Blog-list Malaysia |
- Azmi usah berdolak-dalik lindungi NFC
- Mahathir Sayang Sangat Dengan Mat Sabu
- BN Pilihan "ORANG MUDA"
- Siapa Dalang Demo "Ahli PAS" Di Pulau Pinang?
- Video Khas Buat Kumpulan Tahi Umno P. Pinang
- Nik Aziz: 'Saya tak mahu dilaga-lagakan'
- Ketakutan Mahathir Jika Anwar Jadi PM Makin Menggila
- SPR Terus Menipu Daftar Pemilih
- Umat Vampire?
- TV3 dicabar beri ruang Anwar jawab isu Israel
- Curtin gantung komen tentang Rosmah di FB
Azmi usah berdolak-dalik lindungi NFC Posted: 18 Feb 2012 12:01 AM PST KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid hendaklah menghentikan segera kenyataan yang boleh menyebabkan beliau dilihat cuba melindungi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp). Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) juga meminta Azmi supaya menghentikan palbagai dolak-dalik yang dilihat cuba mengelakkan minit mesyuarat PAC mengenai NFCorp disiarkan kepada umum. "Saya difahamkan oleh mereka yang menghadiri mesyuarat tersebut, Azmi memperlihatkan sikap yang seimbang dan bertanggungjawab ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut. "Malangnya, sikap beliau kini berpusing 360 darjah dan beliau semakin dilihat cuba mengelakkan minit mesyuarat tersebut didedahkan kepada umum. "Apa yang hendak disembunyikan? Apa yang hendak beliau lindungi?" kata Mahfuz. Mengulas syarat terbaru Azmi, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau bersedia berusaha untuk memastikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang menulis surat kepada Pengerusi PAC itu supaya beliau mendedahkan kepada umum minit mesyuarat berkenaan. "Rakyat berhak tahu adakah pinjaman mudah RM250 juta dari Kementerian Kewangan kepada NFCorp itu dibuat mengikut peraturan kewangan, adakah pinjaman itu mempunyai jaminan peribadi, adakah perjanjian pinjaman itu mempunyai jadual bayaran dan sebagainya," kata Mahfuz. Dalam kenyataan terbarunya, Azmi menambahkan satu lagi syarat sebelum beliau mendedahkan minit mesyuarat PAC berkaitan NFCorp itu. Syarat tambahan tersebut, kata Azmi, ialah ketua ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat mesti menulis surat kepada beliau mempersetujui minit tersebut didedahkan kepada umum. Sebelum ini, Pengerusi PAC itu berkata beliau hanya memerlukan surat dari Ketua Pembangkang sahaja. Tetapi dalam syarat terbarunya itu, Azmi juga memerlukan surat persetujuan dari Presiden PAS dan Penasihat DAP. Isu NFCorp yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abul Jalil semakin menarik apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memberi tekanan kepada Shahrizat. Bekas presiden Umno itu menyarankan Shahrizat supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatannya kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti. "(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan sangat jawatan," kata Dr Mahathir. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kedudukan Shahrizat. "Ia tidak dibincangkan di sini. Ini adalah prerogatif Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) baru-baru ini. Shahrizat pula tidak kelihatan mahu berundur dari jawatannya. Malah, beliau pernah berkata kepada Sin Chew, "Beritahu saya, pemimpin Umno mana yang tidak ada masalah?" |
Mahathir Sayang Sangat Dengan Mat Sabu Posted: 17 Feb 2012 09:34 PM PST |
Posted: 17 Feb 2012 09:03 PM PST |
Siapa Dalang Demo "Ahli PAS" Di Pulau Pinang? Posted: 17 Feb 2012 05:41 PM PST Jika anda perhatikan betul-betul gambar yang pertama, manusia yang berbaju kuning cair mengangkat tangan menadah doa dan memakai cermin mata hitam itu nampaknya sama dengan manusia yang menghantar "kek berbentuk tahi" kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lama dulu. TV3 suku dalam siaran malam semalam kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel. Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat. Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng. http://greenboc.blogspot.com/2012/02/bongkar-siapa-dalang-demo-ahli-pas-di.html |
Video Khas Buat Kumpulan Tahi Umno P. Pinang Posted: 17 Feb 2012 05:30 PM PST GEORGETOWN - Kepimpinan tertinggi Pas digesa mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan keengganan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ). Desakan itu dibuat oleh sekumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ahli Pas peringkat bawahan, yang berkumpul di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, hari ini. Ia diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin. Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua pembangkang di dalam WSJ itu bukan sahaja biadab dan menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia malah ia jelas bertentangan dengan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam. Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam berkata, kebiadapan Anwar harus dipandang serius oleh kepimpinan parti kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam dan tidak boleh bertoleransi lagi. "Cuba bayangkan sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri... sudah pasti dia akan mengiktiraf Israel dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan mereka. Boleh jadi satu hari nanti Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur. "Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengkaji semula kedudukan kita (Pas) dalam PR. Jangan pedulikan rakan sekutu lain kerana ini adalah soal perjuangan Islam yang kita perjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan berkenaan. Mohamed Hafiz berkata, pimpinan Pas tidak lagi perlu bertolak ansur dengan penasihat PKR ini kerana kenyataannya itu sudah menzahirkan sikapnya yang sebenarnya. Menurutnya, udah tiba masanya Pas menarik diri dari PR dan memutuskan hubungan dengan Anwar serta PKR. Kenyataan yang dikeluarkanya itu amat biadab serta menoda kesucian umat Islam. |
Nik Aziz: 'Saya tak mahu dilaga-lagakan' Posted: 17 Feb 2012 05:20 PM PST KOTA BHARU – Terserah kepada kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai isu sokongan terhadap Israel, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Saya akan dengar jawapan daripada dia (Anwar), tapi saya tak akan jawab. Saya serah kepada dia sendiri untuk menjelaskan kerana saya mahu mengelak wartawan melaga-lagakan saya dengan dia. "Soal dia nak pertahan kenyataan dia menyokong Israel itu dia punya pasal, kenyataan saya sebagai mewakili Pas dan dia mewakili PKR," katanya kepada media selepas melancarkan Program Merealisasikan Amar Maaruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Kelantan di sini, semalam. Mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang itu salah faham kenyataan Pas berhubung isu tersebut, katanya, itu tak menjadi masalah. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, segalanya akan terjawab apabila beliau berpeluang bertemu Anwar. "Ahad malam atau pagi Isnin depan saya akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Raja-Raja. Kalau Anwar dapat bertemu saya di sana, terima kasihlah," katanya. Anwar dalam kenyataannya semalam menegaskan tidak berganjak dengan pendiriannya untuk mengiktiraf Israel dengan syarat negara itu berundur dan menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin. Katanya, walaupun beliau akur perbezaan pendirian antara Pas dan PKR berhubung kezaliman Israel terhadap Palestin, PKR sentiasa berkongsi hasrat dengan Pas untuk melihat Palestin merdeka sepenuhnya. Anwar berkata, beliau dituduh sebagai ejen Israel oleh media Umno sedangkan Menteri Luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state-solution) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- sinar |
Ketakutan Mahathir Jika Anwar Jadi PM Makin Menggila Posted: 17 Feb 2012 05:40 AM PST Tulisan terbaru Tun Mahathir yang mengatakan Amerika dan Israel memang mahu melihat berlakunya pertukaran kerajaan di Malaysia sebagaimana yang berlaku di Asia Barat, memang menarik untuk dilihat dalam konteks negara yang sedang "panas" menuju PRU 13, lebih-lebih lagi pilihanraya kali ini juga dianggap oleh banyak pihak sebagai ibu kepada segala pilihanraya. Dalam tulisannya, Mahathir juga tanpa berselindung menyebut bahawa Amerika dan Israel tidak menyenangi kerajaan yang dipimpin Najib sekarang kerana bersikap berkecuali serta menjalin hubungan dengan China dan Rusia. Menurut beliau lagi, calon Amerika dan Israel untuk dijadikan kerajaan boneka mereka ialah Anwar Ibrahim. Meneliti tulisan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini lantas mengingatkan kita bahawa Mahathir juga pernah berbaik-baik dengan Amerika dan Israel, malahan pernah membayar pelobi Zionis, Jack Abramovich sebanyak AS1.2 juta untuk bertemu dengan Presiden Amerika George Bush. Di zaman Najib pula, hubungan Malaysia dengan Amerika serta kaitan dengan Israel lebih dahsyat lagi. Selain melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebagai duta khas bertaraf menteri ke Amerika untuk menjalin hubungan yang lebih akrab dengan Amerika, Najib juga lebih kerap mengunjungi Amerika dan sering menjadikan pertemuan denfan Barack Obama sebagai bahan kempen untuk menaikkan namanya di persada dunia dan di mata rakyat. Lebih dari itu, Najib juga melantik syarikat Amerika yang ada kaitan dengan Israel iaitu APCO sebagai penasihat medianya di peringkat antarabangsa, melaksanakan hubungan dagang yang lebih aktif serta membenarkan beberapa delegasi sukan Israel datang ke Malaysia dan membiarkan kurma Israel dibawa masuk serta dinikmati oleh umat Islam negara ini. Meneliti semua senario itu, maka timbul persoalan, apakah sebenarnya niat Mahathir membangkitkan kaitan antara Anwar dengan Amerika dan Israel sekarang ini? Jawapannya tidak lain ialah kerana Mahathir kini mula mempunyai ketakutan yang menggila andainya BN tumbang dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya Anwar menjadi Perdana Menteri. Sebagai orang yang pernah melatih Anwar sebagai penggantinya tetapi kemudiannya membuangnya dengan pelbagai tuduhan dan dengan harapan Anwar akhirnya akan "reput" dalam penjara, logiknya tentulah beliau tidak mahu Anwar menduduki kerusi yang pernah diempukinya selama 22 tahun itu. Sebelum ini juga beberapa serangan telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar dengan tujuan menghakis sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu. Apa saja yang boleh dilakukan untuk menghalang kemaraan Anwar, pasti akan dilakukannya. Mahathir tidak akan sanggup melihat musuh politik nombor satunya itu berkuasa semula. Permusuhan Mahathir dengan Anwar nampaknya hanya berakhir bila salah seorang dari mereka bersemadi di pusara yang abadi. Dengan pendakian Anwar bersama Pakatan Rakyat makin hampir menuju Putrajaya, Mahathir tentunya tidak lena tidur dan sering diganggu oleh igauan ngeri berkaitan dosa-dosa silamnya. Mahathir dalam hal ini akan terus mendendami Anwar serta berusaha menghalangnya sedaya mungkin daripada menjadi Perdana Menteri. Dendam dan kesumat Mahathir tidak akan padam selagi beliau bernyawa. Meskipun Anwar yang menanggung pelbagai derita dan aib sejak bersengketa dengan Mahathir bermula 1998 hingga kini, Mahathir tidak pernah menyatakan kata maaf kepada Anwar. Berbeza dengan Anwar, dalam ceramahnya beliau sering menyebut sudah memaafkan Mahathir atas perlakuan bekas bossnya itu dan langsung tidak menyimpan apa-apa dendam lagi. Selain tidak pernah mengungkapkan perkataan maaf ataupun apa-apa perkataan yang baik tentang Anwar sejak beliau memecatnya pada 2 Setember 1998, Mahathir juga memperlihatkan permusuhan yang jelas serta berusaha menghalang Anwar daripada bangun semula dalam politik. Sebab itu tidak menghairankan apabila Mahathir juga bermusuh dan mendendami Tun Abdullah Badawi kerana penggantinya sebagai Perdana Menteri itulah yang dianggap telah membebaskan Anwar dari penjara. Dengan prestasi UMNO dan BN yang kian merudum hari demi hari di samping Najib sendiri terus menjadi subjek ketidakyakinan rakyat, Mahathir seperti dapat merasakan bahawa hayat BN sebagai parti yang berkuasa di negara ini sejak sebelum merdeka mungkin sudah di penghujungnya. Maka beliau perlu melakukan sesuatu, bukan sangat untuk mengelakkan BN tumbang tetapi lebih kepada memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas PRU 13 ini, bukan saja ego Mahathir akan tercabar tetapi yang lebih ditakutinya ialah kerana banyak kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan anak-anak, kaum keluarga, kroni dan sebagainya akan terbongkar. Inilah yang paling ditakuti dan digeruni oleh Mahathir. Beliau seperti tidak sanggup melibat bagaimana sejarah ramai pemimpin dunia yang apabila hilang kuasa, segala perbuatan dan salah laku sepanjang berkuasa sama ada melibatkan diri sendiri, anak-anak dan kaum keluarga akan diselongkar semula serta dibawa ke muka pengadilan, turut berlaku kepada dirinya pula. Dengan situasi politik semasa yang memperlihatkan UMNO dan BN dibelenggu pelbagai masalah, sokongan bukan Melayu lebih memihak kepada Pakatan Rakyat sementara orang Melayu terus berpecah kepada pelbagai puak, Mahathir tentulah mengharapkan dengan serangannya terhadap Anwar dan mengaitkannya dengan kerajaan bomeka yang ditaja oleh Amerika dan Israel, sokongan orang-orang Melayu akan kembali bulat kepada BN. Dalam masa yang sama, pelbagai isu perkauman cuba diapi-apikan dengan harapan undi bukan Melayu akan berpecah dan menjadikan mereka akhirnya juga kembali menyokong BN. Meskipun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan sepanjang pemerintahannya, BN sentiasa mendapat kemenangan majoriti dua pertiga, hakikatnya dunia politik Malaysia sudah banyak berubah, bukan saja dari segi pemikiran tetapi juga kecepatan memperolehi maklumat. Orang Melayu yang diharap-harapkan oleh Mahathir menjadi takut untuk menyokong Anwar dan Palatan Rakyat apabila ditimbulkan isu kerajaan boneka, Amerika dan Israel mungkin sudah memperolehi jawapan yang sebenar di sebaik saja semua dakwaan itu dibuat. Selain jawapan dalam bentuk kaitan kepimpinan zamannya sendiri dengan Amerika dan Israel yang boleh diperolehi dengan cepat dan pantas, bahkan pelbagai maklumat tambahan lain boleh diperolehi dengan mudah dan hanya melalui hijung jari saja sekarang ini. Hakikatnya isu yang ditimbulkan Mahathir itu tidak akan menggugat keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa dalam apa keadaan sekali pun, perubahan adalah jalan terbaik untuk masa depan politik negara yang berbilang kaum ini. Bagi rakyat, banyak isu lain yang lebih besar yang perlu mereka ambil kira seperti kepimpinan, rasuah, urus tadbir, ketirisan, pembaziran, penyelewengan, derita rakyat, kepedulian kepada rakyat yang selama ini bermusim, kenaikan harga barang serta banyak lagi untuk menentukan sama ada sesebuah parti perlu dikekal atau ditumbangkan. Dalam masa Mahathir membangkitkan isu Amerika, Israel dan kerajaan boneka, mungkin beliau terlupa perkara itu. Tetapi kita pun tidak boleh menyalahkan Mahathir serayus-peratus kerana beliau mungkin terlupa bahawa eranya berkuasa dan menang pilihanraya dunia maya dan internet baru mula berkembang dan rakyat kebanyakannya masih memperolehi maklumat melalui akhbar dan berita tv tetapi sekarang adalah zaman Unifi, broadband dan smartphone sudah menjadi santapan biasa kebanyakan rakyat. http://shahbudindotcom.blogspot.com |
SPR Terus Menipu Daftar Pemilih Posted: 17 Feb 2012 04:38 AM PST Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk. Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia. Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan. Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu. Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan. Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi. Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku. Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu. -mk |
Posted: 17 Feb 2012 02:31 AM PST "Darah! Kami mahukan darahnya. Bawak dia pulang supaya kita boleh ambil darah si Murtad itu.. Orang Murtad darahnya halal! Kami mahu darahnya!!!"….. Ini bukan satu babak di dalam filem box-office yang menjadi kegilaan jutaan remaja perempuan di seluruh dunia, ia juga bukan juga sebaris skrip yang dialih bahasa dari "The Twillight Saga", akan tetapi ini adalah realiti, satu mimpi buruk bagi remaja Saudi berusia 23 tahun, Hamza Kashgari. Satu mimpi yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Pada 5 Februari 2012, hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W), Hamza telah menerbitkan puisi sepanjang 3 rangkap di laman Twitter beliau. Bait-bait puisinya menerangkan bagaimana Rasulullah menjadi sumber inspirasinya namun beliau menganggap baginda seperti kawannya. Puisinya membawa satu maksud yang mendalam dan bukan bertujuan untuk menghina Rasulullah. Malangnya, ramai di kalangan Muslim telah tersalah tafsir atau sengaja menyalahtafsirkan maksud tersirat puisi Hamza, beliau dituduh menghina Muhamad dan Islam, sekaligus dikatakan telah murtad dan tergelincir akidahnya. Terkejut dengan reaksi masyarakat Saudi, Hamza memadamkan puisinya dan dengan seikhlas hati memohon maaf di laman Twitternya dan telah mengucap shahadah untuk memastikan akidahnya tidak tergelincir akibat puisi tersebut. Namun kemaafan yang dipinta tidak diendahkan. Kerana takut akan keselamatannya, Hamza melarikan diri dari Saudi dan telah datang ke Malaysia dengan harapan agar kita dapat membantunya. Namun hampa, kerana seperti di Saudi, "Vampire" juga wujud di Malaysia, tapi malangnya bukan "Vampire" sekacak dan sebaik seperti Edward Cullen yang menjadi igauan para remaja perempuan, tetapi "Vampire" sejahat dan serakus kumpulan "The Newborn Army" yang sentiasa dahagakan darah. Mereka enggan memaafkannya dan merasakan kematian Hamza adalah wajar dan tepat. Newborn Army Pada 12 Februari 2012, Hamza telah diusir pulang oleh Kerajaan Malaysia, bekas Kerajaan Islam Hadhari. Dituduh pengganas oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia ("The Volturi") Hamza diterbangkan ke Saudi secara rahsia, dan beliau bakal berdepan hukuman bunuh. Walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang deportasi Hamza, Hishammuddin Hussein dengan angkuh menafikan kewujudan perintah itu. Tanpa rasa bersalah, Kerajaan 1Malaysia dibawah pimpinan Najib, telah berbangga dengan keputusan menghantar Hamza ke tali gantung. Di Malaysia ramai orang Islam bertukar menjadi "Vampire" ala "Newborn Army", tatkala terbaca headline akhbar tempatan yang tidak beretika dan "misleading" (seperti biasa,) "Wartawan Arab menghina Nabi". Golongan Muslim Vampire di Malaysia, menjerit mahukan Hamza dihantar pulang dan dibunuh kerana puisinya tanpa mengetahui isi kandungan puisi itu sendiri, apatah lagi untuk mengetahui cerita disebalik perintah penangkapan Hamza. Hanya mereka yang ingin mencari kebenaran mengetahui bahawa penangkapan Hamza adalah sesuatu yang bermotifkan politik dan bukanlah agama. Pergerakkan Hamza dan rakan-rakanya telah lama dipantau oleh kerajaan Saudi. Puisinya dijadikan alasan untuk menangkap dan menghukumnya kerana penglibatannya dalam pergerakkan kebangkitan kaum muda di Saudi. Hanya segelintir sahaja yang tahu bahawa Hamza telah menerbitkan puisi yang membawa maksud yang sama setahun yang lalu, tiada sebarang reaksi negatif diterima dan tiada tindakan yang diambil. Tanpa mengetahui atau mencari kebenaran, masyarat Islam khususnya di Saudi dan di Malaysia telah menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik ke atas Hamza. Marah, benci dan ingin melihat Hamza disiksa sehingga mati, inginkan darahnya. Hamza dilabel sebagai penjenayah. Sedih sekali! Penganut dan pengamal agama yang cintakan keamanan menjadi golongan yang paling ganas. Islam bermaksud "peace or purity" tetapi umat Islam jauh dari sifat tersebut. Mereka seolah-olah lupa wujudnya prinsip-prinsip sistem keadilan islam dalam menghukum seseorang manusia. Masyarakat Islam telah lupa ajaran Islam sebenarnya. Agama Islam dijadikan agama hukuman, segala kesalahan akan dihukumi dengan seberat-berat hukuman, tiada ruang untuk kemaafan. Islam dijadikan alat untuk menindas kaum yang lemah oleh mereka yang berkepentingan. Pemimpin-pemimpin agama obses mencari kesalahan dan dosa orang lain. Agama Islam dicemari umat Islam sendiri yang terlalu taksub dengan agama dan dosa dan diatas alasan ingin menjaga kesucian agama penindasan berleluasa. Kita lupa bahawa Allah bersifat penyayang dan pemaaf. Jika benarlah Hamza telah menghina Nabi adakah mustahil dan salah untuk kita memaafkannya? Nabi telah memaafkan perbuatan penduduk Kota Taif yang bukan sahaja menghina Baginda malahan telah melemparinya dengan najis. Setiap manusia selagi belum berpisah roh dan jasadnya Tuhan pasti akan menerima taubatnya. Jadi siapa kita untuk tidak mengendahkan taubat Hamza? Boleh jadi para Sheikh di Saudi merasakan mereka lebih hebat dari Tuhan? Di dalam Surah An-Nur ayat 21, Yang Maha Pengampun dan Penyantun mengingatkan kita: "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?". Terniang-niang sebaris lirik dari lagu "Maafkan Kami" dari filem Pendekar Bujang Lapok yang berbunyi, "Sedangkan Nabi ampunkan Umat!". Jadi adakah masyarakat Islam masih mahukan darah Hamza? Ya atau tidak jawapannya, ia tidak membawa apa-apa perbezaan sekarang kerana Hamza sudah pun dihantar pulang untuk berdepan hukuman bunuh. Makanya vampire "the newborn Army" di Malaysia boleh bersorak riang, darah Hamza boleh dinikmati. Umat akhir zaman adalah umat Vampire! Farhana Abdul Halim, Lawyers For Liberty http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=23295:umat-vampire?&Itemid=2 |
TV3 dicabar beri ruang Anwar jawab isu Israel Posted: 17 Feb 2012 02:21 AM PST Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil dan berat sebelah" mengenai isu Israel. Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain - cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya. "AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut. Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar. http://razali01.blogspot.com/2012/02/tv3-dicabar-beri-ruang-anwar-jawab-isu.html |
Curtin gantung komen tentang Rosmah di FB Posted: 17 Feb 2012 01:43 AM PST Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya. "Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook. Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini. Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dinding Facebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan. http://malaysiakini.com/news/189490 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan