Khamis, 23 Februari 2012

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


KUPEKMAS pulak dahhhhh??

Posted: 23 Feb 2012 07:00 AM PST

contoh saja haaaa!

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

KUPEKMAS CALAR IMEJ PENJAWAT AWAM

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR melihat agenda penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab UMNO Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) sebagai satu tindakan terdesak pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan tekanan kepada penjawat-penjawat awam yang masih belum bersara dari perkhidmatan mereka. Ini terjadi apabila kebelakangan ini ramai bekas-bekas kakitangan awam yang telah secara terbuka menyokong dan menyertai parti PAS dan Pakatan Rakyat.

Penubuhan KUPEKMAS adalah didalangi oleh 'pembodek-pembodek Umno' yang telah memberikan khidmat kepada Umno walaupun masih berkhidmat sebagai penjawat awamsebelum daripada ini. Dan dengan dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, sudah pasti NGO ini mempunyai muslihat yang tertentu untuk mempastikan kakitangan awam sekarang terus memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melihat KUPEKMAS adalah hasil daripada kegusaran Umno dan Barisan Nasional di dalam menghadapi gelombang 'penghijrahan' bekas-bekas kakitangan kerajaan yang telah bersara yang kini telah menyertai PAS dan Pakatan Rakyat dan berceramah di seluruh negara menceritakan keburukan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional di dalam mengurus tadbir negera ini.

Pesara-pesara kerajaan seperti Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas pegawai tinggi TLDM, Datuk Adnan Ibrahim, bekas pengarah pendidikan negeri Perak, bekas pengarah kastam negeri Kedah, Hj Ishak dan beberapa orang lagi yang kini sedang rancak 'berceramah' di atas pentas PAS menceritakan segala tingkah laku buruk pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk kepentingan diri, ahli keluarga dan kroni-kroni mereka. Umno dan Barisan Nasional telah 'mengurung dan mengunci mulut' kakitangan kerajaan semasa dalam perkhidmatan dangan ancaman dan ugutan supaya mereka menjadi 'hamba' yang setia kepada kerajaan.

Kini ramai kakitangan awam telah sedar kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat dari sudut urus tadbir negara apabila melihat kejayaan dan kecemerlangan kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang manjaga kebajikan kakitangan awam mereka sedangkan kerajaan pusat sehingga kini masih lagi mengabaikan kebajikan kakitangan mereka dan hanya meniru polisi-polisi yang diperkenalkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru seluruh kakitangan awam di seluruh negara menolak agenda KUPEKMAS dan memberikan sokongan kepada agenda perubahan yang akan menitikberatkan kebajikan dan memartabatkan kakitangan awam oleh Pakatan Rakyat.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

23 Februari 2012

UMNO=Israel=Amerika?

Posted: 23 Feb 2012 05:25 AM PST


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

JIKA PRIHATIN DENGAN UMAT ISLAM SEJAGAT, MENGAPA DUDUK DIAM?

(23 Februari 2012 /

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, NGO dan badan pelajar untuk turun bersama PAS dalam himpunan aman didepan Kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin.

Bagi DPPM, tindakan tentera Amerika Syarikat adalah tindakan tidak peri kemanusiaan dan menghina agama Islam. Umat Islam yang prihatin sama sekali tidak boleh duduk berdiam diri membiarkan segala macam kejahatan dilakukan terhadap agama Islam. Al Qur'an adalah kitab suci umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat Islam mempertahankannya, hatta sehingga mengorbankan diri. Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda.

Dalam hal ini, DPPM hairan mengapa Menteri Luar Malaysia tidak bersuara lantang bagi membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat itu? Perdana Menteri pula sebagai ketua negara umat Islam di negara ini langsung tidak kedengaran suaranya di peringkat antarabangsa dalam isu yang melibatkan umat Islam sejagat. Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat 'Big Brother' Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia? Mungkin pemimpin negara ini sibuk dengan berpolitik di negara ini sehingga tidak sedar bahawa ada isu yang menyinggung perasaan umat Islam sedang berlaku di luar sana. Mungkin juga pemimpin negara hanya 'memperjuangkan Islam' di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara.

Justeru itu DPPM menggesa UMNO dan rakan NGO bersamanya termasuk JATI untuk turun bersama umat Islam yang lain dalam himpunan ini sekiranya benar mereka memperjuangkan Islam. Sebagai makluman, ajakan ini adalah kali kedua terhadap UMNO dan rakan sekutunya selepas himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria yang membunuh rakyatnya minggu lepas. Namun demikian, yang mengecewakan ramai adalah UMNO dan rakan-rakannya gagal hadir dalam himpunan pada minggu lepas. Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: