Anak Sungai Derhaka |
- MCA pula desak Shahrizat : Jangan Sampai Kena Paksa Letak Jawatan!!
- Hasan Ali ramal JATI akan bawa 'tsunami kecil'.. habislah Pakatan Rakyat...
- Cows and condos scandal (Scandal NFC) Kini melangkah kepersada Antarabangsa.. berbanggalah kita..
- Sayangilah UMNO, Letaklah jawatan pesan Mahathir buat Sharizat..
- Khairi Jamaluddin pun nak bercakap soal rasuah? Alahaiii..
- Hubungan Malaysia-Israel : Najib "talam dua muka" Saifuddin kata..
MCA pula desak Shahrizat : Jangan Sampai Kena Paksa Letak Jawatan!! Posted: 15 Feb 2012 06:43 AM PST 15 Februari 2012 SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil harus meletakkan jawatan secara sukarela sebelum beliau dipaksa berbuat demikian berikutan tindakannya yang didakwa memberi imej buruk terhadap parti terhadap BN, kata seorang pemimpin MCA hari ini. Menurut Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book, sudah tiba masanya Shahrizat melepaskan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2004 itu sebagai bukti beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab. "Dia (Shahrizat) perlu fikirkan kesan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diusahakan oleh ahli keluarganya memeberi kesan kepada parti dan kepada kerajaan Barisan Nasional. "Kesan yang sekarang sudah kurang baik kerana itu Shahrizat harus letak jawatan. Jangan tunggu sampai dipaksa," katanya kepada AntaraPos.com. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengulangi gesaan supaya Shahrizat meletakkan jawatannya. Dalam ingatannya kepada Shahrizat, Mahathir berpesan agar Ketua Wanita UMNO itu lebih menyayangi parti berbanding jawatan yang disandangnya sebagai menteri. Sebagai pemimpin, seseorang itu perlu tahu bila masa yang paling sesuai untuk berundur, katanya. Selain Mahathir, Theng Book juga punya pendirian yang sama bersabit isu itu yang mana kemelut NFC turut mengheret kerajaan dan Barisan Nasional kepada kritikan yang berpanjangan. "Saya setuju dengan apa yang Tun Dr. Mahathir cakap kerana projek NFC itu menggunakan wang kerajaan dan sekarang dia (Shahrizat Abdul Jalil) sudah membuat kerajaan UMNO-Barisan Nasional diserang kerana tidak mengikut prosedur,"ujarnya. Shahrizat didesak berundur ekoran skandal yang melibatkan keluarganya dengan dakwaan penyelewengan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan kepada syarikat penternakan lembu NFC itu. Jutaan ringgit wang NFC didakwa dibelanjakan oleh ahli keluarganya bagi pembelian kondominium mewah, tanah, kereta serta juga percutian. Walau bagaimanapun, Shahrizat dan keluarganya menafikan sebarang salah laku berkait dengan NFC. Tindakan Shahrizat yang menafikan segala dakwaan pembangkang itu akhirnya mengundang kebimbangan banyak pihak termasuk parti-parti lain di bawah Barisan Nasional yang menyifatkan isu NFC ini akan mendatangkan tsunami besar kepada BN. Sebelum ini, tiga pemimpin UMNO, Ghafur Salleh, Bung Mokhtar Radin dan Syed Ali Al Habshi juga mendesak Shahrizat meletakkan jawatan. Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik juga mengulasnya dengan berkata, pimpinan UMNO seharusnya mengambil tindakan. NFC ditubuhkan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) untuk meningkatkan hasil daging negara dari bergantung kepada negara asing. Antarapos |
Hasan Ali ramal JATI akan bawa 'tsunami kecil'.. habislah Pakatan Rakyat... Posted: 15 Feb 2012 05:01 AM PST 15 Februari 2012 KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan gelombang "tsunami kecil" bakal melanda arena politik negara ini, dengan tertubuhnya sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jati pada 21 Februari ini. Ramalan itu, ditegaskan beliau dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, semalam, adalah berdasarkan kepada sokongan padu yang diterimanya dalam siri jelajah ke seluruh negara baru-baru ini di mana puluhan ribuan penduduk turun padang untuk menyambut kehadirannya. Beliau berkata gambaran dan sambutan awal yang diterimanya meyakinkan beliau bahawa masa hadapan pergerakan kuasa ketiga di Malaysia adalah cerah meskipun ia merupakan sesuatu yang baharu dalam arena politik negara. "Saya percaya blok kuasa ketiga yang dirancang ini akan mendatangkan impak besar, setidak-tidaknya kepada kumpulan masyarakat Malaysia yang sudah tahu berfikir. Mutakhir ini, rakyat Malaysia sudah menjadi sebuah masyarakat pemikir yang mana mereka tidak akan mudah menerima sesuatu yang dianggap basi. "Kehadiran kuasa ketiga berkenaan sesungguhnya akan menjadi lebih dominan dan besar untuk melancarkan satu sistem gerakan yang sangat diperlukan di Malaysia. Pemecatan saya daripada PAS yang pada awalnya tidak signifikan dan dikatakan hanya mencetuskan gelombang kecil, kini telah menjadi suatu gelombang besar," katanya. Dalam pada itu, Hasan turut menjelaskan Jati tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan pelbagai bentuk hubungan dengan mana-mana pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun badan-badan politik yang kecil dan besar selagi pihak perkenaan mempercayai konsep perjuangan yang dibawa Jati iaitu IMR, singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi Raja-Raja. Ketika ditanya mengenai kemungkinan Jati bergabung dengan NGO lain termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai cara untuk mengukuhkan pengaruh kuasa ketiga, Hasan berkata, perkara tersebut bergantung kepada kesediaan pihak-pihak berkenaan dalam mengangkat martabat IMR. Bagaimanapun, menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin, blok kuasa ketiga itu hanya akan muncul sebagai satu kuasa kuat dan digeruni jika wujud pelbagai elemen tertentu. Yang pertamanya, tegas Shaharuddin, kuasa ketiga itu hanya akan mendapat sambutan sekiranya rakyat ataupun pengundi sudah meluat dengan gelagat dan politiking parti pemerintah mahupun pembangkang. Selain itu, kuasa ketiga itu akan bertambah mantap dan boleh memainkan peranannya dengan berkesan jika Jati dan beberapa NGO bergabung tenaga, bukannya secara bersendirian. Beliau juga berpendapat, mana-mana kuasa ketiga yang ingin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia perlu mempunyai elemen kemajmukannya yakni diterima baik oleh masyarakat majmuk dan bukannya hanya sesuatu kaum tertentu sahaja. - BERNAMA |
Cows and condos scandal (Scandal NFC) Kini melangkah kepersada Antarabangsa.. berbanggalah kita.. Posted: 15 Feb 2012 12:43 AM PST Dengan menggunakan tajuk 'Cows and condos scandal highlights Malaysia's faded reforms,' Scandal Fidlot hari ini telah disiarkan oleh Reuters edisi US. Oleh itu secara rasminya scandal yang melibatkan keluarga pemimpin UMNO ini diketahui oleh masyarakat dunia termasuklah Israel. Jika selepas ini Negara kita dibanjiri dengan pelancong dari US terutamanya cowboy jangan terkejut. Kerana Malaysia kini mempunyai satu tarikan baru buat pelancong terutamanya Cowboy dari US.. Ya lahhh.. Cowboy dari US tu mungkin kagum dengan Malaysia, kerana di Malaysia Lembu duduk dalam Kondo.. Lembu diangkut dengan Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622. malah sebelum dikorbankan untuk dijual dagingnya di Restoran di Kula Lumpur, lembu-lembu yang diternak di ladang Fidlot di Gemas akan direhatkan dulu di salah sebuah Kondo Mewah di One Menerung. Itu untuk lembu yang bakal dikorbankan di Malaysia, bagi yang akan dikorbankan di Singapura pula masih sama juga layanannya.. Sebelum dikorbankan untuk dijual dagingnya di Restoran di Singapura, lembu-lembu yang dibawa dari Malaysia menggunakan Mercedes Benz CLS 350 CGI akan direhatkan dulu di salah sebuah dari tiga Kondo Mewah di Singapura. Mungkin tujuan lembu-lembu tersebut direhatkan di kondo mewah tersebut bagi menghilangkan stress mereka sebelum disembelih.. Semua itu hanya ada di Malaysia… kat US mana ada… ******************************************* Cows and condos scandal highlights Malaysia's faded reforms By Stuart Grudgings KUALA LUMPUR Tue Feb 14, 2012 8:14pm EST (Reuters) - A scandal centred on cows and luxury condos raises the chances that Malaysian elections will be delayed and highlights Prime Minister Najib Razak's stuttering efforts to reform the corruption-prone Southeast Asian nation. "Cowgate," as it has inevitably been dubbed, is providing rich fodder for the opposition as it digs up dirt on a publicly funded cattle-rearing project that it says was used as a personal fund for the family of one of Najib's ministers. It is not the first corruption scandal to hit Najib and his long-ruling United Malays National Organization (UMNO), but the farmyard connection makes it a potentially damaging one because rural Malays - the bedrock of UMNO's support - may relate to it more easily than to more obscure financial matters. "The cow issue is God-given," Zuraida Kamaruddin, the head of the women's wing of the opposition People's Justice Party, told Reuters following a speech at a recent rally, which she punctuated with the occasional "moo" for comic effect. "This time we have real evidence that proves their mismanagement." The family of Women, Families and Communities Minister Shahrizat Abdul Jalil is accused of using 250 million ringgit ($83 million) in soft government loans meant to develop the cattle project to buy luxury apartments, expensive overseas trips and a Mercedes. Meanwhile, the National Feedlot Centre (NFC) project was found by the auditor-general to have done little to reach its initial goal of making the country 40 percent self-sufficient in beef production by 2010. Najib last month froze the assets of the NFC, which is under investigation by Malaysia's anti-corruption commission. With fresh allegations appearing almost daily on the country's lively Internet news sites, the scandal adds to growing temptations for him to delay elections that must be called by April 2013. The 58-year-old son of a former prime minister had been expected to call the polls around April, before a looming global slowdown risked hurting Malaysia's trade-dependent economy. But with the U.S. economy showing signs of recovery and the euro zone not yet imploding, he may feel he can wait and hope for the scandal to blow over while recent government handouts to poorer families take effect. Gross domestic product figures out on Wednesday are expected to show Southeast Asia's third-largest economy slowed in the last quarter of 2011 but still grew at a brisk annual pace of 5 percent. The risk for Najib is that the scandal could balloon further or set off other allegations of graft, implicating other members of his government and giving a further boost to opposition leader Anwar Ibrahim. Anwar was acquitted on sodomy charges last month, leaving him free to campaign. The ruling Barisan Nasional coalition is expected to hold on to its parliamentary majority after historic gains by the opposition in 2008. But the NFC scandal adds to the difficulty Najib faces in recapturing the coalition's once impregnable two-thirds majority and winning a mandate to keep up with his tentative reforms. That could set off an internal power struggle, with many expecting Najib's more conservative, less reform-minded deputy Muhyiddin Yassin to launch a bid for the UMNO leadership. "There are people within UMNO who don't want any change at all," said a Kuala-Lumpur-based fund manager who asked not to be identified. "If Muhyiddin comes in ... he's an old fashioned sort of politician and the market won't react well." FADING REFORMS Malaysia, once mentioned in the same breath as South Korea and Singapore as an Asian "tiger" economy, has mostly disappointed since the region's financial crisis of 1997 as it struggles to revamp an economy centred on commodities and low-end manufacturing. Corruption has worsened, with the country sliding to 60th in Transparency International's global ranking of graft perceptions last year compared to 33rd in 2002. Najib has reached out to Malaysia's middle class as a reformer, promising to replace repressive security laws and wean the country off a race-based economic system that has alleviated poverty but increasingly stunted growth, fuelled corruption and turned off foreign investors. But he has watered down or backtracked on many of his key pledges, encountering opposition from within UMNO and its network of corporate interests that benefit from the system of ethnic Malay privileges. Najib announced a significant overhaul of the system in 2010 named the New Economic Model (NEM), most of which has not been implemented. "The NEM is not only dead but has also been effectively buried under a new avalanche of preferential policies and contracts that run against the open, transparent and accountable system promised," said Lim Teck Ghee, the director of Malaysia's Centre for Policy Initiatives. Cowgate is a gift for critics who say little has changed on Najib's watch since 2009 other than the rhetoric. In the first major red flag over its operations, the auditor-general said in a report last year that the NFC had failed to set up a network of satellite farms and produced less than half of its target of 8,000 head of cattle by 2010. Whistleblowers, the opposition and Malaysia's irreverent blogosphere then took up the baton. The opposition has cited accounting and property documents, the authenticity of which has not been disputed, showing that around 62 million ringgit was spent by family members on -- among other things -- several up-scale apartments in Kuala Lumpur and Singapore, land and a $180,000 Mercedes. The NFCorp company that runs the centre is undeniably a family affair, which critics say epitomizes the cozy relations between UMNO and well-connected families and businesses. Its chairman is Mohamad Salleh Ismail, Shahrizat's husband, and all three of their children are directors. Shahrizat has denied any personal wrongdoing and has filed a defamation suit against two opposition members, including Zuraida. Wan Shahinur Izmir Salleh, Shahrizat's son and NFCorp's chief executive, has said the company was allowed to use the loan at its discretion and that the properties were bought to earn rental income. Even some UMNO members are not convinced by the explanation, however, and have called on Shahrizat to quit. Influential former prime minister Mahathir Mohamad has added his voice to calls for her dismissal. "It looks ugly," said Shahrir Abdul Samad, an UMNO member of parliament for the southern state of Johor and a former cabinet minister. "This was an opportunity for him (Najib) to show he could handle a crisis." (Editing by Nick Macfie) |
Sayangilah UMNO, Letaklah jawatan pesan Mahathir buat Sharizat.. Posted: 14 Feb 2012 10:37 PM PST Satu pesanan yang dikira lembut.. tapi akan membuatkan Sharizat tiada pilihan kecuali meletakkan jawatan.. itupun kalau Sharizat dengarlah... Kerana jika tidak diletakkan jawatan Sharizat akan dianggap tidak menyayangi UMNO tetapi lebih menyayangi jawatan yang disandang dalam UMNO dan juga kabinet.. Jangan terlalu sayangkan jawatan, kata Dr M Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti. "(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak," kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini. Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa. "Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya. "Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi. Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur. Ini berikutan skandal yang melibatkan keluarganya dengan dakwaan penyelewengan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan kepada syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) itu. Jutaan ringgit wang NFC didakwa dibelanjakan oleh ahli keluarganya bagi pembelian kondominium mewah, tanah, kereta serta juga percutian. Walau bagaimanapun, Shahrizat dan keluarganya menafikan sebarang salah laku. Segala dakwaan itu kini dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya dan Unit Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Malaysiakini |
Khairi Jamaluddin pun nak bercakap soal rasuah? Alahaiii.. Posted: 14 Feb 2012 08:09 PM PST Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin yang menuduh ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Haji Shafiei membersihkan diri sendiri dari tuduhan terlibat dalam scandal pasir di Selangor mungkin menggangap masyarakat sudah lupa bahawa beliau pernah di tuduh melakukan 'rasuah politik wang' semasa pemilihan UMNO dan hanya 'dibersihkan' oleh Jawatankuasa parti sendiri bukannya SPRM… Berbeza dengan ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi yang dibersihkan oleh SPRM, Khairi tidak pernah dipanggil oleh SPRM.. Apa orang UMNO ingat Jawatankuasa UMNO tu kedudukannya lebih tinggi dari SPRM ke? ******************************************* KHAIRI JAMALUDDIN TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL BANTERAS RASUAH. Saya agak terkejut dengan ulasan oleh YB Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Februari 2012. Pada sangkaan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Rembau beliau seorang yang peka kepada sesuatu isu semasa. Nampaknya sangkaan saya melesat dan komen beliau memberi gambaran jelas akan sebab sebenar kenapa beliau tidak dilantik menjadi menteri di bawah kabinet PM Dato' Sri Najib Razak, walaupun kedudukannya sebagai 'Naib Presiden' UMNO. Terbukti 'inteliktual' beliau tidak melayakkannya untuk duduk dalam kabinet menteri kerana cara fikirnya amat tidak matang, kebudakan dan dangkal maklumat. Tuduhan beliau saya 'membersihkan' diri sendiri adalah tidak benar dan sama sekali tidak berbangkit. Jika kes lama yang dikitar semula ini boleh di ambil oleh YB Khairi sebagai suara Pemuda UMNO, jelas beliau amat perlukan bimbingan dalam politik. Penjelasan saya kepada media sebelum ini lebih kepada menjawap tuduhan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengeluarkan salinan slip bayaran tulen bagi tujuan lain, tetapi di pesong serta dikaitkan kepada bayaran sebagai dorongan mendapatkan kontrak. Ada perbezaan besar dalam manipulasi slip ini yang perlu diketahui oleh rakyat, kontrak tidak wujud, pinjam di kaitkan 'tumbuk rusuk'. Saya hanya menjelaskan 'spin' cerita negetif mahupun tokok tambah perbualan telefon RPK dan berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang di petik seperti dibawah amat terang menjelaskan maksudnya! "The MACC says the A-G's Chambers has returned the investigation papers and no charges were brought against the two assemblymen. Saya bukan seperti YB Khairi yang di tuduh melakukan 'rasuah politik wang' semasa pemilihan UMNO dan hanya 'dibersihkan' oleh Jawatankuasa parti sendiri sahaja bagi melayakkan bertanding Ketua Pemuda UMNO dan menang secara 'meragukan'. Apakah cukup hormat Pemuda UMNO pada SPRM dalam skandal rasuah politi wang Khairi Jamaluddin? SPRM pun di tegah menyiasatnya oleh pimpinan UMNO! Dalam sidang akhbar saya juga, saya tidak menyebut sedemikian hanya sekadar memaklumkan dari apa yang saya difahamkan oleh pegawai SPRM sendiri. Hak mereka yang disasat membolehkan mereka bertanya dari masa ke samasa tentang hasil siasatan yang dibuat dan jika di tanya oleh orang ramai kita mempunyai hak untuk menjawapnya sekadar yang kita tahu. Umum sewajarnya dimaklumkan bahawa saya telahpun disiasat sepenuhnya bersama YB Amirudin. Mereka mereka yang namanya di sebutkan oleh RPK kesemuanya sudah di panggil untuk soal siasat jauh lebih awal, sebelum saya di siasat lagi. Kesemuanya disiasat berhari hari dan melaui proses biasa seperti mana orang biasa lain di saisat. Semua telefon individu terlibat di ambil dan semua mereka yang telah di soal siasat 'masih terkeliru' hingga kehari ini. Apakah YB Khairi di soal siasat seperti itu yang telah 'membersihkan' beliau dari rasuah politik wang? Ketidakmatangan YB Khairi Jamaluddin yang telah lama dihidu Perdana Menteri semakin ketara apabila mengarahkan pula Ketua Pemuda UMNO Selangor yang 'lurus bendul' membuat laporan polis pada hari yang sama dan mahu melaporkan pada SPRM pada hari isnin (13 Februari 2012) sedangkan kes yang dikaitkan dengan saya sudah pun selesai disasat SPRM. Lihatlah betapa tidak peka dan matangnya pimpinan Pemuda UMNO Malaysia, apatah lagi Pemuda UMNO Negeri Selangor. Membuat sesuatu tanpa menyiasat terlebih dahulu duduk perkara sebenar dan cerita 'golongan munafik' ini yang cuba disensasikan. Apabila kes berkaitan kes 'baja, benih padi, wang zakat yang disalah guna, mahligai besar di Shah Alam' dan National Feedlot Corporation (NFC) yang jelas terdapat unsur jenayah rasuah tiada pula kelihatan pemuda UMNO bergegas ke balai membuat laporan polis apatah lagi laporan pada SPRM. Manakala kes yang sudah selesai disasat pula di buat laporan polis. Inilah 'lawak jenaka' Pemuda UMNO Malaysia.. Mereka tiada visi dan hala tuju sejak berketuakan Ahli Parlimen Rembau yang 'sepatutnya' menjadi Menteri Sungguh amat malang bagi UMNO mempunyai pemuda yang bukan sahaja tidak matang, bahkan juga 'lulus bendul'. Tidak hairanlah Ungku Saleh yang 'cacat fikiran' selaku Ketua Pemuda UMNO Selangor, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid 'badan besar otak kecil' dan "Pegawai Khas Baja kepada Dato' Sri Noh Omar' yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan di ambil supaya semua arahan Ketuanya akan dilaksanakan. Skrip yang dibaca oleh Sohaimi Shahdan juga jelas menunjukkan 'hidungnya semakin besar dicucuk'. Mari kita semak apa kata Pemuda UMNO Selangor; "Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal dalam laporan polisnya berkata, di dalam blog tersebut terdapat pendedahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Selangor oleh dua Adun, yang merujuk kepada Adun Batu Caves Amiruddin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei. Pengamatan saya samada Pemuda UMNO Selangor atau Puteri UMNO Selangor, tahap 'lurus bendul' mereka sama sahaja 'bengkok'nya. Puteri UMNO Selangor yang 'terpaksa dipimpin' kerana amat mentah semasa timbul kes 'derhaka' dahulu juga mengeluarkan kenyataan 'lurus melangkah bendul' semata mata mahu dilahit senada dengan Pemuda. Walhal masa yang ada patut dimanafaatkan 'membakar lemak' supaya lebih berstamina pusing Selangor. Kepada YB saudara Khairi Jamaluddin, saya sarankan agar saudara lebih peka dan faham sesuatu isu sebelum saudara mengulasnya. Semasa saya bertemu saudara di rumah Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) takala saudara menyerahkan passport DSAI satu ketika dahulu, tafsiran saya pada saudara ialah, saudara antara pemimpin masa depan negara ini. Tetapi kini persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, berapa lama agaknya saudara akan mampu bertahan dalam dunia politik UMNO ini jika daya fikir saudara tak berubah? Dalam keadaan saudara di kelilingi oleh 'badut yang lurus bendul' dan tanpa para penasihat yang rapat dengan PM, cita cita saudara akan 'mati meragan' dan tidak kemana. Carilah masa berfikir halatuju politik saudara. Persoalan yang paling ingin saya tanyakan pada saudara, layahkah saudara bercakap soal rasuah ini? Sudahkah saudara renungkan zaman saudara 'di tingkat 4' dahulu? Apa jadi dengan ECM Libra dahulu? UMNO sudah hampir ke zaman penamat, tempoh hayat hanya berbaki dalam bilangan bulan, bukan lagi tahun! Masa akan menunjukan kebenaran akhirnya akan menang. Masa itu Khairi Jamaluddin akan di kenang dalam sebahagian kecil sejarah sebagai anak muda yang rakus dan antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang gagal menjadi menteri. Shuhaimi Haji Shafiei Adun Sri Muda / Ahli Majlis Pimpinan Pusat |
Hubungan Malaysia-Israel : Najib "talam dua muka" Saifuddin kata.. Posted: 14 Feb 2012 05:48 PM PST Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. <--more--> Pulaukan NAM Menurut Saifuddin Nasution lagi, Dr Zahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Pendirian berbeza Menurut beliau ketua umum PKR itu sering membuat pendirian berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan