BRIGED MP SEGAMBUT |
BENARKAH PAS TIDAK TAKUT KEDAH JATUH KETANGAN UMNO? Posted: 15 Feb 2012 07:53 AM PST PAS Kedah tidak gusar dengan kenyataan Umno yang menyifatkan Kedah sebagai "winnable state' atau negeri boleh menang BN dalam pilihan raya umum ke-13. Sebaliknya Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata semua itu terletak di tangan rakyat. "Itu hak dia (Umno). Ini negeri bebas...aturlah strategi. Kita dah buat macam-macam...jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat mentadbir) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat," katanya sambil ketawa. Beliau yang ditemui pemberita di Alor Setar hari ini, diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke Kedah semalam, bahawa Kedah merupakan "winnable state" BN jika pemimpin parti peringkat negeri terutama Umno, dapat menyelesaikan masalah dalamannya. Mengulas lanjut, Azizan turut menyangkal pakatan pembangkang mempunyai masalah yang jauh lebih besar berbanding Umno. Mengenai desas-desus ada perebutan kerusi antara parti pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, Azizan berkata DAP dilapor meminta tambahan satu kerusi dari PKR. "Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri kita akan bawa ke pihak tertinggi parti," katanya. Dalam pilihan raya umum lepas, PAS bertanding di 24 kerusi negeri, PKR 11 kerusi dan DAP satu kerusi. - Bernama |
HARUSSANI MENUKAR FATWA LAMANYA KEPADA FATWA BARU? Posted: 15 Feb 2012 07:53 AM PST Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat. "Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh perdana menteri hari ini. Harussani yang hadir pada seminar itu berkata perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves. Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik. Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah. "Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit. "Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya. Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera PAS seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan