah Ibrahim.

Mereka dipilih kerana keserasian sebagai wakilrakyat yang sering bersama ke mana sahaja terutama menghadiri program kerajaan negeri dan turun ke bawah. -Harakahdaily

Kematian Patrick Wong diklasifikasi kes bunuh sejak awal lagi: Polis

Posted: 09 Feb 2012 06:31 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Polis hari ini menjelaskan kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong pada 2009 diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak awal lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata demikian sebagai merujuk kepada artikel bertajuk "Episode 2: The Murder of a Whistleblower" yang disiarkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portal berita online Malaysia Today.

"Polis menyangkal andaian bahawa kami memutuskan bahawa kematian Datuk Patrick Wong adalah akibat jatuh," kata Mohd Bakri dalam kenyataan hari ini.

"Dari awal lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes masih belum ditutup dan penyiasatan masih diteruskan," katanya.

Mohd Bakri merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil dan membantu siasatan polis.

Dalam artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, mendakwa ahli pernigaaan itu telah mengumpulkan maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.

Raja Petra mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukannya akibat rompakan.- BERNAMA

Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu?

Posted: 09 Feb 2012 06:28 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BHARU-PAS menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah cuba mahu menyembunyikan sesuatu ekoran tindakannya tidak membenarkan pemerhati luar memantau pilihan raya umum ke 13.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, berbeza pula dengan PAS yang mengalu-alukan pemerhati asing.

"Kalau SPR betul-betul telus, sepatutnya terima pemerhati asing. Buat apa takut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mohamad Amar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya, mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.

"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini," katanya.

Bagi Mohamad Amar, SPR tidak sepatutnya takut untuk membenarkan pemerhati antarabangsa datang memerhatikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Buktikan pada dunia yang kita ni telus dan terima pemerhati asing," cadang beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.

Mohamad Amar ditemui wartawan selepas majlis perasmian sambutan suami isteri 2012 di Balai Islam hari ini.-Harakahdaily

Di ambang kemelesetan, Najib sedang lakukan apa yang dia paling tahu - tidak ada apa-apa!

Posted: 09 Feb 2012 06:26 AM PST

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


"Ekonomi dunia semakin lembab dan zon eurosedang menuju kemelesetan ekonomi tahun ini. International Monetary Fund (IMF) meramalkan kesuraman keadaan global pada Selasa lalu. Secara keseluruhannya, ekonomi dunia dijangka mengembang kepada 3.25 % pada 2012- jatuh 4 % berbanding yang diramal oleh IMF.

Angka itu termasuk 8.2% di Cina, yang masih merupakan ekonomi paling pesat mengembang di dunia dan 7% di India. AS pula pada 1.8%, sama dengan yang ramalan lalu. Untuk ekonomi dirantau lain pula, ia banyak diperanguhi oleh risiko utama ekonomi – krisis kewangan yang berlarutan di zon euro. Dalam laporan yang dikeluarkan pada Selasa lepas, IMF meramalkan bahawa 'kemelesatan ekonomi sederhana' akan berlaku di 17 zon euro pada tahun ini. IMF juga memeberi amaran bahawa keadaan mungkin akan menjadi bertambah teruk".

Yang di atas adalah sebuah ramalan yang gelap buat badan kewangan dunia dan ia akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Jadi, apakah yang dibuat oleh Najib Razak mengenai hal ini?

Jelaslah bahawa beliau akan lakukan apa yang beliau paling tahu lakukan- tiada apa-apa!

Untuk memahami lelaki ini, anda perlu tahu latar belakangnya

Dibesarkan dalam suasana mewah, Najib yang berusia 58 tahun itu tidak faham akan kesusahan dan kepayahan yang dilalui oleh rakyat, baik yang miskin atau yang menghadapi kesempitan hidup.

Beliau sering dikelilingi oleh yang terbaik dalam hidup beliau jadi beliau tidak faham apa maksudnya menjadi miskin. Mungkin kita tidak dapat menyimpulkannya dengan baik tapi hakikatnya, Najib tidak kisah dan tidak mungkin dapat menjadi perihatin terhadap rakyat.

Beliau lebih berminat untuk memastikan UMNO-BN menang pilihanraya ke 13 nanti supaya beliau dapat terus menjadi perdana menteri Malaysia. Itulah satu-satunya yang dia pentingkan.

Yang selainnya tidak langsung membimbangkan beliau kerana jelas beliau tidak begitu peduli dengan keadaan ekonomi kita. Beliau masih terus memberi habuan kepada rakyat dan yang terbaru RM500 seisi rumah untuk yang berpendapatan kurang RM3 000 sebulan. Bagaimana ini menunjukkan keprihatinan jika ia sekadar bantuan satu kali yang bertujuan untuk medapatkan sokongan pada PRU 13 kelak?

Kegagalan yang tidak berkesudahan

Pemberian Proton kepada DRB-Hicom yang dengan segeranya mereka menegaskan bahawa mereka tiada wang tetapi harus meminjam daripada Maybank yang juga harus meminjam daripada tempat lain. Bagaimana jika segalanya gagal dan Maybank menanggung hutang besar? Jika anda meneka bahawa KWSP dan PNB adalah pemegang saham terbesar Maybank dan ini pula bermakna wang mereka datang daripada pekerja biasa di Malaysia dan nelayan serta petani miskin – memang tepat sekali!

Kemeterian Pertahanan juga akan membuang duit membeli sebuah kapal tentera laut yang hampir sama dengan kapal selam Scorpenes yang dibeli Najib pada tahun 2002 yang didakwa menerima bayaran RM570 juta hasil belian itu. Tidak hairanlah Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi beriya membeli jet pejuang Typhoon kerana ia sudah pasti memberikannya habuan yang tidak kurang hebat!

MRT Corp yang ditubuh di bawah Kementeri Kewangan dijangkan akan menaikkan bon untuk membiayai projek MRT Lembah Kelang yang bernilai RM 50 billion. Lebih banyak wang akan dipinjam dan juga kadar faedahnya. Sememangnya apabila projek itu bermula, akan ada aktiviti ekonomi tetapi, seperti juga dengan projek mega yang lain sebelum ini, ia akan bersifat sementara dan akan hilang apabila mereka sudah selesai membuat wang mereka. Rakyat Malaysia merasa dipersiakan dan hutang negara akan meningkat sedang pemimpin UMNO dan kroni mereka mendapat habuan yang banyak-seperti biasa.

Masa depan agak senang dijangka. Rakyat akan menderita akibat perkhidmatan yang teruk dan penyelenggaraan KVMRT tidak dilakukan dan akhirnya projek itu akan perlu diselamatkan. Rakyat Malaysia agaknya sudah biasa dengan keadaan ini. Sejarah juga menunjukkan bahawa projek LRT Malaysia sering gagal dan perlu diselamatkan kerana perancangan dan pembinaan yang lemah.

Tetapi untuk KVMRT, projek terbesar yang mungkin perlu diselamatkan- ia tidak akan ke mana dan strukturnya yang sudah siap akan menjadi gajah putih dengan sistem keseluruhannya hanya separuh siap. Disebabkan masalah yang banyak, keseluruhan sistem tidak akan berjalan dengan baik. KVMRT ditakdirkan untuk gagal dari mula. Jangan lupa ya, and baca di sini dahulu!

Projek Iskandar Johor juga dibanggakan UMNO sebagai projek yang berjaya. Malangnya, ia hanya pada kertas. UMNO membuat propaganda bahawa segalanya berjalan lancar di selatan. Pada dasarnya, ia hanya gambar-gambar indah, carta dan statistik kerana Iskandar, seperti KVMRT hanya akan mendatangkan faedah kepada kontraktor terpilih dan ia adalah projek yang diluar jangkauan ekonomi disebabkan perancangan lemah.

Bukan projek ekonomi tetapi skim buat duit

Hanya "langkah pertama" yang penting. Kerana di sinilah kontraktor kroni dan pemaju mendapatkan kontrak kerajaan yang menggiurkan. Mereka tidak peduli jika projek itu gagal berintegrasi dengan ekonomi tempatan dan negara secara keseluruhannya. Najib yang merupakan menteri kewangan juga tidak peduli. Beliau juga sibuk mendapatkan habuan untuk dirinya dan rakan-rakannya dalam UMNO.

UMNO dan Najib hanya berjaya membuat skim buat duit. Inilah sebabnya mengapa Malaysia akan menjadi bankrap. Rakyat pula tidak menjadi kaya. Hanya kumpulan-kumpulan tertentu yang menjadi kaya. Inilah masalahnya dengan semua projek ekonomi UMNO. Mereka bersifat sementara dan tiada kesan berpanjangan dan ia akhirnya akan menjadi beban kepada rakyat

IPP sedang memerah TNB dan Petronas dan ini akan memberi kesan kepada rakyat yang terpaksa membayar harga tinggi untuk minyak dan kadar elektrik. Lebuhraya yang telah siap masih meningkat naik kadar tolnya dan hasilnya, ia menaikkan harga segala –gala yang lain. Ini satu lagi contoh skim buat duit UMNO. Yang paling teruk adalah Zon Bebas Pelabuhan Kelang bernilai RM 12.5 billion yang cuba diselindung dengan bodohnya.

Pujian untuk tidak buat apa-apa

Jadi, memang satu lawak jenaka World Chinese Economic Forum (WCEF) menganugerahkan Najib Bapa Modenisasi dan Transformasi apabila beliau belum pun menghabiskan satu penggal sebagai PM dan tidakpun mendapat mandat mentadbir negara.

Sungguhpun begitu, presiden MCA Chua Soi Lek melakonkan sokongan padu dengan mendapatkan kontrak untuk WCEF memberi penghormatan kepada Najib. Tetapi mereka yang akhirnya ditertawakan kerana memberi anugerah percuma kepada Najib!

Ini memang satu kejayaan! Atau adakah mereka sebenarnya menganugerahkan Najib dengan sesuatu yang sangat gah atas dasar sinis? Media juga tidak berani melaporkannya kerana takut dikecam dan akan membahayakan BN sendiri.

Jika momokkan, janji kosong, bebanan kepada rakyat, membawa negara ke arah kebankrapan, menyelindung masalah kewangan seperti skandal RM250 Shahrizat-NFC dan ketidak-tegasan adalah asas kepada pemberian anugerah itu, maka Najib benar-benar layak menerimanya. Apa pendapat anda? Malaysia Chronicle

Sekat Anwar: Akankah UMNO jadi ganas dan akankah dunia luar memberi bantuan?

Posted: 09 Feb 2012 06:20 AM PST

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Kepada ramai rakyat Malaysia, kelihatan seperti UMNO dan Presidennya PM Najib Rzak tidak dapat dipercayai. Yang pertama adalah mereka telah kehilangan integriti dengan merompak kekayaan negara dan menjadikan Malaysia seperti harta mereka sendiri, walaupun kebanyakkannya disambar oleh kroni mereka.

Najib bukanlah satu-satunya pemimpin UMNO yang dituduh penipu. Yang peliknya beliau langsung tidak peduli jika ada yang menyedarinya. Beliau tidak merasa malu menaburkan janji palsu dan bersikap seperti seorang diktator.

Seorang itu sangat konfiden dan seorang lagi penuh dengan bangga diri dan mabuk khayalan

Berbeza dengan Anwar yang bersikap lebih konsisten. Dari mula lagi beliau bersetuju dengan hak Peguam Negara untuk merayu dan apabila mereka melakukannya, Anwar tidak marah walaupun hampir seluruh negara marah. Kita tahu sekarang, daripada ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa rayuan ini tidak akan merosakkan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan persekutuan daripada Najib dan UMNO. Kenyataan ini adalah kenyataan daripada seseorang yang percaya pada dirinya dan kebolehannya. Anwar bukanlah seorang yang sering gagal.

Kita tahu bahawa alim ulama,pensyarah universiti, pegawai bank, ahli perniagaan, polis, tentera, badan kehakiman dan banyak lagi sememangnya dipergunakan oleh BN. Hakim pun boleh dibeli seperti yang dibuktikan oleh rakaman video Lingam. Dalam perbicaraan Liwat II, Najib dan UMNO boleh menyangkal kepercayaan kebanyakkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia bahawa keputusan hakim adalah selari dengan keputusan Najib.

Oleh itu, tidak hairanlah selepas hakim mengumumkan keputusan tidak bersalah, dan menunjukkan pada bukti yang tidak kukuh; peguam negara masih boleh merayu- sama dengan pendiriran bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang secara terang-terangan mengatakan bahawa tidak salah untuk kerajaan mempersoalkan keputusan itu. Jelaslah bahawa daripada susun atur peristiwa ini, Anwar sememangnya tidak boleh dilepaskan.

Najib adalah keldai yang memandu troli atau adakah dia troli yang dipandu keldai?

Mahathir dan orang-orang kuat UMNO sememangnya mahu Anwar masuk penjara kerana ia akan memberi keselesaan untuk mereka terus berkuasa seraya melemahkan pembangkang. Najib berpura-pura bahawa keputusan untuk merayu itu tiada kaitan dengan beliau kerana beliau tidak begitu menunjukkan pendirian beliau mengenai kes itu.Beliau boleh mengatakannya dengan tenang seolah-olah ia suatu kebenaran.

Tapi, siapakah yang akan percaya kepada beliau lagi? Mungkin beliau mahu kes Liwat II sampai ke penghujungnya tetapi dengan duduk dan membenarkan Mahathir dan rakan-rakan memalukan negara dengan merayu beliau sebenarnya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai perdana menteri. Memang malang Malaysia mempunyai PM yang sangat lemah. Beliau tidak dapat mengawal parti tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Dunia percayakan Anwar bukan Najib

Malangnya, reaksi dunia kepada pembebasan dan laporan itu mendapat tempat di muka depan pelbagai akhbar utama dunia, menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi komuniti antarabangsa yang percaya Anwar telah difitnah oleh Najib dan UMNO!

Bagaimana Anwar diberi perhatian dan dihomati adalah isyarat jelas bahawa kerajaan lain di dunia ini percaya bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang terbaik untuk membawa Malaysia keluar daripada masalah.

Sementara itu, tidak banyak yang dapat dilakukan pembangkang untuk membantu Anwar kerana mahkamah jelas berpihak kepada BN. Tetapi, berita baik adalah disebalik rayuan itu, ia tetap tidak melenyapkan skandal RM250 juta Shahrizat –NFC. Ini menunjukkan bahawa rakyat sudahpun membuat pilihan siapa yang mereka mahu jadikan PM. Jelas ia bukan Najib.

Lebih daripada itu, harapan disandarkan kepada Anwar untuk memulihkan gejala rasuah yang merosakkan negara dan membawa ke muka pengadilan mereka yang melakukan penipuan dan penyalahgunaan kuasa serta membawa RM888 biliion dana negara secara haram keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2009.

Pemerintahan kejam tidak kekal selamanya

Ramai percaya bahawa keputusan tidak bersalah Anwar itu adalah gimmick politik Najib. Tetapi, ingat bahawa Najib tidak berminat dengan keadilan. Beliau Cuma tidak mahu dinobatkan dalam sejarah negara sebagai PM yang memenjarakan Anwar buat kali kedua atas kesalahan liwat dan PM yang mencetuskan ketidakpuasan hati rakyat yang melakukan protes jalanan. Ketiga-tiga letupan yang dilakukan selepas keputusan tidak bersalah diumumkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat pihak polis. Hanya mereka dan agen mereka sahaja yang mampu meletakkan bahan letupan itu yang telah mencederakan beberapa orang penyokong Pakatan.

Namun, UMNO dan Najib bukanlah tuhan. Tuhan maha adil dan tidak akan membiarkan pemerintahan zalim berlaku selama-lamanya. Tuhan mempunyai caranya sendiri untuk membalas Najib dan UMNO. Seperti yang ditunjukkan oleh kebangkitan Arab, siapa sangka takdir yang berlaku ke atas Ben Ali dari Tunisia, Hosni Mubarak dari Mesir dan Muammar Ghadafi pemimpin Libya?

Janji Najib; RELA akan berhadapan dengna rakyat mungkinkah menerusi penangkapan dan pembunuhan?

Memenjarakan Anwar akan membakar semangat pemimpin pembangkan dan penyokong mereka untuk berusaha lebih keras menyingkirkan UMNO-BN. Lebih penting, rakyat telah menerima pembebasan dan rayuan sebagai bukti bahawa Anwar sememangnya tidak bersalah. Ramai yang berpendapat Mahathir dan Najib yang menjadi dalang Liwat I pada 1998 dan Liwat II pada 2008 untuk mejatuhkan Anwar dan memenjarakan beliau.

Jad, biarlah UMNO bermain permainan kotor mereka. Jika Anwar dan Pakatan menang PRU 13 dan Najib dan UMNO cuba membuat percubaan memporak perandakan negara dengan menggunakan pihak RELA untuk memulakannya, mereka akan menyalahkan DAP, PKR dan PAS. Ini hanya akan membuatkan campur tangan dari kuasa luar dan penangkapan beramai-ramai dan juga pembunuhan pemimpin Pakatan dan juga penyokong mereka.

Apabila keadaan sudah kecoh, RELA akan turut serta dengan kerajaan untuk mempertahankan negara. Jangan melakukan kekecohan dalam negara ini kerana 2,8 juta ahli RELA tidak akan melihat begitu sahaja dan membiarkan kekecohan itu," Malaysian Insider melaporkan Najib sebagai berkata pada Sabtu lalu.

Kata-kata itu jauh sekali daripada yang dicanangnya pada 'Global Movement of Moderates' lebih kurang 2 minggu lalu. Beliau juga menyeru kepada keamanan dunia dan kesejahteraan. Jika ini bukan perilaku 2 personaliti berbeza, Najib jelas seorang pembohong!

Ya dengan BN berkuasa, Malaysia tidak jauh beza dengan Zimbabwe di mana ia diterajui oleh abang kepada Mahathir Mohamad- Robert Mugabe.Malaysia Chronicle

Mustafa Ali: PAS belum tentukan calon MB Johor

Posted: 09 Feb 2012 06:17 AM PST


KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar), hari ini menggesa media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu Naib Presiden parti Islam berkenaan, Salahudin Ayub, yang dikatakan bakal menjadi calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menguasai Johor dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya lagi, PAS masih belum membuat keputusan muktamad berkenaan perkara itu dan nama Salahudin hanyalah disebut sebagai salah satu calon yang akan menjadi pemangkin PAS di Johor.

"PAS belum membuat keputusan muktamad tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti. Oleh itu, sehingga kini belum putus lagi samaada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, akan bertanding di Johor.

"Begitu juga soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor belum lagi dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat atau di peringkat pimpinan PAS Pusat," jelas Mustafa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Menurutnya lagi, PAS hanya berbincang soal strategi bagi memperkukuhkan parti komponen PR itu di Johor.

"Sehingga kini, kita hanya berbincang soal bagaimana mahu memperkuatkan PAS di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dan nama Salahudin hanya disebut sebagai salah seorang calon untuk menjadi pemangkin PAS di Johor," katanya.

Jelasnya lagi, soal siapa yang akan menjadi MB Johor hanya akan diputuskan setelah pilihan raya selesai dan PAS menguasai negeri berkenaan.

Laporan Sinar Online hari ini menyebut Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Dalam laporan tersebut, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata, "tuan punya badan" juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Pengalaman beliau di peringkat Pusat amat penting untuk membantu kemenangan parti ini memandangkan musuh kami, BN juga mempunyai tokoh hebat," katanya.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa meletakkan Salahuddin bertanding di Johor sebagai usaha meminggirkan golongan ulama.

Namun nada berbeza diutarakan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, apabila beliau mengatakan isu bakal menteri besar tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.

Sehubungan itu, Mustafa menggesa pihak media tidak membuat sebarang spekulasi kerana perkara itu belum diputuskan di peringkat pusat.

Pemuda PAS akan gesa Rais Yatim kawal promosi Hari Kekasih

Posted: 09 Feb 2012 06:05 AM PST



KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menggesa Pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari depan.

Wakil DPPM Kamaruzzaman Mohamad dalam sidang media di sini berkata, mereka akan menghantar memo kepada Datuk Seri Rais Yatim supaya membuat kawalan terhadap sebarang promosi dan publisiti media massa berkaitan sambutan Hari Kekasih tersebut bagi membendung umat Islam daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral sekiranya mereka turut serta dalam sambutan berkenaan.

"Kawalan tersebut tidak melibatkan masyarakat bukan Islam, itu hak mereka untuk menyambut hari memperingati kekasih, tetapi publisiti meluas sambutan tersebut akan memberikan kesan kepada umat Islam.

Menurutnya, bagi umat Islam, mereka dilarang meraikan sambutan tersebut kerana khuatir berlakunya gejala tidak sihat dalam kalangan mereka.

"Islam mempunyai pendirian berbeza berhubung sambutan hari kekasih kerana ia menjurus kepada pasangan yang belum berumahtangga, dan Islam melarang perhubungan seperti itu," tambahnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kuala Lumpur.

Menurut beliau, promosi secara besaran-besaran oleh pihak-pihak tertentu akan menggalakkan pasangan yang belum berkahwin untuk menyambut hari memperingati kekasih itu.

"DPPM sebelum ini ada meminta kerajaan mengadakan kempen bebas daripada pergaulan tanpa batasan, dan kami juga menuntut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)mengadakan kempen untuk tidak menyambut Valentine Day ini.

"Ini kerana kesan akhir hasil daripada sambutan itu adalah lahirnya bayi- bayi haram dan bayi-bayi longkang," tegasnya.

Memorandum tersebut dijangka akan diserahkan di pejabat KPKK di sini pada Jumaat jam 10 pagi.

Nik Aziz sedia lepaskan Salahuddin ke Johor

Posted: 09 Feb 2012 05:57 AM PST





THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia melepaskan naib presiden parti itu, Salahuddin Ayub sekiranya PAS Johor memerlukan pengalaman beliau di negeri berkenaan.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, pucuk kepimpinan parti sedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri kelahirannya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya," katanya kepada pemberita di Kota Baru.

Memetik Sinar Harian Online, Menteri Besar Kelantan ini mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed mahu menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.

Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat di negeri yang dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN).

"Apa-apa pun biar Pas Johor berbincang dahulu dan tentukannya. Jika itu adalah untuk kemenangan parti, kita kena lepaskannya," katanya.

Nik Aziz berkata, di samping perlu akur kepada keputusan pucuk kepimpinan, beliau juga memberi ruang kepada Salahuddin bertanding di mana-mana kerusi yang bersesuaian.

Sebelum ini, Salahuddin menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di mana-mana kawasan.

Bagaimanapun tidak menjadikan tawaran sebagai menteri besar sebagai matlamat utama perjuangannya dalam parti.

1CARE diwajibkan untuk semua rakyat M'sia

Posted: 09 Feb 2012 05:54 AM PST

Semua rakyat Malaysia akan diwajibkan menyertai cadangan skim penjagaan kesihatan '1Care for 1Malaysia'. Bagaimanapun, kerajaan masih belum merangka pelan pelaksanaannya.

"Bagi penyedia penjagaan kesihatan, ia tidak wajib tetapi untuk rakyat, ia adalah diwajibkan," kata Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Nasional (NHF) Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein.

Ini, kata dR Rozita, adalah untuk memastikan sumbangan dapat dimaksimumkan dan semua orang mendapat perlindungan yang sama rata.

Dakwat kekal untuk p'raya diwarta minggu depan

Posted: 09 Feb 2012 05:43 AM PST

Kuek Ser Kuang Keng

Peraturan baru untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan diwartakan Rabu depan, mewajibkan ia digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya, Datuk Seri Maximus Ongkili (kanan).

"Ia akan diwartakan pada 15 Februari dan sedia untuk dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu petang ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tersebut, memberitahu pemberita selepas sidang akhbar tersebut bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula melatih kakitangannya menggunakan dakwat kekal mulai bulan Mac.

Umno Cheras: Selesaikan isu NFC sebelum p'raya

Posted: 09 Feb 2012 05:41 AM PST

MALAYSIA KINI

Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kontroversi yang timbul berhubung isu syarikat National Feedlot Corporation perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Katanya, beliau tidak mahu isu yang membelenggu ketua sayap wanita parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menghakis sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isu tersebut bakal menjadi beban besar kepada Umno sekiranya tidak ditangani, katanya seperti dipetik blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

"Jangan salahkan rakyat (pengundi) jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC," katanya lagi.

NONEKenyataannya itu timbul berikutan pendedahan terbaru PKR semalam berhubung dakwaan pembelian dua lagi kondominium, bernilai RM34.6 juta di di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli semalam berkata, pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Centre dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.

Deposit berkenaan didakwa merupakan sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi National Feedlot Centre.

Kedua-dua hartanah itu dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran.

Syed Ali juga menegaskan bahawa rakyat mahu isu yang mendapat perhatian media antarabangsa itu dijelaskan secara sahih.

"Jika semua dakwaan pembangkang terutama PKR itu fitnah, saya minta pihak berkenaan menafikannya secara terbuka berserta bukti atau fakta yang tepat bagi meyakinkan rakyat," katanya lagi.

Masyarakat umum mungkin membentuk persepsi bahawa dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang "benar" sekiranya tidak dinafikan oleh keluarga Shahrizat, tambahnya.

Katanya lagi, keluarga Shahrizat juga tidak perlu takut jika mereka benar-benar tidak terlibat dalam penyelengan mahupun salahguna kuasa dalam kes tersebut.

Juruanalisis Tabung Haji didakwa ubah pangkalan data

Posted: 09 Feb 2012 05:38 AM PST

MALAYSIA KINI

Juruanalisis sistem, Jabatan Teknologi Maklumat Tabung Haji, Afizul Md Yasin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji, dua tahun lepas.

Afizul meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Afizul, 34, didakwa membuat capaian ke pangkalan data Tabung Haji dan memasukkan rekod nama 27 jemaah haji menggunakan program komputer tanpa kuasa yang mana perbuatan itu akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan sistem haji Lembaga Tabung Haji.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 13, Jabatan Teknologi Maklumat, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji di ibunegara, antara jam 10.55 pagi hingga 11.10 malam pada bulan Jun dan Julai 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, di mahkamah yang sama, seorang kerani mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan wang tunai RM6,750 sebagai upah untuk menolong menguruskan 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada tahun 2010 bersamaan 1431H, supaya dapat pergi menunaikan haji pada waktu itu.

Roslan Mohamed Som, 47, yang bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Tabung Haji, dituduh menerima wang itu daripada perantara, Samsudin Ibrahim di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini antara jam 3.30 petang dan 4 petang 15 Julai 2010.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zulkarnain Hassan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dikenakan bagi setiap tertuduh dan memohon supaya pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

"Jaminan yang ditawarkan adalah munasabah dengan kesalahan serius yang dilakukan kerana ia mencemarkan imej Tabung Haji, dan saya juga memohon supaya kedua-dua kes ini dibicarakan bersama," katanya.

Afizul dan Roslan yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan itu dikurangkan kerana mereka mempunyai tanggungan keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah.

"Saya memohon jaminan sebanyak RM10,000 kerana saya tidak mampu dan perlu menanggung lima anak yang masih kecil serta isteri yang tidak bekerja," kata Afizul.

Roslan yang mempunyai dua anak, turut memohon jaminan dikurangkan kerana isterinya menghidap kanser.

Hakim Rozilah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Feb untuk sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh melantik peguam bela. Bernama

AGM KITA Kedah esok dijangka tuntut Zaid berundur

Posted: 09 Feb 2012 05:37 AM PST

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA} Kedah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) esok dan dijangka menuntut Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan.

NONEDi sebalik kemelut dalam parti itu, KITA Kedah akan meneruskan AGM esok, tegas ketuanya yang baru dipecat, Zamil Ibrahim (kanan).

Katanya, AGM di Sungai Petani esok dijangka membuat satu resolusi menuntut Zaid meletak jawatan sebagai presiden KITA kerana didakwa telah mencemarkan nama baik parti itu.

Menurutnya, ahli parti itu akan mendapatkan bantuan Pendaftar Pertubuhan supaya memantau secara serius serta menyiasat perjalanan parti itu di bawah kepimpinan Zaid.

NONEZamil telah dipecat oleh parti itu bersama-sama dengan rakan sejawatannya dari Pulau Pinang itu, yang juga ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng (kiri) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang dianggap boleh "merosakkan" parti.

Mereka berdua bersama pemimpin cawangan yang lain, telah mengadakan satu sidang media pada 3 Februari di Putrajaya mengutuk keputusan mendadak Zaid untuk membubarkan KITA, yang diumumkan dalam blognya pada 2 Februari lalu.

Tan dan Zamil enggan menerima pemecatan mereka, dengan mengatakan bahawa ia tidak mengikut prosedur yang betul, dan menyalahkan Zaid yang memecat pemimpinnya menjelang pembubaran parti itu.

Ketua sindiket penipuan internet RM10b diberkas

Posted: 09 Feb 2012 05:31 AM PST

Ketua sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan.

Difahamkan Huang ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lepas sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu.

Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lepas hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Pada 6 Jun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai "Penipu Macau" dan diketuai seorang warga Taiwan.

Tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan. Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain.

Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan. Bernama

Lagi kumpulan ikrar sokong Himpunan Hijau 2.0

Posted: 09 Feb 2012 05:29 AM PST

Menjelang dua minggu lagi berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, semakin banyak kumpulan yang tampil menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan awam itu yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

NONEDalam satu sidang akhbar semalam, Presiden Dewan Perniagaan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) Tan Yew Sing
(kanan) mengisytiharkan dewan tersebut menentang terhadap projek kontroversi nadir bumi itu, sambil menegaskan bahawa beliau sendiri akan turut serta dalam perhimpunan yang dirancang pada 26 Februari ini.

Dengan merujuk kepada insiden loji Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah sebagai satu "pengalaman pahit", beliau menegaskan bahawa keselamatan orang awam patut menjadi keutamaan, berbanding manfaat ekonomi.

"Kami masih ingat insiden ARE, di mana penduduk tempatan terdedah kepada radiasi dari bahan sisa buangan.

"Bagaimana kita boleh membenarkan tragedi ini berulang lagi dan membiarkan rakyat hidup dalam kesakitan dan kesengsaraan untuk selama-lamanya?" tanya beliau.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah pengerusi jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Wong Tack dan anggota jawatankuasa tersebut.

Perhimpunan itu, selepas perhimpunan pertama kumpulan tersebut pada 9 Oktober, dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi.

'Syarikat Johor berdagang minyak sawit dengan Israel'

Posted: 09 Feb 2012 05:28 AM PST

Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

NONEMenurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa
mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

‘Saya tak akan tinggalkan Umno’

Posted: 09 Feb 2012 12:10 AM PST

"Orang kata saya akan tinggalkan parti kerana tidak lagi menjadi menteri besar tetapi itu tidak benar," katanya.



SHAH ALAM: Dr Khir Toyo berkata beliau tidak akan meninggalkan Umno walau pun tidak lagi memegang jawatan dalam parti.

"Orang kata saya akan tinggalkan parti kerana tidak lagi menjadi menteri besar tetapi itu tidak benar," katanya.

Dr Khir kini berdepan hukuman setahun penjara kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Dr Khir juga menjelaskan tidak ada puak dalam Umno Selangor sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

'Saya akan tegur'

"Bila kamu jadi pemimpin, jadilah pemimpin yang baik kerana saya pengikut yang baik. Kalau pemimpin tak betul, saya akan tegur.

"Kalau tak suka kepada pemimpin, jangan tinggalkan parti," katanya.

Kepimpinan Umno Selangor kini diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Datuk Seri Noh Omar sebagai timbalan.

Dr Khir menjadi menteri besar Selangor selama lapan tahun dari 2008 menggantikan Tan Sri Abu Hasan Omar yang meletakkan jawatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Khir berkata, calon BN yang kalah dalam pilihan raya umum 2008 tidak boleh dicalonkan bertanding dalam piJihan raya ke 13.

"Itu realiti, perlu banyak muka baru bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara. Kita ramai profesional dalam parti," katanya.

Azizan letak jawatan: laman portal mohon maaf

Posted: 09 Feb 2012 12:04 AM PST

"Kami ingin memohon maaf pada Datuk Seri Azizan di atas penyiaran bahan tersebut sekiranya bahan tersebut menyinggung hati Datuk Seri," kata Ketua Pengarang KL-Today.



PETALING JAYA: Sebuah laman portal KL-Today memohon maaf kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan laporan perletakan jawatan yang disiarkan pada Selasa lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pengarang KL-Today berkata kandungan laporan ' Dalam 3 jam, Azizan bakal letak jawatan?' itu asalnya diambil sepenuhnya daripada sumber laman portal mynewshub.my.

"Kami ingin memohon maaf pada Datuk Seri Azizan di atas penyiaran bahan tersebut sekiranya bahan tersebut menyinggung hati Datuk Seri.

"Kami berjanji di masa hadapan akan lebih bertanggungjawab di atas penyiaran bahan-bahan berita terutamanya melibatkan isu politik di negara ini," katanya.

Laman portal itu turut menafikan dakwaan terlibat secara rasmi atau berkomplot dengan sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.

"Untuk pengetahuan semua, di KL-Today.com, kami melakukan yang terbaik supaya menjadi adil dan telus untuk menyiarkan berita politik yang tidak berpaksi pada satu-satu kumpulan sahaja di negara ini.

"Kami yakin bahawa rakyat Malaysia sudah terlalu bijak untuk menilai bahan berita terutamanya melibatkan khabar angin," katanya.

Sementara itu, Azizan dipetik Bernama menafikan spekulasi dirinya mahu meletakkan jawatan dan menganggapnya sebagai satu serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

Hari Kekasih boleh diraikan dengan syarat memelihara adab dan akhlak Islam

Posted: 09 Feb 2012 12:02 AM PST

Nasrudin bin Hassan


1. Memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari - hari tertentu untuk meraikannya.

2. Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam. Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.

3. Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar.

4. Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati mereka terutama mereka yang telah berada di ambang perkahwinan, samaada sempena hari kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam. Antaranya :

a. pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram
b. tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c. tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama

5. Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan.

6. Namun anak-anak muda muslim perlu elakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka. Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan. Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka.

7. Meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak-anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, samaada yang baru dibina ataupun yang sudah lama. Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat. Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan.

8. Saya mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan tiga adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.

9. Tidak susahkan? Hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat. Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.

10. Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, samaada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.

Nota: sempena sambutan Maulidur Risaalah, saya juga mengharapkan semua khasnya anak-anak muda muslim/ah meletakkan rasa kasih dan cintanya kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw. mengatasi cinta dan kasih kita kepada manusia yang lain.

*Kenyataan media oleh Nasrudin bin Hassan (gambar kiri) selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, dipetik dari laman Facebook beliau.

Tiada ulasan: