Rabu, 15 Februari 2012

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Apa Lagi Che Det? Samanlahhh!!

Posted: 15 Feb 2012 06:00 AM PST

opsss!! silap tempek gambar lakssss!! Soriii!


hehehehe..
Hari tu kecoh pencacai UMNO suruh Anwar saman trio Dato K..
Woi! Apa level nak saman mangku hayun pengemis politik tu?
Hidup bersandarkan fitnah..
Takde fitnah takleh hidup!

Ni haaa..
yang buat Tuduhan bekas Ketua hakim!
Bukan bekas Ketua Menteri melaka yang dijatuhkan sebab ada kes rogol bawah umur!
Bukan dengan pengemis politik yang berasal dari siam!

So, Che Det.. apa lagi??
Saman laaaaa..
Berani ke nak saman bekas ketua Hakim??
wakakakakaa!!
Tak payahlah salahkan Agong...
Bukan PM penasihat Agong?
Kang disaman dek Agong plak haaaaa!
baru haru!

sama-sama kita tunggu komen pencacai kat sini..

budakbalun 15022012

Dr M: Dzaiddin buat tuduhan tidak berasas, fitnah


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

"Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

"Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

"Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian," katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

"Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman".

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

"Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya," katanya lagi.-Minsider

Apa Yang Tidak Kena Dengan Nazri Aziz?

Posted: 15 Feb 2012 04:00 AM PST

Patutlah Pak Dia Sokong Valentine!!! Tak heran laaaaa.. Anak bapak punya pasaiiii!!


Subhanallah!
Astaghfirullah....
MasyaAllah...

Apa sudah jadi ni??
Macam mana pencacai UMNO boleh terima pemimpin UMNO yang macam ni?
Terang-terang pertikai hukum Islam?

Tapi ye la jugak..
Hudud yang jelas dalam firman Allah SWT didalam Al-Quran pun UMNO reject..
inikan pulak lah hukum Valentine yang diqiaskan..

Hmmm...
Macam mana la nak bagi pencacai UMNO faham..
Hati dah gelap..
dok mencarut hari-hari kat blog orang..
Tapi mencarut belakang pokok!
Nak tunjukkan diri kecutttt!!

memang standard UMNO laaa..

budakbalun 15022012

Apa yang tidak kena dengan Valentine, soal Nazri


KUALA LUMPUR, 14 Feb — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.

Bunga mawar merah dijual di sebuah kedai di Bangkok, Thailand 14 Feb, 2012. — Foto Reuters
Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.

"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.

"Apa beza hari itu dengan hari-haru yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.

Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."

Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam 9Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Valentine", umat Islam dinasihatkan agar tidak mempelawa seseorang individu menjadi Valentine mereka kerana ia akan menjadikan seseorang itu syirik.

Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Valentine sejak beberapa tahun lalu.

Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Hari Kekasih bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.-Minsider

Apekejenis arahan nie??

Posted: 15 Feb 2012 02:27 AM PST


Hok aloh..
macam ni punya ugut pun ada?

Ingatkan sijil Halal aje..
Logo 1Malaysia pun jadikk?

Aduhhh... terdesak sungguh nak tunjukkan sokongan rakyat..

lepas ni ada la pencacai komen..
"tengok! pengeluar tepung dan minyak masak pun sokong konsep 1Malaysia!"

wakakakakaka!

BN dah nak mati nie macam-macam laaaaa..

budakbalun 15022012

Tiada logo 1Malaysia, tiada subsidi

Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.

Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.

Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.

Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.

Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.-Mkini

Tiada ulasan: