Khamis, 2 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pemimpin: Baik Zaid undur, bukan bubar Kita

Posted: 02 Feb 2012 05:11 AM PST

G MANIMARAN

SHAH ALAM - Sebahagian besar kepimpinan negeri tidak bersetuju dengan pendirian Datuk Zaid Ibrahim yang mahu membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), sebaliknya menggesa beliau berundur jika sudah tidak mampu untuk mengemudi parti yang berusia setahun itu.

"Parti tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Kalau Datuk Zaid sudah tidak mampu untuk memimpin Kita, saya mencadangkan kepada beliau berundurlah saja," kata Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim kepada Sinar Harian Online malam ini.

Zamil yang sedang dalam ke ibu negara untuk mengadakan satu sidang media esok berkata, "Datuk Zaid kena tahu bahawa ini bukan syarikat, kita boleh tutup jika kita tidak suka."

Beliau menegaskan, jikapun cadangan Zaid untuk memubarkan Kita berjaya kelak, pihaknya akan menghidupkan semula parti berkenaan.

"Seperti yang disaksikan ketika 1988, Umno yang diharamkan, dihidupkan semula. Kami akan menghidupkan semula Kita," kata beliau sambil menggesa Zaid meneladani langkah Dato' Onn Jaafar yang memutuskan untuk meninggalkan Umno apabila tidak sehaluan dengan pendirian perwakilan dan kepimpinan lain.

"Dato' Onn tidak membubarkan parti, beliau keluar. Datuk Zaid kena berundur jika sudah tidak mampu lagi," katanya lagi.

Pagi tadi, Zaid berkata, Kita akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan, "untuk membuang mana-mana dan semua keraguan yang kita sesungguhnya menyokong pembangkang", khasnya ketika sesetengah anggotanya di Kedah dan Pulau Pinang dengan secara terbuka kritikal mengenai pakatan pembangkang PAS-DAP-PKR.

"Mereka sering melakukannya, yang jelas menunjukkan mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar membabitkan negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang," katanya.

Beliau berkata ideanya menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

Zaid, bagaimanapun, tidak memberitahu bila EGM itu akan diadakan. Parti itu yang genap setahun bulan lepas, ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR ekoran dakwaan ada penyelewengan dalam pemilihan PKR.

Muhyiddin: Cukuplah rakyat Kelantan ditipu Pas

Posted: 02 Feb 2012 05:10 AM PST

KUALA KRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu
kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Muhyiddin berkata janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.

"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?.

"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk BR1M kepada 15,494 penerima di jajahan tersebut.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.2 juta bagi membaik pulih cerun bukit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai.

"Ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sekolah ini untuk membaiki cerun bukit itu. Sekolah Cina ke atau Sekolah Tamil ke semuanya sekolah kita dan kerajaan akan bantu semuanya," katanya.

Beliau berkata tidak seperti Pas yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja.

"Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya.

Muhyiddin juga berharap semua pihak bersedia untuk memastikan kemenangan BN di Kelantan.

"Walaupun tarikhnya saya tidak tahu bila tetapi apakah rakyat Kelantan masih mahu kepada Pas lagi dan saya harap tinggallah PAS dan pilihlah BN," katanya.

Sementara itu Mustapa berkata BN telah menunaikan segala janji pada pilihan raya kecil Manik Urai dan dakwaan pembangkang BN gagal berbuat demikian adalah satu fitnah.

"BN telah membesarkan Masjid Temalir, telah membina jambatan baru berharga RM14 juta serta pembinaan pusat belia di Kuala Krai dan semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan BN kembali menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ini," kata beliau. - Bernama

Rasa Bersalah Akibat Dipergunakan Untuk Tujuan Politik, Shaheizy Sam Mohon Maaf

Posted: 02 Feb 2012 12:21 AM PST

Jawapan Selamat Ku Li Isu Tidak Hadir Mesyuarat. Apa Komen Tok Pa?

Posted: 01 Feb 2012 11:26 PM PST

Ku Li: Saya tak pernah boikot mesyuarat Umno

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan beliau memboikot mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan kerana sering tidak menghadiri mesyuarat badan itu sejak beberapa lama.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, berkata beliau bukan sengaja tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana kadang-kadang surat jemputan mesyuarat itu lewat diterimanya.

"Saya tak hadir, bukan tak nak hadir, tapi (surat) jemputan kadang-kadang lewat sehari selepas mesyuarat atau sehari sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno itu bersama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perhubungan Umno Negeri di sini, hari ini.

Pemimpin veteran ini ditanya mengenai kedudukannya yang sudah lama tidak kelihatan menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno itu, sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula negeri Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau berkata peluang itu tetap ada jika BN mempunyai persediaan secukupnya.

"Bagi kita sentiasa yakin, tetapi soalnya terletak atas persediaan dan kesungguhan kita," katanya.

Menjawab pertanyaan sama ada beliau akan bekerjasama dengan pemimpin parti pembangkang bagi mengukuhkan kedudukannya dalam politik, Tengku Razaleigh sambil bergurau berkata: "Saya sudah kahwin kan, lebih baik bergabung dengan isteri saya."

Timbalan Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan, turut menemui pemimpin BN negeri.-Bernama

PR Berjaya Atasi Projek Rumah Terbengkalai Era BN Di Subang

Posted: 01 Feb 2012 08:37 PM PST

http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/Sivarasa-Rumah.jpg

Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM, 2 FEB : Kerajaan Negeri Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengatasi masalah projek perumahan di Subang yang terbengkalai hampir 20 tahun yang diwarisi daripada BN.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, projek perumahan terbengkalai bagi penduduk rumah panjang Kampung Bunga Raya, Subang adalah satu daripada 140 projek yang ditinggalkan Umno-BN ketika menerajui Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Menurutnya, sejak mengambilalih Kerajaan Negeri, PR berusaha mengatasi masalah dihadapi rakyat termasuk projek rumah terbengkalai kerana Umno-BN lebih mengutamakan pemilikan kediaman kepada pemimpin dan ahli parti itu.

Masalah seperti itu, jelasnya dihadapi penduduk rumah panjang tersebut apabila Syarikat Sinar Fadzilat Sdn Bhd telah menukar status kediaman apabila dijadikan kawasan perumahan banglo mewah untuk pemimpin Umno-BN tempatan.

"Ini bermula pada 1994 mereka dipindahkan ke sini ke rumah panjang kerana tempat mereka akan didirikan oleh Sinar Fadzilat Sdn Bhd dan mereka dijanjikan dibina rumah kos rendah di satu tapak bersebelahan dengan rumah panjang sekarang.

"Sepatutnya dalam dua tahun pada masa itu sudah siap dan mereka dapat rumah tetapi tak jadi dan kita kena faham kenapa tak jadi. Sebabnya tanah yang diperuntukkan untuk rumah kos rendah itu diambil oleh pemimpin Umno-BN tempatan sendiri ditukar kepada lot besar untuk banglo," katanya kepada media di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.

Projek perumahan itu diambilalih ECL Management Sdn Bhd yang akan menyiapkan pangsapuri kos rendah itu dengan jumlah 480 unit dalam tempoh setahun. Penduduk Kampung Bunga Raya diberi hak pemilikan dengan harga jualan RM42,000 manakala pemilik lain dengan harga RM68,000.

Sivarasa berkata, hak penduduk kampung itu dinafikan selama ini serta keadaan itu amat mendukacitakan.

Pihaknya turut mempersoalkan kenyataan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah dalam lawatan ke kawasan itu pada 28 Januari lalu yang berjanji akan menyelesaikan masalah itu sekiranya Selangor dikembalikan kepada Umno-BN.

Tegasnya, sewajarnya Shafie meminta maaf kepada penduduk Kampung Bunga Raya atas kegagalan itu dan penindasan yang dilakukan Umno-BN selama ini.

"Untuk memulihkan projek terbengkalai bukan senang khususnya kos rendah sebab hutangnya besar dan subsidi oleh pemaju yang sudah melarikan diri. Projek ini berhutang berjuta-juta ringgit. Cukai tanah, cukai pintu dan macam-macam," katanya.

Namun katanya PR komited untuk menyelesaikan masalah itu yang membebani rakyat dalam tempoh lama.

Dr Mohd Nasir pula berkata, PR dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memastikan usaha pemulihan itu berjalan lancar.

Katanya, pastinya apa dilakukan itu adalah demi kebaikan penduduk yang selama hampir 18 tahun mendiami rumah panjang yang dikatakan kediaman sementara.

"Saya percaya dan saya telah berbincang dengan Datuk Bandar Shah Alam dan MBSA mahu bekerjasama dan membantu mengatasi masalah ini. Menang dalam perjuangan kita dan duduk rumah panjang lebih 18 tahun itu sudah lebih.

Kita anggap dalam dua tahun dah pindah tapi oleh kerana berlaku perkara seperti ini kita kena tanggung beban kita akan berusaha untuk mengatasi masalahnya," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah menyumbang pelbagai bantuan kepada penduduk seperti bayaran bil air, membaikpulih paip air dan yang lain di kawasan rumah panjang tersebut.

Seorang pembeli, M Selvam, 50, ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana hasratnya memiliki rumah sendiri terlaksana juga selepas Kerajaan Negeri mengatasi segala masalah dan projek perumahan itu dapat diteruskan hingga disiapkan.

Katanya, kawasan tersebut adalah berpotensi pada masa depan dan menjadi kawasan tumpuan ramai dengan pelbagai pembangunan di sekitarnya.

"Cantiklah. Ini bandar Subang akan mengalami banyak pembangunan dan dikatakan satu stesen LRT akan dibina di sini," katanya.

Kepala babi ditemui di masjid di Sentul pula

Posted: 01 Feb 2012 08:08 PM PST

Aidila Razak

Kepala babi ditemui pula di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayat Sentul, di kawasan parlimennya.

"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!" tulisnya di Twitter pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

KITA akan dibubarkan

Posted: 01 Feb 2012 05:53 PM PST

KITA akan dibubarkanSebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.

Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal. Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam. Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.

Kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada kami. Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya.

Peribahasa Melayu ada menyebut, "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan". Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini. Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu. Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.

Kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri. Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional — maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi.

Guru-Guru Dikerah Paksa Ke SK Padang Bongor Semata-mata Untuk Dengar Tok Pa Berucap?

Posted: 01 Feb 2012 03:39 PM PST

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/406396_10150643148575039_227789400038_10823386_633722239_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/422987_10150643143195039_227789400038_10823376_1411462867_n.jpg
Dari FB Mustapa Mohamed

1 Feb, 3 Petang : Saya berceramah di SK Lubok Bongor bersama YB Dato' Aziz, ADUN Kuala Balah, ADUN Bukit Bunga, YB Adhan Kecik, SU Politik saya, Dato' Dr.Azmi dan Ust Kamaruddin Omar, Pegawai Agam MB Terengganu

Dari maklumat dan email yang diterima dari golongan pendidik kelantan, mereka meluahkan rasa tidak puas hati kerana pihak sekolah memaksa semua kakitangan pendidikan dan staf sokongan sekitar Jeli untuk pergi ke SK Padang Bongor semata-mata dengar ucapan pemimpin Umno.

Masuk dalam surat khabar bukan kemain lagi cakap ramai orang tidak berganjak semasa program padahal kebanyakan mereka hanya tunjuk muka tidak sampai 10 minit dan terus pulang.

Golongan pendidik Kelantan sangat cerdik wahai pemimpin Umno. Mereka tidak mudah diperbodohkan dengan mudah. Kebanyakan mereka menolak Umno!

Nak jawab sikit komen Awang Selamat

Posted: 01 Feb 2012 08:00 AM PST

Awang Selamat dalam tulisannya berdukacita kerana orang Melayu lah yang paling ramai tidak mendaftar sebagai pemilih walaupun mereka layak untuk mengundi. Lain-lain bangsa telah dan sedang bergiat mendaftar sebagai pemilih untuk melaksanakan kewajipan mereka terhadap negara.

Awang Selamat juga menzahirkan kebimbangannya jika sikap sambil lewa orang Melayu ini berterusan, ia akan melemahkan kekuatan orang Melayu dalam mempertahankan Perlembagaan Negara yang mempertahankan kedudukan orang Melayu didalam negara ini. Awang Selamat juga mengingatkan orang Melayu supaya tidak menjadi kaum yang bergegar-gegar dalam majlis-majlis politik tetapi tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan terhadap negara. Akhirnya kata Awang Selamat, orang Melayu akan hanya menang sorak tetapi kampung tergadai.

Komen Awang Selamat ini memang betul, tetapi apa yang Awang Selamat tidak bertanya ialah, kenapa orang Melayu menjadi begini sikapnya? Kenapa orang Melayu tidak prihatin terhadap tanggungjawabnya untuk mengundi dan menentukan halatuju perjuangan bangsa Melayu dalam negara ini. Awang Selamat tidak bertanya siapa dan pihak mana yang bertanggungjawab menjadikan ramai dikalangan orang Melayu tidak mengambil tahu bagaimana pentingnya mendaftar diri sebagai pemilih?

Selain dari tidak mendaftar sebagai pemilih, ramai di kalangan anak muda menyertai serta menyokong parti-parti pembangkang yang selama ini dimomokan oleh UMNO sekian lama. Anak-anak muda tidak lagi mahu pemikiran mereka dikuasai oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab terhadap nasib masa depan mereka.

Yang telah keluar dari universiti, misalnya terus terbeban dengan hutang PTPTN yang banyak dan tidak berkesempatan untuk membantu ibu bapa yang dalam kesusahan seperti yang mampu dilakukan oleh graduan-graduan zaman dan masa dahulu. Mereka tahu segala slogan yang cantik yang kononnya memberikan kelegaan kepada rakyat untuk mencari peluang untuk hidup dalam kesenangan tidak kesampaian.

Awang Selamat tidak sedar yang rakyat, terutamanya yang muda-muda ini, tahu yang rakyat dalam negara maju telah memberikan pelajaran kepada rakyatnya secara percuma, terutamanya dalam negara-negara Scandinavia. Di kesebelasan negara tersebut pelajaran adalah percuma sehingga peringkat yang tertinggi. Tetapi kerajaan dan pimpinan kita memilih untuk mengambil contoh negara-negara yang pelajaran dan pendidikan masih dibayar dengan harga yang tinggi.

Desakan dalam jiwa rakyat terutamanya gulungan muda merasa tertipu kerana semua pemimpin BN menganggap negara kita negara yang maju dan kaya raya tetapi mereka masih membayar harga pendidikan yang begitu tinggi.

Anak-anak muda sudah tahu di negara Scandinavia tidak ada 'twin tower' yang tinggi-tinggi tetapi pendapatan per kapita mereka lebih tinggi dari negara-negara G8. Di negara-negara tersebut tidak ada 'tiang bendera' yang tertinggi dalam dunia dan tidak ada'gong' yang terbesar didunia yang pernah diletakkan di Angkasa Puri suatu ketika dahulu, tetapi negara mereka maju dan rakyat mereka hidup dalam keadaan aman dan damai.

Di negara-negara maju seperti di negara kumpulan Scandinavia, pemimpin-pemimpin mereka tidak bersusah payah turun ke bawah untuk bersalaman dengan rakyat, sebaliknya dasar-dasar yang baik dan sempurna pelaksanaannya sampai kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin disana tidak dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana mereka menumpukan segala tenaga untuk memperbaiki keadaan hidup rakyat negara mereka. Perdana Menteri mereka seperti PM Switszerland, Norway, Sweden tidak dikenali oleh kita semua. malahan di dalam saluran TV negera-negara tersebut, jarang sekali kita melihat PM mereka pergi kesana kemari untuk melepaskan anak itek dan ayam atau meresmikan tandas awam seperti yang lazim kita lihat di sini.

Disini pemimpin berkempen dengan harga yang tinggi dan dengan urusan menyambut pemimpin dengan kos makanan dan khemah yang sampai memakan belanja jutaan ringgit. Pemimpin kita hanya menumpukan masa dan tenaga untuk mencari jalan bagaimana hendak membeli undi dengan harga murahan sebanyak RM500 untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin kita hanya mengekalkan kuasa melalui pembelian undi dan memomokan pihak yang menentangnya yang mahu menjadi alternatif kepada kepimpinan yang kian hari kian ternoda dengan ketirisan serta rasuah yang begitu tinggi dan besar yang tidak dapat disorok-sorok lagi.

Isu rasuah merupakan isu terbesar kerana rasuah bukan kecil balanya jika ia menimpa negara. Banyak negara-negara didunia ini telah lebur segala tamaddunnya jika rasuah tidak dikawal. Rakyat bukannya tidak memberikan peluang untuk pemimpin menghindarkan rasuah ini tetapi kesabaran rakyat itu diambil oleh pemimpin sebagai kelemahan kepada rakyat dan mereka terus sahaja memanipulasi harta rakyat tanpa segan dan silu.

Banyak lagi perkara yang patut disebut tetapi orang ramai tidak tahan membaca mana-mana 'article' yang panjang. Setakat ini dahulu yang dapat saya tulis. Diharap Awang Selamat memahami keadaan sebenar dibawah ini. Kita faham Awang Selamat tentu menyebelahi 'the buttered side of the bread', tetapi itu hak Awang Selamat untuk menentukan sikapnya.

Semua mesti faham yang ditadbir oleh pemimpin dan negara ini adalah manusia yang mempunyai perasaan seperti Awang Selamat juga. Perasaan itulah yang telah diguris dan dilapah sejak dua tiga dekad yang lalu. Kita mesti akui, sedangkan anjing kurap pun akan mengotek ekornya kalau dilakukan perkara yang tidak baik kepada mereka, inikan manusia yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahi Tuhan Maha Esa.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/02/nak-jawab-sikit-komen-awang-selamat.html

Tiada ulasan: