Jumaat, 3 Februari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerana Gambar Bogel Isteri, Lelaki Sanggup Beli Telefon Bimbit Lama dengan Harga Mahal

Posted: 03 Feb 2012 05:00 AM PST


Menurut China Daily, seorang lelaki di Zhangzhou, Fujian, terpaksa membeli semula telefon bimbit lamanya dengan harga dua kali ganda selepas dia mendapati gambar bogel isterinya masih tersimpan dalam telefon itu.

Lelaki dengan nama keluarga Wu itu membeli telefon baru dan menjual telefon lamanya kepada penduduk kampung lain dengan 500 yuan (RM240) sebelum isterinya menyedari bahawa lima gambar bogelnya masih belum dipadamkan.

Pemilik baru telefon bimbit itu bersetuju menjual telefon itu semula, namun menuntut bayaran sebanyak 1,000 yuan (RM480).

Selepas campur tangan polis dan jaminan bahawa gambar-gambar itu tidak disalin atau diletakkan di Internet, Wu bersetuju untuk membayar harga tersebut.



P/s: Aduhai! Yang pasti, pembeli telefon bimbit itu sudah tentu puas melihat gambar bogel isteri lelaki itu. 

Sila ambil pengajaran. 

Jangan sesekali merakam gambar bogel menggunakan telefon bimbit kerana, khabarnya, walaupun sudah dipadam, namun orang yang mempunyai kepakaran mampu "mendapatkan" gambar-gambar itu semula.



Zul Nordin TIDAK Bayar HUTANG?

Posted: 03 Feb 2012 03:02 AM PST

Sumber gambar: Malaysia Waves


P/s: TM pernah membaca kisah hutang yob ini di TT, di akhbar, di blog, kali ini di Twitter. Cerita berbeza, orang berbeza.

Aduhai, malu Yob!



[KANTOI] Bukan Saja Perkasa, BN juga Hulur "Angpaw Kematian" kepada Orang Cina

Posted: 03 Feb 2012 02:00 AM PST


Saya petik:

[MK] Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

NONE"Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?" katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

NONE"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.



P/s: 2 kali 5!

Kerana Kemiskinan, Tiga Beradik Berkongsi Kasut, Menahan Lapar

Posted: 03 Feb 2012 01:05 AM PST


Saya petik:

[SH] KAMPUNG PAK SABAH - Gara-gara kemiskinan hidup, tiga beradik yang juga murid sekolah rendah dekat sini terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana tidak mempunyai wang saku ke sekolah.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa memakai dua pasang kasut sekolah secara bergilir-gilir kerana bapanya yang bekerja sebagai tukang sapu masjid itu difahamkan tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah kerana terpaksa menyara lima lagi adik beradik lain.

Kemelut kehidupan melanda tiga beradik yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dungun ini terbongkar setelah mereka bertiga dikatakan berhadapan masalah kehadiran yang tidak menentu.

Berikutan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) melakukan siasatan dengan berkunjung ke rumah murid terbabit dan masalah ketiadaan uniform sekolah akibat kemiskinan keluarga dikatakan menjadi puncanya.

Menurut salah seorang murid malang itu, Hasliza Syahirah, 12, bapanya, Abdul Manaf Mat Hasan, 37, hanya mampu membeli dua pasang kasut sahaja manakala adiknya terpaksa memakai selipar jika mereka bertiga ingin ke sekolah.

Katanya, dalam sebulan, mereka terpaksa me­ngikat perut beberapa kali kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan.

Menurut Hasliza, jika bapanya mempunyai wang lebih, dia hanya dibekalkan RM1 setiap orang sebagai wang saku sekolah, namun jika sebaliknya, dia terpaksa ke sekolah tanpa wang saku, malah kadangkala terpaksa menahan lapar sehingga pulang ke sekolah.

"Kalau tak ada duit, ayah suruh kita puasalah, kalau ada duit, baru kita dapat beli makanan, itu pun cuma seringgit sahaja, kadang-kadang kena kongsi lagi.

"Kami dah biasa berpuasa, pakai kasut sekolah pun terpaksa bergilir-gilir kerana ayah tak mampu beli kasut untuk kami bertiga,
" katanya.

Menurut adik lelaki Hasliza, Mohd Jefri, dalam keadaan kelaparan kerana tidak mempunyai wang saku sekolah, dia juga terpaksa berjalan kaki berulang-alik ke sekolah hampir satu kilometer setiap hari.

Namun, bagi tiga saudara ini, ia bukan halangan untuknya menimba ilmu untuk mengubah nasib keluarganya yang sering dihimpit kemiskinan itu.

"Dalam keadaan perut lapar ketika pulang dari sekolah, saya juga terpaksa berjalan jauh sebelum sampai ke rumah.

"Nak naik basikal, ayah tak mampu nak beli sebab adik beradik kami ramai, usah kata nak beli basikal, kadang-kadang di rumah pun terputus bekalan makanan. Adakalanya kami terpaksa makan sekali sahaja dalam sehari,
" katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai tentera apabila besar nanti.

Bagaimanapun masalah ketiadaan pakaian sekolah tiga beradik ini berakhir setelah Timbalan Pengerusi PIBG SK Kuala Dungun, Rusdi Muda membawa pelajar berkenaan ke sebuah kedai pakaian di bandar ini untuk membeli pakaian baru bagi membolehkan mereka dapat ke sekolah.

Mengimbas kembali situasi menyayat hati itu, Nur Rohaya berkata, pada saat murid lain menikmati pakaian sekolah baru setiap kali musim persekolahan awal tahun bermula, dia bersama empat lagi adik beradiknya yang lain terpaksa memakai pakaian sudah lusuh, biarpun ia dikatakan sudah terlalu ketat dan tidak sesuai untuk dipakai lagi.

"Terima kasihlah sebab cikgu beli pakaian baru untuk kami bertiga, kami seronok sangat, minggu depan dapat pergi sekolah pakai baju baru, terima kasih atas sumbangan ini," katanya.

Kepada orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh diberi melalui akaun Bank Simpanan Nasional Abdul Manaf Mat Hassan, 11105-29-00016588-0.


P/s:  Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional Abdul Manaf Mat Hassan, 11105-29-00016588-0.

 

Kerajaan Guna RM1.5 Bilion Duit KWSP (Duit Rakyat) untuk Bina Perumahan Awam, Siapa Izinkan?

Posted: 03 Feb 2012 12:30 AM PST


Saya petik:

Najib: Dana biaya khas RM1.5b tak jejas KWSP

[Bernama] MARANG - Kerajaan hari ini memberi jaminan penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.

"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai  rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.

"Jadi sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di  pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan sesetengah pihak terhadap penggunaan RM1.5 bilion dana daripada KWSP untuk membiayai program berkenaan.
...........
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata skim pembiayaan itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

"Ini merupakan skim mesra rakyat, terutama golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan pencarum KWSP.

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri pada 28 Jan lalu setelah jemaah Menteri mempersetujui skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL.

Ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada KWSP. 



P/s: Kalau kerajaan Najib tiada duit, walaupun hasil minyak setahun sahaja mencecah RM90 bilion, buatlah cara tiada duit, jangan belasah duit rakyat untuk meraih sokongan, meraih undi untuk PRU13.

Yang membuatkan orang menyirap darah apabila KWSP mengenakan polisi pengeluaran duit simpanan yang ketat kepada rakyat membuat caruman. Ada pencarum yang terpaksa membayar denda dan dihukum penjara kerana terpaksa berbohong untuk mengeluarkan wang tersebut. Namun KWSP dengan senang hati, tanpa meminta izin daripada rakyat, menggunakan duit itu untuk dipinjamkan kepada GLC, kroni, dan tekini untuk kepentingan kempen PRU BN.

Siapa izinkan KWSP/Najib berbuat demikian?



Alat Sulit Menggeleber

Posted: 02 Feb 2012 10:00 PM PST


Saya petik:

[SH] PONTIAN - "Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit," demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

"Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

"Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

"Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit," katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.


P/s: Bantulah Saudara Ali!

Awas, Beli Kereta di Bilik Pameran Pengedar Proton Pun Boleh Kena TIPU!!

Posted: 02 Feb 2012 07:34 PM PST

KESAL...Mohd Fazli menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Saya petik:
[HM] SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

"Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.

"Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.

"Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. 

"Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini," katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.

"Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. 

"Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran," katanya.

Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.


P/s: Penipu bekerja di syarikat pengedar, semua urusan pembelian berlaku di bilik pameran pengedar, namun pengedar enggan bertanggungjawab.


Remaja Perempuan Belasah Rakan Sekelas Ketawa Selepas Dicekup

Posted: 02 Feb 2012 06:30 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KANGAR: Tidak serius dan hanya ketawa. Begitu sikap ditunjukkan lima pelajar perempuan berusia 15 tahun apabila dicekup polis selepas dipercayai membelasah rakan sekelas mereka di luar sebuah sekolah menengah, di sini, Selasa lalu.

Semua pelajar itu ditahan kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam kejadian membelasah rakan sebaya hingga mangsa dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kelima-lima pelajar perempuan itu ditahan di kediaman masing-masing untuk diambil keterangan, namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk memanggil lima saksi lain bagi menyiasat kejadian berkenaan.

"Polis juga masih menunggu mangsa sembuh sepenuhnya untuk diambil keterangan bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Latifah Ahmad, 38, merayu agar anaknya dipindahkan ke sekolah lain bagi mengelak kejadian sama berulang.

Katanya, anaknya kini trauma berikutan kejadian itu dan dibimbangi tidak mampu menumpukan perhatian jika masih belajar di sekolah itu termasuk berdepan semua remaja terbabit.

"Biarlah dia belajar di sekolah lain supaya dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa berkata, pihaknya akan mempertimbangkan rayuan ibu pelajar itu bagi kepentingan semua pihak tetapi perlu mengemukakan permohonan rasmi.


P/s: Rosak akhlak! Mungkin mereka ketawa kerana tahu tindakan yang bakal diambil tidak menakutkan atau menggerunkan. Silap-silap, jabatan pelajaran akan memanggil ibu bapa dan menyelesaikan kes itu secara damai. Penyelesaian pernah berlaku dan akan berlaku.

Isteri Berusia 15 Tahun Persoal Kemampuan Syahwat Suami, Lari Meninggalkan Rumah Selepas 4 Hari Nikah

Posted: 02 Feb 2012 05:30 PM PST


Saya petik:
[HM] KUCHING: Hasrat seorang lelaki menikmati mahligai bahagia dibina dengan isteri berusia 15 tahun pada Sabtu lalu, tidak kesampaian apabila insan tersayang itu menghilangkan diri hanya selepas empat hari mereka mendirikan rumah tangga.

Paling memedihkan, isteri lelaki terbabit yang tidak bekerja itu menghilangkan diri ketika suami berusia 21 tahun dari Kampung Gita, di sini, keluar mencari rezeki.

Sehingga semalam, usaha menjejak wanita berkenaan menemui jalan buntu menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

Sumber berkata, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana mempersoalkan kemampuan syahwat suaminya yang dikatakan gagal memuaskannya.

"Kali terakhir lelaki berkenaan bertemu isterinya ialah jam 11 pagi Selasa lalu, ketika menghantar isteri ke rumah saudaranya kerana mahu ke laut untuk menangkap ikan," katanya.

Bapa lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya terkejut apabila mendapati isterinya tiada di rumah saudara ketika mahu menjemputnya pulang ke rumah pada hari kejadian.



P/s: Aduhai! Rasa lucu pun ada, rasa terkejut pun ada, rasa negeri pun ada. Bukan apa saudara, gadis semuda 15 tahun sudah tahu erti orgasme. Masyarakat semakin maju bab berkaitan dengan seks. Cabaran bagi lelaki yang belum atau mahu berkahwin, mantapkan kelakian anda sebelum berkahwin!



Janda PATAHKAN 4 Kaki Bayi Dipenjara

Posted: 02 Feb 2012 05:00 PM PST


Saya petik:

[HM] TOKYO: Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor media semalam.

Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau kedai menjual barangan bayi.

Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka.

Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit.

Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya. - AFP



P/s: Gila kejam!

1000 Kakitangan Facebook Bakal Bergelar JUTAWAN

Posted: 02 Feb 2012 04:20 PM PST


Saya petik:

[HM] LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai "pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat." "Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung," katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai "Kaedah Penggodam." "Ungkapan 'penggodam' diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

"Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri," katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.

Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.

Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. - DM


SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.
SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.     

Tiada ulasan: