DIALOG RAKYAT |
- Malangnya suami bernama Najib…
- 12% rakyat Malaysia sakit mental
- Noh Omar Didakwa Gagal Bela Nasib Rakyat Di Tanjung Karang
- BN Takut Isytihar Harta Kerana Banyak Rasuah
- MCA Tidak Larang Ahli Hadir Majlis Anjuran Perkasa Disambut Baik
- Angpau Putih : PERKASA kena main dengan BN....
- Hadi: Ramai layak ganti saya
- Husam: Umno tidak mampu rampas Kelantan
- Iskandar nafi harga rumah kos rendah Seksyen U5 dinaikkan
- Penggunaan nama SMM sekarang sudah dikhianati
- Aliran wang haram: Fokus Jerung, bukan bilis
- PAS cari penyelesaian krisis harga barang melalui forum
- Rumah umpama selepas perang akibat puting beliung
- Video baru Datuk T membosankan: Akankah Najib beri habuan untuk bertanding?
- Pemimpin Cina marah Ibrahim Ali isu Ang-pow putih: Belajarlah adab dan minta maaf
- Dr M ramal Najib kalah namun debat tetap diperlukan
- Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar
- PKR: Lagi pendedahan sambut kepulangan Shahrizat
- Motif politik: PKR bantah lawatan Najib ke Batu Caves
Malangnya suami bernama Najib… Posted: 03 Feb 2012 05:22 AM PST Shahbudin Husin Untuk kesekian kalinya Najib terpaksa bersuara lagi mempertahankan karenah isterinya, Rosmah Mansor yang gemar berbelanja mewah. Rasanya sudah beberapa kali Najib melantunkan suaranya mempetahan dan melakukan penjelasan berhubung perbelanjaan dan gaya mewah yang membabitkan isterinya itu. Di dalam Parlimen juga isu perbelanjaan Rosmah kerapkali dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjelaskannya beserta angka-angka perbelanjaan yang dihabiskan oleh isteri Perdana Menteri itu seperti lawatan ke luar negara, kos percutian, kos mengadakan Sidang Puncak Wanita Pertama dan sebagainya lagi. Sementara Rosmah pula, setiap kali isu berkaitan dirinya muncul, beliau hanya menjawab ringkas dengan menyatakan semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan dirinya. Jika kemudiannya ditampilkan pelbagai bukti atau tuduhan lain, beliau tidak akan bersuara lagi. Selalunya ia akan diambil alih pula menteri-menteri tertentu sepeti Nazri Aziz, Rais Yatim dan lain-lain untuk memperjelaskannya pula. Jika isu itu timbul berlarutan, Najib sendiri akhirnya akan bersuara mempertahankan apa yang telah dilakukan olah Rosmah itu. Di medan politik politik, oleh kerana isu Rosmah kerap menjadi bahan ceramah, petugas dan jentera penerangan UMNO juga terpaksa bersuara mempertahankan isteri Perdana Menteri itu. Begitulah hebatnya Rosmah. Disebabkan kegemarannya berbelanja dan membeli barang perhiasan, hampir seluruh kabinet dan jentera UMNO terpaksa mempertahankannya. Terbaru isu Rosmah berbelanja sakan sebanyak lebih RM300 ribu untuk membeli pakaian di Sydney, Australia menjadi heboh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di hampir sebahagian dunia bilamana pendedahan yang disiarkan oleh akhbar Sydney Mornig Herald itu telah dipetik dan disiarkan oleh akhbar beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei dan lain-lainnya. Meskipun Najib tampil mempertahankan isteriya dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka, penulis Patty Huntington juga mempetahankan tulisan dan pendedahannya mengenai perbelanjaan mewah Rosmah beserta bukti dalam bentuk email dan sumber yang diperolehinya. Patty juga mempertahankan dakwaannya bahawa pereka fesyen yang dikunjungi Rosmah itu, Carl Kapp telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan membawa pakaian yang ditempah itu untuk dicuba oleh Rosmah. Sebelum itu, Shah Rezza, seorang rakan karib Rosmah juga tampil dengan mengatakan kononnya pakaian yang dibeli Rosmah itu adalah stok untuk kedainya di London. Hakikat ini tidak lebih untuk melindungi dan bodek Rosmah semata-mata kerana agak mustahil Rosmah membeli sebegitu banyak untuk keperluan Shah Rezza. Yang biasa berlaku ialah Shah Rezza membelanja Rosmah, bukannya Rosmah membelanja Shah Rezza. Dan logiknya Rosmah dengan kedudukannya sekarang, tidak perlu membelanja orang. Sebenarnya isu Rosmah ini adalah berkaitan karenah seorang yang bernama isteri. Ia menjadi besar kerana suaminya adalah Perdana Menteri. Jalan penyelesaian dalam perkara ini ialah dengan Najib menasihati isterinya supaya berhenti berbelanja mewah dan sentasa tampil sederhana. Itu saja. Soal kiranya teguran itu menimbulkan pergaduhan, perang besar, bermasam muka atau sebagaiya adalah soal lain tetapi oleh kerana ia sudah menjadi percakapan rakyat di mana-mana dan mungkin menjejaskan peluang untuk menang piihanraya, mahu tidak mahu, teguran mesti dilakukan dan bukannya mempertahankan setiap kali isu timbul. Teguran dan nasihat itu pula sewajarnya dilakukan pada awal-awal lagi, sama ada sebelum ia berbangkit atau selepas kali pertama ia menjadi keriuhan dalam masyarakat. Tindakan Najib mempertahankan dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka setiap kali isu berkaitan Rosmah ditimbulkan dan kebetulan isu ini sudah beberapa kali muncul di media, seperti menunjukkan bahawa Najib tidak pernah menasihati isterinya itu. Biasanya kerja menegur dan menasihat adalah amalan biasa seorang lelaki dan suami sementara amalan biasa seorang wanita atau isteri pula ialah mempertahankan dan menjaga maruah pasangannya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum serta amalan masyarakat. Dalam hal ini jika Najib sudah menegur dan menasihati isterinya itu, sudah pastinya beliau tdak perlu bersuara banyak kali mempertahankan perlakuan isterinya itu. Dan tentunya tidak perlu juga menteri-menteri serta jentera UMNO turut bercakap mengenainya, sekurang-kurangnya bolehlah mereka ini menumpukan pada tugas-tugas lain yang lebih mustahak.
Mungkin juga dalam hal ini Najib sudah memberi teguran tapi kurang didengari oleh Rosmah. Atau mungkinkah teguran dan nasihat tidak diberi kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah! Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | ||
12% rakyat Malaysia sakit mental Posted: 03 Feb 2012 05:22 AM PST Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental."Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan…penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki. "Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak…kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya. Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk. "Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami…dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya. Beliau berkata terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. | ||
Noh Omar Didakwa Gagal Bela Nasib Rakyat Di Tanjung Karang Posted: 03 Feb 2012 05:14 AM PST Oleh Afeeqa Afeera SHAH ALAM : Gagal menunaikan janji pilihanraya umum ke-12 dan sikap sambil lewa Datuk Seri Noh Omar merupakan faktor utama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melaka, Osman Shamsudin meletakkan jawatan selepas 28 tahun berkhidmat. Menurut Osman, beliau meletakkan jawatan sebagai JKKKP secara rasmi pada tahun 2010 kerana kecewa dengan sikap kerajaan BN dan Ahli Parlimen Tanjong Karang yang gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Beliau berkata, segala permohonan bantuan untuk urusan kemudahan infrastrukur dan baik pulih surau juga tidak pernah dilayan. "Umno-BN hanya mementingkan kroni semata-mata. Segala permohonan peruntukan untuk tujuan pembangunan surau dan jalan raya tidak diluluskan, malah tidak diendahkan. "Sebaliknya, mereka menyuruh saya meminta dana daripada kerajaan negeri. Tetapi apabila tiba musim pilihanraya, tidak perlu suruh pun mereka akan buat," tegasnya. Jelasnya, sebelum Noh dilantik sebagai menteri, beliau begitu mesra dengan penduduk setempat dan memenuhi setiap janji yang dibuat, namun kini tidak lagi. Ujarnya, keputusan untuk meletakkan jawatan dibuat setelah melihat tiada perubahan dari segi kepimpinan Noh sebagai ahli parlimen di kawasan itu. "Bila saya mintak peruntukan, satu pun tidak dapat. Sebagai contoh, kalau saya minta empat, sekurang-kurangnya berilah satu. Ini langsung tak dapat. Mereka kata tiada duit, malah meminta saya untuk memohon dana daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sekarang," katanya. Osman dalam pada itu turut berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan negeri kerana banyak menghulurkan bantuan untuk urusan baik pulih kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. Beliau berkata, walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai JKKKP, namun sokongan padu akan terus diberikan kepada Pakatan Rakyat. | ||
BN Takut Isytihar Harta Kerana Banyak Rasuah Posted: 03 Feb 2012 05:13 AM PST Oleh Afix Redzuan SHAH ALAM : Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata keengganan dan ketakutan pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengistiharkan harta mereka serta keluarga mereka disebabkan amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan sejak sekian lama. Katanya, amalan ini sudah menjadi kebiasaan di barat dan perkara ini tidak bertentangan dengan prinsip Islam yang menganjurkan sikap amanah dan ketelusan menjadi seorang pemimpin. "Tidak patut pimpinan Umno berasa khuatir dan takut serta menggunakan alasan kononnya boleh melibatkan persoalan keselamatan negara. "Kalau pemimpin yang bersih dan memperoleh sumber harta yang halal, tidak akan timbul kebimbangan untuk mengumumkan harta mereka. "Persoalannya mengapa pemimpin-pemimpin kerajaan takut untuk istihar harta mereka, setentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan harta-harta yang diperoleh tersebut, "Rakyat sebenarnya menunggu-nunggu pimpinan Umno mengisytiharkan harta mereka dan kita dapat melihat bagaimana pimpinan kerajaan Pulau Pinang berbuat demikian baru-baru ini dan ianya menambahkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat," katanya. Sebelum ini, Mantan Perdan Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat cadangan ini adalah wajar dilakukan namun maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah. Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa pengisytiharan harta menteri dan ahli keluarga mereka akan 'mengundang bahaya'. Sebelum ini isu politik wang yang menjadi barah dalam setiap kali pemilihan dalam perhimpunan Agung Umno yang melibatkan puluhan juta ringgit. Amalan rasuah, sogokan dan salahguna kuasa dalam pentadbiran kerajaan Umno/BN juga bukan lagi sesuatu yang mustahil lagi. Manakala kebocoran dan ketirisan wang rakyat sebanyak RM24 bilion setiap tahun sebagaimana di umumkan ketua Audit negara menunjukkan betapa amalan tidak bermoral dikalangan pemimpin-pemimpin Umno/BN sudah berleluasa sejak sekian lama. Justeru pelbagai alasan diberikan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN termasuk Dr Mahathir untuk mengelak dari rakyat mengetahui kekayaan serta punca kekeyaan mereka sememangnya sudah dijangkaan. Tambah Dr Mohamad Nor, pemimpin Umno sepatutnya insaf dengan tuntutan rakyat sekiranya mereka benar-benar telus. Jika perkara ini dilaksanakan di negara ini, bukan sesuatu yang ganjil malah menambahkan keyakinan rakyat terhadap sesebuah kerajaan. Memandangkan sistem masyarakat yang semakin kompleks masa selain mewujudkan satu sistem pemerintahan yang stabil, beliau mencadangkan agar perkara ini dijadikan sebagai polisi bersama Pakatan Rakyat tidak kira di peringkat pusat mahupun negeri. "Sebaik-baiknya pengisytihaaran harta ini dibuat setiap tahun memandangkan pemimpin itu memperoleh pendapatan dan elaun tetap. Ini memberikan keyakinan dan bukannya gimik dalam menunjukkan contoh pentadbiran di negara ini," katanya. | ||
MCA Tidak Larang Ahli Hadir Majlis Anjuran Perkasa Disambut Baik Posted: 03 Feb 2012 04:36 AM PST PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyambut baik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Jumaat bahawa parti itu tidak melarang ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis anjuran Perkasa pada masa akan datang. Beliau amat mengalu-alukan keputusan Dr Chua itu dan menyifatkan sikap positif presiden MCA tersebut pastinya membantu ke arah perpaduan di negara ini. "MCA ada agenda perjuangannya, begitu juga Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) walaupun adakala terdapat pendapat yang bertentangan. "Itu lumrah alam. Tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama demi perpaduan rakyat dan kebaikan negara," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Jumaat. Ibrahim mengulas kenyataan presiden MCA itu yang tidak melarang ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis anjuran Perkasa pada masa akan datang. Ia berikutan isu angpau warna putih yang diberikan oleh Perkasa pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran NGO itu pada 29 Januari lalu di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Pada majlis itu, sampul surat warna putih yang hanya digunakan oleh masyarakat Cina untuk acara pengebumian telah digunakan Perkasa bagi menggantikan sampul merah. Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali turut berbesar hati dengan kenyataan yang dibuat oleh presiden MCA itu. Syed Hassan berkata, ia kerana kehidupan di negara ini mengamalkan konsep 1Malaysia memperlihatkan masyarakat berbilang kaum bercampur dan bersama. "Kita (Perkasa) akui kesilapan itu. Hidup bermasyarakat ini adalah sebaik-baiknya. Kita berbesar hati dengan niat (Dr Chua) itu. "Perkara lepas biarkan berlaku. Perkasa juga masih mengalu-alukan ahli-ahli MCA untuk hadir ke majlis kita. Bukan sahaja MCA malah mana-mana kaum pun. "Kita bukannya rasis. Masing-masing ada perjuangan dan hak masing-masing. Diharapkan MCA juga faham (perjuangan) Perkasa," katanya lagi. | ||
Angpau Putih : PERKASA kena main dengan BN.... Posted: 03 Feb 2012 04:30 AM PST KEDAH LANIE PERKASA: Apa warna angpau BN bagi? Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN. "Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?" katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini. Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad. Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang. Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu. Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka. "(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain." Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun. Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA. "Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina. "Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi. | ||
Posted: 03 Feb 2012 04:18 AM PST MUKADIMAH: Bukan senang bertemu bual dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau sibuk setiap hari. Sebagai tok guru yang sangat dihormati, beliau tidak putus-putus dikunjungi rakyat yang dahagakan ilmu agama dan sebagai Presiden Pas, Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Rhu Rendang, Abdul Hadi kerap mempengerusikan mesyuarat di pelbagai peringkat dan turun padang bagi mengatur strategi parti, apatah lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa. Justeru, adalah sesuatu istimewa apabila Sinar Harian diberi peluang berwawancara dengan beliau baru-baru ini. Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung selama 1 ½ jam di kediaman beliau di sebelah Masjid Rusila, Marang, Terengganu. Boleh Datuk Seri jelaskan kedudukan Pas setakat ini? HADI: Culaan terperinci (dibuat oleh petugas Pas menunjukkan) jumlah pengundi muda berumur 40 tahun ke bawah, sangat besar. Ini adalah undi penentu; di Terengganu dan di mana-mana pun begitu. Inilah barangkali menyebabkan Umno dan BN (Barisan Nasional) teragak-agak membuat pilihan raya dengan cepat. Jadi apabila saya dapat maklumat begini, ini menandakan cawangan kita dan Dun (Dewan Undangan Negeri) kita bekerja bersungguh-sungguh sehingga mereka mendapat maklumat terperinci. Harapan Datuk Seri pada PRU13? Hadi: Harapan kita untuk mencapai kemenangan memang tinggi. Untuk Terengganu kita sudah meneroka asas-asas mengisi kemenangan bermula daripada kita meminda Perlembagaan Negeri Terengganu kembali kepada asalnya, kepada Perlembagaan Itqan al Muluk Bitta'addilissuluk tahun 1911, yang menjadikan hukum Islam hukum tertinggi, di mana kedudukan ini sudah dihapuskan oleh penjajah British dan diteruskan zaman, setelah kita mencapai kemerdekaan sehinggalah kita menang tahun 1999. Pas telah membuat satu pindaan, di antaranya meletakkan semula Islam hukum tertinggi bagi negeri Terengganu. Sudah tentulah selepas itu ada pengisian-pengisian. Alhamdulillah, pindaan kita ini tidak dirombak BN, cuma mereka tidak isi. Itu terpulang kepada kita untuk mengisi. Yang kita menunggu, kepercayaan yang diberi oleh rakyat melalui keputusan pilihan raya. Adakah Datuk Seri akan bertanding pada PRU13 nanti? Hadi: Terpulang kepada parti sama ada di peringkat atas ataupun dari bawah. Memang saya terlalu lama menjadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung, di Dun sudah 30 tahun lebih, sejak 1982, Parlimen sudah belas-belas tahun; sudah lama. Sebab itu saya memberi tawaran yang pertama, sama ada saya tidak bertanding semua, kerana dengan itu saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Itu harapan saya. Kerusi Parlimen atau Dun? Hadi: Terpulang kepada parti menilainya. Adakah harapan Datuk Seri untuk memberi laluan kepada pengundi muda atau anak Datuk Seri sendiri? Hadi: Anak saya biar dulu; biar jadi petugas parti. Pas ada dua tokoh besar; tok guru (Mursyidul Am) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri sendiri. Sekiranya Datuk Seri undur diri, tidakkah kedudukan Pas akan terjejas? Hadi: Saya melihat pemimpin-pemimpin pelapis, sama ada dalam kalangan yang sebaya dengan saya, ataupun kurang sikit umur daripada saya, ataupun dalam kalangan muda. Kita ada ramai pemimpin pelapis, sama ada yang sudah berpengalaman mengikuti parti sejak dari awal ataupun yang baru menyertai parti; daripada pelbagai lapisan. Saya secara kebetulan mengikuti parti sejak zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi, generasi kedua, sampai kini. Itu penyertaan saya dan saya diberi amanah oleh kepimpinan dan mendapat kerusi Dun ketika saya terlalu muda. Masa menjadi Naib Presiden, usia saya dalam 30-an. Saya rasa terlalu lama sangat menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan tinggi dalam parti. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk memberi peluang dan laluan kepada pemimpin pelapis pula. Ramai yang layak untuk mengganti. Andaian bahawa Pas, setelah memerintahTerengganu, tidak mampu menjalankan apa yang perlu dijalankan. Apa jawab Datuk Seri? Hadi:Kita sudah bukti ada kemampuan untuk jalankan banyak perkara, contohnya sebaik sahaja kita menang tahun 1999 kita telah menghapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud, kita membatalkan bayaran cukai pintu rumah kediaman. Rumah komersial sahaja yang dibayar cukai, rumah kediaman dianggap rukun hidup, tak dibayar cukai dan kita menghapuskan cukai-cukai peniaga kecil, kita hapuskan cukai nelayan kecil, kita hapus masa kita memerintah dan kita telah berjaya menyerahkan geran meneruskan hak milik tanah hampir 60,000 rakyat, termasuk peserta-peserta Felda yang tak ada geran sejak tahun 1960. Kita beri milik; lebih kurang 60,000 jumlahnya. Di antaranya, kita telah mencapai satu kejayaan mengurangkan kadar kemiskinan dari tempoh satu penggal daripada nombor dua mengikut tertib seluruh negara kepada nombor tiga (atau) nombor empat; turun dalam masa empat tahun. Kita meningkatkan prestasi pendidikan masa kita memerintah. Kita berjaya memperkasakan keputusan peperiksaan bagi pelajar seluruh negeri Terengganu. Bahkan dalam bidang sukan, kita berjaya juga meningkatkan bidang sukan di negeri Terengganu. Banyak pencapaian kita, walaupun kita telah dinafikan hak dengan merampas royalti petroleum dan lambatkan pencen geran. Sebagai contoh kempen pelabur yang datang dalam masa satu penggal itu, kita telah berjaya menarik pelaburan dalam negeri dengan jumlah yang besar, menarik pelaburan asing dengan jumlah yang besar juga, walaupun dikempen oleh Pusat. Mereka datang kerana tiada rasuah, tiada bayaran tol apabila mereka mahu melabur di Terengganu. Ini pencapaian kita. Kekalahan kita pada 2004 bukan kerana kelemahan kerajaan tetapi kerana pelaksanaan pilihan raya yang tidak adil. Di antaranya, pertambahan pengundi sehingga beberapa peratus, penambahan pengundi yang luar biasa. Mengikut post-mortem yang kita buat untuk pilihan raya tahun 2004, ada kawasan yang kita menang dengan ada kawasan yang meningkat dua peratus undi naik, ada yang turun dua atau satu peratus sahaja. Adapun Kelantan, kita menurun sehingga enam peratus, tetapi kita boleh bertahan di Kelantan tidak boleh bertahan di Terengganu. Itu kerana ada sesuatu yang dibuat melalui penipuan di mana kejatuhan kita bukan kerana rakyat, tetapi kerana penipuan pilihan raya. Adakah cukai dibatalkan masih kekal sehingga sekarang? Hadi: Tol (jambatan) masih dimansuhkan sehingga hari ini, cukai pintu diambil balik dan kita berjanji kalau kita memerintah kita nak hapuskan balik cukai pintu dan cukai peniaga kecil. Berlaku penipuan pada PRU 2004? Apa maksudnya? Hadi: Sebagai contoh, di Parlimen Kemaman, undi kita meningkat dua peratus pada PRU 2004 berbanding 1999. Kita dapati ditambah pengundi baru 17,000 pada 2004. Fikirlah bagaimana kita nak halang 17,000 pengundi. Pertambahan pengundi secara tiba-tiba dari luar dan ada penemuan pengundi acap kali. Seorang boleh mengundi beberapa kali. Kita ada penemuan. Penemuan ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau macam mana? Hadi:Itu saya serah pada Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat. Laporan pada saya, ada perjalanan bergantung pada sistem kehakiman, sistem pentadbiran di negara kita sendiri. Bahkan banyak penemuan penyelewengan masa kita memerintah negeri dan kita tunggu endorsement Tun Salleh Abbas. Exco berkenaan ada pasukan dia dan membuat penyiasatan. Banyak penemuan salah laku dalam pentadbiran di mana Kerajaan Negeri tiada kuasa. Ini di bawah kuasa polis, di bawah kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita tidak boleh. Ada pemindahan undi Kemaman di tempat lain di luar Kemaman; kawasan yang terdekat. Peningkatan berlaku di semua (tujuh) daerah, di semua (32 kawasan) Dun. Bagaimana Pas mahu menangani dari segi peningkatan? Hadi: Kita dapat penemuan undi yang tidak dikenali di kawasan masing-masing dan kita buat bantahan. Kita kena bayar RM50 untuk satu bantahan. Nak buat bantahan semua tidak mampu, banyak sangat. Melalui proses Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, proses undang-undang, proses pentadbiran, SPR pun ada, mahkamah pun ada. Walaupun tidak banyak, SPR ada melakukan tindakan. Pendapat Datuk Seri mengenai kekuatan Pas di Terengganu sendiri; adakah tambah kerusi yang dimenangi? Hadi: Kekuatan kita bertambah berdasarkan kepada sambutan pengundi-pengundi muda walaupun tidak dapat ditentukan jumlah mereka tetapi gelombang pengundi muda itu ada. Berdasarkan kepada beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda Negeri di seluruh negeri. Sasaran kita yang pertama, kerusi yang sudah kita menang. Kedua, kerusi yang pernah kita menang dan kita menang dengan majoriti yang tipis, ketiga kerusi yang pernah kita menang dengan majoriti besar. Itu tiga peringkat. Pada tahun 80-an kita dengar ucapan Datuk Seri sungguh berapi-api, tetapi sekarang ini tidak begitu. Apakah sebab Datuk Seri kecewa dengan perkembangan dalam parti dan negara atau kerana sudah terlalu lama dan banyak pengalaman, jadi tidak payah cakap berapi pun orang akan dengar, macam mana? Hadi: Kalau kita tengok gunung berapi pun, yang terlalu lama tetap mengeluarkan baja yang baik (senyum). Kadang-kadang isu berlainan. Mungkin pada masa itu isunya hangat. Bila isu itu dah kurang, lain pula isunya, nada pun lainlah. Topik kegemaran Datuk Seri nampaknya hudud. Hari ini dalam ceramah pagi di Masjid Rusila pun isu hudud juga yang Datuk Seri huraikan? Hadi: Hari ini barangkali kebetulan. Dulu memang; dalam tahun 50-an 60-an. Kalangan yang menyanggah parti-parti Islam di seluruh dunia jadikan isu hudud untuk menakut-nakutkan umat Islam yang jahil dan bukan Islam. Padahal hudud ini hanya barangkali berapa peratus daripada hukum Islam yang banyak itu. Itu yang ditonjol dan kita terpaksa jawab. Padahal banyak lagi isu; ekonomi dan kemasyarakatan, yang ada dalam Islam. Dalam isu hak asasi manusia, Islam mendahului Barat, begitu juga dalam segala teori yang lain, terlalu banyak. Sistem kehakiman Islam mendahului segala-galanya dan banyak Barat ambil daripada Islam, dijadikan rujukan dalam undang-undang Barat sendiri, undang-undang antarabangsa dan undang-undang di peringkat nasional. Tetapi hudud ditonjolkan tanpa suatu penjelasan, tanpa hikmah. Bagaimana melaksanakannya dan cara melaksanakan, orang tidak tahu. Padahal hudud ini ada dalam enam perkara sahaja, yang menjadi sepakat alim ulama dalam hukum kesalahan jenayah. Beribu-ribu kes lagi tak masuk dalam hudud. Kita terpaksalah jawab pada masa itu, bermula daripada bekas Presiden Pas, Allahyarham Dr Burhanuddin Helmy, Datuk Asri Muda; kemudian pada tahun 60-an, dibawa isu kafir mengkafir. Saya terpaksa mewarisi isu kafir-mengkafir. Itulah ucapan berapi dalam tahun 70-an itu. Tahun 80-an isu debat dan sebagainya. Isu itu bawa pada muzakarah, akhirnya jadi perlahan. Hari ini tidak sebagaimana dulu. Ini satu perubahan. Berkenaan solat Jumaat dua kariah di Terengganu? Hadi: Solat Jumaat dua kariah bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia, termasuk di negara Arab sendiri. Ini berlaku kerana, yang pertama, kepadatan penduduk. Apabila penduduk padat, boleh buat sembahyang Jumaat di banyak tempat. Yang kedua, isu salah faham yang sepatutnya boleh diselesaikan, tapi tak boleh diselesaikan. Daripada mereka (orang Islam) tidak sembahyang, lebih baiklah mereka sembahyang. Pendekatan yang boleh diambil kemudian diuruskanlah selepas itu dengan cara yang baik. Masa kita (Pas) memerintah Terengganu dari 1999 ke 2004, kita telah berjaya sama ada membatalkan tempat dua Jumaat ini ataupun kita sahkan masjid yang tidak disahkan. Kita lihat kepada keadaan setempat. Ini yang berjaya kita buat. Bagaimana dengan masjid yang tidak diiktiraf sebagai masjid? Hadi: Itu bergantung pada keadaan setempat dan kita tidak boleh marah kepada penduduk setempat. Kadang-kadang ada imam-imam yang dilantik itu mencela hukum hudud. Ini bukan hukum Pas; ini hukum agama, kita tidak boleh nak kata yang bukan-bukan. Imam mengatakan kalau melaksanakan hudud, boleh potong tangan. Cakap macam itu sedangkan dia imam masjid. Macam mana orang kampung nak buat imam pada orang macam itu? Ini bukan fasal Pas atau Umno, ini hukum Islam. Bukan masalah parti, ini kerana cakap. Tapi Alhamdulillah, cakap-cakap macam ini sudah reda sekarang.
Penggunaan dakwat dalam PRU13? Hadi: Itu saya terima secara positif, tetapi bukan dakwat sahaja. Salah satu daripada yang penting adalah kebebasan media. Malam tadi saya tengok Internet, pilihan raya di Kuwait. Apa yang menarik, media elektronik beri tiap-tiap parti 10 minit untuk bersyarah. Bukan lama sangat. Tiap-tiap parti ada wakil. Saya masih ingat zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dulu; masa itu tiada TV, ada radio tahun 50-an dan 60-an; diberi 15 minit kalau tidak silap saya, kepada wakil-wakil parti untuk berucap melalui radio. Di negara lebih maju lagi zaman sekarang, kita lihat diberi peluang dialog debat calon-calon presiden, calon Perdana Menteri boleh debat dalam TV. Wartawan boleh tanya, kalangan akademik boleh tanya, rakyat boleh tanya dan dia jawab, rakyat boleh nilai calon kepimpinan negara. Barulah pilihan raya itu adil. Kalau dia jawab tak betul, rakyat hukum dia ataupun dia buat fitnah, rakyat hukum dia, melalui undang-undang boleh ambil tindakan, kita takut apa? Jadi kebebasan media sangat penting untuk pilihan raya yang adil. Saya rasa kebebasan media lebih penting daripada celup dakwat. Tapi tak apalah, kita terimalah dakwat itu. Datuk Seri rasa apa yang bebas sekarang ini? Hadi: Saya rasa media yang cuba nak keluar daripada kepompong akan diluku kepalanya. Jadi terpaksa berhati-hatilah, termasuk Harakah lidah rasmi Pas sendiri. Dulu Harakah pernah dapat kebenaran diterbitkan satu kali seminggu, selepas itu Kerajaan beri dua kali seminggu; kemudian tarik balik menjadi satu kali seminggu; bagi dua kali seminggu balik. Kita menghadapi keadaan begitu. Itu surat khabar parti. Surat khabar yang tidak parti lagi berhati-hatilah. Bagaimana dengan isu bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu dan timbulkan tanggapan bahawa dalam Pas ada parasit? Hadi: Kita menghadapi isu-isu dalam Pas sejak awal Pas ditubuhkan. Tahun 1951 Haji Ahmad Puad keluar parti, Pas diambil alih oleh Jaafar Alias. Tahun 50-an, 60-an pernah Setiausaha Agung Pas, Osman Abdullah dan beberapa orang lagi keluar parti pada masa itu. Kita boleh melangsungkan perjuangan. Tahun 69 tidak banyak, tahun 70, kita ambil tindakan kerana tidak bersetuju Pas menyertai BN pada masa itu. Ada yang tubuh parti Imam, parti Islah. Sama ada didisiplinkan diri sendiri atau parti mendisiplinkan diri dia.Bila dia tubuh parti lain secara automatik keluar partilah. Parti bertindak pecat dia. Kita masuk BN tahun 1970. Kita pecat Ustaz Abu Bakar Hamzah kerana dia buat kenyataan yang bercanggah dengan dasar dan polisi parti. Dia juga suka menulis. Oleh sebab kenyataan dia di luar landasan parti, maka kita bebaskan dialah. Itu caranya. Kalau dia duduk dalam parti, dia kena ikut apa yang polisi partilah. Kalau dia tak nak ikut, baik keluar. Ustaz Abu Bakar buat rayuan dan kita terima balik dalam tahun 80-an. Sejarah yang azab. Terlibat dalam kejatuhan Kerajaan Pas Terengganu tahun 1961. Almarhum Ustaz Ahmad Azam, dalam menghadapi undi tidak percaya, dia tidak keluar parti, tetapi dia berkecuali, tidak undi sokong kerajaan pada masa itu. Ada krisis dalaman dan Pas ambil tindakan disiplin, pecat dia. Tahun 1961, kita pecat dan Ustaz Ahmad Azam minta jadi ahli balik, kita terima balik pada tahun 80-an. Peristiwa Hasan Ali ini bukan baru bagi kita kerana dia buat kenyataan sendiri, bertindak sendiri-sendiri. Dia kena ikutlah polisi parti. Kalau dia nak buat cara sendiri, lebih baiklah dia di luar. Dengan sebab itu, kita bebaskan beliau. Itu perkara biasa sahaja. Kalau Datuk Hasan kembali? Hadi: Itu terpulang kepada dia. Saya tidak boleh kata apa-apa. Itu kepunyaan Majlis Syura Ulama. Yang lambat lagi PRU13 itu, pasal apa? Hadi: Saya dengar macam-macam. Antaranya saya dengar juga bahawa penyelarasan gaji perkhidmatan awam. Yang disebut di sini, pegawai yang tinggi terlalu mahal naik, dia yang rendah naik RM8 pun ada. Naik RM8 buat apa?. Naik RM8 dan RM30. Saya pergi Hospital Universiti bawa anak saya buat rawatan. Saya tanya, dia kakitangan beritahu yang pengarah, timbalan pengarah ribu-ribu ringgit naik gaji. Dia yang staf bawah ini naik RM8, sedangkan inilah jumlah lebih besar, lebih perlu. Ini perlu diselesaikan. Saya dengar masalah ini tidak selesai lagi sejak dulu. Yang dia kerja bukan tanggungjawab, dia nak menang pilihan raya. Patutnya sejak mula merdeka telah selesai. Dah lebih 50 tahun merdeka, tidak dapat nak tangani masalah. | ||
Husam: Umno tidak mampu rampas Kelantan Posted: 02 Feb 2012 09:02 PM PST "Untuk memenangi Malaysia, PAS perlukan sokongan bangsa lain dan kita memilih DAP berdasarkan rekod DAP yang baik. KOTA BARU: Datuk Husam Musa berkata Umno Kelantan tidak akan mampu merampas kerajaan negeri dalam pilihan raya nanti. "Dulu mungkin boleh untuk Umno menang 23 dari 55 kerusi DUN Kelantan tetapi selepas bocornya penyelewengan Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Awang Adek Hussein dalam kes masuknya wang kontraktor ke akaun peribadi, ia agak mustahil. "(Kerusi) Umno mungkin kurang daripada itu," tambah Husam. Baru-baru ini Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Umno akan menawan Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13. Ini katanya berdasarkan sokongan masyarakat Kelantan kepada Umno yang kecewa kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS. PAS telah memerintah Kelantan sejak pilihan raya umum tahun 1990. Sementara itu, Husam berkata, PAS bekerjasama dengan DAP kerana parti itu lebih baik dari MCA dan MIC. DAP lebih baik "Untuk memenangi Malaysia, PAS perlukan sokongan bangsa lain dan kita memilih DAP berdasarkan rekod DAP yang baik. "(DAP) jauh lebih baik berbanding pakatan dalam BN," kata naib presiden PAS itu dalam ceramahnya di sini malam tadi. Husam berkata, apa yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih baik dari Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu juga menolak tuduhan Umno bahawa Pakatan Rakyat akan diperalat oleh DAP. "Fakta ini silap. Sebagai contoh bila Pakatan Rakyat menang, kerusi Melayu akan bertambah. Sekurang-kurang empat kerusi akan bertambah dengan calon Melayu mewakili DAP termasuk satunya di Raub, Pahang," tambahnya. Husam juga menegaskan Pakatan Rakyat akan menawan Sarawak dalam pilihan raya umum ke13. | ||
Iskandar nafi harga rumah kos rendah Seksyen U5 dinaikkan Posted: 02 Feb 2012 08:58 PM PST Kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pemaju menaikkan harga rumah kos rendah dengan sewenang- wenangnya walaupun melibatkan projek terbengkalai. PETALING JAYA: Pentadbiran negeri Selangor di bawah pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) terdahulu dikecam kerana menimbunkan pelbagai masalah kepada Pakatan Rakyat sejak Mac 2008 sehingga sekarang. Salah satu projek yang terbengkalai hasil peninggalan Umno-BN tetapi disalahkan kepada Pakatan ialah projek perumahan kos rendah di Jalan Pluto, Seksyen U5, Shah Alam, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad. Katanya, dakwaan bahawa pembeli rumah kos rendah itu perlu menambah pembayaran atau "top-up" sehingga RM30,000 jika mahu rumah mereka disiapkan adalah tidak benar. "Kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pemaju menaikkan harga rumah kos rendah dengan sewenang-wenangnya walaupun ia melibatkan projek terbengkalai," jelas beliau yang juga ahli dewan negeri Chempaka dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, harga rumah kos rendah dikawal oleh kerajaan negeri iaitu RM42,000 sebuah. Tetapi RM35,000 pula untuk peneroka bandar (setinggan) di mana subsidi RM7,000 dibayar oleh pemilik tanah tapak rumah peneroka bandar tersebut. "Pembeli-pembeli projek perumahan itu telah dijanjikan rumah sejak 1993 di zaman Umno-BN mentadbir Selangor. Projek terbengkalai "Bagaimanapun projek tersebut telah terbengkalai dan hanya dalam tahun 2010 ketika pentadbiran Pakatan pemaju baru telah dengan secara rasmi mengambil alih," katanya Iskandar berkata, pengambil alihan projek ini oleh pemaju baru dari pemaju lama adalah hasil rundingan di antara kedua-dua pihak. "Kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana pemaju projek terbengkalai menerima pemaju baru," terang beliau. Di dalam pembentangan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada bulan Disember 2010, pemaju baru projek ini telah diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan sama sekali menaikkan harga rumah kos rendah malah mereka telah diarah untuk menanggung subsidi RM7,000 bagi setiap peneroka bandar. Tetapi pemaju dibenarkan menukar dua dari enam blok rumah kos rendah yang belum dijual kepada rumah mampu milik supaya mereka dapat membiayai kos membaikpulih dan kos subsidi RM7,000 itu. Sejak itu kerajaan negeri telah memantau kemajuan projek ini dari masa ke semasa. "Adalah diharapkan mereka yang mempolitikkan pelaksanaan projek ini agar berhenti dari melakukannya. Projek ini telah bertahun-tahun terbengkalai di bawah Umno-BN. "Mereka telah gagal menyelesaikan masalah ini ketika Selangor di bawah pentadbiran mereka tetapi sekarang cuba berlagak seperti wira yang membantu rakyat," ujar beliau. | ||
Penggunaan nama SMM sekarang sudah dikhianati Posted: 02 Feb 2012 08:56 PM PST
Kebelakangan ini, setelah berlalu beberapa demonstrasi, dan cara pergerakan mahasiswa, ramai pihak mula menganalisis berkenaan corak pergerakan mahasiswa ini. Sehingga ramai pihak, rakyat mahupun mahasiswa sendiri menjadi muak dan memandang buruk serta sebahagian yang lain menanti-nanti bagaimana corak dan perjuangan mahasiswa seterusnya. Kita imbas kembali sejarah penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kini dianggap gerakan yang mula mendapat kritikan langsung dari rakyat dan aktivis mahasiswa sendiri. Pada hujung era 90-an, Gamis melihat bahawasanya perlu kepada mahasiswa ini bergerak untuk memastikan bukan hanya isu-isu Islam tetapi bergerak juga dalam memperjuangkan isu-isu yang melibatkan hak asasi secara universal. Pada tahun 2001 dengan isu ISA, Gamis bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) kemudian pada tahun 2002 apabila Amerika menyerang Afghanistan, Gamis sekali lagi bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Anti Perang (Gempar). Tetapi gerakan-gerakan ini ianya hanya bersifat isu dan hanya sementara ataupun bergabung atas sebab isu-isu tertentu sahaja. Pada akhir tahun 2002, Gamis mencari kesimpulan yang lebih baik, bagaimana hendak memastikan gerakan bukan hanya terhenti dengan isu tetapi pergi kepada suatu benda yang lebih besar iaitu satu solidariti di antara gerakan-gerakan mahasiswa ini baik mahasiswa Islam mahupun bukan Islam. Pimpinan Gamis berbincang untuk mewujudkan satu pakatan dan Gamis bersama dengan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Persatuan untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) dan banyak lagi. Bahkan pada waktu itu ada 14 front mahasiswa dan anak muda termasuk Food Not Bomb (FNB), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan lainya. Hasil daripada perhimpunan gerakan-gerakan mahasiswa ini, diakhiri dengan satu kesimpulan untuk tubuhkan satu solidariti yang namanya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Itu secara ringkas sejarahnya. SMM ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengerusi pertamanya ialah Mohd Khairol Anwar Mat Zuki juga merupakan Presiden Gamis pada masa itu. SMM hanya bergerak atas muafakat bersama, bukan bergerak atas identiti sendiri dan bagi saya sepatutnya presiden Gamis merupakan pengerusi SMM ataupun bersepakat antara front-front ini bagi memutuskan mana-mana presiden lain sama ada presiden Dema, presiden Kami atau presiden PKPIM. Bagi memastikan SMM ini bergerak atas permuafakatan bersama bukannya satu identiti yang lain atau pertubuhan yang berbeza seperti mana yang terjadi pada ketika ini. aya melihat penggunaan nama SMM sekarang ini sudah dikhianati oleh individu dan kumpulan tertentu. Sepatutnya tidak boleh menggunakan nama SMM jika salah satu front gabungan tidak setuju. Sebagai contoh, jika Dema setuju dengan hak kebebasan beragama tetapi front gabungan lainnya tidak bersetuju lalu itu atas nama Dema sahaja. SMM ianya tidak mengikat. Saya bagi contoh, Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Walaupun ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak terikat dengan sebarang keputusan Anwar Ibrahim kecuali permuafakatan bersama dan keterikatan itu bukan bersifat mutlak. PR berjanji ingin mansuhkan Auku jika berjaya memerintah Malaysia pada masa akan datang, atas permuafakatan bersama PAS, PR dan DAP mesti melaksanakannya. SMM dalam satu-satu keputusan dan gerakan yang ingin dibuat, mesti disepakati oleh semua front gabungan. Jika satu sahaja front tidak bersetuju, kita tidak boleh namakan statement kita, gerakan kita atas nama SMM, tetapi hanya nama individu. Saya berpandangan, keadaan ini perlu dipandang serius oleh semua aktivis dan gerakan mahasiswa. Saya cadangkan setiap kenyataan media yang dibuat SMM, memorandum dan sebagainya, mesti lampirkan persetujuan bersama Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM. Jika tidak dilampirkan atau salah satu nama front tidak ada, jangan sesuka hati menggunakan nama SMM. Bagi saya, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu bertegas soal ini, kerana mahasiswa dan rakyat melihat setiap tindakan SMM atas kebersamaan front-front yang ada dalam gabungannya. Saya berharap, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu nyatakan pendirian tegas, supaya gerakan yang dibuat tidak disalah tafsir oleh rakyat mahupun mahasiswa. Akhirnya, semoga gerakan mahasiswa dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap gerakan mahasiswa dan terus menjadi ikon masyarakat dan pandangan mahasiswa terus dihormati. Penulis adalah aktivis mahasiswa dan mantan Ketua Penerangan Gamis 2010/2011 | ||
Posted: 02 Feb 2012 08:52 PM PST Baucer buku 1Malaysia tidak berkesan
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyifatkan baucer buku 1Malaysia tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah. Ini, katanya kerana baucer buku dikeluarkan saat para pelajar menghadapi pepepriksaan akhir dan selepas peperiksaan mereka akan bercuti panjang sedangkan tempoh sah baucer pula akan tamat pada 31 Mac depan. Baucer itu juga, katanya tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM200 sahaja. Justeru, ujarnya baucer itu seeloknya diberikan di awal pembukaan semester untuk sesi baru pengajian kerana waktu itulah mereka memerlukan buku. Tambahnya, begitu juga jika diberikan pada permulaan pengajian matrikulasi atau sewaktu Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April. "Baucer tidak menepati masa yang sesuai dan inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai," katanya kepada Harakahdaily. Ini, ujarnya kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku disebabkan peperiksaan akhir telah berlangsung dan mereka akan bercuti. Justeru itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kerajaan mengkaji juga bebanan lain yang dihadapi oleh mahasiswa seperti kos yuran, sewa rumah yang tinggi, kos hidup, PTPTN dan lain-lain. "Sedang Islam meletakkan bahawa kerajaan wajib memberi pendidikan percuma pada rakyat bukan sekadar anugerah wang one off seperti baucer buku tersebut," katanya. | ||
Aliran wang haram: Fokus Jerung, bukan bilis Posted: 02 Feb 2012 08:51 PM PST
Bila jumlah wang haram (illicit money) yang mengalir keluar dari Malaysia mencecah angka trilion (USD338 bilion atau RM1.08 trilion dalam tempoh 2000-2010), maka ini bukan kerja ikan bilis. Budak pejabat, pegawai kerani, pegawai rendah kastam dan sarjan polis, kalaulah mereka mengambil wang rasuah, jumlahnya tidak akan sampai sebesar itu. Lagi pun, mereka tidak mampu untuk menyeludupkan wang haram itu ke luar negara kerana mereka tidak pernah pun ke luar negara kecuali, bagi mereka yang sudah berumur, pergi haji sekali seumur hidup. Kalaulah mereka makan rasuah, mereka akan hanya simpan di bawah bantal dan belanja sedikit-sedikit. Hendak simpan di bank pun mereka takut. Hendak pakai kereta Mercedes lagi mereka takut sebab jiran-jiran akan menanyakan di mana dapat wang yang tidak sepadan dengan gaji bulanan itu. Kerja menyeludupkan wang haram ke luar negeri adalah kerja jerung – orang besar, berkedudukan, berpengaruh dan merembat wang haram dalam jumlah yang besar. Orang inilah yang selalu ke luar negara, naik kapal terbang kelas pertama, mungkin memiliki pasport diplomat dan mungkin juga memiliki jet pribadi. "By way of elimination" amat mudah untuk pihak berkuasa mengenalpasti mereka ini dan amat senang pula untuk serekup mereka, kalau mahu. Bila mereka bermain jalan pintas dengan undang-undang dan peraturan negara dibantu pula oleh pihak berkuasa yang tidak bertaring, maka mereka memiliki laluan amat mudah untuk menyeludup wang haram ke luar negara. Dilaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Sri Utama Haji Mohammad Hassan telah menyeludupkan wang ke luar negara sebanyak RM10 juta (Mac 2008). Syarikat pengurup wang yang bersyubahat dengan perbuatan menyeludup wang itu, Salamath Ali Money Changer Sdn. Bhd. telah dibatalkan lesennya oleh Bank Negara Malaysia, membukti bahawa wang memang telah di bawa lari ke luar negara secara haram tetapi orang yang memiliki wang itu dan yang sebenarnya membawa wang itu lari tetap lepas bebas. Mungkin beliau berkata "kenapa hendak "pin down" aku seorang, ramai lagi orang besar-besar yang seludupkan wang haram ke luar negara dan jumlahnya jauh lebih besar, tidak patutlah aku seorang sahaja yang kena." Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu (Tian Chua) pernah memberitahu parlimen bahawa Bank Negara Malaysia telah mengesahkan bahawa sejak 2006 hingga 2009, ada 114 kes menyeludupkan wang haram ke luar negara yang telah dikesan tetapi Bank Negara enggan mendedahkan butir-butir kes kepada umum. YB Tian Chua mendedahkan ada isteri menteri yang seludupkan wang ke Dubai (dalam tahun 2008) berjumlah RM600,000 dan seorang Tan Sri yang seludupkan wang sebanyak GBP3.5 juta ke United Kingdom (di antara Jun-Ogos 2008) dan beranggapan bahawa semua ini mungkin berlaku kerana ada tangan ghaib yang menghalang pihak berkuasa – Bank Negara Malaysia, Kastam dan lain-lain – menjalankan tugas. Bank Negara Malaysia diseru supaya bertindak "without fear and favour" tetapi memandangkan semakin besar wang haram yang mengalir keluar negara, maka BNM dianggap "ineffective," mungkin tunduk kepada tangan ghaib yang lebih berkuasa. Wang haram yang diseludup ke luar negara ini amat rapat kaitannya dengan wang rasuah. Amalan rasuah di negara kita telah merebak dari buruk kepada semakin buruk. Dalam masa sepuluh tahun yang lepas, Malaysia telah menjadi negara ke 60 paling rasuah di dunia berbanding dengan tempat 35-38 di masa yang lalu. Semakin teruk kes rasuah, semakin meningkat wang haram (illicit money) yang mengalir ke luar negera. Malaysia adalah negara ke 5 paling tinggi dalam aliran wang haram ke luar negera. Pemakan rasuah yang berdarajat jerung tidak menyimpan wang yang dirembat di akaun bank di dalam negera sebab ia mudah dikesan oleh pihak berkuasa. Mana boleh, gaji mereka kecil tetapi akaun bank mereka amat gemuk. Tentu ia menimbulkan syak wasangka. Mereka amat sedar akan bahayanya menyimpan wang di dalam akaun bank tempatan. Hendak simpan dirumah pun mereka takut. Sekiranya pencuri masuk rumah, tentu pencuri yang akan kenyang. Hendak buat laporan polis tentang kehilangan wang yang berjuta-juta ringgit jumlahnya tentu takut. Mana ambil wang yang begitu banyak sebagai penjawat awam atau menteri kabinet, misalnya. Oleh itu, mereka mesti bawa lari wang haram itu ke luar negara, dicuci, disimpan di bank yang menawarkan kemudahan "akaun sulit" dan dilaburkan dalam perniagaan hartanah. Bila mereka melancung ke luar negara, maka masa itu mereka membelanjakan wang itu dengan berbeli belah sakan. Wahai pihak berkuasa, semaklah orang Malaysia yang memiliki rumah mewah di Australia, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura dan sebagainya, mana mereka ambil wang itu. Kita mengalu-alukan usaha pihak berkuasa kastam untuk memasang mesen pengimbas berteknologi tinggi berharga RM300,000-1,800,000 se unit di kesemua pintu masuk dan keluar di negara (laporan The Star 1 Februari 2012) bagi membendung aliran wang haram ke luar negara tetapi penyeludup yang berselindung di sebalik tangan ghaib tidak mampu diimbas oleh mesen ini, walau sechanggih manapun ianya. Contohnya, dalam bulan April 1997, bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997) di kesan di sebuah lapangan terbang di Australia cuba mennyeludup wang sebanyak RM3.8 juta ke negara itu. Hairan, ia gagal dikesan di KLIA. Beliau telah didakwa tetapi akhirnya dibebaskan sebab "beliau tidak faham bahasa Inggeris dan sebab itu, tidak faham peraturan matawang." Wahai pihak berkuasa, kalau betul-betul serius hendak membanteras penyeludupan wang haram ke luar negara, maka tumpukanlah perhatian kepada penyeludup wang haram yang berdarajat jerung. Memandangkan jumlah yang begitu besar diseludupkan ke luar negara, penulis mengesyaki bahawa pemerintah Malaysia yang ada sekarang, ahli keluarga dan keroni-keroni mereka adalah dalam kerangka membuat persediaan untuk cabut lari ke luar negara kerana ada bisikan di dalam hati kecil mereka bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak lama lagi akan tumbang. Aliran wang haram ke luar negara yang semakin menggunung ini adalah satu petanda bahawa PR akan menang dan BN akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini. | ||
PAS cari penyelesaian krisis harga barang melalui forum Posted: 02 Feb 2012 08:50 PM PST
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menganjurkan Forum Kepenggunaan Sabtu esok, 4 Februari bagi membincangkan krisis kenaikan harga barang yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Antara Objektifnya adalah: 2. Bagaimana kenaikan harga barang memberikan impak kepada kehidupan rakyat. 3. Apakah kenaikan ini natijah dari penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir oleh pihak berwajib. 4. Membincangkan solusi dan jalan penyelesaiannya Forum ini akan berlangsung di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, Forum yang akan diadakan pada hari Sabtu, 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, 4 Februari 2012 ini. Ia akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu. | ||
Rumah umpama selepas perang akibat puting beliung Posted: 02 Feb 2012 08:45 PM PST
(Nizar naik di atas bumbung sebuah rumah yang terkena puting beliong petang semalam bagi melihat secara menyeluruh kawasan yang menjadi mangsa.) SRI MANJUNG: Berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong lewat petang semalam.
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan bantuan segera kepada mangsa. "Terima kasih tertinggi kepada semua petugas PDRM, bomba, Majlis Keselematan Negara daerah Manjung, pejabat Daerah, OBJ, MPM, JKKP dan lain-lain yang memberi khidmat terbaik membantu mangsa ribut," kata Nizar. | ||
Video baru Datuk T membosankan: Akankah Najib beri habuan untuk bertanding? Posted: 02 Feb 2012 08:43 PM PST Wong Choon Mei , Malaysia Chronicle Walaupun disiarkan di muka depan akhbar UMNO, Utusan, video seks sambungan Datuk T agak membosankan ramai. Ini menunjukkan betapa rendahnya keyakinan rakyat terhadap PM Najib Razak dan partinya yang telah dipersalahkan kerana membawa politik Malaysia ke tahap yang lebih kotor "Semua orang sudah bosan dengan permainan ini. Rakyat tidak sebodoh yang disangka. Rakyat juga tahu kebolehan PM Anwar berbanding PM Najib. Mereka akan membuat perhitungan di kotak undi kelak. Anwar tetap mempunyai harapan cerah walaupun Trio DAtuk T menyiarkan video seks bebeza setiap malam,"Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Datuk T – Memalukan UMNO atau wira mereka?
Mereka mencabar Anwar menyaman mereka untuk fitnah dan amaran mereka adalah mereka akan menimbulkan kekecohan dengan mendapatkan kebenaran mahkamah menayangkan video itu di mahkamah. Ancaman ini langsung tidak menakutkan Anwar. Hanya minggu lepas, pemimpin pembangkang itu telah mengemukakan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan dan selepas berbincang dengan peguam beliau, tidak mustahil Anwar akan mengambil langkah paling berani terhadap yang menuduh beliau. Kepada ramai ahli UMNO, Trio Datuk T sangat memalukan tetapi tidak kepada kepimpinan UMNO. Trio ini terdiri daripada Rahim Thamby Chik, bekas Menteri Besar Melaka, bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim dan bekas konsulat Thailand Shazryl Eskay Abdullah. Kesemua mereka telah dijanjikan kerusi untuk bertanding sekiranya helah pertama mereka berjaya. Tahun lepas, trio ini mengejutkan rakyat dengan menayangkan video memaparkan seorang lelaki yang mereka dakwa sebagai Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja wanita. Video itu timbul setelah DUN Sarawak dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Sungguhpun begitu, PKR tetap memenangi 3 kerusi sementara rakan mereka DAP menang 12. Ia bagaimanapun tidak menguntungkan UMNO dan blogger yang mereka bayar untuk menyemarakkan lagi cerita itu. Sebuah kerusi bertanding untuk setiap orang ahli Trio Datuk T
Dalam helah yang dilancarkan pada 2011 untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan, Shazryl dan Rahim memainkan peranan penting dalam menarik minat media. Walaubagaimanapun, selepas pita itu gagal menarik minat tetapi hanya kebencian rakyat, kedua-dua lelaki ini menyepikan diri. Sumber dari dalam UMNO memberitahu bahawa Rahim masih mengharapkan sebuah kerusi untuk bertanding pada PRU 13. Dalam 'sequel' terbaru, peranan diserahkan kepada Shuib Lazim, ayah mertua Menteri Pembangunan Luar Bandar; Shafie Apdal. "Ketiga-tiga lelaki ini ingat mereka boleh jadi seperti Loh Gwo Burne dari PKR yang mendapat nama selepas mendedahkan rakaman Lingam yang mengatur hakim di Malaysia. Tetapi mereka membuat kesilapan besar. Bodohla si Rahim kalau dia fikir Najib akan beri kepadanya satu kerusi. Kesemua kerusi boleh menang sangat berharga untuk UMNO dan ia tidak boleh diberi kepada sesiapa sahaja," ujar sumber dalam UMNO itu kepada Malaysia Chronicle. "Lagipun, apa yang Rahim dah buat untuk UMNO untuk melayakkan dia dapat kerusi tersebut? Sekiranya Najib mengalah, ia menunjukkan Rahim memberi tekanan kepada beliau dan ini juga menunjukkan kebodohan Najib berfikir dengan jelas untuk masa depan. Najib sering menjerat dirinya dalam ugutan politik disebabkan helah bodoh diri sendiri. Satu demi satu akan timbul dan mereka akan berkeras meminta bahagian mereka dan jika Najib mengalah, dia akan mengambil daripada yang berhak. Akhirnya, UMNO akan menjadi parti yang hancur dengan barisan calon yang kotor, lihat saja nanti!" Malaysia Chronicle tidak dapat menghubungi Rahim yang juga pengerusi RISDA. Pada muka depan Utusan, Shuib mengatakan bahawa sebuah pita video seks telah dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lepas di Thailand. "Saya dah tengok video ini yang diberi oleh Eskay kepada saya. Saya rasa Eskay dah sedia untuk mendedahkan video ini sekiranya Anwar menyaman kita. Lihat pada passport Anwar dan semak dia pergi mana masa tu. Atau tanya isteri dia Dr Wan Azizah Wan Ismail," Shuib dilaporkan berkata. Rumah Zoo
Utusan juga mencabar Anwar untuk mendapatkan khidmat pakar video kalau beliau maha untuk membuktikan lelaki dalam rakaman itu bukan beliau. Anwar sudahpun menyangkal dakwaan itu dan membuat laporan polis. Mahkamah sebelum ini telah menjatuhkan hukuman bersalah keatas trio Datuk T yang menayangkan pornografi di tempat awam dan mengenakan sedikit denda kepada mereka. Walaubagaimanapun, polis yang didakwa bersekongkol dengan Najib masih lagi sedang menyiasat Anwar dibawah Seksyen 182 kanun keseksaan kerana memberi maklumat palsu yang bertujuan menyakitkan pihak lain dengan menyangkal bahawa beliau adalah orang dalam rakaman itu. Tidak ramai rakyat yang percaya bahawa Najib tidak akan menggunakan politik kotor untuk kekal berkuasa. Pentadbiran beliau sudahpun merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat. "Siapa yang tidak akan terkejut jika polis boleh dapatkan jam Omega itu dan menuduh Anwar untuk satu lagi pertuduhan palsu? Jadi, pita seks apa pula yang Shuib bawa ini? Dia cuma mahu beri publisiti negatif terhadap Anwar tetapi rakyat sudah mula jemu dengan taktik seks UMNO. Ini akan merosakkan mereka bukan Anwar atau Pakatan. Daripada perjumpaan kami, saya yakin orang Melayu tidak gembira dengan cara UMNO menggunakan taktik kotor untuk dapatkan undi dan ini berita baik untuk kami," ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle. "Yang penting adalah reaksi seluruh dunia semasa Anwar dibebaskan daripada tuduhan Liwat II. Reaksi spontan diseluruh dunia itu adalah pembuka mata kepada rakyat Malaysia. Rakyat sudah tahu bahawa dunia percaya Najib dan UMNO cuba memfitnah Anwar. Juga jelas kepada kerajaan di negara lain bahawa Anwar adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dan mereka harap Anwar akan berjaya kerana situasi agak kritikal. Malaysia sedang jatuh dan jika dibiarkan negara dimanupulasi oleh Najib dan orang-orang seperti Datuk T, situasi akan menjadi lebih teruk dan negara akan menjadi seperi zoo. Malaysia Chronicle | ||
Pemimpin Cina marah Ibrahim Ali isu Ang-pow putih: Belajarlah adab dan minta maaf Posted: 02 Feb 2012 08:39 PM PST Melissa Lee, Malaysia Chronicle Pemimpin-pemimpin Cinadari seluruh Negara telah meminta Perkasa untuk memohon maaf kerana memberi 'ang-pow ' dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka yang juga dikatakan merendahkan martabat dan mengeksploitasi warga emas. "Ibrahim Ali dan gengnya memang bodoh. Mereka terjerat oleh permainan mereka sendiri. Mereka tidak berminat dengan orang Cina dan sedihnya mereka mensasarkan orang-orang tua. Ia adalah eksploitasi semata-mata dan memalukan mana-mana kumpulan yang menuntut memperjuangkan hak-hak kaum. Sudah tentu, warga emas akan tergesa-gesa ke sana kerana mereka mempunyai rata-rata adalah golongan susah, jadi patutkah mereka dipersalahkan atau Perkasa? "Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle. "Memberi 'angpow' dalam sampul putih semasa Tahun Baru Cina bertujuan untuk menjadi satu perayaan yang membawa makna kemakmuran dan keriangan. Ini jelas menunjukkan bahawa Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas," Mah Siew Keong Naib Presiden Gerakan berkata dalam satu kenyataan. Belajarlah untuk menghormati orang lain
Kepada orang Cina, putih melambangkan kematian dan dikhaskan untuk pengkebumian, di mana lilin putih dinyalakan dan sumbangan yang diberikan untuk membantu mereka yang berkabung diisi dalam sampul surat putih. Ketua Perkasa, Ibrahim Ali sehingga kini enggan memohon maaf. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan kesilapan ini adalah tidak disengajakan. Namun, penjelasan itu ditolak dan dipertikaikan juga. "Sebagai seorang anggota parlimen dan berada di arena politik bertahun-tahun lamanya, Ibrahim masih begitu jahil tentang budaya kaum-kaum lain, dan ini adalah kenapa dia telah terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," kata ahli parti Gerakan, Mah. "Apabila mereka mahu untuk mencari publisiti, mereka tergesa-gesa mengumumkan akan mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina dan menjemput para media. Apabila mereka membuat kesilapan yang ketara, perkara yang perlu mereka lakukan adalah memohon maaf tetapi Ibrahim dan Perkasa bersembunyi di sebalik alasan bahawa mereka jahil akan perkara itu. Tetapi ini adalah satu isu menghormati orang lain. ini menunjukkan mereka tidak mempunyai rasa hormat kepada orang Cina dan tindakan perkauman yang mereka sering lakukan. Mereka tidak boleh melakukan perkara mudah dengan betul, dan mereka ingin meluaskan fahaman politik mereka kepada kaum lain pula. Nasihat saya kepada mereka adalah untuk mempelajari beberapa adab terlebih dahulu," selar Jui Meng. Malaysia Chronicle | ||
Dr M ramal Najib kalah namun debat tetap diperlukan Posted: 02 Feb 2012 08:33 PM PST Maclean Patrick, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Hak untuk memilih. Pilihanraya semakin hampir dan Malaysia sedang besedia untuk menyaksikan pilihanraya paling panas abad ini. Nombor 13 mungkin membawa musibah pada pentadbiran BN selama 50 tahun dan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Untuk mempertimbangkannya, adil jika rakyat Malaysia boleh menguji keupayaan dua orang pemimpin ini di pentas awam untuk membicarakan tentang polisi awam. Sudah tiba masanya untuk kita menyaksikan Najib Razak dan Anwar Ibrahim untuk berdebat. Sebagai contoh, calon Presiden Republikan di Amerika Syarikat sudah mengadakan 20 debat yang telah melayakkan 4 orang daripadanya sahaja. Debat adalah cara untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pendirian calon terhadap isu-isu tertentu contohnya undang-undang immigrasi, Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika dan bagaiman caranya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penganggur di Amerika. Jadi, mengapa Malaysia tidak boleh mengadakan debat dianatara Najib dan Anwar? Mahathir juga risau akan kekalahan Najib
Mantan perdana menteri Mahathir Mohamad sendiri cuba menasihati Najib untuk tidak berdebat dengan Anwar. Ia cepat meniupkan khabar angin yang Mahathir sebenarnya takut Najib yang kurang bijak itu akan memalukannya di dalam debat itu nanti Selepas itu, Mahathir pula cuba menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal apabila mendesak akan debat hanya boleh diterima pakai jika Anwar menyokong BN. "Apalah gunanya berdebat jika semua tahu akan pendiriannya, dan berdebat tidak akan mengubah ini. Lainlah jika Anwar mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan tentang isu berbangkit," lapor media yang dikawal kerajaan. Punca masalah BN adalah Najib Razak yang merupakan perdana menteri boneka yang dilantik ke jawatan itu oleh partinya selepas perebutan kuasa dalaman yang menyebabkan mantan perdana menteri Abdullah Badawi dijatuhkan. Sepatutnya Najib mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan mandat dari rakyat tetapi dia penakut kerana dia sudah tahu bahawa dia lebih teruk dari Badawi. Hanya satu tahun sahaja lagi tinggal untuk mandat 5 tahun BN, dengan Parlimen yang dijangka akan dibubarkan pada bulan April 2013 tanpa menghiraukan sama ada Najib bersedia atau tidak. Dalam pada itu, Anwar sudah lama menunggu peluang untuk menjafi perdana menteri. Anwar Ibrahim sekarang merupakan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat, dan jika mereka menang lebih dari 222 buah kerusi di Parlimen berbanding BN, Anwar akan menjadi PM. Pada tahun 90-an, Anwar sudahpun menjadi pemimpin paling popular. Kemudian, menjadi timbalan presiden UMNO yang turut digeruni oleh Mahathir sehinggakan dakwaan liwat diada-adakan untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar. Pada masa itu, Najib langsung tidak popular, tidak berupaya memimpin diri sendiri. Malah, dia mendakwa dirinya sebagai penyokong kuat Anwar. Turut serta adalah beberapa orang menteri seperti Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin dan menteri pertahanan, Zahid Hamidi. Dengan Anwar yang hanya dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, tidak hairanlah lelaki-lelaki ini bertukar menjadi orang Mahathir. Dan sekarang, mereka sendiri mengimpikan jawatan Perdana Menteri itu. Bagi Mahathir pula, jika rakyat masih sudi mengundi untuknya, peluang untuk menjadi PM semula sememangnya diidamkan, namun, fokusnya sekarang lebih kepada anaknya Mukhriz untuk mengambil alih UMNO dan jawatan tertinggi kerajaan selepas PRU ke 13. Paranoia hanya mengesahkan kesahihan Anwar untuk menjadi PM
Ini adalah mengapa sejak 1998, kerajaan BN telah bersusah-payah mematahkan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, perubahan pada senario politik Malaysia jika diteliti dari penahanannya dibawah undang-undang digeruni ISA pada tahun 1999. Ini merupakan titik permulaan bagi pergerakan pembangkang di Malaysia. Dan setiap keputusan politik yang dibuat oleh UMNO dibawah pimpinan BN telah dibuat untuk memastikan Anwar tidak boleh bertanding untuk jawatan PM. Kobodohan ini telah menyebabkan pemerhati politik percaya bahawa akibat takutkan Anwar, mereka telah menjerat diri sendiri. Sentiasa bingung memikirkan keadilan akan terlaksana dan mereka akan terpaksa menjawab segala perbuatan mereka termasuk menyalahgunakan dana Negara dan penyaluran wang secara haram sebanyak RM888 bilion ke akaun luar. Mereka juga tidak melaksanakan tanggungjawab dan ekonomi dan tadbir urus yang lemah telah menyebabkan ramai pelabur luar lari. Pada masa yang sama, perbuatan mereka yang sentiasa menjadikan Anwar dan rakan Pakatannya sebagai target menguatkan lagi pendapat bahawa Anwar adalah pencabar kuat bagi calon PM Malaysia. Jadi, tanpa menghiraukan calon lain yang difikirkan boleh menjadi pencabar kepada Perdana Menteri, dua lelaki ini adalah peserta yang tepat untuk perlawanan ini. Jika ada calon lain, mereka sepatutnya dibenarkan untuk berdebat supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan peluang untuk menilai dan memilih siapa yang mereka rasakan layak untuk menjalankan tanggungjawab itu nanti. Bagaimana pula dengan Perlembagaan
Perkara 43 (2) menyatakan- Kabinet perlu dilantik seperti yang berikut, dimana: (a) Yang dipertuan Agong akan melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Kabinet dan ahli Dewan Rakyat yang difikirkan boleh meyakinkan majoriti ahli dewan itu; Kunci untuk menjadi perdana menteri di Malaysia mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat. Rakyat Malaysia pula mengundi bagi melantik ahli dewan rakyat dan memberikan mereka mandat untuk memilih Perdana Menteri. Kepercayaan ini diberi kepada wakil untuk membuat pilihan yang bijak untuk kepentingan bersama. Sama ada wakil-wakil ini mengkhianati rakyat dan mengundi berdasarkan arahan 'orang atasan' di dalam parti atau melibakan rasuah akan menentukan sama ada mereka akan diundi semula pada masa yang akan datang. Jadi, rakyat harus berpendirian dan tidak mengambil mudah jika wakil menipu mereka. Tapi, bagaimanakah caranya rakyat dapat menilai siapa yang layak untuk jawatan Perdana Menteri? Sebuah debat awan boleh membantu. Rakyat Malaysia anggap MP sebagai tuan Perdebatan awam adalah satu medium dimana orang ramai dapat melihat dan mengukur sendiri sejauh mana kebolehan calon yang mempunyai cita-cita untuk memimpin negara. Apa sahaja yang boleh disuarakan kepada Ahli Parlimen masing-masing mesti diambil kira apabila memilih orang yang akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat untuk menjadi PM. Ini adalah satu proses dimana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam proses ini. Ini bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah tandanya demokrasi yang progresif dan matang. Sedih sekali di kebanyakkan tempat di negara kita, rakyat masih rasa terikat pada wakil. Mereka beranggapan ahli parlimen adalah ketua dan bukan sebaliknya. Tetapi peruntukan yang diberikan kepada MP untuk diedarkan kepada orang-orang miskin sebenarnya wang kepunyaan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Wakil yang dipilih hanyalah menjalankan tugas dan dia dipilih kerana rakyat percaya dia akan menjalankan amanah tersebut. MP dipiilih beliau kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Jadi dia perlu berterima kasih kepada rakyat. Ini adalah masalah rakyat Malaysia dan hanya kerajaan yang tidak mengambil kesempatan keatas penduduk-penduduk luar bandar dan sebaliknya mendidik mereka tentang hak-hak patut dipilih pada PRU ke-13 nanti. Sekarang sudah 2012 dan Malaysia sudah terlambat dalam memberi kesedaran kepada dalam memperkasakan diri mereka. Tidak mampu berfungsi tanpa skrip Namun, sudah tradisi dalam BN, Najib Razak tidak akan mengambil bahagian dalam perdebatan awam. Mahathir menyokong ini sepenuhnya, walaupun sebabnya bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan Najib sendiri. Tetapi kenapa Najib takut akan Anwar? Pada umur 58 tahun, Najib sepatutnya lebih keberanian yg berbanding Anwar yang berusia 64-tahun. Mungkin, ini kerana dalam perdebatan awam, kekurangan Najib Razak adalah ketara. Dia adalah lelaki yang menggunakan 'skrip' dan dalam persekitaran yang tidak menentu seperti perdebatan awam tanpa skrip ditulis dengan serta-merta - dia hanya akan ternganga. Sudah terbongakar bahawa tanpa penulis skrip, Najib tidak mempunyai apa-apa untuk dikata. Tanpa bantuan, Najib akan kalah menghadapi Anwar Ibrahim, seorang lelaki yang telah diuji dan menempuhi pelbagai situatsi selain forum-forum termasuk perbicaraan kes liwat. Ingat, Anwar telah mempertahankan dirinya sejak tahun 1999. Beliau bukan sahaja menteri Kewangan popular menteri dirantau Asia Tenggara, tetapi dia telah menanggung pelbagai serangan termasuk seksualiti, moral, watak dan personaliti. Kedua-duanya dimata rakyat dan undang-undang. Pemenangnya jelas dan bakal ada yang akan ketawa Pemenangnya memang jelas. Tetapi Najib tidak harus menolak debat kerana dia tahu, seperti ramai yang lain bahawa dia pasti akan kalah. Dia mesti mengamalkan sikap yang lebih berani dan bukan hanya menyerah kalah sahaja. Gaya tidak penting, tidak juga kepetahan berbicara. Apa ynag penting adalah fakta dan dasar. Ini adalah pengajaran buat Najib. Dia bukan lagi berumur 18 tahun dan cuba untuk menunjuk-nunjuk dihadapan teman wanitanya. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan rakyat Malaysia ingin mendengar apa yang dia mahu sampaikan. Bagaimana mungkin dia hanya buat tidak tahu sahaja. Bukan sahaja pengkritik dalam Pakatan akan memanggilnya pengecut, malah orang Umno juga akan meraguinya juga. Adakah Najib tidak berfikir yang Mahathir dalam diam akan memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa Najib begitu bodoh sehinggakan memerlukan dia untuk menyelamatkannya!' Bukankah inilah yang bakal difikirkan oleh semua dan jika bukan dari Mahathir, yang lain dalam Umno pasti akan berkata demikian. Lebih-lebih lagi, Najib berhutang budi dengan yang lain. Mereka sudah tahu masak dengan Najib dan tahu sama ada dia telah menunjukkan keupayaannya yang sebenar setakat ini. Najib juga sedar akan ini. Jika tidak, dia hanya boleh bercakap tentang ayahnya sahaja, Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua, seolah-olah sebagai anak Tun Razak bermakna dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada Malaysia. Tetapi tidak membiarkan Malaysia ketinggalan dan membenarkan opportunis kejam seperti Mahathir untuk menghina ayahnya. Benarkah jika Razak ,merestui Mahathir atau mungkinkah dia sebenarnya lebih teruk daripada Mahathir jika memerintah Malaysia dengan lebih lama. Tuntutla hak anda Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak-hak mereka dalam negara. Perdebatan awam adalah asas demokrasi. Ia bukan merupakan seni pidato atau pertandingan ratu cantik tetapi satu forum di mana idea-idea dan polisi-polisi yang berbeza boleh dinilai orang awam, dengan ini rakyat boleh membuat keputusan mereka. Jawatan Perdana Menteri adalah tugas eksekutif tertinggi di sesebuah negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengukur potensi setiap calon untuk diri mereka sendiri dan tidak boleh tertakluk pada pilihan Umno-BN kerana ini merugikan mereka. Perdana Menteri juga boleh dipilih dari mana-mana ahli Dewan Rakyat dan tidak terhad kepada presiden Umno sahaja. Ini tidak membuka ruang pemilihan Perdana Menteri, semua calon mesti membentangkan pelan dan idea-idea masing-masing dan aspirasi bagi rakyat Malaysia untuk menilainya dan akhir sekali meluluskannya ; sama ada di peti undi sendiri atau melalui wakil-wakil mereka di Parlimen. Ini barulah adil, kerana ia mengikut peraturan demokrasi. Inilah tandanya sebuah negara yang demokratik dan matang. Jika Najib atau mana-mana calon yang lain pada masa akan datang sama ada dari BN atau Pakatan enggan untuk berdebat menjelang pilihanraya utama, dia tidak berhak dicalonkan untuk bertanding. Malaysia Chronicle | ||
Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar Posted: 02 Feb 2012 08:29 PM PST MALAYSIA KINI Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini. Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas "Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah. "Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu. Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak. "BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki. "Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat. Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly. Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor. "Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. "Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui," tulisnya. Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. "Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya. | ||
PKR: Lagi pendedahan sambut kepulangan Shahrizat Posted: 02 Feb 2012 08:28 PM PST PKR akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan tersebut, Rabu depan, adalah mengenai dakwaan pembelian hartanah oleh keluarga menteri tersebut. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pembelian itu berkait dengan National Feedlot Corporation -- syarikat milik keluarga menteri berkenaan yang terjebak dalam skandal projek lembut Pusat Fidlot National. "Shahrizat akan kembali minggu ini jadi mungkin kita akan sambut dia dengan sesuatu... Kita sedang mengesan lebih banyak hartanah yang mungkin telah dibeli oleh keluarga itu," kata Rafizi kepada Malaysiakini. Tambahnya, PKR akan dapat mengesahkan salah satu daripada perkara itu, minggu depan. Shahrizat bercuti tiga minggu, berakhir minggu ini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan skandal itu. PKR sebelum ini mendedahkan mengenai pembelian kondominium mewah bernilai kira-kira RM10 juta di Singapura namun tidak dapat mengesahkan bahawa dana NFC digunakan untuk membeli hartanah tersebut. Keluarga menteri itu setakat ini masih belum mengesahkan atau menafikan perkara itu. Bagaimanapun, sebahagian daripada pinjaman RM250 juta untuk projek NFC disahkan telah diguna untuk membeli dua unit kondominium mewah atas nama NFC. | ||
Motif politik: PKR bantah lawatan Najib ke Batu Caves Posted: 02 Feb 2012 08:23 PM PST MALAYSIA KINI Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks kuil Batu Caves kuil bersempena sambutan Thaipusam minggu depan hanya bermotifkan politik, dakwa ahli-ahli PKR. Sehubungan itu, ketua penerangan PKR Kepong PKR, MS Arjunan dan ketua pemuda cawangan itu A Kalaimughilan membuat laporan polis pada hari Rabu lalu sebagai membantah lawatan tahunan Najib ke kuil itu yang dijadualkan pada 7 Feb ini. Minggu lalu, jawatankuasa kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengunjungi kuil berkenaan kerana bimbang ia mungkin mencetuskan insiden yang tidak diingini. Jika Najib berdegil untuk datang, Arjunan dan Kalaimughilan berkata mereka akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang bagi membuat bantahan. Najib adalah a perdana menteri kedua yang melawat kuil Sri Subramaniam di Batu Caves semasa Thaipusam. Sebelum ini, hanya ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang berbuat demikian. "Jelas Najib tahu bahawa BN parti itu tidak akan dapat sokongan daripada kalangan kaum India," kata Kalaimughilan dalam satu kenyataan. Beliau juga membidas presiden jawatankuasa kuil itu, R Nadarajah yang mendakwa bahawa sambutan Thaipusam perlu "bebas dari politik". "Pihak pengurusan juga perlu bertindak dengan adil dan berkecuali, tidak menyebelahi mana-mana pihak, jika mereka jemput Najib, mereka juga perlu jemput Anwar Ibrahim tanpa sebarang motif politik," katanya. Beliau menambah bahawa lawatan Najib juga akan menjadi menggangu acara keagamaan penganut Hindu kerana langkah keselamatan akan diperketatkan dengan kehadiran perdana menteri itu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan