MIMPI SENJA |
- Polis siasat Pengetua sekolah cari pelacur di internet
- [Video] ; Ceramah DSAI di Melaka 12/2/2012
- Bayar balik RM250 juta : Nazri kepada Sharizat
- PAS Tetap Dengan Pendirian Bantah Sambutan Hari Kekasih
- Ha ni Persatuan Ulama Malaysia dah bagitau .... Tidak boleh sertai upacara bertentangan aqidah ...
- Betapa besarnya malu Najib ....
- Karpal, tolong hormati agama lain - Nik Abduh
- Saya akan berundur jika tewas - Zaid Ibrahim
- TERKINI : Kes Kashgari : 'Court Order' - Hentikan menghantar Kashgari pulang ke Arab Saudi
Polis siasat Pengetua sekolah cari pelacur di internet Posted: 12 Feb 2012 11:26 PM PST SINGAPURA- Seorang pengetua di sebuah sekolah ternama di republik ini bersama beberapa penjawat awam kanan disiasat kerana melanggan pelacur daripada sindiket maksiat di Internet, menurut laporan media tempatan. Penjawat awam itu disyaki apabila Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis (PID) melakukan beberapa serbuan terhadap sindiket maksiat akhir Disember lalu, lapor akhbar Shin Min. Senarai nama pelanggan sindiket yang didedahkan antara bukti yang dirampas dalam serbuan bersar-besaran itu. The Straits Times melaporkan kira-kira 80 orang, termasuk penjawat awam membantu polis dalam siasatan terhadap operasi maksiat di Internet. Menurut laporan Shin Min, penjawat awam berpangkat tinggi itu, termasuk pengetua terbabit sudah meletakkan jawatan. Penjawat awam itu bertugas di pelbagai jabatan kerajaan - kebanyakannya daripada jabatan pendidikan dan kakitangan berpakaian seragam. Menurut laporan itu, pengetua terbabit tinggal di kondominium mewah di timur negara itu bersama keluarganya. Setiap unit kediaman di kawasan itu mencecah harga pasaran sekurang-kurangnya SGD$1 juta (RM2.5 juta) dan semua penduduknya memandu kereta mewah. Lelaki berusia 39 tahun itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. - Asiaone |
[Video] ; Ceramah DSAI di Melaka 12/2/2012 Posted: 12 Feb 2012 08:58 PM PST |
Bayar balik RM250 juta : Nazri kepada Sharizat Posted: 12 Feb 2012 06:43 PM PST KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan. "Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. "Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam - Sinar Harian |
PAS Tetap Dengan Pendirian Bantah Sambutan Hari Kekasih Posted: 12 Feb 2012 06:13 PM PST KLANG: PAS tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahad. Beliau berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja. "Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama. "Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini petang ini. Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini. DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal. - BERNAMA |
Ha ni Persatuan Ulama Malaysia dah bagitau .... Tidak boleh sertai upacara bertentangan aqidah ... Posted: 12 Feb 2012 03:48 PM PST by Harakahdaily KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam. "Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam. Aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam," kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan. Katanya, PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005. Beliuau berkata, salinan garis panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my. Dalam garis panduan tersebut, ujarnya antara keputusan yang diputuskan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. "Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam," ujarnya. Sehubungan itu, jelasnya berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah amat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut kerana boleh menjejaskan aqidah Islam. "PUM juga amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini," katanya lagi. Dalam pada masa yang sama, katanya seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut. Tambahnya, para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah amat diharapkan supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam. "Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam," ujarnya lagi. Justeru, ujarnya semua pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat awam adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama Islam khususnya melibatkan aqidah serta syariat Islam. Beliau menambah, para pemimpin dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat dan pandangan para ulama' dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang diletakkan dalam prinsip maqasid syariah. Katanya, PUM berpandangan isu itu adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama orang bukan Islam. Sehubungan itu, ujarnya PUM ingin mencadangkan kepada Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada para pemimpin dan masyarakat Islam tentang keputusan dasar itu. "Oleh yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini," katanya. |
Betapa besarnya malu Najib .... Posted: 12 Feb 2012 04:34 AM PST Permohonan maaf BBC memalukan Malaysia KUALA LUMPUR, 12 Feb: Nama negara tercalar teruk dengan permohonan maaf terbuka British Broadcasting Corporation (BBC) atas kesalahan menyiarkan program berbayar yang berat sebelah termasuk lapan yang melibatkan Malaysia. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman BBC semalam, media antarabangsa tersebut mengakui terhadap sebilangan "kecil" program yang disiarkan dalam BBC World News antara Februari 2009 hingga Julai 2011 telah melanggar protokol dalaman yang diwujudkan untuk menjaga integriti editorialnya. "Sebilangan kecil program-program disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011 melanggar peraturan-peraturan BBC bertujuan untuk melindungi integriti editorial kita. "Peraturan-peraturan ini memastikan yang program-program bebas , dan dilihat untuk menjadi bebas, dari komersial atau tekanan-tekanan luar lain," kata kenyataan tersebut. Dalam kenyataannya, BBC secara jelas menyatakan terhadap 8 program yang dikesan mempunyai pertalian kewangan dengan kerajaan Malaysia. "Ini bermaksud terdapatnya potensi satu konflik kepentingan , walaupun BBC tidak sedar tentangnya apabila program-program itu disiarkan," tambah kenyataan itu. Semalam juga, akhbar The Independent melaporkan bahawa permohonan maaf BBC akan disiarkan ke seluruh dunia secara berperingkat pada empat waktu berlainan, dari Kuala Lumpur ke Khartoum supaya sampai ke semua penonton di zon berbeza. Namun begitu, dalam kenyataan BBC tidak disebutkan nama firma yang menerbitkan lapan dokumentari tersebut iaitu FBC Media Ltd, yang diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibayar kerajaan Malaysia sebanyak Euro 19.6 juta (RM80 juta) antara 2007 dan 2010 untuk menaikkan imej pentadbiran beliau di seluruh dunia. Dokumentari-dokumentari tersebut memberikan bayangan baik kepada industri kepala sawit dan layanan terhadap orang Asli di Malaysia. Menurut laporan The Malaysian Insider, BBC juga digunakan FBC ntuk membuat sebuah dokumentari mengenai pemberontakan di Mesir tanpa mengetahui firma dibayar melakukan kerja PR untuk rejim bekas diktator Hosni Mubarak. "Jawatankuasa editorial BBC Trust telah mengenalpasti beberapa kepincangan di dalam panduan editorial akibat daripada program-program bermasalah ini. Ia bersetuju dengan tahan kepincangan yang serius, satu permohonan terbuka dan siaran terus kepada penonton adalah wajar," tambah kenyataan itu lagi. Harakah Daily |
Karpal, tolong hormati agama lain - Nik Abduh Posted: 12 Feb 2012 02:06 AM PST KOTA BAHARU - Dewan Pemuda Pas menasihatkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh supaya belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya. Timbalan Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam nada sinis berkata, pemimpin tertinggi DAP itu sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah. "Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah," katanya di sini, hari ini. Nik Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini. Pada 7 Februari lalu, Nik Abduh dilaporkan berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan Hari Kekasih untuk mencegah umat Islam menyambutnya. Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ketika Pas rancak mempromosikan hak-hak bukan Islam supaya ia lebih adil, Karpal pula seolah-olah mengambil kesempatan menyekat hak asasi umat Islam yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak. Menurutnya, keputusan menentang Hari Kekasih bukan hanya pendirian Pas semata-mata, sebaliknya pendirian semua umat Islam. Katanya, semua pihak perlu terlibat dalam mendidik dan menyeru umat Islam ke arah kebaikan beragama, dan mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosikan Islam secara unggul. "Dalam diri umat Islam ada agama, yang merupakan hak tertinggi, jadi mendidik mereka agar menghormati ajarannya adalah hak-hak asasi yang perlu ditegakkan," katanya. - Sinar Harian |
Saya akan berundur jika tewas - Zaid Ibrahim Posted: 12 Feb 2012 12:42 AM PST Beberapa hari selepas mengumumkan niatnya untuk membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) presiden parti itu Datuk Zaid Ibrahim terus dibidas ahli-ahli di beberapa negeri yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan. Walau bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya pada Jumaat lalu, Zaid kelihatan cuba menawarkan kompromi bagi ahli-ahli parti untuk memilih sama ada pembubaran ataupun memecat ahli-ahli yang bermasalah. Zaid berkata cadangan berkenaan akan dibentangkan pada ... mesyuarat jawatankuasa eksekutif parti (CEC) akan datang.Menurutnya jika CEC enggan memecat ahli-ahli yang bermasalah dan menuntut sidang perwakilan khas untuk membubarkan parti itu, maka beliau akan berundur dari KITA. "Sudah tentu, saya akan berundur kerana saya hanya mempunyai satu undi," katanya. Ditanya sama ada beliau telah membuat 'pusingan U' dengan menawarkan pilihan itu, Zaid menafikannya dan berkata ia hanya satu idea. "Saya tidak boleh membubarkan parti (begitu sahaja), ia perlu melalui proses ... Ia bukan mudah, anda memerlukan tiga perempat daripada ahli-ahli yang bersetuju. "Hanya kerana saya kata kita akan bubarkan parti, ini tidak bermakna KITA akan dibubarkan, ia bergantung kepada ahli-ahli. Semua ahli, termasuk saya mempunyai satu undi," katanya. - Malaysiakini |
TERKINI : Kes Kashgari : 'Court Order' - Hentikan menghantar Kashgari pulang ke Arab Saudi Posted: 12 Feb 2012 12:00 AM PST Peguam hak asasi manusia dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha terakhir untuk menyekat wartawan muda Arab Saudi Hamza Kashgari daripada diusir pulang ke negaranya. Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata Hakim Datuk Rohana Yusuf telah membenarkan perintah interim bagi menghentikan pengusiran itu. "Kami kini dalam perjalanan untuk menyampaikan perintah ini kepada polis, imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya. Walau bagaimanapun, adalah tidak jelas jika Hamza masih di negara ini ataupun sudah diusir. Agensi berita AFP yang memetik sumber kerajaan, melaporkan bahawa Hamza telah pun dihantar pulang dan kini dalamkawalan pegawai-pegawai Arab Saudi. "Tiada rekod (Hamza) di Lapangan Terbang Subang. Sekarang dalam perjalanan ke KLIA untuk serahkan perintah mahkamah. Pihak Berkuasa sengaja cuba menyekat maklumat," katanya di Twitter. Pihak berkuasa Malaysia telah menahan Hamza minggu lalu, atas permintaan kerajaan Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam. KUALA LUMPUR (Feb 12, 2012): Lawyers of Saudi Arabia citizen known as Hamza Kashgari, who allegedly posted blasphemous tweets on Prophet Muhammad's birthday, have managed to get a High Court injunction to stop Malaysian authorities from deporting him to Saudi Arabia. The lawyers, led by R Kesaven, have served the injunction to the Inspector General of Police, the Home Ministry, and the Subang and KLIA immigration authorities. "We managed to get the injunction from High Court Judge Datuk Rohana Yusof at her house this morning. "The authorities are bound by the injunction and they would have to produce Kashgari in court on Tuesday at 9.30am after which the judge will decide. We will be filing the habeas corpus at the KL High Court tomorrow morning," said Kesavan. Kesavan, however stated that they have yet to know the whereabouts of Kashgari. He stated that sources have verified that he is still at KLIA and on a plane bound for Saudi Arabia, waiting to be deported. Home Ministry secretary-general Tan Sri Mahmood Adam said the ministry has yet to see the court order and will issue a statement once it has received it. As of now, Hishammuddin's earlier statement today which stated that Malaysia will extradite Kashgari at the request of the Saudi Arabian authorities stands. When asked whether it is true that Kashgari has been deported, Mahmood Adam said, no. He said Kashgari is expected to be sent back later today. The official twitter account of the Royal Malaysian Police Force (PDRM) also just issued a tweet asking to take note that the court has issued an injunction order on the deportation of Kashgari. Former Bar Council president Ambiga Sreenivasen said that "the government will be in breach of court order just granted if they proceed to deport Kashgari". AFP, meanwhile, reported that Kashgari has been deported through Kuala Lumpur International Airport, in the company of Saudi officials, quoting an unnamed official from an authority but checks with the KLIA police confirm that the police have yet to receive information on the deportation of Kashgari. The 23-year old Saudi citizen, whose real name is Mohamad Najeeb A. Kashgari is a columnist with Jeddah-based Al Bilad newspaper and was reported to have made postings that insulted Islam via social networking site Twitter. On the day of Prophet Muhammad's birthday celebration last week, Mohammad Najeeb, tweeted an imaginary conversation with the prophet, speaking to him (the prophet) as an equal, saying he liked some of his characteristics while others were not to his liking. "On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you," said one translated Tweet quoted by The Daily Beast. Following his postings, some 30,000 Twitter entries venting anger at his statements were made in less than 24 hours. There was also a video of a Saudi cleric weeping and calling for Mohammad Najeeb to be tried under Islamic law for blasphemy, as well as tens of thousands of people joining a facebook account demanding the execution of Mohammad Najeeb. Blasphemy is punishable by death under the Saudi law. - The Sun Daily |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan