Ahad, 5 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRU 13 - Peluang 50-50 bagi PR dan BN di Perlis

Posted: 04 Feb 2012 11:29 PM PST

Jika Johor menjadi kubu UMNO di selatan tanah air, Perlis pula menjadi negeri kubu kuat UMNO di utara. Bagaimanapun seperti juga Johor, BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman BN.

Faktor utama yang menjadi ketakutan BN mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad.

Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10% sahaja. Benar tiada masalah jika di negeri lain, tapi 5-10% itu akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil.


Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN bloeh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR akan menyebab calon BN akan tumbang.

Inilah sebabnya, Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.

Inilah juga sebabnya , MB Perlis mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh menentukan kemenangan.

Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 80% , namun tetap mengusarkan BN kerana PAS mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN.

PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah , Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.

Selain itu, PAS juga berpeluang menang di Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di tiga kerusi ini.

Berita tentang Timbalan Mursyidul Am Dato' Harun Din akan menyemarakkan semangat petugas PAS di Perlis. Ramai yang berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi PAS pada PRU 13.

Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga memainkan peranan agak penting dalam menentukan kemenaangan. Semasa PRU 12 , PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun organisasinya untuk menghadapi PRU 13.

Semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat tapi terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain.

Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk merampas DUN Indera Kayangan yang menpunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.

Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu kepada PR lebih 65% , DUN Titi Tinggi dan Baseri yang pengundi Bukan Melayunya melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR antara 35 – 40 %.

Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja.

Justeru , BN berhadapan dengan bahaya tumbang di 8 kerusi daripada 15 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar. DUN dalam bahaya ialah :

1. Sanglang

2. Simpang Empat

3. Guar Sanji

4. Santan

5. Kayang

6. Indera Kayangan

7. Titi Tinggi

8. Baseri

Bagaimanapun , PRU 13 sebenarnya terbuka kepada BN dan PR berikutan jumlah pengundi yang kecil. Perubahan undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR. Peluang BN dan PR di Perlis , sekarang ini adalah 50 – 50.

http://tulahan.blogspot.com.au/


Kejatuhan Terenganu Pada PRU12 Kerana Penipuan Terancang BN

Posted: 04 Feb 2012 04:42 PM PST

KUALA TERENGGANU - Kekalahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana PAS ditolak oleh rakyat tetapi adalah kerana penipuan dan manipulasi terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kekalahan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 bukan ditolak oleh rakyat.

Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN Terengganu.


Menurutnya, Umno-BN telah membawa masuk sejumlah pengundi yang ramai serta tidak dikenali oleh jentera parti.

"Kita (PAS) kalah PRU 2004, kalah bukan rakyat tolak tetapi kalah dengan penipuan. Mereka (Umno) masuk (daftar) pengundi yang ramai dan mereka (pengundi) yang tidak dikenali.

"Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita (PAS). Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara," tegasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 di Restoran Ocean, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, 3 Februari lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan masyarakat Tionghua (Cina) dan masyarakat India lebih kedepan inginkan perubahan kepimpinan negara.

Ini kerana, katanya akhbar berbahasa Cina dan Tamil (India) lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, akhbar berbahasa Melayu yang pro-kerajaan pula masih 'lemah' (hilang integriti) serta dikongkong pemikirannya.

"Masyarakat Cina, masyarakat India lebih 'cepat' (sedar) kerana surat khabar Cina, surat khabar India banyak melaporkan berita. Surat khabar Melayu masih 'lemah', tiada integriti dan dikongkong fikiran.

"Kami (PAS) mahu orang Cina bertahan dengan menyokong kita. Kita (PAS) kempen lagi supaya orang Melayu buat perubahan. Sekarang seluruh dunia sudah berubah," ujarnya di hadapan hampir 300 hadirin.

Kata Dato' Seri Abdul Hadi, perubahan yang berlaku mutakhir ini sangat membanggakan PAS sebagai sebuah parti yang berasaskan agama (Islam).

Menurutnya, rakyat mahukan perubahan agar wakil rakyat yang dipilih mewakili mereka mempunyai kebolehan dan ketokohan dalam membela serta menegakkan keadilan.

"Perubahan (sikap) yang sangat membanggakan kita (PAS). Perubahan yang kita (PAS) tidak pernah terfikir sebelum ini.

"Calon PAS yang bertanding lawan calon MCA, orang Cina boleh undi PAS lawan MCA. Calon DAP lawan Barisan Nasional, orang Melayu boleh kerja menangkan calon DAP.

"Orang (pengundi) mahu bukan bangsa wakil rakyat tetapi mahu kebolehan dan ketokohan wakil rakyat yang boleh membela, menegakkan keadilan untuk mereka," jelasnya.

Sehubungan itu, kata Ustaz Abdul Hadi kedatangan Islam ke negeri China lebih awal berbanding dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu ini.

Katanya, terdapat 100 juta umat Islam di negara China dan orang Islam terlibat secara langsung dengan kerajaan China.

"Islam masuk ke negeri China lebih awal masuk dari Tanah Melayu ini. Di China ada 100 juta orang Islam dan orang Islam terlibat dalam kerajaan China terutama di zaman Dinasti Ming orang Islam jadi Menteri Kewangan dan orang Islam jadi Panglima Tentera," ujarnya.

Menurutnya, kehancuran sesebuah pemerintahan itu apabila umat Islam mula meninggalkan ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/umno-bn-menang-kerana-penipuan.html


Hasan Ali Mengaku Ulama? Kahkahkah.. Perasan..

Posted: 04 Feb 2012 10:07 AM PST

"Saya menyertai PAS bukan untuk memesongkan PAS, tetapi ingin menambah penglibatan golongan ulama ke dalam parti tersebut," tegasnya lagi.

Apakah Hasan bermaksud bahawa dengan penyertaannya kedalam PAS, penyertaan ulama bertambah dalam PAS? Sejak bila Hasan Akidah ini di'tiraf sebagai ulama'? Dan siapa i'tiraf Hasan Akidah sebagai ulama'?

Kita harap dengan penubuhan JATI - Jalur Tiga, Hasan akan mampu menambah penglibatan golongan ulama kedalam JATI. Mungkinkah Ust Nasharudin Mat Isa yang menjadi penyokongnya merupakan ulama pertama yang akan ikut serta JATI?

Orang Yang Dah Mati Mana Boleh Hidup Balik Hasan Ali Ooii..

Posted: 04 Feb 2012 02:59 AM PST

Hasan Ali tekad tidak merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS

"Saya menetapkan hati untuk tidak merayu terhadap pemecatan saya, malah, saya membantah pemecatan yang dibuat secara arbitari dan autokratik oleh PAS terhadap saya," tegasnya.

Tambahnya, pihak pimpinan parti juga tidak pernah memberikan sebarang surat atau pemberitahuan sama ada bertulis mahupun perjumpaan berhubung pemecatannya itu.

"Banyak kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pemimpin dan parti, dan mereka diberi peluang membela diri berdasarkan prinsip "right-to-be heard", tetapi situasi itu tidak berlaku kepada saya," tambahnya.


"Selagi wujudnya parasit dalam PAS, saya tidak bersedia bekerja bersama-sama PAS," katanya dalam sidang media tersebut.

"Parasit tersebut merupakan pihak yang bertanggungjawab mengubah hala tuju PAS membentuk negara Islam kepada hanya fokus menawan Putrajaya," tambahnya.

Menurutnya lagi, selagi setiap kebaikan yang dilaksanakan Umno-Barisan Nasional (BN) itu dikatakan "agenda Umno," selagi itulah juga parasit berkenaan masih lagi menguasai PAS.

Hasan Ali turut menafikan kenyataan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad yang menyatakan dirinya merupakan parasit sebenar dalam parti tersebut dengan mengatakan "saya tidak bernah bersekongkol dengan DAP dan PKR, tidak memesongkan hala tuju PAS, dan tidak pernah menyokong membabi buta hasrat mereka untuk menawan Putrajaya."


Umno akan minta pandangan Ku Li untuk rampas K'tan

Posted: 04 Feb 2012 02:50 AM PST

Umno Kelantan akan meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan BN kembali memerintah Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di Pasir Puteh hari ini.


Mengulas kehadiran Tengku Razaleigh (kiri) dalam mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata ia memberi impak dan semangat kepada ahli Umno untuk bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

Beliau berkata Umno Kelantan akan menjadikan amanat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan dua hari lalu sebagai perangsang untuk terus melipatgandakan usaha menawan Kelantan.

"Saya ada berbincang dengan timbalan perdana menteri tentang beberapa perkara seperti sokongan golongan muda yang perlu diberi perhatian termasuk kawasan-kawasan tertentu," kata Mustapa.

Beliau berkata Umno Kelantan akan bekerja lebih keras dan tidak akan mudah berpuas hati dengan sokongan yang dikatakan begitu meningkat terhadap Umno ketika ini.

"Saya memang gembira dengan peningkatan sokongan yang begitu meningkat tetapi saranan timbalan perdana menteri untuk terus bekerja kuat akan dijadikan azimat kepada anggota Umno di Kelantan," katanya.

Mengulas desakan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Mustapa berkata Umno Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan parti lain.

"Terpulanglah kepada Nik Abdul Aziz membuat pendirian berdasarkan tahap kesihatannya yang pastinya akan dinilai rakyat," katanya.

Sementara itu, Mustapa berterima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang telah banyak berjasa kepada rakyat dalam usaha membantu golongan Bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang termasuk melahirkan usahawan baru.

- Bernama


Tiada ulasan: