Kelab Greenboc |
- [Bergambar & Video] Bantah JKKK Rampas Tanah SRIDB, ADUN Lari Sembunyi Di Resort
- "Bayar Balik RM250 Juta Kepada Kerajaan" - Kata Nazri Kepada Shahrizat
- Sekalipun Kelantan Dizalimi Kerajaan Pusat, Kelantan Tetap Bina Lebuhraya
- [Bergambar] Anggota Polis Bersama Anak Tiri Masih Lemas
- [Bergambar] Gambar-gambar Aneh, Pelik & Lucu Untuk Hilangkan Tekanan
- [WASPADA] Ada "Superman" Di Kuala Berang, Terengganu
- Yayasan Selangor Diaudit 6 Bulan Sekali Dibawah PR Berbanding 3 Tahun Sekali Semasa BN
- Ayuh Rakyat Johor, Tamatkan Segera Keangkuhan & Ketakburan UMNO BN Johor
[Bergambar & Video] Bantah JKKK Rampas Tanah SRIDB, ADUN Lari Sembunyi Di Resort Posted: 13 Feb 2012 12:54 AM PST DDUNGUN – Seramai kira-kira 1500 orang telah menyertai bantahan aman rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) oleh Jawatankuasa Keselamatandan Kemajuan Kampung (JKKK) yang bermula di hadapan sekolah itu pada jam 12.30 tengahari, Ahad 12 Februari. Himpunan yang bermula dengan perarakan secara berjalan kaki sejauh kira-kira 1.5 kilometer, memakan masa selama 15 minit dan berakhir di hadapan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Paka. Selain disertai oleh para pelajar, ibu bapa serta simpatisan turut sama, sambil melaungkan slogan 'hidup Islam', 'hancur kezaliman' dan 'kembalikan tanah sekolah kami'. Penasihat SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, himpunan tersebut diadakan bagi mempertahankan hak anak-anak pelajar sekolah dan menunjukkan sikap tidak redha dengan kezaliman yang dilakukan. "Bagaimana tanah yang sedia ada untuk sekolah agama rakyat, milik orang Melayu, untuk agama Islam, sanggup dirampas (sedangkan) mereka berkata, merakalah pejuang agama, merekalah pejuang Melayu, "tidak lain dan tidak bukan (tindakan itu) adalah kerana sifat zalim mereka,"ujarnya ketika berucap pada perhimpunan itu. Menurutnya, tanah tersebut juga adalah hak anak-anak yatim kerana akan pihak pentadbiran akan membina sebuah rumah kebajikan untuk mereka. Katanya, seekar tanah yang terdapat didalamnya dua unit rumah guru, sebuah kantin sekolah dan sebahagian tanah surau sekolah dirampas dan dibahagi-bahagikan kepada lima orang JKKK. Beliau menegaskan pihak sekolah da orang ramai yang hadir akan mempertahankan setiap inci tanah yang dirampas. "kita bagi pihak sekolah dan semua jamaah akan mempertahankan tanah sekolah dan tidak membiarkan kezaliman mereka, "kita tidak akan membiarkan walau seinci tanah pun dirampas,"tegasnya. Malangnya, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada ADUN Paka Zakaria@ Ariffin Abdullah tidak kesampaian kerana pejabatnya ditutup rapat dan berkunci. ADUN Paka terbabit telah lari meninggalkan pejabatnya dan bersembunyi di sebuah Resort berhampiran. Tinjauan yang dilakukan oleh skuad Buletin pada kira-kira jam 2.15 petang kenderaan rasmi Zakaria yang bernombor pendaftaran TBE 8998 telah diletakkan dihadapan Resort tersebut. Zakaria didapati sedang duduk 'bersantai' di bahagian luar restoran Resort itu, bersama dua orang yang lain. Apabila beliau menyedari kehadiran pihak media, beliau yang pada mulanya menghadap ke dalam restoran, memalingkan badannya, seolah-olah mahu 'menyusup' Selang beberapa minit kemudian, beliau keluar dari Resort terbabit mengikut jalan belakang dan meninggalkan Resort dengan menaiki kenderaannya kira-kira jam 2.25 petang. Sumber Resort memberitahu skuad Buletin, beliau berada di kawasan restoran Resort tersebut sejak jam 1 tengahari, sewaktu para peserta himpunan, membanjiri ruang hadapan pejabat khidmatnya. -BO Kredit Foto: Foto-foto dari blog Ust Saiful Bahri & Buletin Online. Terima kasih. |
"Bayar Balik RM250 Juta Kepada Kerajaan" - Kata Nazri Kepada Shahrizat Posted: 12 Feb 2012 10:48 PM PST Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan. "Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. "Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. -SH |
Sekalipun Kelantan Dizalimi Kerajaan Pusat, Kelantan Tetap Bina Lebuhraya Posted: 12 Feb 2012 08:12 PM PST Kelantan bina lebuh raya tanpa bantuan Putrajaya Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat. "Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion. "Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat," katanya. Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010). Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan. "Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam. Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990. Bantuan pusat diperincikan Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat. Sementara itu, di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diberi kepada kerajaan Kelantan itu sejak beberapa tahun lepas agar rakyat mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara berkenaan. Beliau dipetik Bernama sebagai berkata mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini. "Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat. "Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini. Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyat negeri itu juga perlu mengetahui kerajaan pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di Kota Bharu dengan kos sebanyak RM52 juta. "Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya. Beliau berkata selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina jalan-jalan negeri. Menurutnya tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membangga diri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka. Mustapa juga menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan seperti Jambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal. "Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya. -mk Kenyataan Media :PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI Ulasan GB Sekalipun projek lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini dan wang royaltinya dirampas dan dirompak oleh Kerajaan Pusat, namun Kelantan membuktikan, dengan bantuan Allah, ia tetap mampu membangun. Dan apabila ia terlaksana, akan tumbanglah kerajaan pusat yang sepatutnya di bawah konsep "federalisma", menjadi tanggungjawab kerajaan pusat melaksanakan pembangunan tanpa melihat kepada parti apa yang memerintah. Kezaliman dan kekejaman kerajaan pusat terhadap rakyat Kelantan, insyaAllah akan terbalas. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Dan GB pernah mengulas di SINI. Petikan: Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat Kelantan dengan merompak hasil royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan. Ya, anak kelahiran Kelantan bersama-sama anak kelahiran Perak yang kerajaannya dirampas dan digulingkan secara tidak demokratik bakal memimpin Putrajaya satu hari nanti! |
[Bergambar] Anggota Polis Bersama Anak Tiri Masih Lemas Posted: 12 Feb 2012 05:56 PM PST Kuantan - KUANTAN - Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak yang dilanda ombak kuat nyata meleset apabila seorang anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang. Gambar: PILU...Kalsom Daud tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah cucunya, Muhammad Hasryzam (gambar kecil). -HM Kejadian di antara pukul 4.45 dan 6.50 petang kelmarin menyebabkan Lans Korporal Mohd. Asri Kamis, 28, yang bertugas di bahagian pentadbiran Balai Polis Mentakab, Temerloh, dan anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, mati. Mayat Mohd. Asri ditemui berhampiran kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3.10 petang semalam di muara Sungai Baging kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang. Adik Muhammad Hasryzam, Muhammad Hairulnizam, 13, yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemui. Isteri mangsa, Norsharulizam Osman, 32, berkata, mereka ke situ selepas ajakan anak sulungnya untuk mandi di Teluk Chempedak ditolak oleh suaminya atas alasan pantai itu bahaya. Katanya, suaminya kemudian mencadangkan mereka ke Pantai Cherating kerana ia lebih selamat. "Sebaik sampai, kedua-dua anak saya terus mandi dan berenang jauh dari pantai. Saya risau sebelum meminta suami pergi mendapatkan mereka. "Namun, selepas menunggu lama, suami dan anak-anak saya masih belum kembali sebelum saya membawa dua anak perempuan saya, Siti Nurafzani Hasri, 11, dan Nurul Nabila Natasya Mohd. Asri, 6, ke bilik mandi. Kami seterusnya menunggu mereka berhampiran kereta pada pukul 5.30 petang," ceritanya. -kosmo Sumber foto: Pelbagai. Terima kasih kepada semua pemilik foto-foto berikut. |
[Bergambar] Gambar-gambar Aneh, Pelik & Lucu Untuk Hilangkan Tekanan Posted: 12 Feb 2012 03:11 PM PST Berikut ialah gambar-gambar untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur. Saksikan: klik untuk baca |
[WASPADA] Ada "Superman" Di Kuala Berang, Terengganu Posted: 12 Feb 2012 07:12 AM PST Terjun ala 'Superman' KUALA BERANG - Sebuah rumah seorang warga emas di Taman Indah Sari dipecah masuk kira-kira 11 pagi semalam. Kejadian berlaku ketika Mandak Salleh, 67, pulang ke rumahnya untuk mengambil ubat kencing manis dan darah tinggi selepas dua hari bermalam di rumah anak perempuannya, Wan Faizatul Akmawati Wan Muda, 44, tidak jauh dari situ. Menurutnya, ketika dia, anaknya, Wan Faizatul Akmawati dan menantunya Mabath Khan Silah Ayob, 48, tiba di rumah berkenaan, mereka dikejutkan dengan kelibat seseorang yang berada di dalam rumah, sedangkan tiada siapa yang menghuni rumahnya sejak dia tinggal bersama anaknya. "Ketika makcik hendak membuka pintu utama rumah, menantu makcik, Mabath ternampak orang di dalam rumah seolah-olah cuba keluar dari kawasan ini. "Kata Mabath, dia seolah-olah mengenali pencuri itu dan mendakwa sudah beberapa kali memecah masuk untuk mencuri," katanya ketika ditemui rumahnya di sini semalam. Mandak berkata, menantunya meminta Wan Faizatul Akmawati ke belakang rumah bagi mengepung pencuri itu sebelum memaklumkannya kepada polis. "Dalam keadaan kelam kabut, Mabath nekad hendak masuk ke rumah itu untuk menangkap pencuri berkenaan. Dia meminta kunci rumah daripada isterinya yang ketika itu berada di belakang rumah," katanya. Bagaimanapun, ketika Wan Faizatul Akmawati menyerahkan kunci kepada suaminya, pencuri itu nekad terjun ala 'Superman' melalui tingkap dari rumah dua tingkat tersebut. "Dalam sekelip mata sahaja, pencuri berkenaan hilang tanpa sebarang bunyi kerana setelah diperiksa di dalam rumah, dia sudah tiada," katanya. Sementara itu, Wan Faizatul Akmawati berkata, pencuri berkenaan mungkin masuk ke dalam rumah berkenaan melalui sisir angin bilik mandi kerana cermin tingkap tersusun di atas pagar dan kerusi diatur elok untuk memudahkannya memanjat masuk. "Kejadian ini adalah kali keempat dan saya percaya ia kerja penagih dadah yang mahu mencuri barangan di dalam rumah ini ketika ibu saya tiada," katanya. Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang. -SH |
Yayasan Selangor Diaudit 6 Bulan Sekali Dibawah PR Berbanding 3 Tahun Sekali Semasa BN Posted: 12 Feb 2012 06:16 AM PST MB: Yayasan Selangor Di Audit 3 Tahun Sekali Ketika BN SHAH ALAM 12 FEB : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim menjelaskan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, yayasan Selangor di Audit tidak berdasarkan perbelanjaan tahunan tetapi dilakukan setiap tiga tahun. Sebaliknya selepas mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan laporan Audit setiap enam bulan bagi memastikan kecekapan pengurusan kewangan dipantau dan diurustadbir secara berhemah. "Satu perkara yang jelas ialah semua sedia maklum sebelum tahun 2008, akaun (Yayasan Selangor) tidak diaudit dengan betul, jadi isu mendedahkan laporan audit bukan satu perkara yang aneh kerana sejak kami (Pakatan Rakyat) ambil alih ia diaudit setiap tahun. "Yayasan Selangor sebelum 2008, sepanjang tiga tahun akaunnya tidak diaudit dan sekarang ianya diaudit setiap enam bulan,"katanya. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Khalid mendedahkan laporan audit dua anak syarikat kerajaan negeri itu. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, siasatan audit itu dipercayai dilakukan berikutan kontroversi perbelanjaan membabitkan kedua-dua syarikat itu baru-baru ini. Antaranya kata beliau, Yayasan Selangor disiasat berikutan perbelanjaan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahunnya ke-40 sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kos penganjuran. Selain itu katanya, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan berikutan dakwaan salah guna kuasa. Menjawab persoalan ini, Khalid ketika menemui pemberita menjelaskan kepimpinan Selangor era pemerintahan Pakatan Rakyat ini mengamalkan ketelusan dalam tata kelolanya. Khalid menambah, ia dibuktikan apabila akaun anak syarikat kerajaan negeri akan diaudit setiap enam bulan pada setiap tahun. "Ia mesti diaudit dalam masa enam bulan, sasaran saya ialah bermula selepas tiga bulan, kerja-kerja audit sudah boleh dijalankan, ia tidak boleh diaudit selepas tempoh enam bulan kerana ia telah terlalu lewat. "Displin inilah yang kerajaan negeri amalkan, jadi kepada sesiapa yang ingin melihat akaun Yayasan Selangor ataupun mana-mana anak syarikat dibawah kerajaan negeri Selangor, sebelum bulan Jun semua akaun itu telah tersedia,"ujar Khalid. Khalid berkata demikian sejurus selepas menghadiri Majlis Anugerah UPSR 2011 Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor di sini hari ini. Khalid menambah, usaha tersebut adalah untuk mencegah daripada kegagalan sebelum ini dimana akaun anak syarikat gagal diaudit selama tiga tahun. -tvsnews |
Ayuh Rakyat Johor, Tamatkan Segera Keangkuhan & Ketakburan UMNO BN Johor Posted: 12 Feb 2012 04:54 AM PST Keputusan pilih Salahuddin bagai 'menempah maut' JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) usah terbuaibuai dengan keyakinan bahawa mereka bakal membentuk sebuah kerajaan meskipun membuat keputusan untuk meletakkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, memang sudah tiba masanya anak Johor (Salahuddin) bertanding di negeri ini yang merupakan negeri kelahirannya. Menurutnya, Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan kedatangan beliau ke negeri ini kerana ia menjadi ujian kepada kubu kuat BN. "Beliau diuar-uarkan menjadi calon Menteri Besar Johor oleh PR. Kita tengok siapa yang lebih berpengaruh. PR belum tentu boleh menang," katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Parlimen Pulai di sini, semalam. Pada majlis berkenaan seramai lebih 600 penerima sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Kempas menerima bantuan terbabit yang mana pemberian kelima bagi fasa pertama untuk kawasan Parlimen Pulai. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng dan Pengerusi Jawatankuasa Penyerahan BR1M Parlimen Pulai, Ramlee Bohani. Sementara itu, Adun Kempas, Datuk Osman Sapian menyifatkan keputusan sedemikian seolah-olah menempah 'maut'. "Keputusan ini dibuat seolah-olah mereka menempah maut sahaja. Selama ini kita yang buat kerja. Dia datang sekadar untuk bertanding sahaja. Rakyat sendiri boleh membuka mata dan mengukur sendiri siapa yang membuat kerja. "Siapa dahulu yang bantu orang miskin, tingkatkan infrastruktur. Minta maaf ya, siapa yang mengundi Pas adalah orang yang buta hati. Rakyat pun semakin bijak untuk menilai. "Saya dengar pun antara Pas dan PR sendiri masih ada rebut-rebut kerusi. Mereka juga tiada kesepakatan. Saya sendiri akan 'all out' kalau Salahuddin mahu bertanding di Johor," katanya. Salahuddin: Kubu kuat Johor akan runtuh Ahli Parlimen Pulai itu tidak perlu angkuh dan takbur. Beliau perlu ingat satu ketika tiada siapa menduga bahawa Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tiada siapa juga menduga bahawa PAS akan memeprolehi kemenangan di dua kerusi DUN di Johor pada PRU12 yang lalu. Tetapi begitulah kehendak Ilahi. UMNO BN tidak perlu mendabik dada dan menunjukkan keangkuhan bodoh mereka untuk mengatasi kudrat dan iradat Allah s.w.t. Ahli-ahli Pakatan Rakyat Johor khususnya ahli-ahli PAS akan melipatgandakan usaha disamping akan terus bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya segala keangkuhan dan ketakburan UMNO BN Johor itu ditamatkan segera. GB akan bersama-sama rakyat Johor mendoakan kemenangan cemerlang bagi Pakatan Rakyat di negeri tersebut. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan