Ahad, 5 Februari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hassan Ali Tak Merayu, Lebih Suka Merayau & Meracau

Posted: 05 Feb 2012 01:00 AM PST

Dr Mahfodz: Saya paling rapat dengan Dr Hasan

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.

Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

"Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

"Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

"Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

"Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan," kata Dr Mahfodz.

Nasharuddin janji kekal

Berbeza dengan Nasharuddin Mat Isa, ahli parlimen Bachok itu berjanji kekal dengan perjuangan PAS.

Kata, Dr Mahfodz, beliau mendapat kepastian itu dari SMS yang dihantar oleh bekas naib presiden PAS itu.

Masa depan Nasharuddin dalam PAS menjadi tanda tanya selepas kegagalan mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti Julai tahun lalu.

Beliau yang sudah dua penggal menjadi timbalan presiden PAS kalah kepada pemimpin veteran Mohamad Sabu.-FMT

Hasan Ali tidak akan rayu

KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.

Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

"Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini, petang ini.

Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata, hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

"Sebelum ini, saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh 'parasit' di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

"Dalam konteks negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti," katanya.

Hasan menambah, antara sebab beliau enggan membuat rayuan adalah kerana mendapati pimpinan 'parasit' dalam Pas lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, ruang untuk Islam di Selangor khususnya berkaitan hal nahi mungkar menjadi perkara pokok perjuangan Pas hampir tidak wujud kerana DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas Negeri yang menjadi 'parasit' tidak menyebelahi beliau.

"Alasan yang diberikan ialah kerana pendapat saya kononnya bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya.

"Hampir dalam semua perkara, Pimpinan 'parasit' ini menyuarakan pandangan negatif terhadap semua yang saya lakukan sebaliknya mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakan melalui media masa yang sebenarnya sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam," katanya.
-SH


Apabila Manusia Meletakkan Tarafnya Lebih Rendah Dari Binatang...

Posted: 04 Feb 2012 11:59 PM PST

Berbogel Dalam Kumpulan Untuk Pnghasilan Seni

Dokumentasi kumpulan berbogel yang ditayang kepada umum ini dilakukan oleh Spencer Tunick, yang telah merakam foto dan video semenjak 1982.

Semenjak 1994 lagi beliau telah menganjurkan lebih 75 tempat sementara untuk penghasilan seni di Amerika dan luarnegara yang melibatkan berpuluh, beratus malah beribu sukarelawan, dan foto-fotonya adalah rakaman terhadap peristiwa-peristiwa berkenaan.

Individu-individu itu secara massa, tanpa berpakaian, berhimpun melakukan satu bentuk yang baru. Saksikan:

extraordinary naked people metamorphoses01 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses02 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses03 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses04 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses05 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses06 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses07 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses08 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses09 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses10 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses11 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses12 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses14 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses15 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses17 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni

extraordinary naked people metamorphoses18 Gila! Beribu manusia bogel dikumpulkan untuk hasilkan seni


Ulasan GB

Apabila manusia menjadi lebih rendah tarafnya dari binatang, itu petanda kehancuran segala-galanya. Kiamat di depan mata.

Firmanullah:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya[ At-Tiin 4-5]




Kepala Babi: 10 Laporan Polis Dari Rakyat Pelbagai Bangsa

Posted: 04 Feb 2012 09:54 PM PST

10 laporan polis, desak siasatan terperinci

KUALA LUMPUR - Sebanyak sepuluh laporan polis dibuat bagi memastikan siasatan terperinci dilaksanakan pihak berkuasa berkenaan kes penemuan kepala babi di Masjid Al Hidayah, Sentul.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, beberapa aktivis daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan dua individu tampil di Balai Polis Sentul semalam bagi membuat laporan ke atas kejadian tersebut.

Tian Chua menyifatkan kejadian tersebut bermotifkan politik dan mahu mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.

Menurutnya, kejadian itu seperti sengaja dilakukan untuk menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan mencetuskan provokasi menjejaskan hubungan antara kaum dalam negara ini.

"Kita mahukan pihak berkuasa menjalankan siasatan teliti dan menjelaskan hasil siasatan supaya ia orang ramai tahu hasil penyelesaikan yang dilaksanakan pihak berkuasa.

"Ini adalah kali pertama berlaku di parlimen ini dan di sini, kita terdiri daripada pelbagai kaum yang menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika di temui media di Balai Polis Sentul, semalam.

Menurutnya, tidak mahu kejadian tersebut mengugat keamanan di antara pelbagai kaum dalam kawasan tersebut dan negara terutamanya.

Koordinator Aktivis 901, Azura Aziz berkata, laporan polis dibuat supaya tindakan meletakkan kepala babi ini tidak merebak ke kawasan lain.

Menurutnya, kejadian ini dilihat sebagai trend kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibanteras sebelum ia menjadi lebih teruk.

"Kita merasakan tempoh dua minggu untuk menjalankan siasatan mencukupi dengan bukti yang ada. Kita mahukan penjelasan daripada pihak berkuasa hasil penyiasatan mereka supaya kita tidak tertanya-tanya dengan kejadian ini serta tidak tergantung begitu sahaja," katanya.

Beliau berkata, pihaknya dan beberapa NGO juga turut menunaikan solat hajat bagi mendoakan kejadian yang sama tidak berulang dan memohon keamanan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum ini.

Pada 2 Febuari lalu, Sinar Harian ada melaporkan penemuan kepala babi di Masjid Al-Hidayah, Sentul dan sebelum ini kejadian yang sama berlaku di Masjid Nurul Iman di Rawang. -SH

Hassan Ali Sangat Jauh Terpelanting, Sanggup Hina Ulamak & Berjuang Ikut Nafsu

Posted: 04 Feb 2012 08:42 PM PST

Usah ikut nafsu, Dewan Ulama nasihat Hasan Ali

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik parti itu.

Walaupun kenyataan Hasan dikatakan langsung tidak memberi kesan ke atas Pas, namun Nik Zawawi menggesa Hasan supaya tidak sesekali mengikut hawa nafsu.

Nik Zawawi turut meminta bekas pemimpin Pas itu berjuang demi kepentingan agama sebagaimana yang pernah diperjuangkannya ketika berada dalam parti itu.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

"Dia bebas berkata apa sahaja kerana dia bukan lagi ahli Pas tetapi kita harap supaya dia berfikir dengan baik. Jangan ikut nafsu tetapi bergeraklah demi kepentingan dan perjuangan Islam," katanya.

Hasan terus mengkritik beberapa pemimpin Pas dan mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Khalid merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat Pas dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah alam serta Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.

Sementara itu, berhubung kenyataan Hasan bahawa beliau akan menubuhkan Jati iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan, Nik Zawawi berkata, Hasan boleh berbuat apa sahaja kerana sudah tidak lagi terikat dengan Pas.

Pertubuhan itu yang didakwa Hasan sebagai kuasa ketiga dalam politik negara juga dilihat tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Pas.

Dalam kenyataan Hasan, beliau menegaskan Jati akan menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara, namun belum memutuskan sama ada ia akan menyokong parti memerintah atau sebaliknya.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu tidak bimbang dengan kenyataan itu yang menggambarkan cita-cita besar Hasan dalam Jati.

"Ia tidak membabitkan Pas dan ahli-ahli Pas juga tidak terpesong. Itu hanya pandangan individu. Tidak menjejaskan apa-apa pun dan itu hak dialah," katanya. -SH

PAS: Hasan Ali hina ulamak

JOHOR BARU: Dewan Ulamak PAS menolak dakwaan PAS dipimpin oleh golongan sekular sebagaimana dinyatakan oleh bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali.

"PAS dipandu oleh majlis syura ulama yang menjadi penentu kepada hala tuju parti. Majlis itu berkuasa sepenuhnya terhadap parti.

"PAS bukan ditentukan oleh individu baik muryidul am, presiden atau ketua ulama," kata Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad.

Beliau mengulas kenyataan Dr Hasan yang mendakwa parti Islam itu dikuasai 72 peratus golongan sekular manakala 28 peratus lagi golongan ulamak yang mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Hasan membuat dakwaan itu dalam satu ceramah di Johor malam tadi.

Pakar motivasi

"Dalam Pemuda ada ulamak, dalam Muslimah ada ulamak. Kita ada Dewan Ulamak. Datuk Nik Aziz Nik Mat ulamak, Datuk Seri Hadi Awang ulamak, Datuk Haron Din ulamak, Datuk Harun Taib ulamak.

"Saya anggap kenyataan Dr Hasan itu menghina ulamak," tambah Mahfodz yang juga pesuruhjaya PAS Johor.

Mahfodz kenyataan Dr Hasan itu semata-mata untuk meraih sokongan kepada bekas exco agama kerajaan negeri Selangor.

Katanya, Dr Hasan pakar motivasi jadi dia memang pandai dalam membuat kenyataan untuk menagih sokongan.


Edisi Khas Maulidur-Rasul: Nabi Mohd Miliki Pelbagai Keistimewaan

Posted: 04 Feb 2012 06:30 PM PST

Meskipun para nabi dari kalangan manusia yang juga makan, minun, menikahi perempuan, berjalan-jalan di pasar-pasar, terdedah kepada gejala-gejala penyakit yang biasa dialami oleh manusia biasa seperti lemah, tua dan juga kematian, tetapi sesungguhnya mereka berbeza dengan pelbagai keistimewaan dan sifat-sifat agung serta mulia.

Sifat-sifat itu pula merupakan suatu yang amat lazim dan penting bagi mereka. Sifat-sifat mulia tersebut, secara ringkasnya adalah seperti siddiq (jujur), tabligh (menyampaikan), amanah, fathonah (bijaksana), bebas daripada keaiban yang membuatkan manusia lari daripadanya dan ismah (terpelihara daripada melakukan dosa).

Perbincangan tentang sifat-sifat dan keistimewaan penghulu segala rasul, Muhammad SAW adalah untuk membuktikan bahawa walaupun baginda adalah manusia tetapi sekali-kali tidak sama dengan manusia biasa. Kerana kesuntukan ruang, kita hanya akan menyentuhnya dengan ringkas sahaja.

  • Rasulullah SAW melihat orang yang di belakangnya seperti melihat orang yang berada di hadapannya.


  • Diriwayatkan oleh al-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu dapat melihat Kiblatku di sini? Demi Allah! Rukuk dan sujud kamu tidak sekali-kali terselindung daripada penglihatanku. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku.

  • Rasulullah SAW melihat dan mendengar apa yang kita tidak dapat lihat dan dengar.


  • Daripada Abu Zar berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu tidak dengar. Langit merintih dan memang ia mempunyai hak untuk merintih. Tidak ada padanya (langit itu) walau selebar empat jari melainkan ada malaikat meletakkan dahinya sujud kepada Allah. Demi Allah! Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, kamu tidak akan bersedap-sedap dengan isteri-isteri di atas ranjang dan kamu pasti akan keluar menuju ke jalan-jalan untuk tunduk memohon pertolongan kepada Allah".

  • Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap


  • Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa'ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: "Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali."

  • Peluh nabi SAW yang mulia


  • Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!"

  • Ketinggian Rasulullah SAW


  • Diriwayatkan oleh Ibnu Khaithamah di dalam Tarikhnya, Imam Baihaqi dan Ibnu 'Asakir, daripada Aisyah r.ha, beliau berkata:

    "Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda SAW kelihatan berperawakan sederhana jika berjalan sendirian. Tiada seseorang yang berjalan bersama Rasulullah SAW (kelihatan) lebih tinggi, melainkan Baginda SAW melebihi ketinggian mereka.

    "Jika ada dua orang lelaki yang tinggi bersamanya, Baginda SAW tetap kelihatan lebih tinggi daripada mereka. Tetapi, jika mereka berpisah darinya, Rasulullah SAW kelihatan berketinggian sederhana."


  • Bayang-bayang Rasulullah SAW


  • Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan."


  • Terhindar daripada lalat


  • Al-Qadhi 'Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-'Azafi dalam Maulidnya: "Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda."

    Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu' dalam al-Khasa'is, dengan lafaz: "Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya."

    Beliau menambah: "Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya."

  • Darah Rasulullah


  • Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya'la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: "Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, "Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu."

    Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?"

    Jawabnya: "Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang."

    Rasulullah SAW bersabda: "Kemungkinan kamu telah meminumnya". Kataku, "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia."

    Maka mereka berpendapat kekuatan Abdullah r.a adalah disebabkan dari darah yang diminumnya itu.


  • Tidur Rasulullah SAW


  • Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Sayyidah Aisyah bertanya kepada baginda:"Wahai Rasulullah! Adakah kamu akan tidur sebelum solat witir?

    Maka jawab Rasulullah SAW: "Wahai Aisyah! Kedua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur".


Kesimpulan yang kita perolehi dalam perbincangan ini, ternyata keistimewaan Nabi Muhammad SAW adalah sangat banyak.

Tidak dinafikan bahawa sebahagian hadis yang dipetik dalam bab ini diperselisihkan oleh ulama, kerana sebahagian mereka menilai bahawa hadis-hadis mengenainya adalah sahih dan sebahagian ulama yang lain melihat ia tidak sahih.

Oleh yang demikian, ia termasuk di dalam permasalahan khilafiah. Tetapi jika dinilai secara menyeluruh masih tidak menafikan kesimpulan bahawa Nabi kita dan para nabi adalah manusia-manusia yang istimewa dan bukannya manusia biasa.

Berita Kedatangan Nabi Muhammad Dalam Pelbagai Kitab Purba

Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.

Nabi Muhammad dalam Agama Hindu

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. "av" bermaksud turun. "tr" bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah "diturunkan atau diutus untuk turun". Kalki Avtar artinya adalah "utusan terakhir".

Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:

"Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. 'Agama kebenaran' akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil "Musalaman" (perantara kedamaian)."
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)

Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah "akkaru" yang bermaksud "yang mendapat pujian". Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.

Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
  • Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.

  • Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.

  • Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.


Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi



Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:


"Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balkh iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat

Nabi Muhammad dalam Kitab Taurat



Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:

"Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan."

Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya


Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)

Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.

Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas



Petikan di dalam Injil Barnabas

Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.

"Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku."

Ketika itu berkata Andraus, "Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, "Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.

Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan.

Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).


Nabi Muhammad dalam Agama Buddha

Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai "Maitreya". Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama "Meteyya". Kedua kata ini bermakna "pemberi rahmat". Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini.

Ada sejumlah kesamaan lebih jauh, seperti yang terbaca dalam kitab suci kaum Budha: "Para pengikutnya (Maitreya) berjumlah ribuan orang, sementara jumlah pengikutku ratusan orang." Faktanya, pengikut Nabi Muhammad saw berjumlah ribuan orang (sekarang tentunya jutaan).

Persamaan-persamaan lain

Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh "pandangan yang luhur di malam hari". Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu peradaban Islam.

"Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama "Maitreya". Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)".
(Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)

Gautama Buddha sendiri berkata, "Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu".




[Bergambar] Yang Pelik Dan Lucu Sekeliling Kita

Posted: 04 Feb 2012 03:08 PM PST

Sebelum ini GB ada paparkan gambar-gambar tentang perkara yang pelik berlaku di malaysia.

GB kata ada diantaranya yang melucukan. Dan ini kita gunakan untuk merehatkan minda kita dari terlalu serius memikirkan sesuatu isu. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini.

Saksikan juga yang ini:















Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[WASPADA] Ibu Tunggal Derita Tulang Reput Akibat Makan Jamu Mengandungi Steroid

Posted: 04 Feb 2012 07:01 AM PST

Derita kerana jamu, steroid punca tulang reput

KUANTAN - Niat seorang ibu tunggal untuk mening­kat­kan kecergasan badan akhir­nya menderita apabila tulang pinggul kirinya pecah dua tahun lalu akibat pe­ngam­bilan jamu yang dipercayai mengandungi steroid.

Kamisah Abdul Rashid, 52, berkata, dia yang menjual barangan jualan lang­sung mengambil jamu itu selepas di­perkenalkan rakan dan mencubanya tiga tahun lalu.

Menurutnya, selepas pe­ngambilan ja­mu itu dia menjadi lebih bertenaga se­hinggalah dia terjatuh dari kerusi.

"Selepas kejadian itu, dok­tor menge­sahkan saya me­nga­lami osteoporosis ia­itu tulang reput menyebabkan tulang pinggul saya pecah akibat hentakan kuat ketika jatuh.

"Malah doktor mengata­kan terdapat kandungan ste­roid dalam badan saya me­nyebabkan tulang reput.

"Saya terpaksa tinggal di wad selama sebulan untuk me­nerima rawatan di Hos­pital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya ketika di­temui pada Program Ziarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di rumahnya di Ta­man LKNP Bukit Setongkol.

Hadir menyampaikan sumbangan, Pengerusi Ma­yang Parlimen Indera Mah­kota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.

Kamisah yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ter­paksa berpindah ke rumah ibu bapanya, Abdul Rashid Ali, 76, dan Siti Zaharah Em­bong, 75, di Taman LKNP kerana memerlukan perhatian kerana tidak mampu me­nguruskan diri sejak kejadian itu.

Katanya, dia kini hanya mampu ter­baring dan mengguling-guling badannya untuk bergerak.

"Kalau boleh saya mahu sembuh se­perti biasa tetapi mungkin harapan tipis kerana saya tidak boleh menjalani pem­bedahan kerana ada masalah paru-paru.

"Nasib baik anak kedua, Nor Zaleha, 19, yang sedang belajar di Ikip boleh me­nguruskan saya," katanya.

Kamisah berkata, sejak ja­tuh sakit, perbelanjaan dia anak-beranak hanya bergan­tung pada duit simpanan yang tidak seberapa.

"Kesulitan itu menyebab­kan anak bongsu, Muhammad Amirul Hassan, 18, membuat keputusan untuk tidak me­lanjutkan pelajaran sebaliknya bekerja untuk menampung perbelanjaan kami," katanya.

Sementara itu, Mohd Haz­mi berkata, dia akan mem­beri bantuan sewajarnya kepada Kamisah bagi mengurangkan penderitaan ibu tunggal itu.

"Dia memohon untuk mendapatkan kerusi roda yang sesuai dan kita akan usahakannya," katanya.

[WASPADA] Mesin Pengisar Buah-buahan Palsu Guna Jenama Terkenal

Posted: 04 Feb 2012 05:38 AM PST

Empat mesin pengisar buah palsu dirampas

MUAR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar merampas empat mesin pengisar buah-buahan palsu menggunakan jenama terkenal dari sebuah kedai barangan elektrik di Sungai Abong, di sini.

Pegawai Penguatkuasa, Haidzir Shah Khairuddin berkata, peralatan palsu itu dijual pada harga RM239 yang dibeli seorang pelanggan dari Johor Bahru pada Disember lalu.

Menurutnya, tetapi peralatan itu didapati rosak selepas beberapa hari digunakan, lalu pelanggan itu menghubungi kedai berkenaan.

"Malangnya kedai ini menyuruhnya menghantar sendiri peralatan yang rosak ke pusat perkhidmatan jenama berkenaan di Johor Bahru.

"Pusat perkhidmatan merujuk peralatan ini ke syarikat berkenaan di Singapura yang merupakan tempat pemeriksaan barangan itu di Jepun, Itali dan United States," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan mendapati tidak pernah mengeluarkan produk itu dan menghantar wakil dari Singapura ke Muar.

Haidzir Shah berkata, wakil itu turut membeli satu set peralatan berkenaan untuk tujuan semakan terperinci di Singapura sebelum mengemukakan satu laporan.

"Saya bersama pengurus jualan jenama berkenaan dari Singapura, Mohammad Jilon menyerbu kedai itu kira-kira jam 11.30 pagi, Rabu lalu dan merampas empat set peralatan ini.

"Siasatan mendapati hanya dua pengedar dibenarkan memasarkan barangan jenama itu di Muar dan satu lagi kedai alat elektrik dalam
bandar Muar," katanya.

Menurutnya, pembeli itu tidak mengetahui, set mesin pengisar buah-buahan itu palsu.

"Kes disiasat di bawah Akta Pengguna 2011 dan kami turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar," katanya. -SH

Pembantu Peribadi Ditemui Mati Dijerut, Ditikam

Posted: 04 Feb 2012 04:14 AM PST

Serdang – Tanda tanya dan kerisauan seorang suami terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah terjawab apabila wanita itu ditemui mati dijerut dan ditikam kira-kira 200 meter dari tempat dia bekerja di Serdang Perdana di sini, lewat malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun ditemui oleh suami dan majikannya di tempat duduk penumpang sebelah pemandu dalam kereta Honda City di tempat letak kereta berbayar.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat di Serdang Perdana biasanya akan pulang ke rumah sekitar jam 8 malam.

Menurutnya, kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong malam tadi menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikannya.

"Selepas lebih kurang sejam tidak pulang ke rumah, suami bersama majikan mangsa kemudian mencari isterinya di sekitar kawasan bangunan komersial itu.

"Kira-kira jam 10.30 malam, suami mangsa menemuinya dalam kereta, yang biasa dipandunya ke tempat kerja, dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa," katanya.

Abd Razak berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 11.45 malam, sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan mendapati satu mayat wanita dalam kereta yang tidak berkunci.

"Siasatan mendapati mangsa dijerut dengan wayar pembesar suara dan ditikam di bahagian kiri leher menggunakan pisau.

"Sebilah pisau sepanjang enam inci ditemui di luar pintu kereta di bahagian pemandu dan dawai sepanjang satu kaki berhampiran mayat mangsa," katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya percaya suspek lebih daripada seorang.

Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan yang berlaku.

"Ada beberapa biji limau mandarin yang sedia dikupas ditemui dan dipercayai berkemungkinan mangsa mungkin sedang menikmatinya ketika itu. Berkemungkinan juga mangsa yang mempunyai dua anak masih kecil sedang bersembang dengan suspek tetapi belum ada petunjuk penuh berhubung perkara itu.

"Pemeriksaan mendapati telefon bimbit, dompet dan beg tangan milik mangsa hilang. Suami mangsa memaklumkan mangsa adalah seorang isteri yang baik dan tidak mempunyai musuh dengan sesiapa,"katanya.

Beliau berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. -SH

TG Haji Hadi: Calon PRU13 Mesti Penuhi Syarat, Bukan Sekadar "Boleh Menang"

Posted: 04 Feb 2012 02:49 AM PST

Hadi: Punca Pas pecat Hasan Ali

MUKADIMAH: Dalam wawancara selama 1 1/2 jam bersama Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan sahaja menegaskan tidak mempunyai agenda untuk menjadi perdana menteri, tetapi juga mengulas tindak-tanduk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat daripada parti itu kerana melanggar disiplin dan pelbagai cabaran serta halangan dihadapi Pas, terutama dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung di kediaman beliau di Rusila, Marang, Terengganu.

Kenyataan Datuk Hasan menjejaskan juga prestasi parti?

Hadi: Dalam sehari dua, apabila sudah banyak hari akan terserlahlah langkah kita itu betul. Contohnya, isu berkait dengan Himpunan Sejuta Umat. Kita lihat isu ini banyak benda tidak tepat. Contohnya, orang Melayu masuk Kristian sampai ratus-ratus ribu. Pernah dengar kan? Bila polis siasat, maklumat itu tidak betul, orang yang disiasat dibebaskan. Mengapa tiada diambil tindakan? Kerana ada pelindung dia; kita tahu. Pada kita murtad ini bukan sahaja masuk Kristian, tapi termasuklah hina hukum Islam. Boleh jadi murtad dengan kejahilan dia, berlaku begitu rupa. Menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Jadi, murtad ini luas. Dan kita nampak isu ini dipolitikkan dan pada PRU 2008 ada yang berhempas-pulas mendapatkan undi Melayu. Rata-rata orang Melayu tak tahu agama kebanyakannya dan mereka sayang pada Islam. Mereka jadikan isu ini untuk tarik undi Melayu, bukan untuk mempertahankan Islam.

Saya pernah bawa usul menangani murtad di Parlimen pada 1998. Mengikut standing order di Parlimen, usul bukan kerajaan hendaklah diletakkan di belakang. Yang kedua, usul seperti ini hendaklah dibawa oleh seorang menteri kerajaan yang boleh disokong, dirujuk kepada standing order. Apabila menteri bawa, ada sokongan. Setelah ada undi barulah saya bawa usul ini, banyak lapis, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja usul ini.

Tetapi akhir-akhir ini dibawa isu ini dengan Himpunan Sejuta Umat. Tidak lebih daripada mempolitikkan isu, bukan nak pertahankan akidah dan nak gunakan orang Pas untuk mengerah orang Pas ramai-rami hadir di stadium Shah Alam. Saya tahu ada kalangan yang nak sediakan bas. Apabila kita tahu macam ini, kita kata jangan pergi, Datuk Hasan Ali pergi, kemudian pergi lagi ke Perak dan buat kenyataan. Kenyataan ini tidak tepat dengan apa yang kita nak. Memang kita tidak setuju dengan murtad; lawan murtad, tapi Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan.

Atau matlamatnya tak betul. Tak ada dalam Islam ini, matlamat menghalalkan cara. Matlamat mesti betul, cara mesti betul. Kalau matlamat betul, cara salah, tidak boleh. Matlamat salah, cara betul, tidak boleh. Dua-dua kena betul. Itu lagi kena faham dan Pas bukan milik siapa, milik organisasi, kumpulan kita.

Pas ini ada Majlis Syura Ulama dilantik dalam Jawatankuasa Pas Pusat empat orang, Dewan Ulama lantik empat orang, Dewan Pemuda dua orang, Dewan Muslimat dua orang kemudian mereka dilantik ini pilih lima orang lagi dalam kalangan ulama yang boleh merujuk dalam bahasa Arab, merujuk kitab-kitab Islam; yang kita ketahui kewibawaan, akademik dan kemampuan.

Kita tahu moral dia konsisten dengan pendirian dan dia boleh buat keputusan, boleh membatalkan keputusan parti, sekiranya bercanggah dengan al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias. Ini jaminan yang ada dalam Pas. Kalau ada ahli parti yang nak buat sendiri, bertindak sendiri, maka kalau dia bercakap sebagai orang Pas, orang kaitkan dengan Pas, jadi lebih baik dia bebas.

Bangunan Umno Hulu Tereng­ganu disimbah dengan cat hijau?

Hadi: Saya rasa kita orang Pas tidak buat sampai begitu. Kita ajar orang kita tidak boleh melampaui batas. Kalau ada orang Pas bertindak begitu kita disiplinkan dia kerana Islam ajar kita, kita berlawan dalam perang pun tidak boleh melampaui batas, apa lagi perang melalui demokrasi. Itu boleh jadi pihak lain yang buat provokasi, boleh jadi belaka. Dalam politik boleh jadi semua.

Siapa Menteri Besar Terengganu kalau Pas menang dalam PRU13?

Hadi: Itu ditentukan parti. Belum tentu saya bertanding di state (negeri). Kalau bertanding di state pun, belum tentu lagi saya jadi menteri besar. Bahkan di Kelantan, saya bagi contoh; tahun 1959, yang jadi menteri besar Datuk Ishak Bakri. Datuk Asri tidak jadi menteri besar. Lepas tu Ishak jadi Speaker, Datuk Asri jadi menteri besar, dia bukan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Lepas tu Datuk Asri tidak jadi menteri besar walaupun dia pesuruhjaya. Tuan Haji Mat Amin Haji Yakob Almarhum.

Di Terengganu juga pernah begitu, masa Daud Saad Almarhum menteri besar, dia pegang pesuruhjaya. Yang dilantik ialah diterima rakyat, diterima pegawai pentadbir negeri. Kerana kita nak memerintah negeri ini ada beberapa orang di kalangan tuanku sultan, pegawai tadbir negeri, wakil rakyat, yang keempatnya rakyat. Ini kita mesti lihat penerimaan semua sekali. Tidak boleh kita nak tentu-tentukan begitu.

Siapa Perdana Menteri (jika PR menang PRU-13?)

Hadi: Pada peringkat ini kita dalam Pas tidak bincang. Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi. Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun. Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri. Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan.

Dari segi politik, kepimpinan negara mesti Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu. Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.

Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima. Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi. Dan kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah. Yang kita silapkan MCA, MIC, silapkan Gerakan; silap Umno sendiri. Dalam Pas sendiri, kita tidak tolak ansur dan DAP menerima kerana kita tegas dalam masalah ini.

Barangkali saudara-saudari ingat masa tahun 2000 DAP keluar daripada Barisan Alternatif, minta Pas batalkan beberapa agenda Pas, kita tegas; kita tidak berganjak dan DAP keluar dan masuk balik. Dengan kita tidak berganjak itu menunjukkan kita tidak menggadaikan prinsip kita. Dan kita tidak zalimi rakan-rakan kita.

Dari segi hudud, adakah DAP terima?

HADI: Memang dia orang bukan Islam, tidak terima, tetapi untuk melaksanakannya dia tidak boleh halang kita. Dan dalam konteks Islam kita bukan sahaja tidak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam, tetapi juga termasuk dalam melaksanakan undang-undang. Dengan sebab itu, dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan dan Terengganu, kita buat satu peruntukan orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada mereka menerima Islam atau menerima satu cara yang lain. Kepada saya, saya yakin orang bukan Islam akan terima pada akhirnya. Jangan kita tanya perompak, tanya mangsanya. Kalau tanya perompak, perompak tak sukalah kena hukum.

Dalam Islam, kalau bunuh hukumnya bunuh. Mungkin Undang-undang barat pun sama hukum membunuh, tetapi kalau ambil harta, kalau perompak kena potong tangan, potong kaki. Kalau tanya Cina-Cina yang kena rompak tu, dia setuju kalau potong tangan, potong kaki. Kemudian ada teori mengatakan kalau kita laksanakan pada orang
Islam, orang Islam jadi kudung, jadi apa, itu tidak betul. Kita kena faham, undang-undang hudud ini undang-undang mendidik, bukan menghukum. Nak hukum payah, mendidik.

Apabila dilaksanakan, orang Melayu, orang Islam jadi moral dia tinggi. Penjenayah tidak banyak. Orang lainlah penjenayah. Ia akan jadi macam itu. Itu hikmat dia kena faham. Dengan itu kita terima kalau DAP tidak setuju, tak apalah. Yang peliknya Umno kata dia tidak setuju.

Barangkali dia anggap itu hudud ala Pas?

HADI: Kalau hudud Pas kita muzakarahlah. Kita bincang. Hudud ini ayat Quran, bukan Pas boleh buat. Pas tidak boleh reka hukum hudud ini.

Percanggahan berhubung pelaksanaan hudud antara Pas dan DAP, bagaimana dineutralisekan?

HADI: Kita neutralisekan dengan utamakan perkara yang jadi bersama. Contohnya negara berkebajikan, tolong bela rakyat miskin, tolong rakyat miskin, khidmat pada masyarakat. Rawatan percuma pendidikan percuma. Ada pendidikan swasta, dengan pengawasan dia, ini semua parti bersetuju, kita utamakan yang ini dulu. Nak laksanakan hudud itu, dia makan masa. Ini boleh dibuat. Contohnya nak hapuskan tol, Pas setuju, DAP setuju. Nak bantu kemudahan makanan kepada rakyat, semua setuju. Ini halal, ini haram, bezalah. DAP boleh makan babi, kita tidak boleh makan babi; memang kita tidak setuju dengan babi, tapi kita tidak boleh halang DAP.

Datuk Hasan Ali kata negara berkebajikan bercanggah dengan konsep Islam?

HADI: Ada kenyataan mengenai perkara itu, dia tarik balik, dia minta maaf. Sebab dalam Islam tidak disebut sembahyang Islam, puasa Islam, nikah Islam. Disebut negara, kemudian negara berkebajikan, negara adil, negara ihsan. Itu istilah-istilah yang disebut dalam Quran, tetapi dia merangkumi sekali aspek ini. Dan saya ada tulis buku, negara berkebajikan, berdasarkan huraian yang saya bentang di muktamar Pas. Dan negara berkebajikan sudah diterima di muktamar. Bila muktamar terima dia tolak, itu sudah melanggar partilah.

Berkenan hudud dilaksanakan tetapi proses tidak sebagaimana yang diharapkan? Adakah manifesto senasib?

HADI: Yang pertama, hudud pada undang-undang jenayah sudah diwartakan. Tuanku sudah sain. Sudah lulus. Yang kedua kita balik pada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia kata Islam adalah agama Persekutuan. Agama ini, ada dua. Mengikut tafsiran Barat, religion. Pentafsiran Islam addin. Bila kita sudah merdeka kita kena tafsir mengikut addin, bukan religion. Addin merangkumi segala aspek, cumanya berlaku di Kelantan bila kita lulus di Kelantan, Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu, hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Tok Guru Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz memberi amaran sekiranya Kelantan melaksanakannya, Kerajaan Pusat akan bertindak. Bagi Terengganu tiada surat itu. Terengganu ada bantahan daripada seorang pimpinan Umno yang bukan pimpinan utama, bawa ke mahkamah, tetapi tarik balik benda itu.

Jadi kita harap, setelah gagalnya undang-undang yang diamalkan hari ini, masalah rompakan, masalah jenayah, ada negeri tidak boleh saya sebut takut malu dia, tiap-tiap hari ada kadar jenayah. Tiap hari, bukan tiap-tiap bulan; sehari ada kes bunuh. Negeri yang jumlah penduduk dia ramai di Malaysia yang gejala sosialnya lebih kerana kemajuan industrinya pesat sampai satu hari satu kes bunuh. Itu polis beritahu saya. Tak payahlah saya dedah negeri mana. Itu bahayanya; itu yang media tidak dedah, yang media dedah pun banyak dah. Walaupun yang buat jenayah itu bukan orang kita, orang luar, pendatang tanpa izin, macam-macam, tetapi kesimpulannya jenayah besar.

Kalau laksanakan undang-undang qisas dan hudud ini saya yakin Tuhan kata 'Dan bagi kamu hukuman jenayah qisas ini membawa kehidupan'.
Quran mengatakan demikian, maknanya membawa kehidupan, di sini jenayah akan berkurang dan hapusnya kes ini, membawa kehidupan kepada manusia. Yang kita ingat kalau laksana hukuman ini banyak orang kena hukum.

Barangkali oleh kerana pencuri 30,000 - 40,000 di seluruh negara dalam masa setahun. Barangkali banyak tangan kena potong. Kita fikir begitu. Bila diisytihar sahaja undang-undang ini maka habis takut mencuri, berhenti mencuri. Dia akan jadi macam itu. Di Arab Saudi, masa pemerintahan Kiya ul Aziz, dalam masa 20 tahun, tidak sampai 10 orang kena potong tangan. Mereka yang pergi buat umrah, pergi haji lihat sendiri tempat pengurup wang, sebagai contohnya, tutup dengan kain sahaja.
Pergi sembahyang, tutup dengan kain, orang takut nak mencuri, itu dia punya kehebatan. Yang pentingnya, kehebatan undang-undang; undang-undang itu hebat. Yang ada hari ini undang-undang tidak hebat, orang tidak gerun, penguat kuasa pun orang tidak gerun. Bahkan rumah polis pun dia masuk, rumah ketua polis boleh perompak masuk. Itu menandakan tidak hebat.

Dengan sebab itu, saya rasa tidak timbul terhalang. Kita tengok dululah apabila kita menang kali ini. Apa akan berlaku, respons daripada Pusat bagaimana, kita tengok.

Ada tak calon wanita di Terengganu?

HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas. Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain. Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar. Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita. Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.

(Penceramah bebas) Ustaz Azhar Idrus?

HADI: Tidak termasuk.

Nampaknya Pas pun laksanakan calon boleh menang?

HADI: Calon yang boleh menang yang cukup syarat. Dia mengikut kehendak parti kita, ikut syarat dan boleh menang. Kalau boleh menang sahaja, tapi tidak cukup syarat parti kita, kita tidak beri jadi calon.

Tiada ulasan: