Ahad, 5 Februari 2012

.

.


Peristiwa Malam

Posted: 05 Feb 2012 12:06 AM PST

Sekitar Majlis Mahabbah Anak Kedah Perantauan
Aishah Ganti Azizan Razak?

Malam tadi saya hadir majlis Mahabbah Anak-Anak Kedah di Perantauan bertempat di Dewan Mohd Fadzil Noor kompleks KUIZM di Taman Melawar Gombak. Di backdrop tertera yang akan menjadi tetamu ialah MB Kedah Azizan Razak, Mahfuz Omar, Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Mariah Mahmud.

Ingat boleh berjumpa dengan Azizan Razak untuk bertanya mengenai serangan anak muda ke atas beliau berhubung kenyataannya mempertahankan tindakan KUIN yang mengenakan tindakan AUKU untuk menggantung lima orang mahasiswanya yang tunjuk perasaan.

Tetapi mendukacitakan sedikit kerana Azizan tidak hadir. Seorang orang kuat Pas Kedah memberi tahu Azizan ke Terengganu berjumpa dengan presiden Abdul Hadi Awang. Katanya ada hal penting. Tetapi saya sudah boleh mengagak pemergian Azizan itu adalah untuk menyerahkan senarai calon Pas Kedah dan pembahagian kerusi dengan PKR dan DAP.

Nampaknya negeri Kedah menjadi negeri terawal telah finalize calon-calonnya untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Perkembangan ini menunjukkan Pas Kedah tidak ada sebarang masalah dan perebutan calon. Situasi ini memberi peluang cerah Pas dan PKR untuk mempertahankan kerajaan Kedah dalam pilihan raya akan datang.

Bukan saja Azizan, Saifuddin yang baru menerima gelaran Datuk yang dijangka hadir juga tidak hadir. Saifuddin ketika ini katanya berada di

Turki bersama Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan lain-lain. Saifuddin bersama rombongan Anwar akan pulang 11 Februari nanti. Sebelum itu mereka akan ke Makkah untuk mengerjakan umrah.

Pemergian Anwar ke Turki juga saya kira ada kena mengena dengan suasana hampirnya pilihan raya umum. Pasti pemergian itu akan dituduh UBN sebagai mencari sokongan termasuk belanja pilihan raya?

Allah itu maha adil. Walaupun dua tetamu yang ditunggu itu tidak hadir tetapi Dia telah mengganti dengan seorang tetamu istimewa yang tidak saya sangka sama sekali. Tetamu yang dimaksudkan itu ialah kehadiran penyanyi bersuara nyaring manja, Wan Aishah Wan Ariffin. Kehadiran artis ini seakan menjadi galang ganti kepada ketiadaan Saifuddin dan Azizan Razak.

Sudah lama saya tidak nampak kemunculan penyanyi yang terkenal dengan beberapa buah lagu termasuk, Camar Yang Pulang, Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu dan lain-lain ini. Dia datang bersama seorang anaknya. Saya mendapat tahu Aishah menjadi tetamu majlis makan malam itu.

Kedatangan Aishah itu sudah tentu menyemarakkan lagi majlis mahabbah itu. Ia dikatakan istimewa kerana Aishah duduk bersama di atas pentas pemimpin Pas yang lain. Aishah juga dijemput untuk memberi sepatah dua kata.

Saya tidak dapat mengagak apakah Aishah sudah berubah dan mendekati diri dengan Pas? Tidak pula kedengaran sebelum ini gosip-gosip itu. Tetapi yang nyata ia seakan berkebetulan buat saya. Beberapa malam sebelum ini saya telah mengikuti satu ceramah ringkas Catriona Ross menerusi you tube. Isi ceramah benar-benar mengejutkan saya. Bintang selebriti ini nampaknya cenderong kepada gerakan Islam.

Apakah Aishah juga begitu? Semasa memberi ucapan ringkas saya dapat menyelami yang Aishah juga seolah terpanggil untuk bersama Pas merubah kerajaan. Apa yang terdengar dalam ucapannya beliau memesan agar memilih pemimpin yang boleh memimpin rakyat ke arah kebaikan.

"Pilihlah pemimpin yang baik akhlaknya, yang isterinya juga baik..." begitulah kata Aishah. Minda politik saya terus membaca kata-kata Aishah itu tertuju kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Selepas selesai majlis saya bertanya kepada Mahfuz Omar mengenai kedatangan Aishah. Kata Mahfuz memang penyanyi itu rapat dengan Pas Kedah. Sebelum ini Aishah pernah sama-sama menjaya satu program pendidikan untuk anak-anak muda bersama dewan pemuda.

Majlis Mahabbah semalam adalah anjuran Pas Kawasan Pokok Sena. Lebih 300 yang hadir kebanyakannya pemimpin dan bekas pimpinan Pas Pokok Sena. Ia termasuk Cikgu Mahmud iaini ayah kepada Dr Mariah Mahmud dan juga Abdul Halim Arshad bekas Setiausaha Agung Pas. Turut sama hadir Apandi Mohamad sebagai menemani isterinya yang juga asal Kedah.

Sementara itu ucapan Dr Mariah malam tadi cukup bermakna buat saya kerana dapat mengenali serba ringkas kehidupan dan latar belakang keluarganya. Rupa-rupa Dr Mariah dilahirkan oleh sepasang pejuang Pas yang ulet dari Kedah. Ibunya bekas Naib Muslimat manakala ayahnya adalah bekas bendahari.

InsyaAllah saya akan membuat catatan khas mengenai detik-detik yang membawa Dr Mariah ke gelanggang politik. Paling menarik ialah kisah tentang Dr Mariah yang menjadi satu-satunya pelajar Kolej Kursiah yang memakai tudung dan diejek sebagai gadis tanpa telinga. [wm.kl.6:09 pm 05/02/12]

Ulasan Isu

Posted: 03 Feb 2012 05:37 PM PST

Fahami Kenyataan Abdul Hadi Awang

Keikhlasan jawabwan Abdul Hadi Awang semasa diinterviu oleh sebuah akhbar harian menyatakan beliau bersedia untuk berundur atau tidak ikut bertanding dalam pilihan raya umum akan datang telah dijadikan isu. Jawaban yang ikhlas dan penuh tawaduk itu telah dimanipulasikan dan dijadikan modal untuk memecah belahkan Pas.

Ada seorang bekas anggota Pas pernah menjadi Naib Presiden menyifatkan kenyataan Hadi itu sebagai suara kekesalannya terhadap apa yang berlaku dalam Pas waktu ini.

Bagi saya tidak sedikitpun terkejut dengan kenyataan beliau itu. Saya awal-awal tidak yakin kalau kenyataan itu berhakikat begitu, Hadi serius untuk berundur kecuali untuk menjawab pertanyaan sedemikian yang cuba hendak memerangkap beliau. Jika Hadi atau sesiapa ikhlas untuk 'pencen' dia tidak akan bercakap awal. Orang yang bercakap awal untuk berhenti adalah orang yang tidak mahu berhenti.

Makanya kalau wartawan atau pengarang akhbar menyiarkan interviu Hadi itu bersikap profesional dia tidak akan menghiglightkan 'keinginan' Hadi itu. Dia seharusnya faham untuk apa Hadi berkata demikian dan dalam konteks apa.

Tetapi kerana kenyataan itu ada sedikit nilai komersial maka ia dipakai walaupun pengarang akhbar itu sendiri tidak percaya kalau Hadi akan berundur. Bukan tidak ada keperluan untuk Hadi berbuat demikian, tetapi susana kini - ketika Parlimen hendak dibubuarkan tidak bijak kalau Abdul Hadi mengambil keputusan ikhlas dan tawaduk begitu.

Kenyataan Hadi itu turut membimbangkan Anwar Ibtahim. Anwar cepat-cepat mempertahankan dan 'melarang' supaya Abdul Hadi berlunak dengan kenyataan bersifat politik itu. Anwar berbuat begitu bagi menyekat mana-mana orang yang selama ini tidak suka dengan Abdul Hadi mengambil kesempatan untuk mendesak presiden Pas itu berundur atau mereka yang kini tersengeh-sengeh menyesal kerana tidak lagi berada dalam Pas yang makin progresif.

Tidak cukup dengan pembelaan Anwar, Tok Guru Nik Aziz juga membuat kenyataan sebagai menyokong kenyataan Anwar. Kata Nik Aziz Pas masih memerlukan Abdul Hadi. Tambahnya lagi Abdul Hadi sebagai tokoh yang bijaksana dan memahami perjuangan Pas.

Iya ditambah pula oleh keputusan Lunjah Politik Pas yang menghalang Abdul Hadi dari berundur? Kenyataan Lujnah Pas dilihat pihak yang paling kebal dalam mempertahankan hasrat Hadi itu.

Mungkin Abdul Hadi tersenyum membaca kenyataan membelanya itu. Saya pula hendak tergelak melihat telatah Anwar, Nik Aziz dan Lunjah Politik Pas serta kenyataan mempertahankan Abdul Hadi oleh Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. Apakah mereka sebenarnya tidak memahami realiti atau kenyataan mereka itu cuba untuk menolak persepsi buruk musuh terhadap Abdul Hadi? Boleh juga dikatakan mereka juga larut dalam permainan isu oleh media massa.

Kalau orang memahami kenyataan awal Hadi itu tidak perlu merasa gerun, baik Anwar, Nik Aziz dan Lujnah Politik tidak payah endorce. Kata Hadi dia mungkin perlu bertanding satu kerusi saja, bukan dua-dua - state dan parlimen. Alasannya dia sudah lama dan keletihan. Tidak ada kenyataan dia mahu berundur.

Saya merasai Hadi juga faham sunnah-sunah orang berjuang. Mana ada pejuang tulen berundur dalam medan perjuangan, yang ada meninggal medan perjuangan kerana tidak sabar atau pun yang berjiwa halus.

Abdul Hadi bukan sembarangan. Dia berkecimpung dalam Pas sejak tahun 1978 lagi. Sudah masak sangat dengan liku-liku perjuangan dilaluinya. Sudah beratus kali malahan beribu kali mehnaj (tribulasi) yang didepaninya. Dari segi memiliki kemenangan duniawi dia sudah berjaya. Dia pernah menjadi MB Terengganu dan sampai kini adalah presiden Pas.

Abdul Hadi boleh berbangga dia merupakan tokoh kedua Pas yang dizinkan Allah untuk menjadi MB di Terengganu.

Saya yakin dan percaya Abdul Hadi menyedari kepentingannya dalam politik menjelang pilihan raya. Menterjemahkan pandangan ikhlas Abdul Hadi itu, kalau boleh biarlah Pas memberi peranaan untuknya di salah satu kerusi saja. Dalam hal ini saya melihat beliau lebih sesuai untuk berperanana di Pusat. Berikan kepada tokoh lain untuk dilantik menjadi MB sekiranya Pas berkuasa.

Mungkin Pas sudah Terengganu sudah ada tokohnya sendiri untuk dilantik menjadi MB. Rasanya Pas mempunyai banyak tokoh berwibawa untuk jadi MB. Kalau Umno boleh melantik Ahmad Said menjadi MB yang mana ketokohan tidak berapa menyerlah dan nampak 'berbolok' rasanya peribadi dalam Pas lebih hebat dari itu.

Kalau Pas inginkan tokoh pertengahan usianya, Abdul Wahid Endut boleh jadikan MB. Manakala kalau Pas mahukan tokoh yang agak berusia dan usang dalam Pas Abu Bakar Chik boleh diangkat jadi MB. Begitu juga dengan Harun Taib. Manakala kalau Pas inginkan tokoh muda mungkin Syed Azman Syed Mohamad adalah orangnya.

Namun sekiranya Pas Terengganu masih merasakan Hadi masih berkelayakan dan perlu diberi peluang menjadi MB, nah suruh dia bertanding di state sahaja. Kerusi Marang bolehlah diberikan kepada PKR yang dikatakan kini kekurangan kerusi di Terengganu. Pemberian kerusi selamat seperti Marang kepada PKR akan menunjukkan keakraban dan keikhlasan Pas dalam berpakat dengan PKR.

Pokoknya usahlah Abdul Hadi diberikan dua tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan juga state. Berikan dia satu kerusi saja untuk meringan tugas dan amanah parti yang dipikulnya. Sama ada hanya di state saja atau di parlimen saja Hadi kena bertanding dan anggaplah pertandingan kali ini adalah penyertaan terakhir! [wm.kl.3:49 pm 05/02/12]

Tiada ulasan: