Kelab Greenboc |
- Selepas Meroyan, Hassan Ali Semakin Meraban, Tuduh Kerajaan Kelantan Ada Parasit
- Perlantikan TNC Universiti Pertahanan Dipertikai
- Gadis Menyorok Belakang Almari Kanvas Elak Ditahan
- [Bongkar] Siapa Dalang Demo "Ahli PAS" Di Pulau Pinang?
- [Bergambar] Lagi Gambar-gambar Aneh, Pelik & Lucu Untuk Hilangkan Tekanan
- Semakin Digilap Imej Rosmah Semakin Besar Liabilitinya Kepada Najib Dan UMNO BN
- SPR Teruskan Penipuan: Terbitkan Daftar Pemilih Tambahan Yang Pelik & Meragukan
- Selain Kuantan, Himpunan Hijau 2.0 Akan Diadakan Di Bukit Merah Perak.
Selepas Meroyan, Hassan Ali Semakin Meraban, Tuduh Kerajaan Kelantan Ada Parasit Posted: 18 Feb 2012 12:53 AM PST Hasan Ali: Kerajaan Kelantan pun ada parasit KUALA LUMPUR - Datuk Dr Hasan Ali mengulangi dakwaannya bahawa golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti Islam itu. Sehubungan itu, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Abdul Aziz juga merupakan Mursyidul Am Pas. "Takkanlah (Presiden Pas Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri. "Takkanlah pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan terdapat banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris. China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih," katanya semasa ditemu ramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam ini. Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam Pas yang katanya kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan "Jati" (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli Pas dan Umno jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga. Hasan berkata, Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang. "Jati boleh bekerjasama dengan Umno mahu pun Pas jika perkara Islam, Melayu dan Raja menjadi keutamaan," katanya. Hasan berkata, Pas harus dikembalikan ke tangan ulama. "Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. "Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000km. Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini. Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecilpun susah hendak dilaksanakan. Dalam temu ramah kali ini, Hasan yang dipecat Pas awal bulan lalu berkata, terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia. Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor. "Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan 'girlfriend'," katanya. Hasan berkata, bahawa dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara-perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat. Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: "Saya tidak boleh letakkan 'percentage' pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal-hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan". Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja. "Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya. -SH Ulasan GB Hassan Ali terlupa ketika satu jarinya menunjuk orang lain, empat jarinya yang lain menunjukkan dirinya sendiri sebagai parasit. Ketidak-jujurannya bersama PAS semakin terserlah. "Hukuman" yang diterimanya lansung tidak menyedarkan dirinya, malah menjadikan beliau semakin hanyut dan semakin sesat sekaligus mengesah dan membuktikan keputusan pimpinan PAS memecatnya adalah satu tindakan yang amat tepat. Syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada Shaari Sungip yang telah menyebabkan timbul hal berkenaan Hassan Ali ini sekalipun Shaari Sungip terpaksa menerima hukuman "diberi amaran". Jika diminta pendapat GB mengenainya, GB akan berkata: Shaari a.k.a Abu Urwah sepatutnya diberikan penghargaan bukan amaran kerana jasanya membersihkan PAS dari mereka yang munafik itu. Namun semuanya sudah berlalu, ada hikmahnya di sebalik segala kejadian itu. Kini apabila Husam Musa mendedahkan rancangan sebenar Hassan Ali selepas PRU2008 yang lalu, Hassan Ali bingkas cuba menuduh Naib Presiden PAS yang juga exco kerajaan negeri kelantan itu sebagai parasit. Semakin jelas beliau kini seperti "gila talak" apabila terus merapu dan meraban setelah dipecat dari PAS. klik untuk baca |
Perlantikan TNC Universiti Pertahanan Dipertikai Posted: 17 Feb 2012 10:38 PM PST PAS persoal Rugayah dilantik TNC UPNM KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS mempersoal tindakan melantik Prof Dr. Rugayah Mohamed (gambar)sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang baru. Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, PAS terkejut dan kesal dengan perlantikan tersebut kerana Prof Rugayah merupakan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi), Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada awal Februari 2012 yang lalu. Malah katanya, sumber yang diperolehi mendapati bahawa Prof Rugayah telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah termasuk dua orang Timbalan Nasib Canselor dan dekan-dekan fakulti. Kes tersebut dijangka akan dibicarakan selama lima hari mulai 29 Mac hingga 3 April depan dengan seramai 13 orang staf disapina termasuk Mantan Naib Canselor UTHM Datuk Prof Ismail Bakar. "Persoalan yang timbul bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai TNC di salah sebuah IPTA lain dan telah mengaibkan institusi terdahulu berkenaan dengan tindakan saman mahkamah telah dilantik pula ke sebuah institusi lain. "Dalam keadaan pula kes tersebut akan dibicarakan dan belum dapat ditentukan saman tersebut fitnah atau sebaliknya diangkat pula sebagai TNC sebuah IPTA lain sedang IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan Professor yang lebih layak dan mempunyai integriti yang tinggi," katanya. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan turut mempersoal perlantikan itu. Beliau mahu penjelasan, adakah perlantikan Prof Rugayah itu dibuat melalui Jawatankuasa Pemilih khas yang ditubuhkan untuk melantik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor. "YB Menteri Pengajian Tinggi juga pernah berjanji bahawa setiap lantikan Naib-naib Canselor dan TNC perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih (search committee) yang ketat. "Maka tidak adakah calon-calon yang bersih dan mempunyai kredebiliti yang lebih tinggi layak untuk memikul tanggungjawab tersebut," soalnya. -HD |
Gadis Menyorok Belakang Almari Kanvas Elak Ditahan Posted: 17 Feb 2012 08:55 PM PST Ampang - Taktik seorang gadis menyorok di belakang almari kanvas bagi mengelak ditahan, gagal apabila dia berjaya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi kelmarin. Pasangan itu antara tujuh orang termasuk seorang perempuan yang ditahan di sebuah rumah di Taman Mawar dalam serbuan Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat yang berlaku di rumah itu. "Kami mendapati tiga lelaki hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan, manakala dua perempuan itu pula berpakaian lengkap, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, gadis yang menyorok di belakang almari itu memberi alasan baru datang dan menumpang tidur di rumah kekasihnya itu kerana bapa saudaranya tiada di rumah. "Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam operasi yang berasingan, seorang ibu kecewa apabila mengetahui anaknya yang berusia 18 tahun itu minum minuman keras. Ahmad Nawi berkata, remaja itu ditahan bersama empat rakannya termasuk dua perempuan dalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Bukit Langat. "Kami mendapati tiga lelaki itu dalam keadaan mabuk, mereka di antara 13 orang yang ditahan di Bukit Langat kerana disyaki berkelakuan kurang sopan yang boleh menimbulkan syak di tempat awam," katanya. Beliau berkata, ibu bapa remaja berkenaan yang dipanggil ke Masjid Al-Azim terkejut apabila mengetahui anak masing-masing dalam keadaan mabuk. "Ibu remaja terbabit tidak mengetahui anaknya itu keluar bersama rakannya setelah dimaklumkan pergi bekerja di pasar malam," katanya. Menurutnya, operasi tersebut dijalankan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit bersalah, boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. "Kesemua yang ditahan itu perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Mac ini," katanya. -SH |
[Bongkar] Siapa Dalang Demo "Ahli PAS" Di Pulau Pinang? Posted: 17 Feb 2012 06:56 PM PST PAS Permatang Pauh" Sound Anwar Ibrahim: TV3 Sah Menipu Lagi! Jika anda perhatikan betul-betul gambar yang pertama, manusia yang berbaju kuning cair mengangkat tangan menadah doa dan memakai cermin mata hitam itu nampaknya sama dengan manusia yang menghantar "kek berbentuk tahi" kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lama dulu. TV3 suku dalam siaran malam semalam kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel. Berita penuh disertakan di bawah. Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat. Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya). Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan. Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam. JALAN PULANG empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia". Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan 'tahi manusia' yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri. Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu. Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini. Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah 'tahi manusia', hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam 'pulau tahi". "Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula. Berita dari KLPos.com Iktiraf Israel - Sekumpulan Ahli PAS Pulau Pinang Berdemo Bantah Anwar. Satu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam,Keramat. Perhimpunan anjuran Sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) itu telah dihadiri kira kira 25 orang. Mereka berhimpun untuk menyuarakan dan membangkang secara berhemah tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengiktiraf dan menyokong Israel.Sebagai umat islam,ini sama sekali tidak boleh diterima. Menurut mereka yang berhimpun, Anwar Ibrahim seolah olah telah membuka pekung di dadanya sendiri dengan mencemarkan nama baik agama islam di mata dunia.Sewaktu perhimpunan ini berlangsung, mereka juga turut mengulas sekiranya BN kalah pada PRU-13 ini, Pihak Israel akan turut menjajah Malaysia. Nota: Lihat, berita dimuatkan tanpa siapa yang menjadi ketua atau yang membuat kenyataan, bukti TV3 dan media pengecut tak mahu mendedahkan siapa dalang di sebalik himpunan ini!! -jalanpulang |
[Bergambar] Lagi Gambar-gambar Aneh, Pelik & Lucu Untuk Hilangkan Tekanan Posted: 17 Feb 2012 04:15 PM PST Dipaparkan lagi gambar-gambar untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur. Saksikan: klik untuk baca |
Semakin Digilap Imej Rosmah Semakin Besar Liabilitinya Kepada Najib Dan UMNO BN Posted: 17 Feb 2012 07:30 AM PST Curtin gantung komen tentang Rosmah di FB Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya. "Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook. Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini. Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dinding Facebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan. -mk Iktiraf 'Imelda Rosmah', Universiti Curtin dikritik klik untuk baca |
SPR Teruskan Penipuan: Terbitkan Daftar Pemilih Tambahan Yang Pelik & Meragukan Posted: 17 Feb 2012 05:05 AM PST Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk. Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia. Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan. Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu. Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan. Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi. Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku. Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu. -mk Ulasan GB Bermacam-macam cara dilakukan SPR untuk berpihak kepada UMNO BN. Tetapi semuanya itu akan menjadi sia-sia. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR akan tetap menerima hukuman di atas segala kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan. |
Selain Kuantan, Himpunan Hijau 2.0 Akan Diadakan Di Bukit Merah Perak. Posted: 17 Feb 2012 02:46 AM PST Mangsa radiasi Perak sokong himpunan anti-Lynas Satu NGO anti pencemaran radiasi Perak akan mengadakan perhimpunan di tapak penapisan nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di negeri itu sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0. Perak Anti Radioactive Committee akan mengadakan perhimpunan itu pada 26 Februari di Bukit Merah, Perak, serentak dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Gebeng, Kuantan. Pengerusi NGO itu, Hew Yun Tat memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu akan dijalankan di Perak kerana pengikutnya sukar untuk menyertai perhimpunan anti-Lynas di Gebeng itu. Tapak ARE – yang kini ditutup sejak dua dekad lalu – menjadi tumpuan kepada salah satu operasi pembersihan radioaktif terbesar di Asia Tenggara. Penduduk di kawasan itu mendawak masih mengalami kesan radiasi daripada tapak tersebut, termasuk leukaemia dan kecacatan bayi ketika kelahiran. ARE yang ditubuhkan untuk mendapatkan nadir bumi daripada amang bijih timah, sering ditimbulkan dalam kempen anti-Lynas peringatan kepada kesan yang boleh timbul daripada perusahaan nadir bumi. -mkk Lynas: Injuksi mahkamah jika lesen tidak dibatalkan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan