Rabu, 22 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Mari Kita Lihat Kebodohan Ahli Parlimen Umno Nih..

Posted: 22 Feb 2012 07:51 AM PST



Inilah kebodohan paling terserlah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Umno. Tak cukup diserang Anwar setiap hari di media massa, sekarang bina billboard pula. Addin rasa, kalau si Tajuddin nih kalau duduk kat negara lain dah lama kena letak jawatan. Apa punya bodoh tindakan nih.. pasang billboard pulak, ish.. tak faham betul manusia macam nih pun boleh jadi Ahli Parlimen.



Kepada rakyat Pasir Salak, udah-udah ler undi Ahli Parlimen sengal nih.. otak letak di kepala lutut. Nasib rakyat tak mau dibela secukupnya.. oii.. rakyat pilih ko yoep bukan suruh buat perkara bodoh macam nih ler..






MP Pasir Salak Guna 'Billboard' Serang Anwar





PETALING JAYA - PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2).







Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini.



Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.



“PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan.



Beliau menegaskan “ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan.



Rugi RM250 satu tan



“Ini bermakna penanam padi di Felcra Seberang Perak mengalami kerugian sebanyak RM250 satu tan setiap kali musim menuai,” kata Razak kepada FMT.



Ujar beliau, “Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu.”



Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000.



Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan



Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh.



“Jabatan Audit Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) digesa menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan dana Felcra dalam penganjuran program Perhimpunan Warga Felcra tersebut yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM17 juta,” katanya. ~fmt



addin77



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Difitnah ‘Rogol’ Anak Tiri, Wan Shades Buat Laporan Polis

Posted: 21 Feb 2012 09:00 PM PST


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Mohamad Faizal Mohd Ali, 38, atau di kenali sebagai Wan Shades telah membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana semalam selepas dituduh melakukan serangan seksual iaitu merogol anak tirinya.

Wan terkena 'tempias' fitnah itu berhubung dengan isu seorang 'pelakon buas' yang dilaporkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar tempatan telah bertindak liar dengan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap anak tiri sendiri.

Malah, nama Wan juga semakin di sensasikan oleh sebuah blog gosip hiburan yang meletakkan diri pelakon dan penyanyi bekas kumpulan Shades itu sebagai suspek utama dalam kes jenayah rogol tersebut.

Namun, Wan telah tampil memberikan maklum balas berhubung isu itu dan menafikan bukan dirinya sebagai suspek yang melakukan serangan seksual itu dan melihat fitnah itu adalah tidak berasas memandangkan dia masih lagi belum berkahwin.

Selain itu, Wan juga terkejut dengan fitnah tulisan dari blog gosip tersebut yang telah menjatuhkan maruah dan memburukkan nama serta kredibilitinya yang memegang jawatan penting dalam Pertubuhan Silat Seni Gayung.

"Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah saya yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menunding jari dan memarahi saya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.

"Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah. Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah," kata Wan Shades yang diambil dari blog gosip Beuatifulnara.com.

Semalam, seorang penyanyi kumpulan R&B yang terkenal suatu ketika dulu dikatakan telah ditahan reman kerana disyaki merogol anak tirinya sendiri.

Dalam kes jenayah tersebut, butiran diri tentang pelakon yang melakukan 'aksi' tersebut masih tidak diketahui memandangkan polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.

Oleh: NAIMAH SHAARI


mynewshub


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

GERAKAN MURTABAKKAN DAGING LEMBU

Posted: 21 Feb 2012 06:26 PM PST




DEY MACHA!!!
INILAH DIA KUASA KETIGA YANG DITUNGGU-TUNGGU
OLEH SELURUH PENDUDUK DUNIA
YANG GEMAR MEMAKAN MURTABAK DAGING LEMBU FIDLOT
KAH! KAH! KAH!

MARILAH BERSAMA-SAMA KITA BERGABUNG
BAGI MEWUJUDKAN SUASANA MURTABAK YANG SIHAT
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: