Khamis, 9 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ibu PAKSA Anak Melacur

Posted: 09 Feb 2012 06:37 AM PST


Berita Agensi melaporkan seorang gadis berusia 16 tahun di Mumbai, India, telah dipaksa melacur oleh ibu kandungnya.

Poonam Manish Mhatre, 49, didakwa menggunakan ugutan emosi, termasuk mengancam untuk mencederakan atau membakar dirinya jika anaknya itu tidak bersetuju untuk menjual dirinya.

Tertuduh telah ditahan di bawah Akta Pemerdagangan Tidak Bermoral (Pencegahan) kerana mendorong anak perempuannya dalam aktiviti pelacuran.

Mengikut laporan, tertuduh dikatakan sering mengelar pergelangan tangannya, malah menyimbah dirinya dengan minyak tanah jika anak perempuannya enggan melayan pelanggan.

Menurut akhbar, remaja itu telah dipaksa melacur sebaik sahaja dia berhenti sekolah. Pihak polis berkata, remaja itu menurut kemahuan ibunya kerana bimbang ibunya akan  melakukan sesuatu yang membahayakan dirinya.

Selepas sembilan tahun menanggung trauma dan permintaan yang semakin meningkat untuk melayan  pelanggan, dia akhirnya memecah rahsia dan melaporkan perkara itu kepada polis. -DCM



P/s: Patutnya, biarkan sahaja si ibu menyimbah dirinya dengan minyak tanah dan membakar dirinya.



Remaja buka Mulut Selepas Tidak Tahan Jadi Hamba Seks Teman lelaki Ibu

Posted: 09 Feb 2012 06:06 AM PST


Saya petik:

[SH] BALIK PULAU - Gara-gara tidak sanggup lagi menjadi bahan pemuas nafsu seks teman lelaki ibunya sejak awal tahun lalu, seorang pelajar tingkatan dua bertindak melarikan diri dari rumahnya bagi mengelak terus menjadi mangsa keadaan.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak demikian pada 6 Februari lalu selepas suspek berusia 46 tahun itu dikatakan mengugut mahu memukul mangsa sekiranya memberitahu ibunya mengenai perbuatan jijiknya itu.

Difahamkan, suspek dikatakan tinggal bersama keluarga mangsa sejak empat tahun lalu selepas kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa tiada di rumah dan kali terakhir mangsa didakwa dirogol suspek pada dua minggu lalu, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mangsa bertindak meninggalkan rumah tanpa disedari ibunya pada Isnin lalu dan tinggal bersama seorang rakan di Seberang Perai.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun dibawa rakannya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kelmarin, kira-kira jam 8 pagi.

"Mangsa turut mengatakan kejadian sama berlaku sejak awal tahun lalu tetapi dia terpaksa mendiamkan diri kerana takut dicederakan.

"Remaja terbabit kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut kesihatan dan polis telah memanggil ibunya untuk siasatan," katanya.


Blog Pro-UMNO Rekayasa Fitnah Anwar - Majalah Porno Jepun?

Posted: 09 Feb 2012 05:19 AM PST



TM memang tidak tahu atau faham bahasa Jepun. Namun, menurut blog Biaqpila, keratan majalah kononnya menyiarkan kisah video seks DSAI itu adalah hasil rekayasa penyokong/jurublog UMPORNO.

Menurut Biaqpila, artikel yang dimuatkan dalam majalah itu berkisar penggodam yang memuatnaikkan gambar ahli politik Jepun dengan kekasihnya, tiada langsung nama Anwar dinyatakan dalam artikel tersebut. Maknanya, gambar majalah itu sudah ditukar dengan gambar lelaki mirip DSAI bersama pelacur.

Pada TM, PKR atau DSAI perlu segera mengambil tindakan terhadap pihak terlibat kerana menurut sebuah blog UMNO, blog yang menyiarkan keratan majalah itu menerima kunjungan hampir 2000 pelayar internet pada satu-satu masa. Bayangkan dalam sehari berapa puluh ribu, atau mungkin ratusan ribu yang "mempercayai" fitnah itu.

Rasanya tidak ada masalah untuk pihak PKR mengambil tindakan kerana jelas pada gambar keratan majalah itu sudah tertera nama blog yang menjadi sumber fitnah tersebut.



RPK Dedah Kononnya Ada Skandal Pasir di Selangor, Dua ADUN Dituduh Nafi Terlibat, Siapa yang Menipu?

Posted: 09 Feb 2012 04:40 AM PST

Pendedahan Raja Petra disertakan foto salinan cek, dokumen berkaitan serta transkrip perbualan telefon boleh anda baca pada pautan di bawah paparan skrin yang berikut.

Baca di sini.

Berikutan dakwaan RPK itu, kedua-dua ADUN yang dinamakan oleh RPK menafikan dakwaan itu. Saya petik kenyataan dan berita berkaitan dari JP:

Suhaimi: RPK is spin doctoring

The two Pakatan Rakyat state assembymen implicated by blogger Raja Petra Kamarudin in the sand mining scandal have responded to the allegation, with one of them calling it spin doctoring.

Contacted by FMT, Batu Caves rep Amirudin Shari said that he already given his statement to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in 2010.

The PKR politician added that he was puzzled why the blogger raised an old issue.

"I have spoken to MACC and so far they haven't come back to me," he said.

Raja Petra alleged that Amirudin and Sri Muda assemblyman Mat Suhaimi Shafiei had colluded with a well-financed contractor with regard to sand mining operations in the state.

The contractor was said to have forked out cash assistance to Suhaimi for his programmes while Amirudin had provided a supporting letter to Double Dignity Sdn Bhd, the sand mining company belonging to the contractor.

Both assemblymen were also alleged to be sitting on the company board as directors.

On the support letter, Amirudin admitted that he had given out several support letters in the past.

"But I always state in the letter that the relevant authority should only consider the applicant if they fulfil the regulations in place," he said.

Amirudin added that he had no executive powers to influence any authorities in the state to approve anything.

Spin-doctoring

Meanwhile, Suhaimi, when contacted, refused to comment, saying that he had already posted a response on his blog.

In his blog posting, the PKR politician did not provide answers to the allegation but merely asked readers if they believed Raja Petra.

"There is no reason for me to answer the allegations when the credibility of the writer is questionable," he wrote.


Penjelasan ADUN Sri Muda - srimuda.blogspot.com

Siri ke 4 SPIN @ Putar Alam dari Kepala Putar

Pagi ini saya dihubungi beberapa wartawan dan rakan yang bertanyakan mengenai apa yang di tulis di sebuah blog terkenal. Blog terkenal ini menjadi lebih dikenali bila penulisnya terjun ke bidang lawak jenaka secara serius lewat setahun dua ini.

Blog ini amat popular sebagai blog 'spin' atau bahasa kasarnya 'putar alam' dan lewat waktu ini diingati kerana gaya penulisan penulisnya yang sudah bertentangan dari sebelum ini. Ada sesuatu yang di kejar penulisnya mungkin. Duit? Kebebasan? Free thinker? Freemason?

Antara pertanyaan yang diajukan, 'betul ke apa yang ditulis?' Sebelum menjawap saya bertanya dahulu kepada mereka, 'apakah saudara percaya kepada penulis cerita ini? Dari lima orang yg bertanya itu, semuanya menjawap tidak, lalu tidak perlulah saya mengulas panjang. Kreadibiliti penulisnya sudah tidak dipercayai lalu apa perlu saya menjawap pertanyaan yang dikemukakan?

Dalam dunia hari ini objek manusia, gambar dan apa sahaja bahan 'spin' boleh direka cipta dan di solek menjadi seperti asli. Apatah lagi dokumen asli untuk maksud lain bisa sahaja di salah guna bagi menjadikan tujuan 'spin' dapat dibuktikan seyakin mana yang boleh.

Pada saya inilah tugasan dan kontrak terkini yang dianugerahkan kepada penulis blog ini sebagai tukaran kepada kebebasan dan mungkin juga wang.

Kita tunggu pula siri ke 5 dari puluhan siri ,spin, yang direncanakan. Persoalannya, siapakah akan percaya? Hanya golongan seperti penulis sahaja yang akan mempercayainya. Berapakah beliau di bayar bagi menjalankan fitnah ini?

Saya diberitahu oleh seseorang yang dekat dengan penulis blog ini bahawa beliau perlu mencari 'pokok' baru selepas 'pokok' tempat beliau bergantung harap selama ini sedang 'mereput' masalah kewangan hingga terpaksa membubarkan parti yang baru setahun jagung ditubuhkan. Untuk mendapat 'pokok baru' yang 'berakar subur' mestilah mendapatkan di tanah yang sudah subur. Maka tidak hairan jika 'spin' yang di tulis bergantung kepada 'besarnya pokok baru' yang dihinggap.

Hanya 'jauhari yang mengenal manikam' dan masa akan membuktikan kebenarannya!

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, pula seperti yang dilaporkan di HD menafikan dakwaan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di Negeri Selangor.

Menurut kenyataan KSSB, syarikat Double Dignity tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan.

Sejak KSSB ditubuhkan pada 2008 yang bertujuan mempelopori industri pasir dan batuan di negeri Selangor, KSSB ini tidak pernah menerima permohonan daripada Syarikat Double Dignity untuk menjalankan sebarang aktiviti melibatkan industri pasir di negeri ini.

P/s: Pada TM, jika ada pemimpin PR yang terbukti bersalah terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa, maka tindakan tegas perlu diambil tanpa mengira siapapun yang terlibat. Yang TM pelik, mengapa SPRM tidak mengambil tindakan sedangkan menurut ADUN PKR itu SPRM mempunyai pengetahuan tentang kes tersebut?

Adakah pendedahan RPK hanya semata-mata untuk memberikan ruang dan peluang untuk TV3 memainkan isu ini di media? Lagi TM pelik, sewaktu RPK mendedahkan pembunuhan Altantuya, bukan sahaja polis, TV3 langsung tidak berani sentuh!


Ketua Pemuda PAS Bikin Kontroversi, Kata Orang Islam Boleh Sambut "Hari Kekasih"?

Posted: 09 Feb 2012 03:47 AM PST


Saya tidak pasti sama ada MK tersalah lapor atau sememangnya Ketua Pemuda PAS tanpa memikir panjang mengatakan orang Islam boleh menyambut Hari Kekasih/Hari Valentine dengan  syarat:

a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;

b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan

c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama

Selanjutnya, sila baca di sini.

Mungkin Nashrudin terlepas cakap tentang hal itu kerana jelas Islam melarang umatnya menyambut perayaan Hari Velentine atas apa-apa sebab pun. Cerita tentang Hari Valentine boleh dibaca di sini.

Mungkin kenyataan awalnya dibidas atau dikomen pembaca, Nashrudin kemudiannya menulis:

1. Valentine's Day bukan dari ajaran dan syiar Islam. Menetapkan 14 Feb saban tahun sebagai hari sambutannya juga tiada dalam Taqwim Islam. Justeru itu tidak berbangkit langsung soal keharusan ummat Islam menyambutnya saban tahun. Lagikan sambutan Maulud Nabi saw terdapat khilaf yang besar di dalam Islam, inikan pula sambutan Valentine's Day.

2. Apa yang saya tulis di Sambutan Hari Kekasih adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, samaada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telahpun mendirikan rumahtangga.
Meraikan kekasih hati dengan syarat , adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau biro Baitul Muslim Jamaah Islam. Sambung baca di sini.

Barulah jelas! 

Rasanya banyak pengajaran yang boleh diambil jika tidak berhati-hati atau gagal memberikan kenyataan yang jelas.


Ratusan Foto Berahi Hubungan Terlarang Artis Indonesia dengan Pemimpin Tempatan Dikemukakan Sebagai Bukti

Posted: 08 Feb 2012 06:30 PM PST


[HM] JAKARTA: Ratusan foto tersimpan dalam telefon bimbit Peni Farnita akan menjadi bukti kukuh untuk suaminya, Bernaldi Kadir Djemat atau Aldi untuk mengheret artis dan ketua daerah, Zumi Zola ke penjara.

Menurut peguam Aldi, Humprey Djemat, ada ratusan gambar yang berkait dengan kecurangan Peni bersama Zumi.

"Ada lebih 100 foto dan semua itu kami simpan sebagai bukti," katanya ketika ditemui di balai polis Jakarta Selatan, semalam.

Peguam Aldi turut mendedahkan foto-foto Zumi dan Peni kerana kesal dengan sikap Zumi.

Dalam foto itu, Peni dilihat dalam keadaan separuh bogel sama seperti foto Zumi. Foto itu adalah hasil hubungan seks kedua-duanya melalui telefon. Peni juga sudah mengakui mengenai foto itu. 

"Isteri Aldi sudah mengakui semuanya. Jadi, sekarang kami menunggu tindakan lanjut pihak polis," katanya.



Peguam Terkenal SAMAN PapaGomo

Posted: 08 Feb 2012 05:49 PM PST


Saya petik:

[HD] KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.

Dalam tuntutannya plaintif memohon  defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.

Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.

Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011.

Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.




[Video] Ghairah Lelaki Gay dan Pondan

Posted: 08 Feb 2012 04:18 PM PST



 Saya petik:

TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.


[HM] KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain.


Tiada ulasan: