Khamis, 9 Februari 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


HADIS POLITIK TIDAK SAMA DENGAN HADIS TASYRIK

Posted: 09 Feb 2012 10:24 AM PST


[1]

Sesuatu hadis itu, hendaklahdilihat pada empat kerangka[1],iaitu;

Satu : Tasyrik(pensyariatan); atau
Dua : al-Hady wa al-Irsyad(Saranan); atau
Tiga : al-Ta'dib (mengajaradab); atau
Empat : al-Imamah (kepimpinandan politik).

Penggunaan Istilah al-Imamahini digunakan oleh kebanyakkan ulama, seperti Dr Said Ramadhan al-Buti dalamkitab Dhawabit al-Maslahah[2]dan Dr Nu'man Jughaim dalam kitab turuq al-Kashf fi Maqasid al-Syari'[3]. Adapun mengikut istilah Dr Sulaiman al-Asyqar dalam kitab al-Wadih fi Usulal-Fiqh, beliau mengunakan Istilah al-Amr al-Maslahi atau urusan berkaitandengan kemaslahatan.

[2]

Bagi memahami lagi tentangempat pembahagian terhadap cara pemahaman hadis ini, diulas seperti berikut;

Satu : Tasyrik

Kebanyakkan hadis itubersifat pensyariatan. Lalu, apabila dilihat pada hadis terbabit, perludiperhatikan dahulu, apakah hadis itu saheh atau tidak; apakah hadis itubersifat sareh atau tidak sareh; apakah hadis itu bersifat hukum lizatih, ataulighairih; apakah hadis itu bersifat hukum mutlak atau hukum berfaktorkan sifat.

Dalam hadis-hadis Nabi SAW,banyak perkara yang melibatkan pensyariatan, terutama perkara yang berkaitandengan Ibadat Khususiyyah dan seumpamanya.

Dua : al-Hady wa al-Irsyad

Ada juga hadis itu,diperhatikan pada suruhan atau larangan itu bukan dari sudut pensyariatan,tetapi dilihat dari sudut saranan sahaja. Dengan maksud, suruhan atau laranganitu tidak wajib diikut.

Antara contoh bagi perkaraini adalah seperti satu hadis anas yang berkata bahawa Nabi Muhammad SAW melaluidi satu kaum yang melakukan pendebungaan pokok. Lalu, Nabi SAW menyatakankepada mereka, "apakah tidak kamu lakukan (seperti ini), pasti ia (pokok)menjadi baik".

Anas bercerita lagi bahawakaum itu melakukan seperti disarankan oleh Nabi Muhammad SAW, didapati iamelahirkan buah kurma yang tidak elok. Perkara ini dilaporkan kepada NabiMuhammad SAW. Dengan itu, menyebabkan Nabi Muhammad SAW menyatakan;

أَنْتُمْ أَعْلَمُبِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ

Maksudnya;
            "Kamu lebih mengetahui tentangurusan dunia kamu[4]

Dan contoh lain adalah satuhadis bahawa seorang lelaki bernama Mughis telah bercerai dengan isterinya yangbernama Barirah. Mughis telah datang berjumpa dengan Nabi SAW memohon bantuankepada Nabi SAW menyarankan kepada Barirah agar kembali balik ke pangkuannyasemula.

Semasa Nabi SAW berjumpadengan Barirah, Nabi SAW menyatakan;

يَا بَرِيرَةُاتَّقِي اللَّهَ فَإِنَّهُ زَوْجُكِ وَأَبُو وَلَدِكِ

Maksudnya;
            "WahaiBarirah, takutlah kamu kepada Allah. Maka sesungguhnya dia (Mughis) adalah(bekas) suami kamu dan bapa kepada anak kamu"

Mendengar itu, menyebabkanBarirah bertanya kepada Nabi SAW, "apakah kamu menyuruh aku denganya (berkahwinbalik dengan Mughis)?"

Jawab Nabi SAW, "tidak. Akusekadar memberi saranan"

Mendengar itu, barirah tidak mahukembali ke pangkuan Mughis, dan ketika itu kelihatan air mata Mughis menitis dipipinya. Keadaan itu menyebabkan Nabi SAW berkata kepada Abbas;

أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّمُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَبُغْضِهَا إِيَّاهُ

Maksudnya;
            "Apakah kamu tidak kagum, betapasayangnya Mughis kepada Barirah, tetapi betapa bencinya Barirah kepada Mughis?[5]"

Dari dua hadis yangdikemukakan ini, didapati sesuatu hadis itu, waima kelihatan seperti suruhanatau larangan, tetapi ia bukan bersifat tasyrik atau pensyariatan, tetapi iabersifat al-Hady wa al-Irsyad atau saranan sahaja.

Tiga : Ta'dib

Dalam beberapa keadaan, hadisitu bersifat mengajar adab. Antara contoh perkara ini adalah seperti Sabda NabiMuhammad SAW;

مَنْ كَانَيُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَيُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Maksudnya;
            "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,maka janganlah dia menyakiti jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman denganAllah dan hari akhirat, maka hendaklah dia muliakan tetamunya[6]"

Hadis ini bukan bersifattasyrik atau pensyariatan, tetapi ia sekadar mengajar adab. Dengan erti katalain, ungkapan Nabi Muhammad SAW menerusi hadis ini mengandungi maksud mendidikumat agar dapat menghormati jiran dan tetamu. Disebabkan itu, orang yangmenyakiti jirannya, dan tidak memuliakan tetamunya, orang tersebut sekali-kalitidak boleh dikira sebagai kafir (tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat).

Jika diperhatikan kepadakalangan Khawarij, didapati mereka melihat hadis "ta'dib" ini dari kerangkatasyrik. Ekoran itu, mereka menjadikan hadis ini sebagai cara untuk menegakkankepercayaan mereka; iaitu sebagai hujjah untuk mengatakan bahawa orang yangtidak menghormati tetamu dan menyakiti jirannya sebagai kafir dan terkeluardari Islam. 

Empat : al-Imamah (al-Amral-Maslahi)

Perkara yang keempat yangperlu diperhatikan kepada hadis adalah al-Imamah, atau dalam istilah DrSulaiman al-Asqar sebagai al-Amr al-Maslahi[7]atau urusan yang berkaitan dengan kemaslahatan.

Antara contoh dalam perkaraini adalah seperti sabda Nabi Muhammad SAW;

الْأَئِمَّةُمِنْ قُرَيْشٍ

Maksudnya;
            "Pemimpin itu dari kalangan Quraish[8]"

Hadis ini tidak boleh dilihatdari sudut pensyariatan, tetapi hendaklah dilihat dari sudut politik. Ekoranitu, Ibn al-Khaldun menyatakan dalam kitab beliau "al-Muqaddimah" bahawa tidaksemestinya pemimpin itu berbangsa tersebut, tetapi ia sengaja diungkapkan olehNabi Muhammad SAW dengan tujuan untuk mahu mengelak dari berlaku perbalahan[9].Dengan erti kata yang lain, ungkapan Nabi SAW ini adalah untuk mengelak dariberlaku kemudharatan perbalahan, maka bagi mencapai kemaslahatan, laludiungkapkan perkataan ini oleh Nabi Muhammad SAW.

Hadis yang berbentuk politikini; apa yang termaktub dalam hadis itu bukan satu-satunya cara yang dilakukan,tetapi ia merupakan SALAH SATU cara yang dicadangkan, dan ia sesuai di zaman,tempat dan kondusif itu, tetapi pada zaman, tempat dan kondusif lain, ia bolehmenggunakan pendekatan yang lain, selama tidak melanggar tujuannya, iaitucapaian maslahah kepada umat dan islam itu sendiri.

Perkara ini amat jelassepertimana yang telah diungkapkan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitab Usulfiqh beliau;

تفسر نصوص القرءان والسنة بحسب العرف القائم حين ورودها

Maksudnya;
            "Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ituditafsirkan mengikut keadaan dan kondusif yang berlaku ketika ia diturunkan[10]"

Sekian

Wallahu 'alam


[1] Turuq al-Kasyf fi Maqasid al-Syarik, Hlmn126-136
[2] Hlmn 181.
[3].hlmn, 128.
[4] Muslim : 4358
[5] Abu Daud : 1904
[6] al-Bukhari, hadis no:5559
[7] Boleh lihat dalam kitab al-Wadih fi Usul al-Fiqh.
[8] Ahmad, hadis no : 11859
[9] Muqaddimah, hlmn 100.
[10] Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 851.

Tiada ulasan: