Anak Sungai Derhaka |
- Scandal NFC: Mahfuz turut menyalahkan Muhyiddin.
- Jamil Khir mohon RM 1Juta, Jamil Khir lulus RM4 Juta ?
- Ahmad Maslan yang bodoh 'bakul sampahkan' Buku Jingga
- Scandal NFC: Muhyidin dalang sebenar dibelakang NFC kata Rafizi
- Gambar yang membuktikan hanya Pencacai UMNO percaya Anwar Agen Israel...
- Scandal NFC: Nazri pula menasihati Shahrizat..
Scandal NFC: Mahfuz turut menyalahkan Muhyiddin. Posted: 13 Feb 2012 07:57 AM PST Selain Rafizi yang mendakwa Muhyidin dalang sebenar dibelakang NFC kerana beliau adalah orang yang meluluskan dana RM250Juta kepada keluarga Sharizat, Mahfuz Omar turut meletakkan kegagalan NFC terhadap Muhyiddin Menurut Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil SPRM memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. "Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan - sepenuhnya di SINI *********************************************** Alih fokus pada peranan k'jaan dalam skandal NFC Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu membekalkan ahli-ahli parlimen dengan minit mesyuarat syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sebelum sesi Parlimen baru bermula bulan depan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang membuat gesaan itu hari ini, berkata pendedahan berkenaan akan membuktikan kegagalan kerajaan dalam skandal tersebut, yang setakat ini hanya memberi tumpuan kepada dakwaan salah guna RM250 juta pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC. "Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap ahli parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut. "Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," katanya. Menurut beliau, pendedahan laporan berkenaan amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui lebih-lebih lagi membabitkan seorang menteri. Malah kata Mahfuz, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi. Katanya, empat jawatankuasa ditubuhkan oleh kerajaan bagi memantau projek NFC itu. "Jika jawatankuasa ini telah melakukan kerja mereka dan (menyelia) bagaimana pinjaman dibelanjakan apabila ia diberikan secara berperingkat-peringkat, mereka sepatutnya menghentikan pinjaman, namun mereka tidak berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur. Antara jawatankuasa itu, kata Mahfuz adalah Jawatankuasa Pemandu Projek Pusat Fidlot Negara yang diketuai oleh menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sekarang ini timbalan perdana menteri. "(Beliau mempengerusikan) jawatankuasa itu untuk memantau projek ... jika projek itu gagal, ia adalah kerana mereka gagal memantaunya," kata Mahfuz. Pada sidang akhbarnya itu, Mahfuz juga mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati keluarga Shahrizat supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan NFC. "Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC. "Sebagai seorang menteri yang menjaga undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," katanya lagi. Menurut Mahfuz, pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian. Malaysiakini |
Jamil Khir mohon RM 1Juta, Jamil Khir lulus RM4 Juta ? Posted: 13 Feb 2012 03:00 AM PST KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP. Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut. "Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut. "Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya. Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program. "Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit. "Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi. Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada. "Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi. "Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi. Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP. Harakahdaily |
Ahmad Maslan yang bodoh 'bakul sampahkan' Buku Jingga Posted: 13 Feb 2012 12:35 AM PST Sememangnya tindakan ini wajar dilakukan oleh pemimpin dari UMNO yang punya tahap intelektual setaraf dengan ternakan Sharizat di NFC. Tak apa.. anggaplah ini sebagai Promosi Buku Jingga oleh Ahmad Maslan.. Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya. Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat. Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini. Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan. Buku Jingga yang memuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda. Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah". Bantu keluarga miskin "Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya. "Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations." Sebaliknya, jelas Ahmad, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan. "Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah... "Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis. Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei akan diserahkan kembali kepada rakyat. "Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi. Malaysiakini |
Scandal NFC: Muhyidin dalang sebenar dibelakang NFC kata Rafizi Posted: 12 Feb 2012 10:52 PM PST Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC). Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. "Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan. "Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu. "Saya rasa orang-orang Umno lebih faham tindakan Muhyiddin tersebut menyerahkan projek mega yang begitu besar kepada keluarga Shahrizat." kata beliau. Sehubungan itu beliau menyelar tindakan SPRM yang masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan. "Saya kira sekiranya SPRM mengambil tindakan terhadap Muhyiddin sekarang akan diberi persepsi oleh rakyat sebagai sudah terlambat. "Saya tidak mahu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak berfakta tetapi SPRM perlu bersikap profesional dan tidak memilih bulu. "Janji BN dan tranformasi Najib akan dianggap sebagai hipokrasi sekiranya masih agensi-agensi kerajaan masih bersikap menjaga kepentingan pemimpin tertenyu." kata beliau ketika di hubungi. "Muhyiddin berkata bahawa BN tidak tergugat dengan serangan pembangkang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan serangan individu. Kenyataan tersebut disebabkan Muhyiddin merasakan diri beliau tidak lagi selamat." "Muhyiddin telah merasakan diri beliau tidak lagi selamat kerana orang Umno sendiri telah tahu agenda disebalik pemberian projek tersebut kepada keluarga Shahrizat." "Lagi pun ini bukan isu individu, isu ini libatkan dana rakyat bernilai RM250 juta. Rakyat nak tahu kemana wang tersebut telah disalurkan dan apakah faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat hasil dari sumbangan wang mereka keluarga menteri tersebut." kata beliau. Menurut beliau, gesaan Pakatan Rakyat supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat isu NFC dianggap jalan terbaik. "Inilah yang Muhyiddin takutkan kerana beliau bimbang dengan trand sokongan rakyat yang semakin menolak BN disebabkan pelbagai amalan rasuah dan salah guna kuasa amat berleluasa berlaku ketika BN memerintah negara." kata Rafizi lagi. UtaraNews |
Gambar yang membuktikan hanya Pencacai UMNO percaya Anwar Agen Israel... Posted: 12 Feb 2012 09:11 PM PST Dengan menyiarkan hanya separuh dari temubual Anwar bersama The Wall Street Journal, media tunggangan UMNO cuba memperbodohkan rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu dan berugama Islam khususnya. Ini apa yang dijelaskan oleh The Wall Street Journal.. In a recent interview with the Wall Street Journal, Mr. Anwar responded to the question of whether he would open diplomatic ties with Israel by stating his "support" for "efforts to protect the security of the state of Israel," while at the same time backing the "legitimate rights of the Palestinians." He stopped short of saying he would establish diplomatic relations between the two states – what he describes as a "tricky" issue – and stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognizing the aspirations of the Palestinians – Sepenuhnya di SINI Dan Anwar juga telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.. Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin." "Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi. – Sepenuhnya di SINI Namun begitu isu ini terus dimainkan oleh media tunggangan UMNO selama sudah hampir dua minggu. Nampaknya hanya pencacai UMNO yang percaya putar belit media tunggangan UMNO itu, tetapi tidak masyarakat luar Malaysia terutama dari negara Arab dan Palestine sendiri.. Berkut adalah beberapa keeping gambar yang membuktikan hanya pencacai UMNO yang terpedayya dengan propaganda media tunggangan UMNO itu baik media cetak mahupun media elektronik… |
Scandal NFC: Nazri pula menasihati Shahrizat.. Posted: 12 Feb 2012 06:40 PM PST KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan. "Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. "Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan