Biaqpila |
- Ditahan ISA kerana ‘molotov coctail’ tapi disoal siasat isu politik
- Panas!!! Aksi Seks Ibu Bapa Ditiru Anak Sendiri
- LEMBU NAIK WIRA
- Himpunan Hijau di Pulau Pinang diganggu BERUK UMPORNO
Ditahan ISA kerana ‘molotov coctail’ tapi disoal siasat isu politik Posted: 27 Feb 2012 02:00 PM PST (Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR: Saksi pendakwaa kes saman terhadap kerajaan Malaysia yang dikuasai Umno Barisan Nasional (BN), Saari Sungip mendedahkan, sebahagian besar soal siasat sepanjang dua tahun ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), adalah soal politik untuk meyakinkan beliau supaya tidak menjadi penyokong politik pembangkang. Beliau yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, menafikan terlibat dengan aktiviti militan dan tiada kaitan dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) ketika yang menyatakan mereka mengeluarkan senjata api dan molokov koktel. "Secara realitinya, kami tidak tahu apa yang berlaku. Kami hanya tahu selepas kami dihantar ke kem Kemunting. "Selepas dua bulan, barulah kami tahu sebab penahanan ialah tuduhan berdasarkan kenyataan KPN, Tan Sri Norian Mai, kononnya kami cuba melancarkan serangan ke atas kerajaan Malaysia," katanya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memulakan prosiding perbicaraan bekas tahanan ISA terhadap Kerajaan Malaysia dan Norian Mai berikutan penahanan yang tidak mengikut undang-undang. Selain Saari, mereka yang memfail saman ialah Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungip, Dr Badrulamin Bahron, Abdul Ghani Haroon, N Gobalakrisnan dan Badaruddin Ismail. Pada 2001, mereka ditahan di bawah ISA atas tuduhan merancang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dengan memiliki senjata berbahaya seperti molotov coctail dan grenade launcher. Panel hakim Mahkamah Persekutuan, Mohamed Dzaidin, Abdul Malik Ahmad dan Siti Norma Yaakob pada 6 September 2002 kemudian memutuskan mereka tidak bersalah dan penahanan mereka dianggap 'malafide'(berniat jahat). Bagaimanapun, kerajaan Umno BN tidak menerima pakai keputusan itu dan mengarahkan mereka ditahan mengikut Seksyen 73, ISA selama dua tahun sehingga 2003.-KD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Panas!!! Aksi Seks Ibu Bapa Ditiru Anak Sendiri Posted: 27 Feb 2012 04:00 AM PST KANGAR – Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu. Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi 'bersama' mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini. Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun. Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu. "Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video. "Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka," katanya. Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah. Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah. "Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi. "Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi 'bersama' mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian," katanya. Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor. Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya. "Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri," katanya. Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil. Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal. "Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan. "Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan," katanya. Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa. Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka. "Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya," katanya. -hmetro.com mynewshub KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 26 Feb 2012 08:00 PM PST KULIM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan. Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit."Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali."Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit."Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali," katanya.Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit."Polis belum mengesan pemilik dan lokasi haiwan berkenaan dicuri. Kami kini sedang menjejaki kedua-dua suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Himpunan Hijau di Pulau Pinang diganggu BERUK UMPORNO Posted: 26 Feb 2012 05:00 PM PST Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang. Wartawan dibelasah Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala. Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan. Gunting rambut KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan