MIMPI SENJA |
- Berbogel depan penguatkuasa
- ARTIS : Lagi artis bertudung ... Alhamdulillah
- PANAS PAGI : Kelaku budak2 sekolah sekarang ... kalau BN terus perintah akan banyak lagi kita boleh tengok kelaku yang sama atau lebih lagi
- [Video] PANAS TERKINI : Orang ramai tidak dihiraukan lagi kerna terlalu asyik
- Wei mai tengok iklan bantai ka kain selimut ka....Zambry Kadiaq belakon .... hahahaha
- Tee Kiat MB Selangor - Palsu belaka.
Posted: 17 Feb 2012 09:28 PM PST BATU PAHAT – Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun. Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat. Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu. Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu. "Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu. "Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan. "Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat', serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi. "Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya. Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit. "Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu. "Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling," katanya. - sinar |
ARTIS : Lagi artis bertudung ... Alhamdulillah Posted: 17 Feb 2012 07:22 PM PST MH perhatikan semakin ramai artis dan selebriti wanita yang telah berhijrah untuk bertudung atau berhijab. Sebelum ini beberapa artis wanita telah berjaya melakukan perubahan dalam hidup mereka seperti Irma Hasmie, Diana Amir, Siti Nordiana, Akma dan lain-lain. Kini, seorang lagi selebriti tanah air turut melakukan penghijrahan. Melalui akaun Twitternya, penyanyi Farah Asyikin telah berkongsi gambar-gambar terbarunya yang telah bertudung. Nyata imej baru ini mendapat sokongan daripada peminat yang banyak memberi ucapan tahniah. MH doakan semoga imej terbaru ini kekal sehingga ke akhir hayat. Sumber : Media Hiburan |
Posted: 17 Feb 2012 06:00 PM PST |
[Video] PANAS TERKINI : Orang ramai tidak dihiraukan lagi kerna terlalu asyik Posted: 17 Feb 2012 05:11 AM PST |
Wei mai tengok iklan bantai ka kain selimut ka....Zambry Kadiaq belakon .... hahahaha Posted: 17 Feb 2012 12:39 AM PST Hahahahahahahahaha .... gelak guling-guling aku di buatnya. Mana punya agency iklan la yang proposed puak-puak umno ngok ni buat billboard yang macam ni .... hahahahahahahaha ... ambik hati rakyat la konon SUMBER |
Tee Kiat MB Selangor - Palsu belaka. Posted: 16 Feb 2012 11:55 PM PST Seksyen 51 dalam konstitusi Selangor ... tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Menteri Besar kecuali dia adalah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam. Saya begitu hairan apabila membaca artikel Malaysia Chronicle (MC) yang bertajuk "Tee Keat akan menjadi 'Menteri Besar' Cina Selangor yang pertama?" Pada ketika itu, laporan itu telah menarik 275 komen daripada pembaca MC, testimoni kepada hangatnya isu pelantikan itu akan menjadi kenyataan. Pada masa yang sama, saya juga belum menemui mana-mana laporan berita maklum balas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, atau Pandan MP Datuk Seri Ong Tee Keat. Saya juga nampak akan tahap kematangan majoriti pembaca MC dalam memberi maklumbalas terhadap berita pelantikan yang belum berlaku itu. Alih perhatian Kenapa ia sukar dipercayai? Seksyen 51 dalam konstitusi Selangor adalah sebabnya: …tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Menteri Besar kecuali dia adalah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam. Jadi tidak hairanlah jika Najib dan Ong tidak memberi maklumbalas dari media arus perdana. Ia amatlah sukar untuk dipercayai dan terlalu bodoh untuk di beri maklum balas. Ia nyata spekulasi untuk mengalihkan perhatian supaya Tee Keat keluar dari Pandan dimana dia telah berkhidmat sebagai MP dari Januari 1989 dan selama 23 tahun. Kerja musuh Tee Keat- MCA pasti Spekulasi berlegar pada kedua-dua belah pihak politik bahawa Tee Keat, bekas presiden MCA, akan menjadi Menteri Besar Cina yang pertama atau Ketua Menteri Selangor, jika pakatan Umno-BN berjaya mengambil kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Ia adalah jelas bahawa spekulasi itu hasil kerja orang yang tidak mahu Tee Keat untuk mempertahankan Pandan tetapi mencuba nasib untuk pencalonan Dewan Undangan Negeri (DUN). Siapakah mereka? MCA sudah pasti atau mungkinkah UMNO atau kedua-duanya? Tapi satu perkara yang hampir pasti. Selepas 23 tahun dalam politik, Tee Keat tidak sebodoh itu untuk diumpan apabila Seksyen 51 Perlembagaan Selangor begitu jelas tentang pelantikan seorang menteri besar. Semakin jelas, Tee Keat berada dalam perti perikatan yang salah. Jackson Ng adalah bekas wartawan |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan