Blog-list Malaysia |
- Ahmad Maslan Yang Tak Habis-Habis Dengan Bodoh Dan Bahalolnya..
- Karpal Singh Keparat..
- Nazri Aziz Lebih Cerdik Dari Ahmad Maslan
- Ahmad Said Gedebe Bertegas Bahawa Pas Adalah Parti Ajaran Sesat
- Valentine Day - Agama Lain Nak Sambut Lantak Pi Laa..
- Shahrizat Makin Tersepit - Najib Keluarkan Kata Dua..
- Rentetan Serangan 'Beruk Liar' Di Kelang
Ahmad Maslan Yang Tak Habis-Habis Dengan Bodoh Dan Bahalolnya.. Posted: 12 Feb 2012 11:15 PM PST Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya. Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat. Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini. Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas itu. |
Posted: 12 Feb 2012 10:56 PM PST Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih. Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain. "Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama. "Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam. Gua setuju sangat dengan Nik Abduh ni. Si singa tua ni jangan lebih2 beb, orang bagi muka jangan sampai nak pijak kepala, Si tua ni dari dulu tak habis2 nak menyusahkan orang dengan kenyataan hilang akal dia ni. Kalau lu tak suka lu boleh berambus lu boleh joint Hasan akidah, ibrahim katak, atau sikambing kulim. G mampus sama lu punya hak asasi. gua tak boleh bla dengan kenyataan si bangang ni; http://johorborn.blogspot.com/2012/02/karpal-apahal-lu.html |
Nazri Aziz Lebih Cerdik Dari Ahmad Maslan Posted: 12 Feb 2012 10:33 PM PST Nazri Nasihat Sharizat Bayar Wang Pinjaman RM250 Juta KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan. "Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. "Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. |
Ahmad Said Gedebe Bertegas Bahawa Pas Adalah Parti Ajaran Sesat Posted: 12 Feb 2012 04:58 PM PST Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa PAS sebagai 'parti ajaran sesat'. Malah, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ahmad dikatakan bersedia disaman oleh PAS berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. "Ikut pandai dia lah (terserah pada PAS), saya tunggu (bila PAS akan saman). Saya tak akan tarik balik. "Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah," kata menteri besar itu dipetik oleh akhbar milik Umno itu. Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata Ahmad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat" ataupun berdepan dengan tindakan mahkamah. Katanya, tuduhan oleh menteri besar itu adalah sesuatu yang sangat berat. Mengulas isu itu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dipetik berkata, beliau tidak akan tunduk dengan desakan PAS itu kerana penyelewengan dan kesesatan yang dibawa parti itu terhadap umat Islam bukanlah perkara baru. "Tapi dia kata kita (BN dan Umno) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa," katanya dipetik Utusan. Menteri besar itu juga dilaporkan berkata 'Amanat Haji Hadi' dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah, adalah bukti yang jelas dan nyata berhubung dakwaannya itu. "Selagi Tok Guru mereka (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah PAS berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub," katanya lagi. |
Valentine Day - Agama Lain Nak Sambut Lantak Pi Laa.. Posted: 12 Feb 2012 04:31 PM PST PAS tegas tentang umat Islam sambut hari Valentine PAS tetap dengan pendirian menentang umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau dipetik Bernama sebagai berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja. "Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama. "Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Klang petang semalam. Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini. Cegah kemungkaran DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal. Sementara itu, timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz (kanan) di laman sosial Facebooknya menyelar Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian parti Islam itu yang menentang sambutan Hari Kekasih. Katanya, keputusan itu bukan hanya pendirian PAS, tetapi juga adalah pendirian semua umat Islam. Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain. "Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah. "Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam," katanya. 7 Februari lalu Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk menyiarkan iklan anti sambutan bagi mencegah umat Islam menyambutnya. |
Shahrizat Makin Tersepit - Najib Keluarkan Kata Dua.. Posted: 12 Feb 2012 05:46 AM PST Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno. Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan "jangan paksa saya pecat kamu" untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau. "Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun," ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle. Pendedah maklumat yang dirahisakan Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib. "PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau," ujar orang dalam Umno. Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia. Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu. Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri. Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008. Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC? Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri. Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC "daripada Adam". Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut. Ada yang berbohong Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati. Beliau bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu. "Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah," ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas. Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah." Malaysia Chronicle |
Rentetan Serangan 'Beruk Liar' Di Kelang Posted: 12 Feb 2012 04:03 AM PST RINGKASAN SERANGAN UMNO/BN KE ATAS INSIDEN KG IDAMAN. - Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh samseng UMNO/BN sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa. - Makluman daripada penduduk tempatan; samseng UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY". - Samseng UMNO/BN menghalau orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah. Mereka memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengugut orang ramai di semua jalan masuk menuju ke dewan. - Kerusi bukan setakat diterbalikkan, malah dipatahkan dan dihancurkan. - Mereka hanya mahukan Adam Adli. - Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan samseng UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program. Kereta yang dinaiki oleh Tuan Speaker dihalau keluar daripada kawasan padang oleh samseng UMNO/BN. - Dalam masa yang sama, kereta yang dinaiki Farel Dedek Samm dan rakannya sedang ditahan di kawasan berhampiran dewan oleh samseng UMNO/BN sebelum mereka berjaya melepaskan diri. - Khalid Mohd Ismath, Xsan Ekhsan dan beberapa orang tempatan telah ke Balai Polis Pandamaran untuk membuat laporan polis terhadap gangguan melampau yang sangat tidak bertamadun oleh samseng UMNO/BN. - Samseng UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Polis Pandamaran. Polis hanya buat buat bodoh. - Adam Adli dihina dan dikeji ketika sampai di Balai Polis Pandamaran oleh samseng UMNO/BN dengan gelaran "budak jambu", "gayboy" dan sebagainya. - Kereta yang dinaiki oleh Adam Adli dan Tuan Speaker diludah, dibaling batu dan ditendang ketika mahu beredar ke IPD Klang oleh samseng samseng UMNO/BN. Berlaku percubaan untuk "mengangkut" Adam Adli but gagal kerana pemandu kereta memecut kereta. - Kegagalan mendapatkan Adam Adli membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Khalid, Ehsan dan sahabat yang lain diserang dahsyat sehingga memaksa pihak polis mengiringi mereka ke IPD Klang. Kekuatan polis pengiring yang digunakan adalah 2 buah kereta peronda dan 3 buah motorsikal polis trafik. Dah macam menteri dah jadinya. - Samseng UMNO/BN mengejar konvoi tersebut sehingga ke hadapan IPD Klang dan mereka terus berkampung di sana sehingga sahabat sahabat selesai urusan di IPD Klang sekitar jam 2.30 pagi. - Samseng UMNO/BN menunjukkan banyak isyarat lucah ke arah kereta yang dinaiki oleh Adam Adli sehingga memaksa pemandu memilih untuk keluar daripada laluan asal apabila arahan "Dr, selamatkan Adam Adli dan mahasiswa yang lain. Abaikan politician yang masih mahu bermegah megah dan mahu menjadi hero dan deal direct dengan orang tempatan yang mempunyai hubungan kukuh dengan grassroot". - Gambar tak dapat nak ambil sebab setiap yang berkamera jika bukan orang mereka, pasti akan diugut dan nyaris dibelasah. - Terima kasih kepada orang tempatan yang banyak membantu. Pandangan Tuan Speaker : - - Perancangan perlu teliti dan nawaitu perlu betul. Tujuan kita adalah untuk menyampaikan maklumat dan bukannya menjuarai isu. Provokasi adakalanya perlu tetapi jangan sampai orang menyampah. Belajarlah untuk mendengar supaya ego yang bersarang di dalam kita dapat dikalahkan. - Bukan soal berani atau takut tetapi soal bijak atau tidak. Strategi adalah perlu supaya budaya sembrono dapat diatasi. Bersemangat tinggi bukan bererti perlu marah marah atau keras kepala. Rasionallah dalam bertindak supaya kita tidak dilihat sebagai budak nakal. - Prinsip kita lain walaupun tujuan kita adalah sama. Jangan korbankan rakan rakan untuk "keagungan prinsip" yang kita imani. Moral of the incident : Belajarlah untuk mendengar. TUAN SPEAKER (Dr Ahmad) SAMM Wilayah Klik di sini untuk melihat provokasi sebelum program bermula http://edyesdotcom.blogspot.com/2012/02/rentetan-peristiwa-serangan-samseng-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan